P. 1
TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 8

TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 8

4.8

|Views: 8,054|Likes:
Published by hazreen othman

More info:

Published by: hazreen othman on Sep 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2013

pdf

text

original

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/1

SISTEM TIGA FASA (3 Φ )

8

U nit

OBJEKTIF AM
Memahami konsep-konsep asas sistem tiga fasa (3 Φ )

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :  Menjelaskan prinsip asas sistem tiga fasa  Membezakan sistem tiga (3 Φ ) dan satu fasa (1 Φ ).  Menerangkan proses penjanaan sistem tiga fasa.  Menyatakan maksud beban seimbang dalam sistem 3 Φ .  Menyatakan bekalan tiga fasa mempunyai tiga dawai hidup.

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/2

INPUT

8.0

SISTEM TIGA FASA ( 3 Φ ) Sistem banyak fasa adalah sistem yang mempunyai dua atau lebih punca voltan dengan perbezaan sudut fasa yang tetap. Sistem tiga fasa ialah sistem yang mempunyai tiga (3) sumber voltan yang sama magnitudnya yang dihasilkan oleh tiga gegelung pengalir yang disusun dengan perbezaan sudut fasa 120o elektrik.

8.1

PENJANAAN VOLTAN TIGA FASA (3 Φ ) Penjana satu fasa (1 Φ ) mengeluarkan daya gerak elektrik (dge) menggunakan satu gegelung pengalir yang diputarkan memotong fluks dalam medan magnet di antara kutub utara dan kutub selatan stator. Jika gegelung pengalir ditambah pada rotor (pemutar) sesebuah penjana, maka dge gelombang sinus akan bertambah dan sistem banyak fasa akan terbentuk. Bagi penjana 3 Φ , dge dijanakan menggunakan tiga gegelung pengalir yang disusun supaya memberi tiga dge yang sama amplitudnya dan mempunyai anjakan fasa 120 o elektrik. Disebabkan ketiga-tiga gegelung pengalir mempunyai lilitan gegelung yang sama dan berputar pada kelajuan tetap, tiga (3) dge yang mempunyai bentuk, nilai puncak dan frekuensi yang sama terjana (Rujuk Rajah 8.1).

Sila baca dan faham bahagian (8.1) dan (8.2) kerana ia adalah komponen penting dalam unit ini. Jika perlu jumpa pensyarah anda !!!

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/3

Kutub Utara

Y
120o B” Oo

R”
240o

R B Y”

Kutub Selatan

Rajah 8.1 : Tiga (3) Gegelung Pengalir Dalam Fluks Magnet

Dge Em ER EY EB

360O 0O 120o 240o

θ

Rajah 8.2 : Gambar Rajah Gelombang Sistem 3 Φ

Pada kedudukan gegelung pada Rajah 8.1 di atas;

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/4

Dge terjana dalam gegelung RR” ialah Dge terjana dalam gegelung YY” ialah Dge terjana dalam gegelung BB” ialah

Em sin 0 iaitu sifar.

E m sin 120 o iaitu 0.866 Em volt.
E m sin 240 o iaitu –0.866 Em volt.

Dari gambar rajah gelombang pula (Rajah 8.2) ; Voltan Talian Merah, E R = E m sin θ . Voltan Talian Kuning, Voltan Talian Biru,

EY = Em sin(θ − 120o )
EB = Em sin(θ − 240o )

(8.1)

Persamaan dge di atas boleh diungkapkan dalam bentuk perwakilan fasa seperti berikut ;

Em ∠0o 2 E EY = m ∠ − 120o 2 E EB = m ∠ − 240o 2 ER =
di mana nilai ER , EY dan EB adalah nilai punca min kuasa dua dge,

(8.2)

E pmkd .

Tahukah anda ? Bagaimana pers. (8.1) boleh diungkapkan menjadi pers. (8.2) !!!. Tanya pensyarah anda.

8.2

KEGUNAAN SISTEM 3 Φ

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/5

Di antara kegunaan sistem tiga fasa adalah ; a) Untuk menghidupkan mesin-mesin 3 Φ . b) Untuk membekalkan kuasa ke kilang-kilang yang besar. c) Sebagai sistem penghantaran dan penagihan kepada pengguna. 8.3 PERBANDINGAN SISTEM 3 Φ DENGAN 1 Φ Pada hari ini, sistem tiga fasa lebih banyak digunakan di dalam industri ynag memerlukan kuasa yang tingi berbanding dengan sistem satu fasa. Di antara kelebihan sistem tiga fasa berbanding satu fasa adalah ; a) Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelengaraan. Bagi membekalkan sejumlah kuasa ketara yang sama dengan sistem satu fasa, pengalir yang digunakan lebih kecil dan seterusnya keperluan kuprum dapat dikurangkan. b) Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini menyebabkan struktur penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang agak jauh di antara penyokong. c) Peralatan 3 Φ seperti motor aruhan 3 Φ mempunyai ciriciri permulaan yang dan kendalian yang lebih baik kerana kuasa seketikanya lebih stabil dan tetap. d) Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem 3 Φ lebih tinggi berbanding 1 Φ . e) Kebanyakan motor yang besar menggunakan motor aruhan 3 Φ kerana boleh hidup sendiri tanpa memerlukan peralatan tambahan seperti pemuat, suis empar atau litar tambahan yang lain f) Produksi (keluaran) dan kualiti kerja peralatan 3 Φ lebih baik berbanding 1 Φ kerana mempunyai kecekapan dan faktor kuasa yang lebih tinggi. Kebiasaannya bekalan tiga fasa mempunyai tiga (3) dawai hidup atau pengalir fasa iaitu ; a) Fasa Merah, R b) Fasa Kuning, Y c) Fasa Biru, B Biasanya beban yang digunakan di setiap fasa adalah seimbang. Iaitu nilai beban (galangan) pada setiap fasa adalah sama.

Ehhh !!! Rumah aku guna sistem satu fasa atau tiga fasa? Hee.. heee

Jadual 8.1 : Perbezaan Antara Sistem Satu Fasa Dan Tiga Fasa

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/6

SISTEM 1 Φ Definisi : Sistem yang mempunyai dua(2) kabel/dawai penyambung dari bekalan ke beban iaitu, kabel hidup (L) dan kabel neutral (N). Sambungan Talian : Kabel hidup 240V Kabel neutral beban

SISTEM 3 Φ Definisi : Sistem yang mempunyai tiga(3) kabel dari bekalan ke beban iaitu fasa merah (R), fasa kuning (Y) dan Fasa biru (B). Sambungan Talian : R Y 240V B N Bentuk gelombang :
Voltan R 415V Y B

415V

Bentuk gelombang :
Voltan

240V
360o 0 180

θ

360

0
120o 2400

θ

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/7

AKTIVITI 8

Uji kefahaman dan ingatan anda dengan membuat aktiviti berikut. Sekiranya masih kabur, sila buat ulangkaji.

8.1 8.2 8.3 8.4

Berikan definisi bagi sistem tiga fasa (3 Φ ). Nyatakan tiga (3) kegunaan sistem 3 Φ yang anda ketahui. Apakah yang di maksudkan dengan beban seimbang dalam sistem 3 Φ . Senaraikan tiga pengalir fasa yang ada dalam sistem 3 Φ .

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/8

MAKLUM BALAS 8

8.1

Sistem tiga fasa ialah sistem yang mempunyai tiga (3) sumber voltan yang sama magnitudnya yang dihasilkan oleh tiga gegelung pengalir yang disusun dengan perbezaan sudut fasa 120o elektrik. Di antara kegunaan sistem tiga fasa adalah ; i. Untuk menghidupkan mesin-mesin 3 Φ . ii. Untuk membekalkan kuasa ke kilang-kilang yang besar. iii. Sebagai sistem penghantaran dan penagihan kepada pengguna. Beban seimbang ialah nilai beban (galangan) pada setiap fasa adalah sama. Kebiasaannya bekalan tiga fasa mempunyai tiga (3) dawai hidup atau pengalir fasa iaitu i. Fasa Merah, R ii.Fasa Kuning, Y iii. Fasa Biru, B

8.2

8.3 8.4

Untuk perhatian pelajar. Unit 8, keseluruhannya melibatkan teori dan ianya memerlukan banyak kepada bacaan dan hafalan ..!!! Tahniah jika anda berjaya menjawab semua soalan di atas.

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/9

Penilaian Kendiri

Untuk menilai prestasi anda, sila jawab semua soalan di bawah dan hantar kepada pensyarah anda untuk dinilai... Semoga

1. 2.

Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses penjanaan voltan tiga fasa (3Φ) . Salah satu perbezaan antara sistem satu fasa (1Φ ) dengan sistem tiga fasa (3Φ ) adalah bentuk gelombang sinus. Lukis dan labelkan gambar rajah gelombang sistem (3Φ ) . Jelaskan tiga (3) kelebihan sistem (3Φ) berbanding dengan sistem satu fasa (1Φ ) .

3.

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/10

MAKLUM BALAS KENDIRI
1. Proses penjanaan voltan tiga fasa : Kutub Utara

Y
120o B” Oo

R”
B 240o

R Y”

Kutub Selatan

Tiga (3) gegelung pengalir dalam fluks magnet Penjana satu fasa (1 Φ ) mengeluarkan daya gerak elektrik (dge) menggunakan satu gegelung pengalir yang diputarkan memotong fluks dalam medan magnet di antara kutub utara dan kutub selatan stator. Jika gegelung pengalir ditambah pada rotor (pemutar) sesebuah penjana, maka dge gelombang sinus akan bertambah dan sistem banyak fasa akan terbentuk.Bagi penjana 3 Φ , dge dijanakan menggunakan tiga gegelung pengalir yang disusun supaya memberi tiga dge yang sama amplitudnya dan mempunyai anjakan fasa 120o elektrik. Disebabkan ketiga-tiga gegelung pengalir mempunyai lilitan gegelung yang sama dan berputar pada kelajuan tetap, tiga (3) dge yang mempunyai bentuk, nilai puncak dan frekuensi yang sama terjana

2.

Rajah A2, adalah gambar rajah gelombang bagi sistem tiga fasa ;

SISTEM TIGA FASA

E1063/UNIT8/11

Dge Em ER EY EB

360O 0O 120o 240o

θ

Gambar rajah gelombang sistem 3 Φ 3. Tiga (3) kelebihan sistem tiga fasa berbanding dengan satu fasa ; i. Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelengaraan. Bagi membekalkan sejumlah kuasa ketara yang sama dengan sistem satu fasa, pengalir yang digunakan lebih kecil dan seterusnya keperluan kuprum dapat dikurangkan. Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini menyebabkan struktur penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang agak jauh di antara penyokong. Peralatan 3 Φ seperti motor aruhan 3 Φ mempunyai ciriciri permulaan yang dan kendalian yang lebih baik kerana kuasa seketikanya lebih stabil dan tetap. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem 3 Φ lebih tinggi berbanding 1 Φ . Kebanyakan motor yang besar menggunakan motor aruhan 3 Φ kerana boleh hidup sendiri tanpa memerlukan peralatan tambahan seperti pemuat, suis empar atau litar tambahan yang lain Produksi (keluaran) dan kualiti kerja peralatan 3 Φ lebih baik berbanding 1 Φ kerana mempunyai kecekapan dan faktor kuasa yang lebih tinggi. (Pilih tiga (3) sahaja)

ii. iii. iv. v. vi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->