Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya

Maksud Rangkap 1 : Di sebuah ibu kota yang sedang membangun, terdapat sebuah pokok beringin yang berusia ratusan tahun. Pokok beringin tersebut telah memberikan banyak kepentingan sebagai habitat fauna dan tempat bermain kanak-kanak. : Pada suatu pagi, pokok beringin tua tersebut telah ditebang oleh pembangun dengan menggunakan gergaji besi. : Kini, pokok beringin tersebut sudah tiada lagi meninggalkan setiap pihak yang sering menemaninya. : Pokok beringin tersebut meluahkan perasaannya yang dirasakan tidak diperlukan lagi disebabkan kerancakan pembangunan.

Rangkap 2

Rangkap 3

Rangkap 4

Jenis Balada Tema Kemusnahan fauna yang disebabkan pembangunan manusia Persolaan 1. Kepentingan fauna terhadap alam semula jadi dan manusia 2. Sikap manusia yang memusnahkan fauna tanpa memikirkan implikasi. Nada Melankolik Bentuk Bebas Gaya Bahasa 1. Perlambangan – rangkap 2, baris 1 – “hitam” – melambangkan malang yang akan menimpa pokok beringin tersebut pada hari itu. 2. Anafora – rangkap 3, baris 3-7 – “selamat tinggal” 3. Hiperbola – rangkap 1, baris 4 – “memayungi bumi” (tidak mungkin dapat memayungi seluruh bumi). 4. Personifikasi – rangkap 1, baris 2 – “di sebuah ibu kota yang setengah muda” – memberikan sifat manusia (muda) kepada ibu kota 5. Personifikasi – tajuk – “terbunuhnya beringin tua” – memberikan sifat manusia (terbunuh) kepada beringin tua 6. Personifikasi – rangkap 3, baris 2 – “beringin mengucapkan pesan” – memberikan sifat manusia (mengucapkan pesan) kepada pokok beringin. 7. Asonansi – pengulangan vocal “A” – rangkap 3, baris 1.

8. Aliterasi – pengulangan konsonan “m” – rangkap 1, baris 4. Amanat Penyajak 1. Manusia hendaklah merancang pembangunan dengan baik agar alam sekitar tidak terjejas dengan aktiviti manusia 2. Manusia hendaklah mengambil berat tentang kepentingan alam semula jadi agar boleh dinikmati generasi hadapan. Nota Tambahan 1. Pokok beringin dipilih Usman Awang dalam sajak ini kerana Kuala Lumpur mempunyai banyak pokok beringin di kota tersebut. 2. Usman Awang ialah seorang yang amat mencintai alam sekitar. TAMAT Kalau kurang tolong tambahkan. Minta maaf atas kekurangan. Boleh call. – AFIF

Mata Ayah

Jenis Elergi- sajak sedih yang meluahkan pengorbanan insan yang dikasihi

Tema cinta- kasih sayang seorang ayah terhadap anak

Nada Melankolik -Ungkapan yang mendayu-dayu untuk menunjukkan kerinduan anak dan ayah

Teknik 4 untai serangkap- Quatrain

Skema rima bebas Maksud Menggambarkan penderitaan seorang ayah yang cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan anaknya. Anak yang baru pulang ke kampung disambut dengan penuh mesra dan kasih sayang. Penyajak merasa sayu melihatkan perubahan yang berlaku pada ayahnya yang kelihatan semakin tua tetapi masih tersenyum dan tenang kerana penderitaan tersebut sudah sebati dalam hidupnya

Stanza 1

Ketika penulis ingin menyalami ayahnya, jelas terasa kekerasan tangan ayahnya kerana sudah terlalu banyak kerja yang dilakukan Interaksi mata antara ayah dan anak jelas memaparkan kemesraan antara mereka

Stanza 2  Mata ayah yang menatap mata penulis menggambarkan keletihan yang dialami setelah penat memendam perasaan penat dan lelah

Stanza 3    Ayah masih tetap mencari rezeki dengan bekerja sebagai petani Ayah menyediakan beras baru untuk anak yang baru pulang Ayah masih mahu tersenyum demi menyembunyi penderitaan yang dialami daripada anak

Stanza 4  Anak yang pulang di sisi ayahnya adalah penulis sendiri yang merakan penderitaan seorang ayah Ayah berpegang teguh dengan prinsip keagamaan Ayah tidak merasa derita kerana derita tersebut adalah ayah sendiri

 

Persoalan 1. Tanggungjawab seorang anak terhadap ayahnya (S1) 2. Kegigihan dan ketabahan seorang ayah dalam membesarkan anak-anaknya (S2)

3. Tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya (S3) 4. Kasih sayang antara anak dan bapa (S1-4)

Sikap Pengarang 1. Sedih dengan penderitaan yang dialami oleh bapa dalam menjalankan tanggungjawab (S2) 2. prihatin terhadap masalah yang dialami masyarakat yang kurang berkemampuan (S2) 3. Bersyukur dengan apa yang dimiliki

Amanat Pengarang 1. Anak-anak hendaklah menghargai pengorbanan kedua ibu bapa (S4) 2. Anak-anak hendaklah kerap menziarahi ibu bapa terutama ketika mereka di usia senja(S1) 3. Penderitaan yang dialami oleh ayah tidak terungkap dengan kata-kata, oleh itu anak-anak hendaklah berusaha menjaga mereka(S2) 4.. Prihatin dengan masalah segelintir masyarakt terutamanya masyarakt yang kurang berkemampuan (S2)

Gaya Bahasa Personifikasi      Mataku tersenyum (S1:B3) Matanya menyapa (S1:B3) Garis-garis putih lesu (S2:B3) Matanya masih ramah (S3: B1) Kelibat senyum matanya (S3:B1)

Metafora Kolam-kolam derita (S2:B2)

Simile  Bagai dalam suratnya (S3:B1-3)

Asonansi  Bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang (a)

Aliterasi  Mataku tersenyum matanya menyapa (m)

Simbolik  Beras baru (S3: B4)

SALAM BENUA
1970
[A] DEFINISI SAJAK Stanza 1 ‘Mereka’ merujuk kepada kuasa–kuasa besar yang diketuai oleh Amerika. ‘Mereka’ menggunakan undang–undang untuk menindas rakyat-rakyat di negara kecil. Rakyat ditindas dan terpaksa mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Stanza 2 ‘Saudara’ bermaksud rakyat di negara yang ditindas kerana pemimpin mereka mengamalkan rasuah (dollar) dan pemimpin tidak sanggup susah payah dengan rakyat. Rakyat yang ditindas memilih untuk memerangi pemimpin negara kerana mahu mempertahankan negara sendiri.

Stanza 3 Gambaran kesan daripada peperangan iaitu kebuluran dan kematian. Anak-anak kecil tidak diberi didikan sempurna. Mereka dilatih untuk memegang senapang. Terdapat juga rakyat yang ditangkap kerana kuasa besar (pembebasan palastine).

Stanza 4 Kehidupan rakyat mula membangun. Mereka memulakan kehidupan baru secara perlahan-lahan dan menjadikan sejarah lampau sebagai pengajaran untuk meneruskan kehidupan yang baru. Rakyat juga mengambil iktibar daripada kisah penderitaan negara yang ditindas. Peristiwa 13 Mei 1969 dijadikan pengajaran serta rakyat menjadi lebih sensitif dengan isu perkauman.

Stanza 5 Baris ayat yang pendek-pendek menunjukkan unsur-unsur penegasan dan kesan yang mendalam. Pengarang juga ingin menghulurkan salam pengenalan kepada sesiapa tanpa mengira negara, status dan bangsa. Pengarang ingin rakyat seluruh dunia hidup bersatu padu dalam suasana aman dan makmur.

[B] TEMA – PERSOALAN MASYARAKAT 1. Kedamaian sejagat hanya mampu dicapai sekiranya kuasa besar tidak bersengketa antara satu sama lain. 2. Mengetengahkan keamanan sejagat tanpa mengira kaum , fahaman , ideologi dan warna kulit.

[C] PERSOALAN MASYARAKAT 1. Penyalahgunaan kuasa oleh orang-orang atasan. 2. Penindasan orang yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. 3. Sikap pemimpin yang mementingkan diri kerana tidak mahu bersusah bersama rakyat dengan menerima rasuah. 4. Keberanian anak-anak kecil bertindak mempertahankan negara.

[D] JENIS SAJAK : EPIGRAM 1. Sindiran atau kecaman terhadap negara-negara ( G5 ) yang melakukan kekejaman. 2. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

[E] NADA : SINIS 1. Pengarang berasa tidak puas hati dengan perlakuan penindasan oleh negara-negara berpengaruh. 2. Ingin kedamaian dan keharmonian antara satu sama lain.

[F] SKEMA RIMA Setiap stanza mempunyai rima BEBAS.

[G] BENTUK SAJAK Bentuk BEBAS

1. Terdiri daripada 5 stanza 2. Setiap stanza mempunyai bilangan baris yang berbeza 3. Stanza 4 mempunyai bilangan baris terbanyak iaitu sebanyak 10 baris 4. Stanza 2 dan 5 mempunyai bilangan baris yang paling sedikit iaitu sebanyak 6 baris

[H] UNSUR BUNYI 1. ASONANSI: pengulangan vokal ▫ S1 B2: “pasport visa wilayah segala tembok nama”

2. ALITERASI: pengulangan konsonan ▫ ▫ ▫ ▫ S2 B2: “banyak pemimpin memilih dollarnya” S3 B2: “menjadikannya minuman makanan” S3 B4: “anak-anak kecil menyandang senapang” S4 B8: “kami memampatkan gerhana bulan mei”

[I] GAYA BAHASA

1. SIMBOLISME: ▫ ▫ ▫ ▫ S1 B3: ‘mereka’ melambangkan kuasa besar S1 B4: ‘peluru’ melambangkan penjajahan S2 B1: ‘saudara’ melambangkan rakyat yang ditindas S4 B1: ‘kami’ melambangkan semua masyarakat

2. HIPERBOLA: Unsur yang melampau ▫ ▫ ▫ S2 B4: “rumput-rumput sungai merah” S3 B1: “saudara memerah kaktus melumat batu” S3 B5: “saudara menghitamkan langit menyelubungi”

3. EUFEMISME: ▫ ▫ S3 B7: “setengahnya menyanyi di penjara” S3 B3: “gadis-gadis bekerja debu pasir dandannya”

4. RESPONSI: Pengulangan perkataan di tengah baris ▫ S4 B6-7: “dari tiap pengalaman saudara dan pengalaman sendiri”

5. BAHASA ASING: ▫ S2 B2: ‘dollarnya’

6. PERSONIFIKASI: Unsur yang digunakan untuk memberi sifat manusia kepada sesuatu benda tidak bernyawa ▫ S4 B4: “ketenangan yang di belakangnya memangkas kami”

7. LITOTES: Perkataan yang menunjukkan kesederhanaan ▫ S4 B1: “Kami bertatih di sawah semakin kering”

[J] SIKAP PENGARANG (SIKAP USMAN AWANG TERHADAP PUISI SALAM BENUA)

1. Penggunaan gaya bahasa dalam Salam Benua memberikan rentak tertentu dan teratur yang akhirnya mencipta suatu irama yang stabil dan berulang-ulang. - (Pengulangan perkataan ‘saudara’ dalam S2, S3, S4)

2. Sajak-sajak beliau pada era 70-an semakin stabil dan mantap serta dihalusi lagipada tahun-tahun 80-an dan 90-an melalui eksperimen-eksperimen hingga menyeberang masuk ke dunia prosa naratif dan hampir memutuskan hubungan dengan konsep puisi tradisional yang lebih mendekati lagu. * Eksperimen : Penyesuaian bentuk dan gaya Melayu dalam puisi mengikut zaman yang dilakukan secara separuh sedar dan spontan

3. Morfologi puisi-puisi Usman Awang mengikut era: 40-an → 50-an : memaparkan gaya bahasa pantun (menepati ciri puisi Melayu tradisional) 50-an → 60-an : memaparkan bahasa lembut & romantik, bahasa bersahaja dan sinis (menepati ciri kontemporari zaman) 60-an → 70-an : memaparkan kebergantungan kepada prosa naratif (hampir terpesong daripada ciri puisi Melayu tradisional)

4. Memandangkan sajak Salam Benua merupakan sajak pada era 70-an, terdapat semangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan yang konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dalam penulisan sajak ini.

5. Sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berkefahaman sosialis, sajak ini bertujuan untuk mengetengahkan isu kedamaian dan kesepaduan dalam kalangan masyarakat sarwajagat yang berbeza latar belakang.

[K] AMANAT PENGARANG 1. Kita hendaklah berlaku adil apabila melaksanakan tugas sebagai pemimpin. 2. Kita haruslah bersatu-padu dan mengeratkan hubungan tanpa mengira status. 3. Mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa terdahulu dan membaiki taraf hidup. 4. Kita mestilah menegakkan kebenaran dan memerangi sistem pemerintahan yang sonsang daripada yang hak.

[L] RUJUKAN 1. http://www.scribd.com/doc/53728839/Gaya-Bahasa-Sajak-Usman-Awang 2. http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=720&IID=

KEHILANGAN NAMA OLEH : NAZURAH DAN AMALIA

Nada : Sinis Jenis : Satira Bentuk : Bebas Skima rima : Bebas

Stanza 1

   

Menggambarkan orang yang tidak berjawatan, tidak bernama akan ditangkap kalau cuba untuk membangkang politik Rumah mereka juga akan dirobohkan Kalau tidak isi borang, tanah juga akan dirampas Bahasa ibunda harus dikorbankan dan perlu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Stanza 2

 

Keistimewaan orang yang berjawatan iaitu mereka boleh bersuara kerana mempunyai kuasa dan diberikan layanan berbeza oleh pemimpin Residensi : Perlambangan perbezaan tempat tinggal antara orang yang bernama dengan tidak bernama

Stanza 3

Seorang rakyat biasa tidak berkuasa mempersoalkan kemerdekaan, pemilikan ladang dan lainlain kerana semuanya milik Inggeris.

Bangunan-bangunan besar pula milik bangsa Cina

Stanza 4

    

Rakyat yang tidak berjawatan akan terus tinggal di pondok buruk Mereka akan hanya terus menanam padi sebagai mata pencarian utama mereka. Sekiranya ada pekerjaan lain sekalipun, hanyalah sebagai budak suruhan Pandangan sinis penyajak kepada bangsa lain yang tinggal di Malaysia, iaitu tanak milik bangsa Melayu sahaja sebenanrnya. Penyajak ingin menimbulkan isu pecah dan perintah yang menyebabkan perpecahan bangsa di Malaysia.

Stanza 5  Penyajak menyimpulkan bahawa keadaan yang berlaku di Tanah Melayu tersebut telah menyebabkan mereka kehilangan hak. Hal ini juga adalah kerana mereka termakan dengan segala perjanjian pihak pemerintah.

Tema masyarakat : Kehilangan hak penduduk di negara sendiri

Persoalan  Perbandingan layanan golongan atasan dengan bawahan(S2,S4)

Penduduk Tanah Melayu yang kehilangan hak bersuara

 Sikap

Semangat cintakan tanah air

Perasaan sinis terhadap kuasa asing dan pemimpin Malaysia pada ketika itu

Amanat

Penyajak menyarankan bahawa anak-anak dihantar ke sekolah kebangsaan bagi mendapat pendidikan sempurna.

Penyajak ingin menekankan supaya penduduk Malaysia bangkit menegakkan hak mereka.

Gaya bahasa

Perlambangan -Pondokmu : rumah orang yang tidak berjawatan -Residensi : rumah orang yang bernama dan berpangkat

Perulangan -Anafora : Jangan.... (S3) -Repetisi : boleh…boleh (S2)

Sinkof : pondokmu, kau

Asonansi -Pengulangan huruf „i‟ (S2,B3)

-Pengulangan huruf „a‟ (S2,B1)

Aliterasi -Pengulangan huruf „n‟ (S3,B3) -Pengulangan huruf „b‟ (S2, B2)

Nota Sajak Kemanusian tulisan Usman Awang (1963)

Jenis sajak: Satira Nada sajak: Sinis Bentuk sajak: Bebas (6 stanza)

Maksud sajak 1. Stanza pertama Kesedihan yang dialami oleh manusia disebabkan kehilangan pemimpin mereka sedikitpun tidak memberi kesan kepada dedaunan dan angin. Manusia dalam suasana berkabung disebabkan kehilangan seorang pemimpin yang penting 2. Stanza kedua Pembunuhan dan persengketaan yang berlaku antara manusia hanya akan menyebabkan kehilangan nyawa. Perbalahan yang bermula sejak terbunuhnya putera Adam seperti tiada penghujung 3. Stanza ketiga Kesedihan kerana kehilangan seorang manusia (presiden) tidak sepatutnya disamakan dengan kesedihan yang wujud disebabkan kematian mereka yang terkorban di medan peperangan. Rasa kemanusiaan terhadap pemergiaan seorang presiden melebihi rasa kemanusian yang lahir akibat korban mereka yang terkorban dalam peperangn 4. Stanza keempat Rasa kemanusiaan yang sebenarnya tidak seharusnya terbatas disebabkan status individu apabila manusia memilih untuk melahirkan rasa simpati terhadap pemergiaan individu yang tertentu sahaja 5. Stanza kelima Masyarakat perlu sedar bahawa rasa kemanusiaan yang tidak berbelah bagi perlu lahir dalam masyarakat. Segala pembunuhan yang bakal berlaku seharusnya dielakkan dengan cara memilih perdamaian sebagai jalan terbaik. 6. Stanza keenam Kehilangan mereka yang tersayang akan menyebabkan rasa sedih dan kesan yang mendalam ke atas diri individu tersebut. Realiti sebenar kehidupan merupakan satu keadaan yang berat sebelah dan dahsyat tanpa rasa kemanusiaan

Tema dan persoalan Tema   Tema kemsyarakatan Persengketaan yang berlaku dan kehilangan rasa kemanusian yang kian terhakis dalam anggota masyarakat.

Persoalan 1. Kematian seorang pemimpin negara yang menyebabkan rasa sedih yang mendalam terhadap penduduk negara tersebut. (Stanza 3, baris 1-2) 2. Penderitaan yang dihadapi oleh kaum ibu/keluarga yang kehilangan anak atau anggota keluarga yang terkorban di medan peperangan (Stanza 3, baris 5-6) 3. Perbandingan kesedihan seorang pemimpin yang melebihi kematian ribuan manusia lain (Stanza 4, 1-2) 4. Rasa kemanusian sesama manusia tidak seharusnya dibatasi oleh pangkat dan kedudukan (Stanza 4, baris 1-4) 5. Peperangan dan persengketaan yang tidak memberikan keuntungan kepada manamana pihak. (Stanza 2, baris 1-4)

Amanat Pengarang  Rasa simpati seharusnya wujud dalam kehilangan seseorang manusia seharusnya turut wujud dalam kematian-kematian manusia yang lain Masyarakat seharusnya sedar persengketaan yang berlaku akan membawa lebih banyak pembunuhan melainkan manusia memilih jalan perdamaian Peperangan yang berlaku hanya akan membawa lebih kepiluan di hati ibu dan keluarga berikutan kematian individu tersayang Pertarungan antara manusia akan hanya mengakibatkan korban nyawa yang berterusan

Sikap Pengarang  Pengarang berasa kecewa apabila kematian seorang tokoh lebih ditangisi berbanding kematian ramai manusia yang terkorban dalam pertelingkahan antara manusia Pengarang memprotes sikap manusia yang membataskan rasa kemanusiaan sesama manusia berdasarkan pangkat dan kedudukan Penyajak mengajak manusia memilih jalan perdamaian sesama manusia bagi mengelakkan lebih banyak pembunuhan pada masa akan datang

Unsur Bunyi  Asonansi  Stanza 1, baris 3    “Kerana mereka tidak bergetar oleh berita-berita besar.” Pengulangan vokal ‘a’

Stanza 3, baris 4  “Air mata putera-putera tercinta dan gadis-gadis yang menunggu di muka jendela “ Pengulangan vokal ‘a’

 

Stanza 1, baris 4   “Atas kehendak yang telah berlaku dan manusia segala terpaku” Pengulangan vokal ‘u’

Aliterasi  Stanza 2, baris 3    “Dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana” Pengulangan konsonan ‘n’

Stanza 4, baris 4   “Sebab bukanlah kemanusiaan bila ia ada perbatasan” Pengulangan konsonan ‘n’

Stanza 7, baris 2   “dunia telah didandankan; kehidupan adalah kematian yang berdarah” Pengulangan konsonan ‘n’

Gaya Bahasa  Metafora    Stanza 4, baris 3 “….mahkota kebenaran”

Personafikasi

  

Stanza 5, baris 1 “Dan sekarang tiap kota menangis dan mengucap kata”

Lambang    Stanza 2, baris 1 “…sejak pertama cair merah tumpah’ Melambangkan pembunuhan pertama yang berlaku dalam sejarah manusia

Imej    Stanza 1, baris 2 “bersama kain-kain yang berkibar di tengah-tengah tiang” Menggambark imej suasana berkabung yang dialami sesebuah negara.

Imej    Stanza 2, baris 3 “dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana” Menggambarkan kematian tanpa henti yang berlaku tanpa mengira tempat dan masa

  

Stanza 3, baris 2 “sebelum keranda bertolak untuk nanti ditambah lagi” Menggambarkan situasi apabila kematian berlaku terus menerus tanpa henti

Sinisme    Stanza 7, baris 2 “…kehidupan adalah kematian yang berdarah” Pengarang menyindir suasana kehidupan yang membawa terlalu banyak penderitaan kepada manusia apabila rasa kemanusiaan pupus dalam diri.