You are on page 1of 40

1 1.0 Pendahuluan Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa.

David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language). Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2). Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif Terapan,( ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik ( ( Sociolinguistics), Bidang Neurolinguistik ( Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik Applied Linguistics), Psikolinguistik Psycholinguistics). sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C.

2 Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik digunakan sebagai pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. 2.0 Sejarah Ilmu Sosiolinguitik

Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalam karyanya yang berjudul Astadhayayisatu buku yang berisi tentang stilistik bahasa pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abad kemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat. Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnya langage, langue dan parole ( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1). Langage bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa. Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu, misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersediri. Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu. Parole bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai idiolek. Tak lama selepas itu, langkah de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Serikat, seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa, budaya, dan kognisi.

3 Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama Harver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Tokoh ini sebelumnya melihat kajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. Setahun berikutnya, Weinreich (1953) menulis Language in Contact, yang diikuti dengan kemunculan karyakarya besar lain dalam bidang ini. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang.

3.0

Definisi Umum Sosiolinguistik Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik,

menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Dengan itu, mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.

4 Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50). Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentukbentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007). Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam.

5 Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti aku, patik, beta, engkau, anda, pak cik, mak cik, abang, adik, encik, tuan, puan, dato, tan sri, puan sri dan seumpamanya. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya, pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184).

6 Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah

dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Di samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas menjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam interaksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti. 4.0 Definisi Sosiolinguistik Mengikut Pendapat Tokoh

Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam hal ini, pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara. Pertama, struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Keempat,

7 terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial. yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa, khususnya unsur yang membentuk sistem bahasa. Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Dalam kata lain, dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara. Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar ( setting ), peserta ( participant ), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim, 1981: 4 ). Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial, dan sebaliknya, pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistik Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. . Selanjutnya, menurut J.A. Fishman (dalam Suwito, 1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial, seperti

8 status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor situasi, iaitu siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what language, to whom, and when. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahanperubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktorfaktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. Sejajar dengan pendapat di atas, Eastman (1975,115) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa, dan kajian-kajian yang sekategori. Rene Appel (dalam Suwito, 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat, sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi, serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit. Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dan perancangan bahasa.

9 Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga, serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat. Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat, kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. Oleh itu, segala sesuatu yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya. Downes (1998,9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila beliau mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). Menurut Downes (1998,15) lagi, kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. Pertama, kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas, iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan sebagainya, dalam konteks perubahan sejarah. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. Kedua, huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi

10 pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik, analisis perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa, ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik yang mengkaji makna. 5.0 Bidang-bidang Cakupan Ilmu Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap, cara menyebut perkataan, bunyibunyi perkataan, penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Sosiolinguistik juga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam masyarakat Melayu. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begitu luas untuk dikaji. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik seperti berikut: Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. Perancangan bahasa Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol Bilingualisme dan multilingualisme Kesantunan bahasa Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Sikap terhadap bahasa

11

5.1.

Kesetiaan Terhadap Bahasa, Pergeseran Bahasa dan Peluputan Bahasa. Kamus Dewan edisi ke-4, maksud bagi perkataan setia ialah teguh hati atau tetap

hati. Manakala kesetiaan pula bermaksud keteguhan hati berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan. Konsep kesetiaan terhadap bahasa oleh pengguna bahasa/ ahli/ anggota masyarakat dapat ditakrifkan sebagai sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa. Penutur-penutur perlu yakin terhadap kemampuan bahasa, berkenaan sebagai alat pemikiran dan juga sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu yang memiliki sifat kesempurnaan yang menjadikan bahasa Melayu itu tepat, berkesan dan sesuai dengan tugas dan situasi penggunaannya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan (Abdul Hamid Mahmood, 1997: 85). Penutur bahasa Melayu seharusnya bangga menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tidak merojakkan bahasa Melayu. Pergeseran bahasa meliputi komuniti yang berlainan, komuniti besar berkuasa, faktor sosial, perbezaan sosial, migrasi, politik, pendidikan, penyebaran dan promosi bahasa lain, dasar bahasa dan peranan media. Pergeseran komuniti besar berkuasa iaitu golongan kelas menengah yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Jadi kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan perkembangan bahasa Melayu. Komuniti yang berlainan telah dikatakan bahawa ramai orang memegang pandangan umum iaitu setiap kaum itu memutuskan satu bahasa, tetapi pemerhatian yang lebih rapat terhadap setiap kaum akan mendedahkan keadaan yang sangat berbeza. Setiap kaum sebenarnya mempunyai subkaum, dan setiap satunya menuturkan bahasa yang berlainan. Seterusnya, dasar bahasa dalam sesebuah negara juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Misalnya dasar bahasa di Singapura bahawa terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Dasar seperti ini seolah-olah menggambarkan bahawa bahasa Melayu Sentral dikelilingi oleh bahasa-bahasa lain yang periferal. Begitu juga dalam sistem pendidikan di negara-negara ini, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diajar di sekolahsekolah tetapi dengan memberi pemberatan kepada bahasa Inggeris. Peranan media yang berperanan penting di dalam mewujudkan pergeseran bahasa misalnya media

12 bertanggungjawab menyalurkan pelbagai maklumat dalam pelbagai bahasa seperti dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan sebagainya. Seterusnya, perbezaan sosial juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Kedudukan yang berbeza di antara masyarakat akan menyebabkan wujudnya pergeseran bahasa di kalangan mereka. Misalnya golongan elit menggunakan bahasa Inggeris di dalam pertuturan seharian mereka manakala bagi golongan yang sederhana, mereka tentu menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan mereka. Pergeseran bahasa juga wujud disebabkan oleh adanya penyebaran dan promosi bahasa lain. Misalnya, sesetengah individu atau organisasi lebih suka menyebarkan dan mempromosi bahasa lain. Peluputan bahasa dianggap sebagai zaman pemalapan bahasa Melayu. Zaman malap bagi martabat bahasa Melayu ini memberi cabaran yang paling besar kepada pejuang bahasa Melayu. Pada masa kini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peluputan bahasa. Seterusnya, bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa pertama dan bahasa pengantar semua mata pelajaran lain di semua sekolah nasional. Kerajaan pada hari ini juga mengambil keputuan membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi bagi tujuan mempertingkatkan ilmu dalam bidang sains dan teknologi dan yang paling kritikal penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pemimpin dimana para pemimpin ini tidak segan silu lagi menggunakan bahasa Inggeris di tempat-tempat sepatutnya digunakan bahasa Melayu. Misalnya, dalam sesuatu mesyuarat rasmi kerajaan( mesyuarat yang 90% daripada anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan dipengerusikan oleh orang Melayu) di dapati lebih 80% bahasa yang digunakan ialah bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris bercampur Melayu, padahal bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, bukan bahasa Inggeris. Berlaku juga dalam penggunaan Bahasa Melayu di Sektor Korporat dan Swasta berada di bawah paras bahaya dan amat membimbangkan. Penggunaan bahasa Melayu amat rendah, malah ada golongan tertentu seperti yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa pihak swasta memusuhi bahasa Melayu. Kejutan yang paling utama adalah tentang terkuburnya semua sekolah aliran Melayu. Tamatnya era persekolahan Melayu ini bermula dengan penutupan sekolah rendah sebanyak 41 buah dan 13 buah sekolah menengah.

13

5.2.

Perancangan Bahasa Perancangan bahasa dianggap sebagai sebahagian daripada sosiolinguistik.

Perancangan bahasa adalah satu bidang yang dimasukkan ke dalam perancangan negara. Ada banyak dasar yang dibentuk dalam membina negara dan identiti Malaysia yang melibatkan perancangan bahasa. Sebenarnya perancangan bahasa bukanlah satu perkara baru. Apabila manusia sudah mula membina sistem tulisan, maka itu sudah mula dianggap sebagai suatu aspek perancangan bahasa. Dalam kurun yang lalu, banyak negara yang merdeka daripada kuasa yang menjajahnya. Penjajah bukan sahaja menguasai negara itu daripada segi politik, tetapi juga daripada segi bahasa dan budayanya. Ini menyebabkan penduduk-penduduk asli negara-negara tersebut mundur dan identitinya tertekan. Selepas merdeka, negara-negara ini tidak lagi terpaksa menggunakan bahasa penjajah bagi urusan pentadbiran dan pendidikan. Apabila dimerdekakan mereka mula membangunkan negara bangsa masing-masing. Ini termasuklah Malaysia. Oleh sebab itu, kita lihat apakah langkah-langkah perancangan bahasa yang dilakukan di Malaysia bagi membina identiti sendiri, dan juga mendemokrasikan ilmu. 5.2.1 Perancangan Taraf Bahasa Kebangsaan

Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, ada beberapa langkah yang dilakukan bagi membina bangsanya. Pertama, para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara. Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysia selepas 1963. Mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Ini adalah langkah yang dikenali sebagai perancangan taraf Bahasa Melayu diberi taraf dan martabat baru. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu diberi fungs-fungsi khusus. Fungsi tersebut ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran negara, dan digunakan

14 sebagai bahasa penghantar pendidikan. Inilah dasar yang membolehkan, buat pertama kalinya, pelajar Melayu dari luar bandar mendapat pendidikan melalui bahasa sendiri. Dasar ini dibentuk oleh Menteri Pelajaran pertama Persekutuan Tanah Melayu iaitu, Tuan Abdul Razak Hussein, pada zaman penjajahan Inggeris, pendidikan menengah dan tinggi hanya dalam bahasa Ingers. Pada masa itu hanya sepuluh pratus anak-anak Melayu yang mendapat pendidikan sekolah menengah, dan tidak pun sampai ke universiti setiap tahun. Itupun dalam bidang sastera. Bilangan pelajar Melayu yang sampai ke universiti dalam bidang sains boleh dikira dengan jari. Bahasa Melayu telah mendemokrasikan pendidikan. Pendidikan sampai kepada semua lapisan rakyat. Itulah sumbangan terbesar Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Melayu. Anak-anak Melayu dari luar mula menjadi doktor, jurutera, ahli sains dan lain-lain. Kejayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendiditan memang tidak dapat dinafikan. Namun dasar ini berubah kembali kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik pada tahun 2003. alasan kerajaan ialah bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan global. Dasar ini dijangka akan membawa penduduk luar bandar, estet, dan kawasan miskin di bandar kembali kepada keadaan sebelum merdeka. Mereka tidak akan mampu belajar bahasa Inggeris dengan baik, dan sekali gus tersisih daripada pendidikan. Dasar ini banyak dibantah oleh Badan Bukan Kerajaan seperti Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA,) Akademi Sains Malaysia (ASASI), dan lain-lain.Mereka menyusulkan supaya sains dan matematik terus diajar dalam bahasa Melayu sebab dasar ini terbukti berjaya. Badan-badan bukan kerajaan ini sama sekali tidak menentang pembelajaran bahasa Inggeris. Cuma mestilah bahasa Inggeris diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja, dan sekiranya perlu diberi penekanan yang lebih kuat. Bukan bagi mengajar sains dan matematik di sekolah.

15

5.2.2

Perancangan Bahan.

Sejak awal merdeka lagi kerajaan sudah menyedari perlunya bahasa Melayu dirancangkan bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran. Bagi membolehkan bahasa Melayu menjalankan fungsi tersebut, maka bahasa Melayu itu sendiri perlu dibina daripada segi sistem ejaan, perkataan, istilah, tatabahasa, dan penggunaannya. Perancangan begini dipanggil perancangan bahan, iaitu bahasa itu sendiri dijadikan bahan perancangan. Bagi menjalankan tugas-tugas ini, Dewan Bahasa dan Pustaka didirikan pada tahun 1956 di Johor Bahru. Kemudian Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Selama hampir 50 yahun, Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai yang termaktub dalam akta penubuhannya. Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menyusun sistem ejaan baharu bagi Bahasa Malayu, baik ejaan rumi mahupun jawi. Sistem ejaan yang digunakan sekarang adalah hasil usahanya. Dalam bidang peristilahan pula, Dewan Bahasa dan Pustaka pula mencipta istilah-istilah ilmu yang diperlukan. Bahasa Melayu sudah berkembang menjadi sebuah bahasa moden. Pada tahun 1955, semasa Persekutuan Tanah Melayu merdeka, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah sahaja. Pada masa ini bahasa Melayu digunakan bagi menyampaikan ilmu di maktab dan universiti. 5.2.3 Pengisian Bahasa Melayu

Satu lagi usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang banyak mencapai kejayaan ialah rancangan pengisian bahasa Melayu. Ada dua aspek pengsian ini. Pertama, banyak buku ilmu dikarang atau diterjemahkan bagi kepentingan sekolah rendah, sekolah menengah, maktab, dan universiti. Kedua, sastera Melayu juga berkembang pesat. Banyak hasil sastera dihasilkan dan ramai penulis dilahirkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

5.3.

Laras Bahasa, Variasi Bahasa dan Ragam Bahasa

Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. Bahasa digunakan oleh masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa. Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran, pendapat, perasaan, hasrat dan seumpamanya. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah, sastera, agama, ekonomi, sains, pertanian, perubatan dan berbagai bidang lain. Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara lisan atau penulisan (Nik Hassan Basri Nik. Ab. Kadir, 2005a: 355). Masyarakat yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan. Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Laras berubah mengikut situasi. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya bergantung kepada situasi, iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap, tajuk percakapan, suasana, bentuk percakapan, cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaanya. Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu antaranya, variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek, merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Idiolek, Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Seterusnya

17 dialek kawasan, variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Istilah dialek sosial yang dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasabahasa yang formal. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial. Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. Makin banyak jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah penyebaran satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya. Di Malaysia, misalnya, sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa mengikut daerah yang berlainan. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah itu disebut dialek, seperti dialek Kelantan, dialek Perak, Dialek Johor dan seumpamanya. Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktorfaktor sosial, sepeti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, kedudukan sosio-ekonomi penutur yang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1993: 29). Menurut Chambers 1983, bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek, dan penutur-penutur dialekdialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi, 1979:1 ). Di Yunani terdapat perbezaanperbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet, 1967:69). Mengikut Mario A. Pei, dialek adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa

18 atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. (Mario A. Pei, 1960: 56). Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50 ). Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Malayu. (A. Teew 1961:43). Bahasa Melayu sekarang ini telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). Bahasa Malaysia sekarang merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Kini sudah wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu, seperti bahasa Melayu pasar, variasi cakap mulut, variasi cakap surat, variasi bahasa kacukan, variasi Bahasa Melayu Lama, variasi Bahasa Melayu Moden, variasi Bahasa Rasmi, dan Variasi Bahasa Melayu Baku. Seterusnya, setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, terdapat idiolek-idiolek, iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan, dan kelainan stilistik yang terjadi akibat daripada konteks yang berlainan (Mario A. Pei 1966:119). Semua kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar daripada had saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong dalam satu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan stilistik di dalam dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami diantara satu sama lain ketika berkomunikasi. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi: a Sebutan Contoh: Perkataan ``air disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. B Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. c. Tatabahasa

19 Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan kan. Perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). (d) Kosa kata Contoh: kpiti (dialek Melayu Sabah bermaksud ketam)

Kesedaran bahawa bahasa itu mempunyai variasi-variasinya sudah lama dibincangkan oleh ahli-ahli bahasa. Mereka mendapati bahawa satu-satu bahasa itu, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Jepun mempunyai banyak variasi atau kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur-penuturnya untuk pelbagai macam tujuan, keadaan, aspek bidang, dan tempat. Seterusnya, secara umumnya, ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, seperti urusan surat-menyurat, semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Bahasa formal mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Ia digunakan dengan betul dan teratur. Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu bahasa, manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. Oleh tu, bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan bahasa itu, ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang tersusun rapi. Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. Selain itu, bahasa formal juga memerlukan intonasi yang sempurna, bersesuaian dengan konteks. Secara ringkasnya, bahasa formal bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan.

20 Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari, khususnya dengan orang yang kita kenal mesra. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara, iaitu percampuran kod. Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam perhubungan, umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Percampuran kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal. Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memerikan suatu kesan tertentu. Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun. Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa tidak formal dengan bahasa formal iaitu dari segi pilihan ganti nama. Bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi ganti nama orang pertama. Kadang-kadang ganti nama bahasa Inggeris I dan you digunakan untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Contohnya, Imah tak mau ke bandar sorang-sorang. Manakala dalam bahasa formal nama sendiri tidak boleh digunakan untuk menggantikan saya. Contoh, Saya tidak mahu ke bandar seorang diri. Seterusnya penggunaan kata gelaran dalam bahasa tidak formal tidak terdapat kata gelaran lengkap yang digunakan. Contoh, Pakcik duduk dengan sapa? Tak sunyi ke pakcik duduk sorang-sorang?. Manakala dalam bahasa formal, kata gelaran digunakan selengkap-lengkapnya. Kata gelaran hormat seperti encik, puan, tuan dan kata gelaran jawatan seperti doktor, inspektor, cikgu, profesor dan sebagainya digunakan sepenuhnya dalam perbualan formal. Contoh, Encik tinggal dengan siapa?Tidakkah encik berasa sunyi tinggal seorang diri?. Perbezaan dari segi penggunaan kata singkatan atau unsur kependekan dalam bahasa tidak formal kata singkatan banyak sekali digunakan. Seperti, tidak tak, hendak nak, mahumau, adik dik, bapak pak. Contoh, Makcik duduk kat P.J. , kat sana ada pasar malam. Macam-macam barang boleh

21 beli. Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur. Contoh, Saya tinggal di Petaling Jaya, di sana ada pasar malam. Kami boleh membeli segala macam barang keperluan. Seterusnya, unsur -lah dalam bahasa tidak formal, unsur ini banyak digunakan dalam perbualan.Contoh, Kau ni asyik termenunglah. Telefonlah buah hati engaku tu. Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah. Manakala dalam bahasa formal unsur ini tidak digunakan. Contoh, Awak ini asyik termenung sahaja. Cuba telefon buah hati awak. Mungkin dia ada di rumah. Seterusnya, percampuran kod dalam bahasa tidak formal, percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa Kantonis, Hokkien, Arab, Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan dalam perbualan. Contoh, I tak dapat ambik anak I from school hari ini. I ada meeting hari nilah. Contoh dalam bahasa formal, Saya tidak dapat menjemput anak saya dari sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting. Selain itu, aspek intonasi dalam bahasa tidak formal, intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih pendek dan tidak memberikan pola intonasi sepenuhnya manakala dalam bahasa formal, intonasi lebih lengkap digunakan untuk menggambarkan segala pola intonasi, seperti dalam ayat penyata dan ayat tanya.

5.4 5.4.1

Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Pidgin, dan Kreol Bahasa Kebangsaan

Menurut Kamus Dewan, 1970: 58, bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan digunakan oelah ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa dan loghat yang lain-lain. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh sesebuah negara, khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang identiti negara yang berdaulat. Setiap negara yang merdeka memilih satu bahasa sebagai lambang jati diri bagi negara yang meredeka, di samping lambang-lambang kebangsaan yang lain seperti bendera kebangsaan, bunga kebangsaan, budaya kebangsaan, lagu kebangsaan dan seumpamanya.

22 Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera, bukannya bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan difahami umum, dan mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera. Di Malaysia bahasa yang dipilih untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Soalnya, mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih dan dijadikan bahasa kebangsaan negara ini? Sememangnya, negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Pertama, di Malaysia terdapat bahasa-bahasa bumiputera seperti Bahasa Melayu, Bahasa Iban (di Sarawak), Bahasa Kadazan (di Sabah) dan seumpamanya. Selain itu, terdapat juga bahasa Jawa, Bahasa Acheh, Bahasa Mandailing dan sebagainya yang dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka yang berhijrah dari kepulauan Indonesia. Kedua, di Malaysia terdapat juga bahasa orangorang asli. Ketiga, terdapat bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan Sri Lanka seperti bahasa Tamil, Telugu, Malayalam yang semuanya menjadi anggota bahasa rumpun Dravidia. Keempat terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti Bahasa Inggeris, Hindustan, Banggali, dan Urdu. Kelima, adanya Bahasa Arab yang termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik. Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak begitu banyak tetapi bahasa Arab masih mempunyai pengaruh terutamanya dalam pendidikan agama di Negaa kita. Akhir sekali ialah bahasa Kreol dalam kalangan orangorang Portugis di Melaka, dan bahasa Pidgin atau bahasa pasar, iaitu bahasa campur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan seumpamanya. Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia, kita dapat membahagikan bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian, iaitu bahasa bumiputera dan bahasa bukan bumiputera. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu, bahasa-bahasa orang asli, dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Bahasa-bahasa ini dikategorikan bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini, bukan bahasa yang datang dari luar. Bahasa-bahasa yang digolongkan sebagai bahasa bukan bumiputera ialah bahasa yang dibawa masuk dari luar seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jawa, Bahasa Acheh, dan sebagainya.

23 Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai jumlah pemakai yang banyak. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda juga paling tinggi jumlahnya. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain tidak dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu. Pun begitu, tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. Malah bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek kedah, dialek Negeri Sembilan, dialek Johor, dialek Pulau Pinang, dialek Melayu Sabah, Dialek Melayu Sarawak, dan sebagainya. Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluhpuluh dialek yang berlainan seperti dialek Kedah, dialek Perak, dialek Kelantan, dialek Melayu Sabah, dialek Terengganu, dialek Pahang, dialek Melayu Sarawak dan sebagainya. Dialek-dialek digunakan oleh orang-orang tertentu adalah percakapan dengan anggota keluarga mereka ataupun dengan orang yang berasal dari daerah yang sama bagi mereka. Dalam percakapan antara orang-orang dari berlainan daerah atau dalam penggunaan bahasa secara tidak formal, bahasa Melayu yang digunakan adalah Bahasa Melayu daerah atau Bahasa Melayu umum bukannya Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu baku seperti yang digunakan di sekolah-sekolah. Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita memilih Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi melambangkan jati diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Banyak lagi faktor lain yang menyokong pilihan tersebut. Antaranya termasuklah faktor bahasa Melayu itu merupakan bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Pedagang-pedagang dari negara China, India dan Arab sejak abad ketujuh lagi mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan mereka. Faktor lain seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai sistem tulisan yang sempurna, mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak, dan mempunyai jumlah penutur yang paling banyak berbanding dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain.

24 5.4.2 Bahasa Rasmi

Menurut Kamus Dewan (1970: 59), bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara. Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi, tidak dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan. Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan antara kerajaan dengan rakyat jelata. Bahasa itu, boleh dipilih sama ada bahasa kebangsaan negara, atau bahasa penjajah, ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa bumiputera negara itu. Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia dijadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara itu. Di negara Singapura keadaannya agak berbeza. Singapura telah menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya, dan telah mengambil empat bahasa yang berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa. Empat bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin. 5.4.3 Pidgin

Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan, 1996: 88). Bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya.

25 Menurut Asmah Haji Omar (1982: 99), bahasa pasar dihuraikan sebagai berikut: Due to the intermingling between the Malay and the non-Malay, mostly in the market place, there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. This form of communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in particular the Chines and Tamil ones. Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu. Maksudnya bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku. Penutur bahasa pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk dengan bahasa asing, iaitu bahasa ibunda penutur itu. Jika pentutr itu orang Cina, maka kata-kata daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu. Lazimnya kata-kata Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing dan mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing. Dari segi intonasi atau lagu bahasa juga, didapati terpengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, Bahasa Benggali, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Menurut Zaba, gaya yang dipakai ketika orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan gaya cakap mulut sahaja dan jika yang dipakai di antara orang Melayu dengan bangsa lain atau di antara orang bangsa lain yang berlainan bangsa dinamakan bahasa pasar. Berikut diberikan beberapa contoh bahasa pasar: a. a. You free tak malam ni. You datanglah my house and kita boleh study sama. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah. Lu mau beli ikan ke. Ini ikan cukup baik le. Lu beli manyak-manyak. Lu pilih dulu cali beto-beto baik punya. Wa cakap beto, wa tak tipu lu la, manyak mulah oi. b. Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Hari-hari dia sekolah pagi. Dia naik itu api kereta.

26 Zaba, dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menggunakan istilah bahasa kacukan bagi bahasa pasar. Beliau menyatakan antara bahasa Malayu pasar termasuklah bahasa Melayu-Cina, Melayu-Baba, Melayu-Tamil, Melayu Benggali, dan Melayu Inggeris. Orang asing yang menggunakan bahasa pasar tidak pandai menuturkannya mengikut sebutan orang Melayu. Mereka mengucapkan Bahasa Melayu pasar mengikut telor bahasa mereka. Orang Melayu pula suka memudahkan sebutan Bahasa Melayu dan menyebutnya juga mengikut telor bahasa asing supaya maksudnya senang difahami. Sifat ini sering diperkatakan sebagai sifat orang Melayu zaman-berzaman, iaitu sifat sedia menyesuaikan diri dan pertuturan mereka dengan persekitarannya dengan tujuan untuk lebih mudah dan senang difahami. Sepatutnya, pada saat kita sedang memupuk Bahasa Melayu moden ini, lebih baik sekiranya orang Melayu jangan merendahkan taraf Bahasa Melayu yang baik, ragam Bahasa Melayu jati, supaya mereka dapat menjadi contoh kepada orang-orang bukan Melayu. Dengan demikian Bahasa Melayu baku dapat diwujudkan dengan lebih cepat. (Nik Safiah Karim, 1993:33). Berikut diperturunkan contoh Bahasa Melayu pasar yang diberikan oleh ZaBa. Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak; tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja. Jangan susu lain. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang boleh dapat, tidak kena belanja. (Dipetik daripada Pelita Bahasa Melayu) 5.4.4 Kreol

Bahasa Kreol merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. Kajian umum menunjukkan (khususnya yang dilakukan oleh Derek Bickerton) bahawa bahasa-bahasa kreol yang ada di dunia menunjukkan adalah kesamaan, khususnya dari segi tatabahasa yang terarah pada teori tatabahasa universal. Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh

27 kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya. Seterusnya, bahasa kreol berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeza, maksudnya, dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara penduduk asli dan pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa. Sejak itu, penggunaan komunikasi yang terdiri dari bahasa dominan, terpengaruh oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh orangorang tersebut. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin, dengan kosakata yang sangat sederhana. Namun, ketika mengalami proses kreolisasi, tata bahasanya mengalami perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa induknya. Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai bahasa dasarnya.

5.5. 5.5.1

Bilingualisme dan Multilingualisme Bilingualisme

Penutur bilingualisme atau bilingualism juga dikenali sebagai penutur dwibahasa atau lebih dari satu bahasa. Secara umumnya, menurut Mackey dan Fishman (Abdul Chaer & Leonie Agustina, 1995:112) penutur bilingualisme dapat ditakrifkan sebagai penggunaan dua kod bahasa oleh seseorang penutur dalam pergaulannya dengan orang lain secara bergantian. Seseorang itu harus menguasai kedua-dua bahasa itu untuk menggunakan keduadua bahasa. Pertama, bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan yang kedua adalah bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya. Orang yang menggunakan dua bahasa tersebut diistilahkan sebagai bilingual. Dalam keadaan bilingualisme, sesebuah bahasa akan menjadi dominan, dan yang lain menjadi subordinat, iaitu bahasa yang melibatkan proses terjemahan daripada bahasa dominan. Menurut Abdul Chaer & Leonie Agustina, selain istilah bilingualisme, terdapat istilah multilingualisme atau aneka bahasa, iaitu penguasaan dua jenis atau lebih bahasa dalam komunikasi seharian secara bertukar ganti. Berikut dinyatakan pendapat beberapa orang tokoh :

28 a. Bloomfield (1933) dalam bukunya Language mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan seseorang penutur untuk menggunakan dua bahasa dengan sama baiknya. b. Robert Lado (1964) mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan menggunakan bahasa oleh seseorang dengan sama baik atau hampir sama baik yang menjurus kepada pengetahuan dua bahasa dan tingkatannya. Maksudnya, penguasaan terhadap dua bahasa itu tidak perlu sama baiknya; jika bahasa keduanya kurang mahir juga dikira sebagai bilingualisme. c. Haugen (1961), tahu akan dua bahasa atau lebih bererti bilingual. Seseorang bilingual tidak perlu aktif menggunakan kedua bahasa itu tetapi memasai dengan memahaminya sahaja. Menurut Haugen lagi, mempelajari bahasa kedua yakni bahasa asing, akan memberikan pengaruh terhadap bahasa pertamanya. d. Diebold (1968) menyebut terdapat bilingual pada tahap awal seperti kanak-kanak yang sedang mempelajari bahasa kedua pada tahap permulaan. e. Bernard Spolsky (1998) menyatakan speakers of a single language (putative monolinguals) control various styles and levels of that language, it is very common that people develop some knowledge and ability in a second language and so become bilingual. The simplest definition of a bilingual is a person who has some functional ability in a second language. This may vary from a limited ability in one or more domains, to very strong command of both languages (which is sometimes called balanced bilingualism).

Ketika seseorang memakai dua bahasa dalam pergaulan dengan orang lain, dia berdwibahasa, iaitu dia melaksanakan kedwibahasaan yang disebut bilingualisme atau penutur bilingual. Bilingualisme adalah kebiasaan menggunakan dua bahasa dalam interaksi dengan orang lain. Menurut Nabahan (1993:27) membezakan kedwibahasaan (untuk kebiasaan) dan kedwibahasawanan (untuk kemampuan) dengan menggunakan istilah bilingualisme dan bilingual. Bilingual merupakan suatu kemampuan seseorang menggunakan dua bahasa atau lebih.

29 Weinreich (1968:1) menjelaskan, the practice of alternately using two languages will be called bilingualisme, and the person involved, bilingual ertinya peristiwa pemakaian dua bahasa atau lebih secara bergantian oleh seseorang penutur disebut kedwibahasaan, dan orang yang berdwibahasaan disebut dwibahasawan. Hubungan logik antara bilingualisme dan penutur bilingual, adalah bahawa tidak semua yang mempunyai ciri bilingual mempraktikkan bilingualisme dalam kehidupan sehari-hari, kerana penggunaannya bergantung pada situasi kebahasaan lingkungannya. Orang yang tahu dua bahasa menggunakan satu bahasa selama dia di satu tempat atau keadaan (dalam waktu yang pendek atau lama), dan memakai bahasa yang kedua kalau dia berada di tempat atau keadaan yang lain (dalam waktu pendek atau lama). Bilingualisme seperti ini dilaksanakan secara berurutan yang dapat berjarak waktu yang lama. Namun dapat juga kita mengerti bahawa tidak dapat seseorang mengerjakan bilingualisme tanpa dia mempunyai ciri bilingual tersebut (Nababan, 1993: 28). Pengertian tentang kedwibahasaan selalu berkembang luas kerana istilah kedwibahasaan bersifat nisbi atau relatif (Suwito, 1996:48). Pada mulanya kedwibahasaan selalu didefinisikan sebagai native control of two languages atau mempunyai dua bahasa seperti menguasai bahasa ibunya (Bloomfileld, 1968: 56). Kedwibahasaan, iaitu jika kefasihan dalam kedua-dua bahasa itu adalah lebih kurang sama, maka ia disebut penutur bilingual seimbang atau disebut oleh Halliday (1964) ambilingualisme atau dalam peristilahan kita penutur ambilingual (Nababan, 1993: 33). Kebanyakan penutur tidak semestinya cekap dalam dua bahasa-bahasa. Mereka mungkin lebih cekap dalam satu bahasa dan kurang cekap dalam sebuah lagi. Di Malaysia bukan luar biasa untuk mencari orang yang dianggap sebagai seimbang bilingual (kefasihan serupa dalam dua atau lebih bahasa) dan sesiapa yang semilingual (kekurangan-kekurangan mereka dalam kedua-dua bahasa berbanding dengan monolingual). Rakyat Malaysia kebanyakannya adalah penutur dwibahasa dan banyak juga penutur pelbagai bahasa. Oleh itu, bilingualisme ialah 2000; dan Ain Nadzimah Abdullah). satu fenomena kedwibahasaan yang semakin meluas di Malaysia (Gaudart, 1992; Nair-Venugopal,

30 5.5.2 Multilingualisme

Multi ialah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian (Kamus Dewan Edisi Ketiga:906). Manakala lingua pula membawa maksud bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan (Kamus Dwibahasa Oxford:233). Ini bermaksud multilingualisme ialah berbilang dan berbagai-bagai serta kepelbagaian penggunaan bahasa atau aneka bahasa. Multilingualisme pada umumnya dihubungkan dengan masyarakat multilingual, masyarakat yang menggunakan lebih dari satu bahasa apabila berkomunikasi sesama anggota masyarakat. Sebagai contoh, kita diajar sejak kecil lagi menggunakan bahasa Tamil, apabila dewasa kita mengenali bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan turut menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan masyarakat Melayu misalnya. Ini bermakna kita mempunyai semangat perpaduan dan kemajmukan yang tinggi, maka kerana itulah kita menggunakan bahasa-bahasa lain mengikut persekitaran. Jadi jelaslah di sini multilingualisme adalah kepelbagaian penggunaan bahasa. Tiga bahasa yang digunakan oleh penutur multilingual inilah yang mewujudkan multilingualisme. Sesetengah negara bersifat multiligual kerana negara-negara ini mempunyai dua atau lebih bahasa rasmi, bahasa kebangsaan atau bahasa daerah. Sebagai contoh negara Singapura yang mempunyai empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil di samping bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas. Seorang penutur yang mengetahui pelbagai bahasa bolehlah ditakrifkan sebagai multilingualisme, dan mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran komunikasi lebih satu bahasa, boleh menjadi aktif atau pasif. Lebih mudah jika dijelaskan bahawa tiga bahasa adalah digunakan untuk menggambarkan situasi-situasi dalam mana dua atau tiga bahasa-bahasa yang terlibat. Individu-individu pelbagai bahasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu bahasa sepanjang zaman kanak-kanak namun bahasa-bahasa lain mungkin diperolehi secara langsung atau tidak langsung, iaitu melalui pendidikan formal atau pendidikan tidak formal. Dalam takrif yang lebih luas, seseorang multilingual boleh berkomunikasi lebih satu bahasa, dan menjadi aktif sama ada melalui bercakap dan menulis atau pasif dengan cara mendengar dan membaca.

31 Multilingualism boleh dirujuk untuk satu kejadian mengenai satu penutur yang menggunakan dua atau lebih bahasa, sebuah masyarakat yang mana menggunakan dua atau lebih bahasa, atau antara individu-individu yang menggunakan bahasa-bahasa lain. Multilingualism boleh dengan tegas ditafsirkan sebagai penutur asli seperti dalam dua atau lebih bahasa. Ia juga mungkin ditafsirkan sebagai penutur bukan asli seperti masih dapat berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. Walaupun seseorang penutur multilingual amat cekap dalam dua atau lebih bahasa, yang dipanggil kecekapan komunikatif, penutur tersebut mungkin tidak mempunyai keseimbangan dalam pertuturannya. Ahli bahasa mengkategorikan kecekapan berbahasa ini kepada tiga kategori, iaitu Compound Bilinguals, Coordinate Bilinguals, dan Subordinate Bilingual. Seterusnya, Terdapat beberapa ciri penutur multilingual, iaitu orang yang minat akan bahasa asing selain bahasa ibundanya; orang yang mendapati bahawa terdapat kepentingan dalam konteks kehidupannya untuk mempelajari bahasa kedua seperti individu yang terlibat dalam bidang perniagaan, pengumpulan maklumat, hiburan dan sebagainya; penghijrahan oleh kaum imigran; penduduk-penduduk yang mendiami kawasan sempadan antara dua negara; kanak-kanak yang ibu bapanya bertutur dalam bahasa yang berlainan seperti, anak yang bertutur dalam bahasa Melayu standard tetapi ibu bapanya bertutur dalam dialek ibunda; kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang menguasai bahasa kedua. Dalam konteks ini, ibu bapa akan menerapkan konteks baru penggunaan bahasa kedua tersebut; dan lain-lain.

5.6.

Kesantunan Bahasa Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen

sosiolinguistik dalam pendidikan bahasa.

Kesantunan bahasa ialah tatacara atau

peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara

32 individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orangorang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan. Namun pada masa kini, kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa. Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya. Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita,

33 sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi menggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah katakata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat Melayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah. Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur

34 sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian. Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya ialah cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang menepati situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling. Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resam berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu. Oleh itu, para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Ini adalah cara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta menaikkan imej perkhidmatan. Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara." Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita. Sebagai kesimpulan, kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan yang lain. Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi

35 bahasa, beradab dan bersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia.

5.7

Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan dan Bahasa Malaysia

Sebagai Bahasa Ilmu.

5.7.1

Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan

Dengan Bahasa Melayu dalam pendidikan dimaksudkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran dan sekaligus peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan sebenarnya bermula sejak awal abad ke-13 lagi, iaitu dengan kemasukan agama Islam ke Nusantara. Pada waktu itu Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu dan bahasa falsafat. Lanjutan daripada perkembangan itu, para ulama tempatan yang pulang dari menuntut ilmu di Timur Tengah, dan ulama-ulama serta pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan India yang pulang ke Nusantara telah melakukan kerja mubaligh mereka dengan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa lisan penyampaian ilmu agama Islam dan juga sebagai bahasa penulisan dalam kita-kitab yang ditulis mereka. Istanaistana juga pada masa itu merupakan pusat perkembangan kesusasteraan Melayu. Sejak dahulu lagi Bahasa Melayu digunakan oleh pedagang-pedagang antarabangsa sebagai lingua france. Penjajah Belanda dan Inggeris menggunakannya sebagai lingua france untuk berhubung dengan raja-raja dan rakyat ditanah jajahan mereka, iaitu Indonesia dan Malaya sejak awal abad ke-16. Menjelang abad ke-19 Bahasa Melayu mula menerima bibit-bibit permodenan dan bersedia memainkan peranannya, pertama sebagai bahasa perdagangan, kedua sebagai bahasa kesusasteraan dan kebudayaan tinggi, ketiga sebagai bahasa ilmu dan falsafat, dan keempat sebagai bahasa pentadbiran dan diplomatik. Pada masa orang-orang Eropah datang ke sini, Bahasa Melayu sudah sedia kukuh kedudukannya sebagai lingua franca di kepulauan Melayu, sehingga pedagang-pedagang, mubaligh-mubaligh, dan pegawai-pegawai kolonial

36 memperlihatkan minat dan usaha menyusun daftar-daftar kata, kamus-kamus, terjemahan kitab-kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu, malah ada pula yang cuba menyusun nahu Bahasa Melayu. Seterusnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan moden telah dimulakan oleh golongan elit ilmuan agama Islam dan golongan awam pula menggunakannya dalam pembelajaran agama Islam melalui Bahasa Melayu lisan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan formal berlaku sejak tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu dan maktabmaktab perguruan Melayu. Sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1821 di Gelugor, PualuPinang. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu peringkat selepas pendidikan rendah telah bermula dengan tertubuhnya Maktab Melayu di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru Melayu bagi Negeri-negeri Selat. Serentak dengan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat rendah dan maktab, pendidikan mengenai Bahasa Melayu juga turut berkembang dalam bidang penulisan buku tatabahasa yang berjudul A Grammar or the Malayan Language, with an Introduction and Paraxis dan diberi judul Melayu dalam tulisan Jawi sebagai Kitab Ilmu Nahu dan Saraf dari Bahasa Melayu, dalam tahun 1812. Pada pertengahan pertama abad ke-20 perkembangan Bahasa Melayu di Malaya di pengaruhi oleh perkembangan bahasa yang berlaku di Indonesia, pemerintah Belanda telah menubuhkan Balai Pustaka dalam tahun 1917 untuk menerbitkan buku-buku bacaan umum. Di Malaya, atas permintaan Pengetua Sultan Idris Training College, Bahagian Terjemahan di Jabatan Pelajaran, Kuala Lumpur dipindahkan ke maktab itu dalam tahun 1924, dan disusun semula pada tahun 1925 seta diberi nama baru Pejabat KarangMengarang Sultan Idris Training College, tanjung Malim. Seterusnya, kemunculan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 yang berperanan sebagai membina, menyempurnakan dan memperkembangkan Bahasa Melayu supaya dapat memainkan peranannya dengan sempurna dalam dunia pendidikan dinegara ini bukan sedikit. Fungsifungsinya yang lain yang tidak kurang pentingnya seperti penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut membantu menjayakan peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini. Berdasarkan begitu banyak buku teks, kamus majalah, istilah, dan bahanbahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah-

37 sekolah, maktab dan universiti, dapatlah dibuat rumusan bahawa Bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranannya dalam pendidikan di negara ini. 5.7.2 Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu.

Bahasa Malaysia sebagai ilmu dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, dan Undang-Undang di samping sastera dan agama. Dengan perkataan lain Bahasa Malaysia harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuruteraan, Bahasa Malaysia harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam, kejururteran elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal, dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya. (Nik Safiah Karim, 1986:6). Sebagai bahasa ilmu Bahasa Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi, maka perlulah Bahasa Malaysia mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Bahasa Malaysia perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, dan Bahasa Perancis, yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya. Menurut Havranek (dalam Garvin1984), satu-satu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. Mengikut Havranek, kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah

38 penggunaan laras saintifik yang berusaha menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik. Keintelektualan bahasa dicapai, terutama melalui perbendaharaan kata, dan sebagainya melalui sistem bahasa. Seterusnya, bahasa itu juga perlu mempunyai ciri kesempurnaan, iaitu sifat-sifat yang menjadikan satu-satu bahasa itu sesuai, tepat, tegas dan berkesan dalam situasi atau konteks penggunaanya. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbgaian, keberkesanan, dan keindahan. Akhir sekali bahasa itu harus mempunyai ciri bahasa. Maksudnya bahasa yang digunakan untuk melahirkan perasaan, pendapat dan buah fikiran itu harus mempunyai perkataan yang sedap didengar, bertenaga dan menarik dan dapat menyentuh perasaan hati pembaca atau pendengar. Bahasa yang mengandungi unsur-unsur ini banyak terdapat dalam laras sastera. Namun demikian, bahasa indah ini juga boleh didapati dalam bidang-bidang lain juga. Contohnya. Kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan 5.8 Sikap Terhadap Bahasa (language attitude)

Untuk memahami apa yang dikatakan sikap terhadap bahasa terlebih dahulu haruslah dijelaskan maksud sikap itu. Kata sikap boleh tertumpu kepada bentuk tubuh, posisi berdiri yang tegak, perilaku atau gerak- geri dan perbuatan atau tindakan yang dilakukan berdasarkan pandangan (pendirian, keyakinan, atau pendapat) sebagai reaksi terhadap sesuatu yang berlaku. Sesungguhnya, sikap itu adalah fenomena kejiwaan, yang biasanya termanifestasi dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Namun, menurut banyak penelitian tidak selalu yang dilakukan secara lahiriah merupakan cerminan dari sikap batiniah. Banyak faktor yang mempengaruhi hubungan sikap batin dan perilaku lahir. Menurut Triandis (1971:2-4) berpendapat bahawa sikap adalah persiapan terhadap sesuatu kejadian yang dihadapi. Menurut Lambert (1967:91-102) pula menyatakan bahawa sikap itu terdiri dari tiga komponen iaitu kognitif, afektif dan konatif. Ketiga-tiga komponen ini pada umumnya berhubungan dengan erat. Anderson (1974:37) membahagikan sikap kepada dua bentuk iaitu sikap kebahasaan dan sikap nonkebahasaan seperti sikap politik, sikap sosial, sikap estetis, dan sikap keagamaan. Kedua-dua jenis

39 sikap ini dikaitkan dengan keyakinan atau kognisi mengenai bahasa. Oleh itu, menurut Anderson, sikap bahasa adalah tata keyakinan atau kognisi yang relatif berjangka panjang, sebahagian mengenai bahasa, mengenai objek bahasa yang memberikan kecenderungan kepada seseorang untuk bertindak dengan cara tertentu yang disenanginya. Namun, perlu diperhatikan kerana sikap itu boleh berbentuk positif dan negatif. Begitu juga sikap terhadap bahasa. Umpamanya, pada akhir tahun 50-an masih banyak golongan intelektual di Indonesia yang masih bersikap negatif terhadap bahasa Indonesia. Seterusnya, ketiga-tiga ciri bahasa yang dikemukakan olah Mathiot dan Garvin (1968) iaitu kesetiaan bahasa yang mendorong masyarakat mempertahankan bahasa mereka dan akan terus mencegah sekiranya ada pengaruh bahasa lain.. Ciri kebanggaan bahasa yang akan mendorong masyarakat mengembangkan bahasanya dan menggunakannya sebagai lambang identiti dan kesatuan masyarakat. Seterusnya kesedaran adanya norma bahasa yang mendorong masyarakat menggunakan bahasanya dengan cermat dan santun. Ciri ini merupakan faktor yang sangat besar pengaruhnya terhadap perbuatan iaitu kegiatan menggunakan bahasa. Ketiga-tiga ciri ini merupakan sikap positif terhadap bahasa. Sebaliknya, jikalau ketiga-tiga ciri ini sudah hilang atau kabur dalam diri seseorang itu atau sekelompok penutur, sikap negatif akan berlaku terhadap bahasa masyarakat itu. Tanpa adanya kesedaran atau semangat untuk mempertahankan bahasanya merupakan salah satu petanda bahawa kesetiaan terhadap bahasanya sudah lemah. Sikap negatif terhadap sesuatu bahasa juga boleh terjadi apabila masyarakat itu sendiri yang tidak ada perasaan bangga terhadap bahasanya sendiri dan lebih mengagungkan bahasa orang lain. Faktor politik, ras, etnik, kelompok juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan masyarakat bersikap negatif terhadap bahasanya sendiri. Salah satu cara untuk mengatasi sikap negatif ini ialah dengan sikap terhadap bahasa begitu penting kerana boleh melaksanakan pendidikan bahasa. Kesimpulannya, mempengaruhi seseorang untuk menggunakan sesuatu bahasa masyarakatnya sendiri dan bukan bahasa orang lain, dalam masyarakat yang bilingual atau multilingual.

40 6.0 Kesimpulan

Ilmu sosiolinguistik merupakan cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara. Ilmu ini begitu luas dan menarik untuk dikaji sehinggalah pada masa kini. Sosiolinguistik dikatakan termasuk dalam kajian ilmu linguistik kerana terdapat hubungan antara keduadua perkara tersebut. Kita lihat sahaja perkataan sosiolinguistik itu sendiri yang telah menggabungkan dua perkataan iaitu sosio dan linguistic, dimana sosio itu adalah perkara yang berkaitan dengan sosial dan linguistik itu sudah jelas dengan maksud kajian bahasa secara saintifik dan empirikal. Walaupun terdapat banyak pendapat beberapa tokoh tentang makna sosiolinguistik, namun konsep bahasa dan masyarakat itu tetap ada dan tidak boleh dipisahkan kerana, dalam kajian sosiolinguistik, bahasa dan masyarakat adalah berkaitan. Oleh sebab itulah kajian sosiolinguistik termasuk dalam salah satu cabang kajian linguistik yang menjadi tumpuan para pengkaji linguistik. Sosiolinguistik mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat. secara lebih khusus bidang sosiolinguistik melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasa-bahasanya dalam konteks-konteks yang berlainan. Dalam hal ini, latar ahli masyarakat, sama ada daripada segi daerah, taraf pendidikan, taraf sosial, pekerjaaan, umur, dan jantina semuanya memberi kesan kepada bahasa yang digunakannya. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik juga begitu luas untuk dikaji hal ini kerana bidang ini berkaitan dengan masyarakat. Ekoran daripada itu ramai pengkajipengkaji baru bidang sosiolinguistik berminat untuk membuat kajian berkaitan ilmu sosiolinguitik ini.

You might also like