Daripada Hazrat 'Aishah r.

anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,“Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganjil dari 10 malam terakhir daripada Ramadhan”. Keterangan: Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh hari terakhir bermula pada malam ke-21 dan ini adalah umum sama ada bulan itu mengandungi 29 hari ataupun 30 hari. Dari perkiraan ini dan berdasarkan hadith di atas, pencarian Lailatulqadar hendaklah dilakukan pada malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya bulan itu mengandungi 29 hari pun maka malam-malam inilah yang masih dikatakan 10 hari terakhir. Walau bagaimanapun, Ibn Hazam rah. berpendapat bahawa perkataan 'asyara membawa makna sepuluh. Oleh itu, jika Ramadhan mengandungi tiga puluh hari, barulah cara perkiraan ini digunakan, tetapi jikalau bulan Ramadhan mengandungi dua puluh sembilan hari maka sepuluh hari akhir bermula pada malam ke dua puluh dan dengan
perkiraan itu malam-malam ganjil (untuk sepuluh akhir) menepati malam ke 20,22 24 26 dan 28 Ramadhan. Walau bagaimanapun, Baginda telah beriktikaf pada bulan Ramadhan semata-mata untuk mencari Lailatulqadar dan secara kebetulan bermula pada malam ke 21 Ramadhan. Oleh itu, pendapat kebanyakan ulama yang mengatakan bahawa malam ganjil untuk sepuluh hari akhir bermula pada malam ke 21 adalah satu kemungkinan yang kuat dan merupakan pendapat yang lebih tepat walaupun ada kemungkinan Lailatulqadar jatuh pada malam-malam yang lain. Pencarian Lailatulqadar berdasarkan kedua-dua pendapat itu hanya mungkin terjadi apabila kita berjaga setiap malam bermula dari malam ke 20 sehinggalah ke malam raya dengan kerisauan untuk mendapat Lailatulqadar. Untuk berjaga selama sepuluh atau sebelas malam bukanlah satu perkara yang susah dan payah bagi mereka yang berharap untuk mendapatkan ganjaran yang begitu besar. Seorang penyair bermadah;

Wa hai Ur fi! ( nama pe nya ir) Seki ran ya ha nya de ng an tan gisa n d apa t menemukan aku dengan kekasih, Maka ratusan tahun pun sanggup ku tangiskan untuk bertemu dengannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful