6 inisiatif (dsar belia) y Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya selaras hasrat kerajaan menjadikan pusat pentadbiran negara itu

sebagai bandar raya mesra belia. Perbadanan Putrajaya diarah menyediakan kemudahan infrastruktur bagi taman itu termasuk tapak perkhemahan; y Mewujudkan Parlimen Belia untuk membolehkan wakil yang dipilih belia menyatakan pandangan, cadangan dan cita rasa golongan itu kepada kerajaan. Ia adalah persediaan untuk masa depan negara serta usaha kerajaan memahami pandangan, cadangan dan cita rasa belia bagi membolehkan wakil golongan itu berbahas usul dan kerajaan akan menimbangkannya; y Mewujudkan portal belia sebagai satu galeri untuk memaparkan kegiatan belia di seluruh negara; y Memperkenalkan Ikon Belia bagi menonjolkan tokoh belia dan remaja negara ini yang boleh menjadi idola kepada rakan lain. Mereka akan menjadi contoh kepemimpinan kepada belia; y Program My Corps untuk memupuk semangat khidmat sukarela di kalangan belia dan meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan golongan itu dalam segala kegiatan. y Program The Leader iaitu mentor-mentee yang boleh memberikan galakan ke arah mewujudkan belia yang berjaya dalam bidang keusahawanan, aktiviti sosial, pentadbiran awam dan profesional.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful