PENULISAN TAHUN 6 2011 BIL 1 FORMAT Autobiografi TAJUK / RANGKA KARANGAN TAJUK : Aku sebuah basikal Pengenalan • • • berasal

dari Jepun dibuat di sebuah kilang besi waja terdiri daripada besi waja, getah dan plastik

Isi 1 • • • disebut basikal dipamerkan berasa sungguh gembira

Isi 2 • • menaiki sebuah kapal dagang berasa sungguh bangga

Isi 3 • • • • nasib malang kapal karam dijumpai oleh penyelam dijual sebagai besi buruk

Penutup • • 2 Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara menjadi bahan terbuang kesal kerana tidak dapat berbakti

TAJUK : Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan

kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya

Pengenalan • mengucapkan tahniah

Isi


Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu yamg lain untuk mempelajari bahasa melayu. menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu.

Penutup • Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan

3

Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi

TAJUK : Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh -rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul -kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu

Pengenalan • • tinggal sendirian baca buku cerita

Isi 1 • • • mendengar suara riuh-rendah menjenguk ke luar suatu kebakaran berlaku

Pengenalan • • alat komunikasi rekaan sains penggunaannya meluas Isi 1 • • • digunakan di pejabat-pejabat menyimpan data-data menjalankan tugas dengan cepat Isi 2 • • • pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan mengesan penyakit membantu mengesan penyakit .Isi 2 • • • ramai orang mula berkumpul cuba membantu memadamkan kebakaran membantu memunggahkan barang Isi 3 • • aku terus menelefon pihak bomba ahli-ahli bomba tiba Penutup • • • 4 Fakta / Rencana kebakaran dapat dikawal berasa sungguh gembira TAJUK : Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.

Sains dan Bahasa Penutup • • • 5 Laporan keuntungan menggunakan komputer jimat masa dan wang bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar TAJUK : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. .Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut Sediakan laporan itu selengkapnya Pengenalan • penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan Isi • • • • kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang ceramah -pensyarah dari USM gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah lawatan ke Taman Ular Penutup • berterima kasih kepada guru penasihat 6 Surat Rasmi TAJUK : Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi mengantikan bola yang telah rosak.Isi 3 • • penggunaan komputer dalam pelajaran mengajar Matematik.

Pengenalan • • • • • • • • alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf be sar ) ( jangan lupa tanda koma dihujungnya ) kemudian selang satu baris buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan ) tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar ) kata ganti diri penerima ( Tuan. lihat contoh ) bola lama tidak dapat digunakan lagi memerlukan bola baru ( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. tanda noktah dan koma. ) perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan ) Isi • • • tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan. Jarakkan sedikit sebelum menulis ) • • berharap agar permohonan diluluskan supaya latihan tidak terganggu mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan Penutup • • • • • terima kasih tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak ) nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar . 7 Ucapan TAJUK : Anda telah terpilih untuk mewakili rakan-rakan anda untuk .

Tuliskan ucapan tersebut Pengenalan • • kata-kata aluan kepada hadirin terima kasih kerana diberi peluang berucap Isi 1 • • tujuan diadakan perayaan itu jasa dan bakti guru Isi 2 • • • pengorbanan guru besar sekali tanpa guru . pengajaran dan pelajaran tidak sempurna guru patut dikenang dan disanjung tinggi Isi 3 • • guru membimbing dan mendidik kita kita mesti belajar bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka Penutup • • ucapan terima kasih kepada semua guru ucapan selamat menyambut ’Hari Guru“ .memberi ucapan dalam perhimpunan sempena sambutan ’Hari Guru“ di sekolah anda.

8 Syarahan TAJUK : Anda dikehendaki menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“.lima orang ditahan –salah seorang ialah pakar mekanik.Andaikan bahawa anda seorang pemberita.tuliskan berita tentang kejadian tersebut. polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa . membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta .di Jalan Ipoh . Isi • • • berjaya mengesan beberapa kereta curi -siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan. Pengenalan • Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya. Pengenalan • • • kata-kata aluan ucapan terima kasih tajuk syarahan Isi • • • • • melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan membaca untuk mengisi masa lapang banyak bahan bacaan aktiviti yang paling berfaedah Penutup • 9 Berita ucapan terima kasih TAJUK : Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala lumpur.

Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini. 10 Perbahasan ’Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “. Penutup • seoarang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki berkenaan. Pengenalan • • kata-kata aluan tajuk yang hendak dibahaskan Isi 1 • • • tidak bersetuju dengan tajuk alat media massa yang terkenal menyiarkan banyak rancangan Isi 2 • • rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah dapat mengetahui perkembangan dunia Isi 3 • • banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci Penutup • • tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan ucapan terima kasih .plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.

11 Peribahasa TAJUK : Biar Lambat Asalkan Selamat Pengenalan • maksud peribahasa Isi • • • • • sesetengan orang tidak sabar dalam sbarang pekerjaan contoh seorang pemandu kenderaan pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya berlaku perkara yang tidak diingini menyesal Penutup • • 12 Surat Tidak Rasmi peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah. Pengenalan • • • • Nama dan alamat pengirim (kanan) Tarikh (kanan) Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma) Isi • • • • menyatakan tujuan surat itu ditulis buah-buahan sedang masak ayah memajak sebahagian sahaja keluarga serta kawan-kawan dapat merasai .

00 pagi Ketibaan wakil rakyat – memeriksa perbarisan para peserta – merasmikan temasya sukan Isi 3 • 8. Isi 2 • 8.30 pagi – acara bermula – para peserta menunjukkan kebolehan – para penyokong bersorak Isi 4 • 12.• boleh ajak kelurga serta kawan-kawan bersama-sama Penutup • • Tandatangan pengirim (kanan) Perakuan diri (kanan) 13 Catatan TAJUK : Sekolah anda mengadakan temasya sukan.20 tengah hari – acara sukan berakhir – Rumah Merah diumumkan sebagai juara . 7 April Temasya Sukan Tahunan 15 Isi 1 • 7. Catat peristiwaperistiwa yang menarik sepanjang temasya sukan berkenaan. guru.30 pagi – murid. ibu bapa dan penonton berduyunduyun menuju ke padang. Pengenalan • • Pada hari Sabtu.

TAJUK : Tulis sebuah cerita yang menarik yang bermula dengan perenggan yang berikut.45 tengah hari – upaca penutup – isteri wakil rakyat menyampaikan hadiah kepada pemenang.Penutup • 14 Cereka 12. Peristiwa pahit itu tidak akan kulupakan buat selama-lamanya. Aku bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan . Panjangnya karangan anda tidak kurang daripada 80 patah kata. Pengenalan • Cuti sekolah yang lalu – menemani datuk di kampung – datuk tinggal berseorangan Isi • • Mengikut datuk pergi mengambil madu lebah – pengalaman pertama – menyiapkan segala peralatan Bangun awal – bertolak selepas bersarapan – membawa senapang patah – datuk menyalakan jamung – datuk memanjat pokok – menyuruh aku berada jauh dari situ Bunyi berdesir – terpandang seekor ular tedung – hamper dipatuk oleh ular – lidah kelu Terdengar dentuman senapang – ular tedung mati ditembak datuk • • Penutup (seperti yang diberikan) 15 Biografi TAJUK : Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersamasama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah.

Aku dan kawan-kawanku lemas. getah asli. aku dijumpai oleh seorang penyelam. Aku semakin bangga. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Penyelam . Badanku terdiri daripada besi waja. Setahun kemudian. Waktu itu badanku sudah berkarat. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia.00 hantar susu getah ke pusat penjualan AKU SEBUAH BASIKAL Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. kaca dan pleastik. Nasib kami sungguh malang . aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Kapal kami karam. Aku dan kawan -kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu. aku disebut basikal. Apabila badanku telah siap dibuat.Pengenalan • • rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah kepunyaan sendiri Isi • • • • • keluar dari rumah awal pagi menunggang basikal memakai topi berlampu suluh kerana masih gelap menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok susu getah dikumpul dimasukkan ke dalam baldi kecil dipindahkan ke sebuah tangki besar Penutup • • kerja siap pada pukul 12. Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang.

saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dap ati asap berkepul-kepul keluat dari rumah jiran saya.Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Saya segera menjenguk ke luar. Ketika saya leka membaca . Tanpa berlengah-lengah lagi . Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya. . Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Di samping itu. Untuk menghilangkan rasa jemu.Siva. Apabila kamu menjenguk ke luar.. Sepuluh minit kemudian. kamu dapati asap berkepul -kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu.baiklah . Siva : Mengapa ? Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah bahasa ibunda saya. Aku dijual di situ. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu Pada hujng minggu yang lepas. saya terpaksa tinggal sendiran di rumah kerana ibu bapa saya pergike tempat kenduri kahwin. TAJUK : Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah.tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. kamu telah dikejutkan oleh suara riuh -rendah. Siva : Terima kasih. anggota bomba pun tiba di situ.Tulislah dialog anda selengkapnya (Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah ) Azman : Tahniah. TAJUK : Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar.Saya selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca.Rupa-rupanya saya silap.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap Azman : Kalau begitu ..Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.Saya malu.itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk.Bagaimanakah cara kamu mempelajari bahasa melayu ? Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang bermutu . Suatu kebakaran telah berlaku.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara kita Azman : Ya.Siva. saya terus menelefon pihakbomba.kalau kamu sudah sedar.Siva. saya membaca sebuah buku cerita. Orang ramai mula berkumpul di situ.Azman. Siva : Baguslah.kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang.

Dengan penggunaan komputer . TAJUK : Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas.kami turut mengadakan gotong -royong .melalui persatuan ini.Selain itu . Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia. ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah… Peraduan Menulis Esei Tentang Sains…. Dengan penggunaan komputer juga .Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit. TAJUK : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982. Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik . Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan.Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut Sediakan laporan itu selengkapnya Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau . Kebanya kan sekolah menggunakan computer untuk mengajar mata pelajran Matematik .pelajar Tahun Enam Mawar. Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995. Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Fizik dan sebagainya. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut. kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sa ins dan Matematik. Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran.Selain itu . Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak.pelajar dapat bertukar -tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia.Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 60 orang.Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin. Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta. Sains .Kegiatan -kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.

kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Seri Kenangan Darau. Pasukan Bola Jaring Sek. Sek. Keb.membersihkan kawasan sekolah. Disediakan oleh. Sek.kami berpuas hati dengan kegiatan -kegiatan yang kami jalankan . Pada cuti penggal kedua persekolahan. Seri Kenangan Darau. Keb. Azmi _______________ (AZMI SULAIMAN) Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau. Tuan.Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ. Seri Kenangan Darau ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama. Setiausaha Sukan. Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama Saya sebagai Ketua Pasukan. 24 APRIL 2010 .Jerteh. Sebagai hasil lawatan ini.Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami. Keb. 22000 Jerteh. Pada keseluruhannya. 22000 Jerteh. _______________________________________________________________________ Encik Musa Bin Hassan.Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat. 25 JANUARI 2010 TAJUK : Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi mengantikan bola yang telah rosak Pasukan Bola Jaring.Terengganu.

Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Ma jlis kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini. Tanpa guru . Dengan ini latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala. TAJUK : Anda telah terpilih untuk mewakili rakan-rakan anda untuk memberi ucapan dalam perhimpunan sempena sambutan ’Hari Guru“ di sekolah anda. Kami memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang. Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis. Pasukan Bola Jaring. Keb. Untuk pengetahuan tuan. Oleh itu jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi. Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Seri Kenangan Darau. Sekian. Tujuan perayaan ini adalah untuk men genang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini. Hadirin sekalian. Hadirin sekalian . Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi murid-muridnya. kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan. Widyawati $$$$$$$ ( WIDYAWATI BINTI HUSAIN ) Ketua Pasukan. Yang dihormati Tuan Guru Besar. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan be rsungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.2. 3. Sek. terima kasih Yang benar. kita sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Tuliskan ucapan tersebut Assalamualaikum. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. 4. guru -guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian. Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan yang seumpama ini disambut setiap tahun.

terima kasih. guru -guru. Ia perlu diisi dengan perkara -perkara yang berfaedah. 24 Mac . TAJUK : Anda dikehendaki menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“. Dengan cara itu ia dapat menambahakan pengalaman serta ilmu pengetahuan. Ia merupakan satu aktiviti yan paling berfaedah untuk mengisi masa lapang. kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama ini. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca.beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. TAJUK : Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala lumpur. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut. Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Hadirin sekalian.Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Sekian. mendatangkan faedah serta keuntungan. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri . mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Hadirin yang saya hormati sekalian.Menurut jurucakap itu lagi.Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi. Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang.beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Tajuk syarahan saya ialah ’Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah“. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang.Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan . rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Hasil daripada maklumat orang ramai. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum. Guru Besar. Terlebih dahulu saya ucapakan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk member syarahan pada hari ini. Sementara itu.Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar .Andaikan bahawa anda seorang pemberita.gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Akhir sekali.tuliskan berita tentang kejadian tersebut KUALA LUMPUR .

Setiap hari. Sekian . Mereka dapat mengetahui perkembangan dunia dengan duduk di rumah sahaja. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.’Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk “. Guru Besar. barisan pihak pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Sekiranya dalam perjalanan itu. berita. Banyak rancangan televisyen lain yang dapat menambahakan ilmu pengetahuan para penonton misalnya ’Hari Ini Dalam Sejarah“. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk“. Filemfilem dokumentari yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci. Berdasarkan contoh-contoh di atas. sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan . Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah. Rancang berita sama ada berita dalam negeri atau pun berita dunia dan juga laporan peristiwa memang berfaedah kepada penonton. sekali lagi saya tegaskan pendirian kami membangkang tajuk di atas. 22000 Jerteh. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia igin segera samapai ke tempat yang hendak ditujuinya. perbuatannya itu berbahaya ke pada dirinya sendiri dan juga orang lain. Sebelum mengudur diri . ’Siaran Ke Sekolah-sekolah“ . Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis. saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. ’TV Pendidikan“ dan lain-lain lagi. TAJUK : Biar Lambat Asalkan Selamat Peribahasa ’Biar Lambat Asal Selamat“ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati -hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya. ia menyiarkan berbagai -bagai rancangan seperti filem rancana. Kampung Darau. para hakim yang arif. jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan yang baik dan bukan yang sebaliknya. terima kasih. drama dan lain -lainlagi. guru -guru. Tanpa disedarinya. Faridah Binti Osman 49. Sebagai menghuraikan peribahasa di atas . televisyen adalah suatu alat media massa yang terkenal pada masa kini. pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Saya bersama-sama rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya. . Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Sebagaimana yang diketahui umum.

30 pagi . semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya. Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Yang benar. 8. Semoga kita dapat bertemu nanti. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi. Boleh mereka sama-sama merasai keenakkan buah manggis. langsat serta durian. murid. Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga.00 pagi Ketibaan Wakil Rakyat Pengkalan Chepa. Kemudian. 2 Julai 1998. Untuk pengetahuan saudari. guru.Terengganu. Catat peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang temasya sukan berkenaan Sabtu. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Beliau telah memeriksan perbarisan para peserta yang mengambil bahagian dalam sukan.30 pagi Semua peserta. buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak. Akhir kata . terutama manggis. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu. Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Beliau disambut oleh Guru Besar. Faridah ( FARIDAH OSMAN ) TAJUK : Sekolah anda mengadakan temasya sukan. Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Sekian . rambutan. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada c uti hujung bulan nanti. ibu bapa dan penonton berduyun-duyun menuju ke padang untuk menyaksikan temasya sukan berkenaan. Kalau saudari suka . beliau memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya sukan ini. Pengerusi PIBG dan guru-guru. 8. Saudari. terima kasih. Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut. 7 April 2010 Sekolah Kebangsaan Cabang Tiga menganjurkan temasya sukan ke-15 7.

Keesokan harinya. Tiba-tiba aku terdengar dentuman senapang. aku meminta ayah menghantarku pulang ke kampong. Datuk tidak lupa membawa senapang patahnya juga. Ruparupanya datuk yang menembak ular itu. Ketika leka memerhatikan datuk. Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ TAJUK : Tulis sebuah cerita yang menarik yang bermula dengan perenggan yang berikut. Aku ingin menghabiskan masa cutiku dengan datuk di kampong. Aku melihat kepala ular itu berkecai. Aku tidak menyedari langsung datuk turun dari pokok besar itu. aku terdengan bunyi desiran ular. Datuk menyuruh aku berada jauh dari situ. Rumah Merah diumumkan sebagai juara dan diikuti oelh Rumah Biru 12. Datuk mempelawaku mengikutnya pergi mengambil madu lebah di hutan.Acara sukan dimulakan. Aku menolong datuk menyiapkan segala peralatan yang diperlukan. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan . datuk segera menyalakan jamung. 12. Panjangnya karangan anda tidak kurang daripada 80 patah kata. Aku bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Para penonton dan murid bersorak memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. Aku tidak berani untuk bergerak. pertamaku melihat cara-cara mengambil madu lebah asli. Aku bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Aku mencuba untuk memanggil datuk. Peristiwa pahit itu tidak akan kulupakan buat selama-lamanya Pada cuti sekolah yang lalu. TAJUK : Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Peristiwa pahit itu tidak akan kulupakan buat selama-lamanya. Pakcik anda itu penoreh getah. Para peserta menunjukakn kebolehan masing-masing untuk menjuarai acara yang disertai. Aku berasa sangat seronok kerana ini adalah pengalaman.45 tengah hari Isteri wakil rakyat telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Alangkah terkejutnya aku melihat seekor ular tedung sedang memanggungkan kepalanya ke arahku.20 tengah hari Acara sukan berakhir. kami bertolak ke hutan selepas bersarapan. Apabila tiba di sebatang pokok tualang yang besar. Tetapi lidahku bagaikan terkelu. Datuk mengikat tali di pinggangnya lalu memanjat pokok tualang itu.

Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Setiap hari. pekerjaan itu pun selesai. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan. Tujuannya supaya kerja -kerja menorah getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Dia menunggang sebuah basikal. Lebih kurang pukul 12. .00 tengah hari. Kebun getah itu kepunyaan dirinya sendiri. Pakcik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan. Sejam kemudian. dia akan memindahkan s7su getah itu ke dalam sebuah takungan besar. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Apabila baldi kecil itu penuh.Pakcik saya penoreh getah. Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful