SULIT

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2006 Set 3 2 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2006’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. 3. 4. 5. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B tidak mempunyai pilihan. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT

Set 3
Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah]

Bahasa Melayu 2 PMR

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca -punca meningkatnya kes jenayah. Panjang ringkasan anda tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Peningkatan kes jenayah yang melibatkan remaja perlu diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. Pendedahan salah laku remaja yang dipaparkan melalui media massa begitu mengejutkan kerana kebanyakan remaja yang dihadapkan di mahkamah berusia antara 15 hingga 25 tahun. Menurut pakar psikologi,perlakuan jenayah sama seperti tingkah laku lain yang memerlukan kelaziman(kebiasaan melakukan sesuatu perkara). Seseorang itu tidak mungkin melakukan pembunuhan jika sekadar memegang sebilah pisau kerana alat tersebut boleh digunakan untuk melakukan pelbagai kerja yang berfaedah. Individu yang tidak pernah menyalahgunakan pisau, berisiko rendah untuk membunuh atau mencederakan orang lain.Kelaziman berlaku selepas individu itu mendapat habuan daripada perbuatannya yang terdahulu. Baginya, habuan untuk diri sendiri adalah kepuasan(balas dendam) atau meningkatkan ego dan harga diri. Mempelajari sesuatu perlakuan jenayah juga sama seperti mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah kerana memerlukan masa dan tahap yang tertentu. Oleh sebab itu, penjenayah untuk kes yang berat, lazimnya bermula dengan melakukan beberapa jenayah kecil. Kejayaan demi kejayaan melepaskan diri daripada tangkapan pihak berkuasa akan meningkatkan keyakinan dan kemahiran penjenayah. Keberanian mencabar undang-undang semakin bertambah sehingga menjadikannya berani melakukan jenayah serius. Persekitaran sosial yang teruk seperti kemiskinan, kawasan perumahan setinggan yang daif, kadar pengangguran yang tinggi dan penyalahgunaan dadah yang berleluasa boleh mempengaruhi perlakuan jenayah. Sebagai contoh, ketagihan dadah me nyebabkan remaja memerlukan wang yang banyak untuk membeli dadah dan akhirnya mereka terpaksa mencuri untuk mendapatkan wang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat terkini supaya dapat mengawal tingkah laku anak remaja mereka. Remaja sekarang tidak sama seperti remaja 20 tahun yang lalu. Dahulu mereka tidak akan membantah apabila dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebaliknya, remaja sekarang jauh berbeza. Semakin kuat ibu bapa melarang mereka melakukan sesuatu perkara, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk mencubanya. (Dipetik daripada rencana Punca Peningkatan kes Jenayah oleh Nina Afrina dalam ruangan Surat Pembaca, Dewan Masyarakat,Januari 2005)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 3
Bahagian A (ii): Pemahaman [10 markah]

Bahasa Melayu 2 PMR

Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri i) ii) iii) Berikan maksud rangkai kata “meningkatkan ego”? (2 markah) Bagaimanakah persekitaran sosial mempengar perlakuan jenayah? uhi (4 markah) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengurangkan kes jenayah di negara kita? (4 markah)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

Set 3
Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 25 minit ) ( 20 markah )

Bahasa Melayu 2 PMR

Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual itu, huraikan pendapat anda tentang tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia.Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tempat-tempat Bersejarah Yang Terdapat di Malaysia Negeri Perak Selangor Melaka Tempat bersejarah Pasir Salak Istana Lama Bukit Chandan Bukit Melawati A Famosa Bukit St Paul Bukit Cina Perigi Hang Tuah Lembah Bujang Bukit Kepong Istana Lama Seri Menanti

Kedah Johor Negeri Sembilan

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

4

Set 3

Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan . (a) Sebagai seorang pegawai polis, anda tela h dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah tentang “Peranan Masyarakat dalam Membanteras Jenayah”. Tulis ceramah anda itu selengkapnya.

(b) Anda dan keluarga membuat persiapan untuk menyambut satu perayaan kaum. Gambarkan persiapan tersebut.

(c) Lembaga Pengawas sekolah anda menganjurkan pertandingan kelas terbersih. Sebagai ketua tingkatan, anda merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti agar kelas anda menjadi johan. Catatkan segala perancangan yang telah anda lakukan.

(d) Anda baru sahaja membaca satu cerpen bertemakan pengorbanan yang tersiar di dalam sebuah akhbar. Tulis semula cerpen yang anda baca itu.

(e) Mutu sukan negara semakin merosot sejak belakangan ini. Bincangkan.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 3

Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah] Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang pernah anda kaji sama ada di Tingkatan 2, atau tingkatan 3. (i) (ii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari. Merdeka! Merdeka! , karya A. Rahman Hanafiah.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, pilih satu watak sampingan dan huraikan tiga perwatakan watak sampingan dalam novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful