You are on page 1of 7

ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT 1.1 Sinopsis.

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan merangkumi Hagemoni Barat dan Globalisasi

iaitu takrif Hagemoni, globalisasi dan barat. Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan isu-isu kontemporari yang antara lain berkenaan dengan media, ekonomi, politik ,sosial,hak asasi manusia, krisis alam sekitar, persepsi jihad, etika dalam sains dan kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara

1.2

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar -pelajar diharapkan dapat: i. ii. iii. Menghuraikan takrif hegemoni, globalisasi dan Barat Menganalisis dan menghuraikan isu -isu kontemporari Tamadun i slam dan Barat Menggariskan kesan perkembangan isu -isu kontemporari kepada masyarakat dan Negara 1.3 1.4 KerangkaTajuk Pengenalan

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dun ia pada hari ini berpunca daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia. Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku akibat proses interaksi yang berlaku antara negara -negara di dunia ini. Pada masa yang sama globalisasi membuatkan pengaru h, idea, barangan dan nilai -nilai baru dari luar masuk ke dalam masyarakat tempatan dengan kadar yang cepat dan dengan pengubahsuaian yang amat sedikit. Apabila perkara -perkara baharu ini boleh

mempengaruhi (atau diterima) , ia berkemungkinan mengubah buda ya dan nilai-nilai masyarakat tempatan. Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi menimbulkan banyak masalah, terutama sekali apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai -nilai budaya Timur. Perubahan nilai -nilai budaya secara tidak terkawal b oleh membawa keruntuhan kepada sesuatu kebudayaan oleh sebab perubahan yang terlalu cepat dan tidak terkawal akan mengakibatkan sebahagian daripada ahli dalam sesuatu budaya ketinggalan. Perubahan perubahan akibat globalisasi ini mengambil perhatian ramai apabila didapati bahawa

sebahagian besar daripada perubahan ini berkaitan dengan budaya dan hegemoni Barat. Kita tidak dapat menafikan bahawa sebahagian besar daripada perubahan yang terdapat pada hari ini adalah hasil usaha kebudayaan Barat.

1.5

Hegemoni Barat dan Globalisasi

Sebelum kita meneruskan perbincangan tentang hegemoni Barat dan globalisasi , kita perlu mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep konsep hegemoni , Barat dan globalisasi terlebih dahulu. 1.5.1 Maksud Hegemoni

Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu Negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas Negara atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain. 1.5.2 Maksud Globalisasi

Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu -batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya

(Giddens,A.2000). Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global 1.5.3 Maksud Barat

Selalunya kita menganggap Barat sebagai masyarakat Barat dan tamadun Barat . Kita perlu faham bahawa tanggapan ini amat dipermudah. Masyarakat Barat terdiri daripada pelbagai kumpul an manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di dunia ini. Pada umumnya , masyarakat Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal dalam entiti politik yang sekarang ini kita kenali sebagai Negara -negara Eropah.

1.6 Isu-Isu Kontemporari 1.6.1 Media

Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi membe ri kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka be bas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara -negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenu hi segala kepentingan mereka. Pertubuhan -pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamka n seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa -nul Muslimin. 1.6.2 Ekonomi

Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran beba s . Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal daripada pemikiran Barat. Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian , semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah pupus akibat penggunaan sistem ekon omi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.

Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya merupakan satu usaha oleh masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkita n semula (atau renaissance). Sistem ekonomi feudal hancur apabila diperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas. 1.6.3 Politik

Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio -budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana -mana pengaruh.Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa . Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan

ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara negara Islam. 1.6.4 Sosial

Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Ba hasa Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris , socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan Inggeris Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang yang sosi al selalunya melampaui batasan -batasan kebudayaan dan oleh yang demikian , orang tersebut dikatakan tidak baik. 1.6.5 Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebud ayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak -hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut p emikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak -hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupak an hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan. 1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunya i hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan 2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana -mana orang lain 3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka te rlebih dahulu. Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhada p pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah. 1.6.6 Krisis Alam Sekitar

Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu kini ada kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting, penguasaan manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( humans dominance over nature ) dan manusia yang terbaik akan terus kekal (survival of the fittest ). Kedua-dua pemikiran ini muncul daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil berkenaan manusia dan peranannya di dunia ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya. Pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar adalah pemikiran mereka terhadap survival of the fittest . Mengikut pandangan ini,kita tidak sepatutnya cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya ditentukan oleh alam semula jadi. Kejayaan manusia mengatasi alam semula jadi akan membentuk sebuah alam yang lebih sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semula jadi yang tidak mampu menandingi pencapaian manusia dianggap tidak cuk up kuat dan tidak perlu diselamatkan. Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar merupakan sebahagiaan daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan manusia sebagai makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia ini. Alam persekitaran dan makhluk -makhluk lain yang mendiaminya tidak penting bagi masyarakat Barat. 1.6.7 Persepsi Jihad Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya , jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.Mereka menganggap bahawa jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesu atu yang bertentangan dengan undang -undang. Masyarakat Barat menekankan nilai menjaga kehidupan anggota masyarakatnya daripada terkorban. Nilai ini menekankan kepentingan kehidupan di dunia ini. Ia berbeza daripada nilai agama Islam terhadap kehidupan di d unia ini untuk hidup di dunia akhirat. Masyarakat barat sukar menerima nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini. Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran agama Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikuti kepercay aan itu tanpa menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarat Barat kini lebih senang menerima falsafah sains di mana mereka hanya percaya kepada perkara -perkara yang boleh dibuktikan secara nyata. Kesanggupan berjihad dilihat oleh masyarakat Barat sebagai sesuatu yang tidak boleh dibuktikan kebenaran dan oleh yang demikian tidak benar. Masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang

bertamadun ( civilized ) bagi mereka cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah melalui proses pendamaian diplomasi. 1.6.8 Etika Dalam sains Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah teras , iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan suk atan mutlak. Falsafah ini menganggap bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan mutlak. Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah -kaedah dalam sesuatu kajian terseb ut. Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan yang terkawal. Seorang pengkaji mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan membuat kajian untuk membuktikan sama ada idea tersebut ( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak . Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian -kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu. Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian -kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu. 1.7 Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada Masyarakat dan Negara. Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana -mana Negara lain di dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilai -nilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai maasyarakat Barat elok untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian daripada nilai masyarakat Barat yang mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan. Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai -nilai ini boleh berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini. Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea -idea baru bergerak hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nila i-nilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini

memaksa kita melakukan perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai -nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada. Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai yang sedia ada supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada waktu yang sama memastikan semua anggota dalam masyarakat dapat mengikuti perubahan perubahan yang berlaku. Inilah masalah yang dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh semua masyarakat di dunia ini.

KESIMPULAN Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatu han kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang me nggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja. Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tida k menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lain lain. Inilah yang dialami oleh negara -negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara -negara miskin dun ia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas. Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih -Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Am erika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih -Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war -warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.

You might also like