P. 1
ALAT ARTIKULASI 2

ALAT ARTIKULASI 2

|Views: 1,117|Likes:
Published by Ann Himawari

More info:

Published by: Ann Himawari on Sep 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2014

pdf

text

original

Sections

  • ALAT-ALAT ARTIKULASI
  • DAERAH ARTIKULASI
  • PERANAN UDARA
  • BUNYI BAHASA
  • 1) BIBIR ATAS6) LELANGIT
  • LIDAH 16) RONGGA TEKAK
  • 2) BIBIR BAWAH 7) LELANGIT
  • LIDAH 17) RONGGA HIDUNG 3) GIGI ATAS 8) ANAK TEKAK13) AKAR LIDAH18) RONGGA MULUT
  • 4) GIGI BAWAH9) HUJUNG
  • LIDAH 14) EPIGLOTIS 19) RAHANG
  • 5) GUSI 10) HADAPAN
  • LIDAH 15) PITA SUARA20) TENGGOROK
  • FONEM
  • Bunyi- Bunyi Vokal
  • Vokal Depan
  • Vokal Belakang
  • Vokal Tengah
  • BUNYI KONSONAN
  • Konsonan Sengau
  • Konsonan Sisian
  • CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ ai ]
  • CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ au ]
  • CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ oi ]
  • Depan Tengah Belakang i u
  • FUNGSI ALAT ARTIKULASI
  • 2) PANGKAL TENGGOROK

ALAT SEBUTAN

ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi ialah alat-alat bahagian tubuh yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasi ialah bibir atas, bibir bawah, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Alat pernafasan juga memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara alat-alat penting yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa ialah paru-paru, rongga rengkung, rongga tekak, rongga hidung, dan rongga mulut. Pada bahagian paru-paru, udara yang masuk ke paru-paru di tahan keluar oleh paru-paru apabila dinding paru-paru dikecutkan. Proses penghasilan bunyi akan berlaku apabila semasa udara sedang keluar dari paru-paru, iaitu melalui pelbagai jenis sekatan ke atas arus udara. Melalui kelainan titik artikulasi dan cara penyekatan udara, bunyi-bunyi bahasa yang berlainan akan terhasil, misalnya bunyi-bunyi vokal ‘a’ dan ‘i’ serta bunyi-bunyi konsonan ‘p’, ‘t’, dan ‘g’. Kotak suara adalah tempat terletaknya halkum. Kotak suara amat penting bagi penghasilan bunyi. Di dalamnya, terdapat goltis atau pita suara. Jika pita suara digetarkan (oleh udara), bunyi yang dihasilkan di katakan bunyi bersuara, jika tidak bunyi tidak bersuara. Rongga tekak adalah ruangan yang bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung. Ia juga boleh disempitkan dan diluaskan. Lelangit lembut yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan rongga ini supaya udara ini dapat melaluinya. Rongga hidung adalah ruangan yang berada di atas rongga mulut, dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.

Rongga mulut ialah ruang yang terletak di antara bibir dengan rongga tekak. Bagi alat artikulasi yang pertama adalah bibir atas dan bibir bawah. Bibir atas dan bibir bawah dapat digerakkan, dihamparkan, dan dibundarkan. Misalnya untuk menghasilkan bunyi seperti ‘b’, ‘w’, dan ‘v’. Alat kedua pula ialah tulang rahang. Ia terlibat dalam penghasilan bunyibunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. Alat ketiga pula ialah lidah. Ia merupakan alat artikulasi yang paling penting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian pertama ialah hujung lidah. Ia adalah bahagian di mana ia bertemu dengan gigi. Bahagian kedua ialah daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. Bahagian ketiga ialah depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Bahagian keempat adalah belakang lidah. Ia adalah bahagian lidah yang paling belakang. Bahagian yang kelima pula adalah akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah saiz ruang rongga tekak. Lelangit lembut ialah bahagian yang bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut boleh diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika ia diturunkan, udara akan keluar melalui rongga hidung menghasilkan bunyi sengau. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga tekak. Peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau. Peti suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali.

Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dengan kata lain, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jika glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat mengakibatkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara, yang dilambangkan seperti [ ]. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [ a ]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnya, [ s ]. DAERAH ARTIKULASI Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yan berlainan. Daerah-daerah artikulasi ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan velum iaitu bahagian atas lelangit lembut.

PERANAN UDARA Di dalam peranan udara, alat ujaran yang berfungsi serentak dengan gerakan udara yang keluar dari paru-paru menghasilkan setiap bunyi bahasa. Otot-otot menggerakkan paru-paru untuk mengeluarkan dan memasukkan udara. Biasanya, bunyi-bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paruparu, melalui rongga-rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung. Kesemua alat artikulasi yang telah dinyatakan berfungsi bagi menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Bagi konsonan, keadaan pita suara juga memainkan peranan penting kerana klasifikasi bersuara dan tidak bersuara diambil kira. Selain itu, ciri penting bunyi konsonsan adalah lafaznya yang berbeza-beza akibat sekatan yang berlaku semasa melafazkannya. Bagi bunyi vokal, pengklasifikasian seperti ini tidak berlaku kerana kesemua bunyi vokal adalah bersuara dan tiada sekatan pengaliran udara berlaku semasa lafaz.

bunyi dikeluarkan dengan menggunakan cara udara tidak terganggu dalam rongga mulut. bunyi. Bunyi ini pula ialah bunyi konsonan. Semasa melalui mulut atau rongga hidung.bunyi bahasa dihasilkan dengan dua cara jika dilihat secara kasar. Selain itu.bunyi bahasa ini sebagai sesuatu yang bermakna. Bunyi yang dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paruparu merupakan cara yang kedua. Masyarakat penutur bersetuju bahawa bunyi. Pertama. aliran udara akan terganggu oleh alat.alat sebutan tadi.1) BIBIR ATAS 2) BIBIR BAWAH 3) GIGI ATAS 4) GIGI BAWAH 5) GUSI 6) LELANGIT KERAS 7) LELANGIT LEMBUT 8) ANAK TEKAK 9) HUJUNG LIDAH 10) HADAPAN LIDAH 11) TENGAH LIDAH 12) BELAKANG LIDAH 13) AKAR LIDAH 14) EPIGLOTIS 15) PITA SUARA 16) RONGGA TEKAK 17) RONGGA HIDUNG 18) RONGGA MULUT 19) RAHANG 20) TENGGOROK BUNYI BAHASA Bunyi. Kedudukan lidah dan bentuk bibir mempengaruhi bunyi. Antara bunyi–bunyi yang bukan bahasa . Ia terlafaz dalam deretan bunyi yang tertentu.bunyi bahasa juga boleh diwakili dengan lambanglambang yang telah ditentukan.Udara yang keluar tidak tersekat atau terhimpit apabila melalui rongga mulut. Manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam berkomunikasi. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal.

setiap fon dimasukkan ke dalam kurungan [ ]. Dua bunyi dikatakan tergolong kepada dua fonem jikalau berkontras dari segi makna dalam persekitaran yang sama. bunyi bahasa terbahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan menurut cara sebutan. Setiap penggal bunyi itu dipanggil fon. Pada tahap itu.penggalan. bunyi yang dikeluarkan berterusan dan tidak putus-putus. Bagi menandakan ianya merupakan satu bentuk bunyi. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan secara rentetan yang berterusan namun bagi tujuan analisis. berdehem. bunyi klik pada bibir gusi dan ianya tidak mempunyai sebarang lambang. Terdapat juga bunyi yang menyertai bunyi penggal dikenali sebagai bunyi.perlu disebut tentang penggunaan kurungan.Oleh sebab kehadiran dua bunyi ini membawa perbezaan makna. Sebagai contoh pasangan [ parang ] dan [ barang ] sama kecuali antara bunyi-bunyi [ ρ ] dan [ ь ]. yakni pada tahap bidang fonemik maka istilah fonem digunakan.penggal. Kurungan jenis [ ] digunakan untuk menggambarkan sesuatu bunyi. diberi lambang dan digolongkan pada fonemfonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya. bunyi yang didengar itu dipenggalkan.ialah batuk. Dalam bentuk ujaran. kewujudannya mempunyai makna.bunyi supra. Fonem ialah satu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa. ρ FONEM Apabila bunyi-bunyi bahasa dikaji pada peringkat satu bahasa khusus. Walau bagaimanapun. bunyi [ ρ ] dan [ ь ] dianggap sebagai dua fonem yang berasingan. Oleh hal demikian. misalnya [ ρ ] dalam [ parang ] . Bagi kajian pula. unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan telah dipenggal.

dan lingkunganlingkungan pemakaian alofon dari satu fonem dikatakan penyebarannya. Apabila telah terbukti [ ρ ] dan [ ь ] itu dua fonem berasingan. Penyebaran alofon dari satu fonem itu dikatakan bersifat saling melengkapi. Sebagai contoh ialah fonem /ρ/. menandakan ciri letupan yang tidak disempurnakan. Tetapi apabila [ ρ ] hadir di akhir perkataan. Oleh itu. tetapi berbeza dari segi kehadiran dalam perkataan. Sesuatu fonem boleh mempunyai anggota-anggota yang terdiri daripada bunyi ( atau alofon ) yang ciri-ciri fonetiknya sama. maka jenis kurungan yang digunakan berubah menjadi /ρ/ dan /ь/. Kadangkala ada fonem yang mempunyai anggota-anggota lain yang ciri fonetiknya sama. Dari segi peristilahan. keadaan ini dikatakan satu fonem /ρ/ yang mempunyai dua alofon atau kelainan bunyi. iaitu [ ρ ] yang letupannya dilaksanakan dan [ ρ ] yang letupannya tidak terlaksana. Dengan mengambil contoh fonem /ρ/ di atas. misalnya dalam [ atap ]. Lazimnya fonem ini dihasilkan sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya. Bunyi vokal ini merupakan bunyi bersuara. Bunyi. penghasilan letupan tidak disempurnakan dan ciri ini ditandai dengan lambang [ ] selepas bunyi tersebut.dan [ ь ] dalam [ barang ]. iaitu ρ pada awal dan tengah perkataan. Kurungan / / digunakan bagi menunjukkan status fonem. [ ρ ] dan [ ρ ] adalah sama. kedua-duanya digolongkan ke dalam golongan fonem yang sama.Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Diskripsi bunyi vokal bergantung kepada kualiti bunyi . seperti dalam perkataan [ pagi ] dan [ apa ]. Setiap alofon yang menjadi anggota fonem digunakan dalam lingkungannya sendiri. [ ρ ] dikatakan berlaku atau tersebar dalam lingkungan awal atau tengah perkataan sementara [ ρ ] dalam lingkungan akhir perkataan. Dari segi ciri fonetik. iaitu [ ρ ] dan [ ρ ]. Kesimpulannya terdapat dua jenis fonem /ρ/.

Pekara yang berlaku ialah lidah turun dan naik untuk mengawal saiz rongga mulut. lidah akan membundar.ciri inilah yang dapat menghasilkan bunyi vokal.tesebut. Jika bahagian yang terlibat itu ialah hujung lidah. ia akan bergetar untuk menerbitkan suara. Gabungan ciri. tedapat lagi satu jenis vokal iaitu vokal tengah di mana lidah berada dalam keadaan yang bersahaja iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam keadaan sedikit ternganga. Ini kerana lidah terletak dibahagian depan mulut. Jikalau bahagian belakang lidah yang terlibat pula. separuh sempit ataupun luas. Ia dikenali sebagai vokal hadapan sempit. Lidah berfungsi untuk menentukan corak bunyi dengan melihat bahagian mana lidah terlibat dalam menghasilkan bunyi. Terdapat empat titik kedudukan lidah di di bahagian depan mulut yang terlibat untuk hasilkan bunyi vokal depan. Rongga rengkung juga dapat dikawal untuk menjadi besar atau kecil. iaitu merujuk pula kepada rongga mulut. Selain itu. Hujung lidah diangkat setinggi yang boleh ke atas dan ke hadapan. separuh terbuka. bunyi itu akan berubah-ubah berdasarkan perubahan kedudukan lidah dan rupa bentuk bibir. Bunyi vokal yang dilafazkan itu ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut dalam keadaan terbuka. Jika bahagian depan lidah yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal. vokal yang dihasilkan itu merupakan vokal belakang. Selain itu. Ketika udara daripada paru-paru keluar melalui pita suara. Lain pula jika bahagian belakang lidah terlibat. di antara kedudukan vokal hadapan yang sempit dan vokal hadapan yang luas boleh dijadikan dua jenis . Semasa melalui rongga mulut. Bunyi vokal hadapan luas pula berlaku apabila hujung lidah diturunkan paling ke bawah yang mungkin. maka ia akan disertai dengan keadaan bentuk bibir yang leper atau terhampar. tetapi tidak menutup aliran udara. maka bunyi vokal yang dihasilkan itu adalan vokal depan.

separuh luas dan luas boleh menggunakan cara yang sama bahagian belakang yang berubah. vokal tengah dapat dihasilkan. Kaedah untuk mendiskripsikan bunyi-bunyi vokal berpandukan diagram vokal kardinal yang diperkenalkan oleh Daniel Jones(1956). Di bawah ini merupakan gambar kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut. Rajah Vokal . Dengan menurunkan lidah 1/3 ke bawah.vokal yang lain. Jika meletakkan lidah dalam keadaan bersahaja dan bahagian tengah lidah diangkat sedikit.ubah. Bagi menghasilkan vokal belakang sempit. didapati berlaku vokal depan separuh sempit dan kita juga boleh ujarkan vokal depan separuh luas dengan mengangkat depan lidah 1/3 ke atas dari bawah.

Pada ketika itu. saiz rongga mulut dan bentuk bibir. tetapi tidak akan menyekat aliran udara dari paru-paru. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ i ]. Lidah pula berada pada kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. [ ε ] dan [ a ]. bibir akan dileperkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi dilafazkan. Daerah artikulasi yang terlibat pula ialah lelangit keras.Vokal Depan Vokal depan mempunyai empat buah fon vokal depan iaitu [ i ]. Alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan bunyi ialah lidah. udara keluar melalui rongga mulut. Sambil menggetarkan pita suara. . [e ]. Vokal depan sempit dihasilkan apabila hujung diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut.

. Udara dari paru-paru ditekan keluar.Vokal separuh sempit ini dihasilkan apabila hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit. Udara akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara digetarkan. Pembukaan bibir agak sederhana semasa melafazkan bunyi vokal separuh sempit yang dihasilkan ialah [ e ]. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Bibir berada dalam keadaan terhampar.

Vokal depan separuh luas dihasilkan dengan depan lidah diturunkan 2/3 dari kedudukan separuh sempit ketika ingin melafazkan bunyi. Oleh hal demikian. . Ini akan menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas iaitu [ ε ] . Bibir akan berada dalam keadaan terhampar ketika bunyi dilafazkan. Dua bibir ini akan dileperkan. udara akan keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara disebabkan udara ditekan dari paru-paru. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.

paru dan ia akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung akan ditutup. udara akan ditekan keluar dari paru.Vokal depan luas berlaku apabila hujung lidah diturunkan ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit. Sejurus itu. Justeru itu. . bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi terlafaz. Bunyi vokal yang dapat dihasilkan ialah [ a ].

Vokal Belakang Vokal belakang terhasil dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. iaitu ke titik yang paling tinggi setakat yang boleh. Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras. bibir hendaklah dibundarkan. Kadar bukaan mulut ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut. Oleh itu. Lidah perlulah merapati lelangit keras. Pengaliran udara tidak . untuk menghasilkan bunyi vokal depan perlulah menurunkan belakang lidah 1/3 ke bawah. Vokal belakang sempit dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin tetapi aliran paru-paru tidak ditutup dan bibir dibundarkan. Dalam menghasilkan bunyi ini.

. udara akan keluar melalui rongga mulut. Vokal belakang separuh sempit iaitu belakang lidah diturunkan 1/3 di antara titik yang paling tinggi dan titik yang paling rendah boleh dicapai oleh belakang lidah.tersekat. Lelangit lembut diangkat tepat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup. Ketika itu. bibir dibundarkan. lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Apabila udara ditekan keluar. Seperti biasa. Kemudian. Sambil menggetarkan pita suara. udara akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Bibir berada dalam keadaan bundar semasa ia dilafazkan. maka bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ o ]. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ u ].

Udara akan ditekankan keluar dari paru. udara keluar sambil pita suara dalam keadaan bundar dilafazkaan. Contoh di keluarkan oleh vokal luas adalah pokok. Di samping itu juga. melalui rongga mulut bergetar.Vokal belakang separuh luas dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit daripada ketika menghasilkan vokal separuh sempit.paru. Bibir berada semasa bunyi perkataan yang akan belakang separuh . Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.

udara ditekan dari paru-paru. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.Vokal belakang luas diletakkan di titik paling bawah dan dapat dicapai dengan belakang lidah. Pita suara bergetar sambil udara keluar melalui rongga mulut. . Bibir berada dalam keadaan bundar ketika bunyi dilafazkan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ D ]. Kemudian.

Keadaan bibir waktu itu adalah bersahaja. Tengah lidah itu melengkung ke atas sedikit. Udara kemudiannya ditekan keluar dari paru-paru. Bibir terbuka tetapi keluasan rongga mulut adalah agak sederhana. cəkal dan idealismə.Vokal Tengah Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut. Contoh-contoh bagi vokal tengah adalah əmas. . Bunyi vokal yang terhasil dikenali sebagai vokal tengah [ ə ].

[ e ].Bahasa Melayu mempunyai enam bunyi vokal. Antara contoh bukaan bibir apabila bunyi dilafazkan adalah seperti berikut: . [ a ]. iaitu. [ ∂ ] . [ i ] . [ u ] dan [ o ] .

Ini pula merupakan kedudukan lidah apabila melafazkan semua vokal yang ada: BUNYI KONSONAN Konsonan Letupan .

tiga lagi ialah bunyi tidak bersuara dan satu adalah letupan glotis.paru. aliran udara yang melalui hidung dengan menaikkan lelangit lembut menghasilkan bunyi konsonan letupan dan aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Ini akan menyebabkan udara dari paru-paru tertahan dalam rongga dan saluran udara. Apabila udara tertahan. Grafik ini menunjukkan konsonan letupan dua bibir. Bagi menyekat rongga hidung. Semasa berlakunya setuhan pada titik artikulasi.Dalam Bahasa Melayu. Konsonan letupan dua bibir [ p ] dan [ b ] ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan serta lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. udara dari paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba mengakibatkan udara itu tadi terlepas keluar menghasilkan letupan pada masa yang sama. Udara itu kemudiannya dilepaskan serta merta. Konsonan letupan gusi [ t ] dan [ d ] dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Antaranya ialah tiga daripadanya merupakan bunyi bersuara. Dari paru. Kemudian. terdapat tujuh bunyi konsonan letupan. lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil itu merupakan letupan bibir tak bersuara [ p ]. kedudukan lidah menyekat udara dan apabila ia . Pelepasan udara iaitu menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan bersuara [b]. Semua bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi tertentu dalam mulut dan bibir.

udara yang tertahan dilepaskan. Pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita bersuara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah . Secara serta merta. Letupan gusi bersuara [ d ] berlaku dengan tidak getarkan pita suara. bunyi yang terhasil adalah letupan gusi tak bersuara [ t ].dibebaskan serta merta maka bunyi yang terhasil adalah letupan gusi. Jika letupan gusi itu tidak menggetarkan pita suara. Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ] dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Grafik konsonan letupan gusi seperti di bawah.

dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g] . ini akan menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan. Rajah di bawah menunjukkan letupan pita suara. bunyi tidak dapat dikatakan bunyi bersuara atau tidak bersuara. Oleh sebab itu. bunyi berlaku pada pita suara.letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ]. Pita suara terbuka dan membebaskan udara secara serta merta untuk menghasilkan bunyi. Konsonan letupan pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan. Grafik bagi konsonan letupan lelangit lembut seperti di bawah. .

Rajah ini adalah konsonan letusan.lahan dan ini dapat membezakan bunyi . Konsonan Sengau Konsonan sengau ( nasal ) ialah bunyi yang terhasil apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung. Terdapat empat jenis sengauan dalam Bahasa Melayu : a) Sengauan dua bibir bersuara [ m ] . Dalam keadaan ini.Bahasa Melayu mempunyai dua letusan. lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara . . Bunyi gelencuran dilepaskan perlahan. Konsonan letusan dalam bahasa Melayu adalah letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Bunyi ini terhasil dalam keadaan yang sama seperti bunyi letupan.

Bagi konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ] pula. Bunyi konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ л ] dihasilkan dengan merapatkan depan lidah ke lelangit keras manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.c) d) b) Sengauan gigi-gusi bersuara [ n ] . . Sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ] . bibir bawah perlu dirapatkan ke bibir atas. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan menggetarkan pita suara. dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Lelangit lembut pula. Udara yang dikeluarkan dari paruparu terus melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan. hujung lidah perlu di rapatkan ke gigi-gusi manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Bagi konsonan sengauan 2 bibir bersuara [ m ]. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan. Sengauan lelangit keras bersuara [ л ] .

Bunyi konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ] dihasilkan dengan menaikkan rapat belakang lidah ke lelangit lembut manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan menggetarkan pita suara. Konsonan Geseran .

Ia juga diberi lambang dengan [ h ].Terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu. Kemudian. empat tidak bersuara dan satu lagi merupakan geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tidak bersuara.paru dan menyebabkan geseran berlaku. bunyi geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras. Apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan. Empat yang bersuara. Ini memberi kesan kepada udara yang keluar dari paru. Bunyi geseran itu adalah [ f ] dan yang bersuara ialah [ v ] . Rajah ini menunjukkan geseran gigi bibir. Aliran udara tidak dapat disekat dalam situasi ini. Geseran yang berlaku itu disebabkan oleh udara yang keluar dari paru.paru. . bunyi geseran gigi bibir terhasil dan ia tidak akan menghalang aliran udara untuk keluar. Laluan yang sempit itu adalah laluan yang terbentuk.

Inilah yang menyebabkan geseran berlaku. Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut. Melalui paru-paru. Rajah ini ialah geseran gusi. Ketika berlakunya geseran. Bunyi geseran ini ialah bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ š ] dan bunyi geseran lelangit keras bersuara ialah [ ž ] . udara dari paru-paru terdesak keluar.Bunyi geseran yang tak bersuara ialah [ s ] dan yang bersuara ialah [ z ]. Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan kearah lelangit keras tetapi ia tidak rapat. Rajah di bawah merupakan geseran lelangit keras. udara terdesak keluar dari rongga mulut. Konsonan yang .

Seterusnya ialah geseran pita suara [ h ] di mana ia dihasilkan apabila pita suara dirapatkan dan mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser. Ini ialah rajah bagi geseran pita suara. Konsonan Getaran . Rajah ini menunjukkan geseran lelangit lembut.terlibat bagi geseran lelangit lembut tak bersuara ialah [ x ] dan konsonan geseran lelangit lembut bersuara ialah [ γ ]. Bunyi ini berlaku di pita suara maka dengan itu tidak akan timbul soalan sama ada bunyi itu bersuara ataupun tidak.

Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran iaitu [ r ]. Hujung lidah diangkat ke arah gusi atas manakala lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Bunyi yang terhasil adalah [ l ] . Separuh Vokal . Rajah menunjukkan konsonan getaran. Ini merupakan rajah konsonan sisian. Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. lidah diangkat kearah gusi. Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan mengeluarkan udara dari kiri ke kanan. bunyi akan dihasilkan. Ketika itu. Udara dari paru-paru ditekan keluar ikut kiri dan kanan lidah serta menggetarkan pita suara. Ini yang akan menghasilkan bunyi getaran [ r ] . Konsonan Sisian Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian iaitu [ l ] . Apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut.

Separuh vokal ini merupakan bunyi vokal yang tidak selesai. Kadangkadang ia juga dipanggil separuh konsonan. Kedudukan lidah juga terus berubah selepas itu. DIFTONG . Terdapat dua bunyi separuh vokal iaitu. Ketika pengucapannya. Bunyi tersebut tidak boleh dipanggil vokal penuh kerana mempunyai gangguan kepada aliran udara. separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ] . kedudukan lidah dan ruang mulut sama seperti menghasilkan bunyi vokal dan ianya berlaku separuh jalan sahaja.

CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ au ] Untuk menghasilkan diftong [ au ]. lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ]. lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [ u ]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. iaitu ai. Hujung lidah menyentuh ke bahagian gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. dan oi. Pada mulanya bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. pandai. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan : haiwan. kerbau dan pulau. Terdapat tiga diftong dalam Bahasa Melayu. tetapi tidak sehingga berada kedudukan tersebut. tetapi dilambangkan dengan dua huruf vokal. au. bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [ i ]. CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ oi ] . Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. tauladan. Dengan kata lain. Contoh kehadiran dalam perkataan : aurat. Bibir dibundarkan. CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ ai ] Untuk menghasilkan diftong [ ai ]. ghairah dan gulai.Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu bunyi.

Untuk menghasilkan diftong [ oi ]. Contoh kehadiran dalam perkataan : boikot. pada mulanya lidah berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudiannya berubah pada kedudukan vokal depan separuh sempit [ i ]. bibir dibundarkan tetapi kemudian menjadi semakin hampar. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Pada mulanya. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. Depan i e ε a Tengah Belakang u o oi ‫כ‬ ai au FUNGSI ALAT ARTIKULASI . sepoi dan amboi. Anak panah menunjukkan arah geluncuran. Carta di bawah menunjukkan kedudukan lidah dalam penghasilan ketiga-tiga diftong di atas.

dan mengeluarkan udara yang telah kotor keluar. Dua tulang rawan aritenoid bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas tulang rawan krikoid. proses ini disebut menarik nafas . dan menutup rapat. Selama manusia masih hidup. begitu pula sebaliknya. sehingga memungkinkan gas karbon dioksida mengalir ke luar. Fungsi utama pita suara ini adalah sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung.1) PARU-PARU Fungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. pipa pernafasan. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat berbentuk . c) sepasang pita suara dan d) tulang rawan tiroid. Sepasang pita suara dapat membuka lebar. sedangkan bahagian belakang pada tulang rawan aritenoid. menutup. proses ini disebut menghembuskan nafas. Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran ruangan. membuka. b) dua tulang rawan aritenoid. Tulang rawan krikoid berbentuk seperti lingkaran sebagai tumpuannya terletak di belakang titik. Pita suara bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid. Udara luar yang mengandungi oksigen akan mengalir ke paru-paru jika tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru. 2) PANGKAL TENGGOROK Panggal tenggorok atau laring adalah rongga pada hujung. iaitu : a) tulang rawan krikoid. Sistem otot aritenoid dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. Arus udara yang dari paruparu inilah yang menjadi sumber syarat mutlak terjadinya bunyi. otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur. Bernafas pada dasarnya ialah mengalirkan udara ke dalam paru-paru. Rongga ini terdiri daripada empat komponen. Udara akan mengalir dari paru-paru keluar hanya apabila tekanan udara yang ada dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara yang ada di luar. proses mengembang ( pembesaran ruangan paru-paru ) dan mengempis ( pengecilan ruangan paru-paru ) paru-paru yang dikerjakan oleh otot-otot paru-paru.

Fungsi utamanya adalah sebagai saluran makanan dan minuman. pada waktu menghasilkan bunyi bersuara.iaitu dalam keadaan :terbuka lebar.iaitu dalam menghasilkan bunyi hamzah.dan tertutup rapat. 4.terbuka. 3.menonjol pada kaum lelaki sebenarnya tidak begitu mempunyai peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.Yang terakhir.Glotis dalam keadaan terbuka lebar terjadi apabila kita bernafas secara normal.Pada waktu kita menelan makanan dan minuman epiglottis menutup batang tenggorok. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh faring disebut bunyi faringal.Dalam pembentukan bunyi bahasa epiglotis ini tidak mempunyai peranan apa-apa.menggetarkan pita suara.Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara. maka terbentuklah suatu celah atau ruang diantara sepasang pita suara. Sehubungan dengan terjadinya bunyi dan pernafasan maka glottis biasa dibezakan atas empat posisi.Epiglotis (katup pangkal tenggorok) terletak pada pintu masuk pangkal tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke batang tenggorok. Lelangit Lembut .tertutup.Celah itu disebut glotis. Dalam pembentukkan bunyi bahasa peranannya terutama sebagai tabung udara yang akan ikut bergetar apabila pita suara bergetar.Rajah di lampiran C akan dapat memperjelas huraian ini.Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi (phonation). Rongga kerongkong (pharynx) Rongga kerongkangan atau faring (pharynx) ialah rongga yang terletak antara pangkal tonggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung.sehingga memungkinkan arus udara yang mengalir.keadaannya tertutup rapat.sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke saluran itu.sedang dalam keadaan tertutup. Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara.

Untuk bunyi yang dihasilkan dengan halangan atau hamabtan anak tekak (uvula) disebut bunyi uvular. sedangkan gabungan yang kedua menjadi medio-palatal. Pada bahagian depan mulai lelangit melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila raba. sehingga udara dapat keluar masuk melalui rongga hidung. Gabungan keduanya menjadi dorsol-velar. Gambar di lampiran d menunjukkan lelangit lunak berserta anak tekaknya dalam keadaan menurun. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh lelangit lembut ini disebut bunyi velar. lelangit lembut berserta anak tekaknya terangkat ke atas menutup rongga hidung. Dalam pembentukkan bunyi ia sebagai artikulator pasif (dasar atau basis artikulasi). Lelangit Keras Lelangit keras merupakan susunan bertulang. atau pada waktu kita menguap. Gusi Dalam . Bunyi yang dihasilkan oleh ujung lidah disebut apikal. dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan atas hambatan tengah lidah disebut medial. 5. Demikian pula pada waktu terbentuknya bunyi nasal. sedangkan artikulator (aktif)-nya ialah pangkal lidah. sedangkan artikulator aktifnya adalah ujung lidah atau tengah lidah. Dalam keadaan bernafas normal maka lelangit lunak beserta ujung anak tekak menurun. Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal. Dalam kebanyakkan pembentukkan bunyi bahasa iaitu bunyi non-nasal. Bunyi yang dibentuk oleh pangkal lidah( dorsum) disebut dorsal. 6. Bunyi yang dihasilkan oleh lelangit keras disebut palatal.Lelangit lembut berserta bahagian ujungnya yang disebut anak tekak dapat turun naik sedemikian rupa. Dalam pembentukkan bahasa lelangit keras ini sebagai artikulator pasif.

hanya bersifat membantu sahaja. terletak tepat diatas serta dibelakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah. Selain itu. Walaupun gigi bawah dapat digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukkan bunyi bahasa tidak banyak berperanan. lekuk gigi) adalah bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir disebut bunyi labial. Fungsi pokok gigi untuk mengunyah. Sehingga bunyi yang dihasilkan dengan halangan atau hambatan hujung lidah dengan gusi disebut bunyi apiko-alveolar. sedangkan artikulator aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan atau hambatan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio-dental. Gigi Gigi terbahagi menjadi dua. dapat juga gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya. Bunyi yang dihasilkan oleh daun lidah disebut bunyi laminal. Gabungan dari keduanya menjadi bunyi lamino-alveolar. Dalam pembentukkan bunyi bahasa gusi ini sebagai artikulator pasif. 7. 8.Gusi dalam (gusi belakang. Bibir . dan yang dihasilkan hambatan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyi apiko-dental. ceruk gigi. iaitu gigi bawah dan atas. Yang berfungsi penuh sebagai artikulataor atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah. lengkung kaki gigi. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi disebut bunyi dental. Bunyi yang dihasilkan gusi disebut alveolar.

dan hujung lidah. Pangkal lidah bekerjasama dengan lelangit lembut menghasilkan bunyi dorso-velar. Dalam pembentukkan bunyi bahasa lidah sebagai artikulator aktif mempunyai peranan yang amat penting. 9. Selain hujung lidah dapat pula bekerjasama dengan gusi dan gigi atas.dan untuk memindahkan makanan yang akan atau sedah dikunyah . Lidah dapat dibahagi kepada lima bahagian iaitu: akar lidah. Akar lidah bekerjasama dengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi radiko-faringal. Hujung lidah bekerjasama dengan lelangit keras menghasilkan bunyi apiko-palatal. iaitu bibir bawah dan atas . tengah lidah.hasilnya ialah bunyi labio-dental. LAMPIRAN .Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu bekerjasama dengan gigi atas. sedangkan yang kedua menghasilkan bunyi apiko-dental. Fungsi utama bunyi bahasa bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah sebagai artikulator aktifnya. daun lidah.Bibir terbahagi menjadi dua . pangkal lidah. Lidah Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa . Tengah lidah bekerjasama dengan lelangit keras menghasilkan bunyi medio-palatal. Yang pertama menghasilkan apiko-alveolar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->