INFO PERTAMA

Pengenalan Profesor Dicey berpendapat bahawa undangundang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat. Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan

atau pembacaan saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab persoalan tersebut, malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga sinonim dengan tajuk yang dibincangkan ini. Konsep Perlembagaan Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokohtokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu, antaranya[1]: 1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary. Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsipprinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah. 2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution. Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. 3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu. 4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. 5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution. Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah. 6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science. Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah: Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara  Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.  Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan istimewa Raja-

raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa. Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu. 1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan

negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. 2. Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4). Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak

berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama. 3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hakhak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau

pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain. 4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.

[1] Kesemua definisi tokoh ini diperoleh daripada: Husin Mohd Tap, et.al (2008) Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan daripada beberapa buku. Walau demikian fakta yang diberikan mungkin hanya relevan semasa artikel ini ditulis. Bagi mengelakkan kesilapan fakta, pembaca diingatkan agar membuat rujukan daripada sumber-sumber terkini jika hendak menggunakannya sebagai bahan penulisan ilmiah.

INFO KE 2

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:-

•Perlembagaan tertinggi; •Menjadi kuasa •Semua Perlembagaan;

Persekutuan kepada

merupakan semua

undang-undang undang-undang; Perlembagaan;

punca dan

•Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kedudukan tidak boleh undang-undang berlawanan dengan

•Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undangundang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan; Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan. Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:dan •Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi

• • • • •

Mewujudkan Mengelakkan Mengawal Alat Menjamin

satu

bentuk

pemerintahan kuasa kerajaan menyelesaikan negara oleh

yang

adil; rakyat;

penyalahgunaan pergerakan untuk riwayat

pemerintah; masalah; dan

dan bangsa;

• Menjamin keamanan dan kestabilan negara. Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang

menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 16 Bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah:Bahagian I : Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah. Bahagian II : Kebebasan Asasi

Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; berhimpun dan kebebasan bersekutu; bergerak; kebebasan kebebasan agama; bercakap, hak untuk

berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta. Bahagian III : Kewarganegaraan

Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara; dilahirkan di sini; berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu

masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan bagaimana seseorang boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan. Bahagian IV : Persekutuan

Bahagian ini memberi panduan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bahagian V : Negeri-Negeri

Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Bahagian VI : Perhubungan Bahagian ini persekutuan Antara dan Persekutuan Dengan Terdapat Negeri-Negeri di antara yang perkara menyatakan pembahagian kuasa

negeri-negeri.

membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang. Bahagian Bahagian VII VII : Peruntukan bahawa kerajaan Kewangan tidak boleh

menyatakan

mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian untuk mengundi untuk

VIII

:

Pilihan kita. sebagai Badan raya

Raya yang dan

Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara pemimpin-pemimpin menjalankan pemilih dikenali ditugaskan kesemua pilihan

menyediakan Pertuan Agong. Bahagian menyatakan

daftar

Suruhanjaya

Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-

IX

: yang

Badan boleh dan

Kehakiman tidak boleh

Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan perkara-perkara ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik. Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam

Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah pasukan polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaankerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya–suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan Pejabat Peguam Negara. Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat. Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

Bahagian

XII

:

Am

Dan

Pelbagai

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak dan memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan. Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak. Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak. Bahagian XIII: Peruntukan Sementara Dan Peralihan

Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka. Bahagian XIV: Kecualian Bagi Kedaulatan, dsb., & RajaRaja Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam Bahagian XIV. Bahagian XV: Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong Dan Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa Raja-Raja. di hadapan Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di“Mahkamah Khas ”.

Sumber: Jabatan

Buku

Malaysia

2009,

Buku

Rasmi

Tahunan Malaysia

Penerangan

Artikel dimasukkan pada : 25 Februari 2011

INFO KE 3 (dr blog owg)
KONSEP PERLEMBAGAAN MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undangundang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungkjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara. Umumnya, Perlembagaan dibahagikan kepada dua, iaitu Perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah bentuk Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala Perlembagaan tidak bertulis (seperti di Britain) pula merangkumi semua prinsip Perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan ‘perlembagaan secara bertulis’. Ini bermakna kesemua undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undangundang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan

kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain, terutama Kerajaan Negeri. Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, Parlimen memperoleh kuasanya daripada Perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukan kepadanya. Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan. Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan

Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan. :: Dakwah Itu Perlu Hikmah :: Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani Markaz Tarniah Haraki 14 April

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful