BAB KEDUA LAILATULQADAR Antara malam-malam Ramadhan satu malam yang dinamakan Lailatulqadar sangat diberkati dan

merupakan malam kebaikan. Dalam al-Quran yang suci telah diberitahu bahawa Lailatulqadar adalah lebih afdal daripada seribu bulan. Seribu bulan adalah sama dengan 83 tahun 4 bulan. Sungguh bertuahlah orang yang mendapat taufik untuk beribadat pada malam itu. Sesiapa yang dapat beribadat pada satu malam tersebut, seolah-olah dia telah menghabiskan masa selama 83 tahun 4 bulan lebih dalam keadaan beribadat. Keadaan yang 'lebih' itu pun tidak diketahui berapa bulan yang lebih afdal daripada seribu bulan. Pada hakikatnya ia adalah satu nikmat yang sangat besar. Bagi mereka yang tahu menghargainya, Lailatulqadar adalah hadiah yang tidak ternilai yang telah dikurniakan. Terdapat satu hadith dalam kitab Dure-Manthur yang diriwayatkan oleh Hazrat Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Lailatulqadar hanya diberikan oleh Allah swt kepada umatku sahaja." Umat-umat sebelum ini tidak mendapatnya. Terdapat berbagai-bagai riwayat untuk menerangkan sebab pengurniaan itu. Dalam sesetengah hadith diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah melihat umur umat-umat terdahulu sangat panjang. Sedangkan umur umat Baginda adalah sangat pendek. Adalah tidak mungkin untuk mereka menyamai ibadat umat terdahulu. Oleh kerana itu Nabi yang dikasihi Allah SWT telah bersedih. Untuk mengimbangkan keadaan itulah malam tersebut telah dikurniakan. Seandainya sesiapa yang bertuah memperoleh malam tersebut 10 kali sahaja dalam hidupnya dan menghabiskan malam itu dengan beribadat maka seolah-olah dia telah menghabiskan masa lebih daripada 833 tahun 4 bulan dalam ibadat yang sempurna. Dapat diketahui juga daripada sesetengah riwayat yang lain bahawa Nabi SAW telah menyebut tentang seorang lelaki di kalangan Bani Israil yang telah menghabiskan 1000 bulan dengan berjihad di jalan Allah . Mendengarkan itu, para sahabat telah mula cemburu. Untuk mengatasi nyalah Allah SWT telah menurunkan malam Lailatulqadar. Dalam satu riwayat yang lain dinyatakan bahawa Baginda SAW telah menyebut mengenai empat orang, iaitu Hazrat Ayub a.s., Hazrat Zakariya a.s., Hazrat HizqiI a.s. dan Hazrat Yusha' a. s. yang masing-masing telah beribadat selama 80 tahun dan tidak menderhakai Allah SWT walau sekelip mata pun. Perkara ini telah menjadikan para sahabat kehairanan. Lalu Hazrat Jibrail a.s. pun datang memperdengarkan surah al-Qadr. Selain itu ada juga riwayat-riwayat yang lain. Biasanya sebab berlaku perselisihan dalam riwayat-riwayat ini kerana berbagai-bagai kisah berlaku pada satu masa yang sama kemudian barulah ayat diturunkan. Maka ayat itu boleh dikaitkan dengan semua kisah tersebut. Walau apa jua bentuk asbabun nuzul

sekalipun, namun Lailatulqadar tetap merupakan satu kurniaan yang sangat besar kepada umat Muhammad SAW. Malam tersebut ialah kurniaan Allah dan kemampuan untuk beramal pada malan itu pun adalah dengan taufikNya. Sepatutnya kita cemburu terhadap para ahlullah yang telah berkata, "Sejak dari baligh lagi saya tidak pernah terlepas daripada beribadat dalam Lailatulqadar". Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan yang terlalu banyak di kalangan orang Islam dalam menentukan malam tersebut. Hampir mencecah lima puluh pendapat dan untuk meliputi ke semua sekali adalah sukar. Hanya pendapatpendapat yang masyhur sahaja akan disebutkan nanti. Kelebihan malam tersebut telah dinyatakan dalam kitab-kitab hadith dengan berbilang riwayat dalam berbagai-bagai bentuk yang sebahagiannya akan disebutkan nanti. Oleh kerana kelebihan malam tersebut dinyatakan dalam alQuran yang suci, bahkan satu surah yang tersendiri telah diturunkan berkenaan dengan malam itu maka adalah wajar pertama sekali dituliskan tentang tafsir surah tersebut. Terjemahan ayat-ayat itu telah dipetik daripada kitab Bayanul-Quran karangan Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi rah. dan tafsirannya diambil daripada berbagai-bagai kitab lain. (Terjemahan Melayu dibuat berpandukan kitab Pimpinan ar Rahman Jabatan Perdana Menteri). "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar (Malam kemuliaan dan kebesaran)." [al-Qadr:1] Al-Quran yang suci telah diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam tersebut. Satu perkara ini pun sudah cukup untuk menyatakan fadhilat malam itu. Sungguhpun malam Lailatulqadar mengandungi pelbagai fadhilat yang lain serta mengandungi keberkatan, namun sesuatu yang begitu agung sekali ialah alQuran yang suci telah diturunkan pada malam ini. Kemudian untuk menambahkan lagi minat kita, Allah SWT bertanya; "Dan adakah engkau mengetahui apakah kebesaran malam Lailatulqadar itu." [al-Qadr:2] Yakni adakah kamu mengetahui akan kebesaran dan kelebihan malam tersebut? Betapa banyak kebaikan dan betapa besar fadhilat yang terkandung pada malam itu? Kemudian barulah disebut beberapa kelebihannya. "Malam Lailatulqadar lebih balk daripada seribu bulan." [al-Qadr:3] Yakni sebanyak mana pahala yang didapati dengan beribadat selama seribu bulan maka 'lebih' dari itu lagi pahala yang akan didapati apabila beribadat pada Lailatulqadar, bahkan berapa banyak yang `lebih' itu pun tidak diketahui.

"Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara." [al-Qadr:4] Allama Razi rah. menulis bahawa, 'pada permulaannya apabila para melaikat melihat kamu, maka mereka telah meluahkan kebencian terhadap manusia, dan telah berkata kepada Allah yang maka tinggi, "Adakah Engkau akan menciptakan sesuatu yang akan melakukan kerosakan di dunia dan akan menumpahkan darah?" Selepas itu apabila kedua ibu bapa melihat kamu pada permulaan, iaitu ketika kamu dalam keadaan titisan mani, mereka juga telah membenci kamu sehingga jika terkena pada kain maka kain itu akan terus dibasuh tetapi apabila Allah telah berikan bentuk yang lebih baik daripada itu, ibu bapa pun mula mengasihi dan menyayangimu. Pada malam ini dengan taufik Allah kamu sibuk dalam mengenali Allah SWT dan mentaatiNya. Maka para melaikat pun turun untuk memohon kemaafan atas ungkapannya dahulu.' Ada beberapa pendapat ulama tafsir tentang makna `roh' a. Pendapat kebanyakan ulama ialah seperti yang telah ditulis di atas iaitu makna ruh yang dimaksudkan ialah Jibrail a.s. Allama Razi rah menulis bahawa pendapat inilah yang lebih sahih. Disebabkan keutamaan Jibrail a.s. maka dia telah disebutkan secara khusus setelah malaikat-malaikat lain disebutkan. b. Sesetengah yang lain pula berpendapat yang dimaksudkan denga Iruh' ialah satu malaikat yang sangat besar, iaitu seluruh langit dan bumi di hadapannya sebesar satu sayap sahaja. C. Pada pendapat sebahagian yang lain pula ‘ruh’ bermaksud satu, kumpulan para malaikat yang khas yang hanya dapat dilihat oleh, malaikatmalaikat lain pada Lailatulqadar sahaja. Pendapat keempat, 'ruh' adalah satu makhluk Allah SWT, yang khusus yang juga makan dan minum tetapi bukanlah malaikat dan bukan juga manusia. Pendapat kelima, yang dimaksudkan dengan 'ruh' adalah Hazrat 'Isa a.s. yang turun bersama para malaikat untuk melihat amalan cemerlang ummat Muhammad SAW. Pendapat keenam, 'ruh' adalah rahmat Allah yang khas. Jadi maksud ayat alQuran di atas ialah, "Pada malam itu para malaikat akan turun dan selepas mereka, rahmat Aku yang khas pula akan turun."

D. E.

F.

Selain pendapat-pendapat ini ada beberapa pendapat lain lagi tetapi pendapat yang pertama adalah lebih masyhur. Dalam kitab Sunan Baihaqi diterangkan, Hazrat Anas r.a. meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada malam Lailatulqadar, Jibrail a.s. akan turun bersama satu kumpulan malaikat dan mereka akan mendoakan rahmat untuk sesiapa sahaja yang dilihat sedang sibuk berzikir

dan melakukan ibadat-ibadat lain. Ditulis dalam kitab Mazahir Haq bahawa pada malam itulah para malaikat telah dijadikam dan pada malam itu juga unsurunsur kejadian Adam a.s telah mula dihimpunkan dan pada malam itu jugalah pokok-pokok ditanam di dalam syurga. Di samping itu terdapat banyak riwayat yang menyatakan bahawa doa dan lain-lain amalan dikabulkan pada malam itu. Dalam kitab Durre Manthur terdapat riwayat yang menyatakan bahawa pada malam itulah Hazrat 'Isa a.s. telah diangkat ke langit dan pada malam itu jugalah taubat Bani lsrail telah diterima.

Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. [al-Qadr:5] Yakni para malaikat akan terus memberi salam sejahtera kepada orang-orang Islam. Setiap kumpulan malaikat akan bersilih ganti datang dan pergi sebagaimana yang dijelaskan di dalam sesetengah hadith. Ataupun maksud ayat itu ialah keseluruhan malam itu penuh dengan kesejahteraan, terpelihara daripada segala jenis keburukan dan kerosakan. Keberkatan ini tidak dikhaskan untuk mana-mana bahagian malam tersebut, bahkan berterusan hingga ke Subuh. Selepas membentangkan surah ini Allah SWT sendiri telah menyebutkan berbagai-bagai bentuk fadhilat yang terdapat pada malam itu maka tidak perlu lagi untuk mengemukakan hadith-hadith. Namun begitu, dalam hadith-hadith pun banyak disebutkan tentang kelebihan malam Lailatulqadar.