Kuliah 8

Struktur Perenggan- Isi dan Penutup

1

Perenggan Isi/Badan

 

Terletak selepas perenggan pendahuluan dan sebelum perenggan penutup Jumlah perenggan isi adalah bergantung kepada idea yang hendak disampaikan

2

Perenggan Isi
• Satu isi diletakkan dalam satu perenggan • Jika sesuatu idea itu kompleks maka dalam tulisan tersebut akan wujud jumlah perenggan isi yang banyak
 
3

1. Pembinaan Perenggan Isi

 

Sama dengan pembinaan sebuah esei Perenggan isi berbeza daripada esei – perenggan ini dihasilkan dalam skop yang lebih kecil daripada segi strukturnya Mempunyai 2 komponan penting – ayat judul dan ayat sokongan
4

Perenggan isi seperti sebuah esei yang lengkap
Esei
 

Perenggan isi Ayat topik Ayat sokongan

Tesis Perenganperengan isi Penutup

Ayat kesimpulan

5

 

Penerangan berkenaan perenggan isi

Perenggan isi berperanan   mengembangkan idea utama    Oleh itu setiap perenggan isi akan mengandungi ayat judul/topik yang ada kaitan dengan pernyataan tesis esei  Ayat topik akan diperluaskan dengan menggunakan ayat-ayat sokongan
6

Dengan itu, kita boleh menyatakan bahawa perenggan isi/badan mempunyai dua komponen penting, iaitu; (1) ayat judul/topik, (2) ayat sokongan.

7

Ayat judul ialah ayat yang mengandungi maklumat atau gagasan penting yang berkaitan dengan idea utama. Jika ayat tesis menjadi panduan kepada pembinaan keseluruhan esei yang hendak kita tulis, ayat judul pula menjadi panduan kepada pembinaan perenggan.

8

Ayat Judul;
Ayat yang mengandungi maklumat atau   gagasan penting yang berkaitan idea utama,  Menjadi panduan kepada pembinaan perenggan,  Disampaikan dalam satu ayat,  Biasanya terletak pada awal perenggan.  Ayat judul juga boleh diletakkan pada pertengahan dan akhir perenggan

9

Pola/struktur judul dalam perenggan isi

Jika ayat judul terletak pada awal perenggan pola binaan perenggan tersebut dikenali sebagai deduktif Bermula dengan bahagian penjudulan (membuat generalisasi tentang topik perbicaraan) kemudian diikuti dengan bahagian perwajaran (ayat-ayat sokongan yang mewajarkan topik perbicaraan) Bermula dengan premis umum
10

Contoh ayat;

Suasana hari raya di bandar tidak semeriah di kampung. Kehidupan di bandar yang sentiasa sibuk membuatkan persiapan hari raya tidak begitu dipentingkan. Berbeza dengan di kampung, suasana sambutan hari raya mula terasa sejak malam-malam terakhir bulan Ramadan lagi.

11

Manakala perenggan yang mempunyai ayat judul pada akhir perenggan, pola binaan perenggan tersebut dikenali sebagai induktif. Membina perenggan dengan meletakkan topik perbicaraan pada akhir perenggan

12

Contoh ayat;

Sebagai rakyat Malaysia yang diajar dengan bahasa Melayu sejak sekolah rendah lagi maka penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di IPTS sememangnya akan memberi kesan yang lebih baik daripada penggunaan bahasa Inggeris. Para penuntut akan lebih cepat dan senang memahami apa-apa yang diajarkan dan inilah matlamat utama dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Sewajarnya bahasa Melayu harus dijadikan bahasa pengantar di IPTS tanpa ragu-ragu lagi

13

Pola Gabungan;
 

Membina perenggan dengan satu isi/idea tetapi menerusi dua ayat topik Satu ayat topik berada pada awal perenggan dan satu lagi berada pada akhir perenggan- kedua-duanya diolah dengan cara berbeza Bahagian perwajaran terletak di tengahtengah antara dua ayat topik dalam perenggan berkenaan.
14

…………AJ……………….. …………………………….. ………….AS……………… …………………………….. …………AJ………………

15

Bagaimana menghasilkan ayat judul      yang baik?
Dalam ayat judul terdapat dua unsur   iaitu satu judul dan satu idea tentang judul  Idea tentang judul dinamakan idea pengawal – berperanan mengawal perbincangan dalam perenggan  Misalnya dalam ayat “Kuala Lumpur sudah menjadi kota rasuah”

16

Contoh: Suasana hari raya di bandar tidak semeriah di kampung

JUDUL/TOPIK TOPIK= selaras dengan temanya iaitu ‘hari raya’ IDEA PENGAWAL= lanjutan topik ; mengawal perbincangan dalam perenggan tersebut

IDEA PENGAWAL

Yang akan kita kembangkan bukan judul (suasana hari raya) tetapi idea pengawalnya di bandar tidak semeriah di kampung. Perkara yang menyebabkan di bandar tidak semeriah di kampung yang akan diperkembangkan dalam perenggan tersebut
18

Idea Pengawal  
 

Berfungsi dalam satu perenggan sahaja Mengawal perkembangan idea melalui ayatayat sokongan dalam perenggan tersebut sahaja Judul pula merupakan bahagian yang akan menjadi pertalian dengan perengganperenggan yang lain.

19

Contoh ayat;
 

Misalnya dalam contoh Kuala Lumpur sudah menjadi kota rasuah. Yang menjadi fokus dalam perenggan ialah idea pengawal sudah menjadi kota rasuah, manakala yang menjadi fokus keseluruhan esei/karangan ialah yang berkaitan dengan Kuala Lumpur. Ayat judul yang baik perlu mempunyai idea pengawal yang jelas, baik dan difokuskan kepada aspek khusus.
20

Ayat Judul

Ayat judul yang baik perlu mempunyai idea pengawal yang jelas, dan difokuskan kepada aspek khusus Bahagian yang akan menjadi pertalian dengan perenggan-perenggan yang lain Kesinambungan antara perenggan dapat dilihat daripada judul
21

Dalam membina ayat judul elakkan daripada membina ayat yang berupa fakta

Misalnya “Kuala Lumpur salah sebuah bandar di Asia” Ayat judul yang bersifat fakta akan menyukarkan penulis mengembangkan perenggan yang baik Ayat judul juga tidak boleh terlalu kecil atau terlalu luas skopnya
22

 

Ayat Sokongan

Digunakan untuk menghujah, mewajarkan, mensahihkan, menjelaskan, memperincikan, menghuraikan atau membuktikan idea yang terdapat dalam ayat judul Menampilkan fakta untuk menyakinkan pembaca bahawa ayat sokongan yang dikemukakan itu adalah sah. Fakta-fakta ini boleh didapati daripada bahan sumber seperti jurnal, majalah, buku, dan sebagainya
23

Bagi menjadikan perenggan isi lebih efektif;
 

Menggunakan fakta untuk menyokong idea utama Misalnya dalam ayat “di Kuala Lumpur banyak berlaku rasuah” – pernyataan tersebut bukan fakta kerana tak dapat disahkan benar atau tidak. Jadi kita mesti menampilkan fakta bagi menyakinkan pembaca bahawa ayat sokongan yang dikemukakan itu sah. (fakta-fakta ini boleh didapati daripada jurnal, buku, kertas kerja dsb.)

24

Perenggan Penutup

Perenggan yang terletak pada akhir sesuatu esei Isinya adalah rumusan keseluruhan perbincangan yang menandakan berakhirnya esei tersebut Memberi perasaan yang pembaca telah sempurna membaca esei tersebut
25

Jika esei ditamatkan secara tiba-tiba, pembaca akan merasa terbiar atau merasa ditinggalkan dalam keadaan tertanya-tanya. Perenggan penutup seharusnya memberi pembaca perasaan yang seolah-olah mereka telah sempurna membaca esei tersebut. Dalam perenggan penutup, penulis mungkin mahu menyatakan semula tesisnya atau beberapa isi penting tetapi penulis harus mengelakkan dari mengulangnya dalam bentuk perkataan demi perkataan.
26

Isi perenggan penutup
 

Menyatakan semula tesisnya atau beberapa isi penting dalam bentuk yang berbeza Membuat penilaian tentang bahan yang telah dibincangkan Membuat rayuan terakhir – mendesak pembaca mempertimbangkan implikasi daripada idea penulis dan meminta mereka mengambil tindakan yang betul Penggunaan perkataan seperti “sebagai kesimpulannya”, “akhirnya”, “hakikatnya”
27

Dalam perenggan ini juga penulis boleh membuat penilaian tentang bahan yang telah dibincangkan atau penulis boleh membuat rayuan terakhir di mana penulis boleh mendesak pembaca untuk mempertimbangkan implikasi daripada idea penulis dan meminta mereka mengambil tindakan yang betul. Kebanyakan pengarang surat khabar membuat pengakhiran dengan cara ini. Mereka menggunakan perkataan seperti sebagai kesimpulan, akhirnya atau hakikatnya.
28

Pelbagai cara lain untuk membina perenggan penutup
1. 2. 3. 4.

5. 6.

Menyimpulkan penyata tesis yang asal Menyatakan tesis tetapi dengan cara lain Membuat anekdot berkaitan tesis Memberi petikan yang bersesuaian dengan tesis Membuat rumusan Membuat penyata atau soalan yang terbuka kepada perbincangan oleh pihak lain
29

Elakkan daripada membuat perenggan penutup yang:

 

Membuat pernyataan menunjukkan kelemahan penulis Menyuarakan rasa tidak puas hati tentang perkara yang dibincangkan Memberi petikan yang tidak berkaitan Mengetengahkan satu isu atau tajuk lain
30

Perenggan Transisi
 

Jambatan yang menyambungkan dua perenggan. Berperanan membawa perbincangan dari satu isi kepada isi yang lain Menjadi penyambung kepada perenggan yang panjang atau kompleks Sekiranya kita tidak mahu gunakan perenggan transisi kita boleh gunakan frasa transisi – pertama, kedua, tambahan pula, namun begitu, justeru, oleh yang demikian dsb.
31

Sambungan

Perenggan transisi berperanan membawa perbincangan dari satu isi kepada isi yang lain dengan mengingatkan pembaca kepada unsur-unsur dari perenggan yang sebelumnya, dan menjadi penanda hubungan unsur-unsur tersebut dengan unsur-unsur yang berikutnya, kemudian memperkenalkan perenggan baru. Misalnya antara perenggan pengenalan dengan perenggan isi, atau perenggan isi 32 dengan isi.

Perenggan Dialog
 

Selalunya terdapat dalam karya kreatif Setiap dialog yang ditulis dalam petikan langsung perlu memiliki perenggan tersendiri, walaupun dialog itu terdiri daripada satu kata. Contohnya; “Kemana?” “Kahwin” “Kahwin siapa?” “Kawan saya Mahmud. Dia kahwin dengan permpuan joget”
33

Kesimpulan

….

34

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful