Masyarakat majmuk, demokrasi dan pendidikan

Disediakan oleh: Muhammad zafran bin abdul gaffor D20052024006 Pendidikan perakaunan Universiti pendidikan sulatan idris (upsi)

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN M/S

Penghargaan Pengenalan Masyarakat Majmuk Demokrasi Pendidikan Kesimpulan Rujukan

2 3 4 -22 23-30 31-69 70 71

2

Pengenalan
Dalam negara kita menuju ke arah wawasan 2020, patut kita sedari bahawa negara kita iaitu Malaysia adalah negara majmuk yang mana terdiri daipada pelbagai budaya dan rakyat yang menganuti pelbagai agama. Dalam tugasan atau kajian yang bertemakan “masyarakat majmuk, demokrasi dan pendidikan pelbagai budaya di Malaysia” kita dapat merenung kembali bahawa terdapat perkaitan yang rapat dan penting dari segi pendemokrasian dan pendidikan dinegara ini yang terdiri daripada pelbai etnik dan budaya. Apa yang hendak dibincangkan disini adalah berkaitan dengan masyarakat majmuk yang mendasari demokrasi dan pendidikan dinegara Malaysia ini. Sepertimana yang kita ketahui sebelum mencapai kemerdekaan negara kita telah dijajahi oleh Perancis, Belanda dan akhir sekali British yang memiliki Tanah Melayu melalui perjanjian Inggeris-Belanda. Di zaman pemerintahan British telah membawa masuk etnik India untuk memenuhi tenaga kerja di ladang-ladang, manakala Etnik Cina juga dibawa untuk memenuhi permintaan kerja_kerja perlombongan. Dasar Inggeris inilah yang dikatakan mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia sehingga kini. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 31 Ogos 1957, negara ini telah mengalami satu sistem politik yang berpecah-pecah dari segi kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan. Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan sistem pendidikan penjajah yang diasaskan mengikut kumpulan-kumpulan suku kaum tadi. Dengan keadaan sosial yang ada, unsur-unsur yang boleh membawa ke arah integrasi nasional adalah sedikit dan pendidikan dianggap satu daripadanya. Dengan ini pelbagai dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan untuk mewujudkan negara demokrasi yang memberi keadilan kepada semua kaum. Selain itu, pendidikan adalah merupakan satu aset yang sangat penting kepada perpaduan sesebuah negara terutamanya negara pelbagai kaum dan ia akan ditekankan dalam perbincangan ini. Pendidikan moden dinegara ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh barat yang telah memerintah negara kita dahulu kala. Kita akan melihat perubahan sistem pendidikan sebelum merdeka, selepas merdeka dan sehingga masa kini serta konsep dan peranan pendidikan itu sendiri.

3

MASYARAKAT MAJMUK
DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri.

PENGENALAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil. Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh puluh kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke 20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada Kristian atau memeluk Islam. Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak sama dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia. Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dengan Melayu, Cina dan India hidup aman. Melayu ialah masyarakat terbesar dengan mencapai 60% daripada populasi Malaysia. Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mempunyai hak politik yang besar. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Budha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7% hingga 10% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu,

4

bercakap Tamil, Malayalam, dan Hindi, dan tinggal di bandar bandar besar di pantai barat semenanjung. Selain itu, ada juga kaum Sikh, Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Kaum Bumiputera terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600, 000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula (170,000) pula tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140, 000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup seperti nomad, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada diantara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor. Muzik tradisional Malaysia banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batuk, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

ASAL-USUL KUMPULAN ETNIK

Malaysia yang pada asalnya merupakan Semenanjung Tanah Melayu mempunyai latar belakang sejarah yang panjang. Sejarah etnik Melayu di Malaysia memuncak apabila kesultanan Melayu Melaka rnenjadi kerajaan yang besar dan berkuasa di Asia Tenggara pada permulaan abad yang ke-15. Orang-orang Melayu sememangnya diakui sebagai penduduk asal atau anak bumi kepulauan Melayu. Di Malaysia kedudukan orang-orang Melayu dan yang serumpun dengannya memang diakui sebagai bumiputera oleh

5

perlembagaan. Sebelum kebangkitan empayar Melaka kepulauan Melayu sebenarnya telah dipengaruhi oleh kebudayaan India dan kepercayaan Hindu1. Apabila Melaka berkembang sebagai empayar, orang-orang Melayu telah menukar agama kepada Islam selaras dengan kepimpinan sultan yang telah memeluk islam. Pada peiringkat awal pengislaman orang-orang Melayu telah dilakukan oleh para mubaligh dan saudagar dari Timur Tengah dan India., Melaka akhirnya telah menjadi pusat tamadun Islam di Asia Tenggara sehinggalah kedatangan pihak kolonial barat yang telah banyak mempengaruhi dasar negara secara umumnya dari segi pendidikan, politik, ekonomi, sosial pelbagai budaya di Malaysia.

Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 menandakan permulaan kejatuhan empayar Melayu dan bermulanya kolonialisassi Eropah. Penguasaan Portugis kemudiannya telah digantikan oleh Belanda pada tahun 1641. Sungguhpun berada di bawah koloni Portugis dan Belanda, etnik Melayu masih menjadi penduduk terbesar Malaysia kerana belum terdapat kedatangan imigran secara besar-besaran pada masa ini. Pengaruh bukan Melayu adalah sangat terhad. Pada tahun 1824 Melaka telah diserahkan kepada Inggeris oleh Belanda menerusi perjanjian Inggeris-Belanda. Minat Inggeris terhadap Malaysia sebagaimana juga pihak kolonial yang sebelumnya hanyalah tertumpu kepada kepentingan perdagangan. Senario kependudukan berubah dengan signifikan semasa penjajahan Inggeris apabila kehendak-kehendak ekonomi kapitalis yang dibawanyaa menyebabkan kebanjiran pendatang terutamanya dari China dan India ke negeri-negeri Melayu. Campur tangan Inggeris sebenarnya telah bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada bulan Ogos 1786. Pada abad ke-19 kepentingan perdagangan Inggeris dengan bantuan kekuatan tenteranya secara beransur-ansur telah mengawal seluruh Tanah Melayu. Hingga tahun 1826, Inggeris telah menguasai tiga pelabuhan perdagangan penting iaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka yang dikenali sebagai Negeri-negeri selat. Pada peringkat awal Inggeris dikatakan mengamalkan polisi tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu namun tujuan ekonomi kapitalis mereka telah menyebabkan polisi bertukar. Menjelang tahun 1895, empat negeri iaitu Perak, selangor, Negeri Sembilan dan Pahang secara kolektif dikenali sebagai
1

(Purcell 1965).

6

negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ditadbirkan secara pusat yang diketuai oleh Residen Jeneral.Inggeris telah menjadi pelindung kepada negeri-negeri berkenaan dan residen-residen dikatakan berfungsi sebagai penasihat sultan. Namun dalam pada itu dalarn keadaan sebenarnya residen telah mengambil alih peranan raja dalam pentadbiran negeri-negeri berkenaan. Antara tahun 1900 hingga 1930, secara beransur-ansur lima lagi negeri Kelantan, Johor, Terengganu, Kedah dan Perlis berada dibawah lindungan Inggeris dan kemudiannya dikenali sebagai negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sabah dan Sarawak juga dalam masa yang lebih kurang sama telah dijajahi oleh Inggeris.

Menguasai pentadbiran bermakna memudahkan Inggeris menjalankan polisi perdagangan yang berpihak kepada kepentingan ekonominya. Terdapat kekurangan tenaga pekerja diperlombongan dan perladangan. Inggeris telah mengatasi masalah itu dengan menggalakkan atau mengimport kedatangan buruh dari China dan India. Galakan aktif telah diberikan oleh pentadbiran Inggeris kepada orang-orang Cina untuk memasuki Negeri-negeri Selat dan Sarawak. Selain daripada bekerja di sektor perlombongan, orang-orang Cina menjadi peladang, peniaga dan petukang. Komuniti Cina juga dianggap bernilai kerana memberikan jaminan pendapatan kerajaan daripada cukai perniagaan seperti cukai-cukai candu, khinzir, pajak-gadai dan minuman keras.

Pertumbuhan ladang-ladang getah pada penghujung abad ke19 telah menjadi faktor utama kedatangan beramai-ramai imigran India. Ini ditambah pula dengan pertambahan ladang-ladang kelapa sawit pada suku pertama abad ke-20. Peladang-peladang Eropah gemar mengambil pekerja-pekerja Tamil berdasarkan pengalaman di Ceylon yang mendapati orang-orang Tamil sangat sesuai bekerja di ladang. Orang-orang Tamil yang diambil dan direkrut daripada kasta atau lapisan bawah masyarakat2, dianggap sudah terbudaya dan patuh kepada pemerintahan British berbanding orang-orang Melayu. Orang-orang India juga membekalkan tenaga buruh untuk kerja-kerja awam khususnya dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Dengan kata lain imigran India sangat dikehendaki sebagai buruh-buruh ladang dan pembangunan infrastruktur.
2

(Andaya 1982:79)

7

Dalam jangka masa lebih daripada satu ratus lima puluh tahun pemerintahan kolonial British di Malaysia (1786 hingga 1957), masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenis Malaysia yang

mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, Melayu membentuk 49.8 peratus daripada penduduk, Cina 37.2 peratus dan India 11.3 peratus3. Baki etnik-etnik lain adalah daripada kalangan Bajau, Iban, Orang Asli, Arab, Armenian, Eurasian dan lain-lain. Dari segi kepercayaan, Melayu masih mengekalkan Islam sebagai agama mereka. Walau bagaimanapun kaum-kaum imigran secara majoritinya tidak mengasimilasikan

kepercayaan mereka dengan agama orang-orang tempatan. Etnik Cina dan India mengekalkan kepercayan yang mereka bawa. Lebih kurang 80 peratus imigran India adalah Hindu4. Sementara itu kaum Cina selalu danggap sebagai pihak yang paling bersikap toleransi dan ringkas, dalam perkara agama. ”Mereka merupakan golongan yang mempercayai roh-roh dan hantu-hantu, tuhan-tuhan dan watak-wattak hero yang berada bersama-sama mereka di mana-mana jua mereka berada sebagai sebahagian daripada dunia material di sekeliling mereka5”. Sungguhpun begitu kebanyakan daripada mereka boleh dikategorikan sebagai sama ada menganalkan kepercayaan-kepercayaan Buddha, Konfusius, Taoist dan Kristian.

BANCIAN TERHADAP PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos, 1957, ia mewarisi pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh penjajah British. Di antara yang terpenting ialah berhubung dengan masalah kependudukan. Dasar penjajah British yang membawa masuk buruh-buruh asing terutama dari negara China dan India untuk tujuantujuan ekonomi telah mengubah struktur demografi negara ini hingga menimbulkan

(Hock 1987) (Arasaratnam 1979) 5 (Purcell 1948: 119)
4

3

8

masalah apabila negara mencapai kemerdekaan dan apabila negara hendak memulakan dasar-dasar berhubung dengan kenegaraan. Banci penduduk Tanah Melayu yang dibuat pada tahun 1947, 1957 dan 1970 menunjukkan bahawa bilangan orang-orang Melayu hampir 50% daripada jumlah penduduk manakala sebahagian yang lain terdiri daripada penduduk-penduduk kaum seperti rajah dibawah. Perbezaan etnik ini lebih ketara lagi dengan terdapatnya perbezaan dari segi bahasa, agama, kebudayaan, pengalaman sejarah, aktiviti-aktiviti ekonomi dan corak penempatan. Jurang perbezaan yang begitu luas di kalangan kumpulan etnik di negara ini menjadikan penghidupan begitu mencabar dan tidak kurang juga menakutkan.

Rajah

1970
Kumpulan Etnik Penduduk %

1957

1947

Jumlah Melayu Cina India Lain-lain

Penduduk % Penduduk % 8 81 348 100 6 278718 100 4 908 086 100

4 68 838 53.2 3 125474 49.8 2 427 834 49.5 3 12 350 35.4 2 333756 37.2 1 844 534 38.4 93 629 10.6 69 531 0.8 735038 11.7 84 450 1.3 530 638 10.8 65 080 1.3

Sumber: Malaysia, 1970 Population and Housing Census of Malaysia: Community Groups, Kuala Lumpur: Department of Statistics, 1972, pp. 30-31, cited in Hon-Chan, 1977:81.

9

KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

Proses dan cara kedatangan masyarakat luar:

a. Indenture(perjanjian bertulis) b. Kontrak c. Kangani d. Bebas SEBAB-SEBAB PENGHIJRAHAN

i. Faktor Tarikan (Luaran) a) Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan. b) Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh. c) Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai. d) Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing. Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh. e) Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu.

10

ii. Faktor Tolakan (Dalaman) a) Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran(pendatang). b) Kekurangan rangsangan ekonomi. c) Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan.

DASAR INGGERIS DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

i. Dasar Politik

Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh. Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture(perjanjian bertulis), kangani, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh

11

bagi merancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undangundang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.

Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.

ii. Dasar Ekonomi a) Dasar ekonomi komersial - kapitalisme dan bebas. b) Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. c) Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah. d) Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. e) Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh.

12

iii.Dasar Sosial

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar Pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

13

MASYARAKAT MELAYU
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsabangsa lain di dunia. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumantera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi6. Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau bagaimanapun jua, dalam artikel ini, definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing, dan lain-lain, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu. Mereka dikatakan telah "masuk Melayu".

Penyebaran penduduk Melayu di Malaysia

Mengikut 1997 Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut,

6

Harun Aminurrrashid,1966 Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu,

hlm 4-5.

14

penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, yaitu orang Tionghoa (5,4 juta – 25,7%), dan orang India, Serani (orang Indo) dll (3,1 juta – 14,7%). Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

Sistem Ekonomi

Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja dalam sektor dinas, sebagai pekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu bandar secara relatifnya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya orang Tionghua.

Sistem Politik

Sistem politik Melayu sebelum penjajahan adalah sistem feudal di mana setiap negeri diperintah oleh Sultan dengan dibantu oleh pembesar dari kalangan bangsawan. Rakyat patuh dan taat kepada Sultan dan menganggap Sultan mempunyai daulat (keturunan mulia, mempunyai kuasa magik dan lain-lain). Ketika orang Inggeris menjajah Malaysia, Sultan hanya diberi kuasa dalam hal-hal yang berhubungan dengan agama dan adat istiadat saja. Walaupun Malaysia kini sudah mencapai kemerdekaan, tetapi kedudukan Sultan ditetapkan hanya memenuhi fungsi simbolik. Malaysia kini mengikuti sistem politik Demokrasi Berparlimen dan Monarki Konstitusional.

15

Agama dan kepercayaan

Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun begitu, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengubatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.

Adat istiadat

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Tanah Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi ia terus diamalkan.

Kesenian

Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur tempatan dan luar. Sistem kekeluargaan dan perkahwinan

16

Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok:

• •

yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system)

Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam. Orang Melayu melakukan perkahwinan monogami dan poligami. Bentuk perkahwinan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga terjadi, malah di sebahagian tempat, ia diutamakan. Perkahwinan campur juga ada, tetapi tidak begitu popular. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang perkahwinan Islam (Mazhab Shafie).

MASYARAKAT INDIA
Masyarakat India merupakan kumpulan etnik terkecil diantara 3 kumpulan etnik utama di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Jumlah masyarakat India adalah lebih kurang 10% daripada populasi penduduk di Malaysia. Masyarakat India telah datang ke Malaysia lebih kurang 2000 tahun tetapi tidak menetap sehinggalah abad ke 19. Kebanyakkan mereka datang dari Selatan India, meninggalkan kemiskinan. Setelah tiba di Malaysia, ramai golongan India bekerja sebagai penoreh getah, sementara yang lain pula bekerja sebagai buruh atau pentadbir dan peniaga kecil-kecilan. Kebanyakkan mereka adalah berketurunan Tamil yang menerangkan golongan Selatan India yang datang ke negara ini semasa pemerintahan kolonial British. Dengan harapan untuk membebaskan diri daripada Sistem Kasta India, mereka datang ke negara ini untuk membina kehidupan yang lebih baik. Selain Tamil, masyarakat India Gujerat dan Sindhi Selatan India juga telah datang ke negara kita. Selain itu, terdapat juga masyarakat India dari Utara India yang datang dan menetap ke negara kita iaitu Punjabi, Bengali, Gujerat dan Sindhi. Pembahagian etnik india berkait rapat dengan pengkhususan pekerjaan. Sebagai contoh masyarakat India Tamil secara majoritinya bekerja di ladang-ladang getah dan hanya sebilangan kecil

17

yang bekerja di Jabatan Pekerjaan Awam kerajaan. Kaum India Telegus juga adalah bekerja di ladang getah manakala kaum India Malayalee terbahagi kepada pekerja ladang dan profesional. Kaum India dari Utara India kecuali Sikh adalah golongan pedagang dan peniaga. Sebagai contoh kaum India Gujerat dan Sindhi memiliki perniagaan tekstil penting di Malaya. Manakala kaum India Sikh pula adalah bekerja sebagai polis ataupun pemerhati7. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

MASYARAKAT CINA
Kaum Cina merupakan penduduk China yang datang dan menetap di Malaysia. Merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah 25% daripada populasi Malaysia. Kebanyakkan mereka berketurunan pendatang pada abad ke 19. Kemasukan masyarakat Cina ke Malaysia adalah melalui sistem Kanchu. Sebilangan kecil peneroka Cina membentuk kumpulan Cina Peranakan atau Cina Selat8. Golongan Cina terkenal dengan kerajinan dan mahir dalam bidang perniagaan. Masyarakat Cina di Malaysia telah menguasai ekonomi negara sejak dulu lagi, tetapi dengan pelaksanaan polisi untuk melindungi hak bumiputera oleh kerajaan, bahagian mereka terbatas. Akan tetapi, mereka tetap merupakan majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia.

7 8

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Indian http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Chinese

18

PENDIDIKAN DAN BAHASA Tiga kumpulan masyarakat Cina menggunakan bahasa yang berlainan iaitu Hokkien bagi yang tinggal di Utara Pulau Pinang, Kantonis bagi yang tinggal di pusat bandar Kuala Lumpur dan Mandarin bagi mereka yang tinggal Selatan Johor.

AGAMA Majoriti masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha atau Taoist dan kebiasaannya, mereka menggabungkan elemen Buddhism, Taoism, Confucianism, dan pemujaan nenek moyang di amalkan. Kira-kira 19% adalah beragama Kristian(aliran utama Protestan, Katolik dan mazhab Protestan) dan hanya sebilangan kecil menganuti agama Islam. There is quite a significant number of Christians among the Chinese population in East Malaysia.

KUMPULAN ETNIK ASLI9 ORANG ASLI
Orang Asli adalah ungkapan umum bagi semua kumpulan orang asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Mereka terbahagi kepada 3 puak utama iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu. Masyarakat Asli Negrito biasanya tinggal di Utara. Manakala bagi Senoi pula di tengah dan bagi Proto-Melayu mereka tinggal di Selatan.Setiap golongan ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Some are fishermen, some farmers and some are semi-nomadic.

MASYARAKAT SARAWAK
Kumpulan yang dikenali sebagai Dayak, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu merupakan kumpulan etnik utama di Sarawak. Dayak, yang bermaksud hulu atau pedalaman, digunakan oleh populasi pantai Islam sebagai gelaran kepada seramai 200 kumpulan

9

http://www.tourism.gov.my/corp/about/default.asp?content=history

19

puak. Biasanya, golongan ini tinggal di rumah panjang iaitu rumah komuniti tradisional yang menempatkan 20 hingga 100 keluarga.

Iban

Merupakan kumpulan etnik terbesar di Sarawak yang membentuk sebanyak 30% daripada populasi negeri Sarawak. Mereka sering kali disalah ertikan sebagai ‘Dayak Laut’ kerana kemahiran bersampan mereka. Mereka sebenarnya adalah puak ‘sungai’ yang datang dari tengah Kalimantan. Pada masa dahulu, mereka merupakan kaum pahlawan yang digeruni dan terkenal dengan kegiatan memancung kepala dan perlanunan. Mereka menyembah tuhan pemerintahan bertiga di bawah kuasa Singalang Burung, iaitu tuhan burung perang. Sungguhpun sekarang beragama Kristian, masih terdapat adat tradisional yang diamalkan.

Bidayuh

Merupakan pencinta keharmonian, Masyarakat Bidayuh yang beradab terkenal dengan layanan baik dan mesra dan juga tuak atau tapai beras. Mereka membina tempat tinggal di kawasan bukit dan kebanyakkan mereka adalah petani dan juga pemburu. Pada asalnya, mereka adalah pengamal animisme, tetapi sekarang kebanyakkan mereka beragama Kristian.

Orang Ulu

Orang Ulu atau “orang sungai”merujuk kepada puak sungai di Sarawak. Secara kasar, mereka membentuk 5.5% daripada populasi Sarawak iaitu terdapat lebih 100,000 puak Orang Ulu. Masyarakat Borneo adalah berbakat seni, ini kerana rumah panjang mereka dipenuhi dengan hiasan seni mural dan hasil pertukangan yang halus. Peralatan dapur mereka dihiasi dengan manik. Kaum perempuan Orang Ulu menghiasi tubuh mereka dengan lukisan tatoo yang halus.

20

MASYARAKAT SABAH
Kumpulan etnik Sabah yang terbesar adalah Kadazan, Dusun, Bajau dan Murut. Kadazan Dusun

Masyarakat Kadazan Dusun merupakan kumpulan terbesar di Sabah dengan jumlah sebanyak 30% daripada populasi negeri.Sebenarnya mereka merangkumi dua puak iaitu Kadazan dan Dusun. Tetapi mereka digabungkan kerana menggunakan bahasa dan budaya yang sama. Akan tetapi masyarakat Kadazan mendiami lembah rata muara sungai yang membantu penanaman padi. Manakala bagi masyarakat Dusun pula, mereka tinggal di kawasan bukit dan pergunungan di Sabah. Bajau Merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah dengan jumlah 15% daripada populasi negeri. Mengikut sejarah, masyarakat Bajau adalah pengembara laut yang menyembah Omboh Dilaut atau Tuhan Laut. Mereka yang meninggalkan pengembaraan laut menjadi petani dan penternak lembu. Golongan ‘Bajau Darat’ ini digelar “Koboi Timur” sebagai penghormatan kepada kemahiran berkuda.

Murut Masyarakat Murut merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di Sabah dengan jumlah 3% daripada jumlah populasi Sabah. Mereka menetap di Utara kawasan pedalaman dan merupakan etnik sabah yang terakhir menolak pemancungan kepala. Sekarang, mereka adalah petani yang menanam padi bukit dan ubi kayu. Selain itu mereka juga memburu dengan menggunakan penyumpit dan menangkap ikan. Seperti masyarakat Sabah yang lain, mereka turut menghiasi pakaian dengan manik.

21

DEMOKRASI
DEFINISI DEMOKRASI
Mengikut Kamus Dewan, demokrasi ialah pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya dan keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas. Istilah demokrasi berparlimen pula ialah pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan.10 Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat). Istilah "demokrasi" berasal dari Yunani Kuno yang diutarakan di Athena kuno pada abad ke-5 SM. Negara tersebut biasanya dianggap sebagai contoh awal dari sebuah sistem yang berhubungan dengan hukum demokrasi moden. Namun, erti dari istilah ini telah berubah sejalan dengan waktu, dan definisi moden telah berevolusi sejak abad ke-18, bersamaan dengan perkembangan sistem "demokrasi" di banyak negara. Perkataan "demokrasi" berasal dari dua kata, iaitu demos yang bermaksud rakyat, dan kratos/cratein yang bererti pemerintahan, sehingga dapat diertikan sebagai pemerintahan rakyat, atau yang lebih kita kenali sebagai pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Konsep demokrasi menjadi sebuah kata kunci tersendiri dalam bidang ilmu politik. Hal ini adalah wajar, kerana demokrasi ini disebut-sebut sebagai

indikator/penentu perkembangan politik sesebuah negara. Demokrasi menempati posisi vital dengan kaitan pembahagian kekuasaan dalam sesebuah negara, di mana kekuasaan
10

Kamus Dewan

22

negara yang diperoleh dari rakyat juga harus bertujuan untuk rakyat. Konsep ini menjadi sangat penting untuk diambil kira kerana dalam kekuasaan pemerintah yang begitu besar ternyata ia tidak mampu untuk membentuk masyarakat yang adil dan beradab, bahkan kekuasaan penuh pemerintah seringkali menimbulkan pelanggaran terhadap hak-hak asasi manusia.

Demokrasi dicirikan oleh penglibatan awam, persaingan di antara pelbagai kumpulan politik dan pilihanraya yang bebas. Perspektif prosedural sebegini tentang demokrasi membataskannya hanya kepada proses pemilihan kerajaan, terutamanya kepada apa yang dipanggil "persaingan bersempadan" (iaitu aturcara persaingan formal di antara kumpulan) dan "persetujuan bersyarat" (di mana yang kalah menerima keputusan persaingan politik sebagai sah dan yang menang tidak menghalang yang kalah daripada bersaing lagi di masa hadapan) 11(Dixon, 1994: 15-16). Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil.

• • • • •

Rakyat diberi hak mengundi. Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya). Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain. Kebebasan persatuan. Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undangundang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law.

11

(Dixon, 1994: 15-16).

23

Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik. 12

DEMOKRASI DI MALAYSIA
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di samping mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun. Di peringkat negeri pula, Sultan atau Yang diPertua Negeri merupakan Pemerintah Berperlembagaan bagi negeri-negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia dengan jelas membahagikan kuasa Persekutuan kepada tiga cabang, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif. Pembahagian kuasa ini dibuat di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri, selaras dengan konsep persekutuan yang menjadi asas pentadbiran kerajaan negara ini. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
12

Tentera

Negara.

Baginda

akan

menjalankan

tugas-tugas

dibawah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi

24

Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menterimenteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh perdana menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, perdana menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

PARLIMEN
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undangundang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undangundang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasilhasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan

tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahliahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu. Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.13

13

http://www.parlimen.gov.my/pengenalan-fungsi.htm

25

Struktur Parlimen Malaysia Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:1. Yang Di-Pertuan Agong 2. Dewan Negara 3. Dewan Rakyat Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 69 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara), 26 daripadanya dilantik oleh perjumpaan negeri negeri, dan selebihnya dilantik oleh Agong. Senator berkhidmat selama 6 tahun. Dewan Rakyat pula mempunyai 193 ahli yang dipilih semasa pilihanraya dan berkhidmat selama 5 tahun. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaaan negeri.

PILIHANRAYA
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon
yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Pilihanraya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturanperaturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:
• • • • • • •

Perlembagaan Persekutuan; Perlembagaan Negeri; Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19); Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5); Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981; Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002; Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

26

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 196014. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Semasa menunaikan tanggungjawabnya, Suruhanjaya Pilihan Raya, selaku badan bebas, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam mengendalikan pilihan raya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pemilihan 222 Ahli ke Dewan Rakyat, manakala Perlembagaan-perlembagaan Negeri pula memperuntukkan pemilihan sejumlah Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri. Bilangan Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri adalah seperti di Jadual 1:15
JADUAL 1 : DEWAN UNDANGAN NEGERI Negeri Perlis Kedah Kelantan Terengganu Pulau Pinang Perak Pahang Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Wilayah Persekutuan Labuan Jumlah di negeri-negeri Semenanjung
14 15

KERUSI-KERUSI Dewan Rakyat 3 15 14 8 13 24 14 22 8 6 26 11 1 1 166

PARLIMEN

DAN

Dewan Undangan Negeri 15 36 45 32 40 59 42 56 36 28 56 445

http://www.spr.gov.my/proses.htm http://www.spr.gov.my/parnstlassbm.htm

27

Sabah Sarawak Jumlah di Malaysia

25 31 222

60 71 576

Pembentukan kerusi-kerusi Parlimen dan Negeri dibuat melalui urusan kajian dan persempadanan semula seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan untuk membenarkan pilihan raya yang lain jika undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri membenarkan. Suruhanjaya telah menjalankan pilihan raya untuk pihak berkuasa tempatan/majlis sebelumnya dan Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memberi maklumat tentang perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pengisytiharan darurat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964, pada 18 September 1964 pilihan raya pihak berkuasa tempatan digantung. Penggantungan ini tidak pernah dibatalkan dan pada tahun 1976, pilihan raya pihak berkuasa tempatan dibatalkan. Semua ahli majlis adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan pada 4 September 1957. Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya yang dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli terkandung di dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Anggotaanggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada perlantikan Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang diPertuan Agong “hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam”.

Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-

28

8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya16.

AMALAN DEMOKRASI DALAM PENTADBIRAN TRADISIONAL

Sistem demokrasi telah lama wujud di negara kita. Amalan demokrasi terdapat dalam pentadbiran tradisional:

1.

Pada zaman raja berkuasa mutlak, terdapat Majlis Mesyuarat Pembesar yang dianggotai oleh Orang Besar Berempat yang menjadi penasihat raja.

2.

Terdapat pembahagian tugas seperti keselamatan kepada laksamana, kewangan kepada bendahari, Perdana Menteri kepada bendahara dll.

3.

Sarawak telah menubuhkan Counsil Negeri dan Supreme Council (Majlis Tertinggi) yang anggotanya terdiri daripada jemaah Menteri dan pembesarpembesar Melayu yang membantu Brooke dalam pentadbiran.

4.

Negeri Sembilan pula terdapat sistem pemerintahan dari peringkat atas ke peringkat bawah yang didahului oleh raja hingga ke buapak yang mentadbir anak buah.

5.

Di Johor pula telah ditubuhkan Dewan Undangan Negeri dan sebuah badan Perundangan iaitu State Council yang dianggotai oleh pegawai kanan pentadbir Johor.

Oleh itu sebelum 1957 pun, telah terdapat banyak unsur demokrasi yang dijadikan rujukan bagi mewujudkan sistem pentadbiran pada hari ini.

16

http://www.spr.gov.my/sejarah.htm

29

PENDIDIKAN
DEFINISI PENDIDIKAN

Mengikut Kamus Dewan pendidikan dedifinasikan sebagai perihal mendidik, ilmu didik, ilmu meendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan dan ajaran.
17

Secara umumnya

pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Selain itu, pula pendidikan adalah dapat ditafsirkan sebagai suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal ilmu pengtahuan dan kemahiran yang berlaku antara satu generasi kepada generasi yang lain ataupun dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan pula adalah struktur sosial yang berperanan sebagai tempat transmisi ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran individu. Persekolahan pula secara khusus ialah proses pengajaran dan pembelajaran secara formal yang berlaku dalam suasana bilik darjah di sekolah

SEJARAH PENDIDIKAN
Mengikut sejarah perkataan sekolah adalah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud masa lapang atau rekreasi. Sungguhpun pendidikan telah wujud dalam semua lapisan masyarakat, hanya dalam zaman moden pendidikan telah dijalankan dalam bentuk sistem persekolahan massa. Sekarang pendidikan dinegara kita telah menjadi pengetahuan umum bahawa sekolah merupakan tempat khusus dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan. Selain itu, apabila melihat sejarah pendidikan semasa zaman praindustri, persekolahan hanya terbuka kepada golongan tertentu yang
17

Kamus Dewan

30

mempunyai keupayaan dari segi kekayaan dan masa lapang. Orang yang paling berpelajaran pada zaman ini kebiasaannya adalah terdiri daripada golongan agama yang berkebolehan membaca dan menginterpretasi kitab-kitab. Selain daripada itu, golongan bangsawan juga mempunyai keupayaan untuk mendapatkan pendidikan. Kebanyakkan dari mereka telah mengupah guru persendirian. Bagi kebanyakan rakyat jelata, mereka banyak belajar melalui pemerhatian, pengalaman dan contoh-contoh yang diberikan oleh orang-orang dewasa. Selain daripada kesukaran untuk mencari tempat belajar, kemahiran membaca dan menulis adalah tidak penting dalam kehidupan seharian mereka ini. Oleh itu kebanyakan mereka adalah buta huruf. Pada zaman tradisional, kitab-kitab dan buku-buku ditulis menggunakan tulisan tangan. Dengan itu ia mengambil masa yang lama untuk disempurnakan dan tidak mempunyai banyak salinan. Pengedarannnya adalah terhad. Hanya setelah mesin cetak diperkenalkan barulah buku-buku dapat disediakan dalam tempoh yang cepat dan banyak. Mesin cetak yang dicipta di China dan dibawa ke Eropah telah menyebabkan peluang-peluang pendidikan semakin meluas. Namun begitu, pada peringkat awal penggunaan mesin cetak, faedahnya belum sampai ke lapisan rakyat jelata. Golongan mereka ini belum mendapat peluang sewajarnya. Golongan kaya terus mengambil kesempatan daripada perkembangan berkenaan. hanya apabila berlaku revolusi industri, keperluan terhadap pendidikan ini tiba-tiba mendadak. Pendidikan dalam bentuk moden yang merupakan suatu kegiatan mendedahkan murid-murid dalam bentuk pengajaran di bangunan yang dipanggil sekolah brrkembang dengan pesat pada zaman perindustrian.Di barat mulai awal abad ke-19 rakyat jelata telah mula berpeluang pergi ke sekolah apabila banyak sekolah-sekolah rendah didirikan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Perkembangan sistem persekolahan di barat telah berlaku dengan begitu hebat antara awal abad ke-19 (1800-an) hinggalah ke awal abad ke-20 (1900-an). Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku banyak perubahan dalam

masyarakat. Sistem sosial menjadi semakin kompleks dengan adanya ciri-ciri pengkhususan. Bandar-Bandar semakin berkembang dan penduduk semakin ramai. Bidang pekerjaan yang semakin kompleks memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru. Kemahiran yang diperturunkan daripada ibu bapa dan yang hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman tidak lagi mencukupi. Zaman moden memerlukan kemahiran-

31

kemahiran asas eperti mengira, menulis dan membaca. Kemahiran-kemahiran asas juga tidak mencukupi apabila berlaku berbagai-bagai perkembangan pelbagai teknologi dan ilmu pengetahuan. Ringkasnya manusia sentiasa memerlukan corak pendidikan yang lebih sistematik. Pada peringkat permulaan kebanyakan sekolah-sekolah barat adalah ditaja secara bebas oleh sektor bukan kerajaan seperti pihak persendirian dan pihak gereja. Oleh itu pendidikan masih dimonopoli oleh mereka yang mampu. Kemudian barulah kerajaan menyelia sekolah-sekolah swasta berkenaan. Pada pertengahan abad ke-20, pihak kerajaan mula terlibat secara langsung dalam pembangunan sekolah. Sehingga hari ini sistem persekolahan tidak berkembang ke seluruh dunia dan pada umumnya sistem persekolahan di barat telah menjadi model yang menjadi ikut negara-negara seluruh dunia, termasuklah negara-negara membangun seperti malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik atau kaum. Selain dari peringkat rendah, pendidikan peringkat tinggi juga telah berkembang dengan pesat pada zaman moden. Universiti-universiti telah tumbuh dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan golongan terpelajar yang semakin ramai. Pendidikan tinggi boleh jadi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, separa kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, di Perancis pendidikan tinggi adalah dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Di Britain juga kebanyakkan universiti adalah dibiayai oleh kerajaan. Amerika Syarikat pula mempunyai paling banyak universiti swasta. Sungguhpun demikian universiti-universiti swasta berkenaan rnasih menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Walaupun pada dasarnya tiap-tiap universiti mendakwa mempunyai standard tertentu, sudah menjadi tradisi bahawa setiap negara mempunyai universitinya terbaiknya sendiri. Jika di Amerika Syarikat Yale, Princerton, Harvard merupakan tiga senarai universiti-universiti swasta yang teratas, di Britain ianya adalah tiga universiti kerajaan iaitu Cambridge, Oxford dan London. Di Malaysia pula, sekurang-kurangnya atas dasar yang dahulu ditubuhkan Universiti Malaya (1961), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Sains Malaysia (1969) dan juga Universiti Teknologi Malaysia selalu diletakkan menduduki senarai teratas. Namun penyenaraian seperti ini bukanlah suatu gambaran yang tepat kerana setiap universiti mempunyai kekuatan fakulti yang tersendiri.18
18

Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Amir Hasan Dawi

32

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Malaysia kini adalah merupakan sebuah negara yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Malaysia Barat dan Malaysia Timur dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan jarak terdekat lebih kurang 650 kilometer. Keluasan Semenanjung Malaysia dianggarkan 131,573 kilometer persegi sementara Malaysia Timur lebih kurang 198,160 kilometer persegi. Malaysia mempunyai empat belas negeri dengan penduduk pelbagai etnik seramai lebih 23 juta orang. Pada tahun 1990, kumpulan utama penduduk adalah orang-orang Melayu dan Bumiputera lain yang membentuk lebih kurang 57 peratus, kedua etnik Cina lebih kurang 32 peratus, ketiga etnik India lebih kurang 10 peratus dan selebihnya adalah kumpulan-kumpulan minoriti. Pada tahun 2000 komposisi penduduk mengalami sedikit perubahan bilamana Bumiputera telah membentuk 66 peratus, Cina 25 peratus dan India 7 peratus. Malaysia secara rasmi mencapai kemerdekaan daripada Britain pada pada 31 Ogos 1957. Semenjak daripada kemerdekaannya Malaysia telah berusaha gigih membangunkan negara termasuklah memajukan sektor pendidikan. Latar belakang sistem pendidikan dimalaysia adalah berpandukan pada kemunculan masyarakat majmuk yang telah dibincangkan sebelum ini. Dalam pada itu, sistem pendidikan di malaysia telah melalui beberapa peringkat iaitu sistem pendidikan sebelum merdeka, selepas merdeka, selepas tahun 1980 dan selepas tahun 1990.
19

19

Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Amir Hasan Dawi.

33

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEMERDEKAAN
Setelah membincangkan mengenai masyarakat majmuk di Malaysia. Telah jelas ditunjukkan bahawa corak kependudukan telah diciptakan semasa era kolonial. Kumpulan-kumpulan etnik telah dikenali berdasarkan latar pekerjaan dan tempat tinggal. Majoriti besar orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani, etnik India di ladang-ladang dan orang-orang Cina di kawasan bandar ataupun kawasan perlombongan. Mereka mempunyai kepelbagaian dalam cara kehidupan seharian, berbeza dari segi bahasa, agama dan budaya. Corak sebegini diulangi berlaku di sektor pendidikan. Setiap kumpulan etnik mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri. Polisi kolonial adalah komplemen kepada identifikasi etnik. Secara mudah kita dapat membezakan sistem pendidikan berdasarkan bahasa yang digunakan. Ianya adalah sekolah aliran bahasa Melayu, aliran bahasa Cina, aliran bahasa Tamil dan sekolah Inggeris. Selain itu, Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah 4 sistem sekolah yang berlainan di Tanah Melayu, iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris. Seperti yang dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sistem sekolah berbilang bahasa di Tanah Melayu disebabkan oleh 3 faktor iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa, usaha individu-individu dan badan-badan mubaligh dan ketiadaan satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-matlamat yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses nationbuilding selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Pendidikan Melayu
1) Pengenalan Sebelum kedatangan institusi pemerintahan kolonial, orang-orang Melayu telah mempunyai bentuk sistem pendidikan mereka sendiri. Sistem pendidikan prakolonial pada umumnya adalah berlandaskan keagamaan. Ini bermakna pengajian A1-Quran menjadi institusi pendidikan yang penting. Pendidikan agama adalah lebih bercorak tidak 34

formal dengan menumpukan perhatian kepada pengetahuan Islam, aspek-aspek moral, pengetahuan spiritual dan seni mempertahankan diri atau silat. Selalunya guru-guru adalah mengajar secara sambilan di rumahnya dan murid-murid pula tidak tertakluk kepada peringkat umur tertentu. Pada peringkat yang lebih formal pendidikan agama adalah mengikut sistem pondok atau madrasah yang dimudirkan oleh tokoh-tokoh agama atau ulama tempatan. Di sekolah-sekolah murid-murid akan memahirkan hukum-hakam Islam dan selalunya keluar sebagai guru agama bergelar ustaz. Selain daripada itu terdapat juga pelajaran berbentuk pertukangan tangan seperti membuat alatan menangkap ikan dan berburu, membuat sampan, parang, keris dan keperluan-keperluan seharian lain. Seringkali pengetahuan am masyarakat adalah berdasarkan cerita-cerita lisan yang disampaikan melalui penglipurlara. Sistem pendidikan tradisional berterusan pada zaman kolonial. Sikap Inggeris terhadap pendidikan orang-orang Melayu adalah dingin sama seperti mana sikap mereka terhadap pendidikan orang-orang Cina dan India, selari dengan pandarngan rnereka terhadap peranan tiap-tiap kumpulan kaum berkenaan dalam pentadbiran British malaya. Hanya sultan-sultan Melayu kelihatan dapat mengekalkan kedudukan dan dalam sesetengah keadaan mcreka telah meninggikan prestij melalui asosiasi mereka dengan Inggeris (Andaya 1982). ”...Adalah benar sehingga agak terlewat tiada usaha gigih dilakukan oleh pentadbiran British untuk menyediakan pendidikan yang memuaskan kepada orang-orang Melayu” (The British Council 1974:3). Pendidikan awal yang disediakan adalah dikhaskan kepada anak-anak bangsawan melayu dan golongan kelas feudal atasan sahaja. Misalnya penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905 yang beraliran Inggeris adalah dikhususkan kepada anak-anak lelaki keluarga diraja atau aristokrat Melayu. Adalah dikatakan pada mulanya pelajar disekolah ini sengaja dilatih untuk menjadi pegawai- pegawai kerajaan. Sekolah vernakular melayu disediakan untuk penduduk melayu diluar bandar. Sekolah-sekolah berkenaan pada umumnya memang tidak mendapat sambutan daripada orang-orang Melayu.Kebencian kepada penjajah, perasaan syak wasangka terhadap tujuan Inggeris mengkristiankan ataupun sekurang-kurangnya mengsekularkan orangorang Melayu menghalang merekamemasuki sekolah berkenaan. Mereka lebih rela pergi ke sekolah agama ataupun langsung tidak bersekolah. Dalam perkataan lain mereka tidak

35

mahu bersekongkol dengan sistem sekular. Penduduk desa lebih dipengaruhi oleh sekolah-sekolah agama yang memfokuskan kepada kesedaran dan pengekalan identiti Melayu dan perpaduan menentang kuasa kolonial. Oleh itu kita boleh klasifikasikan sistem pcndidikan British untuk orang-orang Melayu kepada aliran Inggeris bagi kelas bangsawan dan sekolah vernakular Melayu bagi mereka yang di luar bandar.

2.

Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu

a. Negeri-negeri Selat Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Pada tahun 1855, sebuah Sekolah Melayu telah dibuka di Bayan Lepas (Pulau Pinang). Pada tahun 1856, 2 buah sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, satu di Teluk Belanga dan satu lagi di Kampung Gelam. Di Melaka terdapat 9 buah Sekolah Melayu yang dibuka antara tahun-tahun 1858-63. Pada tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di Butterworth telah menyusun semula sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau mencantumkan sistem persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. Muridmurid mengikuti pelajaran sekular di sebelah pagi dan mereka mengaji Quran di sebelah petang. Gaji guru-guru yang mengajar pelajaran sekular dibayar oleh kerajaan manakala gaji guru-guru agama dibayar oleh ibu bapa dan murid-murid. Percubaan Skinner telah berjaya dan beliau dilantik sebagai Nazir sekolah-sekolah pada tahun 1872. Bilangan Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat telah meningkat daripada 16 buah pada tahun 1872 (jumlah murid 596 orang) kepada 189 buah pada tahun 1892 (jumlah murid 7218 orang). Pada tahun 1884, Kerajaan British telah membuka sekolah pertama untuk murid-murid perempuan di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian telah dibuka di Pulau Pinang.

b. Negeri-negeri Melayu Bersekutu Guru-guru sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya dilantik pada tahun 1897. Bilangan Sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid

36

perempuan) pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid lelaki dan 34 bagi murid perempuan).

c. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Sekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira tahun 1897. Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orangorang besar sahaja. Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah. Jawatan Nazir Pelajar diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah Melayu yang pertama pada tahun 1903. Terengganu tidak mempunyai sebuah pun Sekolah Melayu sebelum tahun 1915 sedangkan Perlis telah mempunyai 5 buah pada tahun 1913. Sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di Johor yang berhampiran dengan Singapura. Pada tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah.

3.

Tujuan pendidikan Melayu Mengikut Dr. Awang Had Salleh, pendidikan sekular Melayu anjuran British mempunyai 4 tujuan besar iaitu: a. Mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan. b. Mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi. c. Menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi, nelayan, pekedai-pekedai kecil dan kerani-kerani rendah. d. Menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa.

Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942 kurang memberi peluang kepada orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu.

37

4.

Sukatan pendidikan Melayu Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolahsekolah Melayu yang lebih besar menyediakan pelajaran hingga ke darjah 6. Taraf pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917, pengajaran yang diberi di sekolah-sekolah Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta karangan. Sejak tahun 1917 secara beransur-ansuran, tumpuan juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding dengan sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah yang sesuai.

5.

Perkembangan pendidikan Melayu

Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada peringkat awal adalah lembap oleh sebab perkara berikut:

Ibu bapa cemburukan kehilangan tenaga kanak-kanak mereka yang bagi kerja di rumah. Mempunyai syak wasangka terhadap pendidikan sekular

diperlukan

yang

tidak

menitikberatkan pengajaran Quran. Lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan.

Mulai abad ke-20 pendidikan Melayu mula berkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23, Kerajaan British di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah. Enakmenenakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan Bahasa Melayu selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah

38

memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Wilkinson juga bertanggungjawab menerbitkan buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan kesusasteraannya sendiri. Kerajaan British telah menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan mutu pengajaran di sekolah-sekolah Melayu. Pada tahun 1878, Maktab Melayu Singapura telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru. Maktab ini ditutup pada tahun 1895. Pada tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan dibuka di Melaka. Kemudian pada tahun 1913, sebuah lagi maktab perguruan dibina di Matang, Perak. Maktab Perguruan Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang telah dibuka pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1924, sebuah Biro Terjemahan telah ditubuhkan di maktab ini untuk menterjemahkan buku-buku Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pada tahun 1935, Maktab Perguruan Perempuan Melayu dibuka di Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.20

Pendidikan Cina
Pendidikan Cina di Malaya British telah bermula seawal tahun 1829. Di Malaysia Timur pula sekolah Cina telah didirikan pada penghujung abad ke-19. Pendidikan Cina dalam jangka waktu yang panjang berada di tangan komuniti Cina sendiri. Pendidikan Cina di Tanah Melayu ini telah dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Persatuan Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos 1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan oleh masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854, sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura.Mereka mengusahakan pendidikan untuk komuniti Cina di seluruh Malaya dan Borneo. Tujuan pendidikan yang dibiayai oleh pemodal-pemodal Cina terutamanya adalah untuk menyediakan pekerja bagi perusahaan

20

Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

39

dan perniagaan mereka. Sehingga tahun 1919 terdapat sebanyak 56 buah sekolah Cina di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Philip Loh 1975). Perlu ditegaskan bahawa orang-orang Cina telah terbudaya dan secara tradisinya mengagungkan pendidikan. Pada penghujung abad ke-19 dan pertengahan pertama abad ke-20 semakin banyak sekolah persendirian yang dibiayai oleh ibu bapa Cina yang berasaskan pengetahuan klasik konfusius. Guru-guru dan buku-buku dibawa masuk daripada tanah besar China. Sekolah-sekolah ini adalah bermodelkan dan berorientasikan China yang sepenuhnya ”China dari segi bentuk dan pengisian” (Phang 1973: 18).Di antara tahun 1854-84, lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar. Murid-murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan bagaimana menggunakan capua. Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad ke-20 akibat pengaruh pemimpin-pemimpin politik negara China seperti Kung Yu Wei dan Sun Yat Sen. Tujuan mereka ialah untuk memupuk kesedaran politik dan perasaan kebangsaan di kalangan orang Cina seberang laut. Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.Di antara tahun 191119 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru dan buku teks dibawa dari negara China. Di sesetengah sekolah, perkembangan politik di negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.Mulai tahun 1920, bahasa Mandarin (Kuo Yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan di negara China di mana Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal, Kerajaan British membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan pesat dan bebas. British tidak membantu atau mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian, pada tahun 1920, Kerajaan British telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawasi sekolah Cina. Hal ini adalah kerana sekolah Cina telah mula dipengaruhi oleh politik negara China. Setelah revolusi dan penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1911, sikap anti Inggeris semakin berkembang di sekolah-sekolah Cina. Semangat China bertambah apabila ramai pelarian revolusi yang datang ke Tanah Melayu menjadi guru dan menanamkan pemikiran sayap kiri. Keadaan ini kemudiannya didapati mengganggu

40

autoriti British yang kemudiannya menyebabkan British mengubah dasar untuk mengawal sekolah-sekolah berkenaan. British mengawal sekolah-sekolah dengan memperkenalkan undang-undang pendaftaran sekolah. Melalui undang-undang ini, sukatan pelajaran dan pendaftaran guru telah dikawal. Sekolah yang tidak mengikut peraturan akan ditutup.Di bawah Enakmen Pendaftaran Sekolah, semua guru dan sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Cina pada tahun 1923.Kerajaan British melantik seorang Nazir sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah Cina. Sekolah Cina mempunyai pelajaran rendah 6 tahun, menengah rendah 3 tahun dan menengah atas 3 tahun. Sekolahsekolah menengah menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran sekolah Melayu dan sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari, peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang tahun 1938.Kawalan British semakin ketat selepas Perang Dunia Kedua.21

Pendidikan India
Pada tahun 1821, sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School. Pada tahun 1850, terdapat sebuah sekolah Anglo-Tamil yang dibantu oleh kerajaan di mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian, seperti dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan ladang kopi, gula, kelapa dan akhirnya getah. Sekolah-sekolah India yang awal telah didirikan di kawasan-kawasan ladang ini. Mulai tahun 1870, sekolah-sekolah kecil telah dibuka di ladang-ladang di mana penduduk India memerlukan pendidikan bagi anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan hasil usaha persendirian. Kerajaan pada masa itu tidak menganggapnya perlu bagi memberi pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada tahun 1905, terdapat 13 buah sekolah Tamil (kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil persendirian

Pendidikan Di Malaysia: Arah Dan Cabaran, JawatanKuasa Penerbitan Khas Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

21

41

di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di negeri-negeri tersebut ialah lebih kurang 4000 orang. Sekolah berbentuk formal ini yang telah diasaskan pada separuh pertama abad ke19 oleh mubaligh-mubaligh-Kristian.Sememangnya pentadbiran kolonial menggalakkan aktiviti mubaligh Kristian berkenaan. Hampir keseluruhan sekolah-sekolah untuk etnik india menggunakan bahasa Tamil dan berorientasikan India. Kerajaan hanya mula mengambil berat berkaitan dengan sekolah-sekolah Tamil selepas Perang Dunia Kedua. Keseluruhannya sebelum kemerdekaan terdapat empat jenis sekolah India iaitu yang dikelolakan oleh kerajaan, oleh ladang-ladang, oleh mubaligh dan oleh komuniti penduduk-penduduk tempatan (Arasaratnam 1979: 185).

Pendidikan yang disediakan oleh sekolah-sekolah Tamil secara relatifnya mempunyai nilai sosial dan ekonomi yang rendah. Sekolah Tamil di ladang-ladang adalah “ala kadar” sahaja. Pada amnya sekolah-sekolah didirikan untuk menjamin Inggeris mendapat cukup tenaga buruh yang tetap dan murah. Bangunan-bangunan sekolah yang tidak selesa selalu terdapat di tengah-tengah kawasan ladang. Keadaan telah memisahkan kanak-kanak India dari masyarakat dan dunia luar. Tiada guru terlatih dan guru biasanya adalah kerani estet yang mengajar beberapa jam sehari. Kehadiran murid terbatas kerana mereka lebih cenderung menolong ibu bapa di ladang atau di rumah. Pada tahun 1923, Kerajaan British memperkenalkan satu undang-undang yang memaksa pihak pengurusan ladang untuk mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-sekolah ini hendaklah dibiayai oleh pihak pengurusan ladang. Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah Tamil ialah kekurangan guruguru yang terlatih. Mutu pelajaran Tamil adalah rendah. Sekolah Tamil di ladang hanya memberikan pelajaran rendah selama 4-5 tahun. Buku-buku dibawa dari India. Persatuanpersatuan orang India ada menubuhkan sekolah Tamil di bandar. Mutu sekolah ini lebih tinggi dari sekolah ladang.Pada tahun 1920-an, Kerajaan British mula mengawal sekolah Tamil. Seorang Nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930.

42

Pada tahun 1932, Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.22

Pendidikan Inggeris
1. Pegenalan Pendidikan Inggeris buat kali pertamanya diperkenalkan di Malaya dengan penubuhan Penang Free School pada tahun 1816. Ini diikuti dengan Singapore Free School (1824) dan Malacca Free School (1826). Mubaligh-mubaligh Kristian memainkan peranan utama dalam mengembangkan sckolah Inggeris di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sungguhpun semua kaum boleh memasuki sekolah Inggeris namun peratusan besar muridnya adalah daripada kcturunan Cina. Ini sebahagian besarnya mungkin kerana fakta sekolah-sekolah berkenaan pada kebiasaannya berada di kawasan bandar di mana menjadi tempat tinggal sebahagian besar orang-orang Cina. Ini juga kerana dasar pendidikan Inggeris yang cuba mengelak menggalakkan terlalu ramai orang Melayu mendapatkan pendidikan berbahasa Inggeris kerana adalah dirasakan “pendidikan Inggeris sepatutnya tidak melanggar keseluruhan semangat dan tradisi Melayu”. Berdasarkan perbincangan di atas, adalah jelas ketiga-tiga kumpulan etnik yang utama tidak berinteraksi antara satu sama lain. Majoriti orang-orang Melayu menerima pendidikan sama ada di sekolah vernakular Melayu ataupun sekolah agama, sementara Melayu golongan bangsawan dididik di sekolah Inggeris moden. Etnik Cina mempunyai sistemnya sendiri yang berasaskan matlamat dan nilai-nilai yang didatangkan dari negeri China. Begitulah juga kaum India yang kita bincangkan tadi juga diorientasikan dengan kurikulum dan guru-guru latihan dari India. Sekolah-sekolah Tamil kebanyakannya terletak di lokasi ladang-ladang getah yang membolehkan kanak-kanak India mempunyai hubungan dengan kebudayaan India dan kepercayaan Hindu. Walaupun terdapat sekolah Inggeris, hanya segelintir tertentu yang mempunyai akses ke sana. Mereka yang memasuki sekolah Inggeris adalah terdiri daripada pelbagai etnik India, Melayu dan lain-lain. Mereka diorientasikan ke arah pemerintahan dan perdagangan barat yang dianjurkan oleh British. Sungguhpun begitu kebanyakan sekolahSandhu, K.S 1969. Indians in Malaya, Immigration and Settlement. Cambridge: Cambrides University Press.
22

43

sekolah ini terletak di bandar-bandar Semenanjung dan Borneo British. Secara semulajadinya lokasi sebegini menafikan akses kepada penduduk-penduduk kampung (Melayu) dan ladang (India). Sebaliknva memberikan kelebihan peluang kepada bangsawan Melayu dan etnik Cina yang tinggal di kawasan-kawasan bandar. Di samping,itu, kebanyakan orang-orang Melayu yang berpegang teguh kepada agama Islam, lebih suka menghindarkan diri daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh paderi-paderi kristian. Halangan budaya, corak ekonomi tradisi, prejudis dan kebimbangan terhadap sistem pendidikan sekular barat masih menjadi faktor utama menentukan orientasi pendidikan. Keseluruhannya, pendidikan semasa zaman kolonial tidak memungkinkan perhubungan yang rapat antara kumpulan-kumpulan etnik ini. Setiap kumpulan etnik mempunyai cara mereka sendiri dan ini memperluaskan jurang perbezaan budaya. Sistem pendidikan tidak mempunyai maksud

mempromosikanperpaduan dalam Malaysia.

2.

Sekolah Free Sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubalighmubaligh. Sekolah ini dinamakan Sekolah Free kerana ia menerima murid-murid dari pelbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di Tanah Melayu) ialah Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. Hutchins pada tahun 1816. Sekolah Free yang lain ialah Singapore Free School dan Malacca Free School. Semenjak ditubuhkan, Sekolah Free berada di bawah naungan kerajaan. Terdapat wakil kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan sekolah tersebut. Sekolah Free telah diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya akibat kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai penyelenggaraannya. Sekolah pertama yang diambil alih oleh kerajaan ialah Malacca Free School. Penang Free School telah diambil alih kuasanya oleh kerajaan pada tahun 1920. Mulai tahun 1928, sekolah tersebut menjadi sekolah menengah pada keseluruhannya.

3.

Sekolah Mubaligh

Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Kumpulan Mubaligh Roman Catholic, Kumpulan Mubaligh

44

Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah mubaligh terbuka kepada kanak-kanak terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah tersebut ialah untuk memberi pendidikan am serta memperbaiki akhlak berdasarkan ajaran agama Kristian. Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada 75% murid-murid lelaki memasuki sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura adalah di sekolah mubaligh. Persatuan mubaligh telah membuka sekolah bagi murid lelaki dan perempuan. Mubalighmubaligh Kristian adalah bertanggungjawab bagi perkembangan dan kepopularan pendidikan Inggeris di kalangan murid perempuan. Antara sekolah perempuan yang ditubuhkan ialah Sekolah Perempuan Bukit Bintang (Kuala Lumpur-1893), Sekolah Convent (Kuala Lumpur-1899), Sekolah Perempuan Inggeris Pudu (Kuala Lumpur-1914) dan Sekolah Perempuan St. George (Pulau Pinang). Menjelang tahun 1947, terdapat 33 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah Melayu. Pada tahun yang sama hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Antara sekolah mubaligh yang ditubuhkan bagi murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese (Pulau Pinang-1891), Sekolah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur-1897) dan Sekolah St. John (1904).

4.

Sekolah Inggeris Kerajaan

Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School yang ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya telah ditukar kepada Sekolah King Edward VII pada tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1905, Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di Kuala Kangsa yang pada mulanya dibuka hanya kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu. Tujuan utama Maktab Melayu ialah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada golongan atasan Melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai tadbir dalam perkhidmatan awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919, terdapat 17 buah sekolah Inggeris kerajaan di Tanah Melayu. Sekolah ini bertujuan mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru-guru dan kerani-kerani. Kebanyakan murid sekolah tersebut terdiri daripada bangsa Cina dan India.

45

5.

Sukatan pelajaran

Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah Inggeris. Sukatan Pelajaran yang seragam hanya wujud selepas adanya peperiksaan bagi memperoleh Biasiswa Queen (1885) dan Sijil Cambridge (1891). Sekolah Inggeris dapat dibahagikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah meliputi pendidikan selama 7 tahun, iaitu sampai darjah V. Sekolah menengah pula meliputi selama 4 tahun sehingga murid-murid mencapai Sijil Persekolahan Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Alam, Matematik Asas, Ilmu Kesihatan dan Latihan Jasmani. Kelas-kelas sains hanya terdapat di sekolah menengah yang besar di kawasan bandar. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris di Tanah Melayu adalah berasaskan kepada sekolah menengah di Britain. Justeru itu, murid-murid sekolah Inggeris telah mempelajari ilmu alam dan sejarah Britain.

6.

Latihan Perguruan Inggeris

Satu sistem yang dinamakan Normal Class telah dimulakan pada tahun 1905 di Kuala Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah Inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adalah mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar jadual waktu pengajaran selama 2 tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3 tahun mulai tahun 1925. Selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Normal Class telah digantikan dengan maktab pergurusan berasrama. Maktab Perguruan Kirkby telah ditubuhkan berhampiran dengan Liverpool. Maktab Perguruan Brinsford Lodge di Wolverhampton telah ditubuhkan pada tahun 1955.

7.

Pendidikan Tinggi dan Universiti

Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di Singapura pada tahun 1905. Maktab ini menjadi sebuah universiti pada tahun 1947. Maktab Raffles telah dibuka pada tahun 1929 di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran sains dan sastera. Institusi pengajian tinggi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931). Maktab Pertanian Serdang dinaikkan ke taraf universiti pada tahun 1972. Pada tahun 1949, Universiti Malaya (gabungan Maktab Raffles dan Maktab Perubatan King Edward VII) telah dibuka di Singapura. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya dibuka di

46

Kuala Lumpur. Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1962. Universiti asal di Singapura mula dikenali dengan nama Universiti Singapura.23

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA
Situasi politik di Malaysia berubah selepas kemerdekaan. Jika sebelumnya imigran sentiasa mempunyai rancangan kembali ke negara asal, sekarang mereka berubah pendirian untuk bermastautin di Malaysia. Mereka mengambil keputusan menjadikan Malaysia sebagai negara mereka. Tidak lama sebelum kemerdekaan terdapat suatu krisis antara kaum untuk menentukan syarat-syarat menjadi warganegara dan siapakah yang layak untuk menjadi warganegara. Pemimpin-pemimpin daripada setiap kumpulan akhirnya bersetuju dengan formula rundingan untuk kemerdekaan. Kerjasama adalah diperlukan untuk membina sebuah negara merdeka yang teguh. Fenomena ini ditunjukkan secara signifikan dalam penciptaan polisi pendidikan yang menekankan perrpaduan. Dalam kata lain, kesedaran tentang wujudnya pelbagai etnik menyebabkan lahir keperluan untuk menyatukan semua rakyat dalam setiap aspek kehidupan. Menjelang kemerdekaan pada tahun 1957, perjuangan untuk menncipta sistem pendidikan nasional bukanlah perkara yang nnudah. Reaksi terhadap Penyata Barnes (Federation of Malaya 1951) boleh dijadikan contoh bagaimana sukarnya untuk memuaskan hati setiap kumpulan etnik.

Penyata Barnes Laporan Barnes telah mencadangkan sistem pendidikan kebangsaan yang memberikan pendidikan rendah percuma kepada scmua kumpulan etnik berumur enam ke dua belas tahun. Pendidikan akan mengikut sistem bilingual, iaitu menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia juga mencadangkan bantuan kewangan kerajaan kepada sekolahsekolah Cina dan Tamil ditarik balik supaya tidak menggalakkan perkembangannya dan uga untuk mennberhentikan sistem persekolahan komunal. Cadangan ini telah menimbulkan bantahan daripada etnik Cina yang mendakwa Pennyata Barnes akan
23

Reflection Of Pre Independence Malaya, Mohamed Abid, Pelanduk Publication.

47

mcnghapuskan sekolah-sekolah Cina. Penyata ini juga dianggap sebagai bertujuan menekan atau mendiskriminasikan kebudayaan mereka.Sebagai tindakbalas kepada bantahan terhadap Penyata Barnes, Laporan Fenn-Wu telah dikemukakan pada tahun 1951.

Laporan Fenn-Wu Menurut Laporan Fenn-Wu dasar-dasar pendidikan tidak seharusnya menghapuskan atau menekan kebudayaan Cina. Sebaliknya sekolah-sekolah Cina dicadangkan diteruskan. Sekolah Cina juga dicadangkan supaya menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini akan menyebabkan sekolah-sekolah Cina menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa-bahasa Cina, Melayu dan Inggeris sementara sekolah-sekolah lain sekurangkurangnya menggunakan dua bahasa. Ia juga menyatakan sekolah-sekolah Cina dan Tamil hanya akan ditutup sekiranya orang-orang Cina dan India sendiri membuat keputusan sekolah-sekolah berkenaan telah tidak diperlukan.
24

Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960)

Pembentukan dasar pelajaran kebangsaan yang menekankan kepada pendidikan sebagai instrumen untuk mencapai perpaduan politik, pembangunan ekonomi dan integrasi sosial telah menjadi kenyataan melalui Penyata Razak 1956. Cadangan-cadangan utama Laporan Razak telah menjadi asas dalam penggubalan Ordinan Pelajaran 1957. Laporan berkenaan mengisytiharkan kepentingan perpaduan di kalangan semua kumpulan etnik sebagai:

”Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
24

Jomo, K.S. 1991. Masyarakat Malaysia: Cabaran Sosio-Ekonomi: Kuala Lumpur: Insan.

48

dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”

(Penyata Razak 1956)

Penyata Razak juga menekankan kepentingan polisi pendidikan dalam memuaskan aspirasi unggul setiap kumpulan utama budaya. Semenjak laporan Razak penyata-penyata pendidikan selepasnya sentiasa mengambil perhatian kepada langkah mengintegrasikan rakyat. Pada tahun 1960, Penyata Razak telah dikaji semula oleh Penyata Rahman Talib (1960). Penyata Rahman Talib (1960) yang telah diperakui ini juga menekankan kepentingan pendidikan sebagai laluan untuk mencapai perpaduan. Akta Pendidikan 1961 telah memasukkan kebanyakan daripada Cadangan-cadangan Razak dan Rahman Talib. Akta Pendidikan 1961 telah mendasari sistem pendidikan kebangsaan dan

mempromosikan pembangunan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Dalam akta berkenaan, Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu telah dikukuhkan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Namun begitu dalam masa yang sama penggunaan bahasa-bahasa lain, iaitu Tamil dan Cina adalah dibenarkan di sekolah-sekolah rendah. Pada tahun 1967 kerajaan telah meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan yang mengesahkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi menjamin penggunaan bahasa-bahasa lain khususnya untuk kegunaan tidak rasmi. Sebelum kemerdekaan,

ketiga-tiga jenis sekolah ini berbeza dari segi kualiti, kurikulum dan orientasi budaya. Sekolah-sekolah Melayu, Tamil dan Cina ini mensosialisasikan kanak-kanak untuk

menjadi sama ada Melayu, Cina ataupun India dengan mengekalkan identiti budaya masing-masing. Selepas kemerdekaan buku teks yang sama telah digunakan sebagai cara membentuk senstrik Malaysia. Namun sejurus sedekad selepas merdeka, dasar-dasar perpaduan telah dicabar oleh konflik dan rusuhan kaum yang ganas lagi berdarah. Pada 13 mei 1969 rusuhan kaum berlaku terutamanya kerana ketidaksamaan sosioekonomi dan juga politik yang semakin bertambah antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Orang melayu secara umumnya masih kekal jauh ketinggalan dalam lapangan ekonomi

49

terutamanya kerana tiga faktor iaitu kedudukan mereka yang tinggal di luar bandar, akses yang terhad kepada pendidikan dan kelewatan mereka memasuki aktiviti-aktiviti sektor moden. Berikutan tragedi berkenaan, kerajaan telah merancang strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan hubungan antara etnik.

Rukunegara Ideologi negara iaitu Rukunegara telah diperkenalkan pada tahun 1970. Matlamai ideologi Rukunegara adalah untuk mencapai negara bersatu dalam masyarakat plural, ketaatan kepada negara, masyarakat yang adil dengan kesamaan peluang, masyarakat yang liberal dengan kepelbagaian tradisi budaya dan masyarakat progresif yang diorientasikan ke arah sains dan teknologi moden (Information Ministry 1969). Alat utama untuk mencapai matlamat Rukunegara ialah Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat Malaysia dan menyusun semula masyarakat supaya identifikasi mengikut kaum, fungsi ekonomi dan lokasi geografi dapat dikurangkan danakhirnya dihapuskan.

Antara Lima prinsip Rukunegara ialah: - Kepercayaan Kepada Tuhan - Kesetiaan Kepada Raja dan Negara - Keluhuran Perlembagaan - Kedaulatan Undang-undang - Kesopanan dan Kesusilaan25

PENDIDIKAN SELEPAS TAHUN 1980
Selepas tahun 1980 agenda utama pendidikan masih lagi perpaduan kebangsaan. Penekanan adalah lebih kepada pembentukan kurikulum yang mempunyai kandungan silibus yang sama untuk mencapai perpaduan nasional. Sekarang perpaduan telah diberikan definisi khusus. Istilah “perpaduan” telah dinyatakan sebagai sifat-sifat afektif
25

Penteorian Sosiologi Dan pendidikan, Amir Hasan Dawi. Buku Teks Sejarah Spm.

50

yang merangkumi perasaan, emosi, sentimen, sikap dan nilai. Di sekolah murid-murid adalah dididik untuk memperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Dinyatakan bahawa terdapat hubungan yang erat antara kurikulum sekolah dengan perpaduan nasional. Selain daripada berfungsi sebagai penyampai ilmu, kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki di kalangan murid-murid yang seterusnya akan menggalakkan perpaduan. Berpandukan Laporan Jawatankuasa Kabinet, polisi pendidikan untuk tahun 1980-an telah menggariskan matlamat-matlamat yang lebih spesifik. Matlamat pendidikan kebangsaan Malaysia telah dinyatakan sebagai untuk:

Mencapai perpaduan nasional Menghasilkan tenaga kerja berkualiti kepada pembangunan negara Mencapai pendemokrasian pendidikan Menanamkan nilai-nilai positif

Sealiran dengan matlamat-matlamat di atas, Falsafah Pendidikan Negara telah dilancarkan pada tahun 1988 yang menyatakan:

”Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990:6)

Untuk menjayakan polisi dan matlamat-matlamat pendidikan, orientasi baru telah diperkenalkan kepada kurikulum sekolah. Di sekolah rendah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan sementara di sekolah menengah diperkenalkan

51

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan pengubahsuaian dan penambahan beberapa perkataan iaitu memasukkan perkataan ’ke arah lebih memperkembangkan’; menggugurkan perkataan ’lagi’; menukarkan perkataan mewujudkan kepada melahirkan, rakyat kepada warganegara dan menambah perkataan ’kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara’.

Konsep KBSR KBSR merupakan akronim bagi Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Ia merupakan

satu rancangan yang disediakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Dalam KBSR, bahasa pengantar ialah bahasa Melayu di Sekolah Rendah Kebangsaan, bahasa Cina atau Tamil di Sekolah Rendah Cina atau Tamil. Ini bermakna penduduk malaysia bebas memilih sekolah untuk anak mereka. Tambahan lagi penggunaan bahasa ibunda adalah dibenarkan. KBSR lebih menumpukan kepada aktiviti 3M, iaitu membaca menulis dan mengira.Terdapat tiga objektif utama yang cuba diketengahkan iaitu menerapkan murid dengan kaedah komunikasi, perkembangan individu dan manusia & alam sekeliling.

Prinsip-Prinsip Pengubalan KBSR 1. Pendidikan sekolah rendah hendaklah bercorak pendidikan asas iaitu membaca menulis dan mengira 2. Penekenan hendaklah diberikan kepada tiga bidang pelajaran yang utama iaitu bidang komunikasi, perkembangan individu dan manusia & alam sekeliling. 3. Penekenan hendaklah diberikan kepada pengajaran secara berkumpulan dan individu. 4. Straregi pengajaran berpusatkan murid hendaklah dititikberatkan. 5. Penyusunan bilik darjah hendaklah bercorak terbuka. 6. Perbezaan individu dikalangan murid hendaklah diberikan penekanan.

Konsep KBSM Di peringkat menengah pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Kurikulum ini mula dilaksanakan secara terhad pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989. matlamat

52

KBSM adalah selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu ke arah menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam rancangan KBSM, pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting untuk menjalinkan dan mengadun unsur-unsur ilmu, nilai kemahiran dan bahasa dalam semua mata pelajaran. Pendidikan bersepadu ini bertujuan membentuk pelajar daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, penerapan nilai-nilai murni dan perkembangan pembangunan diri individu.

Prinsip-Prinsip Pengubalan KBSM 1. Kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. 2. Pendidikan seumur hidup. 3. Pendidikan untuk semua pelajar. 4. Penekanan kepada unsur-unsur nilai rohani dan kemanusiaan 5. Peningkatan penguasaan bahasa Melayu. 6. Kesinambungan dari peringkat sekolah rendah. 7. Menggunakan disiplin ilmu yang ada.26

PENDIDIKAN SELEPAS TAHUN 1990
Tahun 1990-an merupakan penghujung abad ke-20. Seluruh dunia telah begitu ghairah menyambut kedatangan abad baru. Tidak terkecuali dengan bidang pendidikan di Malaysia bilamana tahun-tahun 1990-an dilihat sebagai penting untuk menyediakan diri menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21. Malaysia telah melihat jauh ke hadapan melalui wawasan 2020 yang mula diketengahkan pada 28 Februari 1991. Sebagaimana juga apa yang berlaku sebelum ini, ideologi yang dimanifestasikan dalam wawasan 2020 tidak lari daripada matlamat utama mencapai perpaduan negara. Ini jelas dibuktikan dalam cabaran-cabaran pertama, kelima dan ke lapan wawasan 2020. Cabaran pertama menyatakan “mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di
26

Pedagogagi, Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Ee Ah Meng.

53

peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara”. Cabaran kelima pula berbunyi ”mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak-ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara”. Cabaran ke lapan pula adalah ”pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum”.
27

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Pada tahun 1990-an juga Malaysia telah memperkenalkan Dasar Pembangunan

Nasional (DPN) yang dilancarkan pada 17 Jun 1991. DPN yang merupakan permulaan kepada Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991-2000) adalah lanjutan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada tahun 1990. Sungguhpun demikian perpaduan negara terus menjadi objektif akhir di mana DPN menganggap masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan kestabilan sosial dan politik demi mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN juga terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum yang akan menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan negara.

Dasar Pendidikan Malaysia Dasar pendidikan Malaysia adalah selaras dengan ideologi kerajaan untuk

mencapai Wawasan 2020. Cabaran keenam wawasan adalah secara langsung menyentuh peranan pendidikan pada abad akan datang. Cabaran itu ialah “mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”. Untuk merealisasikan cita-cita negara, berbagaibagai perubahan terus dilakukan terhadap bidang pendidikan. Pada tahun 1996 beberapa
27

Penteorian Sosiologi Dan pendidikan, Amir Hasan Dawi.

54

akta yang berkaitan dengan pendidikan telah diluluskan yang antaranya Akta Pendidikan 1996, Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Akta Pendidikan 1996 menegaskan kepentingan pendidikan untuk negara dan bangsa di mana ia mengambil kira situasi dunia yang bersifat global, wawasan negara, pendidikan bertaraf dunia dan konsep perpaduan yang diselaraskan dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

KONSEP DAN PERANAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pendidikan dan Perubahan

Makna perubahan secara ringkas adalah sebagai perbezaan antara sekarang dengan sebelum.Selaras dengan perubahan-perubahan dalam masyarakat, bidang pendidikan Malaysia tidak dapat lari daripada mengalami perubahan dan ia berlaku dengan begitu pantas sekali. Dalam masa tidak sampai lima puluh tahun setelah merdeka kita melihat berbagai-bagai usaha mengubah sistem pendidikan negara ke arah yang dianggap lebih maju. Banyak pandangan yang telah meneliti faktor-faktor persoalan mengapakah perubahan itu berlaku. Namun dalam konteks pendidikan di Malaysia, khususnya pendidikan peringkat sekolah, punca-punca perubahan boleh berlaku dari luar atau dari dalam institusi itu sendiri. Perubahan dari dalam bermaksud terdapat pihakpihak tertentu dalam dunia pendidikan atau di sekolah menginisiatifkan perubahan. Di sekolah misalnya perubahan boleh berlaku apabila pengetua dan guru-guru berusaha ke arahnya. Sementara itu punca perubahan dari luar bererti perubahan yang didorong oleh tenaga di luar sekolah. Perubahan boleh jadi dipaksakan melalui dasar-dasar ataupun melalui penerimaan sukarela. Namun disebabkan sistem pendidikan Malaysia adalah berpusat, maka perubahan-perubahan selalunya adalah berdasarkan arahan dari atas.

55

Pendidikan dan Modenisasi

Modenisasi adalah merupakan keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden. Pendidikan Malaysia telah mengalami modenisasi secara bcransur-ansur dengan adanya pertemuan dengan gejala barat. Modenisasi pendidikan yang diteruskan pada awal zaman kemerdekaan merupakan warisan sistem penjajahan. Selepas kemerdekaan penggubalan polisi-polisi negara adalah dibuat oleh mereka yang mendapat pendidikan moden barat. Ramai pemimpin politik dan pegawai tinggi Melayu awal adalah berpendidikan Inggeris. Mereka yang mendapat pendidikan tinggi di Britain telah diorientasikan dengan pemikiran British. Apabila mengimbas kembali, perjuangan menuntut kemerdekaan yang pada mulanya diterajui oleh golongan Melayu radikal seperti Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Parti Rakyat yang kebanyakannya lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, telah tidak direstui oleh Inggeris. Sebaliknya perjuangan golongan konservatif yang bersikap bekerjasama lebih diterima oleh Inggeris. Pihak Inggeris telah memainkan peranan dalam menasihati perkembangan sistem pendidikan negara. Semakin ramai pelajar-pelajar cemerlang dihantar belajar ke United Kingdom. Pendidik-pendidik Melayu yang berfikiran barat dikatakan meneruskan pemikiran barat untuk menyerap sistem kapitalis dunia. Dengan itu bolehlah dikatakan pengasasan sistem pendidikan moden Malaysia adalah berteraskan model pendidikan sekular-kapitalis. Dalam usaha memodenisasi pendidikan negara lebih ramai rakyat Malaysia yang pintar akademik telah dihantar melanjutkan pelajaran ke negara-negara maju untuk menimba ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman moden.
28

28

Penteorian Sosiologi Dan pendidikan, Amir Hasan Dawi

56

Reformasi Pendidikan Hussein Hj Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu; penyalur kemahiran dan ketrampilan; penyalur kepercayaan dan sistem nilai; persediaan untuk alam pekerjaan; pengawasan belia, remaja dan kanak-kanak; dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980-an bermotifkan tiga perrkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. Beliau juga merumuskan ”piramid yang belum siap” perkembangan Dasar pelajaran Kebangsaan daripada Zaman Perletakan Batu Asas (Zaman Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957), Zaman Pengukuhan (Zaman Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961) dan Zaman Kemaskini (Laporan Kabinet 1979). Sealiran dengan itu, Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1994) juga menegaskan bahawa reformasi pendidikan telah diadakan beberapa kali selepas kemerdekaan. Dengan ini kita boleh bersetuju dengan pandangan mereka sekiranya kita mentafsirkan reformasi sebagai perubahan-perubahan pendidikan yang dirancangkan secara teratur. Ini dibuktikan dengan wujudnya berbagai-bagai laporan yang mencadangkan supaya perubahan-perubahan dilaksanakan. Komitmen kerajaan terhadap reformasi pendidikan juga jelas ditunjukkan dengan pertambahan peruntukan pendidikan pada setiap tahun. Hasilnya semenjak kemerdekaan hingga kini, banyak kemudahan-kemudahan pendidikan telah dibangunkan. Untuk masa akan datang, berbagai-bagai strategi telah diatur demi menghadapi abad ke-21.29

29

Hussein Haji Ahmad. 1993. Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi dan Wawasan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

57

Pendemokrasian Pendidikan dan Kesamaan Peluang

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkar pelajaran. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku, semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolah-sekolah dibezakan mengikut kaum, kelas, kurikulum dan lokasi. Yuran yang dikenakan menyulitkan lagi penduduk miskin dan telah dinafikan hak persekolahan mereka. Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur mendemokrasikan pendidikan di Malaysia. Kesamaan peluang pendidikan di Malaysia bermakna kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurangkurangnya enam tahun. Sungguhpun begitu ia tidak memberikan implikasi yang besar kerana kanak-kanak masih lagi dikenakan yuran persekolahan. Pendemokrasian pendidikan menjadi semakin nyata mulai Akta Pelajaran 1961 yang menguatkuasakan laporan Rahman Talib. Pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak telah diperkenalkan mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan peperiksaaan memasuki sekolah menengah. Sehingga kini semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas, sosial, etnik, dan gender telah diberikan peluang bersekolah sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga. Malah mulai tahun 1999, peluang memasuki tingkatan empat telah diperluaskan kepada semua pelajar. Mereka yang kurang berkemampuan umpamanya penduduk-penduduk luar bandar telah dibukakan peluang dengan memberikan bantuan-bantuan pendidikan. Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama, khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh. Selepas kemerdekaan, pembinaan sekolahsekolah berasrama penuh telah digiatkan. Jika sehingga tahun sebelum kemerdekaan cuma terdapat tiga sekolah berasrama penuh (tidak termasuk Maktab Tentera Diraja), selepasnya ia tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Umpamanya dalam Rancangan Malaysia Kedua sahaja sebanyak 10 buah sekolah menengah sains telah mendapat peruntukan untuk dibina. Sekarang telah terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Jumlah sekolah-sekolah

58

berasrama penuh sememangnya banyak jika dicampurkan dengan kumpulan-kumpulan Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian banyak dibina sama ada di bandar ataupun di desa dan kerajaan juga telah membina sekolah-sekolah khas untuk golongan istimewa. Kemudahan-kemudahan sampingan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi juga diberikan kepada pendudukpenduduk miskin di bandar. Kekurangan guru-guru terlatih di luar bandar telah diatasi dengan memperkembangkan sistem latihan perguruan. Latihan di maktab yang pada mulanya di peringkat persijilan kini telah dinaikkan taraf kepada peringkat diploma dan sekarang dalam proses dinaik taraf kepada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jika sehingga tahun 1956 cuma terdapat lima buah maktab perguruan di seluruh Malaysia, pada suatu ketika selepas merdeka jumlahnya telah melebihi tiga puluh buah. Kini bilangan maktab dan pengambilan pelatih yang ramai menimbulkan pula isu kelebihan guru terlatih lepasan diploma hingga ada maktab-maktab perguruan terpaksa ditutup atau ditukar fungsinya. Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam di samping mengikuti program Kursus Perguruan Lepas Ijazah di maktab-maktab perguruan. Kini Institusi Pendidikan Sultan Idris telah diubah statusnya sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris khusus untuk perkembangan bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan Akta Pendidikan 1996, berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima latihan terus di maktab-maktab perguruan ataupun di institusiinstitusi pendidikan swasta. Di peringkat pengajian tinggi, peluang-peluang peididikan telah dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan universiti-universiti. Institusi-institusi pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia(1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia (1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975). Kini lebih banyak universiti awam dibina yang antaranya termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Terdapat pula universitiuniversiti yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais. Malahan mulai tahun 1983 semua institusi pengajian tinggi tempatan telah menggunakan sepenuhnya

59

Bahasa Melayu Malaysia sebagai bahasa pengantar. Pelajar-pelajar juga telah diberikan bantuan berbentuk biasiswa dan pinjaman kewangan. Kuota tertentu juga telah diberikan kepada pelajar-pelajar bumiputera. Selain daripada universiti tempatan, ribuan pelajarpelajar yang mencapai kecemerlangan khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terus dihantar belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi luar negara seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan Timur Tengah. Tahun 1990-an menandakan perubahan yang besar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini berbagai-bagai usaha digiatkan untuk

memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara. Akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan menggalakkan institusi-institusi pengajian tinggi di mana kebenaran telah diberikan kepada penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Unitar. Program pengajian kembar dengan institusi-institusi luar negara juga digalakkan. Begitu juga universiti-universiti luar negara telah dibenarkan membuka cawangan di Malaysia. Mulai tahun 2001 peluang mengikuti pengajian secara jarak jauh semakin banyak melalui konsortium Universiti Terbuka Malaysia (Unitem). Sesungguhnya semua ini merupakan usaha-usaha mendemokrasikan dan membuka peluang-peluang pendidikan untuk rakyat.

Pendidikan dan Sekularisasi

Secara mudah sekularisasi adalah suatu proses di mana agama kehilangan pengaruh terhadap berbagai-bagai situasi kehidupan sosial. Proses sekularisasi menyebabkan keruntuhan pengaruh-pengaruh organisasi dan nilai-nilai agama kepada idea-idea sains dan ilmu-ilmu pengetahuan duniawi yang dianggap moden. Pemodenan dikatakan telah memisahkan institusi agama dengan institusi-institusi sosial yang lain. Memperkatakan mengenai sekularisasi dalam masyarakat Melayu mungkin menimbulkan kontroversi dan ada sebahagian anggota masyarakat barangkali menentang sekularisasi kerana ia bertembung dan mencabar autoriti tradisional. Dalam kebanyakan kes di Malaysia, ramai individu Melayu menyatakan diri mereka sebagai Islam sungguhpun mereka mengamalkan cara hidup yang mungkin bertentangan dengan ajaran Islam.

60

Selain itu, salah satu daripada punca masyarakat desa Melayu enggan memasuki institusi pendidikan kolonial Inggeris ialah kerana agama. Ini dibuktikan pada penghujung abad ke 19 hanya 70 orang sahaja Melayu daripada 534 orang penuntut yang didaftarkan di sekolah Inggeris negeri Perak. Namun begitu Inggeris telah berjaya menanamkan fahaman sekular di kalangan bangsawan Melayu yang terdidik di sekolahsekolah Inggeris. Ini telah pun dijelaskan bahawa Maktab Melayu Kuala Kangsar telah dikhaskan kepada anak-anak lelaki bangsawan.. Inggeris sememangnya mempunyai falsafah sendiri untuk menjaga hati golongan bangsawan yang ditaati rakyat ini. Mereka tinggal di asrama dan disosialisasikan dengan budaya elitis Inggeris. Mereka diasuh dengan amalan gaya hidup barat seperti bermain kriket, minum petang, cara berpakaian, cara makan, cara berinteraksi dan sebagainya. Gaya hidup elit yang terasing daripada rakyat jelata memudahkan Inggeris memecah dan memerintah masyarakat Melayu. Mereka yang fasih berbahasa Inggeris dibentuk supaya menjadi pegawai-pegawai kerajaan yang bekerjasama dengan Inggeris. Selepas kemerdekaan peranan pendidikan dalam pensekularan secara tidak langsung semakin nyata apabila lebih ramai pelajar-pelajar terpilih di hantar menyambung pelajaran peringkat tinggi terutamanya ke United Kingdom. Ringkasnya, dalam jangka masa yang begitu panjang, pengaruh sistem pendidikan barat telah tertanam dengan mendalam dalam amalan pendidikan. Berdasarkan apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, ternyata terdapat ramai rakyat sama ada dewasa atau remaja yang telah terpengaruh dengan unsur-unsur budaya barat yang dikatakan bertentangan dengan amalan budaya tempatan.

Pendidikan dan tenaga kerja.

Di Malaysia sistem pcndidikan telah menapis pelajar-pelajar untuk mengisi pekerjan-pekerjaan tertentu dalam masyarakat. Sistem perjawatan pula adalah ditentukan berdasarkan sijil persekolahan dan secara mudah kita boleh membahagikan pekerjaan kepada sekurang-kurangnya empat golongan berdasarkan kriteria persijilan. Setiap jenis itu dibayar dengan tangga gaji berbeza. Bagi mereka yang berrkelulusan menengah rendah dan ke bawah, mereka akan mengisi jawatan jawatan peringkat rendah seperti

61

buruh, pembantu pejabat, jurutaip, tukang sapu, prebet tentera, konstabel polis dan sebagainya. Bagi mereka yang sampai ke menengah atas, mereka selalunya akan menjadi pegawai kerani, pegawai kastam, pegawai imigresen, inspektor polis, guru dan lain-lain. Orang yang berijazah akademik pula boleh memegang jawatan pegawai tadbir, penolong penguasa polis, pegawai bank, guru berijazah dan lain-lain. Bagi yang berkelulusan dianggap profesional mereka akan menjawat jawatan tinggi seperti jurutera, peguam, doktor dan akauntan. Walau apa pun persoalan yang timbul, kepentingan sistem pendidikan di Malaysia untuk melahirkan tenaga kerja memang telah dikaji dan dirancang.

Pendidikan dan Hubungan Etnik Etnik atau ethnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya. struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang karib. Di Malaysia, komposisi pcnduduk yang pelbagai etnik telah menjadi signifikan semenjak kolonialisasi Inggeris. Kita telah melihat sebelum kemerdekaan pendidikan telah memisahkan etniketnik di Malaysia. Selaras dengan hasrat perpaduan negara, selepas kemerdekaan semua kaum telah cuba disatukan dengan sistem persekolahan yang sama. Mereka diberikan peluang bercampur gaul dalam sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantarnya. Begitu juga di peringkat universiti awam Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar. Di samping penggunaan bahasa Melayu, polisi pendidikan merdeka telah menetapkan kurikulum penggunaan teks, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Sungguhpun di peringkat sekolah rendah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina masih diteruskan, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu di peringkat menengah.

62

Merujuk kepada peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan IPTA memang nyata bahawa majoriti yang memasukinya adalah orang-orang Melayu. Ini mungkin menimbulkan persoalan penafian peluang kepada etnik-etnik lain. Untuk membincangkan hal ini, kita perlu merujuk semula kepada dasar kerajaan yang memberikan keutamaan kepada etnik Melayu berdasarkan faktor-faktor tertentu. Pertama adalah kerana etnik Melayu jauh ketinggalan dari segi pendidikan semasa zaman penjajahan. Keduanya kaum Melayu telah ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi. Ketiganya sekolah-sekolah asrama penuh didirikan untuk golongan miskin di luar-luar bandar yang majoritinya adalak orang-orang Melayu. Keempat kewujudan sekolahsekolah berkenaan adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Kelimanya adalah berdasarkan hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, adalah sangat menarik melihat dimana sungguhpun anak-anak etnik Cina tidak diberikan banyak kemudahan ke asrama penuh, mereka masih mampu meneruskan kejayaan pendidikan malah terus mengungguli bidang pendidikan dimalaysia. Ada pandangan mengatakan bahawa kuota yang diberikan kepada pelajarpelajar Melayu telah menjejaskan kecemerlangan akademik mereka. Ini berdasarkaan kuota pelajar-pelajar Bumiputera dianggap tidak perlu berusaha lebih untuk bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Bumiputera. Akhirnya timbul persoalan atau dilema sama ada untuk mengekalkan kuota ke IPTA bagi membantu etnik Melayu yang jauh ketinggalan ataupun dasar meritokrasi sepenuhnya berserta penghapusan kuota perlu dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan berkenaan.

Pendidikan dan Teknologi Teknologi merupakan hasilan-hasilan ciptaan manusia yang digunakan sebagai alat bantuan kepada kemudahan manusia. Pada kebiasaannya masyarakat diukur kemajuan berdasarkan keupayaan dan kecanggihan teknologinya. Bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menggunakan teknologi. Teknologi penting sebagai alat bantuan dalam proses pendidikan. Teknologi yang digunakan dalam pendidikan berubah daripada

63

yang tradisional kepada apa yang ada pada masa kini. Teknologi pada zaman awal persekolahan telah dianggap tradisional pada masa kini. Antara alatan yang dianggap tradisional ialah penggunaan kapur dan papan hitam. Teknologi yang dianggap moden pula ialah seperti buku, televisyen, video dan lutsinar. Pada hari ini teknologi semakin berkembang bila terdapat alatan-alatan seperti komputer, cakera liut dan cakera padat, imager, alat tayang, internet dan sebagainya. Perkembangan teknologi dalam pendidikan merupakan inovasi untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Bantuan teknologi memudahkan para pendidik mentransmisikan ilmu pengetahuan. Oleh itu pada keseluruhannya teknologi terkini yang sentiasa berkembang masih mempunyai matlamat membantu perhubungan antara guru dan murid-muridnya.

Hubungan Pendidikan Malaysia Dengan Pandidikan Antarabangsa Sebagai sebuah negara vang mengamalkan sistem pcndidikan moden, Malaysia mempunyai hubungan pendidikan dcngan negara-negara luar. Hubungan dan kerjasama pendidikan sangat diperlukan dalam memajukan pendidikan negara. Tambahan pula Malaysisebagai sebuah negara mermbangun yang terdiri daripada pelbagai budaya memang memerlukann bantuan-bantuan luar. Sebahagian permbiayaan pendidikan penuntut-penuntut Malaysia ke luar negara misalnya dibayai melalui pinjaman daripada badan-badan antarabangsa terutamanya Bank Dunia. Terdapat juga skim-skim biasiswa yang disiediakan oleh pihak luar untuk segelintir rakyat Malaysia, misalnya yang berikan oleh British Council dan negara Jepun. Selain daripada mendapatkan bantuan kewangan bagi pendidikan, hubungan

pendidikan antarabangsa melibatkan kerjasama dalam bidang-bidang sains dan teknologi, pembangunan sumber manusia, penyelidikan, sains sosia dan sebagainya. Dalam pada itu juga terdapat sebuah organisasi dibawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dinamakan UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation) yang bertujuan menyumbang kepada keamanan dan keselamatan dunia. Rangka kerjasama UNESCO adalah melalui bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan

64

komunikasi. Malaysia juga menyertai UNESCO yang bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) diseluruh dunia.30

Ringkasan Sistem Pendidikan di Malaysia Pada Masa kini
Sistem Pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan Sistem Pendidikan Inggeris. Pendidikan bermula daripada tadika sehingga ke institusi pengajian tinggi. Secara ringkas, Sistem Pendidikan Malaysia boleh dinyatakan seperti berikut:
• • • • • •

Tadika/Tabika (2 - 3 Tahun) Bermula dari umur 5 tahun Sekolah Rendah (5 - 7 Tahun) Bermula dari umur 7 tahun Sekolah Menengah Rendah (3 - 4 Tahun) Sekolah Menengah Tinggi (2 Tahun) Tingkatan Enam Pengajian Tinggi

Pendidikan Pra-Sekolah Sekolah Tadika (pra-sekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian Tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Penubuhan Tadika oleh pihak swasta amat digalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai Kelas Pra-Sekolah. Namun kemasukan ke kelas ini terbuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. Dengan ini diharapkan, sebaik sahaja melangkah ke tahun 1 persekolahan, anak-anak Malaysia telah melalui alam pendidikan Pra-Sekolah yang amat penting itu. Pendidikan Rendah Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, Ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada

30

Penteorian Sosiologi Dan pendidikan, Amir Hasan Dawi

65

peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah. Pendidikan Menengah Pendidikan menengah di Malaysia boleh dipecahkan kepada dua peringkat, iaitu Menengah Rendah (Tingkatan 1-3), dan Menengah Atas (Tingkatan 4-5).
*

Bagi pelajar yang meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan daripada

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, mereka perlu memasuki satu tahun kelas persediaan. Kelas khas ini dinamakan Tingkatan Peralihan.Pendidikan Sekolah Menengah Atas menawarkan bentuk pendidikan yang lebih khusus. Secara amnya, pelajar boleh memasuki pengkhususan seperti berikut:
• • •

Pengkhususan Sains Pengkhususan Sastera Pengkhususan Teknikal (Sekolah Vokasional)

Terdapat 2 Ujian Awam pada peringkat ini. Pendidikan Pra-Universiti Pendidikan pra-universiti adalah pengajian lanjutan selepas persekolahan sekolah menengah bagi persediaan untuk kemasukan ke Universiti. Penerimaan program prauniversiti ditentukan berdasarkan Ujian Awam SPM. Secara amnya, pendidikan prauniversiti adalah seperti berikut:
• • •

Tingkatan Enam Matrikulasi Pendidikan Luar

66

Tingkatan Enam Tingkatan Enam menawarkan dua bentuk pengkhususan, iaitu Sains dan Sastera. Kursus pra-universiti ini dilangsungkan selama 1 setengah tahun. Pada akhir tahun Ujian Awam STPM diadakan bagi menentu kemasukan ke Universiti. *Sijil STPM juga diterima oleh kebanyakan Universiti antarabangsa Matrikulasi Program Matrikulasi adalah pendidikan pra-universiti seperti Tingkatan Enam, yang diselia oleh Universiti tempatan di Malaysia. Program Matrikulasi berlangsung selama 1 tahun setengah dan Ujian diadakan pada akhir tahun pengajian untuk menentu kemasukan ke Universiti. Pengajian Tinggi Pendidikan Malaysia terbahagi kepada beberapa peringkat seperti berikut. 1. Institut Pengajian Tinggi Awam 2. Institut Pengajian Tinggi Swasta 3. Maktab Perguruan 4. Politeknik 5. Kolej Awam 6. Kolej Swasta 7. Institut Ujian Awam Kebangsaan Ujian Awam peringkat Kebangsaan (National Public Examination) diadakan di akhir tahun persekolahan pada setiap tahap pendidikan, bermula dari sekolah rendah. Bagi sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan semasa tahun 6 enam persekolahan.Pada peringkat sekolah menengah rendah, Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan.Pada peringkat sekolah menengah atas, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan. Bagi yang mendapat keputusan baik dalam ujian SPM, mereka layak 67

untuk

meneruskan

pelajaran

ke

Tingkatan

Enam,

atau

memasuki

kursus.Matrikulasi.Tingkatan Enam berlangsung selama 2 tahun, dan pada akhir tahun pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) diadakan. STPM serta Sijil Matrikulasi (ujian bagi kursus Matrikulasi) adalah kelayakan asas untuk meneruskan pengajian ke Sarjana Muda. Cara lain bagi melayakkan diri untuk Sarjana Muda ialah menerusi pengajian swasta seperti di kolej-kolej swasta. Kolej Swasta menawarkan kursus pra-universiti seperti Kursus diploma

Jenis-Jenis Sekolah di Malaysia pada masa kini : • • • • Sekolah bestari (Smart School) Sekolah sukan Sekolah agama Sekolah khas 31

31

http://ms.wikipedia.org/wiki/pendidikan

68

RUMUSAN

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan tadi jelas bahawa kedatangan pelbagai etnik ke Tanah Melayu yang terdiri daripada etnik Cina dan India telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara malaysia. Mereka datang ke tanah melayu disebabkan pelbagai keistimewaan dari segi kedudukan, kekayaan, dan dasar-dasar yang dijalankan oleh penjajah terhadap Malaya ketika itu. Kewujudan masyarakat majmuk ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi sistem demokrasi di malaysia yang banyak menimbulkan kontrovesi. Ini dibuktikan pada peristiwa 13 Mei 1969 yang sedikit sebanyak adalah berpunca daripada kecelaruan dan kekurangan sistem politik atau demokrasi ketika itu. Namun peristiwa ini telah menjadi teladan kepada sistem demokrasi dinegara kita yang mana ketika ini kita telah mempunyai satu sistem pentadbiran yang terbaik dan memberi keadilan kepada semua. Mengikut sistem demokrasi berparlimen di Malaysia yang mengekalkan sistem berpelembagaan, sultan merupakan ketua negara yang mana setiap keputusan negara mesti mendapat restu daripada sultan terlebih dahulu. Selain itu, Malaysia juga mempunyai parlimen yang akan menggubal undang-undang negara dan secara tidak langsung memberi keadilan kepada pelbagai kaum di Malaysia. Mencapai perpaduaan kebangsaan telah dikenal pasti sebagai objektif utama dasar-dasar tahun 1970-an. Antara polisi penting pendidikan ialah perubahan daripada aliran Inggeris kepada penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu daripada peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti. Pada tahun 1979, satu Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan yang sekali lagi mempunyai matlamat utama untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Sesungguhnya pendidikan telah diberikan peranan yang besar untuk mencapai matlamat berkenaan.Selepas kemerdekaan juga pendidikan di negara kita ini tidak lari juga daripada hasrat utama untuk mencapai perpaduan nasional. Laporanlaporan dan dasar-dasar yang digubal adalah berfokuskan ke arah integrasi masyarakat berbilang etnik. Semenjak kemerdekaan hinggalah sekarang, pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan dan modenisasi. Disamping itu, dalam mengejar pembangunan dan kemajuan melalui pendidikan moden kita tidak boleh lupa untuk menerapkan nilai-nilai tempatan yang menjadi tradisi dan kebanggaan. Nilai-nilai tempatan ini adalah diperlukan kerana ia mengambarkan identiti kita tersendiri.

69

RUJUKAN
Reflection Of Pre Independence Malaya, Mohamed Abid, Pelanduk Publication. Malaysia Dari Segi Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Titas Kertas 1, Azhar Hj. Mad Aros, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Buku Teks SPM. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan,Amir Hassan Dawi, Quantum Books. Pendidikan Di Malaysia, Arah Dan Cabaran, Fakulti pendidikan Universiti Malaya. Hussein Haji Ahmad. 1993. Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi dan Wawasan. Jomo, K.S. 1991. Masyarakat Malaysia: Cabaran Sosio-Ekonomi. Pedagogagi, Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Ee Ah Meng Harun Aminurrrashid,1966 Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu

70

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful