You are on page 1of 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2010 (PISMP SEM 3)

KERJA KURSUS PENDEK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)

NAMA NO. K/P TAJUK TUGASAN

: AMIRAH HANIS BINTI ZANINUDIN : 900613-14-6146 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3105)

UNIT AMBILAN SEMESTER NAMA PENSYARAH

: PENDIDIKAN SEBI VISUAL : JANUARI 2010 :3 : EN. AHMAD BADRUDIN BIN SHEKH OSMAN

TARIKH DIHANTAR

: 31 MAC 2011

BIODATA

Nama No Ic semester Ambilan Unit Alamat

: Amirah Hanis Binti Zaninudin : 900613-14-6146 : 02 : Januari 2010 : PISMP PSV/PJ/BM : NO 42,JLN,BSE 4/28,Taman Bandar Seri Ehsan,Bukit Bukit Changgang,42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

Tarikh Lahir : 13 Jun 1990 Tempat Lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING

: __________________________________________ : __________________________________________ : __________________________________________ : ____________________ SEMESTER : _________ : __________________________________________

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

T/TANGAN

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi,dengan izinnya,tugasan yang diberikan dapat saya sempurnakan.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa terima kasih saya kepada yang dan terlibat.Pertama tunjuk ajar sekali,saya ingin mengucapkan tugasan terimakasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu.En badrudin yang telah memberi bimbingan sepanjang melaksanakan ini.Penerangannya mengenai pelaksanaan tugasan ini banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan mudah. Seterusnya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.Dengan dorongan yang saya perolehi daripada mereka,segala kesulitan dan rasaputus asa dapat saya tangani.Mereka juga banyak membantu saya dalam mendapatkan bahan-bahan asas tugasan ini.Oleh yang demikian.Saya dapat melengkapkan tugasan ini dengan sempurna Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana membantu saya dalam berkongsi maklumat.Mereka juga menegur kesilapan yang saya lakukan sepanjang menyiapkan tugasan ini.Tunjuk ajar yang diberikan sedikit sebanyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.Semoga dengan tugasan yng telah saya laksanakan ini dapat diberikn markah yang setimpal.sekian,terima kasih.

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

: .................................................

Nama Penulis

: AMIRAH HANIS BINTI ZANINUDIN

No K/P

: 900613146146

Tarikh

Pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual akan menjadi lebih menarik sekiranya murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat dan bahan dan teknik dalam setiap aktiviti penghasilan bagi setiap bidang kegiatan.Bidang-bidang kegiatan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan ,Membentuk dan Membuat Binaan serta mengenal Kraf Tradisional.Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

Bidang kegiatan yang pertama ialah menggambar.bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Antara kegiatan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan,gurisan,capan,mozek dan poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

CATAN

Catan didefinisikan sebagai proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata Ianya mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak Catand ihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan.Selain daripada Satu ciptaan gambar yang berwarna catan juga merupakan latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Alat, media dan bahan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan.Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang akan dihasilkan.Pilihan yang dibuat adalah perlu tepat dan betul.Contoh alatan dan bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan seperti pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna, Berbagai jenis berus. Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna minyak, cat mural, warna tempera ,Palet atau bekas membancuh warna.Selain itu, botol untuk mengisi air,kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding,dan surat khabar. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahanbahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau kanvas. Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik. Contoh beberapa jenis warna yang digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan ialah Warna poster.Bahantara bagi warna ini ialah air dan penguatnya ialah pengilat.Sifat-sifat bagi warna poster ialah larut air.Selain itu juga warna ini bersifat legap dan tebal serta cepat kering. penggunaanya boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air . Warna ini sesuai di permukaan kertas . Warna Air juga menggunakan bahantara Air dan Gam arab sebagai penguat penggunan warna air akan menjadikan catan bersifat lutsinar dan lembut .Namun catan akan bersifat tebal

sekiranya disapu berlapis-lapis dan warna ini sesuai di permukaan kertas Warna Akrilik juga menggunakan bahantara air tetapi mengunakan cecair warna putih sebagai penguat.Warna ini bersifat lutsinar, legap , cepat kering dan mempunyai kesan seperti cat air dan cat minyak. Warna akrilik juga kalis air dan minyak serta dihasilkan di permukaan kanvas .Berlainan pula dengan cat minyak kerana warna ini menggunakan bahantara turpentine dan minyak linsid sebagai penguat.Cat minyak bersifat legap dan tebal , lambat kering dan hanya sesuai untuk permukaan kanvas Cat Tempera menggunakan air sebagai bahantara dan kuning telur sebagai penguat.Cat Tempera bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air serta sesuai di permukaan kanvas dan kertas . Cat Gouache juga menggunakan sebagai air dan Gam arab sebagai penguat.Cat ini bersifat lutsinar dan legap , cepat kering dan sesuai di permukaan kertas . Fresko meggunakan bahan Kapur plaster.Bahantara bagi media ini ialah air atau air kapur . bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster yang masih lembap. Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural Terdapat banyak faktor utama yang menentukan kualiti hasil sesebuah catan. Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling sesuai ialah jenis lembut. Teknik warna air yang biasa digunakan ialah basah atas basah,basah atas kering,kering atas basah dan kering atas kering.Setiap teknik ini mempunyai pelbagai kesan yang berbeza.Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam semulajadi, alam benda dan potret. Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat legap dan tebal jika disapukan di atas permukaan kertas. Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras dan untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan menggunakan warna putih atau warna terang yang lain Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap perlu dicampurkan Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar dalam catan tersebut. Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan dilakukan Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh diatasi dengan cara menyerap keluar dengan menggunakan tisu atau menutup warna lain di atas. Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhati-hati semasa mewarna. Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis pemandangan, alam semulajadi, potret, poster dan logo. Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster. Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan dan memudahkan kerja-kerja mewarna. Berus yang paling sesuai juga adalah berus

jenis keras atau pisau palet. Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi hasilnya tahan lama untuk disimpan. Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita perlu menindihkan warna yang salah tersebut dengan warna baru. Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas, kadbod atau kepingan kayu yang keras. Terdapat berbagai teknik mencatan yang boleh dihasilkan semasa mewarna. Di peringkat sekolah rendah, kebanyakan teknik-teknik mencatan adalah secara spontan dan terus menerus. contoh beberapa konsep dan teknik mencatan yang boleh diajar kepada murid-murid seperti warna air adalah sejenis media basah. Ia berbentuk lutsinar. Kebanyakan pelukis menggunakan warna air bagi tujuan menjadikan catan mereka lebih hidup, realistik dan spontan. Sebelum memulakan proses catan, perlu dapatkan idea keseluruhan tentang apa yang hendak dilukis. Rupa bentuk atau idea tersebut boleh dilukis dengan pensel terlebih dahulu. Cara kedua ialah dengan membuat garisan dengan menggunakan warna air secara cair atau lembut. Tujuannya ialah untuk mendapatkan idea keseluruhan catan. Berus jenis besar dan leper adalah amat berguna untuk mewarna bahagian latar terlebih dahulu. Berus jenis kecil dan bulat adalah amat berguna untuk menambahkan garisan pada objek atau imej tertentu. Tambahan warna-warna ke atas warna latar menjadikan catan atau bahagian-bahagian yang dicat lebih menarik. Jalinan-jalinan yang hendak dibuat perlu ditambah kemudian.Berus yang berlainan saiz dan bentuk seperti berus minyak, berus varnish, berus gigi akan menghasilkan jalinan yang berlainan. untuk menghasilkan garisan. Hujung berus jenis leper boleh digunakan berus jenis bulat digunakan untuk Hujung

mendapatkan kesan garisan tebal atau nipis seperti yang terdapat pada lukisan cina oriental. Berus yang celup warna, dibuang lebihan warna tersebut dan dikembangkan berus tersebut akan mendapatkan kesan garisan halushalus yang banyak hanya dengan satu sapuan. Berus jenis lebar yang diletakkan warna dan sedikit air apabila disapu ke atas permukaan kasar akan mendapat kesan dry brush . Berus perlu dibersihkan dengan air bersih untuk mendapatkan kesan yang cantik bukannya berlumut. Warna seharusnya dicampur di atas palet atau pembancuh warna . Span, berus yang bersih dan lembap, kapas dan kain boleh digunakan untuk membuang warna semasa masih lembap. Peluntur warna yang digunakan di rumah boleh juga digunakan untuk membuang warna pada bahagian

catan yang tidak perlu. Bahan ini sesuai digunakan pada dakwat berwarna . Sapuan warna gelap ke atas permukaan kertas dan ditambah air pada setiap sapuan akan mendapatkan satu ton yang menarik iaitu dari gelap ke terang. Warna terang yang tidak dicampur dengan air akan memberikan kontras yang kuat. Warna air apabila disapu lapisan demi lapisan akan menghasilkan kombinasi dan intensiti warna yang menarik. Sebelum menghasilkan lapisan baru pastikan lapisan awal kering dahulu. Teknik ini dinamakan glazing Nilai warna yang kontras dan kuat memberikan warna catan yang bermaya . Warna pada tiup botol apabila tidak dijaga akan menjadi keras tetapi warna yang keras boleh digunakan apabila dibasahkan semula . Penggunaan warna terus dari botol atau tiub akan menyebabkan kelihatan tidak natural dan dianggap masih belum mahir . Catan yang sudah siap boleh dibingkaikan Terdapat 4 jenis teknik cat air. Teknik-teknik ini diolah dan digunakan mengikut kesesuaian atau kesukaan pelukis. Di antaranya ialah,basah atas basah iaitu warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas permukaan yang basah. Hasilnya kesan lutsinar. Seterusnya basah atas kering .Warna yang dicairkan dahulu disapukan di atas permukaan yang kering. Kering atas basah pula ialah teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan. Wash pula ialah teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan yang basah. Biasanya berus atau span digunakan. Sesuai untuk menghasilkan kesan air span awan. Antara kesan lain yang boleh terhasil daripada penggunaan alat yang berbeza. Antaranya adalah, kering bertindih iaitu titikan warna untuk membentuk objek atau corak yang menarik.Renjisan iaitu teknik yang menggunakan berus atau semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik. Tindihan pula menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi selapis ke atas kertas untuk menghasilkan kesan ton dan pencahayaan. Hasilnya tebal dan kering berlegap. Seterusnya, Span dimana teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti daun pokok, tanah dan sebagainya dengan menggunakan span untuk menggantikan berus. Semburan berus pula ialah Teknik yang menghasilkan jalinan kasar seperti jalinan padang rumput, pantai, pasir dan daun pokok. Warna memainkan peranan yang amat penting dalam proses mencatan. Ia menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan suasana. Warna boleh dikategorikan kepada

beberapa bahagian warna.Jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna ialah. warna asas iaitu terdiri daripada tiga warna utama. Warna-warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampur warna-warna lain. Contohnya,merah biru kuning .Seterusnya,warna sekunder .warna ini terhasil daripada dua campuran warna asas. Contohnya kuning campur biru menjadi hijau ,Merah campur kuning menjadi jingga dan merah campur biru menjadi ungu.Warna tertier pula warna yang terhasil dari campuran warna asas dengan warna sekunder Contohnya ,kuning + hijau = kuning kehijauan,kuning + jingga = kuning kejinggaan, biru + hijau = biru kehijaua,biru + ungu = biru keungguan,merah + ungu = merah keungguan ,merah + jingga = merah kejinggaan . Warna-warna tersebut seperti yang dinyatakan tadi boleh digubah atau dihasilkan semula dengan tiga cara iaitu,gubahan warna sewarna atau monokrom . Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau putih untuk mendapatkan ton warna gelap atau terang. Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yang diwarnakan. Warna penggenap adalah warna yang terletak secara bertentangan dalam roda warna. Warna-warna ini akan menimbulkan kesan yang kontra dan banyak digunakan dalam iklan, poster, mural dan corak pada kain. Kombinasi warna-warna utama yang bertentangan dengan warna sekunder adalah seperti berikut, biru -jingga Kuning -- ungu Merah -- hijau . Warna harmoni ialah warna-warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa aman, tenteram, selesa, indah, lembut dan sebagainya. Contoh warna harmoni adalah seperti berikut,merah -- ungu -- biru Ungu -- biru -- hijau Biru -- hijau -- kuning Kuning -- jingga -- merah Jingga -- merah -- ungu . warna panas ialah merah, jingga dan kuning. Warna-warna ini dikaitkan dengan objek / imej seperti api, cahaya dan matahari. Ianya dapat menimbulkan suasana riang, bersemangat, peperangan, kecemasan dan kemalangan. warna-warna sejuk ialah seperti warna, ungu, biru dan hijau. Berbeza dengan warna panas,warna sejuk dikaitkan dengan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan air. Warna-warna sejuk ini dikatakan dapat menimbulkan suasana sejuk, kedamaian, kelembutan dan nyaman. Ia mempunyai nilai-nilai tertentu dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ton warna dan kroma warna. Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau warna terang pada sesuatu objek. Biasanya warna putih dan kuning dapat memberikan cahaya yang terang manakala warna biru dan

hitam dapat memberikan cahaya yang gelap. Campuran warna tersebut menjadikan catan akan kelihatan lebih menarik dan harmoni. Ia kelihatan menepati warna yang sebenar. Campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza nisbahnya disebut kroma warna. Sebagai contoh warna merah bercampur dengan warna hijau dengan nisbah yang berbeza akan mewujudkan kroma warna. Unsur seni jarak dan ruang amat penting dalam sesebuah catan. Biasanya warna-warna cair, pekat, terang atau gelap dalam sesebuah catan akan memberikan kesan kedalaman sesuatu ruang itu. Untuk mendapatkan kesan perspektif warna, nilai warna atau kroma warna digunakan dalam sesuatu catan. Sebagai contoh, warna yang cerah, gelap dan panas akan menampakkan ruang dekat dan warna yang kelabu, sejuk dan cair akan menampakkan ruang yang jauh. Warna natural pula adalah warna-warna yang bukan berada dalam warna warna asas/utama, warna sekunder dan warna tertier. Contoh warna-warna natural yang terdapat di persekitaran kita ialah warna putih, hitam dan kelabu.Warna-warna ini juga disebut sebagai warna pastel atau warna yang lembut. Bidang kedua ialah membuat corak dan rekaan.Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan,kraf dan sebagainyaRekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni.Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. .Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti corak tidak terancang secara pualam,tiupan,titisan,ikatan dan celupan, renjisan dan percikan. Manakala corak terancang

secara,lukisan,catan,cetakan,capan,lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.

Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti corak ulang sekata, corak berpusat,. corak cerminan,. corak bertindih,corak selang seli,corak batu bata.Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. PERCIKAN Menurut buku Glosari Seni Lukis ,percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. satu teknik mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite .Kesan akhir yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata .Kesimpulannya,percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih.

Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan. Di antara alatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan percikan ialah seperti pelbagai jenis berus lukisan yang berbagai saiz dan bentuk ,pelbagai jenis berus gigi dari permukaan rata hingga permukaan beralun,pelbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras ,penggelek cetakan yang berbagai saiz ,pelbagai jenis warna air seperti warna air, warna poster, warna tempera, warna minyak, cat dinding, warna plaka / mural, dakwat ,Kertas yang berbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad, kertas stensil , Warna semburan, pistol semburan, Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar dan Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam benda boleh digunakan untuk menghasilkan corak dalam aktiviti percikan. Teknik percikan disesuaikan dengan peringkat umur murid dan

keupayaannya. Berbagai jenis teknik boleh dicadangkan untuk diguna pakai semasa menjalani aktiviti percikan ini, di antaranya ialah, Sebelum memulakan aktiviti percikan, warna latar pada permukaan kertas perlu ditentukan dahulu samada menggunakan warna asli kertas tersebut atau diwarnakan terlebih dahulu. Jika hendak menggunakan warna, warna-warna yang sesuai diaplikasikan pada permukaan kertas ialah seperti warna air, warna poster, warna minyak, warna tempera, warna batik, warna akrilik boleh digunakan. Apabila warna latar kering barulah dimulakan aktiviti percikan. Teknik kedua ialah dengan menggunakan berus cat dinding rumah yang terpakai. Bahagian hujung berus yang keras dicecah warna, kemudian buang lebihan warna yang terdapat pada berus tersebut dengan menyapu pada tepi tin. Berus diketuk kuat di bahagian tepi tin cat. Ketukan yang kuat akan menyebabkan titikan cat terbang di permukaan kertas. Ini bermakna saiz percikan yang dihasilkan dengan satu ketukan akan menghasilkan saiz percikan lebih kurang sama. Cara percikan dijalankan dengan menggunakan berbagai jenis warna boleh juga dihasilkan. Ianya boleh dijalankan beberapa kali dengan warna yang berlainan ke atas kawasan percikan yang sama. Hasil percikan ini akan menampakkan titik halus yang berbagai saiz dan berbagai warna.

Teknik menggunakan pistol semburan atau

spray can berwarna boleh

menghasilkan percikan yang halus dan seragam. Cara ini dikatakan lebih cepat menghasilkan percikan daripada cara menggunakan berus. Dengan menggunakan tekanan udara yang rendah, kesan percikan akan terjadi. Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan Roller atau berus penggelek. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mencelup berus penggelek ke dalam tin cat. Pastikan penggelek dipenuhi dengan cat, kemudian gelek pada satu permukaan lain seperti kertas dilekatkan pada dinding. Gelek secara cepat dan laju. Cara ini akan menyebabkan lebihan warna akan terpelanting keluar daripada berus penggelek dan akan menghasilkan percikan pada permukaan berdekatan. Penggunaan warna yang pekat atau cair akan menghasilkan percikan yang berlainan saiz dan bentuk. Terpulanglah kepada kreativiti seseorang bagaimana hendak menghasilkannya. Selain dari menggunakan berus, berus penggelek atau pistol semburan percikan boleh juga dilakukan dengan mengetuk berus yang mempunyai warna pada bahagian pemegang kayu berus yang lain. Cara lain untuk menghasilkan percikan ialah dengan menggosokkan pisau kecil atau hujung jari pada berus lukisan yang telah dicelup warna. Dengan menggunakan teknik ini akan dapat corak yang serata. Guna kedua-dua teknik untuk menghasilkan pada satu permukaan yang sama. Penggunaan berus gigi yang berbagai saiz juga boleh menghasilkan percikan. Celup berus gigi di dalam warna dan lalukan pada besi halus atau kayu halus. Percikan dengan menggunakan jari juga boleh dilakukan. Caranya ialah dengan mencelup kelima-lima jari pada warna dan menghayunkan jari lalu direnjis pada permukaan kertas lukisan. Percikan akan terjadi secara tidak langsung. Percikan cara ini akan menghasilkan percikan yang tidak sekata berbanding semburan. Jika percikan dilakukan dengan menggunakan warna minyak, cuba menghasilkan percikan dengan mengaplikasikan warna minyak pada permukaan kayu atau kanvas. Semasa warna minyak masih basah percikkan turpentine atau tinner dengan menggunakan berus. Proses ini agak rumit dilakukan dan dicadangkan secara berdua. Seorang menghasilkan warna di atas permukaan dan seorang membuat percikan ke atas warna basah tersebut. Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan seranting dedaun dari jenis halus dan nipis seperti daun pine.

Celupkan satu ranting dedaun tersebut dalam warna basah dan renjis atau percikkan pada permukaan kertas. Cara ini akan menghasilkan percikan yang cepat. sebelum memulakan aktiviti percikan alas dengan menggunakan surat khabar disekeliling kawasan yang hendak dijalankan. Tujuannya supaya percikan tidak terkena pada kawasan yang tidak dikehendaki. Percikan menggunakan dakwat berwarna boleh digunakan sebagai alternatif kepada warna basah. Dakwat basah mempunyai kesan lutsinar, kilauan dan senang digunakan. Untuk seni halus adalah dicadangkan menggunakan dakwat jenis lightfast kerana kebanyakkan dakwat Apabila telah membuat jenis warna, atau berwarna akan cepat kabur. Penggunaan dakwat ke atas sesuatu permukaan biasanya bersifat kekal dan susah untuk dipadam. kreatif. Cuba percik dengan menggunakan eksperimen dengan teknik-teknik tersebut baru mulakan aktiviti percikan secara berbagai mencampurkan percikan dengan faux finishing techniques . Lain cara ialah dengan menggunakan pita pelekat untuk menutup permukaan kertas yang tidak hendak dikenakan warna untuk menghasilkan corak.Rumusannya,teknik percikan akan menghasilkan corak yang tidak terancang.hasil corak boleh digunak untuk membuat pelbagai produk. Membentuk dan Membuat Binaan.Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti arca timbul,asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami.kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita

BONEKA Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain.Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan.Pendengan dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak lansung melalui penggunaan boneka.Kesannya cukup baik kearah pendedahan komunikasi,melahirkan ide kreatif dalam penciptaan cerita dan meransang daya imaginasi.Boneka terdapat dalam pelbagai jenis.Antaranya ialah boneka sarung tangan,boneka tongkat,boneka jari,wayang kulit,boneka mobail dan boneka tali.Boneka boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan.Bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita juga boleh dijadikan boneka seperti stoking,sisa kain,tuala mandi dan kertas kotak.Contohnya boneka beg kertas.Boneka ini boleh dibuat dengan cara yang mudah Iaitu menampal beberapa bahan untuk dibuat anggota tubuh badan seperti mata dan mulut pada beg kertas yang terbuang. Boneka jari dibuat dengan alat sederhana seperti tutup botol, bola pingpong, bambu kecil yang dapat dipakai sebagai kepala boneka. Sesuai dengan namanya boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari tangan. Kepala boneka diletakkan pada hujung jari kita atau dalam. Dapat juga dibuat dalam bentuk sarung tangan, dimana pada hujung jari sarung tangan tersebut sudah berbentuk kepala boneka dan dengan demikian kita tinggal memainkannya saja. Boneka tongkat dipanggil sedemikian kerana cara memainkannya dengan menggunakan tongkat. Tongkattongkat ini dihubungkan dengan tangan dan tubuh boneka. Wayang Golek di Jawa Barat misalnya adalah termasuk boneka jenis ini. Untuk keperluan penggunaan boneka tongkat sebagai media pendidikan/ pembelajaran di sekolah, maka watakwataknya dibuat sesuai dengan keadaan sekarang. Misalnya watak tentara, pedagang, nelayan dan sebagainya Boneka tongkat dapat dibuat dari kayu yang lunak seperti kayu kemiri, randu, dan sebagainya.Boneka tali atau Marionet banyak digunakan dinegara barat. Perbezaan yang ketara antara boneka tali dengan boneka yang lain adalah, boneka tali bahagian kepala, tangan, dan kaki dapat digerak-gerakkan menurut kehendak kita. Cara menggerakkannya dengan tali. Dengan demikian maka kedudukan tangan

orang yang memainkannya berada di atas boneka yang dimainkannya atau menarik tali daripada bawah. Untuk memainkan boneka tali diperlukan latihan-latihan yang teratur, sebab memainkan boneka tali ini memerlukan keterampilan yang lebih rumit dibandingkan dengan memainkan boneka-boneka yang lain.Kelebihan membuat boneka ialah dapat meningkat imaginasi murid

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri perhiasan diri (ornamen), batik,tekat,ukiran,tenunan,anyaman,tembikar.bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

WAU Permainan Wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara. . Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai Layang-layang di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.Wau telah wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau.

Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun.Wau terdiri daripada 3 kategori iaitu,wau yang dipertandingkan untuk ketinggian,wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan serta wau untuk hiasan dan replika.Bagi kategori dipertandingkan untuk ketinggian, Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.Manakalauntuk pertandingan kecantikan pula Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.kategori yang terakhir pula ialah hiasan dan replika. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan. Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. contoh wau yang popular ialah Wau Bulan. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau.Wau ini sangat popular di Kelantan. Wau Kucing pula adala Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping. Wau Jala Budi menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.Wau Merak pula perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.Wau Barat seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.Antara alatan dan bahan untuk membuat wau ialah, Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.Antara proses

penghasilan wau pula ialah

memilih buluh, meraut buluh ,membuat rangka,

menampal rangka, membuat corak, menampal corak,dan memasang teraju.Dalam proses memilih buluh,pembuat wau perlu memilih buluh yang baik. Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.Semasa proses meraut buluh, buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilahbilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.Dalam proses membuat rangka pula, Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.ketika menampal rangka, proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. kertas warna perlulah bersesuaian.Kemudian Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.Proses ini dikenali sebagai membuat dan menampal corak. Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya.

REFLEKSI

Syukur Kehadrat ilahi ,akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini.Tugasan ini sememangnya memberi saya banyak pengalaman dan pengetahuan.Tugasan ini dilakukan 3 peringkat iaitu sebelum,semasa dan selepas membuat tugasan.Sebelum saya dan rakan-rakan saya membuat tugasan,saya dikehendaki mengkaji mengenai huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah tahap 1 dan tahap 2.Saya dan ahli kumpulan yang lain memperoleh pelbagai maklumat sepanjang melakukan kajian ini.Antaranya saya mengetahui hurai sukatan pelajaran KBSR pendidikan seni visual.Hal ini secara tidak lansung memberi pengetahuan baru saya mengenai seni terutama sekali mengenai sukatan pelajaran KBSR. Seterusnya ialah semasa membuat tugasan.Pengalaman ketika membuat tugasan ini agak menarik.Hal ini kerana saya tidak pernah mempelajari huraian sukatan pelajaran pda semester yang lepas.Didalam sukatan pelajaran ini,sya telah mempelajari dengan lebih mendalam mengenai 4 bidang iaitu menggambar,membuat rekaan dan corak,membuat binaan,dan mengenal kraf tradisional.Oleh yang demikian ianya memberi pengetahuan luas kepada saya.Peringkat yang terakhir ialah selepas membuat tugasan.Selepas membuat tugasan dan kajian-kajiannya,saya dapat menggunakan atau mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari.Pengalaman mengkaji tugasan dapat saya pergunakan terhadap diri saya sendiri dan orang lain. Tugasan ini mengajar saya banyak nilai-nilai murni antaranya ialahsemangat bantu-membantu,belajar menjadi orang yang komited dengan tugas dan sikap bersungguh-sungguh.Sepanjang menyempurnakan tugasan ini,banyak halangan

yang dihadapi.Namun halangan tersebut lebih membakar semangat saya dari rasa berputus asa.Nilai-nilai murni ini dapat saya terapkan pada diri saya sendiri dan juga orang disekeliling saya Tidak dinafikan,setiap tugasan ada kelemahan dan kekangan yang akan dihadapi.Halangan yang paling teruk saya hadapi ialah kerosakan alat-alat tertentu ketika hendak menyempurnakan tugasan.Halangan tersebut mampu meruntuhkan semangat saya untuk melaksanakan tugasan.Namun,dengan kesabaran serta dorongan dari persekitaran,Saya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengambil pelbagai inisiatif. Akhirnya, tugasan ini dapat juga saya siapkan. Walaubagaimanapun,sebagai manusia,saya juga mempunyai kekurangan dan kelemahan.Saya berharap agar tugasan saya ini dapat menerima markah yang setimpal dengan usaha saya.Sekian,terima kasih.

Yang Benar, Amirah Hanis binti zaninudin PSV/PJ/BM

RUJUKAN

Zailani Yaacob,Azimah A.samah,Teks Pendidikan Lengkap,Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 dan 5.Oxford Fajar Sdn.Bhd.2004

Muliyadi Mahamood,Modern Malaysia Art:From Pioneering Era To Pluralist Era,Utusan Publicatian 5 And Distributors,1961

Dyeing and Printing,Marshall Cavendish,Marshall Cavendish Limited,1977.

www.scribd.com/doc/.../seni-cetakan-pelbagai-tamadun

hafizmnordin.blogspot.com/2010/03/seni-cetakan-print-making.html

http://www.mika.net.au/illustration.html

en.wikipedia.org/wiki/Printmaking

http://en.wikipedia.org/wiki/Old_master_print

http://en.wikipedia.org/wiki/Ukiyo-e

You might also like