P. 1
UKUR PENJAJARAN - notaKSS

UKUR PENJAJARAN - notaKSS

|Views: 267|Likes:
Published by Eta NoEta

More info:

Published by: Eta NoEta on Sep 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2015

pdf

text

original

UKUR KADASTER 4

C 4344

TOPIK 2 : UKUR PENJAJARAN / UKUR PEMIDANG

2.1

Secara Am (DEFINISI) Sejenis pengukuran yang biasanya dijalankan di kawasan bandar atau pekan yang penting sahaja di mana terdapat banyak kegiatan pembangunan yang menyebabkan tanda-tanda sempadan sering terganggu / hilang.

2.2

Tujuan Tujuan pengukuran ini dibuat adalah untuk memastikan bahawa gangguan tanda-tanda sempadan tidak akan menimbulkan keraguan tuan-tuan tanah, dengan itu keraguan dalam hakmilik dapat dielakkan. Ini bermakna pemilik tanah tidak akan merasa ragu-ragu dalam menentukan kawasannya. Dengan adanya pemidang ia akan dapat memudahkan; a) Penyemakan garisan bangunan bagi mengelakkan pencerobohan b) Mengenal dan menentukan sempadan bagi lot-lot tanah jika diperlukan dikemudian hari. Ukuran pemidang dijalankan di dalam dua keadaan iaitu; i) Bagi kawasan yang belum dimajukan, pembangunan di kawasan berkenaan mungkin akan menggangu atau menghilangkan tanda-tanda sempadan, oleh itu pemidang membolehkan tanam pastian dilakukan. ii) Bagi kawasan yang telah dimajukan, untuk menjamin bahawa semua tanda sempadan dapat dikekalkan pada kedudukan asal. Pada amnya pengukuran ini hendaklah dibuat pada semua sektor-sektor bandar atau pekan yang mustahak di mana terdapat banyak kegiatan pembangunan.

2.3

Aturcara Kerja Pengukuran 2.3.1 Aturcara kerja sebelum pengukuran di padang a. Membuat peninjauan kawasan yang hendak diukur dan juga kawasan sekitarnya iaitu lot-lot bersebelahan b. Mencari tanda sempadan di kawasan lot yang hendak diukur atau di lot-lot sekitarnya untuk memulakan kerja. c. Sekiranya sukar untuk memperolehnya, tinjau atau cari berpandukan kepada pendudukan atau penempatan. d. Buat sambungan kepada tanda-tanda sempadan yang ada untuk lot yang hendak diukur dan rancangkan kedudukan piket-piket untuk membuat pemidang. Penentuan Pemidang Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam penentuan pemidang ialah : i. Adakah kedudukan batu asal dan garisan sambungan mencukupi. ii. Adakah pengukuran dibuat sebelum atau selepas bangunan dibina. iii. Bagaimana dengan penempatan dan kedudukan bangunan. iv. Adakah garisan bangunan (Building-line) ditetapkan untuk mencegah pembangunan di hadapan dan belakang lot. v. Adakah sebarang pemidang lain di kawasan lot-lot bersebelahan yang boleh digunakan.

1

Mengukur kedudukan bahagian luar semua butiran struktur atau binaan kekal dengan cara offset bersudut tepat dengan jarak berturutan di atas pemidang. Penjuru pemidang ditandakan dengan paip besi ataupun tanda sempadan konkrit yang ditanam ke dalam simen.3. Pastikan kerja-kerja yang dijalankan adalah mengikut ukuran kelas pertama.UKUR KADASTER 4 C 4344 2. Rajah 1 2 . jarak diukur bermula dari titik penjuru paling selatan dan garisan pemidang tersebut.2 Aturcara kerja ukur penjajaran di padang ( Lihat Rajah 1 di bawah) a. b. Apabila perlu ditempatkan suatu pemidang tambahan 0. d. Pemidang utama ini ditandakan pada jarak 2 meter dari sempadan seksyen lotlot dan selari dengannya. e. Membuat ukuran pemidang di sekeliling bahagian yang diukur. c. f. Untuk penyelarasan arah dan memudahkan kerja-kerja melukis pelan dan perancangan.2 meter di sekeliling seksyen lot-lot tersebut dan ditandakan dengan pepaku besi. Pengubahsuaian jarak dibuat untuk menyesuaikan keadaan. Di atas pemidang ini ditandakan tanda-tanda sempadan rujukan bagi setiap sempadan lot perseorangan dengan pepaku besi. Menghubungkan terabas yang diukur kepada tanda-tanda sempadan lama atau tanada-tanda sempadan di lot-lot bersebelahan bagi tujuan mengawal dan mengikat terabas.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->