P. 1
Contoh Jurnal

Contoh Jurnal

|Views: 97|Likes:
Published by Anthony Ugor Nili

More info:

Published by: Anthony Ugor Nili on Aug 29, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2012

pdf

text

original

_____________________________________________________________________________ _

VISI
SMK KEPONG AKAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG BERTARAF DUNIA

MISI
Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan terbilang melalui pendidikan holistik dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
_____________________________________________________________________________ _

Tajuk Kajian :

Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Di Sebuah Sekolah
Oleh : Anthony Ugor Nili _____________________________________________________________________________ _

Unit Penyelidikan Pra-U Sek. Men. Keb. Kepong Jalan FRI, Kepong, 52100 Kuala Lumpur

SELANGOR DARUL EHSAN
1

ABSTRAK Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020. Para murid sekolah dan pelajar universiti dituntut untuk meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar menjelang persaingan abad ke-21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Maka oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi tuntutan Wawasan 2020. Salah satu darinya ialah pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Setelah segala dasar dan perancangan dilaksanakan, pasti ia telah menampakkan output ketika ini. Maka dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau sikap murid tingkatan tiga terhadap penggunaan komputer, tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga, dan tahap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan, 36 orang murid tingkatan tiga yang dikaji menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer, dengan skor min antara 3.00 hingga 4.527. Responden juga memiliki tahap literasi komputer yang sederhana tinggi, dengan nilai skor min antara 2.611 hingga 4.694. Dapatan kajian ini menunjukkan murid tingkatan tiga mulai menggunakan komputer dalam proses pembelajaran masing-masing. 1. Pengenalan Aspek teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat mendominasi semua bidang dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini. Kemudahan capaian internet telah menjadikan semua maklumat, bahan dan hasil penyelidikan mampu dikongsi bersama secara dalam talian (on-line) di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan. Semua peringkat masyarakat yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar university, pekerja syarikat, pengurusan tertinggi korporat, ahli politik, ahli perniagaan, artis, dan sebagainya seharusnya mahir dalam mengapplikasikan kemudahan TMK. Kealpaan dan kelekaan dalam mengharungi kehidupan semasa tanpa kemahiran TMK, hanya akan menyebabkan sesiapa sahaja terpinggir dan tersingkir dalam global village, (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008). Lantaran perkembangan dan kepentingan TMK secara global, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah, dan berusaha menyesuaikan diri dengan arus perubahan persekitaran. Penggunaan TMK di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi telah diperluaskan. Dasar-dasar dan perancangan yang kondusif terhadap perkembangan TMK telah dilancarkan. Ini bermula dengan memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan TMK seperti Perkomputeran dan Teknologi Maklumat untuk murid sekolah menengah, dan juga rancangan penubuhan Sekolah Bestari. Kementerian Pendidikan sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum TMK dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). 2

dan keempat. Namun demikian.Memandangkan kemudahan TMK itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had. tetapi juga memberi impak yang amat mendalam terhadap kaedah pembelajaran bagi seseorang murid. aplikasi grafik dan aplikasi yang menjurus kepada bidang pelajaran mereka. Teknologi TMK juga penting untuk keperluan sosial murid-murid seperti berinteraksi di alam maya. email. iaitu bagaimana cara murid menimba. mengaplikasi dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh. para murid perlu literasi komputer atau “celik komputer”. Dalam erti kata lain. melaksanakan tugasan sekolah. usaha murni kerajaan ini sukar untuk berjaya sekiranya pelaku masyarakat itu sendiri kurang membudayakan sepenuhnya penggunaan komputer dan kemahiran TMK. pertama. Robiah Sidin et al. berkomunikasi dengan berperantaraan komputer. kedua. hamparan elektronik. Antara faktor keperluan memiliki kemahiran komputer ini ialah untuk membantu murid-murid mencari dan memperoleh maklumat dari sumber terbuka tanpa terhad. ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer. wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya itu. dan menganalisis data (Norizan & Mohamed Amin. Arus pemodenan kemahiran TMK ini bukan sahaja menukar secara besar-besaran teknik pengajaran oleh seseorang guru. penciptaan idea kreatif dan mencari maklumat berkaitan bidang pembelajaran diri masing-masing. Dapat kita perhatikan bahawa kerajaan amat memberi tumpuan dan keutamaan terhadap pembentukkan masyarakat yang membudayakan ilmu dan maklumat menerusi penggunaan TMK secara luwes dan menyeluruh. Murid-murid bukan sahaja dituntut untuk memiliki kepintaran dan pengetahuan dari segi penguasaan kandungan mata pelajaran. tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir. Antara kemahiran TMK yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh murid ialah kemahiran asas menggunakan komputer. membantu meningkatkan aktiviti luar darjah atau melaksanakan hobi. browser WWW. membuat persembahan. terdapat empat angkubah yang saling berhubung kait antara satu sama lain bagi memacu pembudayaan TMK dalam kalangan anggota masyarakat iaitu. “Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”. Dalam arus perdana ini.1 Pernyataan Masalah Dalam era globalisasi sekarang. ketiga. (Baharuddin Aris et. salah satu aset yang amat penting dan perlu ada pada seseorang murid. 2001) 3 . dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). tetapi sepatutnya mahir dalam penggunaan teknologi berasaskan komputer. maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini. al. 1. prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi. memproses. 2003). guru dan juga murid harus bersedia terhadap persaingan global TMK yang tiada batas dan sempadan. sikap masyarakat dan murid mestilah positif dan bersedia untuk berubah. kemahiran aplikasi seperti pemprosesan perkataan. (2004) mengatakan.

1. Mengenal pasti sikap murid terhadap penggunaan komputer 2. 1. penolong kanan akademik. Dengan itu. Hasil kajian ini akan menyedarkan guru-guru tentang peluang dan faedah yang diperolehi apabila menggunakan kemudahan komputer dalam proses pengajaran masing-masing.. dan penggunaan teknologi komputer dalam kalangan murid-murid mereka. Dapatan kajian ini juga amat berguna kepada guru-guru mata pelajaran. meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid. dan membina penjanaan budaya pemikiran kritis dan kreatif dalam pemerolehan pembelajaran (Mashitoh Y. maka buta komputer perlulah dihapuskan dalam kalangan murid dan masyarakat amnya kerana ia merupakan komponen utama dalam bidang TMK. 2000). & Maharan M. dan meninjau sejauh mana murid-murid tingkatan tiga mengguna komputer dalam proses pembelajaran mereka.3 Soalan Kajian Soalan-soalan kajian ialah.2 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan untuk.4 Signifikan Kajian Kajian ini penting kepada pihak pentadbir sekolah. 4 . yang terdiri daripada pengetua. dapatan kajian ini membolehkan mereka mengenal pasti tahap literasi. Adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer? 2. pihak pentadbir boleh merangka perancangan yang responsif terhadap budaya penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Penggunaan komputer memudahkan guru-guru melaksanakan tugasan pengajaran dalam kelas. keperluan asas yang perlu dimiliki oleh para murid ialah memiliki pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang memadai bagi membolehkan mereka menikmati dan mempelbagaikan sumber maklumat yang tidak terhad. Meninjau tahap penggunaan komputer dalam aktiviti pembelajaran murid 1. kajian ini diperlukan untuk mengenal pasti sikap murid terhadap penggunaan komputer. Adakah murid tingkatan tiga menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran? 1. Ini kerana. Berasaskan perbahasan tersebut. penolong kanan petang dan ketua-ketua bidang mata pelajaran. penolong kanan hal ehwal murid. penolong kanan tingkatan enam. penolong kanan kokurikulum. disamping berkomunikasi atau berteraksi dengan murid masing-masing.Memandangkan literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era TMK. 1. Apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga? 3. Oleh itu. Meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga 3.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). interaksi – berkemampuan untuk berinteraksi atau mengapplikasikan teknologi komputer. tetapi mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah di sekolah (Rozinah Jamaludin. rancangan TV pendidikan. sistem multimedia digital. kesedaran – menyedari kepentingan dan kepelbagaian kegunaan komputer dalam masyarakat masa kini. secara umumnya literasi komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang sekadarnya perlu ada pada seseorang individu untuk menggunakan applikasi komputer dalam kehidupan seharian. pihak ibu bapa dan penjaga juga memperolehi gambaran sebenar tentang budaya penggunaan komputer dalam kalangan anak masing-masing. pelajar universiti. Aktiviti pengajaran oleh guru tidak hanya berkisar terhadap bahan bantu maujud dalam bilik darjah. tetapi melangkaui sempadan pemikiran murid dengan berbantukan komputer. et. pertama. 1. berbanding corak pengajaran tradisional dalam bilik darjah. Baharuddin Aris. terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan 5 . al (2001) mentakrifkan literasi komputer atau celik komputer melalui tiga konsep iaitu. XVIII. Scott (2006). Di antara perkakasan dan perisian yang dibekalkan ialah komputer dan peranti-perantinya. Pekeliling ini menyatakan KPM teleh membekalkan pelbagai jenis peralatan TMK ke sekolah-sekolah untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Penggunaan komputer menyediakan peluang yang unik dan cabaran menarik terhadap proses pengajaran oleh seseorang guru dan juga aktiviti pembelajaran bagi seseorang murid. guru-guru pelatih. menjelaskan literasi komputer sebagai keupayaan untuk memahami bagaimana sesuatu komputer berfungsi. Literatur Kajian Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang tahap literasi komputer dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan murid-murid sekolah. Penglibatan secara serius pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkenalkan TMK dalam P&P dapat dilihat dengan jelas melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 6/2003: Dasar Pengajaran Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jld. pengetahuan – mempunyai pengetahuan tentang konsep dan senibina sistem sesebuah komputer berfungi. Murid juga tidak lagi hanya mengakses kepada buku teks dan guru-guru sekolah sahaja. melalui pekeliling ini pihak KPM menjelaskan bahawa perisian kursus.Selain itu. Celik komputer akan membantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak. makmal komputer dan pelbagai peralatan TMK wajib digunakan dan dimasukkan dalam Buku Rancangan Mengajar Harian. 2007). dan perisianperisian pendidikan. dan bukannya semata-mata untuk kegunaan berhibur dengan bermain komputer (computer games). Maka.5 Definisi Operasional Kamus Dewan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mentakrifkan Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai menggunakan TMK secara berfikrah. 2. kedua. Selain itu. dan juga guru-guru sekolah. Edisi Keempat mendefinisikan literasi komputer sebagai “tahu menggunakan dan mengendalikan computer”. dan ketiga.

Bajing Angieng (2006). telah membuat kajian terhadap sikap 87 orang guru bahasa Cina terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran 6 . dan yang terendah ialah sekali sahaja dalam tempoh masa tersebut. dapatan kajian juga menunjukkan hanya 40. Dalam konteks pembelajaran. Ianya boleh dilihat dari dua aspek iaitu. penggunaan TMK dalam P&P dapat dikategorikan kepada empat bahagian atau pecahan.53% daripada masa P&P guru-guru menggunakan komputer dan teknologi internet.5% (N=33) responden gagal atau tidak dapat berinteraksi menggunakan komputer walaupun dengan kemahiran yang paling asas. Kajian Norinah juga mendapati sikap para pelajar adalah positif terhadap penggunaan komputer dalam bidang pengajian. Kajian juga mendapati 90. Secara purata.7% (N=43) responden tidak memiliki komputer di rumah. aplikasi dan untuk komunikasi (PPK. Ini kerana komputer amat membantu dalam menyelesaikan tugasan projek atau latihan ilmiah pelajar.27%. manakala sebanyak 88. guru kurang menggunakan prasarana TMK adalah disebabkan kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. membuat kajian mengenai literasi komputer dalam kalangan 324 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya. 38. Kajiannya mendapati. 2001). dan aspek pembelajaran murid.5% (N=43) responden masing-masing tidak pernah menggunakan perkakasan dan aplikasi komputer yang dinyatakan. penerokaan. Secara keseluruhan. di sebuah sekolah bestari di Kuantan. keputusan kajian mendapati tahap literasi komputer yang dimiliki oleh responden adalah rendah. tutorial. penggunaan makmal komputer untuk kegunaan perisian kursus bestari atau melayari internet agak kurang memuaskan. Sarikei. Hasil temubual pengkaji mendapati. Kadar kekerapan penggunaan yang tertinggi ialah 21 kali.4 % responden tidak pernah menggunakan e-mel. telah membuat kajian tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar bandar. Hanya 16 daripada 22 buah kelas yang menggunakan makmal komputer dan menggunakan perisian kursus bestari dan melayari internet.keberkesanan P&P. Mohd Arif & Norsiati (2004). Hanya 24. iaitu sebagai alat. Hasil kajian beliau menunjukkan.7% dan 53. aspek pengajaran guru. Sarawak. mereka masih bersedia untuk menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar. Pendekatan dan syarat asas penggunaan TMK dalam P&P mestilah sesuai dengan kemahiran seseorang guru. Terdapat beberapa kajian yang cuba melihat tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dalam kalangan murid dan juga guru-guru sekolah. Kaedah soal-selidik dan ujian kemahiran secara amali telah digunakan untuk mengumpul data ke atas 43 orang responden dan 8 orang guru yang mengajar tingkatan lima. Pengendalian peralatan TMK sebagai media untuk kegunaan P&P memerlukan masa yang lama.00 sebulan.000.88. Dapatan kajian beliau menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 78. Norinah Mohd Ali (2002). Dan. Tan Lee Fong (2004). tahap literasi komputer para pelajar adalah agak tinggi bagi yang berasal dari ibu-bapa yang berpendapatan tinggi melebihi RM3. Kesedaran tentang kepentingan komputer pula adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 3.56% guru-guru menggunakan makmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan. dan sesuai dengan keperluan murid. telah melakukan kajian terhadap aplikasi TMK dalam P&P dari aspek mata pelajaran Kimia SPM. Walaupun responden mempunyai tahap literasi komputer yang rendah. Kemahiran berinteraksi dengan komputer pula masih rendah di mana seramai 54.

dan menggunakan peratusan untuk mempiawaikan data. Rata-rata guru sudah bersedia menggunakan komputer dalam proses pengajaran masing-masing. kajian ini amat bersesuaian untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap celik komputer dalam kalangan murid tingkatan satu. Proses pengumpulan data telah diselesaikan dalam masa sehari kajian. datadata tersebut telah dikumpul dan maklumat-maklumat tersebut dimasukkan ke dalam komputer 7 . peratusan. sisihan piawai untuk mengukur keserakan data. Agak kurang kajian berkaitan yang meninjau tentang penggunan komputer dalam proses pembelajaran dari sudut perolehan kendiri murid-murid. Statistik deskriptif berbentuk frekuensi. dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakage for The Social Science) versi 13. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berstruktur respon terhad. Bahagian C juga mengandungi 8 item soal selidik yang dibina untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan murid. Bahagian D mempunyai 9 item soal selidik untuk meninjau tahap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran murid.Bahasa Cina. Dan. dan. kebanyakkan guru positif terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dapatan bagi menjawab soalan. iaitu. Responden kajian adalah murid-murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah menengah harian biasa dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. 3. adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer. Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji tentang penggunaan komputer dalam proses P&P bagi murid-murid dan guru-guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Metodologi. Terdapat 37 item soalan yang dipecahkan kepada empat bahagian. adakah murid tingkatan tiga menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran. Pengkaji juga menggesa pihak kerajaan agar dapat menawarkan kursus kemahiran TMK kepada guru-guru sekolah. Selain itu. apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga. iaitu. Instrumen. Kajian beliau mendapati. Kemudian. Bahagian A mengandungi 12 soalan yang bertujuan untuk mengetahui maklumat tentang latar belakang responden.0. min untuk mengukur kecenderungan memusat. Sebanyak 36 borang soal selidik telah diedarkan kepada murid-murid dari beberapa buah kelas tingkatan tiga secara rawak. Selangor Darul Ehsan.1 Prosedur Penganalisaan Data Data yang diperoleh melalui borang soal selidik. dan membekalkan peralatan TMK yang lebih banyak untuk keperluan sekolah. Bahagian C dan Bahagian D. Kajian deskriptif akan menggunakan statistik deskriptif seperti. Bahagian B. dan sejauh manakah mereka menggunakan teknologi komputer dalam proses pembelajaran. Oleh itu. dan Persampelan Kajian Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. 3. Kebanyakkan daripada kajian tersebut meninjau dari sudut penggunaan kemudahan komputer dari aspek pengajaran guru-guru. Bahagian A. Bahagian B mengandungi 8 item soal selidik digunakan untuk meninjau tentang sikap murid terhadap penggunaan komputer.

4 05. Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Latar Belakang Latar Belakang Responden 1.2Tiada 6.1Bebas Kekerapan (N=36) Peratus (100%) 16 20 09 27 33 03 27 09 35 01 04 32 12 24 34 02 25 11 44.1 Ada 8.4 30.0 91. dan pengkaji telah melakukan analisa. memiliki blog.3 66.0 97.6 69. Memiliki Laman Web Peribadi 6. Memiliki Facebook 8. Responden terdiri daripada 36 orang murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah.1Pernah 2. Memiliki Blog Peribadi 7. kebebasan menggunakan komputer di rumah.2Tidak Pernah 3. memiliki facebook.3 75.9 33. Dapatan Kajian Bahagian ini akan memerihalkan tentang dapatan penganalisisan data berkenaan responden melalui set soal selidik yang telah dijalankan.1Ada 3.1 88.2Perempuan 2. kemudahan internet di rumah. 4. Latar belakang responden memaparkan data-data berkaitan dengan taburan responden mengikut kategori jantina.1Ada 6. Jantina 1.1Ada 7.1Lelaki 1. memiliki emel.8 11. maklumat pekerjaan bapa/penjaga. kumpulan etnik dan pendapatan keluarga sebulan. pemilikan komputer.2Tiada 4.2Tiada 7.6 25.7 94.0 25.2 02.4 55.1Ada 5.0 75. Melalui program SPSS dapatan kajian telah diperoleh. Bebas menggunakan komputer di rumah 9.2 Tiada 5. Memiliki Alamat Emel 5.7 08.6 8 .untuk dianalisis melalui program SPSS. kursus komputer. Menghadiri Kursus Komputer 2. Memiliki Internet Di Rumah 4. mencatat keputusan dan membuat ulasan.1Ada 4.2 Tiada 8. memiliki laman web. Memiliki Komputer Di Rumah 3.2 Tiada 9.

1 Kurang RM3.000.6%) bekerja dengan pihak swasta dan 13 orang (36.4%) responden mengaku mereka bebas menggunakan komputer di rumah tanpa kekangan ibu-bapa.000.0%) tidak pernah.1 05.00 12.6 36.0%) adalah etnik Melayu.000. 11 orang (30. Daripada 36 orang responden.2 Cina 11.00 12.7%) responden memiliki komputer di rumah. 16 orang (44.1%) etnik India dan seorang (2.Kumpulan Etnik 11. 9 orang (25. Hampir semua pelajar.00 – RM6.9. Dan.1 Kerajaan 10. 12 orang (33.1%) responden memiliki laman sesawang (website) sendiri.4%) memiliki akaun facebook.6 Merujuk kepada jadual 1.00 12.4%) responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki.0 36.3 05. dan selebihnya tiada.Pendapatan Keluarga Sebulan 12.8 44.0%) pernah mengikuti kursus komputer secara formal. Seramai 25 orang (69.6%) adalah perempuan.001.001. dan 20 orang (55.6%) dalam kalangan keluarga berpendapatan melebihi RM12. iaitu tiga puluh lima orang (97. dan selebihnya tiada.00 sebulan.001. agak mengagumkan apabila terdapat 4 orang (11.1%) bekerja sendiri.4 RM9.2 RM3.4%) mengaku datang dari keluarga berpendapatan kurang dari RM3000. 4 orang (11.00 – RM9.001. Jadual 2: Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer Butiran Sangat Tdk Setuju Kurang Setuju Sederha na Respon Setuju Sangat Setuju Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw 9 . dan 27 orang (75. Terdapat 12 orang (33.1%) etnik Cina.00 sebulan.Pekerjaan Bapa / Penjaga 10. Seramai 33 orang (91.00 12 11 13 18 13 04 01 16 13 02 03 02 33.00 – RM12.4 Lain-lain 12.2Tidak bebas 10.1 50.3 30. 18 orang (50.00 12. Objektif kajian 1 : Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer Bahagian ini ingin mengenalpasti sikap murid terhadap penggunaan komputer.2 Swasta 10.0%) memiliki kemudahan talian internet di rumah.3 India 11.5 Lebih RM12. Daripada 36 orang responden. sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pembelajaran.4 36.000.3 Bekerja sendiri 11. Seramai 27 orang (75.3%) responden yang ibu-bapa mereka bekerja dengan kerajaan.6 08.3 RM6. dan 2 orang responden (5.1 Melayu 11.000.3%) memiliki blog peribadi.2%) memiliki alamat emel sendiri. dan 34 orang (94. Terdapat 16 orang responden (44.8%) lain-lain.1 11. 13 orang (36.1 02.

93 73 1.3 6 3.09 94 1. 7 8. 3 22.3%) mengaku sangat setuju terhadap kenyataan bahawa mereka sangat suka menggunakan komputer.39 39 1.3 5. 4 50 41. Kajian mendapati.6 8. 7 22. dan sisihan piawai 1.6 44.2 8 4.6 02 03 06 02 36 36 36 36 Berdasarkan jadual 2.3 3 0.0 0 3.3 8. 7 8. nilai skor min yang terendah bagi memaparkan sikap murid apabila membuat kerjakerja rumah dengan menggunakan komputer ialah 3.24 21 11. Nilai skor min yang tertinggi bagi menunjukkan betapa sukanya murid menggunakan komputer ialah 4.6 7 4. 7 5. 7 72. 1 13. 8 16. nilai skor min bagi mengambarkan sikap murid terhadap penggunaan komputer ialah antara 3.0000 hingga 4. Manakala. 1 5. 7 16. 2 Bi l 2 1 0 8 0 6 0 6 1 6 1 8 1 5 2 6 36 36 4.11 13 1.26491. 2 16.61 hingga 4. 7 44. dan hanya seorang (2. Dapatan kajian merumuskan bahawa kadar literasi komputer dalam kalangan murid adalah sangat tinggi dengan purata skor min antara 2.69. responden 10 .6 10 14 36 36 2.8 00 8.3 Bi l 0 0 0 6 1 0 0 6 0 3 0 3 0 6 0 3 % 5.5278.3 16. dengan skor min 3. 7 8. Jadual di sebelah memaparkan tahap-tahap literasi komputer dalam kalangan murid.6 Bil 02 16 % 36.8%) responden tidak setuju dengan kenyataan tersebut.0994. 8 38.2%) sangat tidak sabar menggunakan komputer. Seramai 8 (22.26 49 1. dengan sisihan piawai 1.04 62 0.3 Bi l 1 3 0 5 0 6 0 8 1 4 1 2 0 6 0 3 % 58.5278.3 16.1 4 4. Objektif kajian 2 : Tahap literasi komputer dalam kalangan murid. 7 27. 4 27. 9 16.ai % Sangat suka menggunakan komputer Ketagih menggunakan komputer balik sekolah Membuat kerja komputer amat menyeronokkan Bercerita mengenai kecanggihan komputer Suka mempelajari program baru Menggunakan komputer amat mudah / senang Teringin membeli jenama / model baru Sangat suka guru menggunakan komputer 00 2. 3 16. 9 33.5 3 3. dan sisihan piawai 0. 9 5. Seramai 21 (58. 2 38.3611.2 5 3.0000.8 Bi l 0 0 0 1 0 4 0 2 0 1 0 0 0 3 0 2 % 00 16. Ini memberi kesimpulan bahawa majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer.6088. Dapatan kajian menunjukkan responden kajian tidak sabar untuk menggunakan komputer selepas balik dari sekolah.60 88 1.

dan 7 orang (19.7%) sangat mahir. dan sisihan piawai 0. 7 25. 6 36.08.3 Bi l 0 1 0 2 0 0 1 1 1 5 0 9 0 0 0 3 Sederha na Mahir % 22. 2 55. Jadual 3:Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Butiran Sangat Tdk Mahir % Mengoperasikan computer Menamakan fungsi perkakasan computer Menggunakan Perisian Microsoft Word Menggunakan Perisian Microsoft Excel Menggunakan Perisian Microsoft Publisher Menggunakan Perisian Microsoft PowerPoint Kebolehan melayari internet Kebolehan memuat naik / memuat turun bahan dari sumber internet 2.8 6 4.80 62 1. Responden memiliki tahap yang sederhana dalam menggunakan perisian MS Excel dengan nilai min 3. Semua responden mampu menggunakan perisian MS Word untuk menaip nota. tetapi sangat mahir dalam menggunakan perisian MS Word. 1 19.1 9 2.01 73 % 30. 6 30. Antara perisian yang paling dikuasai oleh responden ialah MS Word.3 16. 9 72.kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher. 4 8.01 85 0. Responden agak kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher dengan 11 . dengan nilai min 4. hampir semua responden mampu mengoperasikan komputer tanpa bantuan pihak lain.52 48 1.8062. Seramai 15 orang (41. responden mampu menamakan fungsi perkakasan yang ada pada komputer dengan skor min 3.19.86.0 6 3.8 5. 3 2.8 11. menulis surat dan sebagainya.8 2.8%) mengaku tidak mampu mengoperasikan computer tanpa bantuan pihak ketiga.1667. 6 41.8 00 2. 7 25. dan sisihan piawai 1. Rata-ratanya. 6 36. 7 30. dan sisihan piawai 1.01 26 1.16 67 1.6 1 2. dan hanya 2 orang (2.20 68 0. 7 8. 8 30. 0 19. 1 36.6 9 4.9 7 4.0185.07 64 1. 0 27. 6 Bi l 1 5 1 1 1 3 0 7 0 3 0 5 2 6 2 0 Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw ai 1. dan sisihan piawai 1. 1 11. 1 16. 7 Bil 08 09 10 11 11 12 01 06 Respon Mahir Sangat Mahir % 41.4%) mengaku sangat mahir menggunakan perisian MS Excel. 1 00 00 Bi l 0 1 0 1 0 0 0 1 0 4 0 4 0 0 0 0 Tidak Mahir % 2. 6 33. Seorang responden (2. 2 25. 0 00 8.3 13.0126.6 00 30.8%) tidak boleh menggunakan MS Excel.06.0 8 3.2 2 Berdasarkan jadual 3 di atas. dengan nilai min 4. 4 Bi l 1 1 1 3 1 3 0 6 0 3 0 6 0 9 0 7 36 36 36 36 36 36 36 36 4.8 16.

9 33. 8 61.6%) sangat mahir. dan hanya 3 orang (8.8 Bi l 0 6 0 4 0 3 0 1 Sangat Kerap % 13. 1 8. Dapatan kajian menunjukkan responden mahir dalam melayari internet untuk membaca surat khabar.25. dan hanya 3 orang (8.86 69 0.2 2 1.3%) responden mengaku sederhana mahir menggunakan MS PowerPoint. Seramai 15 orang (41. 7 11. Seramai 12 orang (33. Kajian mendapati penggunaan computer dalam aktiviti pembelajaran murid adalah pada skala sederhana dengan skor min antara 1.61 hingga 4.skor min 2.8 00 2. 3 52.96 44 Ju m Kes Sko r Min Sisih an Piaw ai 12 . Selain itu.9 2 2. Responden juga kurang mahir menggunakan perisian MS PowerPoint dengan nilai min 2. 0 Bi l 0 9 1 0 1 4 0 9 Respon Sederha Kerap na Kerap % 30. dan sisihan piawai 1.611.69 dan sisihan piawai 0. 0 27.0173. untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan pembelajaran mereka. mendapatkan sumber berita.97.2068.6 4 1.0764.2%) mengaku sangat mahir dan hanya seorang (2.22 dan sisihan piawai 1. Objektif kajian 3 : Tahap penggunakan komputer dalam proses pembelajaran murid. Seramai 20 orang (55. mengakses akaun facebook dan sebagainya.5248. dan hanya 5 orang (13.8 Bi l 0 5 0 1 0 0 0 1 36 36 36 36 2. Seramai 26 orang (72.8%) yang sederhana mahir melakukannya. 6 25.12 41 0.7%) tidak mahir. 0 00 8. Responden sangat jarang menggunakan perisian MS PowerPoint dan MS Publisher dalam proses pembelajaran.6 1 1. Google dan sebagainya. dengan nilai min 4. 1 Bi l 0 5 1 2 1 9 2 2 Jarangjarang % 25. responden kajian juga mahir dalam aktiviti memuat turun dan memuat naik bahan dari sumber internet. dengan skor min 4.9%) yang sangat mahir menggunakannya.3%) yang tidak mahir memuat tutun – memuat naik bahan dari sumber internet. Namun demikian.3 Bil 11 09 00 03 % 16. Jadual 4:Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Pembelajaran Butiran Tidak Pernah % Menggunakan perisian Microsoft Word Menggunakan perisian Microsoft Excel Menggunakan perisian Microsoft PowerPoint Menggunakan perisian Microsoft 13. dan sisihan piawai 1.25 07 1.3%) responden yang mahir menggunakan perisian MS Publisher. 9 2. responden kajian sangat kerap melayari internet dengan enjin carian Yahoo. 9 25. 8 38.3 2.

Seramai 17 orang (47.3 2 0 0 5 0 5 1 5 0 3 36 36 36 36 4.3%) tidak pernah menggunakan MS Excel. 0 16. kamus dll Melayari Portal.1829. kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk melayari laman MySchoolNet. 13 . 7 8. dengan nilai min 3. Seramai 15 orang (41. Seramai 19 orang (52.Publisher Melayari website. dan seumpamanya adalah pada tahap yang agak membanggakan. membuat latihan. 2 30.2%) mengaku pernah melakukannya. Portal Pendidikan Utusan Melayu. 2 16. dengan nilai min 1. dan sisihan piawai 1.7 2 2. 9 13. Kekerapan responden melayari Wikipedia. mengaku tidak pernah. 6 13. dan hanya 3 orang (8. dan hanya seorang (2.25. dan menjadi pelanggan tetap laman sesawang tersebut. dan hanya seorang sahaja (2. 9 13. MySchoolNet. dan sisihan piawai 1.9 7 3.8 5.3732. dan buku elektronik untuk tujuan pembelajaran adalah pada skala sederhana.com.93 73 1.1%) tidak pernah menggunakan perisian ini.97. 9 16. Dapatan kajian di atas.8%) pula. Selain itu. dengan skor min 4.9644.2 5 2. 7 22. dan sisihan piawai 0.9373.46 60 1. dll 00 30.3%) sangat kerap.6 7 2. 7 16. 7 47. tetapi agak jarang. 2 22.18 29 1. majalah dan maklumat-maklumat pembelajaran secara dalam talian (online) adalah pada kadar sederhana.7%) mengaku sangat kerap melayari Wikipedia dan yang seumpama.47. Google. memaparkan bahawa murid tingkatan tiga ini jarang menggunakan perisian MS Excel dalam aktiviti pembelajaran. Responden juga sangat kurang menggunakan perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran. dan sisihan piawai 1. Yahoo dll Menghantar dan menerima emel Membaca akhbar / majalah secara online Melayari Wikipedia. 7 09 06 05 05 16. dan hanya 2 orang (5.8%) yang jarang-jarang melakukannya.6%) tidak pernah melakukannya.4 7 0.2507. Seramai 12 orang (33.1241.2980.8%) yang sangat kerap menggunakannya. dan hanya seorang (2. 7 0 6 0 8 0 8 0 6 0 6 55. 6 2. dengan skor min 2.67. dan mengarang esei adalah pada skala sederhana dengan skor min 2. Seramai 22 orang (61.29 80 27. dengan nilai min 2.6 0 0 1 1 0 1 0 2 1 0 2. kamus. dengan skor min 2. Seramai 3 orang (8. Seramai 5 orang murid (13. rata-rata responden menyatakan kerap melayari internet. dan sisihan piawai 1. dan 5 orang (13. tahap penggunaan perisian MS Word untuk kegunaan menaip nota. dan maklumat pembelajaran.6%) mengaku sangat kerap melayari laman sesawang (website).8%) tidak pernah menggunakan perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran.61. Yahoo dan Google untuk mencari bahan.92.9%) pula mengaku tidak pernah. Dapatan kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk membaca akhbar. Walau bagaimanapun. direktori. 8 06 36 Rajah 4 di atas memaparkan tahap penggunaan computer dalam proses pembelajaran murid.8%) mengaku kerap menggunakannnya. 7 13. 2 22. Seramai 20 orang (55.8 16. 9 41. Perisian MS Publisher adalah yang paling kurang digunakan oleh responden dalam proses pembelajaran. dan 10 orang (27. 6 0 1 0 6 1 7 0 8 1 1 25. dan sisihan piawai 0.22. dan sisihan piawai 1.37 32 1.9%) sangat kerap menggunakan perisian MS Word dalam proses pembelajaran. ScoreA. direktori. Merujuk kepada rajah di atas.3%) mengaku agak kerap menggunakannya.

daripada data-data kajian yang diperolehi. seramai 33 orang (91.0%) responden pernah menghadiri kursus kemahiran komputer secara formal. dengan skor min antara 2. Dan. membina jadual.25). responden sangat kerap melayari internet untuk tujuan mencari bahan dan maklumat pembelajaran (skor min 4.0000 hingga 4. Ini adalah kerana. Perbincangan Dan Rumusan Berdasarkan dapatan kajian dari jadual 1. membuat laporan. Kemahiran ini amat berguna kepada seseorang pelajar untuk menerokai dunia pendidikan tanpa sempadan secara kendiri. Ini mengambarkan tahap kesedaran dan penerimaan keluarga responden terhadap penggunaan komputer adalah amat tinggi. Dalam era globalisasi tanpa sempadan. Sekiranya berkenaan. berdasarkan jadual 3 majoriti responden adalah literasi komputer. dan ini amat memadai untuk mereka melakukan kerja-kerja sekolah seperti menaip karangan. Kemahiran responden menguasai asas teknologi komputer sepatutnya digunakan semaksimum mungkin oleh pihak keluarga. responden sudah mula membudayakan teknologi komputer dalam proses pembelajaran mereka.694) dengan menggunakan enjin carian Google.61 hingga 4. hanya 9 orang (25. dan juga menjadi pemangkin kepada pembangunan persekitaran pembelajaran bagi seseorang pelajar.5. bahkan juga para pelajar dari negaranegara lain.3%) yang tiada komputer di rumah.611 hingga 4. Walau bagaimanapun. Dapatan kajian mengambarkan bahawa. Ini memudahkan responden menerokai maklumat tentang pembelajaran. terdapat ruang dan peluang kepada guru-guru menggunakan teknologi komputer sebagai bahan bantu mengajar di sekolah.64). 14 . dan juga pihak sekolah dalam memartabatkan budaya penerokaan ilmu pengetahuan.694. Selain itu. Responden sangat mahir menggunakan perisian MS Word (skor min 4. dan hanya 3 orang (8. hampir semua (97.7%) responden memiliki komputer. dan sebagainya.08). para pelajar seharusnya sudah memperoleh ilmu dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan pelajar dari sekolah-sekolah lain.61) dan MS PowerPoint (skor min 1. dan memiliki kemahiran yang mencukupi untuk mengendalikan dan menggunakan komputer. Kajian juga mendapati nilai skor min bagi mengambarkan sikap murid terhadap penggunaan komputer ialah antara 3.25. penggunaan perisian-perisian tersebut adalah kurang digunakan. Antara perisian yang kurang digunakan oleh responden ialah MS Publisher (skor min 1. Seramai 25 orang (69. Situasi ini kondusif kepada penambahbaikan pedagogi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun. Responden amat menyukai persekitaran pembelajaran yang menggunakan kemudahan teknologi perkomputeran. peringkat persekolahan seperti mereka (tigkatan 3). responden juga sangat mahir dalam aktiviti melayari internet (skor min 4. dan setiap panitia mata pelajaran dibekalkan sekurang-kurangnya satu computer riba (notebook). setiap kelas seharusnya dibekalkan kemudahan LCD. pihak sekolah juga perlu menambahkan prasarana kemudahan komputer di sekolah. Ini memberi kesimpulan bahawa majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer.5278. Selain itu.2%) responden memiliki alamat emel. Kajian mendapati. Ini memberi gambaran bahawa.4%) responden menyatakan mereka bebas menggunakan komputer di rumah tanpa ‘pengawasan’ daripada ibu-bapa. responden menggunakan kemudahan teknologi komputer dalam proses pembelajaran adalah pada tahap sederhana dengan nilai min antara 1. Yahoo dan sebagainya.

Kemahiran berkomunikasi dan menggunakan komputer.bernama. pantas dan cepat. Edisi Kedua. ekonomi dan ketenteraan. Tanjong Malim.Peranan dan kepentingan teknologi komputer zaman millenium ini tidak dapat dinafikan. Usaha Kementerian Pelajaran membudayakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga Dalam talian http://www. Dengan kemudahan komputer. Perak: Quantum Books. (2008). (2007). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.com.my/bernama/v3/bm/news_lite. BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. Negara Malaysia adalah merupakan kategori negara membangun yang mempunyai pengguna internet yang ramai dalam kalangan penduduknya. pelajar boleh mengakses apa jua maklumat dari sumber seluruh pelosok dunia tanpa sempadan. Di mana-mana telah dibahas. diperdebat dan diseminarkan peri kepentingan bidang perkomputeran. mesti berjaya menyematkan ilmu dan kemahiran berasaskan komputer dalam kalangan pelajarnya. Mana-mana negara yang ingin menjadi negara perindustrian yang maju dan kuat dari segi sains. memungkinkan seseorang pelajar melaksanakan amanahnya dengan lebih cepat.php?id=259276 Diaskes pada 10 September 2009 15 . politik. Ahamad Sipon.

Kuala Lumpur.geocities.com/seminarrnd2006/KertasKerja_Word/14_Bajing_Angieng. 9 – 11 November 2006). & Jamalludin H. Kajian Mengenai Literasi Komputer di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya.. (2006). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains.. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Kuala 16 .Ed. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. Mohd Azul & Norizan A. Fakulti Pendidikan. Sekolah bestari: Menangani pembinaan budaya ilmu berfikir secara kritis dan kreatif. Kamus Dewan. Universiti Malaya) Norinah Mohd Ali. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.gov. www. & Maharam M. (2010).. Edisi Keempat. Universiti Malaya Baharuddin Aris & Mohammad Bilal A. (Sumber: Jurnal Pendidikan. 24 November 2000 Nik Hairi Omar. Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. & Zaidatun T. (2006). Rozainee K. & Ravichndran V. (2006). 14-16 September 2003 Norizan Abdul Razak. Institut Perguruan Rajang. (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia. Dissertation (M.aspx Diakses pada 1 September 2009 Mashitoh Yaacob. Kaedah dan Penyelidikan.Ec. Bangi. (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. Kuala Lumpur: Venton Publishing Bajing Angieng. Pembudayaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Kalangan Murid Tingkatan Enam. Sarawak. Sistem Komputer & Aplikasiny. Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Putrajaya. Bhd. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dalam Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning. anjuran FTSM UKM. Penilaian Kecekapan Teknologi Komunikasi Maklumat (TKM) Dalam Kalangan Pelajar Sains Sosial. Piawaian kemahiran ICT untuk pelajar UKM. Bintangor.doc Chua Yan Piaw. Kemahiran Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Sekolah Menengah. (2001). (Sumber : Seminar Penyelidikan Pendidikan. Dalam talian http://sbmb. (2006).).dbp. Universiti Malaya Norizan Abdul Razak. Selangor. (2001). Sarawak. Sarikei.Anthony Ugor Nili. R. Kertas kerja Bengkel Piawai Kemahiran ICT UKM. Dissertation (M. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Norizan Abdul Razak...). (2002).my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp. Bangi. Tahap literasi komputer pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah luar Bandar. & Mohamed Amin Embi (2003).

SOURCE: Persidangan Kebangsaan Sains. (2004).mcmc. paper 50 (19p). Pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Kalangan Pelajar: Ke Arah Mengurangkan Jurang Pendidikan. Kepong. Dissertation (M. Universiti Malaya Unit Penyelidikan Dan Kolokium Tingkatan Enam SMK Kepong.Lumpur Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2004). Diakses pada 13 September 2009 Dalam talian http://www.gov. Teknologi dan Masyarakat (10-11 Disember 2004: Kuala Lumpur): vol.my Tan Lee Foong. Fakulti Pendidikan. Internet Dalam Pendidikan.Ed. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia Sajap Maswan. Institut Perguruan Tuanku Bainun. 52100 Kuala Lumpur SELANGOR DARUL EHSAN 17 . (2007).sajadstudio.).info/sumber.htm Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pembudayaan ICT IPTB.(2009). Rozinah Jamaludin. Jln FRI. Jabatan Teknologi Pendidikan. Dalam talian hhtp://www. Sikap Guru Bahasa Cina Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina. 3.

Setuju 5. Saya sangat suka menggunakan komputer 18 . 6. BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN 1.000. Sila tanda dan bulatkan manamana jawapan yang sesuai bagi setiap soalan yang berkaitan dengan jujur dan tepat. Sangat tidak setuju 2. 2. Sederhana 4. 4. Pendapatan Keluarga Sebulan ] India RM12. 7.00 RM12.001.00 [ ] RM3.00 ] Kurang RM3.001. Kumpulan Etnik 12.000. Kurang setuju 3. Jantina Menghadiri kursus komputer Memiliki komputer di rumah Memiliki kemudahan internet di rumah Memiliki alamat e-mail sendiri Memiliki laman web sendiri (web-site) Memiliki blog peribadi Memiliki Akaun Facebook Bebas menggunakan komputer di rumah [ [ ] Kerajaan ] Melayu [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ ] Lelaki ] Pernah ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Ada ] Bebas [ ] Swasta ] Cina [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ [ ] Perempuan ] Tidak pernah ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tiada ] Tidak bebas ] Bekerja Sendiri [ ] Lain-lain 10. Kerjasama semua murid amatlah dihargai dan disertai dengan jutaan ucapan terima kasih. dan jangan biarkan soalan tiada jawapan.00 [ ] RM9. 8. Segala maklumat adalah rahsia dan kajian ini hanya bertujuan untuk kajian akademik semata-mata.BORANG SOAL SELIDIK Soal selidik ini adalah kajian ilmiah yang ingin mengkaji tentang Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Di Sebuah Sekolah.000. 5.00 – 9.001. 9.00 – RM6. Sangat setuju TAHAP Bulatkan 1 2 3 4 5 PERKARA Jawab soalan berikut mengikut pendapat anda sendiri 1.000. Sila jawab semua soalan.001.00 [ ] RM6.00 – [ ] Lebih BAHAGIAN B : SIKAP MURID TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER 1. 3. Pekerjaan bapa/penjaga 11.

papan monitor. contohnya skrin. contohnya memulakan dan menutup sistem komputer. katalog. Tidak mahir 3. 1. Membuat kerja-kerja rumah dengan menggunakan komputer amat menyeronokkan bagi saya 4. Melayari internet untuk membaca surat khabar. Mahir 5. sekiranya keluarga berkemampuan 8. senang dan tidak mengelirukan 7. kepala surat dan sebagainya 6. membuat jadual dan sebagainya 4. dan pengimbas (scanner) 3. tetikus. Mengoperasikan komputer. anggaran perbelanjaan kewangan. Menggunakan perisian Microsoft Office Word untuk menaip nota. Tidak pernah PERKARA 19 2.2. dokumen. Saya sangat suka sekiranya guru-guru sekolah menggunakan teknologi komputer dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 BAHAGIAN C : TAHAP LITERASI KOMPUTER DALAM KALANGAN MURID 1. Sederhana kerap 4. pamphlet. dan sebagainya 8. Menggunakan perisian Microsoft Office Publisher untuk membuat kad jemputan. dan menyambungkan kabel ke setiap perkakasan komputer 2. info laporan sukan. Menggunakan komputer amat mudah. hardisk. saya tidak sabar untuk membuka dan menggunakan komputer 3. Balik dari sekolah. dan sebagainya 5. pencetak (printer). Sangat kerap TAHAP . Sangat tidak mahir 2. Saya sangat seronok bercerita mengenai kemudahan dan keupayaan komputer dengan kawan-kawan di sekolah 5. Jarang-jarang 3. Saya sangat suka mempelajari dan menggunakan program-program komputer (applikasi) yang baru jika ada peluang 6. lagu. Kerap 5. dan video dari sumber internet BAHAGIAN D : TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES PEMBELAJARAN 1. Sederhana mahir 4. Saya sentiasa ingin membeli jenama komputer yang terkenal dan model yang terkini. Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint untuk membuat ‘slide’ persembahan (presentation) 7. Sangat mahir TAHAP Bulatkan 1 2 3 4 5 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 PERKARA Saya boleh / mengenal pasti / memulakan / menggunakan ……………. memperoleh maklumat syarikat. Menggunakan kemudahan komputer untuk memuat naik (upload) dan memuat turun (download) maklumat. Menggunakan perisian Microsoft Office Excel untuk membina jadual. atau setelah selesai melakukan sesuatu. Menamakan dan menyatakan fungsi perkasasan komputer. menggunakan facebook.

1. enjin carian Google atau Yahoo untuk mencari maklumat tambahan berkaitan isi / konsep mata pelajaran 6. nota. latihan. kad dan sebagainya 5. Membaca surat khabar. Menggunakan perisian persembahan multimedia seperti Microsoft PowerPoint untuk tugasan pembentangan dalam bilik darjah 4. majalah akademik dan buku-buku secara on-line (dalam talian) untuk tujuan pembelajaran 8.. kamus. saya menggunakan komputer dengan tujuan berikut ……. Mendapatkan maklumat melalui internet tentang pembelajaran dari sumber ensaiklopedia. buletin.Dalam bidang pembelajaran. MySchoolNet atau seumpamanya untuk tujuan tutorial / latih tubi dll Bulatkan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 3 4 5 TERIMA KASIH 20 . pamphlet.…. katalog. Menghantar / menerima e-mel daripada rakan-rakan sekolah atau guru-guru berkaitan dengan pelajaran 7. Wikipedia. buku elektronik dll 9. Menggunakan perisian seperti Microsoft Word untuk menaip surat. Menggunakan perisian hamparan elektronik (spread-sheet) seperti Microsoft Excel untuk menyiapkan tugasan sekolah 3. Melayari laman web (www). Melayari Portal Pendidikan Utusan Melayu. direktori. Menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk membuat majalah sekolah. projek sekolah dan dokumen-dokumen lain berkaitan pembelajaran 2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->