Daripada Hazrat Anas r. a. beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila tiba Lailatulqadar, turunlah Jibrail a.

s, bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah SWT dan apabila tiba hari raya, iaitu Aidil Fitri maka Allah SWT akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatNya. Dia berfirman, "Wahai malaikatKu! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjaNya?" Mereka berkata, "Wahai Tuhanku, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya." Allah berkata lagi, "Wahai malaikatKu, hamba-hambaKu lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahKu ke atas mereka, kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa, demi kemuliaan dan kehebatanKu, kemurahan dan ketinggianKu dan demi kedudukanKu pasti Aku menerima doa-doa mereka. Kemudian Allah SWT berfirman, "Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah Ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan." Nabi SAW bersabda, "Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun." Keterangan: Kedatangan Jibrail a.s. bersama para malaikat dinyatakan juga dalam al-Quran sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini. Banyak hadith juga menyebut tentang perkara ini. Dalam hadith yang terakhir pada kitab ini nanti akan diterangkan secara terperinci tentang Jibrail a.s. yang akan menyuruh para malaikat supaya pergi ke rumah orang-orang yang sedang berzikir dan beribadat lalu berjabat tangan dengan mereka. Dalam kitab Ghaliatul-Mawai'z terdapat petikan dari kitab Ghuniyyah hasil nukilan Syaikh 'Abdul Qadir Jilani rah. yang menceritakan hadith riwayat Ibnu 'Abbas r.anhuma bahawa dengan arahan Jibrail a.s. itu, para malaikat akan bertebaran untuk bersalaman dengan orang-orang yang beriman, sama ada mereka di rumah yang kecil atau besar, di darat atau di laut. Para malaikat tidak akan masuk ke rumah-rumah yang ada anjing, khinzir, orang berhadas besar kerana zina ataupun gambar (gambar manusia atau
haiwan). Betapa banyak rumah orang Islam yang tergantung gambar sebagai perhiasan, sebenarnya mereka merugikan diri mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri daripada memperoleh nikmat rahmat yang begitu besar. Orang yang menggantungkan gambar hanyalah seorang dua sahaja.

Tetapi oleh kerana dia menjadi punca terhalangnya malaikat rahmat masuk ke rumah itu, lalu dia turut merugikan seluruh ahli rumah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful