PENDAHULUAN

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian Dasar Ekonomi Baru bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Proses pembangunan sosio ekonomi berdasarkan modul Dasar Ekonomi Baru ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesankesan daripada pergolakan dunia amnya.

Dasar Ekonomi Baru yang berakhir pada 1990 ini telah disambung oleh Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Dasar Pembangunan Nasional merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan Dasar Ekonomi Baru. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional, menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 17 Jun 1991. Dasar Pembangunan Nasional sangat penting untuk perpaduan negara di mana masyarakat yang

bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu, di samping mengekalkan kestabilan sosial serta pengurusan ekonomi yang cekap.
1

Ini bertujuan menyediakan persekitaran yang baik bagi mencapai pertumbuhan dengan pengagihan pendapatan negara secara adil dan saksama. Dasar Pembangunan Nasional memberi penekanan ke arah mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Dasar Pembangunan Nasional telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah Dasar Ekonomi Baru serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Aktiviti utama Dasar Pembangunan Nasional untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini ialah dengan membantu golongan miskin tersebut. Dasar Pembangunan Nasional juga menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi agar kadar kemiskinan kaum bumiputera dapat dikurangkan. Dasar Nasional Pembangunan juga memberi tumpuan kepada penglibatan sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Dasar Pembangunan Nasional juga menekankan pembangunan sumber manusia

termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama agar kadar kemiskinan negara dapat dikurangkan. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir Dasar Pembangunan Nasional kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan agar Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.
2

Aktiviti Pembasmian Kemiskinan

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan, Dasar Pembangunan Nasional mengenal pasti lima strategi untuk membasmi kemiskinan iaitu dengan mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum, memperbaiki keadaan golongan termiskin, merapatkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup kumpulan-kumpulan berpendapatan rendah, meningkatkan taraf hidup golongan miskin di bandar, memperbaiki kemudahan perumahan, kesihatan, pendidikan dan sosial di kawasan ladang dan golongan minoriti iaitu orang asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang India. a) Program Pembangunan Rakyat Termiskin Aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini ialah dengan mewujudkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Golongan termiskin ialah isi rumah yang menerima pendapatan kurang daripada separuh pendapatan garis kemiskinan dan kehidupan adalah daif. Objektif program pembangunan rakyat termiskin adalah membasmi kemiskinan golongan ini dan meningkatkan keupayaan untuk berdikari. Aktiviti yang dijalankan dalam program pembangunan rakyat termiskin adalah membantu memenuhi keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal dimana kerajaan telah membina rumah yang percuma untuk golongan miskin ini dan menyediakan pusat komoditi untuk membeli makanan dan pakaian dengan harga yang murah. Kerajaan juga telah menyediakan infrastuktur asas iaitu sekolah, masjid dan tapak rekreasi agar tuntutan sosial rakyat miskin ini dapat dipenuhi.

3

b)

Pendidikan dan latihan

Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Kerajaan telah mewujudkan Pusat Giat Mara untuk memberi pendidikan dan latihan kepada belia-belia yang kurang berjaya dalam akedemik agar mereka mempunyai kemahiran untuk meningkat taraf ekonomi diri sendiri dan keluarga. Para belia yang mempunyai kelayakan akedemik yang agak baik akan ditawarkan mengikuti kursus peringkat sijil di Kolej Komuniti yang banyak diwujudkan oleh kerajaan di kawasan luar bandar. Kemahiran teknikal yang dipelejari semasa di Koleh Komuniti dapat membantu para belia membuka perniagaan sendiri, contohnya bengkel motosikal. Ini akan dapat meningkatkan taraf ekonomi belia luar bandar dan seterusnya membantu mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negara ini.

c)

Mengurangkan kemiskinan di bandar Aktiviti pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan

dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga telah diambil oleh kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. Kerajaan telah melaksanakan program pembangunan dan penempatan semula masyarakat setinggan di Kuala Lumpur. Melalui program ini, setinggan-setinggan yang terlibat dengan Projek Pembangunan Kerajaan akan diberi

4

tanah alternatif terrlebih dahulu sebelum rumah mereka dirobohkan. Setinggan-setinggan ini juga diberikan wang saguhati pemindahan berjumlah RM 1 000.00 bagi setiap keluarga. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga membantu setinggan secara logistik iaitu dengan menyediakan kenderaan semasa proses pemindahan rumah.

Aktiviti Pembangunan Sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Dasar Pembangunan Nasional diwujudkan untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai melalui pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan bumiputera, tetapi kerajaan tetap mahukan usahawan bumiputera memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Oleh itu, kerajaan telah menyusun rangka tindakan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera yang jelas dan selaras dengan tujuan. a) Latihan pengurusan dan kemahiran. Sehubungan dengan ini, kerajaan telah mengutamakan latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga diberi tumpuan. Dasar Pembangunan Nasional akan menggalakkan penyertaan bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan francais seperti perniagaan makanan segera dan perniagaan runcit yang banyak terdapat di seluruh negara. .
5

b)

Hubungan dan galakan. Usahasama secara aktif di antara bumiputera dan bukan bumiputera akan digalakkan

untuk membolehkan syarikat bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Kriteria seperti kecekapan, persaingan dan pengurusan adalah asas yang penting di dalam perniagaan. Bagi membolehkan bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Prospek ini dapat dicapai dengan kemudahan internet dan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan. c) Sistem kuota Kerajaan juga telah melaksanakan sistem kuota, perlesenan dan keutamaan secara selektif. Dasar Pembangunan Nasional akan memastikan bumiputera mendapat kuota yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang diwujudkan dari tahun 19912000, kira-kira 55.8% diambil oleh bumiputera iaitu 706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan. Ini bermakna kerajaan mengutamakan pembangunan ekonomi bumiputera. Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, kerajaan telah memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. Matlamat penyusunan semula guna tenaga ini dapat memastikan corak guna tenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ini akan dapat memperkukuh dan mengembangkan asas keusahawanan serta kewujudan rangkaian usahawan berdaya maju dan

6

seterusnya membantu mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui peluang perniagaan dan pekerjaan yang diwujudkan. Aktiviti Penyusunan Semula Hak Milik dan Penguasaan dalam Sektor Swasta.

Kerajaan meneruskan usaha-usaha untuk meningkatkan pemilikan dan penglibatan bumiputera dalam sektor swasta selaras dengan matlamat asal 30 % hak milik saham sektor. Dasar ini dilaksanakan dengan fleksibel dan liberal tetapi tiada matlamat kuantitatif dan jangka masa tertentu. Strategi telah diambil untuk melengkapkan bumiputera dengan kemahirankemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Strategi yang dijalankan dalam penyusunan semula hak milik dan penguasaan dalam sektor syarikat adalah:

a)

Modal saham yang melibatkan pelabur tempatan

Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan Permodalan Nasional Berhad untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan bumiputera sepanjang tempoh Dasar Pembangunan Nasional.

b)

Penswastaan Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan

memperluaskan penyertaan bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan
7

semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syaratsyarat yang ditetapkan. Melalui program penswastaan ini, para pelabur bumiputera akan

diperuntukkan sejumlah besar saham. c) Persaingan dalam pasaran antarabangsa Dasar Pembangunan Nasional telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia telahs mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi. d) Peranan institusi perbankan Islam Institusi yang pertama sekali mengamalkan konsep transaksi Islam ialah Lembaga Tabung Haji (LTH). Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orang Islam yang keseluruhannya bumiputera menyimpan wang secara beransuransur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji dan melibatkan diri dalam bidang penanaman modal dalam lapangan perusahaan, perdagangan, perladangan dan hartanah yang betul dari sisi Islam. Melalui Dasar Pembangunan Nasional, pengurusan dan penggunaan sumber-sumber modal yang dihasilkan oleh institusi Islam seperti pelaburan bumiputera di Lembaga Tabung Haji telah dipertingkatkan.
8

Aktiviti Pembangunan Sumber Manusia Teras utama dalam aktiviti pembangunan sumber manusia ialah memastikan pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang sama. Pembangunan sumber manusia juga adalah aspek penting untuk mengukur kemajuan ekonomi negara. Dasar Pembangunan Nasional melalui aktiviti pembangunan sumber manusia telah memastikan penglibatan bumiputera yang bermakna di dalam sektor moden. Matlamat utama aktiviti pembangunan sumber manuasia ini adalah: a) Tenaga kerja yang terlatih Tenaga kerja yang terlatih adalah tenaga kerja yang memiliki kepakaran di dalam bidang tertentu. Kepakaran ini dibina berdasarkan pengalaman dan latihan yang dilakukan berulang kali. Tenaga kerja yang berdisplin dan produktif dengan kemahiran yang tinggi dapat menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. Tenaga kerja yang terlatih ini adalah penting dalam pembangunan sumber manusia ini yang akan dapat meningkatkan ekonomi individu dan seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. b) Kualiti golongan profesional bumiputera Golongan profesional bumiputera adalah golongan yang dapat membantu meningkatkan ekonomi bumiputera. Golongan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja terlatih dan separa terlatih melalui bidang-bidang ekonomi yang diterokai mereka. Golongan profesional ini menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan

9

dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. c) Nilai positif dan kemampuan Pembangunan sumber manusia melalui Dasar Pembangunan Nasioanl ini dapat memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi. Ini adalah penting untuk sinergi pembangunan negara dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara mampu dikekalkan secara berterusan. Aktiviti Wawasan 2020

Wawasan 2020 adalah tindak balas kepada perkembangan ekonomi yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang memberi cabaran hebat kepada negara. Melalui cabaran ke-9 Wawasan 2020, penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata Dasar Pembangunan Negara akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Pengagihan secara adil dan saksama akan dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.

10

RUMUSAN Dasar Pembangunan Nasional akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan

ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara. Lima aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia adalah memberi tumpuan kepada golongan termiskin, mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, penyusunan semula hak milik dalam sektor swasta, pembangunan sumber manusia dan pelaksanaan Wawasan 2020. Kadar kemiskinan di Malaysia akan dapat dikurangkan dengan kerjasama dan usaha berterusan semua pihak.

11

RUJUKAN 1. Nota Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia [Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pelajaran Negeri Perak]. 2. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/241-dasarpembangunan-nasional-dpn-.html 3. http://www.scribd.com 4. http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/ProgPbgn_PenmpatnStgnutkPTK180608.pdf 5. http://info.mohr.gov.my/PTK/notaPTKbaru/dasar/DASAR%20PEMBANGUNAN%20N ASIONAL1.pdf

12

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful