P. 1
Tanggungjawab Dan Etika

Tanggungjawab Dan Etika

|Views: 44|Likes:
Published by Amir Jonah Lomu

More info:

Published by: Amir Jonah Lomu on Sep 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/13/2011

pdf

text

original

PENDAHULUAN

Secara umumnya, tugas seorang hakim adalah untuk memberikan penghakiman yang adil dan berlandaskan hukum syarak, menegakkkan keadilan dan membanteras penganiayaan dan kemungkaran. Berdasarkan status seorang hakim yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari seorang mufti, hakim tidak akan terlepas daripada melakukan ijtihad di dalam membuat penghakiman. Seorang mujtahid tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dalam ijtihadnya. Oleh yang demikian kesalahannya itu kadangkala menyebab berlaku ketidakadilan terhadap kes berkaitan harta dan juga jiwa manusia. Persoalannya, apakah hukum sekiranya seorang hakim melakukan kesalahan atau kesilapan di dalam membuat penghakiman. Dengan kata lain, adakah hakim akan dipertanggungjawabkan dengan kesalahan yang dilakukannya itu? Dan jika dipertanggungjawabkan keatas seorang hakim itu, apakah syarat-syarat yang diletakkan para ulama sekiranya hakim dipertanggungjawabkan ke atas kesilapannya itu? Justeru itu, di dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya, seorang hakim pelu dilantik daripada kalangan orang-orang yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh hukum syarak, malah sepanjang perkhidmatannya beliau perlu menjaga tingkah laku dan tatatertib ketika mendengar perbicaraan di mahkamahjuga ketika berada di luar mahkamah. Seorang hakim tidak akan berupaya memperolehi penghormatan dan kepercayaan dari orang ramai melainkan dengan cara berlaku adil di dalam membuat penghakiman di antara pihak-pihak yang bertikai selain daripada menonjolkan kelakuan yang disenangi ramai dan menjauhi

perkara-perkara yang syubhah. Para fuqaha’ telah banyak membahaskan tentang isu etika seorang hakim syarie berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu dijauhi daripada aspek kelakuan dan perjalanan tugas-tugas oleh mereka. Hakim syarie perlu menjalankan tanggungjawabnya berlandaskan hukum syarak iaitu tidak menimbulkan syak wasangka berlandaskan etika-etika atau adab-adab yang telah disepakati.

ADAB AL-QADI

Hukum syarak telah menetapkan beberapa adab yang perlu dipatuhi oleh seorang kadi sepanjang tempoh perkhidmatannya. Ia boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu

adab kadi menghendaki bahawa serang kadi itu perlu berlaku adil. tidak bertengkar. tidak mendengar perbicaraan ketika berada dalam keadaan tidak tenang. tidak membabitkan diri dalam perniagaan. tidak bergaul bebas dengan orang ramai. berada di mahkamah tepat pada waktu yang dijadualkan. ibu bapanya. tidak meminjam wang. tidak menerima jemputan yang boleh menimbulkan syak wasangka. tidak mengeluarkan fatwa. tidak mendengar kes yang membabitkan anaknya. berhati-hati dengan muslihat pihak-pihak tertentu untuk memenangi kes. menghukum dalam keadaan tenang. bersifat terbuka dan sabar ketika mendengar keterangan dan hujah daripada kedua-dua pihak. Secara ringkas. tidak mengadakan perbicaraan pada . dan ketika berada di dalam mahkamah dan mendengar kes. mendahulukan kes pihak yang sampai terlebih dahulu. memberi perhatian yang sama adil kepada pihak-pihak. Manakala adab dalam mahkamah secara ringkasnya ialah hendaklah kadi itu menghukum berdasarkan undang-undang Islam. isterinya atau musuhnya. tidak membeli atau menjual barangan secara bersendirian atau dengan orang yang sangat hampir kepadanya. memberi perhatian sama rata kepada semua orang. menggalakkan pihak-pihak menyelesaikan perselisihan secara sulh sebelum keputusan dibuat. mengelakkan perbicaraan daripada menjadi panjang. hendaklah berada di tempat yang memudahkan orang ramai mengadukan kes kepadanya.pada semua keadaan secara am. tidak menerima rasuah. tidak menerima hadiah yang boleh menimbulkan syak wasangka. menghormati saksi-saksi. tidak dipengaruhi oleh keadaan atau individu di hadapannya. mengelak daripada bergurau dan meletakkan jawatan apabila telah hilang kelayakan.

Walaubagaimanapun. mengawasi perjalanan perbicaraan agar berjalan dengan lancar dan mengadakan perbicaraan di mahkamah yang terbuka. PERUNTUKAN ETIKA HAKIM SYARIE DI MALAYSIA Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 2 Februari 2001 telah mengeluarkan satu Arahan Amalan Mahkamah Syariah berkenaan dengan satu kod etika . Begitu juga terdapat perbezaan pendapat tentang hukum sesuatu adab. Misalnya terdapat pendapat yang mengharamkan kadi melibatkan diri dalam perniagaan sedangkan ada ulama’ yang berpendapat ianya hanyalah makruh dilakukan. adab-adab tersebut tidak semuanya mutlak kerana pada beberapa adab tertentu seperti menerima hadiah terdapat pengecualiaan.waktu yang kurang sesuai.

wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan penasihat undangundang mahkamah sivil. Kod etika ini terpakai kepada seseorang hakim syarie sepanjang tempoh perkhidmatannya. Etika am hakim syarie antaranya ialah melarang seorang hakim syarie daripada berkelakuan dengan sedemikian cara yang bole menyebabkan syak munasabah bahawa sama ada dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas kehakimannya sehingga kedudukannya sebagai seorang hakim syarie terjejas atau dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedahnya sendiri. Kehadiran mufti negeri diperlukan bagi memastikan kod etika ini tidak bercanggah dengan hukum syarak. Manakala penasihat undang-undang mahkamah sivil bertanggungjawab untuk memastikan istilah perundangan yang digunakan dalam kod etika bertepatan dengan standard undang-undang sebelum ia diluluskan.hakim syarie dan kod etika ini telah terpakai ke atas semua hakim syarie mulai tarikh 1 Mac 2001.2 Hakim syarie dilarang berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara hingga memburukkan atau 1 Seksyen 2(1) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(a)(i)-(ii) Etika Hakim Syarie 2 . penasihat undang-undang negeri. Antara yang terbabit dalam penyediaan kod etika ini ialah ketua hakim syarie setiap negeri. mufti negeri.1 Ia memperuntukkan adab yang perlu dipatuhi oleh seseorang hakim syarie dalam dua keadaan iaitu pada semua keadaan secara am dan ketika berada dalam mahkamah dan mendengar kes. wakil Biro Bantuan Guaman.

6 Hakim syarie juga tidak boleh mengusahakan bagi mendapat upah apa-apa kerja tanpa mendapat kebenaran daripada ketua hakim syarie.4 Begitu juga dia dilarang daripada bergaul bebas dengan orang ramai dengan cara yang boleh menimbulkan syak terhadap keupayaannya untuk berlaku adil dalam tugas kehakiman. kerana pendapatnya itu boleh kemudiannya digunakan oleh sesuatu pihak.3 Hakim syarie juga dilarang membelakangkan tugas kehakimannya demi kepentingan peribadi. mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik turut menjadi satu larangan.5 dan larangan daripada menerima apa-apa hadiah yang berkaitan dengan apa-apa cara dengan tugas kehakimannya. menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam.8 Hakim syarie juga dilarang meminjam wang daripada mana-mana orang. atau dengan apa-apa cara yang meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang yang sama ada tertakluk kepada kuasa kehakimannya atau dengannya ada atau mungkin ada urusan rasmi.10 Antara peruntukan Etika Hakim Syarie ketika seorang hakim syarie mendengar sesuatu kes ialah beliau hendaklah melaksanakan keadilan sebagaimana yang 3 Seksyen 3(b) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(c) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(d) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(e) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(f) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(g) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(h)(i)-(ii) Etika Hakim Syarie Seksyen 3(i) Etika Hakim Syarie 4 5 6 7 8 9 10 .7 Memberi pendapat tentang suatu perkara sedang perkara tersebut sedang dibicarakan atau berkemungkinan dibicarakan di hadapannya adalah dilarang.9 Akhir sekali.boleh memburukkan atau mencemarkan nama mahkamah syariah.

15 Satu lagi larangan ialah beliau dilarang membicarakan apa-apa kes di mana pihak yag terlibat adalah musuhnya atau orang lain yang berkemungkinan akan mempengaruhi tugas kehakimannya. dan tidak boleh dipengaruhi oleh keadaan atau orang yang hadir di hadapannya. haus. dan memberi penghakiman berdasarkan peruntukan undang-undang.18 Selain itu. mengantuk.19 Hakim syarie juga perlu menggalakkan pihak terlibat menyelesaikan pertelingkahan mereka dan mencapai penyelesaian secara sulh dalam kes mal pada mana11 Seksyen 4(a) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(b) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(c) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(e) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(d) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(f) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(g) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(h) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(i) Etika Hakim Syarie 12 13 14 15 16 17 18 19 .12 Hakim syarie dilarang mendengar sesuatu kes apabila dia berkeadaan tidak tenang seperti ketika dia marah.16 Hakim syarie juga dikehendaki bertindak tegas dan adil.13 dan dikehendaki memberikan penghakimannya ketika dia berada dalam keadaan tenang. letih dan tidak sihat.11 menjalankan tugas mengikut hukum syarak. hakim syarie dikehendaki memastikan prosiding berjalan dengan teratur menurut peraturan mahkamah dan mengawal keadaan supaya perbicaraan berjalan dengan lancar.17 Hakim syarie juga perlu bersifat terbuka dan sabar semasa mendengar keterangan dan hujah daripada beberapa pihak.dikehendaki oleh hukum syarak.14 Hakim syarie juga dilarang meninggalkan mahkamahnya pada waktu pejabat tanpa alasan yang munasabah atau tanpa mendapat keizinan daripada ketua hakim syarie. lapar.

mana peringkat sebelum penghakiman diberi.20 Saksi hendaklah dimuliakan.22 Akhir sekali. dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ketua hakim syarie dari masa ke masa.25 20 Seksyen 4(j) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(k) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(l) Etika Hakim Syarie Seksyen 4(m) Etika Hakim Syarie Seksyen 5 Etika Hakim Syarie Seksyen 7 Etika Hakim Syarie 21 22 23 24 25 .24 Begitu juga terdapat peruntukan yang menghendaki hakim syarie mengisytiharkan hartanya kepada ketua hakim syarie pada masa perlantikannya atau pada bila-bila masa selepas itu. hakim syarie perlu mengadakan perbicaraan dalam mahkamah yang terbuka kecuali dalam keadaan tertentu seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. memberi keputusan.21 manakala pihak terlibat dan para peguam hendaklah diberi layanan sama rata.23 Terdapat peruntukan lain di mana hakim syarie dikehendaki bersungguh-sungguh dan tidak berlengah-lengah tanpa alasan yang munasabah menyelesaikan kes. menulis alasan penghakiman.

peruntukan kereta rasmi jabatan yang diberi oleh kerajaan negeri bagi seorang hakim menjalankan tugasan rasminya tidak sepatutnya digunakan bagi tujuan persendirian. Etika Hakim Syarie memperuntukkan bahawa seseorang hakim syarie dilarang berkelakuan dengan sedemikian cara yang boleh menyebabkan syak munasabah bahawa sama ada dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas kehakimannya sehingga kedudukannya sebagai seorang hakim syarie terjejas atau dia telah menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedahnya sendiri. di sini dibuat perbandingan antara kedua-duanya. .PERBANDINGAN DAN PERBAHASAN Setelah menyenaraikan peruntukan Etika Hakim Syarie dan prinsip-prinsip adab kadi. Contohnya.

Tambahan pula. seperti larangan menerima hadiah yang berkaitan dengan tugasan kehakimannya.a. Rasulullah s. Dalam kes pemberian hadiah.Hakim syarie juga dilarang berkelakuan tidak jujur atau dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama mahkamah syariah. Contohnya. Larangan ini berbentuk am dan ianya merangkumi sebarang kesalahan jenayah sivil dan perbuatan tidak bermoral atau yang melanggar hukum syarak kerana perbuatan ini boleh mencemar nama mahkamah syariah. Larangan yang berbentuk am ini kemudiannya diikuti dngan larangan-larangan yang berbentuk khusus.w telah bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah” Walaubagaimanapun. motif pemberi yang ingin mempengaruhi keputusan seseorang hakim tidak sejelas motif pemberian rasuah. jika sudah menjadi kelaziman seorang hakim syarie itu menerima hadiah sempena hari lahir atau ulang tahun perkahwinan daripada seseorang sejak sebelum dilantik menjadi hakim . larangan ini tidak disebut secara khusus di dalam kod etika ini. Contohnya larangan menerima rasuah yang tidak disebut secara khusus dalam kod etika ini. Untuk menafsirkan peruntukan larangan menerima apa-apa hadiah sebagai merangkumi larangan menerima rasuah adalah kuran tepat kerana hadiah dan rasuah adalah dua benda yang berbeza dan tidak sama. bukan semua pemberian hadiah tidak boleh diterima. Larangan am ini boleh ditafsirkan sebagai merangkumi perbuatan yang dilarang yang dilarang oleh hukum syarak tetapi tidak disebut secara khusus oleh kod etika ini. Dengan itu tindakan boleh diambil kepadanya. Contohnya seorang hakim syarie yang bernikah di luarkawasan tanpa kebenaran telah melanggar undang-undang yang menyebabkan nama baik beliau dan jabatan tercemar.

. Larangan ini bagaimanapun tidak bermakna bahawa seorang hakim syarie tidak boleh bergaul atau berkawan dengan sesiapa sahaja yang yang disukainya. Hal ini kerana terdapat peruntukan dalam Etika Hakim Syarie yang melarang hakim syarie daripada membicarakan kes yang membabitkan orang yang berkemungkinan mempengaruhi tugasan kehakimannya seperti orang yang pernah memberi hadiah kepadanya. terdapat larangan ke atas hakim syarie daripada menghadiri jemputan mana-mana majlis yang diadakan khusus untuk meraikan hakim berkenaan. Hukum syarak turut menetapkan bahawa sekiranya hadiah yang diterima selepas perlantikan tidak berbeza daripada kelazimannya. penerimaan hadiah pada masa kini tidak seharusnya menghalang hakim syarie daripada menjalankan amanahnya. tetapi beliau perlu membataskan pergaulannya jangan sampai menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat. kod etika ini juga tidak menyentuh isu pemberian hadiah daripada seseorang yang tidak mempunyai kes pada mahkamah syariah tetapi berkemungkinan mempunyai kes pada masa yang akan datang. Larangan seperti ini malangnya tidak diperuntukkan dalam Etika Hakim Syarie. Apa yang ada cuma larangan daripada bergaul bebas dengan orang ramai dengan cara yang boleh menimbulkan syak terhadap keupayaannya untuk berlaku adil. maka hadiah tersebut boleh diterima. beliau boleh menarik diri daripada mengadili kes tersebut. maka menerima hadiah dalam kes begini tidak dilarang.syarie lagi. seperti tidak lebih mahal. Sebenarnya. Selain tidak menyentuh darihal penerimaan rasuah. Sekiranya hakim berkenaan bimbang tidak dapat menjlankan tugasnya dengan baik. Apa yang akan berlaku pada masa hadapan hanyalah dalam pengetahuan Tuhan. Dalam adab kadi.

syarikat. Ada kemungkinan perniagaan yang tidak menjatuhkan ketinggian martabat institusi kehakiman Islam adalah dibenarkan. ia perlu dibaca dalam konteks negara ini. firma atau individu tanpa keizinan daripada ketua hakim syarie. seperti perniagaan mencuci kereta misalnya di mana beliau sendiri yang mencuci kereta pelanggan. wakaf dan beberapa jenayah syarie seperti zina dan judi. dikhuatiri rasuah menjadi jalan keluar daripada kesempitan hidup dan hal ini perlu dielakkan. Orang yang berniaga dengan menjual barangan mencari keuntungan daripada jualannya. Bagaimanapun sekiranya hakim syarie menjalankan perniagaan yang berbentuk memberi khidmat kepada pelanggan. Walaupun tujuan larangan . Dengan gaji yang kecil. Dalam kod etika terdapat larangan mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara yang sedang dibicarakan atau berkemungkinan dibicarakan pada masa hadapan.Kod etika ini turut melarang hakim syarie mengambil upah apa-apa kerja daripada mana-mana institusi. Bidang kuasa mahkamah syariah adalah terhad kepada hal ehwal keluarga Islam. Pendapat boleh diberi oleh seorang hakim syarie tentang perkara yang yang tidak termasuk dalam bidang kuasa mahkamah syariah seperti memberi pendapat dalam hal pinjaman bank. ini termasuk dalam kategori mengambil upah daripada kerja yang diusahakannya. Kod ini bagaimanapun tidak menyebut larangan melibatkan diri dalam perniagaan. Kod etika ini juga melarang hakim syarie meminjam wang daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam. pusaka. Ganjaran yang diperolehi itu bukan dalam bentuk upah untuk khidmatnya. sekiranya hakim syarie dilarang sepenuhnya mencari sumber rezeki yang lain. Larangan mengambil upah mungkin tidak boleh ditafsirkan sebagai merangkumi larangan pembabitan dalam semua jenis perniagaan. Walaupun larangan ini bersifat umum.

Larangan ini tidak disebut secara khusus dalam adab kadi tetapi ianya bertepatan dengan larangan ke atas kadi daripada bergaul bebas dengan orang ramai yang menjadi kelaziman ahli politik. dan bukan hanya kepada orang yang padanya hakim syarie mempunyai obligasi kewangan.ini adalah untuk memastikan taraf seorang hakim syarie terpelihara. sebelum ini telah terdapat beberapa kes jenayah sksual yang dibicarakan di mahkamah syariah melibatkan ahli politik atau yang mendapat perhatian ahli politik. Dalam konteks negara ini. walaupun mahkamah syariah tidak mempunyai bidan kuasa ke atas isu perlembagaan yang biasanya menjadi pertikaian antara parti politik. Hakim syarie dilarang mendengar kes apabila berada dalam keadaan tidak tenang dan dikehendaki memberi penghakiman apabila berkeadaan tenang. Yang dilarang ialah sekiranya hakim syarie meminjam wang daripada orang yang tertakluk kepada kuasa kehakimannya atau orang yang mempunyai urusan rasmi dengannya. mahkamah syariah menyediakan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada . Terdapat larangan mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik. Untuk tujuan ini. terdapat kesamaran adakah jika seorang hakim syarie meminjam wang daripada ahli keluarganya sendiri atau menjadi penjamin bagi ahli keluarganya sendiri. Larangan pembabitan hakim syarie dalam politik memastikan keputusan yang dibuat berdasarkan keadilan dan kebenaran. Satu cara untuk mengatasi kesamaran ini ialah dengan membaca subseksyen (i) dan (ii) pada seksyen 3(h) Etika Hakim Syarie sebagai turut merujuk kepada orang yang memberi pinjaman kepada hakim syarie dan orang yang pinjamannya dijamin oleh hakim syarie. Dengan cara ini tidak menjadi satu kesalahan sekiranya hakim syarie meminjam wang daripada ahli keluarganya sendiri atau menjadi penjamin bagi anaknya mendapatkan pinjaman pelajaran.

TANGGUNGJAWAB HAKIM 1) Tidak Dipertanggungjawabkan Keatas Kesalahan Yang Harus. sebenarnya larangan ini bersifat fleksibel. Berdasarkan hukum syarak. golongan yang kedua ini boleh ditafsirkan sebagai ibu bapa atau anak kepada hakim syarie sendiri. sekiranya terdapat seorang sahaja hakim syarie di sesuatu kawasan. Contohnya. Akhir sekali terdapat larangan membicarakan kes yang melibatkan musuh atau “orang lain yang berkemungkinan mempengaruhi tugasan kehakimannya”.hakim syarie menjalankan tanggungjawabnya dengan tenang. hakim tersebut dibenarkan menjalankan tugasan kehakimannya tetapi beliau mestilah melaksanakannya dengan adil serta tidak dipengaruhi oleh keadaan atau individu yang hadir dalam perbicaraan. walaupun yang hadir ke mahkamahnya musuhnya atau bapanya sendiri. . Begitu juga tiada perbicaraan dijadualkan pada waktu tengahari atau malam yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada hakim syarie seperti rasa lapar dan mengantuk. Walaubagaimanapun.

com . Perkara-perkara yang harus dan biasa berlaku dalam perkara-perkara ijtihadiyyah boleh diertikan sebagai ijtihad yang berlaku itu dalam masaalah furuqiyyah yang tiada dalil-dalil qat'ie berhubung dengan hukumnya26. Oleh yang demikian jelaslah bahawa hakim tidak akan dipertanggungjawabkan keatas kesalahan ijitihadnya dalam perkara harus bahkan tidak terbatas dalam kesalahan mal sahaja malah melangkaui kesalahan berkaitan jiwa manusia selagi keputusan yang dibuat oleh seorang hakim itu tidak terkeluar daripada ijtihad yang harus. 2) Bertanggungjawab Dalam Kesalahan Yang Melampaui Batas Hakim akan dipertanggungkan dengan kesalahan dalam penghakimannya yang melampaui batas yang tidak memungkinkan oleh ijtihad yang harus dan boleh diterima. hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan saksi yang tidak mencapai tahap syahadah seperti saksi anak kepada pihak menuntut atau saksi seorang yang hilang 26 http://islam. Ini berdasarkan Ibn Farhun “tidak dikenakan sebarang ganti rugi keatas hakim kerana kesalahan ijtihad sultan dalam perkara mal sia-sia sahaja”. Sebagai contoh. hakim tidak perlu untuk membayar ganti rugi dari hartanya sendiri ataupun dari harta Baitul Mal.Apabila seseorang hakim melakukan kesalahan dalam penghakimannya dan kesalahan itu satu kesalahan yang harus dan biasa berlaku dalam perkara-perkara ijtihadiyyah. Oleh sebab itu. Maka hakim tidak boleh dipertanggungjawabkan dari kesalahan serta kesan yang terhasil daripada kesilapan yg berlaku didalam ijtihadnya.dunyahalal.

Selain itu. dan penyelewengan dari kehendak keadilan. kezaliman. Maka jika kesalahan seperti ini berlaku. hakim akan dipertanggungjawabkan atas kesalahannya itu dan turut menanggung kemudaratan yang dialami oleh orang lain atas kesalahan dalam pemghakimannya itu. Selain itu hakim juga menanggung apa yang dilakukan dengan menghukum suatu hukaman yang tidak lazim pada syarak dan dia mengakui kesalahan itu atau sabit kesalahan yang dilakukan oleh seorang hakim itu dengan keterangan yang diterima. 3) Bertanggungjawab Dalam Kesalahan Yang Disengajakan Hakim akan dipertanggungjawabkan ke atas penghakimannya kerana sengaja melakukan kesalahan.kewarasan. . Oleh itu hakim tersebut wajib membayar ganti rugi dan patut dikenakan keseksaan yang sewajarnya. Tanggungjawab Pada Kesalahan Hakim Dalam Sebab-Sebab Hukuman Apabila hakim tersalah dalam sebab-sebab hukuman. hakim tersebut hilang kelayakan untuk memegang jawatan kehakiman itu dan tidak harus mendengar kesaksiannya didalam mana-mana kes yang berlaku(sekiranya hakim tersebut menjadi saksi) walaupun keadaanya sudah baik dan dia telah bertaubat dari kesalahan yang dilakukannya yang berkait dengan hak Allah. pada masa akan datang. dipecat daripada jawatan hakim dan kuasanya. seperti menerima kesaksian mereka yang tidak boleh diterima kesaksiannya kerana hilang kelayakan atau sebagainya.

Kesalahan berkaitan hak manusia. maka hukuman tersalah itu boleh dibahagikan kepada empat kategori: 1. 3. maka ganti rugi dikenakan kepada orang yang dihukum baginya kerana keputusan hakim tersebut dikenakan keatasnya maka kesalahan hakim tersebut ditanggung oleh orang tersebut. Hal ini tidak dipertanggungkan keatas hakim kerana hukuman yang telah dijatuhkan hakim itu demi kepentingan muslimin seluruhnya . rejam bagi penzina muhsan maka hukuman tersebut akan terbatal. harta tersebut hendaklah dikembalikan kepada yang dihukum dan jika sekiranya harta tersebut telah diguna pakai atau telah tiada. Kesalahan berkaitan hak yang bukan harta.kemudian hakim mengeluarkan keputusan berdasarkan kesaksian ini. Jika kesalahan itu berkaitan talak dan kemerdekaan hamba. Jika kesalahan itu berkaitan dengan harta yang masih wujud. Jika kesalahan berkaitan dengan kes hudud seperti potong tangan bagi pencuri. 2. Jika hukuman telah pun dijalankan maka ganti rugi untuk kedua-dua mereka itu hendaklah dibayar oleh Baitul Mal. Kesalahan berkaitan dengan hak Allah. maka batal hukuman tersebut dan kembali isteri kepada suaminya dan hamba kepada tuannya.

Walaubagaimanapun. 4. Seorang hakim syarie bukan sahaja perlu kelihatan adil dalam membuat keputusan malah beliau . kita berharap dengan adanya Etika Hakim Syarie ini akan dapat mempertingkatkan kewibawaan hakim syarie di mata masyarakat. Etika Hakim Syarie memperuntukkan banyak prinsip daripada adab kadi tetapi malangnya terdapat prinsip yang tidak dinyatakan secara khusus atau jelas. Oleh sebab itu hakim syarie masih perlu membuat tafsiran sendiri terhadap prinsip adab kadi dan peruntukan kod etika ini. dan kerat anggota.kerana terdapat pada hukuman itu unsur-unsur pencegahan. Kesalahan berkaitan hak-hak yang terkumpul padanya hak Allah dan hak manusia. Jika kesalahan itu berkaitan dengan qisas dalam pembunuhan. Dengan kata lain kebajikan hakim syarie mestilah dijaga manakala kepentingan mereka mestilah dilindungi. KESIMPULAN Kesimpulannya. kecederaan. Oleh itu kesalahan itu dipertanggungkan keatas mereka kerana faedah yang diperolehinya dan hakim tidak perlu membayar ganti rugi. maka tidak wajib qisas keatatas hakim yang menjatuhkan hukuman kerana kesalahannya itu tetapi wajib dibayar diat dengan menggunakan harta dari Baitul Mal. Beberapa prinsip daripada adab kadi dan peruntukan Etika Hakim Syarie mempunyai kaitan yang rapat dengan skim gaji yang menarik serta kemudahan lain yang perlu diberikan kepada hakim syarie.

Institut Pentadbiran Undang-Undang & Kehakiman Islam. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). dengan kewujudan kod etika hakim syarie di Malaysia pada ketika ini dapatlah dijadikan panduan oleh hakim-hakim syarie di dalam membuat penghakiman agar maslahah pihakpihak terjamin. Justeru. Tanggungjawab untuk memberi keadilan terhadap pihak-pihak yang dipikul oleh seorang hakim bukanlah suatu tugas yang ringan. Norazila Jalaluddin & Nur Azalina Fathin Berahun. Mohd Hisham Mohd Kamal. Pustaka Haji Abdul Majid. undang-undangnya dan institusinya akan dapat dipertingkatkan di mata umum. (2001). Dewan Bahasa dan Pustaka.juga perlu kelihatan berakhlak mulia sepanjang masa. “Pemakaian Kod Etika Hakim Syarie” dalam Tajul Aris Ahmad Bustami. (1998). Othman. Sistem Kehakiman Islam. kedudukan Islam. Selangor Darul Ehsan. Mahmud Saedon A. Farid Sufian Shuaib e. secara tidak langsung. Sistem Kehakiman Islam. Farah Wahida Abdul Ngalim.d. (2005). Tidak dapat dinafikan berlaku kekhilafan di dalam membuat penghakiman oleh para hakim syarie. Dengan itu. Abdul Monir Yaacob. Kaedah . Mohd Hisham Mohd Kamal. (2010). Kuala Lumpur. RUJUKAN Abdul Karim Zaidan.

Kuala Lumpur. . Dewan Bahasa dan Pustaka.Perundangan Bidang Kuasa Dan Tatacara Mahkamah Syariah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->