P. 1
Modul_BMM3108

Modul_BMM3108

|Views: 4,064|Likes:
Published by kawaiielah_00

More info:

Published by: kawaiielah_00 on Aug 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/15/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0KANDUNGAN ISI
  • 1.1.1 Fonetik Artikulasi
  • 1.1.2 Fonetik Akustik
  • 1.1.3 Fonetik Auditori
  • 1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
  • 1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
  • 2.0KANDUNGAN ISI
  • 2.1Definisi Artikulasi dan Artikulator
  • 2.2 Alat-Alat Artikulasi
  • 2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal
  • 3.0KANDUNGAN ISI
  • 3.1Definisi Diftong dan Konsonan
  • 3.2Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 4.0KANDUNGAN ISI
  • 4.1Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.2Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.3Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
  • 5.0KANDUNGAN ISI
  • 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
  • 5.2 Simbol Konsonan
  • 5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

1. Dua cabang lagi. frekuensi dan amplitud. lelangit keras. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. iaitu fonetik artikulasi. 1. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. lelangit lembut. dan sebagainya.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak.Dari ketiga-tiga cabang ini. seperti lidah. bibir. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara.1.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia.1. 1.1. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang. 5 . Selain itu. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. anak tekak.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. fonetik akustik dan fonetik auditori. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).

2. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. fonetik akustik. Banding beza bahan tersebut. 1. (Siti Hajar Abd. Asas kepada kajian fonologi. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. Dapat merumuskan. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. 2008: 90) 1. iaitu morfologi dan sintaksis. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 .2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Aziz. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. Input kepada kajian linguistik tinggi. dan fonetik auditori.

Penggiat bahasa risau. dengan asas yang padu dan kukuh ini. morfologi. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. dan kosa kata. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Bahasa baku ialah bahasa standard. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. tatabahasa. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. Menurut Awang Sariyan (2004). Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi. sintaksis dan semantik. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . Kini. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi.1999).

dan laras bahasa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. iv. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. sistem ejaan.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. ii. untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1. ahli. dan tidak ada huruf yang senyap”. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. Secara khusus. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. iii. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 .L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah).

Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. di tengah atau di akhir kata. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. tertutup. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. KVK . Indonesia dan Inggeris 10 . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. KV + KV . KVK + KVK. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja.

Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu. Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab .

12 . Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. penjual ubat atau sarjan tentera. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. seperti khatib. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. ayat perintah. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. v. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. kemarahan. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. positif atau negatif dan seumpamanya. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. ayat tanya. iii. keakraban. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. Ada beberapa fungsi intonasi. vi. kekecualian. iv. 3 dan 4. ii. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. kekejutan. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. sama ada ayat penyata biasa. Antaranya: i. 2. kebosanan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. seperti kegembiraan.

wéi le.ros gha.na] [pyong.la] [lim kéng yék] [but.la.yang] [niu zi.vi.ham.lẼnd] [sun.nia her.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.gun] 13 .mad hat.dé.san] [bos.ngor da.go.ros but.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.sen man.ze.rul éh. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.

mi.ra] [ra.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.di.él.gén.lé.la.mé. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.ngi.bi. Scientific and Cultural Organization) [am.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.di.nan mul. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.no.nan mul.gi me.dio té.te.ti ték.si pe.dia] atau [a.ni. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.ké.ti.nés.lo.la.sia] [a.lé.mé. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.lé.ver.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.si peng. Öik.si.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.syen me.ko] atau (United Nations Educational.vi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ké.pu.ti.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.sia] [u.gén.

Ilmu Fonetik dan Linguistik. Agensi Penerbitan Nusantara.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. Awang Sariyan. (1988).ti.él. Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. (1982).ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi. Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 .

menelan dan menghembus nafas.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. 2. gusi. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Oleh itu. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. 2. gusi. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah). manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. 17 . iaitu mengunyah makanan. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. gigi. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. lelangit keras dan lelangit lembut. iaitu lidah. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. lelangit keras dan lelangit lembut.

Tenggorok Rajah 2. Lidah 10.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Huruf-huruf tersebut ialah a. Epiglotis 11. iaitu tinggi. separuh tinggi. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Anak tekak 9. Lelangit lembut 8. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. Rongga mulut 15. e. Pita suara 12. Lelangit keras 7. Gusi 6. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Bibir bawah 3. Rongga tekak 13.2: Alat-Alat Artikulasi 2. lidah. separuh 18 . Bibir atas 2. Gigi bawah 5. Rongga hidung 14.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. o. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. anak tekak. Gigi atas 4. i. dan u.

ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. iaitu neutral. a.3: Bahagian Lidah Seterusnya. iaitu depan. u. Bunyi-bunyi [ε] dan [Ο ] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. iaitu [ε] dan [Ο ]. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. iaitu [i. seperti beg dan bos. T in g g i e m (s Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. iaitu sempit. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. separuh sempit. o. bibir bundar 19 S e p a ru h . separuh luas dan luas. e. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Rajah 2. hampar dan bundar. bibir terhampar. ≅ ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu.

berdasarkan rajah di bawah. i.___________________________ xi.______________________________ v.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan.___________________________ x.___________________________ xii._______________________________ ii.______________________________ vii.__________________________ viii._______________________________ vi.__________________________ ix.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2._______________________________ iii.___________________________ 20 .______________________________ iv. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.

Asas Fonetik. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1980). 2. Mardian Shah Omar (2006).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. (1982). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Indirawati Zahid. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. Rencana Linguistik. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983).

Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.0 KANDUNGAN ISI 22 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3 3.

anak tekak dan lain-lain. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong.1997:63). iaitu [ai]. geseran dan sebagainya.2006:44). sengauan. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. 3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . seperti dua bibir. [# panau #] dan [# amboi #].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. gigi-gusi.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. [ai] dalam [pandai] pandai. dan [au] dalam [pulau] pulau?. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #]. 3. sama ada letupan. 2006:42). mengenai (Abdullah Hassan. lelangit lembut.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. lelangit keras. letusan. [au] dan [oi]. 3. menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah.

malaran dan getaran. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. [ai] dalam [pandai] pandai. geseran. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). letusan. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. Bunyi Letupan 24 . sengauan. [oi] dalam [sepoi] sepoi. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. (iii) diftong menurun. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. sisian. lelangit keras. lelangit lembut atau pita suara. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. [ai] dalam [pantai]. anda juga perlu mengetahui bahawa. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?.

[n]. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [? ] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu? ] [kad] [kata] * [garau] [bε g] ** [ana? ] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. 25 . Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. geseran (frikatif) dan malaran. Ini menghasilkan bunyi [l]. dan [ϑ ]. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. **bunyi [? ] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. [Ν ]. iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č].

Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. [s]. dan [h]. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Untuk menghasilkan bunyi malaran. [z]. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran. [š]. iaitu [r]. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. [v].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [Ν ] [Ν aΝ a] [bujaΝ ] [ϑ ] [ϑ aϑ i] * *Bunyi [ϑ ] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f].

dan [h]. [vərsi] ‘versi’. [t]. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. dan [ma af] ‘maaf’. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vε n] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. (iii) Geseran gigi tak bersuara. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. dan [y]. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. [w]. [l]. Contoh sebutan: [vΟ kal] ‘vokal’. seperti bunyi [b]. [s]. [n]. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. [d]. [r]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. ? 27 . [g]. [hafal] ‘hafal’. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. (iv) Geseran gigi bersuara. seperti bunyi [p]. [m]. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. pita suara tidak digetarkan. [f]. dan [univərsiti] ‘universiti’. Perbezaannya ialah. [k].

Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha). Perbezaannya ialah. ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. dan [axer] ‘akhir’. Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. ketika mengeluarkan bunyi [7 ] pita suara digetarkan. Perbezaannya ialah. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44). sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [Ο 7 aΝ ] dan [ba7 aΝ ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. [axbar] ‘akhbar’. dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. dan [bale7 ] ‘baligh’. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Akhirnya. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. 28 . [lo7 at] ‘loghat’. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. Contoh sebutan: [7 aeb] ‘ghaib’. [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin).

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. BAHAN BACAAN 29 . LATIHAN 1. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2.

(1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Asmah Hj Omar.Bhd. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2006). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. (1985). (1975). TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Indirawati Zahid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Lutfi Abas. (1977). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Marzukhi Nyak Abdullah. (1980). Abdullah Hassan. Mardian Shah Omar (2006). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Raminah Sabran dan Rahim Syam.Bhd. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. gandingan dan rangkap. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. konsonan dan diftong. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. gandingan dan rangkap. pinjaman. iaitu konsonan asal. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. PINJAMAN. pinjaman. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal.

Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. e taling dan o. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. e pepet. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu.2006:44). 1977:42). Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal. i.1 Definisi Huruf Vokal. Seperti yang telah dipelajari. iaitu konsonan asal. iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. iaitu huruf a. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. 4. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. u. 4. Dengan perkataan lain. jenis-jenis huruf vokal. pinjaman. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan . Rajah 4.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi.

2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.kir] [ga.mak] [se..di] [khai.tat] [da.lik] [bo. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.jam] [vi.rat] [la.zal] [har.rus] [wa.tol] [du.la] [ka.lem] [yu.da] [fa.jah] [zi.lak] [bi.duk] Rajah 4.bus] [gha.rik] [ta.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.par] [qa. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.ham] [syi.3 di bawah.kah] [nge.lai] [ma.ri] [ra.ri] [nya.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.ran] .la] [pa.ga] [ka.da] [sé.pat] [sa.ga] [ja.dah] [naf.la] [ca.

poi] Rajah 4. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. iaitu ai.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. Daripada segi cara sebutan. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh. gandingan dan rangkap.pin] Rajah 4. iaitu letupan. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan.3 Konsonan Asal. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 di bawah. sengauan dan separuh vokal.tai] [pu. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. sisian.5 di bawah. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. geseran. 2006).al. getaran. pinjaman. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. 34 . Pinjaman. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. letusan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za.lau] [se. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.

skuasy. sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. Ejaan nama seperti ‘Abdullah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6 ? h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j ϑ s z Š Ν x Rajah 4. 35 . Pada tempat lain. ‘u (‘umur) digugurkan. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu. digantikan dengan huruf k menjadi makna.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. ‘a (‘alam). Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na. Sa’odah. huruf ‘i (‘ilmu). Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab.

iaitu kh. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. ch. gh. Akan tetapi. dh menjadi d dan th menjadi s. dh dan th. iaitu ch menjadi c. manakala satu berubah satu huruf.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. 2006:95-96). sh. AKTIVITI Secara berpasangan. dz menjadi z. ny. gh. ny dan ng. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. walaupun huruf berubah. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. (Abdullah Hassan. 36 . tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Sebenarnya jika anda peka. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. iaitu kh. bunyi sebutannya tetap sama. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Selain itu. ng. iaitu empat kekal. dz. Namun.

Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j ϑ Ν h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6 ? 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh b w b b 2 t d 3 4 l 37 . Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1.

(2006).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Vokal BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1980).al. (1985). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1997). Marzukhi Nyak Abdullah. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Bhd. Indirawati Zahid. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Lutfi Abas. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. 38 . Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. (2006). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Abdullah Hassan. (1975). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et. Mardian Shah Omar (2006).Bhd. Tatabahasa Dewan.

simbol konsonan. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. 2. anda seharusnya dapat: 1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 .

Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. simbol konsonan rangkap. Untuk mencapai tujuan tersebut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). 5.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. simbol konsonan. Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 . dan simbol diftong.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa.

2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5. [/].3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1. [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k]. 41 . 2. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu. dan 3.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [7 ] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ ] [ð] [x] Rajah 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .

(1982). Linguistik Pengenalan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. Agensi Penerbitan Nusantara. 2005. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan. Ilmu Fonetik dan Linguistik. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . Petaling Jaya: Secara individu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->