You are on page 1of 2

1. Huraikan maksud lebihan penduduk?

Lebihan penduduk merupakan suatu keadaan di mana bilangan penduduk menjadi terlalu ramai berbanding dengan sumber alam, sama ada yang sedang dimajukan atau belum dimajukan. Jika pertumbuhan penduduk tidak diikuti dengan kemajuan penghasilan sumber alam dan perkembangan sektor perkhidmatan, maka keadaan lebihan penduduk mungkin wujud.

2. Terangkan kesan lebihan penduduk kepada sesebuah negara. Lebihan penduduk akan menimbulkan pelbagai kesan kepada negara. Antaranya ialah: Kesan positif a) Tenaga buruh yang ramai. Bilangan penduduk yang ramai akan menyediakan tenaga kerja untuk menggerakkan industri dalam negara. b) Pembangunan tanah utk pertanian dapat dimajukan. Pengeluaran makanan meningkat, menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport. Dapat meluaskan pasaran domestik bagi barangan keluaran negara dan perkhidmatan ekoran bilangan penduduk yang ramai. c) Dapat menguatkan pertahanan negara . Ancaman terhadap keselamatan negara dapat dikurangkan kerana memiliki saiz anggota tentera yang besar.

Kesan negatif

a) Tekanan terhadap sumber dan ancaman kepupusan atau kehabisan sumber. Penduduk yang bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada menyebabkan pengeluaran perkapita yang rendah. Dengan ini, sumber-sumber yang ada tidak dapat menampung penduduk yang bertambah. b) Taraf hidup penduduk rendah, kekurangan peluang pekerjaan, kemiskinan berleluasan, wujud persaingan dan pengangguran. Kemiskinan semakin meningkat akibat penduduk yang ramai, pendapatan yang tidak mencukupi, tanah pertanian yang dikerjakan tidak dapat menampung keperluan penduduk yang ramai. c) Taraf sosial penduduk rendah. Kekurangan kemudahan pendidikan. Hal ini akan

meningkatkan kadar golongan buta huruf. Lebihan penduduk juga akan menyebabkan tahap kesihatan rendah, kemudahan-kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan dan perubatan tidak dapat disediakan dan tahap ketersampaian rendah.

3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya migrasi dalaman penduduk sesebuah negara? Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya migrasi dalaman penduduk ialah peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang perkilangan, perladangan dan pertanian moden serta bidang perkhidmatan. Hal ini dapat menarik penduduk di desa berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup mereka. Selain itu, kemudahan-kemudahan ekonomi dan sosial yang dibina dan dimajukan seperti kewangan, pendidikan tinggi, insurans, kepakaran dalam bidang perubatan dan kesihatan, hiburan dan rekreasi telah mendorong penduduk luar bandar migrasi ke bandar.

You might also like