SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum

dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: 1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. 2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. 3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. 4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Asal Usul Bangsa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh. Batak. Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: y y y Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Nias. Minangkabau. Bahasa Melayu Kuno . Lampung dan Orang Laut.vf Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. struktur ayat dan tulisan. Penuturnya di Semenanjung. Acheh (1380) . Meringin.Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: y y y Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan. dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur. Batu bersurat di Minye Tujuh.dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di. Minangkabau (1356) y y y ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. b. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: y y y y Batu bersurat di Kedukan Bukit. sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha.dngan atau dangan) Awalan ber. daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli. ph. Kepulauan Riau dan Sumatera. dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. saya: sahaya) Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat . Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.ialah mar. Selepas itu. bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata. batu bersurat di Pagar Ruyung.wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan . kh. Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: y y y y y y y y Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan . Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo. th.ialah ni. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: y y y Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. dh.

a. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan. berfungsi sebagai bahasa perantaraan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam. Sebelum penjajahan Beritish. Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman. sahaya. batu bersurat di Kuala Berang. berbelit-belit. edan kesmaran (mabuk asmara). Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: y y y Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu. kesusasteraan. alkisah. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14. perkara (fenomena) b. British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Allah dan rahmat c. Selepas Perang Dunia Kedua. adapun. dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Terengganu (1303-1387) y y ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. hatta. muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.y y masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi. Syamsuddin al-Sumaterani. berulang. masyghul (bersedih) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula. Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah'' Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. pentadbiran. Ciri-ciri bahasa klasik: y y y y y y y ayat: panjang. .

peminjaman kuno (purnama) f. memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab. bunyi-bunyi c. atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing . haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d) zalim. bakhil. tafsir. terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. syarak. ghazal. kadi. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula. peminjaman pemerian (kapal selam. Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman: a. kosa kata sepertiperkataan. isyarat.Arab . maghrib fakir. peminjaman berpindah (vokal/vowel) Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut: Sanskrit . tarikh ghairah. swalayan dan swasenyawa. peminjaman tulen (matematik. qadim. misal. dan peribahasa asing. istilah. tafahus. ghalib. khadam. struktur ayat. peminjaman kacukan (kasut but) c. isnin. Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula. hadis (disebut sebagai `s') qari. kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga. huruf atau sistem tulisan b. selasa. imbuhan d. swadaya.Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Daripada bahasa Sanskrit. d. zaman. swasta. Inggeris dan sanskrit. e. darurat.c.Inggeris Bunyi-bunyi Asing Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu. isyak khabar. syamsiah. peluru meriam) d. bonus) b. Bunyi /sy/ /kh/ /gh/ /f/ /dh/ /z/ /th/ /q/ syarikat. fardu.Indonesia . Kegemaran menggunakan bahasa asing. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk. dan e. kapal terbang. Jenis-jenis peminjaman a. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang). wazir sabit. khas. fitrah. furqan Contoh Perkataan Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual): . mualaf darab.

prauniversiti tatacara. staf vaksin. sofa lif. sains. komputer. dozen. televisyen. anti-Yahudi prokerajaan. fokus. seniman. prasangka. lesen. doktor. sarjan. radio. teknologi. Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. tenis. dan Inggeris-Eropah. aiskrim. lori. hartawan biduanita seniwati. swalayan ekabahasa. zon.Bunyi /f/ /v/ /sy/ /z/ Imbuhan Asing fasa. tatarakyat.. . bulan madu (honey moon). demokrasi. angkasawati binomial. nasionalisme Pengaruh Bahasa Inggeris Aspek Pinjaman Kosa kata: lokap. ulat buku (book worm). ekafungsi. Arab-Parsi. elaun. hitam putih (black and white). praktikal idealisme. swadaya. komen. Pinjaman Nahu Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is) Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load). gazet Contoh Perkataan Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa. insani. biadab. bimormal abadai. polis. notis. subbidang supranasional. mahasiswa prakata. novel. akhiri duniawi ilmiah hadirin ustazah hadirat antibiotik. iaitu bahasa Sanskrit. opera. kusyen zip. saman. Sumber Jenis Imbuhan mahapratataawalan Sanskrit swaekadwipanca-man akhiran -wan -nita -wati Awalan bi-i -wi Arab-Parsi Akhiran -iah -in -ah -at antiproAwalan Inggeris-Eropah poliautosubsupraAkhiran -al -isme Imbuhan Contoh Perkataan maharaja. bas. warden. syif. kelas. televisyen syampu. vakum. tatasusila swasta. kritikal. nepotisme. pancalogam. ekanada dwibahasa pancaindera. kafe. reformasi. budiman karyawan. di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way). Lihat jadual di bawah. mahaguru. suprakelas klinikal. autograf subgolongan. pro-Amerika poliklinik autonomi. motokar.

orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Acheh. cabang Nusantara. Bahasa Indonesia di Indonesia. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial.DINAMIKA BAHASA MELAYU Variasi Bahasa Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Walaupun namanya berbeza. ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut: . Misalnya. iaitu idiolek. Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan. Oleh itu. Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Variasi bahasa Dialek Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. Dialek kawasan Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak. bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi. Nias. Sumatera. Kalimantan dan sebagainya. Lampung dan Orang Laut. dialek kawasan atau loghat. dialek sosial. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . kosa kata dan tatabahasa. dalam majlis rasmi. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Minangkabau. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. jawa. Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia. dikatakan sebagai dialek sosial.

bahasa halus.Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. bahasa pasar. bahasa slanga.Berdasarkan konteks yang umum. dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal. Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal Ragam Bahasa Bebas Ayat yang tidak gramatis. bahasa kasar. Contoh bahasa formal . Ayat yang gramatis Bahasa Terkawal .Bahasa mesra. Contoh bahasa tak formal . bahasa basahan. bahasa dialek dan sebagainya.

I dah warning you banyak kali. pilihan perkataan. Ciri-ciri lain: a. Bahasa Basahan Juga disebut sebagai bahasa kolokial. mengancam. struktur ayat. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. pilihan kata. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. sekeh. pilihan perkataan. boring. nahu dan sebagainya. intonasi. iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku mengapa bagaimana sedang (b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak tidak sudah (c) perubahan bunyi Bahasa Baku ambil kecil ambik kecik Bahasa Basahan nak tak dah Bahasa Basahan kenapa macam mana tengah Bahasa Basahan Ragam Bahasa Formal . Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu. Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal Ragam Bahasa Mesra Menggunakan ragam bahasa bebas. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. tetapi awak masih hendak ke sana. dan tatabahasa. tapi you masih hendak ke tempat tu. pakwe. Contoh: Awak sangat degil. Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi. iaitu tidak memeningkan sebutan. Contoh: You ni betullah degil sangat. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap Bahasa Slanga Bahasa tidak rasmi.Tidak mementingkan aspek sebutan. Menggunakan kata-kata remaja seperti brader. struktur ayat dan tatabahasa. intonasi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan. tidak baku.

berbulan madu. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. contoh: banyak cantik. berbadan dua. kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. ayahanda. kekanda. umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang. Dialek variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. tak berotak dan sebagainya. Kerap menggunakan perkataan `punya' . Kedudukan. Sebutan Bahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua makam . bonda dan nenda. Bahasa Halus Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Dialek berbeza dari segi: a. Bagaimanapun. adinda. Contoh: Buang air besar. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina. apa punya budak. kesannya kepada orang lain adalah subjektif. pangkat. Menggunakan banyaks ebagai kata penguat. seperti penggunaan anakanda. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting. bodoh.pula Bahasa Pasar pulak Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Berikut diturunkan beberapa contoh: Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting kubur Bahasa Kasar Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor. tetapi dianggap biasa di Melaka. contoh: dia punya barang. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi. Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif. enidikan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. ayo. cara penyampaian. matematik dan sebagainya. . perubatan.dan -kan. Tajuk wacana JIka wacana merupaan wacana ilmiah. ayat bias dan ayat songsang. c. maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq. rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan. dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza. suka. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. dan gaya penyampaian. khutbah dan upacara. Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan. laras bahasa doa. Tiga Dimensi Laras (Halliday) merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi. iitu tajuk wacana. Laras dipengaruhi oleh latar. peserta dan tujuan. (d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri) (e) kata ganti diri Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya) Hang (dialek utara bermaksud kamu) Laras Bahasa Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. penutur. b Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Sebaliknya. Tatabahasa Contoh: penggunaaan imbuhan per. Contohnya. jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak .

predikat. Laras Bahasa Perniagaan Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu . mudah difahami.Jika lisan. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal. objek. ilustrasi dansebagainya. surat kiriman dan sebagainya. berita sukan). iaitu laras biasa dan laras khusus. pengetahuand an penerangan (syarahan. buku). perbahasan dan khutbah atau doa? JIka tulisan sama ada ia esei. Tak Formal Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek. Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan. Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajarpelajar (rencana. Struktur ayat mudah. Digunakan dalam iklan. laporan. . disokong pula oleh gambar. sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan. berita sukan). pengetahuan dan peneranagn (syarahan. adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif? Jenis dan Ciri Laras Bahasa Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar. ringkas dan padat. laporan dan sebagainya . Gaya penyampaian Misalnya. maklumat dan pemujukan (rencana. tender. rencana). grafik. kurang kata pinjaman. Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah: kosa kata tatabahasa gaya Laras Bahasa Biasa Tidak melibatkan bidang tertentu. contohny: Di larang memijak rumput. atau mengubah sikap dan melakukan tindkan. Gayat ayat sederahana.) Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan. lukisan. memorandum atau iklan? mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal. surat rasmi atau surat peribadi. tiada istilah teknikal. Laras Bahasa Biasa Formal/Rasmi Digunakan dalam majlis rasmi. laporan. encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana. ucapan. . iklan). iklam).

pecutan. isi tulisan mestilah tepat. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar. gaya tulisan yang jelas danketuiga. teknologi. peribahasa. dan biasanya perlu dihafal. kedua. Percuma Satu (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan. pertama. kiasan dan sebagainya. Ayat yang panjang. (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai (i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z. Contohnya ialah fotosintesis. Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah. dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. misalnya penulisan thesis. komunikasi. mengandungi beberapa klaausa. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif. habeas corpus dan sebagainya. penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan). Dalam penulisan ilmiah. maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai. Beberapa ciri bahasa sastera: . Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang. baasa yang digunakan mudah. Bersifat teknikal. simili. matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Laras Bahasa Undang-Undang Tiada gambar. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum. kiasan. metafora. laind aripada struktur teks cereka. Laras Bahasa Sastera Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab. pendebungaan dan sebagainya. Laras Bahasa Akademik Meliputi pelbagai bidang seperti sains. dramatik dan puitis. istilah teknik. preskriptif. menggunakan petikan. Laras bahasa media Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri.Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut: (a) slogan: Kami Ada Cara (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y (D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap (e) Kaedah Umpan: Beli Satu. graf. dan sebagainya haruslah dielakkan. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai. mengawan. deskriptif. metafora.

perbandingan. dan lain-lain. e. biologi. menggunakan bahas tersirat: perlambangan. 4 Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Laras Bahasa Agama Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. undang-unang. cerpen). 2. mementingkan penyusunan. kata. Kesimpulan: Golongan laras Hiburan Pengetahuan Biasa Maklumat Upacara/. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. dialog. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Kimiz. kesatuan fikiran yang utuh. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: 5. Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. khutbah) atau tulisan (seperti surat. puitis dan hidup.a kreatif dan imaginatif: kabur mesej b. pengulangan. pemilihan kata c. morfem. d. 3. kisan. 6. binaan serta konstruksinya. novel. surat peribadi Ucapan syarahan Acara majlis umum Doa.Majlis Khalayak Umum Bidang Situasi Contoh Bahan Berita. kimia. personifikasi. laporan. pertuturan. bunga-bunga bahasadan sebagainya. ucapan. . simile. khutbah Acara majlis rasmi Doa-khutbah Khusus Teknikal Ilmiah Khalayak Umum Rencana. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Wacana 1. klausa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa. ilusi. peribahasa. iklan. Tingkat-tingkat fonem. ekonomi. Ia melebihi tingkat ayat. Fizik. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa. sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato. frasa. metafora. aartikel. dan ayat merupakan peringkat bentuk. ambiguiti dan sebagainya. percakapan' ii. rencana matematik. fizik. Tesis. manakala wacana merupakan peringkat fungsi.: monolog. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa.

9. kemudian. bertentangan dengan. Retorik Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik. garis tebal) c. fasal. selanjutnya. macam. sungguhpun. serta. Fungsi 1. pastilah. Pertentangan 11. bertentangan dengan. lambat-laun. laksana. juga dikenali sebagai penanda wacana. walau bagaimanapun. dengan kata lain. lamakelamaan. sebenarnya. lagi. Tempat 7. apabila. dengan itu. ibarat. Wacana mempunyai penanda. selepas. menarik. namun begitu. tubuh . tetapi. lantaran. bersebelahan dengan. 8. sesuai dengan. akhirnya. ketika. tambahan lagi.a. seterusnya. Tambahan 2. Contoh 5. kesimpulannya. logik. semasa. iaitu sama ada naratif (pemerian). Penyataan semula 4. oleh itu. penutup d. deskriptif (pengambaran). sesungguhnya. sama juga dengan. justeru itu. peta dan statistik. kemudian daripada itu. akhir kata. sebagai. eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. sebagai kesimpulan. munasabah. sewajarnya. seperti yang diterangkan. Urutan 3. cetakan tebal. . kedua. tambahan pula. tentulah. Waktu 8. kemudian. Bandingan 10. sememangnya. di samping. jadual. pada mulanya. jadi. yakni. iaitu. berkesan. Rumusan 6. seperti juga. Pengesahan Contoh dan. umpama. pertama. sebab itu. bak kata. selepas itu. pendahuluan b. bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. graf. Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan. sebaliknya. seterusnya. usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan. Sebab dan kesan 9. rumusannya. sebagai penyimpul kata berhampiran dengan. contohnya. serupa dengan. Ia dapat digambarkan seperti berikut: 7. miring. bagai. seperti. akhirnya.isi.

penguasaan tatabahsa 2.Menerangkan atau memerikan sesuatu. Penghujahan . Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. 2. Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.Mendedahkan sesuatu isu. Dalam kesantunan berbahasa. di samping . Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Eksposisi . induktif atau analogi. Di tahap yang lebih halus. 3. contoh kiasan dan sesuatu. deduktif. pandangan. pangkat. perkara. Retorik dikembangkan dengan empat cara. 1. watakwatak dalam novel. penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi. Secara umumnya. . umur. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan. Di samping itu. atau sejarah -Kebenaran yang hendak sesuatu.Dengan cara deksriptif ini. 4. -Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan konsep. 5. deskriptif (pemerian). Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran.Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk menerangkan sesuatu hal. sikap.Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang. minit mesyuarat atau ceramah . retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi. Induktif Deduktif Analogi Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan. dengan menggunakan ditunjukkan mestilh berasakan mana-mana teknik sama ada fakta atau bukti yang konkrit. iaitu naratif (penceritaan). Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Naratif Deskriptif .Pengalaman seseorang. . penggunaan pelbagai ragam bahasa 3.Penulis menggambarkan syarahan yang menerangkan peristiwa. maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan.   esantunan Berbahasa . kemahiran retorik melibatkan: 1.Gaya naratif boleh ditemui pada perasaan hati dan pandangannya. Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang. rujukan hormat dan ganti nama. laporan aktiviti. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik 4. atau berbentuk propaganda. eksposisi (pendedahan). cadangan. atau penghujahan. laporan akhbar. penulis boleh menggunakan teknik-teknik induktif. penguasaan corak dan bentuk penulisan. menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali. dan pendirian orang ramai. drama dan sebagainya. deduktif atau analogi. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. penulis ada kalanya menggunakan pancainderanya. Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus. sebagainya.Dalam penulisan pemujukan. proses. -Kebenaran tidak berasaskan emosi sahaja. dan keakraban hubungan. penyampaian ideologi. .

perbahasan dan sebagainya. Saudara . Antara ungkapan berkenaan ialah patik. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan. menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Pak Ngah. Profesor dan sebagainya. Contoh: abang ipar. adik ipar mak long ipar. Puan . Lihat contoh berikut: Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. Tetuan . termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Encik. Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long. bersemayam. daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. 9.digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri. Mak Lang.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. bercemar duli dan sebagainya. ii. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik.6. Profesor dan Syed. manakala Encik untuk lelaki sahaja. mentua dan ipar. 12. Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri. Mak Long. berangkat.boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya.hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu. Bhd. mak ngah ipar dan sebagainya. Mak Mentua dan Tok Mentua). Mak Njang. (Pak Mentua.) . Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan . Pak Lang. bersiram. Kak Ngah. Mak Ngah. Cik . Mak Su.untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri.digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Saudari . Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin. kak ipar. tuanku. 7. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor. Bang Ngah. Kak Long. 8. Pak Njang. Pak Mak Tok Abang Kakak Adik 10. junjung kasih. Doktor. Pak Cik. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long. pangkat. dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat.digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda. umur dan keakraban hubungan. Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Ngah dan Cik seperti Bang Long. 13. Bang Cik dan Kak Cik. dan orang lelaki bergelar Haji. Mak Cik. Pak Su.

Wan. Terengganu). Datuk (Satuk Patingi. Teuku dan Teungku (Aceh). Wan (Kelantan. Timbalan Perdana Menteri. Pahang. Terengganu). Datu (Sabah). Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak. Kadi Mufti dan pemimpin Islam Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Amat Setia Yang Arif Sahibul Samahah . Raja Haji Osman 17. Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. 15. Puan Sri.Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku. Sidi. Ahli Dewan Undangan Negeri Yang Berhormat (wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Tun. Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Datuk Paduka. Mak Wan. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. . Pangeran. Pangeran Anak. Abang (Sarawak). Ahli Parlimen. Datuk (Datuk Seri.Tan Sri Prof. Ketua Menteri Menteri. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif. Menteri Yang Amat Berhormat Besar. Megat dan Puteri (Perak). Gelaran Kurniaan. Awangku. Kedah. 16. Tun.14. . . Sultanah.Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. . Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s. Engku. Gelaran keturunan orang-orang besar. Raja.a. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan.w. Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.Pak Ungku. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa). Nik (Kelantan).Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor). Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan. Sutan (Minangkabau). Rujukan Hormat Orang Yang Disapa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan. Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam). Datuk Setia). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Raja Permaisuri Balu Raja Raja Muda atau Tengku Mahkota Kerabat Diraja Karib Bergelar warisan Rujukan Hormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Perdana Menteri. Pak Nik. Daeng (Bugis). (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Mak Ungku. Datuk Amar). Toh Puan. Tengku Ampuan. Selangor). Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim. Nik) .

Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful