Pengenalan Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah, dipalu belah tembikar juga akan jadinya yang membawa

erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti, kesudahannya jadi mayat juga. Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu pada masa dahulu. Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang. Sejarah Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak. Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan reka corak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar. Proses Pembuatan Terdapat beberapa proses untuk membuat labu sayong: Tanah liat yang lazimnya diperolehi daripada sungai atau di bawah perdu pokok dkumpulkan dan ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki supaya hancur dan halus. Setelah itu ia ditapis untuk membuang pasir dan ketul-ketul batu. Tanah liat itu kemudiannya dicampurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah tersebut seterusnya digiling sehingga berbentuk bulat dan memanjang. Untuk membentuk labu, proses awal yang perlu dilakukan ialah membentuk badan labu dengan melingkarkan tanah liat di atas pinggan. Setelah itu lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil dipusingkan dan dinaikkan sehingga berbentuk silinder. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya. Untuk membuat tapak labu, tanah liat dileperkan untuk dicantumkan di bahagian tapak labu dengan teknik lilit. Manakala untuk membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat dibahagikan dan dipicit sambil menaikkannnya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk muncung labu. Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk menggilap

Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak cepat merebak dan tidak cepat memakan bahan. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh. Kemudian tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air dari meresap keluar. Labu ti dak pula diletakkan terlalu rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Labu yang dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan.permukaan labu. Motif dan Hiasan Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuhtumbuhan dan juga motif geomatrik seperti:Bunga Bunga Bunga Bunga cengkih kedudut tanjung padi Bunga pecah empat Bunga pecah lapan Bunga lawang Pucuk rebung Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan pelepah kelapa. Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. labu yang masih panas ditimbus dengan sekam padi selama lebih kurang 10 minit. Motif ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung kayu yang berukir pada permukaan labu yang masih lembut. ianya disalai dengan asap terlebih dahulu sebelum dibakar. Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat atau pewarna yang lain tetapi disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus ke atas labu yang telah menjalani proses pembakaran. Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam. Kemudian tersedialah labu yang sudah dibentuk. Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas taliair. Untuk menghitamkan labu. . Setelah labu tersebut diukir. Keadaan demikian mengelakkan labu daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada.

    .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful