Professional Documents
Culture Documents
02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
LTS 2007
Set 1
2 jam
UNIT KURIKULUM
BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 jam
2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki
menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan
sahaja.
[Lihat sebelah
SULIT
Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR
Bahagian A(i)
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]
Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang
tujuan Program Latihan Khidmat Negara diadakan . Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Idea untuk mengadakan Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) sebenarnya telah
tercetus sejak sepuluh tahun yang lalu setelah diteliti dari segi kebaikan dan keburukannya,
program PLKN ini dilaksanakan pada 16 Februari 2004.
PLKN ini diwujudkan supaya semangat patriotisme dalam kalangan remaja dapat
disemai. Peserta ini juga akan mendapat kekuatan luaran dan dalaman bagi menghadapi
sebarang cabaran yang mendatang dalam kehidupan.
Peserta PLKN ini dipilih daripada golongan remaja dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia ( SPM ). Mereka akan menjalani latihan fizikal, kursus ketatanegaraan dan
perkhidmatan masyarakat. Modul serampang tiga mata ini diharap dapat melahirkan
golongan remaja yang sayang dan cinta akan negara serta bersedia mempertahankan tanah
air sekiranya diancam pihak luar. Selain itu, PLKN berperanan bagi mewujudkan perpaduan
dan memupuk integrasi sosial yang lebih jitu dalam kalangan generasi muda yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung pelajar lepasan sekolah dan para remaja
terhindar daripada membuang masa serta melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak
berfaedah. Sehubungan itu, program ini dapat menyelesaikan sebahagian daripada
masalah keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak muda hari ini.
Latihan ala ketenteraan dan aktiviti lasak pula bukan bertujuan untuk mendera tetapi
membentuk disiplin dan ketahanan diri mereka sendiri. Semua modul yang digunakan,
disesuaikan dengan persekitaran sosial dan budaya masyarakat di Malaysia.
PLKN ini juga merupakan program untuk pelajar SPM menimba pengalaman dan ilmu
pengetahuan sebelum mereka menerjunkan diri ke dalam realti kehidupan yang sebenar.
Mereka juga akan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai anggota
masyarakat apabila mereka menjalankan aktiviti perkhidmatan sosialnya.
Setelah tamat latihan, kerajaan mengharapkan agar para pelatih PLKN dapat menjadi
remaja yang bersemangat patriotik dan mempunyai jati diri yang tinggi serta menjadi
warganegara yang bertanggungjawab.
LEARNING TO SCORE 2
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR
iii. Pada pendapat anda, mengapakah program ini dirancang khas untuk pelajar
yang sedang menunggu keputusan SPM pada tahun semasa .
[ 4 markah ]
LEARNING TO SCORE 3
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR
Bahagian B
( Masa yang dicadangkan : 25 minit )
( 20 markah )
Kaji iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat dalam iklan itu, huraikan kebaikan-
kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
5.00% 5.10%
6 bulan 9 bulan
5.15% 5.15%
12 bulan 15 bulan
LEARNING TO SCORE 4
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]
[40 markah]
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
(a) Andaikan bahawa anda ialah ibu atau bapa seorang pelajar tingkatan tiga.
Anda tidak berpuas hati dengan keadaan asrama anak anda yang kotor dan tidak
menyenangkan.
Tulis sepucuk surat kepada pengetua sekolah untuk menyatakan rasa tidak puas hati
anda dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.
(c) Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir yang teruk.
Gambarkan suasana ketika itu serta ceritakan pengalaman anda dan penduduk
setempat menghadapi keadaan tersebut.
LEARNING TO SCORE 5
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR
Bahagian D
[Masa yang dicadangkan: 10 minit]
[10 markah]
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, sama ada di
Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3
Selain nilai di atas , banyak lagi nilai murni ingin disampaikan kepada pembaca melalui
novel yang anda kaji.
Nyatakan tiga nilai murni yang ingin disampaikan melalui novel yang anda pelajari beserta
bukti yang jelas.
LEARNING TO SCORE 6
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK