You are on page 1of 1

1.RUBBER DYE -Terdapat 2 jenis rubber dye (RD) yang biasa diguna iaitu RD 120 dan RD 200.

RD s esuai diguna untuk semua jenis kain. -RD 120 diguna untuk dicampurkan dengan pewarna / pigment colour dan juga diprin t sebagai latar belakang -RD 200 diguna untuk putih sahaja. 2.TC DYE -TC dye bersifat lebih cair dan berbau seperti minyak tanah. Ia hanya sesuai unt uk kain warna putih sahaja. -Kain Skrin yang diguna untuk TC dye hendaklah yang lebih halus berbanding denga n RD. 3.DYE FOAM -Diguna untuk membuat cetakan timbul (emboss).Ia perlu dicampur ke dalam RD dahu lu. -Selepas cetakan telah kering, tekan dengan seterika sederhana panas barulah cet akan tadi akan timbul. 4.BINDER -Ia diguna untuk melembutkan dye yang telah pekat. -Bentuknya seperti susu cair. 5.GLOW IN THE DARK -Berfungsi untuk kelihatan cerah di dalam gelap.Tapi sebelum tu, ia kena berada tempat cerah dahulu untuk menyerap cahaya. -Ia hanya boleh dicampur dalam dye putih sahaja. 6.PHOTO EMULSI -Diguna bersama dengan Sensitiser dengan kadar nisbah 10:1 iaitu kalau 10 sudu p hoto emulsi bermakna 1 sudu Sensitiser. -Gaul hingga sebati dan biarkan selama 10 minit. 7.HARDENERS -Berfungsi untuk menguatkan blok yang telah siap supaya tidak mudah tanggal. -Ia perlu disapu pada blok. Keringkan dahulu blok tersebut dan barulah sapu hard ener. Sapu kedua-dua belah dan keringkan semula. Lebih elok jika dijemur panas m atahari. 8.CLOROK -Ia diguna untuk mencuci blok yang tidak menjadi. -Tidak berkesan untuk mencuci blok yang telah lama. -Tidak boleh diguna terlalu banyak/kerap kerana menyebabkan kain skrin akan koya k. 9.SEKUJI -Diguna untuk menarik dye pada blok. -Perlu dibasuh dengan segera supaya dye tidak keras pada sekuji. 10.PENGERING RAMBUT -Diguna untuk mengeringkan sapuan emulsi sebelum proses expose. -Juga untuk mengeringkan dye yang telah diprint sekiranya perlu print sekali lag i diatas design tersebut.

You might also like