You are on page 1of 1

Ganjaran pahala hadir majlis ilmu

KEDATANGAN Ramadan tidak menghalang seseorang


daripada menuntut ilmu budaya menambahkan
pengetahuan memang dituntut tidak kira bila atau di
mana juga.

Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW


bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri
majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap
langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia
bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy.

Justeru, Ramadan bukan saja bulan latihan, kesabaran


dan berkat, malah bulan ilmu. Ia memberi peluang
kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta
menjauhkan diri perkara sia-sia.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali


menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata, Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kami menjadi
orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari
ilmu.”

“Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan


kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk
dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan
perbuatan golongan keempat itu.”

You might also like