P. 1
Novel Merdeka

Novel Merdeka

|Views: 54|Likes:
Published by Sugethan Sekaran

More info:

Published by: Sugethan Sekaran on Sep 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/09/2011

pdf

text

original

NOVEL MERDEKA! MERDEKA! A.

Rahman Hanafiah i) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, pilih mana-mana watak yang anda anggap menarik, kemudian jelaskan kelebihan watak tersebut. (10 markah) Keistimewaan watak Kudin

Luaran

Dalaman Perwatakan Contoh

jelaskan empat nilai yang terdapat dalam novel tersebut. Pengajaran Contoh/huraian Kita hendaklah . Nilai Contoh Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.Berdasarkan novel yang anda kaji.

Novel yang baik seharusnya memaparkan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca. huraikan empat pengajaran yang cuba disampaikan oleh pengarang. • Kita harus tabah menghadapi sebarang dugaan atau rintangan hidup. • • • • • Fungsi sastera adalah untuk mendidik masyarakat. Simpati. Pengajaran : • Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara. Contohnya. Jelaskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Bekerjasama. Contohnya Kudin bersama penduduk kampungnya sentiasa bergilirgilir meronda dan berkawal untuk mengelak kampung mereka jatuh ke tangan pengganas komunis. Kerajinan. Kudin dan Datuk Onn berjuang menentang Malayan Union dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Inggeris. Contohnya. Pak Awang bersimpati kepada Pak Kasa kerana anaknya. Contohnya. Keberanian. Contohnya. Contohnya. Kudin seorang yang tabah / sabar – walaupun dia menerima khabar kematian bapanya tetapi dia masih dapat berucap dengan baik dalam perhimpunan tersebut. . penduduk kampung bekerjasama mendirikan khemah dan menggali kubu untuk menghalang serangan pengganas komunis. Kudin berani berjuang menentang pengganas komunis dan penjajah Inggeris walaupun baru berusia lima belas tahun. Berdasarkan novel yang anda kaji. Contohnya. Nilai murni: Cinta akan tanah air. Bustam telah dilarikan oleh pengganas komunis. Mak Bibah rajin membuat kuih-muih untuk menampung perbelanjaan keluarga.

penduduk kampung bekerjasama mendirikan khemah dan menggali kubu untuk menghalang serangan pengganas komunis. dan ada juga yang bekerja dengan kerajaan Inggeris.• Kita harus berani untuk mencapai sebarang matlamat hidup. Kudin berani berucap di hadapan orang ramai walaupun baru berusia 15 tahun atau Kudin berani menentang komunis walaupun baru berusia 15 tahun. • Masyarakat kampung. Encik Hasmun mahu mendidik Kudin menjadi tokoh politik yang terkemuka • Latar Masyarakat Latar masyarakat dalam sesebuah novel dapat mencerminkan masyarakat di sesebuah tempat. • • . Contohnya Kudin sentiasa menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua daripadanya • Kita hendaklah bersatu padu dalam menghadapi sebarang masalah atau ancaman. Kebanyakannya mengerjakan sawah padi. menorah getah. menjual kuih-muih. Contoh. bergilir-gilir mengawal. • Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya. Contohnya. Jelaskan latar masyarakat yang mendasari sebuah novel yang anda kaji. Masyarakat yang sedar akan kepentingan generasi muda sebagai pemimpin pelapis pada masa hadapan. golongan muda menggali kubu pertahanan. Masyarakat yang hidup bersatu padu dalam menghadapi ancaman pengganas. iaitu penduduk Kampung Teras Jernang yang terdiri daripada orang Melayu. dan meronda. Masyarakat yang berjiwa patriotik yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Contohnya.

Masyarakat yang berani berjuang menentang pengganas komunis dan penjajah Inggeris. penduduk Kampung Teras Jernang berani tertempur dengan pengganas komunis.Pak Karim dibunuh dan Bustam dilarikan oleh pengganas ke dalam hutan. Mak Bibah rela menyumbangkan sebahagian hasil jualan kuih-muih untuk perjuangan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. mengadakan tunjuk perasaan. • Hotel Stesen Kuala Lumpur – Tempat berlangsung upacara perasmian Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama. Contohnya. Nyatakan tiga latar tempat berserta dengan peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang tertentu. Latar tempat: • Kampung Teras Jernang.Contohnya. Masyarakat yang gigih berusaha tanpa jemu untuk mencapai cita-cita. • Padang Kelab Sulaiman – Tempat persidangan Kongres untuk menentang Malayan Union. dan memujuk raja-raja Melayu. Contohnya. • Padang Kilat – Perarakan raksasa menentang Malayan Union. • Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air. . Contohnya. Kudin dan Dato Onn menetang penubuhan Malayan Union sehingga Malayan Union dibubarkan oleh kerajaan Inggeris. • • Latar tempat merujuk kepada tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah novel. orang Melayu di seluruh negara berusaha menggagalkan rancangan penubuhan Malayan Union dengan cara berkabung. • Rumah PakAwang – kehadiran Kasim dan Osman yang hendak memujuk Pak Awang supaya berhenti berjuang menentang Inggeris. Pak Awang marah dan mengambil keputusan berhenti kerja.

2. (10 markah – PMR 2002) Tema : Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris Persoalan: 1. Contohnya : Kudin dan rakan-rakannya bersatu untuk mempertahankan kampung daripada komunis dan berjuang bersama-sama Dato Onn 4. Raja lambang kekuatan dan kebesaran. 5. Sumbangan wanita dalam perjuangan. 3. Contohnya : Rakyat cuba gagalkan Malayan Union kerana cuba menghilangkan kuasa raja-raja. Perjumpaan Rajaraja Melayu gagalkan Malayan Union melalui rundingan 6. Rahman Hanafiah) Tuliskan secara ringkas tema dan persoalan yang diperoleh daripada novel Yang anda kaji. Contohnya : Segenap lapisan rakyat bersatu menggagalkan Malayan Union. . Pemuda harapan bangsa dan negara. Bertindak mestilah gunakan kepintaran akal. Keberanian menghadapi cabaran. Contohnya :Menentang penjajah bukan dengan senjata. Contohnya : Kudin berani berucap di khalayak ramai dalam suatu Perhimpunan.SOALAN NOVEL PMR ( Merdeka! Merdeka! oleh A. Contohnya : Mak Bibah mendorong perjuangan Kudin dan suaminya Pak Awang dengan menderma sebahagian pendapatan kepada tabung persatuan. Bersatu dan bermuafakat.

Watak utama : Kudin Bersemangat patriotik – dia berjuang bersama-sama Datuk Onn untuk menggagalkan Malayan Union.3. Nyatakan tiga latar tempat berserta dengan peristiwa yang berlaku di tempat. huraikan keistimewaan watak dan perwatakan bagi watak utama novel berkenaan. • • • • • • 4. Rumah Pak Awang – kehadiran Kasim dan Osman yang hendak memujuk Pak Awang supaya berhenti berjuang menentang Inggeris. Berpendirian tegas – tetap mahu berjuang menetang musuh bersama-sama penduduk kampung Teras Jernang walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya. Kudin seorang yang tabah / sabar – walaupun dia menerima khabar kematian bapanya tetapi dia masih dapat berucap dengan baik dalam perhimpunan tersebut. Berani – dia berani untuk menentang pengganas komunis walaupun baru berusia 15 tahun.tempat yang tertentu.Pak Karim dibunuh dan Bustam dilarikan oleh pengganas ke dalam hutan. Berdasarkan novel yang anda pelajari. Pak Awang marah dan mengambil keputusan berhenti kerja. Latar tempat merujuk kepada tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah novel. Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi pemimpin terkemuka seperti Datuk Onn. Padang Kilat – Perarakan raksasa menentang Malayan Union. Padang Kelab Sulaiman – Tempat persidangan Kongres untuk menentang Malayan Union.Watak utama di dalam sesebuah novel dianggap istimewa berbanding watak-watak lain. Hotel Stesen Kuala Lumpur – Tempat berlangsung upacara perasmian Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama. Latar tempat: • • • • • Kampung Teras Jernang. . Menghormati orang lebih berpengalaman – Kudin sentiasa menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua daripadanya.

Kesudahan cerita: • Orang ramai berasa gembira dengan kejayaan mereka dan mula mengundur diri dari sekitar Padang Kelab Sulaiman. huraikan persoalan-persoalan yang disampaikan oleh pengarang melalui novelnya. Jelaskan kesudahan cerita yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan novel yang dikaji. ii) Kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup – Kudin tetap meneruskan perjuangannya dalam menghidupkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan penduduk tempatan walaupun ayahnya meninggal dunia di tangan komunis. • Kudin meneruskan perjuangannya di kota besar itu.5. v) Menghormati orang lebih berpengalaman – Kudin sentiasa menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua daripadanya 6. iii) Kasih sayang antara ibu bapa kepada anak – Persoalan ini diperlihatkan oleh ibu bapa Kudin yang sentiasa mengambil berat keperluan dan keselamatan anak mereka. Persoalan: i) Semangat cinta akan tanah air – Kudin bersama penduduk kampungnya sentiasa bergilir-gilir meronda dan berkawal untuk mengelak kampung mereka jatuh ke tangan pengganas komunis. iv) Kerjasama untuk mencapai kemerdekaan – Penduduk Tanah Melayu bangkit dan mengadakan tunjuk perasaan untuk menggagalkan rancangan Malayan Union yang dirancang oleh pihak Inggeris. . • Tuk ketua dan penduduk Kampung Teras Jernang mengucapkan selamat tinggal kepada Kudin sebelum pulang ke kampung.

Contoh: . Tapi kau tak ada. .Rasa berpasir tekaknya. nak. Peristiwa puncak cerita: Perhimpunan agung yang berlangsung di Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat. Ramai bangsa Melayu berarak dan berkumpul di stesen kereta api kerana membantah penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh Inggeris. Penggunaan bahasa asing .Bahasa Arab – Insya-Allah. Mereka berjaya menghalang raja-raja Melayu daripada menghadiri majlis perasmian Malayan Union.7. Ini menyebabkan majlis perasmian Malayan Union gagal. Buat kubu.Banyak terdapat pengulangan kata digunakan. Jelaskan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang anda kaji. Contoh: dah. kau. Kau lama di khemah tu.Bahasa Inggeris – Malayan People Anti Japanese Army. 8. Gaya Bahasa: Diksi – pemilihan kata bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan menjadikan cerita mudah difahami. Allahu-akbar. tu.” Sinkof ( singkatan kata) – pengarang menggunakan sinkof bersesuaian dengan gaya bahasa dialog. tau dan . Contohnya: “Tuk Ketua memang nak jumpa dengan kau. Perhimpunan yang dihadiri oleh orang-orang Melayu itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Melayu.Wajah Pak Awang dan Kudin mula ditumbuhi rasa gelisah . Dia melemparkan pandangannya melalui tingkap yang terbuka. Ceritakan peristiwa klimaks yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Kudin. Alhamdulillah Repitasi (Pengulangan kata) .

biar putih tulang. Personifikasi (memberikan sifat manusia kepada benda tidak bernyawa) Contohnya . Tapi.Ucapan itu menusuk-nusuk jantung kalbunya. cuba menguji kesungguhan Kudin sebaik sahaja sampai di rumah. terpulanglah kepada kau.ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot kembali oleh pengarang. jangan berputih mata .dadanya bagai ditimpa oleh gunung besar Peribahasa .” • Teknik Imbas kembali. Mak macam mana?” “Mak setuju kalau kau bersungguh-sungguh. “Entahlah. Contoh: “Jadi betul-betul kau nak tinggal di Kuala Lumpur?” tanya Mak Bibah. Simile Contohnya: . Teknik Plot yang digunakan dalam novel Merdeka! Merdeka!: • Teknik dialog – banyak teknik dialog antara watak-wataknya.terdampar luas seperti padang menghijau . Berikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang anda pelajarI dan berikan contoh-contoh peristiwa yang berkaitan dengan teknik plot tersebut.musang berbulu ayam 9. .Bunyi tembakan di hutan menguasai telinga dan hatinya . Memang ada kebaikannya. mak. Antaranya termasuklah Kudin teringat akan peristiwa ayahnya berusaha menghidupkan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Kudin. gelombang semangat dan lautan manusia.ni. Metafora Contohnya: lubuk hati. taring kekuatan.

” kata Kudin sendirian. Pembaca tertanya-tanya kemungkinan yang berlaku kepada Pak Awang setelah tidak pulang selama tiga hari. Yang paling suspens ialah usaha menghalang penubuhan Malayan Union. Soalnya. • Teknik monolog dalaman – Contoh: “Tentulah Ujang serba salah dan sedih. “Nampaknya dia terpaksa menentang ayahnya sendiri. kematian Pak Awang dan kebolehan istimewa Kudin menyampaikan ucapan dengan lancar. Contohnya: peristiwa pembunuhan Pak Karim. sanggupkah dia berbuat demikian?” Tamat .• Teknik kejutan – Kemunculan sesuatu peristiwa secara mengejut menjadikan cerita berkembang lancar dan menarik perhatian pembaca. • Teknik suspens Pembaca ingin tahu apa yang berlaku kepada Bustam selepas dilarikan oleh pengganas komunis.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->