PENDIDIKAN ABAD KE-21 : ISU DAN CABARAN 1. Pendahuluan: Apa Abad Ke-21?

Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan

perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi. (Sumber : Wikipedia bebas dalam Versi Bahasa Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010) Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakanrakan, 2002).

Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam open sky technology membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan 1

Pendidikan K-Ekonomi dan Gejala sosial yang diakibatkan oleh ledakan maklumat dan globalisasi. pengangkutan dan sebagainya tidak terkecuali bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abad ke 21 ini.siaran melalui Direct Broadcasting Services. pentadbiran. United Kingdom. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul. saya ingin fokuskan kepada 4 isu dan cabaran iaitu Pendidikan bertaraf Dunia. Ini dapat dilihat dengan pertambahan pelajar luar negara yang belajar di institut pengajian tinggi negara-negara tersebut. Pembestarian Sekolah. Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru. bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Australia. Jepun. Terdapat berbagai-bagai isu dan cabaran pendidikan di Malaysia yang timbul akibat kesan globalisasi dan transformasi sama ada isu dan cabaran ini wujud disebabkan oleh hasrat kerajaan itu sendiri ataupun kesan daripada kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia. Sebaliknya isu-isu komunikasi tanpa sempadan. Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global. aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi. hubungan antarabangsa. kemajuan yang dicapai bukan saja tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. isu-isu ini kini tidak lagi begitu diperdebatkan. 2 . perubatan. Dalam tugasan ini. Pendidikan Tertiari menunjukkan fenomena yang sama di mana pada setiap tahun universiti-universiti tempatan di negara kita menerima pelajarpelajar luar dari seberang laut semakin meningkat. Demikian juga di Malaysia. New Zealand. Dalam keghairahan dunia abad ke-21 menikmati kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dunia sekarang ini bukan lagi terkenalkerana ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Jerman dan Russia. masyarakat bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang perbincangan di peringkat antarabangsa. Kemajuan dalam bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh yang besar kepada keadaan sosial. bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat.

v. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dilihat dari perspektif yang luas. kuantiti. maju dan berdaya saing. 1997 ). Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual 3 . Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online world class is defined as being of the highest caliber in the world . Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia.2. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis. iii. Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. ii. Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan perubahan insan. standard. Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y. iv. Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya . khususnya dari segi kualiti. iaitu : i.A. ( Mohd Najib . Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru. Tepat pada masanya. kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

v. Pendidikan Prasekolah dan Rendah Pendidikan Menengah Pendidikan Tertiari (Tinggi) Program Sokongan Pembiayaan Pendidikan Pengurusan ICT Dalam Pendidikan Selain daripada itu. ii. vii. pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk mempastikan perkara berikut dapat diurustadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu: i. iii. vi. ix. v. iv. vii. xii. Kualiti pengajaran Kualiti perkhidmatan Kualiti kurikulum Kualiti penilaian dan pensijilan Kualiti pensyarah Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti Kualiti kepimpinan universiti Kualiti penyeliaan Kualiti mentoring Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar 4 .vi. Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia. vii. pihak Kementerian Pelajaran juga perlu merefomasikan pelbagai aspek pendidikan di semua peringkat persekolahan seperti perkara-perkara berikut: i. Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat. vi. iv. ii. x. viii. iii. xi.

Pertama. y Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan y y Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun Pendidikan kebangsaan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan y y Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta 5 . Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia. impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu. soal asas iaitu perundangan. Antara lain. perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Bertitik tolak dari kesedaran ini. rang undang-undang tersebut menggariskan : y Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas. holistik serta komprehensif. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Kementerian Pelajaran membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pelajaran dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan.

Bermula dengan akta. alat-alat pendidikan dan infrastruktur. latihan. soal fizikal. Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. kebajikan guru. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat tertiari adalah amat kecil jika dibandingkan dengan kohort yang sama di negara-negara maju. adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia. kemahiran. Tahap aksesibiliti ke pendidikan tertiari yang rendah akan menghalang pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat. pendidikan tertiari perlu mampu menyediakan peluang bagi mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan. sistem penilaian. apabila kita mengubah kurikulum sekolah. kerajaan perlu menyegerakan untuk menyelesaikan masalah peluang pendidikan tertiari di IPTA dan IPTS yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan negara yang semakin meningkat. peratus kemasukan pelajar ke peringkat tinggi bukan ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah 11 peratus di Malaysia berbanding dengan 26 peratus di Amerika Syarikat dan 12 peratus di United Kingdom. profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira. perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan. Sejajar dengan peningkatan taraf ini. faktor-faktor latihan guru. Adalah menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan tahap aksesibiliti kepada pendidikan tertiari sejajar dengan konsep pendemokrasian pendidikan. Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. dan latihan semula pada peringkat tertiari. Cabaran kerajaan ialah untuk menyediakan peluang dan laluan bagi kemasukan individu dan pelajar tercicir ke institusi pendidikan tertiari agar rakyat 6 . berdasarkan data Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996. Contohnya. Contohnya. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah lima peratus di Malaysia berbanding dengan 41 peratus di Amerika Syarikat dan 39 peratus di United Kingdom. soal kemasukan teknologi baru.

Selaras dengan pengkorporatan universiti. keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan murid agar berkemahiran dalam bidang ICT. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi. adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan. terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). 3. Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 7 . Isu dan Cabaran : Ke Arah Pembestarian Sekolah Malaysia Satu lagi isu pendidikan di Malaysia masa kini yang hangat diperkatakan ialah Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed). sosial serta budaya masa kini. pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti. Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan juga dilihat sebagai salah satu cara ke arah memantapkan lagi pendidikan tertiari. Justeru. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek. antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir.Malaysia mempunyai pendidikan serta kemahiran ke arah membantu pembangunan negara.

projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah. SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti. projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). which is already at an advanced stage of implementation. penggunaan bahan teknologi secara bijak. at lower cost to the government. Launch of the Multimedia Super Corridor. kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Kementerian Pelajaran akan menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi meningkatkan produktiviti. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. (Tun Mahathir Mohamed. Advanced teaching and learning materials developed 8 . tanpa pertindihan dan pembaziran.2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri.pemusatan kepada pelajar. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. pengisian dan latihan. serta pengurusan sekolah yang efektif. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 . Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif. 1 August 1996) The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit.

masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.C. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing. while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching. pentadbir dan staf sokongan Pembestarian Sekolah akan menfaatkan elemen utama yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian Pelajaran seperti: i. (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan. dan Pembangunan Sumber Manusia. projek makmal pengkomputeran sekolah ii. rangkaian SchoolNet iv. Dalam proses pembestarian sekolah. kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. rancangan TV pendidikan 9 . PPSMI dan MBMMBI iii. 7 Mei 2005) Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan. sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi ii. (Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi) Launch of The Multimedia Super Corridor (M. 3 July 2004) pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru. Menteri Pelajaran Malaysia. Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap iii.) Next Leap.S. i.

projektor dan rangkaian. software dan wetware. pentaksiran.v. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1. 10 . Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. pengajaran dan pembelajaran. server. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. projek Rintis Sekolah Bestari vi. dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara. Untuk itu. manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer. Oleh itu. alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.000 bagi sebuah sekolah. Walau bagaimanapun. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta ix. latihan ICT Guru x. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran vii. Kementerian Pelajaran kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum. kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642.8 juta. pedagogi. pencetak. mata pelajaran yang berasaskan ICT viii. Kementerian Pelajaran telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer. malah juga dalam bidang pengurusan sekolah.

Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah. dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. jabatan dan kementerian. staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu. luar bandar dan pendalaman. membentuk masyarakat yang kreatif. pembangunan perisian telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak swasta. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS). Jabatan Pelajaran Negeri. Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan isu yang besar kerana terbukti telah melibatkan kos pembelian dan pengurusan yang besar. Pentadbir sekolah. kritis dan inovatif. melalui pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Banyak wang yang telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan prasarana ini. semua pihak harus mengorak langkah yang proaktif.Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer. Penyediaan perisian kursus juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah suatu usaha yang amat baik. Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini. guru. Adalah menjadi harapan kementerian. Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. mengimbang jurang digital antara bandar. Untuk itu. 11 . Bahasa Inggeris.

liberalisasi.membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Perubahan sistem ekonomi ini adalah satu fenomena yang pasti akibat daripada arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke 21 yang sangat mencabar ini. 4. sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Pada abad ke-21 ini. Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang. ICT). mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global. dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology. berkemahiran. Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau Kekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Mohamad Muda (1991) mengatakan sistem pendidikan negara kita memerlukan usaha-usaha yang strategik serta boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabarancabaran abad ke-21. Pembangunan Pendidikan abad ke 21 mulai tahun 2000 mengambil kira Dasar Wawasan Negara yang bertujuan membina bangsa yang berdaya tahan. celik ICT. 12 . Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Ke Arah K-Ekonomi Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu. Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker. celik dan mahir dalam ICT. negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi.

mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Untuk mencapai matlamat pembangunan negara. dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). bilangan tenaga kerja mahir dan profesional telah meningkat kepada 32 peratus dan 2005 telah mencapai 46 peratus. peratusan yang mempunyai pendidikan tertiari berjaya ditingkatkan daripada 1. Pada tahun 1980.1 peratus. RRJP3) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005. institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta. universiti awam. Isu dan Cabaran : Ledakan Globalisasi Menimbulkan Masalah Sosial Pelajar 13 . Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan. program.menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama. memperkukuh pembangunan sumber manusia. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010. Dalam tempoh yang sama. RMKe-8) telah menggariskan strategi. dan saksama. Semua ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan kebangsaan. adil. menghadapi persaingan antarabangsa. dan projek untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta membina masyarakat yang bersatu padu. politeknik. 5. tenaga kerja yang tidak mempunyai pendidikan formal adalah sebanyak 18. Pada tahun 2000.5 peratus kepada 11. Pembangunan negara tertumpu kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri. lebih banyak tenaga mahir dan profesional akan dapat dilahirkan pada masa akan datang. berkemahiran. membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sistem pendidikan kebangsaan telah dapat meningkatkan kualiti pendidikan dari segi taraf pendidikan tenaga kerja. dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan mencapai wawasan negara Dengan tertubuhnya kolej komuniti. Jika ini dapat dicapai.7 peratus pada tahun 1995. dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan. Jadual tersebut menunjukkan tahap pendidikan tenaga kerja di Malaysia semakin meningkat dengan lebih ramai mempunyai pendidikan menengah dan tertiari.1 peratus dan menurun kepada 8. negara kita akan mudah bersaing dengan negara lain di dunia pada abad ke 21 ini.

kemudahan alat telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutamanya kepada para remaja bahkan seluruh manusia yang masih mencari identiti mereka. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang sering diperkatakan. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Di sini. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau 14 . Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut. Pembabitan bilangan remaja dalam gejala sosial turut meningkat secara mendadak. sebahagian besar remaja kita telah jelas kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Kita berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia jati dan bukannya sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajanya. Belum sempat kita merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara. nampaknya pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran demi cabaran yang sangat menakutkan. Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka berada di tingkatan satu dan dua. Kemudahan internet disalahgunakan untuk mengakses laman-laman yang tidak sihat telah memberikan kesan negatif kepada mereka. rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Revolusi sektor pendidikan negara kini bukan sahaja tidak berupaya menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah gejala sosial remaja. Fenomena ini berlaku kalangan pelajar yang tidak matang untuk menilai serta mempraktikkan apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan. Kesan yang paling ketara ialah kewujudan laman-laman lucah yang telah mengakibatkan pengaruh seks bebas dan jenayah seksual. Masalah ini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota .Satu lagi isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT. khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah. Di samping kemajuan sains dan teknologi. Kuala Lumpur.

Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya ke arah gejala sosial dengan menonton video lucah bersamasamanya. jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. merogol dan juga pelacuran . hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat di abad ke 21 ini dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah 15 .pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya. pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral di bawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Menurutnya. seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram diseluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Datuk Mat Zain Ibrahim. lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan . didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah . Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat . sehingga bulan Jun tahun ini. bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang. dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu. Selain jenayah seksual. Hasil siasatan guru-guru. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan. satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka danmemanfaatkannya ke arah yang lebih positif. Akhirnya anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan akan rosak dan merosakkan orang lain dan nama baik negara kita. Bagi memenuhi matlamat tersebut. 6. Penutup Kita percaya. kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan.laku anak-anak dan para pelajar. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke 16 . Inilah isu dan cabaran kepada para guru di sekolah dan tugas pendidikan di era IT ini untuk dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. pembangunan pendidikan dilandaskan kepada empat teras iaitu meningkatkan akses. penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Jika tidak. Aktiviti seperti "Lepak Siber". ekuiti. Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang mulia. dan daya saing yang tinggi. perancangan Pembangunan Pendidikan abad ke-21 bertujuan melahirkan insan yang dapat menangani isu dan cabaran globalisasi serta K-ekonomi. Di samping itu. daya ketahanan yang kukuh. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan individu yang seimbang dan baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Justeru itu. gejala ini akan semakin teruk dan berleluasa. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar.

organsisasi atau negara. "TQM Dalam Pendidikan." MASSA.Putrajaya Iliyas Haji Hashim. "Pendidikan Di Malaysia. Datuk Dr. wang atau bahan mentah. "Pengenalan Sosialogi Pendidikan. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi." Kuala Lumpur : Kumpulan 17 . Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Bhd. Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002).tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. T (1990). Edisi Pelancaran PIPP 2006 Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. pada 1 2 September 2001 Al-Munsyi (1995). Kuala Lumpur. Sistem pendidikan yang berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi. Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim. Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka. 5 April. Mok Soon Sang (1996). Budaya korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia sangat penting dalam menghadapi gelombang perubahan ini. Kementerian Pelajaran Malaysia. Marimuthu. budaya dan politik tersebut amat hebat dan pantas. Jika kita leka boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. 2001. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh berbanding kekayaan yang berupa tanah." Dewan Masyarakat. Bibliografi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. 23-25. Kamarrudin Jusoh (1997)." Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. "Keluhan Bekas Guru Disiplin. Disember.

. Zahid Mohd. Bhd. C. (2001).Othman Alhabshi. (2003). Integration Educational Technology into Teaching. Pendidikan dan wawasan 2020. Pendidikan pembangunan manusia.&Harrilak. Wan Mohd. Wan Mohd. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Giga Information Group. Bangi: As Syabab Media. 18 .J. Utusan Pengguna. Schooley. Bhd. Singapura: Pustaka Nasional.New Jersey:Prentice Hall. Tajul Ariffin Mohd. Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif. Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Budaya ilmu: Satu penjelasan.Nor bin Wan Daud.(1997).A. 14-16 Nov 1996 di Institut Aminuddin Baki: Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan Institusi Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Ahmad (2001). October). Future Direction in the K-12 Education Technology Services. November 1997. Noordin. (1993). Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. (2002.Edwards. Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. M. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan UNITAR. M/S 23 Hussein Hj. M. Inc.D. Roblyer.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful