You are on page 1of 10

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Apakah ciri-ciri Pengajaran? guru dan murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI), proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni.

Apa dia pembelajaran? Umumnya Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran : Satu proses yang berterusan, Secara formal dan tak formal, Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dsb., Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran, Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Apa dia Mazhab Behavioris? Tokoh-tokoh seperti Parvlov, Thorndike, Skinner Pembelajaran berkaiatan dengan perubahan tingkah laku. Teori berasaskan pemerhatian ujian terhadap haiwan anjing, tikus, burung, kucing dsb. Fokus ujian ialah ransangan dan gerakbalas yang boleh menghasilkan perubahan tingkah laku, Tingkahlaku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Apa dia Mazhab kognitif? Tokoh-tokoh seperti Piaget, Kohler, Bruner, Gagne & Asubel Pembelajaran adalah proses dalaman iaitu dalam akal fikiran, Tidak dapat diperhatikan secara langsung, Tumpuan kajian mereka kepada pembelajaran melibatkan proses penyelesaian masalah dan celik akal, Cara pembelajaran celik akal, penyelesaian masalah, penemuan dsb., Manusia mempunyai struktur kognitif, otak akan menyusu maklumat dalam ingatan.

Apa dia Mazhab sosial? Tokoh seperti Bandura, Menggabungkan Mazhab Behavioris dan Kognitif Pembelajaran proses pemerhatian dan peniruan, Pembelajaran melibatkan perubahan tingkahlaku dan aspek pemikiran dalaman

Apa dia Mazhab humanis? Tokoh ialah Carl Rogers Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza, Strategi pengajar boleh diatur mengikut kehendak individu Setiap individu ada potensi untuk maju Guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan perkembangkan potensi optimum

Pengajaran meliputi rancangan mengajar (KOPI),

OBJEKTIF

ISI

PENILAIAN

KAEDAH

RANCANGAN MENGAJAR MODEL ASAS MENGAJAR MENGAPA MERANCANG? 1. UNTUK MENCAPAI SET OBJEKTIF 2. MENENTUKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3. UNTUK MEMILIH DAN MENGGUNAKAN STRATEGI PENGAJARAN YANG PALING BAIK DAN BERKESAN 4. UNTUK MEMAKSIMAKAN SUMBER: GURU RUANG PELAJAR MASA BAHAN/ALAT BANTU MENGAJAR MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN

RANCANGAN MENGAJAR SUKATAN PELAJARAN

SEMESTER MINGGU HARIAN RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SATU PELAN TINDAKAN OLEH GURU DALAM PEROSES PELAKSANAAN SESUATU PENGAJARAN REFLEKSI SESUATU YANG TELAH DILAKSANAKAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA IAITU: o AKTIVITI GURU o KETERLIBATAN PELAJAR o INTERAKSI BILIK DARJAH FORMAT RANCANGAN DARJAH : HARI :.. TARIKH: . MASA:.. SUBJEK: TOPIK: TUJUAN AM: TUJUAN KHAS PENGAJARAN: NILAI MURNI : KEMAHIRAN BERFIKIR : KAEDAH MENGAJAR: ALAT BANTUAN MENGAJAR: ISI PELAJARAN: RUJUKAN:

PENGETAHUAN LEPAS PROSEDUR PENGAJARAN/LANGKAH 1. PERMULAAN 2. PERKEMBANGAN 3. PENUTUP PENILAIAN PENILAIAN KENDIRI KOMEN PENYELIA

APA DIA STRATEGI PENGAJARAN?


Mengikut Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

STRATEGI PENGAJARAN KAEDAH

PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

Pendekatan jalan yang diambil Kaedah cara teratur, kemas & sistematik Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN?

KAEDAH PENDEKATAN

STRATEGI PENGAJARAN

TEKNIK AKTIVITI
Rujukan: Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 (m.s. 8)

CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTIONARY APPROACH (pp. 58)

A way to Means of reaching A way of considering/dealing with e.g. a problem: a new approach TECHNIQUE (pp. 1257) Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a teacher with a good voice but poor technique. A way of achieving ones purpose skillfully.

APA DIA OBJEKTIF AM? OBJEKTIF AM PELAJARAN: Umum, boleh dicapai dalam jangka panjang misalnya seminggu, sebulan atau satu semester. Contohnya: murid dapat mengetahui/memahami tentang konsep umum air mineral dan air berkarbonet. Mengetahui/memahami amat umum sebab ia merangkumi mengenalpasti, membezakan, menerangkan, menyenaraikan, menceritakan, memberi 3 ciri utama, menghuraikan, menamakan dsb. APA DIA OBJEKTIF KHAS? OBJEKTIF KHAS: menampakkan tingkahlaku yang khusus (spesifik) dan boleh diukur dalam masa terhad. Misalnya Mengenal pasti minuman air mineral dan minuman berkabonet secara spesifiknya ingin membezakan ciriciri minuman minuman air mineral dengan minuman berkabonet sebab ingin mengenalpasti yang mana minuman air mineral dan yang mana satu minuman berkabonet! Apa maksud tingkahlaku yang khusus? KHAS misalnya mengenal pasti, melukis, membaca SPESIFIK misalnya mengenal pasti lebih spesifik daripada memahami, mengetahui; melukis lebih khusus daripada memahami, mengetahui; membaca lebih spesifik daripada memahami petikan karangan/mengetahui tentang petikan karangan!

Apa maksud boleh diukur? Boleh beri markah/ gred Boleh nilai secara objektif/ tepat/spesifik Boleh nampak jelas dan kurang kesamaran

Persediaan Mengajar (Contoh PENDIDIKAN JASMANI)


Tarikh: 12hb Oktober 2007 Masa: 8.30-9.00 pagi (30 minit) Darjah: 4 Perak Ramai Murid: 20 orang Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani Tajuk Pelajaran: Bola Sepak Kemahiran: Menggelecek bola sepak Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah belajar menyepak, mengawal, menahan dan menanduk bola. Kaedah: Demonstrasi Objektif Pengajaran Am Murid dapat pengetahuan dan selok belok menggelecek bola sepak ketika bermain bola sepak. Satu Objektif Pengajaran Khas Di akhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat: 1) Menggelecek bola dalam bentuk zig-zag tanpa melakukan kesalahan. Alat Bantu mengajar / Bahan Bantu Mengajar 1. 5 biji bola 2. Wisel
Perkembangan /Masa Pendahuluan (1 minit) Gerakerja Larian setempat Pengelolaan Beramai-ramai

Alatan/ Catatan Guru menyuruh murid berlari Bola sepak setempat dan membentuk kumpulan & dalam barisan. Guru menasihatkan Wisel murid-murid supaya mengikut arahan.
Guru menggunakan wisel dimana perlu. Murid-murid beratur ikut 5 barisan. Guru membuat tunjuk cara. Guru menggelecek bola dalam bentuk zigzag melintasi barisan murid. Sambil memberi penerangan. Guru bertanya dan minta seorang murid melakukan menggelecek bola. Guru mengarah murid-murid menarik nafas, menahan nafas dan melepaskannya. Beratur dan balik ke kelas

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Langkah 1 7 minit

Tunjukcara: menggelecek bola

Guru melakukan aktiviti menggelecek dan memberi penerangan Beramai-ramai

Bola sepak & Wisel

Tarik nafas Penutup 2 minit

Wisel

Persediaan Mengajar (Contoh LUKISAN) Tarikh : 11 hb. Jun 2007 Masa: 8.00-9.00 pg. (60 minit) Tingkatan: 1 A Ramai Murid: 25 orang Subjek: Lukisan Tajuk: Arca Sub-tajuk: Patung Pengetahuan sedia ada: Murid2 sudah mempelajari tentang elemen-elemen seni lukis seperti garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Mereka juga telah pun didedahkan dengan prinsip seni lukis seperti imbangan, kontra, harmonis, kepelbagaian dan sebagainya. Sebelum ini murid telah pun membuat aktiviti lukisan kolaj iaitu menampal kertas ke atas kertas lukisan. Objektif Pengajaran Am Diakhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat : 1) menghasilkan karya dengan menggunakan bahan terbuang 2) menggunakan kreativiti dan pengalaman sedia ada murid untuk diaplikasikan pada karya yang mereka hasilkan. 3) mengenali dan mengetahui cara-cara membuat arca. Objektif Pengajaran Khas Diakhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat: 1) menampal kertas keatas permukaan botol dengan teknik yang betul 2) membentuk patung dengan menggunakan bahan terbuang 3) mewarna hasil kerja mereka mengikut minat dan kreativiti mereka. Alat Bantu mengajar/bahan Bantu mengajar Gambar-gambar; atau majalah atau buku; hasil kerja yang sudah dibuat, botol kaca, surat khabar, gam air, gam plastic, gunting, warna poster, kertas A4, berus, palette. Perkembangan /Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pelajaran

ABM/BBM

GURU
Pendahuluan (1 minit) Langkah 1 7 minit Langkah 2 10 minit Langkah 3 9 Minit Penutup 2 minit

MURID

Persediaan Mengajar (Contoh BAHASA MELAYU) Masa: 2.00-2.30 ptg. (30 minit) Darjah: 1A Ramai Murid: 21 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Aspek Bahasa: Kata Nama Am (binatang) Kemahiran Bahasa: mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Objektif: Pada akhir pengajaran murid-murid dapat: i. menamakan keenam-enam binatang dengan betul ii. mengeja dengan betul nama-nama binatang tersebut. iii. menyesuaikan kad-kad gambar dengan perkataan dengan betul iv.mencantumkan potongan kad suku kata bagi membentuk nama binatang yang betul dalam aktiviti berkumpulan yang dikendalikan. Pengetahuan sedia ada. 1. murid-murid sudah mempelajari tajuk golongan kata. 2. murid-murid sudah mengetahui dan mengenali pelbagai jenis binatang & bunyinya bahkan telah biasa melihatnya dalam kehidupan seharian mereka. Butiran perkaedahan: Pendekatan: eklektik Teknik: aktiviti individu, berkumpulan & bersoal jawab Alat Bantu mengajar: i. computer ii. patung mainan iii. gambar-gambar binatang iv. kad-kad perkataan v. kad suku kata (gambar binatang) vi. lampiran latihan kerja Perkembangan /Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pelajaran

ABM/BBM

GURU
Pendahuluan (1 minit) Langkah 1 7 minit Langkah 2 10 minit Langkah 3 9 Minit Penutup 2 minit

MURID

10

You might also like