WEB DEVELOPMENT AND ADMINISTRATOR

Generate by 000webhost.com & Co.cc

Fantastico AutoInstaller
By cikguiti

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

1

Langkah 1: • Klik ikon IE atau Mozilla anda dan taip url http://www.000webhost.com.

Langkah 2: • Klik ikon “Sign up!”

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

2

Langkah 3: • Paparan dibawah tertera, anda perlu memasukan maklumat yang berkaitan dalam ruangan disediakan.

yang

Langkah 4: • Setelah selesai anda perlu check box “I agree…” dan klik “Create My Account”.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

3

Langkah 5: • Seterusnya anda akan dipaparkan akaun anda sedang proses dalam tempoh masa tertentu anda perlu tunggu dan lihat hasilnya.

Langkah 6: • Hasilnya akan tertera seperti dibawah. Anda perlu “copy&paste” maklumat tersebut kedalam format Word dokumen kerana kita akan memerlukanya dalam setiap operasi web control panel kelak.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

4

Langkah 7: • Contoh hasil yang telah di copy&paste dalam format word adalah seperti di bawah.

Langkah 8: • Seterusnya klik “[Enter Control Panel]”. Anda akan dipapar screen dibawah.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

5

Langkah 9: • Klik ikon Fantastico Autoinstaller.

Langkah 10: • Paparan screen “1- click Autoinstaller” akan dipaparkan. Terdapat pelbagai CMS Program untuk dipilih.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

6

Langkah 11: • Namun bagi tujuan pembelajaran yang mudah, elok kiranya kita menggunakan CMS Joomla. Klik “New Installation”.

Langkah 12: • Hasilnya screen akan memaparkan “Installation directory” untuk aplikasi joomla. Perlu diingat jangan masuukan nama direktori dibahagian ruangan kosong “install in directory”. Ini kerana kita mahu aplikasi dioperasikan dari Public_html folder.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

7

Langkah 13: • Seterusnya masukan admin username dan Password admin diruangan disediakan. Klik “Install Joomla”.

Langkah 14: • Seterusnya paparan di bawah dipaparkan dimana proses installasi mengambil masa lebih kurang 2 minit. Anda perlu tunggu dan setelah selesai tempoh pemasangan, Klik “[Back to control panel]”

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

8

Langah 15: • Klik ikon “File Manager”.

Langkah 16: • Masukkan username dan password Ftp Client Manager. Klik “Continue”.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

9

Langkah 17: • Klik ikon folder “Public_html folder”.

Langkah 18: • Klik file htaccess.txt.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

10

Langkah 19: • Tukar nama file htaccess.txt kepada .htaccess. Ini bertujuan melindungi file permission password dan web hosting anda dari diubahsuai oleh pengodam.

Langkah 20: • Setelah selesai klik tanda hijau tanda pengesahan. Klik arrow biru untuk kembali ke Control panel.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

11

Langkah 21: • Tick radio button semua folder biru. Klik ikon [Chmod].

Langkah 22: • Tick semua kotak Owner, Group dan Everyone. Klik [Set All Permissions]. Pastikan juga tick semua kotak “Chmod also the subdirectories with this directory” seperti dibawah.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

12

Langkah 23: • Setelah selesai klik hijau sebagi pengesahan dan seterusnya klik ikon arrow biru untuk kembali ke control panel.

Langkah 24: • Klik ikon [logout] FTP Client manager dan klik butang close.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

13

Langkah 25: • Seterusnya anda boleh lihat hasil website anda sekarang dengan hanya klik pada URL domain anda seperti dibawah.

Langkah 26: • Hasilnya anda dapat lihat default template joomla anda telah tersedia dipaparkan. Tahniah!!!. Untuk mengubah template tersebut anda hanya perlu ke Backend Site. Klik link Administrator.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

14

Langkah 27: • Masukkan Admin username dan password anda.

Langkah 28: • Klik top toolbar menu “[Installer]”.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

15

Langkah 29: • Seterusnya scroll down dan klik Template-site.

Langkah 30: • Klik “Browser” untuk carian download template yang sesuai. Anda perlu download “Free template for Joomla 1.0 “ dari internet dan save as dalam desktop computer anda.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

16

Langkah 31: • Apabila telah selesai download template anda klik browser dan upload fail tersebut ke laman web anda dengan klik “open” untuk upload file tersebut.

Langkah 32: • Klik “[Upload File & Install]”.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

17

Langkah 33: • Seterusnya Klik [Continue] setelah Upload template –Success.

Langkah 34: • Seterusnya anda cuma perlu tick radio button template yang anda telah upload tadi dan dan klik “default” untuk menjadikan ianya sebagai [Default] template.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

18

Langkah 35: • Seterusnya lihatlah hasil kerja anda di bawah . Tahniah !!! anda sudah memiliki Sebuah laman web bearasaskan CMS Joomla dalam tempoh yang terlalu singkat.

Langkah 36: • Klik ikon IE atau Mozilla anda dan taip url http://www.co.cc.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

19

Langkah 37: • Seterusnya bina satu Domain name anda sendiri. Contohnya saya daftarakan DNS saya sebagai www.pekancity.co.cc .Klik “check availability” untuk mengenalpasti kekosongan bagi DNS tersebut.

Langkah 38: • Paparan seterusnya adalah hasil semakan di laman web didapti DNS masih ada dan boleh didaftarkan. Seterusnya. Klik “Continue to registaration”.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

20

Langkah 39: • Klik “Create an account new”.

Langkah 40: • Anda perlu memasukkan maklumat lengkap bagi proses pendaftranan DNS. Pastikan ruangan yang bertanda “wright’ hendaklah dipenuhi.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

21

Langkah 41: • Tick “ I accept…” dan klik “create an account now”.

Langkah 42: • Tahniah !!! hasilnya anda telah mendaftar DNS anda sendiri. Sekarang untuk Setting up DNS anda perlu klik “Set up”.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

22

Langkah 43: • Untuk setup DNS anda diberi tiga pilihan, Tick pilihan ketiga iaitu “URL Forwarding”.

Langkah 44: • Masukkan maklumat Redirect to: [alamat web host anda], Page title [Welcome to…], Frame [pilihan URL Hiding..], Meta Description [Judul laman web anda ..] dan akhir sekali Meta keywords [Carian tajuk laman web anda yang ringkas ..]. Klik “ Set up” setelah selesai masukkan data.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

23

Langkah 45: • Hasilnya anda telah memiliki satu Domain Name Server (DNS) yang mudah diingati dan selamat. Seterusnya Klik “Ok”.

Langkah 46: • Paparan maklumat akan tertera dibawah anda boleh simpan maklumat tersebut dalam format Word Dokumen untuk kegunaan penyelenggaran kelak.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

24

Langkah 47: • Seterusnya anda boleh lihat laman web anda dengan klik pada Target URL dan lihat hasilnya.

Langkah 48: • Sekarang anda boleh cuba taip url DNS yang telah anda bina tadi dan lihat hasilnya pada title page yang telah berubah. Tahniah !!! anda telah miliki Web Hosting dan DNS sendiri. Untuk kerja editing anda hanya perlu edit melalui administrator Panel web based sahaja. Mudah, Cepat dan Tepat.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

25

KATAA WORD OF WELCOME / KATA-KATA ALUAN

Dalam era teknologi tinggi dan kepantasan aliran maklumat, kebolehan mencakup maklumat terkini dengan tepat dan cekap amat penting bagi memastikan sesebuah organisasi itu sentiasa terkini dan maju. Perancangan dan tindakan awal dapat dibuat dengan cepat dan seterusnya meletakkan organisasi itu sentiasa maju dan berada di hadapan. Web Portal Bisnez™ adalah sumber inspirasi kepada bakal usahawan yang baru melangkah dalam

perniagaan yang lebih global tanpa sempadan. Semoga dengan wujudnya Web Portal Bisnez™, segala maklumat terkini dan aplikasi pembangunan web portal dapat disalurkan dengan lebih pantas dan terkini kepada para usahawan. Syabas sekali lagi kepada mereka yang telah bertungkus lumus membangunkan Web Portal Bisnez™ sebagai medium alternatif kepada pemasaran global bersesuaian dengan motto web portal ini iaitu ” Web Portal Bisnez –Yours Global Business Portal” ini sehingga berjaya. Akhir kata, pihak Azimat Marketing mengalukan-alukan pelayaran anda ke Web Portal Bisnez kami. Sekian, terima kasih.

MOHD KHAIRULNIZAM BIN MOHD SALLEH Pengurus Operasi SB. Azimat Marketing SB. Email : cikguiti@gmail.com Tel. :+607-7921778 (Direct Call) Mobile : +6012-3456789 / +6019-8765432 Website: http://www.cikgu-iti.co.cc

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

26

MAKLUMAT PENULIS

Mohd Khairulnizam Bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai “cikguiti” dilahirkan di Kg Tanah Puteh, Pekan, Pahang. Sedang mengikuti Bachelor of Information Technology with Network Computing with Honours, di Faculty of Information Technology and Multimedia Communication, Open University Malaysia [OUM] . Pengkhususan ijazah beliau ialah di dalam bidang Network Computing [Komputer Rangkaian. Beliau mendapat pendidikan Diploma Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Elektrik (Kuasa) serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2, 3 dan 4 dalam bidang Teknologi Komputer (Rangkaian) dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Beliau juga diktiraf sebagai tenaga pakar dalam bidang berkaitan dari MLVK.

Beliau telah mula bergerak cergas di dalam penulisan bahan rujukan bidang komputer ( rangkaian) semasa di peringkat menengah lagi. Aktiviti-aktiviti penulisan dan pengumpulan bahan rujukan berkaitan komputer yang dijalankannya telah membawa beliau menjelajah hampir ke seluruh ceruk tanahair termasuk negeri Sarawak dan Sabah. Bagi beliau, perjalanan-perjalanan ini banyak memberikan pengalaman dan peluang untuk menimba ilmu dari pakar IT di seluruh pelusuk kawasan yang dijelajahi. Sekarang ini, di samping aktiviti-aktiviti penulisan bahan rujukan, beliau juga aktif memberikan kuliah dan taklimat serta seminar di banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, pejabat dan sekolah di sekitar Johor, Pahang dan Terengganu. Penceburan beliau di dalam bidang penulisan juga bermula sejak awal lagi. Hasil-hasil penulisan beliau banyak disiarkan di akhbar-akhbar dan juga majalah-majalah. Buku pertama tulisan beliau yang telah diterbitkan bertajuk: Kursus Asas Bina Laman Web sendiri : Pengenalan kepada HTML dan CSS. Buku kedua beliau ialah Kursus Asas Bina Laman Web sendiri : Pengenalan kepada CMS dan Open Sources dan buku terbaru beliau ialah Kursus Asas Bina Laman Web sendiri : Pengenalan kepada Joomla, Mambo dan e107. Karya terkini beliau sehingga tahun 2008, bertajuk Web Portal Bisnez – Your’s Global Business Portal – Web Development and Administration Using Joomla. Hasil Karya beliau terkini Oktober 2008 diterbitkan dilaman www.scribd.com bertajuk Web Development and Administrator using Fantastico Autoinstaller dalam versi Bahasa Malaysia. Pada tahun 2000, beliau telah menyertai sektor perkhidmatan awam negara sebagai seorang Pen. Pegawai Latihan Vokasional. Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Pensyarah Kanan di Jabatan Teknologi Komputer dan Sains Maklumat, Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia dari tahun 2000 sehingga kini. Beliau sentiasa bergiat aktif dalam dunia penulisan bahan rujukan bagi pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang masih ketandusan bahan rujukan ICT dan ekperimen modul dalam bahasa Malaysia dan English. Beliau juga adalah Pengurus Operasi Kepada Azimat Marketing yang menyediakan pakej seminar, kursus IT dan Pembangunan Perisian mengunakan modul terkini. Beliau juga bergiat aktif dalam menyampaikan ceramah dan motivasi Usahawan ICT kepada para usahawan baru yang ingin menceburi bidang IT dari masa ke semasa. Moto keperibadian beliau adalah ”Sesungguhnya ilmu yang berguna apabila disebarkan adalah satu Amal Jariah dan Wakaf buat bekalan di akhirat kelak”. © Hakcipta terpelihara www.webportalbiz.co.cc 1975. Sebarang penerbitan semula dalam apa jua bentuk cetakan diterbitkan bagi mengaut keuntungan hendaklah dimaklumkan kepada Penulis Sebenar dan mendapat keizinan dari beliau secara bertulis terlebih dahulu.

© 2008 Web Development And Administator [Fantastico Autoinstaller] by cikgu-iti.co.cc

27

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful