INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PERAK

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR
NAMA / NO MATRIK / NO. KAD PENGENALAN

1. HALIJAH BT YUSOP / 28064 / 710821-08-5870 2. NAPISAH BT YAHAYA / 28088 / 701009-08-5752 3. NOR AISHAH BT MOHAMED SALLEH / 28250 / 771103-06-5866

KUMPULAN / UNIT PPG MAJOR MATEMATIK/MT01 NAMA PENSYARAH PEMBIMBING CIK LENA VIMALANANDAN TARIKH SERAHAN 20 OGOS 2011

Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah Persoalan-Persoalan MUKA SURAT 2 3 4 5 2. Perbincangan Dan Pendapat Golongan Tertentu 7 3. Rujukan 14 1 .ISI KANDUNGAN ABSTRAK 1.1 1. Penutup 13 4.

Mayan dan Rom) dengan Sistem Pernomboran HinduArab yang digunakan pada masa sekarang.Jika dahulu orang-orang zaman purba mengukur atau menghiris atau gambar lambang untuk merekod bilangan tetapi pada masa ini semua nombor hanya berada di hujung jari seiring dengan peredaran zaman sains dan teknologi. Melalui Sistem Pernomboran sahajalah maka masyarakat dapat mengira dengan cara yang sama seiring dengan masyarakat lain di persada antarabangsa berdasarkan bukti dan contoh yang dibuat sebelumnya.PENGENALAN Sistem Pengangkaan telah mengalami perubahan demi perubahan seiring dengan kemajuan dunia masa kini. Objektif tugasan ini adalah untuk menjawab persoalan tentang perbandingan sistem Pengangkaan Purba dengan Sistem Pernomboran Hindu Arab. Babylon. 2 . Hasil kajian mendapati bahawa Sistem Pernomboran Hindu-Arab lebih mudah dan senang di fahami serta boleh digunapakai oleh semua lapisan masyarakat di dunia ini. Tugasan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai Sistem Pengangkaan Purba (Mesir.

bahasa ilmu dan µbahasa pembangunan¶ atau µkemajuan negara¶ sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia.1 Pernyataan Masalah Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Bahasa Melayu mampu mengungkapkan pelbagai konsep yang berkaitan dengan urusan rasmi Negara yang mewakili kehidupan moden masa kini. Usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke taraf yang lebih maju dilakukan melalui perancangan bahasa seperti yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasa Melayu moden berkembang dan maju selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat penuturnya. 1.Zaaba dan lain-lain lagi. Faktor-faktor penyebab yang menjadi Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing ialah masalah yang dihadapi oleh dasar untuk mengembangkan bahasa Melayu di negara ini sebagai bahasa pendidikan. 1. bukan masalah yang ada kena mengena dengan bahasa Melayu itu sendiri tetapi masalah yang timbul dan ditimbulkan di luar sistem bahasa itu. Perkembangan bahasa Melayu moden pramerdeka dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh seperti Abdullah b Abdul kadir Musyi Raja Ali Haji .pengurusan . Perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu selama ini terbantut dan hilang upaya untuk bersaing diperingkat global.2 Persoalan-Persoalan 3 .undang-undang .ekonomi dan bidang-bidang professional yang lain. Bahasa Melayu digunakan dengan meluas dalam bidang pentadbiran.

Malahan beliau memberikan pilihan kepada rakyat sama ada ingin maju dengan merujuk kepada pentingnya Bahasa Inggeris atau terus mempertahankan warisan bangsa (bahasa Melayu) tetapi mundur. pemimpin membuat keputusan mengubah dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah dan di IPTA.Persoalan tugasan yang akan dibincangkan adalah mengenalpasti faktor-faktor menjadi bahasa Melayu hilang upaya berpunca daripada kesalahan persepsi atau konsep yang salah terhadap apa yang disebut µbahasa yang maju¶ dan µbahasa yang tidak maju¶ dan hubungannya dengan µkemajuan manusia¶ atau negara. Malahan persepsi. Mereka berkata bahawa bangsa Melayu tidak akan maju jikalau mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. pengetahuan dan sikap yang salah sering mempengaruhi golongan elit dalam kerajaan untuk mengambil sikap yang tidak serius dan tidak tegas untuk melaksanakan dasar bahasa yang ada sehingga akhirnya. Peranan siapa dan bagaimana cara untuk memartabatkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa turut menjadi persoalan kajian ini. Perdana Menteri sebagaimana dilaporkan oleh media elektronik pada malam 2 Disember 1994 dan media cetak pada 3 Disember 1994 telah memberikan bayangan yang jelas tentang hal itu. persepsi yang salah terhadap matlamat atau fungsi politik terhadap dasar bahasa Melayu dan sikap masyarakat Malaysia terhadap bahasa Melayu itu sendiri. Keputusan yang dibuat berdasarkan kepercayaan bahawa bahasa Melayu tidak boleh memajukan bangsa Melayu atau negara ini telah menyebabkan segala usaha yang diperjuangkan oleh ahli bahasa sebelumnya menjadi sia-sia dan membuang masa. mulai tahun 2003. 3 Disember 1994). (Utusan Malaysia. Sindiran yang tajam telah lama dilemparkan kepada bangsa Melayu melalui madah pujangga yang berikut: 4 . Jika ditinjau semangat dan perjuangan golongan pejuang-pejuang bahasa dahulu sangat memberi impak yang besar terhadap ketuanan dan perkembangan bahasa Melayu tetapi kini telah diragut dengan ampuh dan mudah sekali oleh mereka yang dianggap berfikiran terbuka ini. berbalik kepada bahasa Inggeris seperti pada zaman sebelum kemerdekaan.

Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?´Abdullah Munsyi 1822. Bangsa lain seperti Jepun dan China bangga dapat bertutur Bahasa Malaysia tetapi bangsa Malaysia sendiri bertutur dalam Bahasa Indonesia. pemartabatan Kerajaan tidak mempunyai dasar yang jelas dan tetap dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia tidak menjadi bahasa perpaduan iaitu kebanyakan pihak swasta menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan urusan surat-menyurat sedangkan pihak kerajaan menggunakan bahasa Malaysia. maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya.(Sumber:Kembara Bahasa) "Patutlah bahasa Melayu dilayakkan dari selangkah ke selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju. Papan tanda yang ditulis dalam bahasa Melayu tidak jelas maksudnya dan perlu ditulis dalam dwibahasa samada bahasa Inggeris atau bahasa lain. Begitu juga dengan sikap orang Melayu sendiri mengagung-agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris. Tiada saluran televisyen yang menggunakan Bahasa Malaysia baku sepenuhnya. Selain itu. dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipandang sebelah mata bukan sahaja oleh agensi swasta tetapi juga oleh agensi kerajaan sendiri. Maka perlunya papan tanda dalam tulisan atau bahasa lain.³Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya. papan tanda berbahasa Malaysia tidak dapat difahami oleh kaum lain selain Melayu. Pemimpin tidak bertutur dalam Bahasa Melayu baku (Bahasa Malaysia) semasa majlis rasmi mahupun semasa bermesyuarat termasuklah semasa bersidang di parlimen. lebih besar dan lebih tinggi pula".Wawancara oleh wartawan berbahasa Malaysia dijawab dalam bahasa Inggeris oleh artis Melayu dan orang awam yang lain kononnya hebat bila berbahasa Inggeris kerana lebih dipandang.Pendeta Za'ba. 5 Risalah yang ditulis bahasa Melayu . .

bahasa Inggeris tetap menjadi rujukan yang sah. Keadaan ini sebenarnya ialah hasil peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara ini. Menurut ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu DBP. dalam hasil penulisannya keluaran Berita Harian pada 20 September 2006 berpendapat keupayaan bahasa Melayu mengungkapkan ilmu yang tinggi sudah terbukti.tidak sah sebagai rujukan. bangsa Jepun menyampaikan ilmu melalui bahasa Jepun mencetuskan wabak ilmu. Masalah-masalah yang ditimbulkan seperti yang dihuraikan di atas telah diambil tindakan untuk diatasi tetapi tidak diendahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 1. Perbincangan Dan Peranan Golongan Tertentu. Dalam sistem perundangan. Kejayaan ekonomi Malaysia adalah antara yang tertinggi dalam kalangan negara membangun. Sebelum itu ilmu terkepung di kalangan elit. Bahasa Melayu menjadi bahasa rujukan jika terdapat kekeliruan. bahkan pertumbuhan ekonomi juga akan turut terencat. Bahasa Melayu telah memainkan peranannya dalam membangunkan negara ini. sama ada yang digerakkan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Surat yang dikeluarkan oleh peguam ditulis dalam bahasa Inggeris mencerminkan bahasa Melayu tidak layak sebagai bahasa perundangan. Ilmu pada waktu itu berguna hanya kepada peribadi 6 . Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa adanya kestabilan negara yang berterusan sejak kita merdeka. Jika kita tidak menaruh keyakinan terhadap kemampuan bahasa kebangsaan menjadi bahasa kehidupan sehari-hari. yang membolehkan DBP menerbitkan buku-buku ilmiah dalam pelbagai. Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam penulisannya bertarikh 28 April 2009. sudah tentu bukan sahaja perkembangan bahasa. melalui pembentukan ratusan ribu istilah pelbagai bidang termasuk teknologi maklumat dan aeroangkasa. Rakyat Jepun yang berilmu itulah yang mengembangkan ekonomi Jepun.

Minda masyarakat yang dididik melalui bahasa pinjaman akan menjadi minda pinggiran kepada minda masyarakat bahasa pinjaman. Bukan sahaja sukar untuk maju . oleh itu ia akan mengepung ilmu sebagaimana bahasa Latin mengepung ilmu. bahan-bahan baru. bukan pinggiran. Menurut beliau lagi. Ghana. Bahasa-bahasa penjajah ini tidak dapat dipelajari oleh semua rakyat. . Begitu jugalah beberapa negara Afrika seperti Nigeria. dan apa-apa saja yang sekarang kita kenali sebagai teknologi Jepun. Inggeris itu maju. Kenya. tetapi tidak pula diterima sepenuhnya ke dalam minda bahasa pinjaman. India telah menggunakan bahasa Inggeris selama 300 tahun. oleh sebab bahasa bekas penjajah kita. Minda pinggiran ini juga menjadi pinggiran kepada minda bangsanya sendiri. dan Filipina selama 60 tahun. teknik-teknik baru.ada sesetengahnya yang melepasi paras kemiskinan pun belum mampu. Bahasa pinjaman akan membina minda menurut kerangka bahasa pinjaman itu. Apabila kita menggunakan bahasa pinjaman untuk menyampaikan pendidikan. Ilmu mula membolehkan orang-orang Jepun mencipta alat-alat baru.saja. Penggunaan bahasa Jepun menukarkan sifat bahasa Jepun itu dengan cepatnya menjadi manfaat awam di Jepun. Minda Jepun mencipta tamadun nukelus. ada andaian yang mengatakan. Keaslian minda kita pun hilang. prosesproses baru. maka kita boleh turut maju dengan meminjam bahasa bekas penjajah tersebut. Sepandai-pandai orang yang belajar melalui bahasa pinjaman itu tidak akan mampu membina minda seasli penutur asli bahasa pinjaman itu. Ilmu yang terkepung 7 . Bahasa Portugis dan Sepanyol pula dipinjam oleh negara-negara Amerika Latin. tetapi ia tidak pula tergolong kepada minda pusat bahasa pinjaman itu. Bukti sejarah membuktikan sebaliknya. hasil-hasil tanaman baru. Uganda. Negara-negara ini masih terus menguji. kita tidak dapat mengisi minda kita dengan ilmu yang bebas daripada budaya minda bahasa pinjaman tersebut. Minda pinggiran itu akan sentiasa memandang rendah kepada minda bangsanya. Dia akan hanya menjadi minda yang tercabut daripada minda bangsanya.

kepercayaan. 8 . Tetapi. benak kita akan bebas berfikir dan mencetus idea kreatif. dan akibatnya kita akan menjadi pengguna produk-produk budaya tersebut. Ada kaitan rapat kreativiti dengan bahasa yang kita gunakan menyampaikan ilmu itu. Hanya negara-negara yang menggunakan bahasanya sendiri dapat meruntuhkan kepungan ini dan mencetuskan wabak ilmu. timbullah keyakinan lain bahawa dengan meniru-niru bangsa penakluk itu. Malah Ibn Khaldun pernah berkata: "Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian. bahagian 22.tidak memajukan rakyat. iaitu kreativiti. ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja. sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna. Rakyat yang berilmu itu kemudiannya mengembangkan ekonomi negaranya. ataupun mereka menyangka mereka kalah disebabkan kelemahan-kelemahan budaya dan kepercayaan mereka sendiri. maka akan terhapuslah punca-punca kekalahan mereka. Bangsa yang kalah mungkin meniru-niru secara tidak disedari. sehingga akibatnya keyakinan itu mendorong mereka mengubah semua ciriciri asli mereka. Akibatnya. apabila kita menggunakan bahasa pinjaman. padahal tidak. Muqaddimah. benak kita akan tertawan dalam budaya bahasa tersebut. Sebenarnya bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah lebih kuat dan lebih bersatu padu. budaya dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka. Akibatnya mereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yang menakluki mereka. Bab 2. Ringkasnya. maka sangkaan itu bertukar menjadi keyakinan. Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka. ada satu lagi unsur penting dalam membangunkan ekonomi. Di samping ilmu. simbol-simbol. Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa yang sempurna." Ibnu Khaldun (1332-1406). apabila bahasa pengantar yang kita gunakan ialah bahasa kita sendiri. Apabila sangkaan ini berpanjangan. seterusnya tamadun sesuatu bangsa.

Pemimpin-pemimpin Jerman hairan kenapa ini boleh berlaku. Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). pelajar tidak dapat masuk ke universiti bahasa Inggeris. Oleh sebab itu apakah yang tidak kena pada negara Jerman. Kita bimbang pelajar kita tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. Kita mendengar ungkapan. pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris. kita akan masih terdengar kesangsian yang sama dilemparkan terhadap bahasa Melayu oleh sesetengah golongan atasan dan intelektual Malaysia. Kajian itu juga mendapati lebih 80 peratus murid Melayu sukar memahami pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jerman menggunakan bahasa Perancis dan Latin sebagai bahasa pengantar sekolah dan universiti. terutama di luar bandar takut bertanya soalan kerana tidak memahami pelajaran yang diajar. Majoriti murid. ( Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Bahasa Perancis dan Latin adalah bahasa ilmu ketika itu. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) 9 . Itali dan Inggeris telah mula menjadi negara maju apabila industrinya berkembang. Kebanyakan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung. Maka kita boleh belajar daripada pengalaman Jerman. Malah. negara Jerman mempunyai lebih banyak sumber alam berbanding dengan negara-negara lain. PPSMI dilihat gagal memberi manfaat kepada pelajar. sarjana kita tidak dapat membentangkan kertas kerja di dalam seminar antarabangsa. Pada hal ilmuwan Jerman ramai. Tetapi. Bahasa Perancis juga menjadi bahasa perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Justeru. Hampir 50 peratus murid didapati tidak faham bahasa Inggeris. Orang-orang Jerman rajin bekerja. segala ilmu dan maklumat ada dalam buku dan jurnal bahasa Inggeris. Pada masa ini.Pada abad ke-17 negara-negara Perancis. 300 tahun selepas para intelektual Jerman menyatakan kesangsiannya terhadap bahasa Jerman. Di samping itu pula. negara Jerman masih mundur. khususnya di luar bandar.

Ini menyebabkan idea yang diungkapan menjadi kabur.Menurut seorang tokoh bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahasa Melayu juga pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dato' A. Apabila mereka menggunkan bahasa Melayu. sebelum ini pelbagai bidang ilmu ditumpukan dalam bahasa Melayu termasukdalam bidang sains dan matematik. 10 .Antara buku berbahasa Melayu yang diterbitkan dalam bahasa Cina termasuklah karya agung sasterawan negara. Kemahiran pelajar menulis tugasan dalam bahasa Inggeris sering terganggu oleh kelemahan mereka dalam menguasai nahu dan kosa kata. Didapati mereka lebih mampu mengungkapkan konsep sains itu dalam bahasa Melayu. Golongan profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir berbahasa Inggeris. Apabila mereka menggunakan bahasa Inggeris ulasan mereka cetek. dangkal dan kabur. Ini menyebabkan mereka menyatakan idea dalam frasa-frasa pendek dan ayatayat yang tidak lengkap. Persatuan Penterjemah menjalankan dan tugas Penulisan Kreatif (PERSPEKTIF) daripada mengambil Cina langkah kepada dan menterjemah karya bahasa bahasa Melayu. Goh Hin San menjelaskan melalui penterjemahan dapat menyatupadukan rakyat di Malaysia. Menurutnya. Samad Said yang sudah diterjemah dan dipasarkan di China. Dr Hassan Ahmad. Atas inisiatif memperluaskan bidang terjemahan di Malaysia. ayat mereka menjadi lebih panjang dan idea yang diungkapkan menjadi lebih canggih dan jelas. menyatakan PPSMI boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini disokong dengan pengamatan yang dilakukan terhadap kemampuan pelajar sebuah universiti yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain.Menurut Pengerusi Perspektif. Sebuah penyelidikan dijalankan di sebuah Universiti tempatan mengenai kemampuan pelajarnya mengungkapan sebuah konsep sains dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Diabetis menggantikan kencing manis dan kegemukan diganti dengan obesiti. 11 .Di Kementerian Kesihatan pula. Dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Asisten Superintendan Polis. Mejar. Penolong Penguasa Polis. walaupun sudah lebih daripada setengah abad menggunakan pangkat Ketua Inspektor. Wajar sekali kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada TV3 yang sanggup mendengar keluhan penonton yang tidak gemar dengan bahasa rojak. RTM juga sudah sering membetulkan kesilapannya menggunakan 'rakan sejawat' menjadi 'rakan sejawatan. Kapten. walaupun kadangkala ada juga penyampai yang tersasul. Maka itu syarikat penyiaran tersohor itu sanggup menukarkan Sure Heboh menjadi Jom Heboh. Penolong Pesuruhjaya Polis dan Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis. Begitu juga dengan RTM yang menukarkan cogan kata Radio Klasik Nasional daripada Segalanya di sini menggamit memori menjadi Segalanya di sini menggamit kenangan. Leftenan Kolonel. Bagi PDRM tidak salah menggunakan pangkat-pangkat sebutan bahasa Inggeris itu kerana tentera juga selesa dengan Leftenan. orang ramai sudah lupa menyebut barah kerana pihak kerajaan sendiri mahukan kanser. pihak berkuasa lebih gemar menggunakan Cif Inspektor. Asisten Komisiner Polis dan Senior Komisiner Polis. BrigediarJeneraldansebagainya.

Antaranya ialah Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar ilmu pada semua peringkat pendidikan.3 PENUTUP/CADANGAN Maka dapat dirumuskan bahawa pihak-pihak yang berpengaruh dan ahli cerdik pandai perlu bergabung mendesak dan turun padang dalam memartabatkan bahasa Melayu ke tempat yang sepatutnya. manakala Kerajaan perlu mengambil langkah membina kepustakaan berbahasa Melayu sendiri dan juga supaya bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa pentadbiran negara. Penulis-penulis perlu galak berkarya disamping sokongan kerajaan yang berterusan kepada golongan ini. Sekolah satu Malaysia patut diwujudkan supaya semua bangsa menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. yang tidak lagi direalisasikan pada hari ini. Masyarakat perlu disedarkan dengan kempen-kempen yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Rancangan realiti di televisyen boleh dijadikan medan memperluas pengaruh penggunaan bahasa Melayu di kalangan remaja dengan mewujudkan program realiti yang berunsur bahasa sesuai dengan kehendak dan minat mereka. 12 . Pupuk semangat cintakan bahasa Melayu dalam laungan satu Malaysia. Dewasa ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan kebebasan ahli ±ahli akademik dan sasterawan untuk bebas berkarya dan seterusnya mematikan bakat mereka yang membawa kepada kemerosotan terhadap perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. mustahil bangsa Melayu dapat menikmati kesejahteraan hidup seperti hari ini. Tanpa iltizam kepimpinan mantan Perdana Menteri kedua kita dahulu yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

my/index.php?option=com_content&view=article&id=55:bahasamelayu-sebagai-wahana-membina-jati-diri-&catid= http://www. Samsur Rijal Yahya.(2008) HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Masalah Bahasa Asing Sebagai Bahasa Nasional.(1985). Cabaran Dunia Berbahasa Melayu. November 1995. Pupuslah Bangsa.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia Sainstifik.php/bm/media/koleksi-artikel/5-field-issues/412-isubahasa-memartabatkan-bahasa-melayu-sebagai-saluran-pe http://celahgelegar. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.com/doc/58484000/Analisis-Pemikiran Hassan Ahmad.jasa.Rujukan http://semanggol.com/index. 1996. Asraf. Ainon Mohd..html http://www. Utusan Malaysia.scribd.gov.blogspot. Asmah Haji Omar. Pelita Bahasa.com/2011/05/memartabat-bahasa-melayujangan-biartpm. 2 Julai 1985. Open Universiti Malaysia 13 . Manifesto Budaya: Pupus Bahasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful