MODEL PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH: PENGAJARAN PEMUSATAN MURID DAN BERASASKAN KONSTRUKTIVIME.

DISEDIAKAN OLEH KAMALUDIN BIN AHMAD MAKTAB PERGURUAN MOHD. KHALID JOHOR BAHRU 1996 PENGENALAN Kelemahan murid -murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Malangnya guru -guru tidak mengikut k ehendak sukataran, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru. Menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar pelajar-pelajar melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat; ia melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian masalah, heuristik dan stratetgi belajar (Wittrock, 1991). Wittrock menjelaskan pembelajaran melibatkan interaksi di antara pengetahuan pelajar dan ingatan dan maklumat yang hendak dipelajari. Pengajaran pula 2 adalah proses yang mendorong pelajar -pelajar membina interaksi ini. Bagi Gabay (1991), pembelajara n adalah komponen utama dari aktiviti timbal -balas, sebab hasil yang jelas dikehendaki ialah meningkatkan pengalaman pelajar. Mengajar pula mencipta syarat atau suasana yang memudahkan pembelajaran.

pecahan dan operasi. wang. Pendekatan pertama ini jelas menekankan kepada pemusatan murid dan juga mungkin berasaska n fahaman binaan (konstruktisime). latihan. Terdapat 6 per kara yang perlu dipertimbangkan. matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Terdapat 7 Objektif yang telah disenaraikan. Murid perlu dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem sebelum diperkenalkan kepada simb ol dan algoritma yang merupakan perwakilan 3 secara abstrak. ruang. salah satunya (yang pertama). yang merangkumi kemahiran asas. Pendekatan lain termasuk. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. purata. ukuran dan suk aran. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR pula cuba memenuhi objektif di atas. . dan penerapan nilai murni. perpuluhan dan operasi. nombor bulat dan opeasi. dan graf. Sukatan matematik KBSR meliputi kemahiran. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan kei ndahan matematik. penggunaan bahasa. peratus. kemahiran menggunakan bahasa dan menyelesaikan masalah.PENDIDIKAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). penyelesaian masalah.

DISCUSS THE MAJOR FACTORS THAT AFFECT CURRICULUM DESIGN IN SCHOOL MATHEMATICS. Pada ketika itu objektif pengajarannya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme. Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Noh. menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau prosedur matematik. dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70¶an hinggalah ke alaf baru ini. perkembangan teori pembelajaran. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. 1996). kemahiran asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Segala fakta.³BASED ON MALAYSIAN CONTEXT. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu. Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70¶an memberi fokus kepada matematik tradisi. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan. Dalam sukatan ini. .´ PENGENALAN Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia. 1995). Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. visi dan misi sistem pendidikan negara. yang menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat. pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara. 1982). globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik. tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80µan dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandunganya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. lalu dikeluarkan dari sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. penggunaan matematik dalam situasi sebenar. tanpa mengurangi kepentingan mengira. Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik yang umum. yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran. matriks. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor. Matapelajaran matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70¶an. kritis dan bersistem. Dalam konteks pendidikan di Malaysia. serta cara pemikiran logik. Pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. 1988). matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviourisme. 1982). bentuk dan perkaitan (KPM. telah diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah. perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan . menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar. amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa. 1992).Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan. kemahiran menyelesaikan masalah. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula. statistik. Kurikulum Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Aspek lain seperti pemahaman. Tajuk-tajuk moden seperti set. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. menguasai sepenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Pendekatan pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep. Secara umumnya.

Pusat Perkembangan Kurikulum 2001 Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas. Pertama. ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik. corak dan kaedah pendidikan secara kasar. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. khususnya di Malaysia. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. sistem pendidikan dan kemajuannya daripada satu tahap kepada tahap yang lain. asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin. Sebagai perbandingan. Mehlinger (1995) mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua bentuk kesukaran. Howard D. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education " Wiles Bondi (1989) juga turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Menurut Francis (1987): "Curriculum Development is also a political process. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. pembaharuan pendidikan. Kesukaran yang kedua iaitu pembaharuan pendidikan adalah antara isu yang amat menyeluruh kerana ianya meliputi isu-isu kurikulum. Faktor Major Yang Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum Matematik Falsafah Pendidikan Negara (LAMPIRAN A) memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya.negara yang menentukan arah haluan. n egara Amerika Syarikat misalnya tidak memiliki satu falsafah pendidikan yang digubal di peringkat negara walau pun sistem pendidikannya adalah antara yang terbaik di dunia. Penbentukkan sesuatu kurikulum mahupun dasar pendidikan negara di negara kita juga dipengaruhi oleh faktor politik semasa. Ia mengandungi matlamat. 1994). kerana setiap kali pucuk pimpinan . pendidikan guru dan kedua.

Ini bermaksud setiap individu perlu diajar secara bermakna bersesuaian dengan teori pembelajaran iaitu behaviourisme. kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek. ³Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu´ terkandung dalam FPK. 1995). Kurikulum matematik di Malaysia juga dipengaruhi oleh visi dan misi sistem pendidikan negara. rohani. Oleh itu pembentukkan kurikulum matematik di Malaysia mempunyai perkaitan yang kuat antara falsafah pendidikan dan politik. maka dasar dan kurikulum di negara kita berkembang mengikut ideologi masing -masing. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi kerajaan atau kementerian menguatkan pengaruh mereka. maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. kognitivisme dan humanisme. Penyata Rahman Talib 1960 sehingga kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 telah beberapa kali kurikulum diubahsuai dan kini telah wujudnya pula Kurikulum Sekolah Lestari (LAMPIRAN B) sebagai suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai pelajar dan individu dapat dipenuhi. Penyata Razak 1956. Husin.dan juga Kurikulum Sekolah Bestari. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus dite lan arus pembangunan (Mohammad Nor. rohani dan social (Ee Ah Meng. Jelaslah di sini melalui FPK yang telah dirancang dengan sebaik-baiknya ini adalah penyumbang terbesar terhadap . emosi dan jasmani. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang ko gnitif. Daripada ordinan pelajaran 1952. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.sesebuah negara itu bertukar. Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. 1990. Ini bermakna. 1994). Jika dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah wujud visi dan misi yang tersirat juga ditonjolkan. psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Oleh itu FPK adalah penyumbang terbesar faktor pembentukkan kurikulum matematik di Malaysia (LAMPIRAN C). jasmani. Kamaruddin Hj. Negara kita telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. Setelah empat tampuk pimpinan negara kita bertukar tangan.

UKM Ee Ah Meng.(1995). Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Kamaruddin Hj. Francis P. Husin. melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru. Kuala Lumpur : DBP Nor Azlan Ahmad Zanzali (1996). 19 -40. Wiles Bondi (1989). School Reform in the Information Age Ibrahim Md. Kajang. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. µIsu-isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik¶.(1994). teori pembelajaran dan isu-isu semasa. 14. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.pembentukkan kurikulum kerana didalamnya terkandung semua faktor-faktor yang lain seperti visi dan misi. Nik Azis Nik Pa(1992). Kuala Lumpur: Longman. Mehlinger (1995). Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Matematik di Metro Inn. Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah di Malaysia Sejak Zaman Penjajah. Currikulum Planning Howard D. faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berasaskan Fahaman Binaan. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara. Hunkin (1987). Noh (1995). PENUTUP Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya.`Curriculum Development : A Guide to Practice¶ Click ads for your tq . Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Sebenarnya. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Matematik . RUJUKAN Asiah Abu Samah (1982).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful