You are on page 1of 20

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu danKerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia). Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sejarah Jalur Gemilang


Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Nama Jalur GEMIlang


Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya. Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
[sunting]

Bunga Raya

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga,Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Yang Dipertuan Agong:SuLTAN Mizan Zainal Abidin

Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaituGeelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988. Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja. Baginda telah dianugerahkan Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990. Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang diputerakan selepas kemerdekaan dan kedua termuda ketika ditabalkan iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan ketika berusia 40 tahun.

Yang Dipertuan Agong:Tuanku Syed Sirajuddin

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (lahir: 1943) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943.Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail. Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya,Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006 Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun. Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat,Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan.

Yang Dipertuan Agong:Sultan Salahuddin

Baginda belajar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang pada 1934 dari darjah 1 hingga 6. Antara rakan sekolahan baginda ialah Ishak Bidin (74). 1936 melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga Disember, 1941 apabila meletusPerang Dunia Kedua .1947-1949 belajar pula di School of Oriental and African Studies,Universiti London . Baginda merupakan peminat burung terutama burung kakak tua. Pada masa lapang baginda bermain golf dan bersiar-siar dengan kereta antik

Yang Dipertuan Agong:tuanku Jaafar ibni almahrum

Tuanku Jaafar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Seri Menanti, Kuala Pilah dari 1928 hingga 1933. Memandangkan baginda merupaka pelajar yang bijak dan rajin, Tuanku Jaafar mendapat tempat di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Ketika tujuh tahun di sana iaitu dari 1933 hingga 1940, baginda menampilkan ketokohan dalam memimpin dan merupakan Ketua Pelajar dari 1939 hingga 1940. Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu, Tuanku Jaafar memasuki Raffles College di Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya Perang Dunia II. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, baginda berkhidmat sebagai Pejabat Tanah di Seremban dan Pegawai Daerah Rembau dari 1946 hingga 1947. Tuanku Jaafar akhirnya dianugerahkan biasiswa untuk belajar di luar negara berikutan kesungguhan baginda untuk meneruskan pengajian. Selepas Perang Dunia II, baginda berlepas ke University of Nottingham, United Kingdom untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang undang-undang. Sebagai pelajar, Tuanku Jaafar diketahui sebagai pelajar yang berdisiplin dan bijak. Baginda menerima Ijazah Undang-undang tanpa banyak masalah. Selepas menerima ijazah pertama baginda memasuki Universiti Oxford (Balliol College) Bagi Sarjana dalam bidang ekonomi. Pada 1951, Tuanku Jaafar mengambil Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics and Political Science. Kembalinya baginda dari United Kingdom pada 1952, Tuanku Jaafar memegang beberapa jawatan termasuklah Penolong Setiausaha Negeri Perak, Penolong Pegawai Daerah Parit, Perak, dan Pegawai Daerah Tampin. Kerjaya diplomatik baginda bermula Tuanku Jaafar pada 1957. Baginda mengambil kursus khas bagi perkhidmatan diplomatik di London untuk setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai Kuasa Usaha di Washington, D.C., Amerika Syarikat diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan Misi Kekal ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London. Tuanku Jaafar kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria and Ghana. Tuanku Jaafar turut dipanggil berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jepun tetapi dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda baginda, DYMM Tuanku Munawir, pemerintah Negeri Sembilan. Kesemua empat pembesar Undang dan Tuanku Besar Tampin telah memilih Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk menggantikan Tuanku Munawir. Tuanku Jaafar menaiki takhta sebagai Pemerintah ke-10 Negeri Sembilan pada 18 April 1967.

Tuanku Jaafar mengahwini Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 8 Ogos 1943. Pasangan diraja itu dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri. Ketika baginda berkhidmat sebagai pemerintah Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar menumpukan perhatian kepada masalah rakyat dan pentadbiran negeri. Dalam menangani hal ehwal sosioekonomi negeri, baginda mengarahkan perhatiannya kepada sektor industri dan perumahan awam supaya dapat meningkatkan mutu hidup rakyat. Kesannya, beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan antaranya ialah Taman Tuanku Jaafar yang merangkumi kawasan perindustrian dan padang golf, Taman Tuanku Ampuan Najihah di Sungai Gadut dan projek perumahan Mambau. Tuanku Jaafar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976. Tuanku Jaafar sering menggesa akar ditingkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia. Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa buah universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996). Tuanku Jaafar dan keluarga diraja Negeri Sembilan turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan". Baginda dan keluarga baginda meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar Malaysia. Anakanda baginda, YTM Tunku Imran merupakan Presiden Skuasy Dunia untuk tujuh tahun. Sebagai peminat golf, Tuanku Jaafar merupakan peserta lazim dalam kejohanan golf dalam dan luar negara. Baginda turut menaik taraf padang golf dan kemudahannya terutama di Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Tuanku Jaafar turut menyertai Golf Pro-Amatur Terbuka Malaysia sejak kali pertama diadakan. Baginda turut bersama merasmikan Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur ketika baginda memegang tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong. Sepanjang memerintah Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar telah memperkenalkan perubahan besar ke atas perkembangan sosio-ekonomi negeri baginda. Tuanku Jaafar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999. Baginda mangkat pada 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban

Yang Dipertuan AgOng:Sultan Azlan Muhiddin

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu[1] yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994 Baginda dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Yang Dipertuan Agong:Tuanku Abdul Rahman

Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914. Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan. Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah. Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undangundang. Hasrat baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antaraTuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.

Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah. Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara. Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama. Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. BagindaTuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga. Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.