HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________ FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2009

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH……… Segenap pujian dan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan modul bertajuk HBML 4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu mengikut sedikit proformanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., rasul pilihan yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam serta sahabat – sahabatnya.

Jutaan terima kasih dihulurkan kepada Ketua Jabatan dan semua pensyarah Pengajian Melayu IPSAH yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam ilmu linguistik. Semoga segala tunjuk ajar berguna pada suatu hari kelak.

Di samping itu, huluran kasih dan penghargaan yang teristimewa kepada ayahanda dan bonda saya yang tersayang. Mereka tidak pernah jemu menjadi tulang belakang saya dalam apa jua yang saya lakukan. Dorongan, pengorbanan dan kasih sayang mereka takkan saya lupakan selagi nyawa dikandung badan. Insya Allah. Dan kepada insan yang tersayang, Nor Nadia bt. Rosli yang sentiasa menjadi pelita dalam menerangi kehidupan ini.

Selain itu, tidak dilupakan kepada rakan-rakan tersayang yang banyak membantu menyumbangkan idea-idea yang bernas kepada saya. Semoga

persahabatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat.

Akhir kalam, jauh di sudut hati saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Semoga dengan terhasilnya modul tidak seberapa ini memberi manfaat kepada semua. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.........Wassalam

Muhammad Norrudin b. Abdul Aziz.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

DEDIKASI

Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Akulah insan kerdil di dunia-Mu ini Buat ayah dan ibuku Abdul Aziz Adnan Che Yam Mat Daud

Buat adikku: Siti Nuraisyah Siti Aminah Siti Zabedah Siti Nurfardziah Awanis Natasha Dan insan yang tersayang sentiasa Nor Nadia bt. Rosli Para guru Yang setia mengajarku Mengenali Bahasa Melayu Dan yang terutamanya Encik Mohd Ali b. Syed Abu Tahir Encik Muhammad Khairi b. Mohamed Nor Encik Mohd Noor b. Ahmad Tidak lupa kelas PISMK-OUM 8 A

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Muhammad Norrudin 21 – 09 – 2009
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

ISI KANDUNGAN Penghargaan dan Dedikasi Bab 1 Falsafah Tatabahasa Bab 2 Susur Galur Penulisan Tatabahasa Melayu Bab 3 Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu Bab 4 Tatabahasa Tradisional Bab 5 Tatabahasa Struktural Bab 6 Tatabahasa Transformasi Generatif Bab 7 Pembentukan Kata Bahasa Melayu Bab 8 Penggolongan Kata Bahasa Melayu Bab 9 Penjenisan dan Pengkelasan Frasa BM Bab 10 Penjenisan dan Pengkelasan Ayat BM Rujukan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Secara amnya. baik dalam ucapan mahupun tulisan. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa.2. 1. bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik.1 PENGENALAN Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. berkesan atau sebaliknya. Contohnya.1 Awang Sariyan Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata. Dengan perkataan lain. bahasa Melayu mempunyai peraturanperaturan tersendiri untuk membentuk kata. Dengan itu.BAB 1 FALSAFAH TATABAHASA – BENTUK DAN FUNGSI 1. tuntas. Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Oleh itu. lengkap.2 Definisi Tatabahasa Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. 1. frasa dan ayat. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. tatabahasa mestilah tepat. teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa.

umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul. „nahu‟ atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa. hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumusrumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik. tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. pengimbuhannya betul.2 Abdullah Hassan Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. tepat dan gramatis.1.2. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. 1.2. Dengan perkataan lain. Ismail Idris dan Hamzah Mahmood Menurut Salleh Mohd. maksudnya tentu. Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3 Siti Hajar Hj.4 Salleh Mohd. Sistem-sistem yang tertentu. Akib. Abdul Aziz Menurut Siti Hajar (1996). Sebagai kesimpulannya. iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. 1. tatabahasa ialah rentetan ucapan.2. pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Akib.

tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. tepat-kurang dan tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa. Dengan perkataan lain. betul-salah. yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun. Ini bermakna. iaitu: Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undangundang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik. Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa. berkesan atau sebaliknya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Berdasarkan konsep tatabahasa di atas. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif. Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.3 Konsep Tatabahasa Kita rujuk kembali kepada definisi tatabahasa kerana itulah konsep penting kepada tatabahasa. Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Etika berbahasa. proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis.1. konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.

Tegasnya. frasa-frasa.3. Lufti Abas (1975) telah meninjau formula aliran Transformasi Generatif . Asraf pula (1981) mendefinisikan tatabahasa itu dari sudut takrif bahasa itu sendiri dan bahasa menjadi alat bagi seseorang untuk menyatakan perasaan dan fikirannya. Himpunan hukum ini disebut tatabahasa. proses pembentukan dan penyusunannya dalam membentuk ayat. perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripada pengucapan sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumus-rumusnya dengan cara meneliti bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi.1 Pendapat Tentang Tatabahasa Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataanperkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Setiap ketetapan itu menjadi hukum atau peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna bahasa. Katanya. Tambahannya lagi. dengan aturan-aturan itu dihasilkan bentuk-bentuk linguistik (ayatayat. Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mentakrifkan tatabahasa sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya ditumpukan kepada perkataan. suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam bahasa itu.1. Namun begitu. kata-kata. Tegasnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tiap-tiap ayat itu pula terjadi daripada kata-kata yang disusun menurut ketetapan-ketetapan tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. morfem-morfem.Noam Chomsky yang menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa sebagai sejumlah aturan. tatabahasa tidak lain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis. bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang itu terjadi daripada ayat-ayat yang terbatas panjangnya tetapi tidak terbatas jumlahnya.

Tegasnya lagi. Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam sesuatu bahasa (coding). Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur. tatabahasa dan semantik. 1. frasa-frasa. bentuk dan penggolongan kata. tetapi juga.Dengan kata lain. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula. mengikut Slametmuljana (1960) tatabahasa itu bukan hanya huraian tentang „wujud sistem bahasa‟ (decoding). Begitu juga halnya tatabahasa yang merangkumi dua sistem utama iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu. Menurut pakar bahasa tempatan. malahan ini yang terpenting. proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. sebagaimana undang-undang dan peraturan dalam sesuatu negara atau dalam agama. Lyons (1970) pula mendefinisikan morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Bloomfield (1935). maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa. Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan. morfem-morfem. Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3. morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut hadir di antara konstituennya. Tokoh bahasa terkenal. kata-kata. alat untuk membentuk ayat-ayat.2 Sistem Tatabahasa Bahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi. morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul salahnya sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam hidup bermasyarakat dan beragama.

Tanpa sintaksis. golongan kata dan juga maksud makna kata. ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. terbitan dan pemajmukan. Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Oleh yang demikian. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk. Dalam bidang linguistik. klausa dan frasa. morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling bergantungan. Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat. struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu „suntutein‟ yang bermaksud menyusun atau susunan. pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi katakata dalam rangkai kata dan ayat. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat.mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata. dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata.

Penghuraian ayat yang sempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam linguistik yakni dari segi fonetik. Malah dalam perkembangan linguistik yang semakin maju. Hal ini penting kerana tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari (kesamaran). fonologi dan morfologi serta sintaksis.3 Fungsi Tatabahasa Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran. tatabahasa juga dikaitkan dengan semantik kerana ia merupakan kriteria penting dalam memberi makna mengikut konteks sama ada budaya mahupun konteks yang lain. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis. fonologi. ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek. inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. Dengan lain perkataan. Kenapa perkara ini terjadi? Seperti yang sedia maklum. Oleh demikian. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial. politik malah martabat bahasa itu sendiri. morfologi dan sintaksis.3. keterangan dan lain-lain. objek.1. predikat. 1. justeru panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkan penggunaan bahasa yang salah.3. fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri. Sebagai contoh. peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkan ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa kerana tatabahasa amat berkait dengan fonetik.4 Tugas Tatabahasa Tatabahasa mempunyai tugas tersendiri. Perkara paling penting yang mendukung tugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna.

5 Ciri-Ciri Penting Tatabahasa Pada bahagian ini. objek. predikat.6 Unit / Tatatingkat Tatabahasa Ayat Bidang Sintaksis Klausa Tingkat Atas Frasa Kata Bidang Tingkat Bawah Morfem Morfologi Susunan unit-unit tatabahasa pada skala mengikut saiz. Tatabahasa memainkan peranan atau tugas tertentu dan berfungsi dalam bahasa. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3.3. Skala di sini disebut tatatingkat. Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya subjek. 1.1. keterangan dan sebagainya. Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat tatabahasa. saya hanya menyenaraikan secara ringkas mengenai ciri-ciri penting tatabahasa: Mempunyai sistem tatabahasa.

letaknya antara kata dan klausa. 1. Tatabahasa pegangan menjadi rujukan penting untuk semua peringkat. Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan pengajaran bahasa berkenaan.4 Tatabahasa Pegangan Tatabahasa Dewan (2008) dijadikan sebagai tatabahasa pegangan.  Klausa:unit lebih rendah daripada ayat. Kata ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. dimulai dan diakhiri kesenyapan. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan sesuatu bahasa. Kata memain peranan penting dalam aspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata Nama. Kata Adjektif dan Kata Tugas.  Mofem:unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian. Justeru. Kata Kerja. mempunyai subjek dan predikat.  Frasa:kata yang membentuk unit sintaksis.Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu:  Ayat: unit tatabahasa tertinggi. ungkapan fikiran yang lengkap dan tuntas. terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. Keadaan ini bersifat lebih kepada preskriptif. Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah. semua rumus-rumus tersebut hendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa menggunakan bahasa secara betul dan baik dalam menghasilkan ayat yang gramatis. Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di semua institusi pendidikan. Perkara sebegini diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi pendidikan Malaysia. rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam buku tatabahasa pegangan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajar bahasa di semua peringkat pendidikan. institut perguruan dan universiti.  Kata:morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Maknanya di sini. intonasi sempurna.

2 Konsep Tatabahasa Pegangan Bertitik tolak dari pengertian tatabahasa pegangan ini.1 Definisi Tatabahasa Pegangan Arbak Othman (1986) menakrifkan tatabahasa pegangan ialah tatabahasa yang memperlihatkan kesederhanaan dari segi penerimaannya oleh masyarakat sebagai sebuah tatabahasa yang berupaya menghuraikan seberapa mungkin keseluruhan yang dikatakan penggunaan standard bahasa Melayu itu. Konsep tatabahasa pegangan itu sendiri sudah cukup memberi persepsi atau gambaran bahawa tatabahasa serupa ini tidak dapat tidak akan bersikap preskriptif dalam banyak hal. mahupun untuk membolehkan mereka menulis bahasa Melayu dengan baik dan jelas maksudnya melalui peraturan bahasa yang standard dalam perhubungan yang teratur dan bersistem dalam masyarakat Malaysia yang heterogen keperluannya itu.4. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 1. Tatabahasa pegangan hendaklah tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut: Penerimaan masyarakat Penghuraian bahasa yang sederhana Keperluan keteraturan yang standard dan berupaya menggambarkan pemikiran yang teratur tetapi diterima Seperkara lagi mengenai tatabahasa pegangan ialah tentang dasar penghuraiannya. Sifat ini tidak dapat dielakkan sebagai terpaksa mencirikan sesuatu tatabahasa pegangan.4. Kesederhanaan yang dinyatakan di atas ialah kebolehan penghuraian yang dapat merangkumi segala aspek bahasa Melayu dari segi penggunaannya sebagai perantaraan kebangsaan di sekolah-sekolah sama ada untuk membolehkan rakyat negara Malaysia khususnya bercakap dengan teratur dan cukup maksud yang dikehendaki oleh pemikiran moden.1. kita melihat pula konsepnya.

1. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tatabahasa pedagogi memainkan peranan yang cukup penting kepada tatabahasa pegangan.5. guru dan pensyarah berbanding tatabahasa pegangan yang mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah. institut perguruan dan universiti. Begitu juga dengan huraian kata adverba. pelajar. ada penjelasan yang lebih rapi perlu dilakukan seperti huraian mengenai pola-pola ayat dasar. Penghuraian rumus ini mengikut tahap mudah untuk sekolah rendah dan ke tahap tertinggi untuk peringkat institusi pendidikan. Rumus-rumus itu diolah dan dihurai semula supaya disesuai dengan pelbagai tahap pembelajaran di sekolah rendah.2 Konsep Tatabahasa Pedagogi Tatabahasa pedagogi merupakan pelengkap kepada tatabahasa pegangan. Pokok utama tatabahasa pedagogi adalah membina latihan-latihan yang sesuai dengan setiap peringkat pembelajaran. Dalam usaha mengubah suai huraian rumus. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mempunyai huraian rumus-rumus tatatabahasa dan contoh tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari bahasa.1. menengah.5 Tatabahasa Pedagogi Tatabahasa pedagogi amat berbeza dengan tatabahasa pegangan. Kita akan lihat huraian ini dalam konsepnya nanti. Hal ini disebabkan pedagogi ialah satu kaedah di mana mengajarkan sesuatu bahasa mengikut tatabahasa pegangan. Ia berbeza daripada tatabahasa pegangan. Kenapa perkara sebegini terjadi? Hal ini disebabkan tatabahasa pedagogi menggunakan semua huraian yang ada dalam Tatabahasa Dewan (tatabahasa pegangan) untuk tujuan mengajar bahasa.5.1 Definisi Tatabahasa Pedagogi Abdullah Hassan (2008) menjelaskan tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Perbezaan paling ketara dapat kelihatan apabila ia dibandingkan dengan tatabahasa pegangan. 1. Tatabahasa pedagogi adalah untuk pengajaran dan pembelajaran yang mesti dipunyai oleh semua murid. kata sendi dan kata hubung.

buku tatabahasa memperlengkap fungsi dan huraian Tatabahasa Dewan. hal itu tidak bermakna bahawa tatabahasa ini merupakan ciptaan ahli bahasa. tatabahasa sesebuah Dengan tatabahasa perkataan pedagogi lain. ada huraian bentuk dan fungsi kata tugas yang tidak diperlukan bagi mengajarkan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Rumusannya. bagi mengajarkan bahasa Melayu di sekolah. Di samping itu. Pendekatannya bersifat preskriptif. istilah fon. Tatabahasa Melayu yang kita kenal sekarang ini sebenarnya didasar pada bahasa yang terdapat dalam karya besar ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 1. Umpamanya. iaitu tatabahasa yang disusun berdasarkan kajian empiris. alofon. Oleh sebab itu sebarang konsep yang memerlukan pengetahuan tentang teori linguistik perlu digugurkan. morfem dan pelbagai lagi perlu digugurkan. Satu jenis tatabahasa lagi ialah tatabahasa normatif. Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah diuraikan sistemnya. Konsep ini sebenarnya adalah abstrak dan memerlukan pengetahuan mendalam. yang bersifat mengajarkan sistem sesuatu bahasa.6 Rumusan Tatabahasa Pengertian tatabahasa dapat ditafsirkan menurut pelbagai perspektif.Begitu juga bahagian yang perlu diringkas seperti bilangan golongan kata tugas yang terlalu banyak dengan fungsi yang tidak jelas boleh membantut dalam mempelajari bahasa. Di kalangan ahli bahasa ada tatabahasa yang dinamai tatabahasa deskriptif. Buku tatabahasa yang disusun oleh Za‟ba dan kebanyakan penyusunan tatabahasa yang lain termasuk pendekatan tatabahasa jenis ini bersifat preskriptif. semua murid sekolah belum mempunyai pengetahuan asas tentang linguistik. iaitu menyesuaikannya untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tatabahasa jenis ini didasarkan pada data tertulis yang diiktiraf sebagai bahan yang mewakili sifat bahasa umumnya. berfungsi memperlengkap pedagogi pegangan. fonem. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa menurut adanya. Tatabahasa yang diajarkan di sekolah ialah tatabahasa normatif. Malah.

tetapi tidak semestinya dianggap benar menurut sistem bahasa baku. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Misalnya jika huraian yang terhasil menunjukkan bahawa masyarakat melakukan kesalahan bahasa yang banyak sekali. maka perancang bahasa dapat mengatur strategi untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa di kalangan masyarakat. walaupun pada lahirnya bentuk ayat-ayat itu berlainan. tatabahasa jenis inilah yang paling kita perlukan. Kajian Awang Sariyan (1985) telah membuktikan bahawa rumus-rumus tatabahasa yang menerbitkan ayat-ayat dalam „Sejarah Melayu‟ ialah rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat dalam teks moden juga. Tatabahasa deskriptif berguna sebagai gambaran penggunaan bahasa sesuatu kelompok masyarakat pada sesuatu waktu tertentu. Dapat juga kita manfaatkan tatabahasa deskriptif itu sebagai titik tolak untuk merancang bahasa baku. Jelasnya. dalam zaman perancangan bahasa kebangsaan kita.seperti „Sejarah Melayu‟. Hal ini tidak bererti bahasa tatabahasa deskriptif tidak berguna sama sekali.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Sebagai contoh. Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa Arab menjadi isim. Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939).P.1 Sejarah Perkembangan Nahu Melayu Menurut sejarah. Maxwell (1882). W. Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan pengaruh tatabahasa bahasa Arab. De Houtman (1803). Antara karya awal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . kerangka kelas kata bahasa Melayu ternyata didasarkan pada kerangka kelas kata bahasa Arab. Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736). Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19. seperti Marsden (1812). E. Daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta. buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera Melayu ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-muta’allimin (Kitab Perkebunan JuruTulis bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau. Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825). A. Seorang ahli bahasa Indonesia. Heumius (1650) dan Gueynier (1677). Buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden dan terbit dalam tahun 1812.BAB 2 SUSUR GALUR PERKEMBANGAN PENULISAN TATABAHASA MELAYU Sebenarnya sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh penulis Belanda seperti F. hal sedemikian berkait rapat dengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara.O. perbuatan dan harf (partikel). Wiltens Dankaerts 91623). Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus. de Hollander (1845). Winstedt (1913). Harimurti Kridalaksana pernah membuat penyelidikan tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji khususnya dari segi kelas kata. Elbink dan C. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya nahu Melayu. Itulah serba sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu. Klinkert (1879). Shellaber (1899) dan R. 2. Buku tersebut dianggar selesai disusun pada tahun 1857. Menurut Harimurti Kridalaksana. Favre (1876). Raja Ali Haji membahagi kata bahasa Melayu kepada tiga kelas iaitu nama.

buku ini tidak banyak berbeza dengan buku yang terkarang oleh Za‟ba. satusatunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. Penerapan tatabahasa struktur dalam penulisan buku tatabahasa digiatkan oleh Charles Carpenter ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tatabahasa struktural ini diasaskan di Eropah oleh Ferdinand de Saussure dan di Amerika oleh Leonard Bloomfield. Hal ini jelas kerana bahasa Inggeris ketika itu kuat memancarkan nahu tradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu dengan datangnya kuasa Inggeris. Beliau ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Tetapi kira-kira 80 tahun kemudian. Dengan demikian. Dengan demikian. Winstedt telah menghasilkan buku berjudul Malay Grammar pada tahun 1939. buku tersebut masih wujud kerana DBP berusaha menerbitkan semula buku tersebut. Walau bagaimanapun. Zainal Abidin Ahmad yang lebih masyhur dengan nama Za‟ba. Misalnya R. tatabahasa Melayu disusun oleh Za‟ba didasarkan pada kerangka nahu tradisional. Haji Sulaiman. mulalah muncul penulis tatabahasa yang menggunakan pendekatan struktur.fi‟il dan harf. Buku ini didasarkan dengan pegangan tradisional. Dalam tahun 1930-an. Selanjutnya beliau menerbitkan sambungan buku pertama dengan Penggal 2 dan Penggal 3.O. muncul seorang guru bahasa Melayu yang kemudian dikenal sebagai pengasas atau bapa tatabahasa Melayu. tidak hairanlah bahawa Za‟ba sendiri mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris dan sedikit-sedikit nahu bahasa Arab. Di samping Za‟ba. Pada penghujung tahun 1960-an. ada seorang lagi penulis buku nahu bahasa Melayu yang amat kurang diperkatakan orang. dapat dikatakan bahawa keperluan dan perhatian bangsa Melayu terhadap buku nahu sebagai rujukan tidaklah timbul pada masa itu. buku tatabahasa ini tidaklah terkenal. Satu hal yang jelas. Beliau ialah Mejar Haji Mohd Said b. Buku ini lebih menjurus untuk pedoman pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu. Sehingga kini. Sementara itu. Dari segi uraian dan pendekatan. barangkali kerana bahasa Melayu belum dipelajari secara formalnya. ada juga orang asing sezaman dengan Za‟ba menulis buku nahu Melayu. Buku beliau berjudul Buku Kecil bagi Bahasa dan Jalan Basa Bahasa Melayu PBMPB Diraja Johor terbit pada tahun 1937. Za‟ba berusaha menyusun buku tatabahasa sehingga pada tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama.

Namun begitu. Onn dan Yeoh Chiang Kee telah mencuba memperkenalkan aliran relational grammar dalam menulis nahu Melayu melalui rencana dan kertas kerja mereka. Walau bagaimanapun sehingga sekarang nahu TG yang masih bersifat dominan dalam penulisan tatabahasa Melayu. ini terbukti apabila Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan untuk semua peringkat. Uraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Kemudian. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu sehingga dapat dikatakan bahawa kebanyakan ahli bahasa Melayu sekarang menggunakan acuan nahu tersebut dalam menganalisis bahasa Melayu. Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain menggunakan acuan nahu TG dalam tulisan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu walaupun terdapat perbezaan tentang hasil analisis masing-masing. penulis yang menerapkan acuan nahu struktur ialah Asmah Hj. Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008). Sebagai contoh melalui bukunya yang berjudul An Introduction to Malay Grammar (1969). Ada ahli bahasa yang berpendapat bahawa tatabahasa TG mengambil jalan tengah antara tatabahasa tradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan bentuk serta makna sekali gus. Selain itu. Nahu ini dipopularkan oleh Sanat Nasir dan Azhar M.Fries di Amerika. Hal ini jelas berbeza dengan acuan tradisional yang mementingkan aspek makna sematamata. Simin. Nik Safiah Karim. terdapat juga nahu yang menggunakan pendekatan wacana. Kemudian dengan agak tiba-tiba. Dalam hal nahu Melayu. Aliran tersebut ialah aliran tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Noam Chomsky di Amerika sekitar tahun 1950-an. Misalnya Abdullah Hassan banyak menghasilkan buku tentang morfologi dan sintaksis menurut aliran tagmemik. Nahu jenis ini mengkaji pertautan dalam sesuatu teks. satu aliran baharu terserap ke dalam bahasa Melayu. ada juga ahli bahasa yang mencuba menerapkan aliran lain lagi dalam bahasa Melayu. Nahu wacana mula popular sekitar tahun 1980-an. Sebagai contoh. Mashudi Kader. Omar. Farid M. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Harapan kita. dapatlah kita lihat bahawa penulisan nahu Melayu dipengaruhi oleh aliran-aliran tertentu yang diperkenalkan oleh ahli-ahli bahasa yang mewarisi aliranaliran tersebut daripada institusi tempat mereka mendalami ilmu bahasa.Dalam uraian sepintas kilas tentang sejarah penulisan nahu Melayu yang diberikan tadi. mudah-mudahan kita tidaklah akan tenggelam kerana terlalu mementingkan aliran. Sebaliknya aliran-aliran itu haruslah hanya sebagai alat untuk menghasilkan tatabahasa bahasa Melayu yang jitu dan mantap. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Plato (abad kelima SM) Aristotle (abad keempat SM) Dyonisius Thrax (abad pertama M) Priscianus (ke-5 M) ad Du‟ali (ke-7M) Bullokar (1586) Spieghel (1584) Sibawaihi (ke-8M) Marsden (1612) Roman (1653) Raja Ali Haji (1857) Crawfurd (1825) Wendly (1736) Abdullah A. Zain dan lain-lain (1950) Abdullah Hassan (aliran tagmemik) Tatabahasa Tradisional struktural transformasi generatif Nik Safiah Karim et. Rahman (1913) Maxwell (1882) Hollander (1845) Bloomfield (1930) Shellabear (1904) Wijk (1889) Bloomfieldanisme Winstedt (1913) Za‟ba (1940) Sasrasoegonda (1910) Aliran TTG [perkembangan di Malaysia dipengaruhi oleh Inggeris] Asmah Hj. Omar. (aliran TG) Sumber: Diubah suai daripada Harimurti Kridalaksana (1983) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . al. Asraf (aliran struktural) (1960) [perkembangan di Indonesia dipengaruhi oleh Belanda] Alisjahbana.

Talib • • • • • • • Kitab Punca Bahasa (KPB) (1928) oleh Abdullah bin Talib Rencana Melayu (RM) (1928) oleh Raja Hj.1 Peringkat Perkembangan Nahu Melayu Karya awal Nahu-nahu Melayu: • • • Bustanul Katibin (BK) (1857) oleh Raja Ali Haji. Salam Kitab Permulaan Mengarang (PM) (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman Jalan Bahasa Melayu (JBM) (1937) oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (PDM) (1939) oleh Dato‟ Hj. Mohd Tahir bin Mursyid Riau Ilmu Mengarang Melayu (IMM) (1934) oleh Za‟ba Kitab Penanggam Bahasa (PB) (1936) oleh Ibrahim bin Hj.1.T. Pemimpin Johor (1878) oleh Muhammad Ibrahim Munsyi Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (KPPM) (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman • • Senjuh Suratan (SS) (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof Kitab Pelita Mengarang (KPM) (1925) oleh O.2. Muhammad Said bin Sulaiman • Pelita Bahasa Melayu (PBM) (1940) oleh Za‟ba ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dussek dan Mohd Hashim bin Hj.

PB 9. PM 10. IMM 8. RM 7. JBM 11. disentuh secara sepintas lalu ketika membincangkan aspek-aspek lain. PBM / / * / / / / / / / / / / / / / / / / / / / * / / / / / * Nota: / * menunjukkan adanya bidang-bidang tertentu. KPM 5. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . BK 2. PDM 12. KPPM 3. SS 4.Kesemua buku-buku mengenai tatabahasa yang terhasil sejak zaman Raja Ali Haji (1857) sehingga zaman Za‟ba (1940) akan kita lihat bidang yang dicakupinya. Antara bidang yang dicakupi oleh buku-buku di atas dapatlah dirumus dalam jadual di bawah: Bidang Yang Dicakupi Sejak Tahun 1900 – 1940 Buku/Bidang Huruf & Golongan Ejaan / Kata / / / / * / / Pengimbuhan Ayat Tanda Baca AspekKarangan Aspek Gaya 1. KPB 6.

perbuatan(fiil) dan harf (partikel) nama. menafikan (kata nafi)  Tempelak (kata penegas)  Perakam (kata pangkal ayat) perubahan (kata hubung)  Penguat kata (kata penguat) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . perbuatan dan diwal nama. sendi kata. perbuatan dan diwal kata nama & ganti nama. kata waktu)  Janji kata (kata hubung syarat)  Penyambung kata. tengking.  Istifham (kata tanya)  Pengecualian kata (kata nafi. seruan Diwal kata merupakan golongan kata lain yang bukan dari golongan nama dan perbuatan (kerjaan). pandu. perbuatan. terdapat beberapa aspek golongan kata yang telah dibincangkan secara spesifik atau sepintas lalu melalui pendekatan atau kaedah yang berbeza. ganti nama. seruan dan ibu kata PB PBM - nama. ganti nama. keadaan nama dan perbuatan nama. Penelitian golongan kata adalah berdasarkan intuisi penahu dalam memerikan bahasa Melayu. diwal sinonim dengan kata tugas untuk istilah moden. Antara diwal yang ditemui ialah:  Tambahan perbuatan (kata bantu & kata perintah)  Penetap tutur. faham kata. Mengikut tafsiran saya. penyambut kata seruan JBM - nama.Golongan Kata: Berdasarkan penahu-penahu di atas. sendi. kelakuan. Sumpah (kata sendi nama)  Penempat tutur ( kata arah. perbuatan. hairan. rupa kata. sendi nama. rupa nama. cadangan. kata sangkal)  Seruan. sifat. perbuatan. herdik (kata seru)  Menyahut (kata pembenar)  Menjawab. sifat. antara penggolongan kata yang dibahagikan ialah: BK KPPM SS KPB - nama (isim).

Maksudnya di sini perbezaan istilah yang digunakan pada ketika dahulu dengan istilah moden. Antara istilah yang didapati bersesuaian dengan padanannya adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Istilah Lama diwal / diwal kata penyambung kata sendi kata ibu kata diwal pandu diwal pengetahuan istifham janji kata penguat kata penempat tutur perbuatan Istilah Moden kata tugas kata hubung kata hubung kata pangkal ayat kata sendi nama & kata hubung kata tanya kata penegas kata hubung kata penguat kata arah kata kerja Pengimbuhan: Untuk proses pengimbuhan.Istilah Kata: Untuk istilah. kita merujuk kepada golongan dan subgolongan kata. kesemua penahu dirumus membincangkan aspek-aspek seperti sedemikian:  Huraian dan penjenisan  Cara pengejaan  Fungsi imbuhan  Peristilahan yang digunakan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Jelaslah pada tahun 1900 – 1940 bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring dengan peredaran semasa linguistik. Seharusnya istilah tersebut hendaklah diselaraskan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan seperti istilah sekarang yang mantap dan jitu. Cuma di sini terdapat beberapa istilah lama yang pelbagai. karangan dan aspek gaya bahasa dimasukkan sekali. istilah yang digunakan juga berbeza dengan istilah moden. Kita rujuki istilah di bawah: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Istilah Lama ayat benar ayat terikat ayat songsang kata ringkas kata lanjut kata selapis kata bercampur kata berlapis Istilah Moden ayat tunggal ayat majmuk ayat pasif ayat tunggal ayat majmuk ayat tunggal ayat majmuk ayat majmuk pancangan Rumusannya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . penyambung kata dan penunjuk kata)  Jenis ayat Bagi jenis ayat. Malah ada juga bidang ejaan. secara umumnya aspek yang ditekan ialah:  Definisi ayat  Binaan ayat (percantuman kata.Sintaksis: Pada bahagian sintaksis. setiap buku tatabahasa pada zaman tradisional meliputi aspek-aspek yang merangkumi satu sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.

Asmah Hj. Di Indonesia. Sulaiman Masri. namun di sini sekadar untuk pengetahuan ringkas. Lufti Abas dan ramai lagi sarjana Melayu yang tidak dinyatakan. Tokoh-tokoh yang lain ialah Arbak Othman. Simin. Era Moden (1960 – 2009) Karya Tatabahasa Melayu yang moden dapat dilihat setelah para sarjana mengembangkan sayap aliran tersendiri di Malaysia.1. Sebenarnya banyak lagi karya tatabahasa Melayu yang dihasilkan.2 Penulisan Nahu Melayu Penulisan Nahu Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Era Tradisional (1857 – 1940) Karya awal tatabahasa pada era tradisional yang terkenal adalah Bustanul Katibin (1857) dan Pemimpin Johor (1878). Tatabahasa jenis ini adalah beracuan Arab yakni nahu tradisional. seorang pendeta Melayu yang terkenal iaitu Za‟ba telah menggemparkan alam Melayu dengan karya agungnya iaitu Pelita Bahasa 1-3. Karya awal nahu ini boleh dikatakan bermula semenjak zaman Raja Ali Haji. Namun pada 1940.2. Omar (1993) mengarang Nahu Melayu Mutakhir yang dilihat beraliran struktural manakala Nik Safiah Karim et. Kesemua penahu mengikut aliran tersendiri kerana mendapat ilmu linguistik mengikut negara-negara yang berlainan semasa memperolehi Ijazah Kedoktoran yang seterusnya menghasilkan tatabahasa di Malaysia. al (2000) manakala di Singapura pula terkenal dengan Nahu Melayu Moden hasilan Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994). Asraf Hj. al (2008) menghasilkan Tatabahasa Dewan yang beraliran Tranformasi Generatif di mana menjadi pegangan kepada sistem pendidikan rendah. karya tatabahasa mengikut aliran tersendiri. Terdapat satu lagi hasilan yang beraliran Tagmemik iaitu Abdullah Hassan yang mengarang Tatabahasa Dinamika (1994). pendidikan tinggi dan IPTA. Justeru. Wahab. Di Malaysia. karya tersohor yang menjadi rujukan ialah Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia karya Hasan Alwi et. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . era moden ini mencambahkan lagi karya tatabahasa Melayu. Misalnya. Karya tatabahasa beliau sungguh hebat sehingga menjadi pedoman mengikut acuan para sarjana Melayu yang moden. Azhar M.

2. Justeru dapat disimpulkan karya-karya awal yang mempelopori nahu Melayu lebih kepada acuan tradisional.3 Pelopor Nahu Melayu Pelopor awal nahu Melayu ialah Raja Ali Haji dengan karya terkenal beliau. kata-kata dan kata”. Omar. Raja Ali Haji menggolongkan kata kepada tiga iaitu nama (isim). perbuatan (fiil) dan partikel (harf). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Analisis Kalimat dihuraikan di bawah tajuk “perkataan. Bidang-bidang nahu yang digarapkan oleh almarhum ialah tataejaan daripada Fasal 1-10. Maksud di sini perkataan pun boleh dianggap kata dan kata-kata pun boleh dikatakan kata. Buku tatabahasa beliaulah sering dijadikan panduan dan pedoman untuk pengajaran dan pembelajaran waktu ketika itu. Hal ini jelas dengan buku Pelita Bahasa Penggal 1-3 yang dihasilkan oleh beliau. bapa nahu Melayu yang terkenal ialah Za‟ba. pembahagian kata Fasal 11-14. Hal ini dapat diterima kerana Raja Ali Haji menakrif perkataan sebagai „lafaz yang memberi makna‟ sementara „kata-kata‟ diertikan sebagai „barang yang tiada dengan orang yang mendengar daripada menantikan suatu yang lainnya‟ dan „kata‟ pula dimaksudkan sebagai „melengkapi‟ ia segala yang tersebut itu. analisis kalimat Fasal 15-31. Sarjana-sarjana Melayu yang membuat kajian tentang nahu banyak merujuki Pelita Bahasa. misalnya Asmah Hj. Abdullah Hassan. Dalam peristilahan terkini. Nik Safiah Karim dan sebagainya lagi. Bustanul Katibin. „perkataan‟ disamakan dengan ayat dalam bahasa Melayu dan kalimat dalam bahasa Indonesia.1. Namun begitu.

2.2. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas setiap nahu.1 Tatabahasa Formal (Formal Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif 2.2 Jenis-Jenis Tatabahasa Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistik yang selari dengan teori linguistik.2.2.3 Tatabahasa Nosional (Notion Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya Berdasarkan kesejagatan bahasa Berdasarkan struktur yang ideal Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2 Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu 2.2.

5 Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Jenis Tatabahasa Struktur Frasa (SF) Rumus Tulis semulanya seperti X -------> Y Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X 2.2.2.2.2.2.4 Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman 2.7 Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani Dapat diaplikasi pada tatabahasa lain Bercirikan kajian bahasa sebelum era linguitik moden (era Struktural) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .6 Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia 2.

2.8 Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 Dilihat mencirikan konsep matematik Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan struktur permukaan. Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa (struktur dalaman) Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi 2. Fonologi Prosodi ( Suprasegmental) dan Kolokasi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .9 Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan bahasa yakni para guru bahasa Berasaskan Pendekatan.2. Kaedah dan Teknik pengajaran tertentu Penekanan terhadap pengajaran:  Bahasa ibunda  Bahasa pertama  Bahasa kedua  Bahasa asing 2.2.10 Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa Penekanan terhadap teori Keperihalan Keadaan.2.

11 Tatabahasa Stratifikasi (Stratification Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Diperkenalkan oleh S. Tagmemik (K.J.3 Tatabahasa Jenis Lain Di samping jenis deskripsi tradisional dan struktural ada banyak teori dan model deskripsi bahasa.2. Tatabahasa Skala dan Kategori (M.2. Anderson 1971).2. Katz & P.12 Tatabahasa Struktural (Structural Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Bahasa dianggap sebagai struktur Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur ini juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya. 2. seperti. Halliday 1961).L. tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza. Chomsky 1957. Pike 1954. Lamb pada tahun 1962 Bahasa dilihat sebagai suatu struktur Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan Jenis tatabahasa yang popular pada tahun 1960-an 2. Lamb 1966). Uldall 1930).M. J. Baru-baru ini muncul pula Tatabahasa Hubungan. Glosematik (J. Tatabahasa Tingkatan (S. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . dan lain-lain.M. 1958 dan W.K.A. Postal 1964).M. Apa sahaja teori atau model deskripsi bahasa ini. Cooks 1969). Untuk berbuat demikian tatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur ayat yang pada permukaannya nampak serupa. dan Tatabahasa Generatif (N. ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa.A. 1964. Tatabahasa Kasus (J.

Pertama ialah morfem.4 Perbezaan Jenis-Jenis Nahu atau Tatabahasa Di sini kita dapat meneliti segala perbezaan antara jenis-jenis nahu yang dipaparkan. Seterusnya ialah perkataan. Makna bebas di sini ialah dapat berdiri sendiri tanpa bantuan struktur lain. Keunikkan jenis-jenis nahu membolehkan kita mempelbagai lagi pengetahuan tentang tatabahasa sejagat amnya dan tatabahasa bahasa Melayu khususnya. Misalnya nahu tradisional lebih mementingkan aspek makna namun nahu struktural pula sebaliknya yang menganalisis struktur setiap unsur dalam sesuatu bahasa. Unit berikutnya ialah frasa. Morfem merupakan unit terkecil bagi bidang morfologi. Perkara sebeginilah yang menyebabkan sesuatu bahasa dicemari. Perkataan ialah unit terkecil tatatabahasa yang mempunyai makna bebas. kesemua unit-unit bahasa berfungsi mengikut peranan tersendiri. ayat dan wacana. morfologi atau makna. Jika hal ini tidak berlaku. Kesimpulannya. Contohnya dari segi fonologi. Morfem terdiri daripada morfem bebas dan terikat.5 Unit-Unit Bahasa Yang Terlibat Dalam Analisis Nahu Terdapat lima unit bahasa yang terlibat dalam analisis nahu. Keempat-empat unit bahasa ini merupakan komponen sintaksis yang sangat penting dalam menganalisis bahasa.Oleh yang demikian kita hanya perlu menyesuaikan teori dan model deskripsi bahasa untuk diaplikasi ke dalam bahasa Melayu agar penggunaan itu menjadi mantap dan baik. 2. Semoga bahasa yang digunakan mencerminkan martabat masyarakat bahasa itu secara khususnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Peranan komponen inilah yang mendasari perbezaan jenis-jenis nahu. 2. maka akan melahirkan bentuk bahasa yang tidak gramatis. sintaksis. klausa. Perbezaan jenis nahu dilihat lebih kepada aspek atau keseluruhan komponen tatabahasa itu sendiri.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

BAB 3

TOKOH DAN ALIRAN DALAM TATABAHASA MELAYU

3.1

Tokoh-Tokoh Tatabahasa

Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar (1914). Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za‟ba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.
Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)

Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an) Penjenisan Tatabahasa

Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)

Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)

Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori Linguistik Sumber: Diubah suai daripada Ismail Salleh (1993)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

3.1.1

Sarjana Barat

Terdapat ramai sarjana Barat yang mengkaji tatabahasa Melayu. Namun begitu, kita hanya meneliti dua sarjana Barat yang banyak memberi jasa kepada bahasa Melayu. Kita hanya meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh sarjana bahasa di bawah. Penerangan penggolongan kata akan dibincangkan dalam bab 7 nanti. 3.1.1.1 W. Marsden

A Grammar of the Malay Language (1812)

3.1.1.2

R.O. Winstedt

Malay Grammar (1914)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

1.1 Raja Ali Haji Bustan al-Katibin (1857) Pembahagian kata kepada tiga iaitu kata nama.2.3.1. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2 Sarjana Tempatan Seperti yang dinyatakan pada bab 2 tadi. 3. terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. perbuatan dan kata partikel (harf). Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain.

3.2.1.2 Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

3 Asmah Hj. Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.3. Omar An Introduction to Malay Grammar (1969).1.

1.4 Arbak Othman Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981).3.5 Abdullah Hassan The Morphology of Malay (1974).2.1.2. Nahu Bahasa Melayu (1986) 3. Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

2.1. Wahab Petunjuk Tatabahasa (2007) Golongan Kata Menurut Asraf (2007) secara umumnya ialah: Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata sendi Kata keterangan Kata hubung Kata seru Kata sandang Kelas Kata Utama ialah:  Kata Nama  Kata Kerja  Kata Adjektif  Kata Tugas ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .6 Asraf Hj.3.

1.2. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) 3.7 Nik Safiah Karim dan et. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993). al Tatabahasa Dewan (1991).2.3.8 Zaharani Ahmad Nahu Praktis (2007) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1.

2 3. 3. 3.3 Aliran Tranformasi Generatif Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Nik Safiah Karim et al.3. Asraf. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Abdullah Hassan. Mashudi Kader dan ramai lagi.2. Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing. Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Begitu juga Marsden (1812) dan Winstedt (1927). Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman.2. Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini.1 Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh Aliran Tradisional Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu. proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang memberi kelainan kepada nahu TG. Di samping itu. Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya.2. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa.2 Aliran Struktural Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional.

tatabahasa digolongkan kepada dua yang utama iaitu: Tatabahasa bebas konteks I. Simin (1983) Nahu ini terkenal kerana analisis wacana mengikut teks. Contohnya ialah tatabahasa yang berpegang pada teori nahu TG. Simin pada tahun 1980-an. II.2. Sebenarnya aliran tatabahsa wacana dipopularkan oleh Sanat Mohd Nasir dan Azhar M. Berdasarkan huraian tatabahasa wacana. Di bawah merupakan penjenisan tatabahasa wacana. Ini lebih dikenali sebagai korpus bahasa. Tatabahasa separuh wacana Walaupun asas penghuraian ayat berlandaskan ayat tunggal namun ia dipetik oleh penulis tatabahasa daripada teks sastera dan seumpamanya. Tatabahasa sebegini mementingkan kesesuaian dengan teori linguistik yang diistilahkan sebagai nahu teori dahulu.4 Aliran Tatabahasa Wacana Nahu Ayat Bebas Konteks Nahu Separuh Wacana Jenis Tatabahasa Peka Konteks (Nahu Wacana) Jenis Tatabahasa Mengikut Tatabahasa Wacana Sumber: Diubah suai daripada Azhar M. Tatabahasa ayat Tatabahasa yang ditulis berlandaskan ayat tunggal yang dicipta oleh penulis tatabahasa itu sendiri.3. Nahu jenis ini berlandaskan cebisan bahasa yang dihuraikan secara nyata yang diistilahkan nahu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

kata bilangan dan penjodoh bilangan. Nik Safiah Karim et al. menggolong kata kepada kriteria semantik iaitu menamakan sesuatu. Tatabahasa Peka konteks Merupakan tatabahasa wacana sepenuhnya. Asmah memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa yakni aliran struktural. nahu Za‟ba (1945) dan nahu Asmah Hj. kriteria sintaksis dan kriteria fonetik. Abdullah pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik. (1986) membahagikan kata nama kepada tiga iaitu kata nama am. tempat dan konsep. kriteria morfologi. Sebaliknya Abdullah Hassan (1980) membahagikan kepada empat iaitu kata nama. Ada persamaan yang dibuat oleh Za‟ba dan Nik Safiah Karim.3 Perbezaan Antara Aliran Tatabahasa Yang Dipegang Oleh Tokoh-Tokoh Tertentu Jika kita mengambil satu pegangan atau rujukan terhadap sesuatu tatabahasa. haiwan. benda. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang dinyatakan di atas tadi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . ganti nama dan numeral.bahasa dahulu. Misalnya Za‟ba. penggolongan kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria tertentu iaitu kriteria makna (semantik). kata nama khas dan ganti nama. Contohnya ialah nahu yang ditulis oleh Winstedt (1913). tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Omar kerana huraiannya masih berlandaskan cebisan atau serpihan bahasa yang digunakan mengikut konteks sebenar. kita dapat mengesani alirannya. Bagi Asmah dan Abdullah Hassan meskipun nampak berbeza dengan Za‟ba dan Nik Safiah Karim. nama nika. biasanya melibatkan orang. 3. Hal ini cukup mudah kerana sebagai contoh. Za‟ba membahagikan kata nama kepada tiga iaitu nama khas. kata ganti nama.

perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahupenahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang seterusnya diaplikasikan ke atas tatabahasa Melayu mengikut acuan atau kefahaman masingmasing. Seterusnya pada dekad 1980-an. Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan atau pola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula pada dekad 1960-an. penghuraian tatabahasa sebelumnya yang kesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai tatabahasa tradisional atau tatabahasa nasional. al (1994) yang diguna secara meluas di Malaysia kini. tidak berhenti begitu sahaja. Buku yang bertajuk Discourse-Syantax of Yang in Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M. merupakan salah satu contoh acuan teori TG. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa Melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh diperturunkan kepada generasi akan datang. Simin (1983) kemudian ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dari kaca mata linguistik moden.4 Setelah muncul ilmu linguistik moden. teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa tempatan yang menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa Melayu. Tetapi menjelang dekad 1970-an. Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di Malaysia daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden) bermula pada tahun 1960. Contohnya. Sepintas Lalu Tatabahasa Za’ba sebagai Tatabahasa Tradisional Lawan Tatabahasa Formal ( Moden ) 3.Kesimpulannya. Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori tatabahasa wacana mula mendapat popularitinya di Malaysia. termasuk tatabahasa Za‟ba. Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai tatabahasa tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria semantik. Seiring dengan perkembangan teori linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga mengikut linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka.

Namun begitu. 2008).000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Penyelarasan ejaan Rumi antara negara serantau yang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara masing-maing memberikan impak yang cukup besar bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang besar dan luas sasaran penggunanya.5 Sumbangan dan Usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Usaha yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah sebuah agensi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . ketokohan Za‟ba sebagai ahli bahasa yang menulis tatabahasa Melayu tetap diakui oleh sarjana Melayu yang terkemudian. al. seperti Abdullah Hassan (1986).diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya yang mengaplikasi teori tatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu. Di samping itu. dan Nik Safiah Karim et. Dengan penyelarasan sistem ejaan antara negara anggota MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) pada 1972 yang seterusnya diikuti dengan usaha penyelarasan tidak kurang 400. DBP mengorak langkah seawal penubuhannya untuk meningkatkan kecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Asmah Hj. karya Sanat Mohd. bahasa Melayu di rantau ini menjadi semakin kukuh sebagai bahasa pemersatu warga negara Malaysia dan juga warga serantau. Omar (1992). penyelarasan dan pembakuan korpus bahasa. iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka telah didirikan untuk mendukung amanat bangsa. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar (2002) merupakan sebuah hasilan yang cenderung terhadap tatabahasa wacana. Simin (1983). Agensi ini bergerak dengan berdasar pada Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 yang kemudian disemak pada tahun 1978. Azhar M. 3. Seiring dengan penubuhan DBP. Antara langkah awal yang dilaksanakan yang memberikan kesan jangka panjang sehingga kini ialah usaha pengukuhan. (1979. Penyata Razak dikeluarkan bagi mendukung semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia dan Penyata Razak merupakan salah satu ciri penting Akta Pendidikan 1961 (kini Akta Pendidikan 1996).

Terdapat beberapa usaha lain yang menjadi kebanggaan kepada DBP iaitu menyediakan dan melaksanakan peraturan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam jabatan dan sektor swasta. taraf bahasa Melayu yang kita perolehi tidak akan bererti apa-apa. Selama lima dekat ini DBP banyak berkorban dalam mengangkat dan memartabatkan bahkan memperkasa bahasa Melayu. perancangan korpus bahasa berperanan mengisi taraf bahasa yang telah dicapai oleh DBP. buku kecil dan sisipan akhbar. memantau dan menegur penggunaan bahasa dalam media massa dan di tempat awam. dwibahasa dan kamus istilah. tanpa istilah yang dapat mendukung konsepkonsep ilmu. penyusunan dan penerbitan daftar ejaan Rumi dan Jawi. Bagi konteks pembinaan bahasa yang diraih ialah penyusunan dan penerbitan kamus-kamus ekabahasa. Usaha pengembangan bahasa digiatkan lagi dengan menyediakan khidmat nasihat bahasa (KNB) kepada karyawan sektor awam. serta masyarakat umum. pengembangan korpus yeng menjadi titik tolak kepada perkembangan bahasa Melayu moden kerana tanpa sistem ejaan yang efisien dan praktis. tanpa tatabahasa yang komprehensif dan tanpa kamus yang kemas kini. menganjurkan kursus kemahiran berbahasa. Tatabahasa Dewan dan juga istilah dalam pelbagai bidang ilmu merupakan antara unsur penting yang sangat membantu memantapkan serta menyeragamkan bahasa Melayu menjadi bahasa moden dan diangkat setaraf dengan bahasa lain. DBP melaksanakan pembinaan. mengarang dan berbalas pantun dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira rendah atau menengah. sektor swasta. Kempen ini untuk membina keyakinan dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti pertandingan bahas. Sesungguhnya. Jadi macam mana kita ingin mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang tertinggi? Dengan kata lain. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pada peringkat awal. DBP di bawah pimpinan Syed Nasir Ismail telah melancarkan Gerakan Minggu Bahasa Kebangsaan dan kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan semua rakyat. Di samping itu juga. penyusunan dan penerbitan buku dan cakera padat tatabahasa pegangan dan rujukan serta penyusunan dan penerbitan pelbagai bahan pedoman bahasa dalam bentuk risalah. pedoman dan bahan rujukan yang dihasilkan seperti Kamus Dewan. membina Munsyi Dewan.

Ini kerana Akta DBP sedia ada (Pindaan dan Peluasan 1995) cuma memberikan kuasa menegur. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . DBP akan diberikan kuasa penuh untuk mendenda pencemar bahasa dengan denda RM 1. usaha memartabatkan bahasa Melayu terus dipertingkatkan dengan memberi kuasa kepada DBP untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang di dapati bersalah mencemarkan bahasa kebangsaan.Akhir sekali. mengawas atau mengarahkan mana-mana pihak supaya mengutamakan dan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Dengan ini.000 sebaik diluluskan Parlimen. menasihat. Dasar ini akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat Peguam Negara dan diluluskan oleh Parlimen.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . iaitu linguistik tradisional. Linguistik telah lama mempengaruhi tatabahasa. (Lyons. tatabahasa tradisional bermula semenjak zaman Yunani. R. Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik.1 Definisi Tatabahasa Tradisional Seperti yang diketahui umum. undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan.BAB 4 TATABAHASA TRADISIONAL (TT) Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. perkataan tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan „gramatikos‟ (berasal daripada perkataan Greek atau Yunani) yang bermaksud „seni bacaan dan penulisan yang betul‟. atau makna. linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. 4. Romawi. tetapi.H. Ini juga linguistik dalam pengertian yang luas. tatabahasa. sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik. Bezanya hanyalah. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Berbalik kepada konsep dan sejarah. Tatabahasa Tradisional (TT) yang berkembang di Yunani lebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. pendekatan menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif. menurut nahu ini. Memanglah sarjana-sarjana Yunani ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa. Seterusnya beliau menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yang bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat dan oleh sebab itu dapat diterapkan kepada semua bahasa. Pertengahan dan India. 1971). Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Oleh itu. Robins (1967) telah menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Seseorang individu yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mempelajari sebutan.

Oleh sebab mereka berfalsafah. Plato mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan. saya akan menerangkan sejarah perkembangan TT secara ringkas untuk memberi gambaran awal mengenai linguistik tradisional.Dapat dikatakan bahawa ahli-ahli TT berkonsep kepada penerangan (explaination). maka terbitlah percubaan untuk menentukan sama ada perkataan itu mempunyai makna secara kebiasaan ataupun bahasa mempunyai satu perhubungan yang semula jadi. orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal. ahli-ahli TT mentakrifkan tatabahasa sebagai “ a fixed and unalterable set of rules” (Gaeng. Oleh sebab itu. Sejarah TT berkait rapat dengan kajian bahasa yang dimulai oleh orang-orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum Masihi.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional Di sini. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hingga ke abad pertengahan dan hanya pada abad ke-19. 1971). misalnya penjenisan kata adverba. Maksudnya lebih kurang “peraturan yang tetap dan tidak boleh diubahsuaikan”. Kajian yang dilakukan dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting dan merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam. kata seru dan kata partikel. melahirkan selamanya berubah dari abad ke abad dalam persejarahan bahasa. Kajian bahasa bentuk ini dilanjutkan oleh orang-orang Romawi yang mengkaji bahasa Latin dan sarjana-sarjana Arab yang menjalankan bentuk kajian sama terhadap bahasa Arab. Kajian yang serupa juga dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini bagi menghuraikan bahasa Sanskrit. kata sendi. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek tatabahasa yang ada pada masa itu. 4.

Thrax juga telah menghasilkan buku tatabahasa Yunani yang bertajuk Tehne Grammatike yang menjadikan tatabahasa Yunani lebih „standard‟ untuk beberapa lama. iaitu „onoma‟ dan „rhema‟. „Logos‟ terbahagi kepada dua. Aristotle merupakan sarjana yang pertama mengakui wujudnya sistem kala tense dalam bahasa Yunani yang merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik.Zaman Yunani Dalam pengkajian nahu. kata ganti nama. Beliau telah membahagikan perkataan kepada kata nama dan kata kerja. muncul pendekatan berbentuk tradisional dan notion. iaitu: kata nama. Thrax pula telah menggolongkan kata kepada lapan. dan kata seru. Misalnya Plato telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu „Logos‟. Aristotle (384-322 SM) menambah satu lagi pembahagian lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang tidak tergolong kepada golongan kata nama dan kata kerja itu. Seiring dengan perkembangan linguistik. manakala kata kerja merupakan istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat. Plato ialah orang yang pertama menyelidiki tatabahasa itu sendiri. iaitu yang berupa dialog. Sarjana lain iaitu Dionysius Thrax yang menjalankan kajian berdasar kepada bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisi-puisinya. sesuai dengan konsep kala kini present dan kala lampau past. kata partikel. kata sendi nama. Oleh demikian. kita dapat lihat dengan jelas cara Aristotle melihat nahu sebagai bahagian atau aspek logik formal telah menguasai pemikiran linguistik sesetengah sarjana. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Plato mendefinisikan kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat. kata kerja. Kesannya. Perbincangan tentang bahasa dan seluruhnya ada di dalam bukunya yang terkenal iaitu Cratylus. kata adverba. Di samping itu.

Buku ini terdiri daripada 18 jilid dan perbincangan berkisar tentang proses pembentukan kata dan ayat. khususnya mengenai tatabahasanya yang kita anggap selama ini sebagai TT. Disebabkan peniruan model tatabahasa Yunani-Latin.Zaman Romawi Sarjana Romawi asalnya tidak banyak menghasilkan karya asli tetapi mereka hanya menyadur karya sarjana Yunani dan disesuaikan pula dengan tatabahasa Latin. iaitu dalam menyusun tatabahasa Latin yang berasaskan tatabahasa Yunani. Hasil kajian yang dibuat oleh Priscian tentang aspek-aspek tertentu bahasa Latin dianggap lebih sistematis sekali berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pada umumnya. Tatabahasa yang ditulis oleh beliau masih dianggap standard pada masa ini walaupun telah dihasilkan pada tahun 500 Masihi dahulu. Tanggapan sebegini berlanjutan hingga ke zaman pertengahan. Sebagai kesimpulannya. Mungkin itulah hasil mereka yang agung. tatabahasa Priscian dapat dianggap sebagai kajian ketatabahasaan orang-orang Romawi yang „representative‟. Walau bagaimanapun. iaitu berkisar di sekitar makna (semantik) iaitu suatu hal yang menjadikan mereka pokok dan dasar analisis. Salah seorang linguis Romawi yang terkenal ialah Priscian. kajian-kajian tatabahasa mereka masih lagi mempertimbangkan persoalan falsafah. sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja analisis tentang bahasa Latin. nombor. telah meninggalkan satu tanggapan kepada sarjana Romawi bahawa beberapa kategori tatabahasa seperti golongan perkataan. Walau bagaimanapun. Buku tatabahasa berjudul Institutiones Grammatikae. cara penggolongan kata yang dibuatnya tiada perbezaan dengan Thrax kerana masing-masing menggolongkan perkataan kepada lapan. sistem kala dan sebagainya adalah ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. kasus.

Pada bahagian nahu. Kita terus kepada perkembangan tatabahasa untuk zaman pertengahan yang amat menarik iaitu dengan hasilnya „Tatabahasa Spekulasi‟ berupa pendekatan preskriptif. Caranya dengan menganggap bahasa Latin sebagai bahasa yang mulia. Sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur „amnah‟ dan‟khabar.Zaman Arab Antara sarjana Arab seperti al-Khalil (718-786 TM). mereka telah menggunakan dasar paradigma dalam menganalisis bahasa. Ahli tatabahasa modistae berusaha dalam teori menggambarkan tatabahasa. Asal perkembangan cara pemikiran seperti ini telah bermula daripada kefahaman yang penutur itu merupakan cermin dan bahasa mencerminkan kebenaran. minat orang Eropah terhadap bahasa Latin semakin menjadi-jadi. Kesan yang jelas melahirkan satu era baharu yang dinamakan zaman perbandingan linguistik. Tatabahasa Arab tersebut dikarang dengan lengkap yang mencakupi bidang pembentukan kata dan ayat. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan kata dalam bahasa Arab. Di samping itu. Pemerian mereka biasanya dikenali dengan istilah „modistae‟ iaitu mereka ingin mengetahui ragam atau kepentingannya. pada zaman Arab ini banyak penghasilan kamus kerana minat sarjana terhadap bidang kosa kata pada mulanya telah beralih kepada bidang leksikografi. Secara ringkasnya. al-Masri dan sebagainya telah berjaya mengungkap kemegahan dalam usaha mengkaji ilmu linguistik. Ini kerana bahasa Latin menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah. Nahu Port Royal mencari penerangan tentang fakta. meyatakan bahasa tersebut sebagai pantulan fikiran dan ini berlaku pada taakulan. cukuplah klasifikasi bahasa mereka itu dilakukan dengan merujuk bentuk paradigmanya sahaja. sama seperti „subjek‟ dan „predikat‟. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Zaman Pertengahan Dalam abad pertengahan ini. terdapat bukti jelas mengenai tatabahasa aliran Port Royal yang memaparkan pendekatan berbentuk normatif.

yakni tidak berdasarkan kepada teori falsafah melainkan berasaskan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif sahaja. Tradisi inilah yang membawa perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah. Menurut Bloomfield. tatabahasa Sanskrit merupakan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada „ilmu perbandingan bahasa‟. Orang yang bertanggungjawab mengetengahkan hasil karya Panini ialah Sir William Jones (sekitar 1746-1794). mungkin kita tidak akan mengenali linguistik deskriptif. Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang-orang Hindu. Kajian yang dibuat adalah tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam kita Rig-Veda. Justeru. Rumusannya. Keistimewaan tatabahasa itu terletak pada caranya dikaji. tatabahasa dan tatabunyi Panini bukan sahaja penghuraiannya kemas dan lengkap. Pengetahuan linguistik tatabahasa di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM. Penemuan dengan huraian lengkap tentang bahasa Sanskrit telah membuka kepada jalan baru kepada bidang linguistik yang dinamakan linguistik perbandingan. malah sangat tersusun dan teratur pula. dihurai dan disusun yang berasaskan pemerhatian yang halus. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tanpa usaha beliau.Zaman India Perkembangan dan tradisi linguistik India tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan pembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden. Kajian yang dianggap paling lengkap ialah karya Panini yang bermula sejak kurun ke-4 SM. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini menampakkan rencana bahasa yang lengkap serta teliti. tatabahasa Panini telah banyak mengajar sarjana-sarjana Eropah cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan.

Arnauld. M. Patanjali Zaman India ( 2 – 200 SM) Plato. Dante. Katyayana. Varro Zaman Romawi ( sekitar 500 SM) al-Khalil. Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Erasmus. T. Hermann Grassmann. Descartes Zaman Arab dan Zaman Pertengahan (Renaissance) Jason Grimm. Karl Verner Zaman Perbandingan Linguistik Moden Ferdinand de Saussure Abad ke-19 dan 20. Panini. Appolonius Discollus. Pingala. Aristotles Zaman Yunani ( bermula 300 SM) Priscian. al-Masri.Yaska.

Dussek dan Mohd Hashim bin Hj.T. Rahman Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O. Muhammad Said bin Sulaiman Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Za‟ba ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1 Tokoh Tatabahasa Tradisional 4.2.1.2 Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu Era Tahun 1800-1950 • • • • • • • Bustanul Katibin (1857) – Raja Ali Haji Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd.1.2.4. Talib Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za‟ba Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato‟ Hj.Plato Aristotle (384-322 SM) Tehne Grammatike -Dionysius Thrax Zaman Romawi Institutiones Grammatikae-Priscian Zaman India Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini 4.2.1 Tokoh Tatabahasa Tradisional Barat Zaman Yunani Cratylus.

(2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 . Daftar Isi Penggal 1 • • • • • • • • Bab 1 Bunyi Suara Digambarkan Dengan Huruf Bab 2 Huruf Benar & Huruf Saksi Bab 3 Ejaan & Tulisan Jawi Bab 4 Ejaan Jawi Pada Perkataan Memakai Penambah Bab 5 Petua-Petua Ejaan Rumi Bab 6 Petua-Petua Ejaan Rumi (sambungan) Bab 7 Jenis-Jenis Perkataan dan Kerja-Kerjanya Bab 8 Perkataan Nama dan Gantinya • • • • • • • Bab 9 Perkataan Perbuatan Bab 10 Perkataan Sifat Bab 11 Perkataan Sendi dan Seruan Bab 12 Perkataan Huruf-Huruf Penambah Bab 13 Perkataan Huruf-Huruf Penambah (sambungan) Bab 14 Kaedah Rangkai Kata Bab 15 Ayat-Ayat Melayu: Kejadiannya & Ikatannya • Bab 16 Jenis-Jenis Ayat dan Uraiannya Daftar Isi Penggal 2 • • • Bab 1 Permulaan Mengarang Bab 2 Lain-Lain Latihan Membuat Ayat Bab 3 Mengarang Ayat-Ayat Tunggal Jadi Cerita: Menyambung— Menyambungkannya.Contoh Tatabahasa Tradisional Zainal Abidin Ahmad (Za‟ba). Bab 4 Cara-Cara Persambungan Ayat Bab 5 Memakai Tanda-Tanda Berhenti Dalam Tulisan Melayu Jawi Bab 6 Memakai Tanda-Tanda • • • • • • Berhenti Dalam Tulisan Melayu Jawi (sambungan) Bab 7 Cakap Ajuk & Cakap Pindah Bab 8 Permulaan Berlatih Mengarang Bab 9 Lagi Latihan Mula-Mula Mengarang Bab 10 Perenggan-Perenggan Karangan Bab 11 Perkataan-Perkataan Pembatas Karangan Bab 12 Perkataan-Perkataan Penghabis Karangan • • • ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nahu ini boleh dirumuskan sebagai nahu yang lengkap dan sempurna pada suatu ketika dulu sebelum aliran linguistik struktural menguasai tatabahasa Melayu pada pertengahan tahun 1960. Gurindam & Seloka Bab 12 Mengarang Surat Kiriman Yang Senang-Senang Bab 13 Lain-Lain Jenis Surat Kiriman Bab 14 Memahamkan Karangan: Mengarangkan Semula Bab 15 Beberapa Teladan Karangan • • Rumusan: Pelita Bahasa Penggal 1 sebenarnya merupakan tatabahasa yang menekankan aspek fonetik & fonologi.Daftar Isi Penggal 3 • • • • • Bab 1 Bagaimana Hendak Mengarang Bab 2 Sedikit Lagi PetuaPetua Mengarang Bab 3 Kesalahan-Kesalahan Dalam Ayat Karangan Bab 4 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Bab 5 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Sendi Nama Bab 6 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Sendi Nama (sambungan) Bab 7 Kecacatan Karangan • • • • • • • • Bab 8 Kecacatan Karangan (sambungan) Bab 9 Menghiasi Karangan Bab 10 Mengarang Pantun & Syair Bab 11 Mengarang Sajak. morfologi dan sintaksis. Hal ini dinyatakan oleh Za‟ba dalam prakata Pelita Bahasa Penggal 1-3. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Nahu ini sebenarnya nahu tradisional kerana acuannya adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan sedikit-sedikit bahasa Arab. Penggal 2 & 3 menjurus kepada aspek penulisan iaitu mengarang karangan.

4. Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap. Oleh itu. burung. semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan. Antara pengkaji terawal ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu ini. kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin. Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk notion. falsafah dan yang lainnya). Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani – Latin. asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu: Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani) Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif Jika diteliti secara mendalam. tahun. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik. kaki.3 Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional Secara kasarnya. Contohnya dalam tatabahasa Melayu. 1954). Akibatnya.(Za‟ba. bulan…. Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa. „kata nama‟ didefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak. iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa lain.

Dalam nahu tradisional. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Oleh demikian. humanistik dan normatif. sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks. Secara khususnya. TT bersifat preskriptif. ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang dijadikan pola acuan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟ Dalam memerikan bahasa. dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan saintifik. kita akan dapati bahawa huraian atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan.Walau bagaimanapun. Disebabkan itu. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan. tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara para sarjana bahasa. seorang ahli bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa itu hidup. Satu keadaan yang tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa itu terdapat juga dalam bahasa lain. ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah: Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural Percampuran teori semantik dan gramatik Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama ada gramatikal atau leksikal.

5 Perbezaan antara Tatabahasa Tradisional dengan Tatabahasa Preskriptif Tatabahasa Tradisional (TT) Bersifat mengikut tradisi. Za‟ba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. dan seruan.4. Swettenham pula membincangkan unsur kala seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala seperti bahasa Inggeris. Dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu I. kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur dan keadaan ini. atau atau merujuk kepada huraian konsep preskriptif dengan penekanan kepada aspek semantik Struktur merujuk kepada struktur bahasa berdasarkan atau berpandukan peraturan. ketetapan. Ini tidak berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu. seperti yang ditiru oleh Latin kerana Za‟ba menerima adanya kata-kata jenis nama. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan. Za‟ba pula menerima unsur-unsur bahasa Arab. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Swettenham (1886). hukum dan pengguna bahasa ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . sifat. menentukan ketentuan. Maxwell (1882). Elemen Perbezaan Definisi Tatabahasa Preskriptif (TP) Bersifat panduan. Za‟ba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi. terang-terang didasarkan kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin. Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata Yunani. 4. sendi. perbuatan. ketetapan. turun-temurun. dan konsep ini masih belum berubah dalam buku Za‟ba. Winstedt (1927). dan Za‟ba (1965) sendiri.4 Aspek-Aspek Dalam Tatabahasa Tradisional Dalam mempelajari bahasa Malaysia.

klausa dan ayat yang mana menekan kepada aspek betul semata-mata. jelas sudut pengaplikasiannya. yang sebahagian pendekatandigunakan kepada sintaksis. sebutan dan laras. pedoman dan pegangan. diaplikasi pada tatabahasa lain Konsep 2 penentuan kaedah baku sebagai rujukan.kebiasaanya TT bersifatkan Konsep kajian tentang penggunaan kata. Tidak menunjukkan dengan Sudut Aplikasi Dapat diaplikasikan dalam aspek bahasa: ejaan. Pendekatan Merupakan daripada pendekatan dalam TT. Penekanan Mengutamakan peraturan tersebut mulia dan agung. Bertujuan memberi pemahaman asas mengenai pembinaan Tujuan bertujuan melahirkan masyarakat yang menggunakan bahasa yang tepat sama ada lisan mahupun tulisan tanpa mengelakkan kekeliruan. Mengutamakan aspek makna dan semantik sebagai asas mengenai rumus penggunaan tatabahasa yang betul sahaja. Prinsip tatabahasa umum yang mengamalkan pendekatan preskriptif dan nosional. Pelita Bahasa Contoh Karya Tatabahasa Dewan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . tatabahasa. struktur bahasa. frasa. semantik. Hanya jelas pada ejaan. tatabahasa dan makna. beracuan pola dan kaedah Asas Pegangan Berasaskan memberi TT tetapi lebih tatabahasa Latin dan Yunani dan menganggap bahasa penekanan kepada aspek betul mengikut peraturan tatabahasa. preskriptif dalam prestij dialek dari aspek sosial.

Ronald W. dan saintifik tentang sesuatu bahasa. linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau „kajian ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews 1997). psycholinguistics. Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yang empirik. kajian saintifik ini hendaklah empirikal. Jadi. Dalam pelbagai kamus umum. dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Specific branches of linguistics include sociolinguistics.” Disiplin yang mengkaji bahasa manusia secara saintifik dan sistematik dikenali sebagai linguistik. and structural linguistics. Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003). including the study of grammar. Dinneen 1967:4). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . analitis.6 Pengertian Linguistik Moden Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. computational linguistics. bidang linguistik tidaklah merupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan. comparative linguistics. Lyons 1968). Kamus Dewan (Edisi Ketiga : 1994) memberikan pengertian linguistik sebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa. syntax. Ini bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teori dan perkaedahannya. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai “the study of human language”. and phonetics. khusus. Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi.4. dialectology. tekaan atau emosi seseorang penulis sahaja. linguistik didefinisikan sebagai berikut: “The scientific study of language and its structure. objektif. dan objektif (F. Jadi. David Crystal (1873) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Istilah „saintifik‟ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yang mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif.

sebagai satu sistem (langue). Ini dapat diteliti dalam Bab 5 : Tatabahasa Struktural ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ketokohan beliau sebagai bapa linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Beliau tidak lagi melihat bahasa sebagai satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa. Potensi ini dilihat daripada hubungan paradigmatik. Sistem memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkan ujaran.Justeru moden di sini merujuk kepada permulaan sejarah linguistik yang baharu setelah linguistik tradisional beralih arah kepada linguistik struktural yakni sekitar kurun ke-19 hingga ke-20. Linguistik moden juga dikenali dengan linguistik deskriptif yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure yang menjadi pengasas dan pendukung dalam perkembangan linguistik moden. iaitu hubungan antara lambang dalam sistem secara mengufuk. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat bahasa daripada perspektif penuturnya. Oleh itu. dirumuskan bahawa linguistik moden ialah satu peralihan linguistik tradisional kepada linguistik struktural yang mana perubahan pengkajian bahasa secara menyeluruh. tetapi melihat bahasa daripada dalam. kerana daripada sudut penutur yang mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting. Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripada perspektif penuturnya (Simpson 1980). 1916). ditulis oleh anak muridnya Cours de linguistique generale (de Saussure. Mereka melihat bahasa daripada perspektif sinkronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistik pada abad ke-19. Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand de Saussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya.

apakah demikian juga nasibnya hasil-hasil kajian kesarjanaan Jespersen dan Fowler? Apakah pula bagusnya pandangan Bloomfield.tanya: mengapa perlunya cara-cara moden itu buat seseorang? Apakah pula yang salah dengan yang lama iaitu pendekatan tradisional? Kenapa mazhab tatabahasa Nesfieldian harus dibuang. Antara kelemahan yang pernah ditemui adalah sebagaimana yang dibincangkan di bawah ini: 1. Bahasa Latin merupakan bahasa yang dicirikan oleh sistem infleksi. kita tidak semestinya perlu menerima tatabahasa moden semudah yang disangkakan. Latin dan bahasa-bahasa di India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang dibuat terhadap bahasa Sanskrit. tidak perlulah rasanya kita beralih kepada tatabahasa baru. atau yang terdahulu? Inilah antara persoalan yang harus dijawab dengan yakin. dan selagi kita belum begitu yakin dan pasti bahawa tatabahasa tradisional itu benar-benar mengandungi kelemahan dan kekurangan. seseorang mungkin tertanya. ianya tidak demikian kerana tatabahasa tradisional sememangnya mempunyai kelemahan asas yang agak ketara di kalangan pemerhati yang sensitif.7 Rumusan Tatabahasa Tradisional Pendekatan Nahu Tradisional Dalam era teknologi moden. Pike atau Halliday yang berbeza-beza daripada pandangan tatabahasa tradisional? Adakah tatabahasa baru ini ditimbulkan dengan hasrat semata-mata menangkis dan menentang pandangan yang lama.4. Apa salahnya dengan tatabahasa tradisional? Sekiranya tatabahasa tradisional telah menyediakan pemerian menyeluruh yang memuaskan tentang sebarang atau mana-mana bahasa. tetapi bahasa Inggeris bukan daripada bahasa berinfleksi yang tinggi. Akan tetapi. Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya berdasarkan pada pemerian bahasa Yunani. kebanyakannya bergantung pada susunan dan fungsi kata. Tidak semua kategori yang didapati dalam bahasa Sanskrit terdapat dalam bahasa Tamil. Kita tentunya tidak boleh menghuraikan suatu bahasa ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Dalam hal [merah] tadi. Dalam hal ini juga ia dianggap klausa nama yang berfungsi sebagai komplemen kepada „dialah‟. Apakah ini harus dikelaskan sebagai kata nama? 3. Dalam hal ini ia adalah klausa adjektif. Dalam ayat „Merah adalah warna yang saya suka‟. Dalam ayat. maka klausa „yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini‟ akan dikelaskan sebagai klausa adverbial sebabakibat. Kesemuanya tidak jelas dan berputar-putar. Pergerakan atau peralihan daripada makna kepada fungsi dalam pendefinisian bukan sahaja bagi golongan kata tetapi juga bagi klausa telah menimbulkan kekeliruan. Di sini berlaku dua fungsi dan oleh itu menimbulkan konflik. tempat atau benda‟. [Dialah adik saya yang menceritakan tentang berita tersebut] „yang menceritakan tentang berita itu‟ menerangkan „adik saya‟. Oleh sebab itu. „Kata nama‟ diberi definisinya sebagai nama bagi orang. kata [merah] adalah suatu kata nama. kita akan mengatakan bahawa [merah] merupakan adjektif yang digunakan sebagai kata nama. dan tidak ada kriteria tunggal yang dapat digunakan untuk klasifikasi. tempat dan benda. ia juga dapat menerangkan „dialah‟. Kata nama diberi pengertian mengikut maksud „apa dia‟. klausa selepasnya itu akan dikelaskan sebagai klausa adjektif. Adjektif diberi pengertian mengikut apa yang ia lakukan atau tugasnya itu menerangkan kata nama atau ia memperluas makna dan menyempitkan penggunaan kata nama.mengikut penghuraian bahasa yang lain. tetapi ia tidak dapat memberi definisi mengikut pengertian „orang. setiap bahasa harus dihuraikan mengikut istilah yang tersendiri. [Mereka harus mengampunkan anak kami yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini] Dalam ayat ini. Tetapi terdapat juga nama untuk sesuatu perbuatan itu seperti up dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan arah. Definisi lazim bagi lapan golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan. jika [yang] dianggap sebagai „kerana dia‟. tetapi jika [yang] dianggap ganti nama relatif yang menerangkan kata nama „anak kami‟. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . berlaku klasifikasi silang dan tidak pula terdapat asas yang baik untuk pendefinisian [berlari] yang dikatakan kata kerja kerana ia „menunjukkan suatu perbuatan‟. 2.

Ini kerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkan fonologi. subjek apositif. subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal. subjek frasa. pada umumnya tatabahasa diberikan maksud sebagai kajian „bahasa yang betul‟. hubungan dalaman dapat menunjukkan sebab-sebab untuk ketaksaan dalam nahu. 7. 5. subjek klausa dan sebagainya. tetapi sebaliknya merupakan disiplin preskriptif dan proskriptif. Ayat itu boleh bermaksud „Kami bergantung pada dinding yang sedang dibina‟ atau „Kami bergantung pada pembinaan dinding sekarang‟. subjek nasional. 6. Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu (eratik) Kita ambil sahaja ayat:[Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan] Kita akan bertanya. pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi. Dalam ayat seperti „Dia bercadang mengambil bas untuk ke Kelantan‟. Tatabahasa tidak dianggap kajian bahasa dan dialek secara deskriptif. Semua ini menimbulkan masalah keseluruhan sikap tradisional terhadap bahasa dan tatabahasa. semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan dalam nahu tradisional. „Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut?‟ Masalah makna boleh wujud kerana boleh menimbulkan ketaksaan. „Dengan cara berjalannya sahaja. Sebagai tambahan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . kita sudah mengetahui siapa dia‟ dan „Dia mengetahui banyak maklumat tanpa kajian‟. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai identifikasi golongan kata dan analisis ayat. subjek eliptis.4. Dalam tatabahasa tradisional. Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian „subjek‟ ayat dan „kasus‟ dalam ayat. 8.

sedangkan unsur yang tidak seragam masih merupakan sifat bahasa yang dipelajari itu. Apabila kekecualian didapati lebih daripada yang seragam dalam bahasa. ahli bahasa menjadi bingung untuk menerangkan kebenaran tersebut. Banyak contoh dikemukakan di dalamnya tetapi nahu sebenar (prinsip-prinsip dan proses pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak pandai. Bagi setiap rumus. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . bagaimanakah kita dapat mempelajari bahasa tersebut? Lebih pelik lagi ialah. semasa otak pelajar menemui keseragaman dalam apa yang dipanggil kekecualian.9. terdapat banyak kekecualian. Di manakah kebenaran yang dikatakan nahu itu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan. 1971).BAB 5 TATABAHASA STRUKTURAL (TS) Sejarah pertumbuhan Tatabahasa Struktural sering dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada awal tahuntahun 1930-an. structural functions and inter-relations of the components of sentences of stretches of utterance” (Robins.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Struktural Ahli-ahli Prague Linguistic Circle tahun 1929 menggunakan istilah structuralism yang membawa pengertian bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu struktur unit-unit yang berhubungan.1 Definisi Tatabahasa Struktural TS mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). 5. hal demikian kerana ahli-ahli bahasa memberi tumpuan kepada linguistik deskriptif. Oleh itu. Aliran ini digelar Struktural. muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch. aliran TS menekankan bahawa tatabahasa: “…is concerned with the observable forms. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Taxonomist dan Bloomfieldian. Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini “…merangkumi bentuk-bentuk maujud. TS seringkali dikait dengan era Linguistik Moden. fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan. Ia berkembang antara tahun-tahun 1940-an hingga pertengahan tahuntahun 1950-an. Wells dan Hocket yang membawa pengertian metodologi mereka. Sekarang kita meneliti beberapa kriteria penting mengenai tatabahasa struktural. 5. Harris. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk mengkaji unsur-unsur bukan sahaja sebagai struktur-struktur yang berasingan tetapi sebagai satu keseluruhan sistem.

dengan nama Course in general Linguistics. Sesesungguhnya Ferdinand ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah TS yang menekan kepada aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab tertubuh antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield, Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S. Harris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Harris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistics (1951). Dalam bukunya itu, Harris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji tatabahasa. Pada pertengahan tahun 1950-an, suatu perkembangan baharu yang dibawa oleh Noam Chomsky iaitu Tatabahasa Tranformasi Generatif telah mengambil alih pengaruh TS. Kita akan meneliti sejarah TTG dalam bab akan datang.

Akhiran Zaman Linguistik Tradisional

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden (Ferdinand de Saussure)

Geneva

Draha

Glosematik

(Franz Boas, L. Bloomfield, Edward Sapir, Z. S Harris)

Sejarah Perkembangan Linguistik Struktural
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

tagmemik ( K.L. Pike, R.C. Longacre) L. Bloomfield tatabahasa stratifikasi ( S. M. Lamb) Z. S. Harris E. Sapir

O. Jesperson L. Tesniere

N. Chomsky- tatabahasa transformasi generatif

F.de Saussure

J. R. Firth & Mazhab London ( C. F. Bazell, R. H. Robins) Peringkat Awal Mazhab Prague ( N.S. Truhetskoy, R. Jakobson, J. Vachek) Mazhab Geneva (C. Bally A. Sechehaye, H. Frei) Mazhab Copenhagen ( I. Hjelmslev-glossematics) Mazhab Moskow

tatabahasa sistemik ( M. A. K. Halliday) Peringkat Kemudian Mazhab Prague ( F. Daries, J. Firbas)

S. K. Shanmayan dan tatabahasa aplikasi

Mazhab-mazhab Linguistik dan Tokoh-tokoh Utama ( Dipetik daripada Allerton, 1970)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

5.2.1

Tokoh Tatabahasa Struktural

5.2.1.1

Tokoh Tatabahasa Struktural Barat

Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics L. Bloomfield –Language (1933) Edward Sapir – Language (1881)

Z.S. Harris - Structural Linguistics (1951)

dan ramai lagi lagi.

5.2.1.2

Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu

Era Tahun 1960-an

Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah: Asmah Hj. Omar (1968) – Morfologi - Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) – An Introduction to Malay Grammar Asmah Hj. Omar (1970) – Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V) Asraf (1971) – Mari Belajar Bahasa Kita

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Omar. jua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. sahaja Kata Adverba Partikel dan Penghubung Kata Majmuk ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 • • • • • • • • • • • • Penggandaan Frasa Frasa Nama Frasa Bilangan Frasa Kerja Frasa Sifat Frasa Preposisi Frasa Adverba Klausa Ayat Ayat dan Sistem Ayat dan Modus . Daftar Isi • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Pendekatan Morfem dan Penambah Kata Kata Nama Pembentukan Kata Nama Berlapis Pembentukan Kata Nama Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Ganti Nama Kata Bilangan Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal Kata Kerja Bantu Pembentukan Kata Kerja Berlapis Kata Sifat Pembentukan Kata Sifat Berlapis Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Nafi Kata Supraayat: pun.Contoh Tatabahasa Struktural Asmah Hj. Nahu Melayu Mutakhir. pula. (1993). juga.

Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. dari aliran Linguistik London. sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan Seperti yang dinyatakan di atas. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. sebagai unit bunyi. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri. Pada peringkat morfologi. dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam. maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. 5.Rumusan: Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran struktural. Ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional.3 Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Pemerian beliau terhadap nahu secara bersistem. Pada peringkat sintaksis.

1957). Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat. Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul. Secara khususnya. bentuk dan struktur sesuatu bahasa. logika dan metafizik. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku. Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa. (Fries. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi. justeru makna tidak diambil kira. Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). Rumusannya. Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain.

5. klausa. tidak ada peringkat yang lebih atas daripada ayat. Skema tatatingkat unit-unit nahu di atas menunjukkan peringkat dalam konteks memperkatakan nahu. keadaan ini terpisah menjadi satu kajian lain dan tidak termasuk dalam analisis tatabahasa. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ini bermakna dalam kajian nahu. Kajian nahu struktural dipaparkan dengan berpandukan skema di atas.4 Unsur dan Unit Yang Membentuk Struktur Dalam Tatabahasa Struktural Urutan Tingkat 1 2 3 4 5 6 7 Unit Nahu Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Fonem Fon FONOLOGI MORFOLOGI SINTAKSIS Tatatingkat Unit Nahu Struktural Jadual di atas menggambarkan satu skema yang dapat menerangkan dengan jelas urutan tatatingkat yang disebut itu. morfem. morfem yang menempati dan merupakan unit nahu yang paling kecil. Tiap-tiap peringkat itu diisi atau diwakili oleh unsur atau unit nahu. iaitu ayat dan berakhir dengn unit paling kecil. frasa. kata dan morfem. bermula dengan unit yang paling besar atau atas. Begitu juga hal dengan peringkat paling bawah dalam struktur nahu. yang merupakan ayat. Semua penelitian akan bertumpu pada peringkat paling atas itu. Pada peringkat fonem dan fon. Dari skema itu dapat dilihat bahawa ayat menduduki peringkat paling atas dan dengan itu ayat dikatakan unit nahu yang paling besar disebabkan semua unit nahu lain terangkum di dalamnya.

Pada bahagian sintaksis pula ia lebih kepada analisis konstituen terdekat.5. Prosedur penemuan ini dikenali sebagai morfemik. Oleh sebab itu konsep tentang binaan kata daripada kata perlulah jelas. yang bukan tersebar secara konstratif. boleh rujuk kepada sub-topik di bawah iaitu Analisis Konstituen Terdekat untuk mendapat pemahaman lebih lanjut. tetapi perbezaan antara read dan readers (read + er + s) adalah bukan minimal. Jika dilihat dari sudut unsur pembentukan. Sistem boleh dianggap sinonim dengan pengertian struktur seperti yang dikemukakan di atas adalah perangkat kaedah-kaedah yang ditaati atau dituruti oleh penutur-penutur asli suatu bahasa tanpa disedari pada saat ia mempergunakan bahasa itu. Morfem hendaklah dikenal pasti sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa. Morfem merupakan bentuk kelas yang mempunyai makna yang sama. Perbezaan antara kata read dan reads dalam bahasa Inggeris adalah minimal. Untuk itu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Oleh sebab tatabahasa merangkumi dua bidang. maka pendekatan struktural mencadangkan maksud morfologi itu diketahui terlebih dahulu. struktur bermaksud suatu kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang secara fungsional bertalian antara satu sama lain. kita mengenali dulu dua istilah penting dalam aliran struktural. sama ada dalam persekitaran yang saling eksklusif atau dalam variasi bebas. morfologi dan sintaksis yang saling berkaitan. Alomorf merupakan salah satu daripada morfem.5 Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Tatabahasa Struktural Sebelum kita mengerti konsep asas tatabahasa struktural. Morfologi ialah bidang yang mengkaji unit-unit minimal yang bermakna. Jadi sistem lebih menekankan kepada aturan atau kaedah-kaedahnya. bentuk dan polanya digabungkan untuk menerbitkan kata. Sesetengah ahli bahasa menghuraikan morfem sebagai „unsur pola nahu terkecil yang berulang-ulang kejadiannya‟ dan meninggalkan „makna‟ terkeluar daripada definisi. Secara umum. maka pengertian struktur dapat dibatasi sebagai bahagian-bahagian dari sesuatu barang atau hal yang lebih besar yang secara fungsional bertalian satu sama lain.

Sekarang kita meneliti definisi konstituen terdekat yang dinyatakan oleh Abdullah Hassan (1980) bahawa merupakan unsur yang secara langsung mempunyai hubungan untuk mendirikan sesuatu konstruksi (binaan). Kita mencari konstituennya mengikut peringkat demi peringkat. Tujuannya ialah untuk memberikan teori sistematis dan bersepadu tentang penentuan konstituen bagi setiap ujaran. tujuan asas analisis konstituen terdekat ialah untuk menganalisis setiap ujaran dan setiap konstituen kepada urutan bebas yang maksimum. Tugas analisis konstituen terdekat merupakan tugas yang bukan sahaja menghuraikan kejadian ujaran. iaitu konstituen terdekat (immediate constituents). Contoh analisis konstituen terdekat: Adik tidur awal malam tadi Bapa Alia makan bihun goreng ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Terdapat dua cara penentuan konstituen terdekat iaitu ciri penggantian dan ciri perluasan.5. Selain itu. Rulon Wells berusaha untuk memperbaiki alat yang digunakan oleh Bloomfield. tetapi juga menghuraikan apakah konstituen yang membentuk ujaran tersebut. Hubungan konstituen ini kebiasaannya dalam bahasa lisan ditandai dengan intonasi tertentu.5.1 Pengenalan Analisis Konstituen Terdekat Lebih satu dekad selepas terbitnya Language oleh Bloomfield.

tetapi ia hanya suatu prosedur untuk mencari dan menentukan unit-unit. Rujuk gambar rajah di atas. Seluruh pengucapan dapat digambarajahkan menggunakan analisis jenis ini. gambar rajah yang terhasil nanti dipanggil pohon konstituen. Walaupun demikian. Dalam usaha mencari dan menentukan struktur unit-unit linguistik iaitu ayat atau kata. Contohnya adalah seperti di bawah: Budak lelaki itu membunuh ular kapak. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pembahagian binari seperti ini berlaku dengan jayanya pada semua aras. kita dapat membahagikannya kepada dua komponen bergantung pada darjah penggugusan. analisis konstituen dapat dianggap pendekatan yang berguna dalam usaha menghuraikan bagaimana morfem-morfem dan kata saling berhubungan antara satu dengan yang lainnya dalam pengucapan. dan pembahagian ini menunjukkan hierarki penstrukturan. itu membunuh budak lelaki ular kapak Kesukaran memang timbul di mana-mana dalam analisis tatabahasa.Bapa Alia Bapa Alia Saya Saya makan makan makan minum bihun goreng laksa laksa Ciri Penggantian dan Ciri Perluasan Adalah jelas bahawa jenis tatabahasa ini bukan sahaja bermaksud pengeluaran ayat-ayat.

teknik analisis konstituen didapati banyak gunanya dari aspek menunjukkan kepada kita betapa struktur sesuatu ayat boleh diwakili sebagai jajaran binaan mengikut tatatingkat berdasarkan pembahagian kepada dua (binari). manakala predikatnya dapat dipecahkan kepada konstituenkonstituen mendengar lagu dan sedang.Rumusannya. Subjek dan predikat ini pula dapat dipecahpecahkan kepada konstituen-konstituen yang lebih kecil iaitu perkataan-perkataan. Di bawah merupakan satu cara menganalisis ayat menggunakan konstituen terdekat dengan pemaparan bahasa Melayu sebagai datanya. Secara grafik. Dalam ayat ini. dua konstituen terbesar iaitu budak itu (subjek ayat) dan sedang mendengar lagu (predikat ayat). Perhatikan ayat berikut: Budak itu sedang mendengar lagu. Subjek ayat dapat dipecahkan kepada dua konstituen kecil iaitu budak dan itu. yang dikenali juga sebagai frasa subjek dan frasa predikat.1 Analisis Konstituen Terdekat Ayat terdiri daripada konstituen-konstituen. Konstituen mendengar lagu pula dapat dipecahkan kepada mendengar dan lagu. Binaan sesuatu ayat dapat dilihat sebagai terdiri daripada konstituen-konstituen kecil ini yang kemudiannya bergabung untuk membentuk konstituen-konstituen yang lebih besar.5. pemecahan ayat di atas kepada konstituen-konstituen dan hubungan antara konstituen-konstituen itu dapat digambarkan seperti yang berikut: [Budak itu] Budak itu [sedang mendengar lagu] sedang mendengar lagu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1. Dua daripada konstituen terbesar dalam sesuatu ayat ialah konstituen subjek dan konstituen predikat. 5.

iaitu yang melihat hubungan antara konstituen-konstituennya disebut analisis konstituen terdekat. Analisis konstituen terdekat boleh dibuat pada peringkat frasa dan juga ayat.Analisis ayat seperti ini. Beberapa contoh: Peringkat Frasa guru sekolah rendah belum membaca buku masih kecil pada waktu itu dari pusat sumber sekolah ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Sebenarnya teknik analisis ini mempunyai beberapa kelemahan yang menimbulkan masalah. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . tetapi peranan intuisi seharusnya dielakkan agar tidak terlibat atau terkait dalam analisis. Masalahnya adalah berkaitan dengan semantik. Pintu depan asrama sekolah masih tertutup. Namun bukan semua masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh teknik analisis konstituen terdekat. Disebabkan hal sedemikian. tatabahasa transformasi generatif cuba mengatasi dengan menggunakan rajah pohon melalui penggunaan rumus. Rumah di atas bukit itu rumah Puan Nadia. Kita akan menyelusuri penggunaan teknik analisis rajah pohon dalam Bab 6: Tatabahasa Transformasi Generatif untuk melihat perbezaan cara menganalisis ayat.Peringkat Ayat Kami guru dari institut pendidikan.

20. Tradisi ini berlanjutan hingga ke abad 19 . Sebenarnya istilah strukturalisme mendukung maksud pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit dan khusus kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan sistem. Pendekatan yang bersifat sinkronik serta pegangan yang membezakan langue dan parole menghasilkan aliran ini. Jika diteliti kepada perkembangan linguistik. Aspek penting dalam strukturalisme ialah sosial dan formal. Pendekatan struktural berupa pendekatan sejarah (diakronik) yang disebabkan pengaruh bidang fizik mekanistik dan teori evolusi biologi.5. Ahli-ahli bahasa terdahulu meninggalkan aspek-aspek sejarah bahasa dan penyelidikan bersifat diakronik lalu menumpukan terhadap aspekaspek sinkronik bahasa. Dengan sosial dimaksudkan tujuan utama pendekatan ini yang digunakan bagi menghuraikan bagaimana bahasa itu benar-benar digunakan oleh penuturnya. memang jelas aliran struktural mendapat pengaruh yang mendalam seperti wujudnya pelbagai mazhab. Kajian ini lebih bersifat ilmiah dan empiris dengan fakta-fakta yang penting dan jitu untuk dijadikan bahan kajian. maka pendekatan dalam bidang ilmu bahasa condong ke arah menganalisis bahasa dari segi sejarah yang selaras. Tradisi ini berkembang dan mempengaruhi kegiatan kebahasaan seluruh dunia. Stoic dan Aristotle sering membincangkan asal usul dan sifat-sifat bahasa. Formal pula diertikan sebagai semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti empirikal berasaskan sains. Justeru itu lahirlah pelbagai kajian terhadap tatabahasa dengan mengambil kira pendekatan berupa notion. Aliran ini diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure sebagai Bapa Linguistik Moden. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . normatif dan tradisional. Sarjanasarjana lampau seperti Plato. penyelidikan terhadap bahasa Yunani dan Romawi menimbulkan konsep preskriptif iaitu tradisi yang menekankan aspek penggunaan bahasa yang „betul sahaja‟. Bahasa pada dahulu kala menjadi bahan kajian sejak zaman berzaman. Dalam bidang tatabahasa.6 Rumusan Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural juga dikenali sebagai aliran deskriptif.

kasus. Tatabahasa Transformasi Generatif kita akan teliti pada bab seterusnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Secara umumnya. pendekatan utama tatabahasa struktural ialah deskriptif iaitu penghuraian segala kemungkinan yang berlaku dalam sesuatu bahasa. sistemik – fungsional. Melalui aliran struktural inilah pelbagai pendekatan muncul dalam memerikan tatabahasa antaranya formal. Aliran tatabahasa transformasi generatif juga pada permulaannya mendapat pengaruh struktural. tingkatan. Hal ini berbeza dengan tatabahasa tradisional yang mementingkan preskriptif. namun disebabkan terdapat beberapa kelemahan mewujudkan teori baharu dalam mengatasi permasalahan ini. tagmemik. Di samping itu. stratifikasi dan pelbagai lagi. glosematik. skala – kategori. struktur. Perubahan kajian menunjukkan betapa pegangan tradisional memperlihat kelemahan yang besar justeru aliran ini berusaha untuk membaiki dan memaparkan bahan data secara empirikal. perubahan mendadak kajian bahasa yang selama ini berkisar terhadap sinkronik dilihat beralih kepada diakronik.Jadi kemunculan teori struktural adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat di atasi atau terjawab oleh aliran tradisional. Perbezaan pendekatan inilah mewujudkan aliran struktural pada abad ke-19.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

BAB 6 TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TTG) Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. iaitu: I. Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. 6.1 Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif Menurut Chomsky (1965). sintaksis semantik fonologi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis seantero dunia. nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai „a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis’. Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam Aspects. nahu dibahagikan kepada tiga komponen. II. Ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin Fonologi Generatif. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Semantik Generatif dan sebagainya. iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin. III.

Abdullah Hassan.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Transformasi Generatif Sebelum tahun 1957. Chomsky memperluas perbincangannya melalui buku Aspect of the Theory of Syntax dan kemudian membicarakannya sekali lagi dalam buku berjudul Language and Mind pada tahun 1968. Oleh sebab terdapat pelbagai kelemahan dalam aliran ini. Buku yang dilahirkan dalam tahun 1957 ini merupakan hasil kajian beliau yang penting dan dalamnya terdapat garis-garis pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif. maka timbullah kesedaran untuk memperbaikinya. Teori Kasus. dalam bukunya Linguistik Am (1980) ada menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep-konsep tatabahasa ini dan juga menghuraikan dengan jelas komponen-komponen nahu transformasi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dalam tahun 1965. Hasil penulisannya telah diterima oleh rakan-rakannya di Institut Technology Massachussetts (MIT). Amerika. Dan sekarang jelas menunjukkan TTG mendapat tempat kerana pengaruhnya masih kuat dengan pelbagai pembaharuan terhadap teori-teori TG misalnya Teori Kuasaan dan Tambatan. beliau telah melahirkan bukunya Syntatic Structure. Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara Eropah tetapi telah menular juga ke Asia Tenggara. pengaruh tatabahasa ini jelas kelihatan dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh Lufti Abas pada tahun 1971.6. Bloomfield dengan mendasarkan konsep konstituen terdekat. Aliran ini bukan sahaja berkembang di Amerika. Tatabahasa transformasi mula-mula diperkenalkan oleh Noam Chomsky melalui disertasinya untuk mendapat gelaran doktor falsafah dalam bidang bahasa berjudul Transformal Analysis. Itulah serba sedikit permulaan TTG menular ke Malaysia. Teori Kontrol dan sebagainya. Dua tahun kemudian. Chomsky dan rakan-rakannya memperkenal aliran tatabahasa ini di kalangan ahli-ahli bahasa dan pelajar-pelajar bahasa. Teori Theta. Di negara kita. malah pengaruhnya telah menular ke negara-negara Eropah. Aliran struktural yang dipelopori oleh Ferdinand de Saussure dan L. penganalisisan tatabahasa yang terkenal adalah melalui aliran tradisional yang berbentuk notion dan aliran struktural yang berbentuk formal.

Aronoff (1976). Allen (1978) dan lainlain.2 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu Era Tahun 1970 .6.1.2. Halle (1973). 6. Salleh (1995) – Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.2.1 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat Noam Chomsky.2009 Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah: Lufti Abas (1971) – Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu Abdullah Hassan (1980) – Linguistik Am Nik Safiah Karim et al. Siegel (1974).1 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif 6. (1991) – Tatabahasa Dewan Mashudi Kader (1981) – The Syntax of Malay Interrogatives Nik Safiah Karim (1978) – Bahasa Malaysia Syntax Ramli Hj.1.Aspect of the Theory of Syntax Jackendoff (1971).

Daftar Isi Bahagian І Sejarah dan Variasi Bahasa Bab 1 Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Bab 2 Variasi Bahasa Melayu Bahagian ІІ Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab 3 4 5 6 7 8 9 10 - Morfologi Morfologi:Satu Pengenalan Pembentukan Kata Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Pembentukan Perkataan Baharu Bahagian ІІІ Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab 11 12 13 14 15 16 17 18 19 - Sintaksis Sintaksis: Satu Pengenalan Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Ayat Ayat Tunggal Ayat Majmuk Proses Penerbitan Ayat ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Hashim Hj Musa. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Hamid Mahmood.Contoh Tatabahasa Transformasi Generatif Nik Safiah Karim. Farid M Onn. (2008).

Rumusan: Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Antara lain ialah penggunaan bahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelan Kamus Dewan sahaja. Rumusannya. Amerika pada tahun 1975. Onn di Universiti of Illinois pada tahun 1976. Di samping itu. Berdasarkan aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika. Tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ini terbukti Nik Safiah Karim mendapat Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio. bukti penerimaan penuh terhadap aliran ini justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain. nahu ini dikatakan bersifat preskriptif terhadap struktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. nahu ini melibatkan dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Farid M.

6.3 Komponen Yang Membentuk Struktur Dalam Transformasi Generatif Representasi Semantik Komponen Semantik Rumus Struktur Frasa (RSF) STRUKTUR DALAMAN Leksikon atau kamus Rumus Transformasi STRUKTUR PERMUKAAN Komponen Fonologi Representasi Fonetik Tatabahasa Model Generatif ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Terdapat dua konsep utama yang diambil kira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur permukaan. Kecekapan merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiri daripada satu sistem rumus-rumus. iaitu kecekapan dan perlakuan. kreatif. 6. yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini (tatabahasa) berada di dalam otak sedangkan perlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentuk penerbitan dan pemahaman. gramatis dan transformasional. Menurut Chomsky (1957). Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa. Perlakuan (performance) pula berlaku pada dua medan iaitu medan Wernicke dan medan Broca untuk proses penerbitan. Jadi. Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus dalam otak yang mampu menerbitkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya. khususnya dalam bentuk ayat. pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. Kita akan mengkaji kedua-dua konsep penting di bawah ini.1 Kecekapan dan Perlakuan Berbahasa Menurut teori ini. oleh itu saya hanya mengambil konsep yang utama sahaja dalam menerangkan TTG ini. Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya. eksplisit.4.6. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan inti TTG.4 Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Transformasi Generatif Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-konsep asas TTG iaitu generatif. kecekapan ini penting sebagai asas untuk menghasilkan ujaran atau penggunaan bahasa. tiap-tiap penutur dan pendengar itu mempunyai dua bahagian bahasa. iaitu apa yang diterbitkan dan apa yang difahami. Perkara ini tidak akan dibincangkan kerana ia memerlukan satu huraian yang terperinci.

iaitu prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang diketahuinya pada keadaan yang sesuai dan tepat. 1988b) Kecekapan Perlakuan Teori Kecekapan (TG) Organisasi intelek rohani Prinsip-prinsip dasar Pemerolehan Bahasa (jagat-jagat linguistik) (tatabahasa sejagat) Unsur-unsur bahasa dan rumus-rumusnya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Performance (perlakuan). ahli-ahli nahu ini cuba melihat tingkat pengetahuan bahasa seseorang melalui kebolehannya menggunakan bahasa tersebut.Oleh itu. diingatkan kembali dua istilah penting dalam nahu ini ialah: Competence (kecekapan atau pengetahuan). Rumusannya. Skema Kecekapan dan Perlakuan (sumber: Simanjuntak. iaitu ilmu atau pengetahuan bahasa yang implicit yang ada pada seseorang.

membentuk semantik ayat. Teori TG mengandaikan bahawa kedua-dua rumus nahu ini sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Pada peringkat struktur dalaman.6. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman.2 Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika. iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat. maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa. iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya. maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa. peringkat struktur permukaan. dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur. bernama Noam Chomsky. Pertama. Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih. Untuk memudahkan kefahaman kita terhadap kedua-dua struktur ini. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kedua. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral.4. yang dinamai komponen fonologi. jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. lihatlah contoh di bawah: Ayat Dasar (struktur dalaman) Encik Ali guru. Sebagaimana yang dinyatakan. atau dengan kata lain.

Itulah sebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu.Ayat Transformasi (struktur permukaan) Encik Ali bukan guru. Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata. ayat penegas dan seumpamanya. kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis. Ini meliputi representasi fonetik. Encik Alikah guru? Siapakah Encik Ali? Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. justeru akan menjejas atau menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Guru itu Encik Ali. ayat tanya. Untuk pemahaman lebih lanjut.

predikat.3 Rumus Sintaksis Rumus Sintaksis terbahagi kepada dua iaitu: Rumus Struktur Frasa Rumus Transformasi 6. Rumus struktur frasa dalam bahasa Melayu secara ringkas boleh mengandungi unsur-unsur berikut: (1) A (2) S (3) P S+P FN FN FK FA FS (4) FN (BiL) + (Penj Bil) + (Gel) + KNInt + <KNInt> + (Pen) + (Pent) (5) FK (KB)+ KKtr + {Obj / AKomp} KKttr + {Pel / AKomp} + (Ket) (6) FA (KB) + (KPeng)+ Adj + (Ket) + (AKomp) (7) FS (KB) + SN + (KNArah) +FN +{ (AKomp) / (Ket)} ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1 Rumus Struktur Frasa Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti.3. rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek. Dengan kata lain.6. dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. objek.4.4.

A S P FN FN (2). A S P FN₁ FK (Pent) KN (KB) KK KKtr FN₂ KN (Pent) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah-rajah pohon. seperti yang berikut: (1).

Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata. menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata. Bentuk itu dianggap struktur “dalaman” oleh sebab tidak serupa dengan bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi.Rajah pohon di atas kemudian mengalami suatu proses yang disebut penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut: A S P FN₁ FK (Pent) KN KK KKtr Si Abu KN menonton FN₂ (Pent) cerita itu Yang terbentuk ialah satu representasi sintaksis atau ayat yang merupakan struktur dalaman. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

3. Oleh itu dapat diringkaskan bahawa: RUMUS TRANSFORMASI Berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input kepada rumus transformasi menukar pola atau struktur ayat membawa kepada struktur permukaan.2 Rumus Transformasi Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang berkait dengan rumus transformasi ini. penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.6. Proses transformasi melibatkan proses pengguguran. Di bawah ini merupakan tiga proses transformasi iaitu proses pengguguran. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4. Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. penyusunan semula atau perluasan. Kita teliti satu persatu proses demikian untuk mendapat kefahaman serba-sedikit mengenai rumus transformasi. Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran. Struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan fonologi. penyusunan semula dan peluasan.

b) Jemput masuk.1.2.3.1.4.4.6.3.2 Pengguguran Frasa Predikat A A A a) S P KH S P FN FK FN FK Hakimah sudah bertunang dan Najib sudah bertunang Transformasi pengguguran frasa predikat frasa kerja yang sama ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3. 6. 6.1 Proses Pengguguran Proses transformasi pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu dalam binaan ayat pada peringkat struktur permukaan.4.1 Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek b) A A a) S P Transformasi S P FN FK pengguguran FN FK Roslan jemput masuk Ø jemput masuk a) Roslan jemput masuk.2.2.

b) A A A S P KH S P FN FK FN FK Hakimah Ø dan Najib sudah bertunang Ayat yang terhasil adalah seperti berikut: Hakimah dan Najib sudah bertunang. ii) Predikat frasa adjektif a) Zila sangat rajin. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . b) Janah dan Farhana pemain hoki. b) Zila dan Dila sangat rajin. Pengguguran frasa predikat lain: i) Predikat frasa nama a) Janah pemain hoki. Seluar Mimi di ampaian b) Baju Nadia dan seluar Mimi di ampaian. Farhana pemain hoki. iii) Predikat frasa sendi nama a) Baju Nadia di ampaian. Dila sangat rajin.

4 Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama. a) S A P FN FK KN Inti kegiatan Pen bersenam boleh menyihatkan badan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif A S P a) FN A1 sahabat saya gadis itu berbaju hitam gadis itu b) S A P FN Rel sahabat saya Ø yang berbaju hitam 6.4.3.2.6.4.1.2.3.1.

b) S A P FN FK KN Inti Ø Pen bersenam boleh menyihatkan badan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

2. 6.6. Hal ini mengakibatkan perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu dan penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan tanpa mengubah makna ayat.2.2 Proses Penyusunan Semula Proses penyusunan semula mengubah susunan bentuk perkataan dalam ayat asal dan diterbitkan satu struktur ayat gramatis yang baru.3.1 Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek A S P a) FN FK Izyan KK FN meN- jual batik Terengganu transformasi pasif b) S A P FN FK Batik Terengganu itu KK FN di- jual oleh Izyan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4.2.3.4.

b) Semalam Reha bertolak ke Sungai Petani.2.3 Penyusunan Semula melalui Ayat Songsang Ayat yang mengandungi keterangan tempat.4. c) Bertolak Reha ke Sungai Petani semalam. masa. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3. syarat dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan a) Reha bertolak ke Sungai Petani semalam.2.2.2 Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek A S P a) FN1 FK Priscilla KK FN2 FN3 menghadiahi Nurul seutas rantai transformasi susun semula b) S A P FN1 FK Priscilla KK menghadiahkan FN2 FS seutas rantai KS FN3 kepada Nurul 6.4.6.3.2.

3.2.1 Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek A S P a) FN A1 kekasih saya S FN P FA gadis itu gadis itu cantik transformasi relativisasi b) S A P FN FN gadis yang cantik itu kekasih saya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3 Proses Peluasan Proses peluasan melibatkan penambahan unsur-unsur dalam ayat baru.3.3. 6.4.2.4. Unsur-unsur ini boleh terdiri daripada frasa nama dan penggunaan kata hubung.6.

4.3.6.3.2.2 Peluasan Frasa Predikat a) S A P FN1 KN Hafiz KK membelai FK FN2 FN A2 kucing itu kucing itu comel transformasi relativisasi b) S A P FN1 FK FN2 KN KK Hafiz membelai kucing yang comel itu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3. Itulah beberapa contoh proses transformasi yang diterangkan secara kasar tanpa huraian. 6. = Nabil memberitahu kami bahawa jamuan hari raya ditangguhkan.4.3.3.4 Peluasan melalui proses komplementasi a) Nabil memberitahu kami b) Jamuan hari raya ditangguhkan.2.6.3 Peluasan dengan Kata Hubung Penggabungan ayat yang mempunyai konstituen yang sama dengan kata hubung a) Farah pergi ke pasar b) Farah membeli ikan = Farah pergi ke pasar untuk membeli ikan.2. Buku yang sesuai untuk merujuk proses rumus transformasi ialah Tatabahasa Dewan dan Linguistik Am. Penerangan rumus transformasi diterangkan dalam bahagian bab 10 dalam sub-tajuk ayat terbitan.3.4.

yang mempunyai dahan dan ranting. Rajah pohon menggambarkan ayat sebagai sebuah pohon dengan dua cabang utama.6. Berikut ialah beberapa singkatan bagi nama-nama frasa dan perkataan yang digunakan dalam analisis: A S P FN FK FA FS KN = = = = = = = = ayat subjek predikat frasa nama frasa kerja frasa adjektif frasa sendi nama kata nama KK KA KS KB = = = = kata kerja kata adjektif kata sendi nama kata bantu kata penentu kata ganti nama kata arah kata penguat KPen = KGn = KAr KP = = ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . iaitu subjek dan predikat. Konstituen-konstituen dalam sesebuah rajah pohon dikenali melalui binaan masing-masing. yang merupakan unsur-unsur atau konstituen dalam ayat.5 Analisis Rajah Pohon Maklumat yang disampaikan melalui analisis konstituen terdekat yang digunakan dalam tatabahasa struktural dapat juga disampaikan melalui analisis rajah pohon. iaitu sama ada jenis frasa atau golongan kata tertentu.

Contohnya: Budak itu sedang mendengar lagu. A S P FN FN KN KGn KN KN Ayah saya pegawai polis ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Dengan menggunakan konsep pohon dan singkatan-singkatan lambang di atas. A S P FN FK KN KPen KB KK KN Budak itu sedang mendengar lagu Ayah saya pegawai polis. berikut ialah analisis rajah pohon.

Ibu dari dalam bilik. A S P FN FS KN KS KAr KN ibu dari dalam bilik Adik rakan kami sangat malas. A S P FN FA KN FN KP KA KN KGn Adik rakan kami sangat malas ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Jadi kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau terjawab oleh aliran struktural. fonologi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Terakhir teori ini diperbaiki dengan nama The Minimalist Program pada tahun 1995. dapat disimpulkan bahawa tatabahasa transformasi generatif asasnya ialah rasionalis dan mentalis. Oleh demikian.6. dan merangkumi faktorfaktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan nama REST (Revised Extended Standard Theory). semantik. satu pembaharuan dibuat dengan menamakan Extended Standard Theory dan menjadi Revised Extended Standard Theory pada tahun 1975. Rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa Manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa (APB. Namun pada tahun 1972. Pembaharuan lain yang dibuat oleh Chomsky dengan menghasilkan satu teori yang dikira lebih baik daripada terdahulu dengan nama Government and Binding Theory (Teori Kuasaan dan Tambatan) pada tahun 1981. Kemudian. Teori ini diperkenalkan pada tahun 1957 melalui buku yang berjudul Syntactic Structures yang juga dikenali „Tatabahasa Transformasi Klasik‟.6 Rumusan Tatabahasa Transformasi Generatif Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi semua komponen bahasa seperti sintaksis. Buku ini merangkumi tujuan teori-teori linguistik dan dasar-dasar menilai sesuatu tatabahasa. iaitu alat pemerolehan bahasa atau LAD. Teori ini lahir atau wujud hasil daripada usaha seorang pelajar linguistik yang bernama Noam Chomsky. iaitu language acquition device) Bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia berfikir. Asas Linguistik Tranformasi Generatif (Rasionalis/Mentalis) Bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan. disusuli dengan Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mana Chomsky menyempurnakan teori mengenai sintaksis dengan menambah beberapa perubahan baharu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

didik. Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Bentuk didik ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi. 7. yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Omar.1 Definisi Pembentukan Kata Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata. Omar (2008). Morfem bersifat abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan.BAB 7 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU 7.2 Bidang Morfologi meliputi aspek: Penggolongan Kata Proses Pembentukan Kata Bentuk Kata Terhasil ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Daripada ketiga-tiga unit ini. dan kan. Menurut Asmah Hj. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen. Misalnya. makna satu unit ialah didik. Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat. proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Dua unit lagi iaitu pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. kita dapat melihat kata dari segi unsur-unsur yang membentuknya. Dalam hal ini. kita perhatikan kata pendidikan. Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya. Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik-fungsional sebagai permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu.

3 Perbandingan Penggolongan Kata di Antara Para Sarjana Apabila kita melihat dan meneliti golongan perkataan bahasa Yunani dan Romawi. Beliau membincangkan unsur kala dalam mendeskripsi kata kerja. namun dalam bahasa Melayu unsur tersebut tidak wujud. kata adverb) dan kumpulan B (kata article. kajian Winstedt membuat satu persepsi jelas dan tepat terhadap golongan perkataan bahasa Melayu. Sebagai permulaannya. Kata Adjektif dan Kata ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ada juga pengaruh kajian Marsden terhadap kajian Asmah Hj.. Namun demikian. Quirk dan S. R. maka sudah jelas bahawa golongan-golongan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu banyak meminjam konsep yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana tersebut. Winstedt membahagikan perkataan kepada dua golongan besar iaitu Golongan Major dan Golongan Minor. Greenbaum (1973) membahagikan perkataan kepada dua iaitu kumpulan A (kata nama. kata sendi. kata ganti nama. Winstedt sebenarnya banyak menyadur konsep-konsep golongan perkataan yang sudah wujud dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya diserap daripada bahasa Yunani-Romawi. Golongan Major terdiri daripada Kata Namaan. Beliau menggolongkan perkataan kepada 8 golongan. Satu hal yang menarik mengenai karya beliau ialah tidak perlunya meniru golongan-golongan perkataan bahasa-bahasa Eropah seperti yang dibuat oleh Za‟ba. Kata Kerjaan dan Kata Partikel. Usaha beliau seterusnya diperbaiki oleh Dionysius Thrax (100 SM) dalam buku berjudul Techne Gramatike (Kaedah Menggunakan Bahasa) yang menjadi batu asas kepada mendeskripsi tatabahasa semua bahasa Eropah selepas itu. Omar namun ternyata kajian Asmah Hj. Aristotle (384-322 SM) membahagikan perkataan kepada 10 golongan. kata kerja. Tatabahasa Yunani kemudian disadur oleh tatabahasa Romawi. kata adjektif. Bagi golongan perkataan bahasa Inggeris. R. kata hubung dan kata seru) Sekarang kita membandingkan lima karya besar tatabahasa Melayu bermula dari karya W.7. Omar lebih rinci dan menyeluruh. kata tunjuk.O. Winstedt menulis buku tatabahasa The Malay Grammar (1927). Marsden (1812) yang mana beliau membahagikan perkataan kepada tiga golongan iaitu: Kata Namaan. Priscian (6 M) menggolongkan perkataan kepada 8 golongan dalam buku yang dikenali Institutiones Grammaticae (Asas Tatabahasa).

Bertitik tolak dari itu. Kajian yang dilakukan oleh Asmah Hj. Angka. Sifat. Winstedt dan Za‟ba. Omar (1968) dilihat lebih saintifik berbanding usaha-usaha terdahulu. kata Sendi dan Kata Depan. Beliau menggunakan istilah jenis perkataan untuk golongan perkataan. golongan perkataan ini diperlakukan dengan lebih terperinci dengan melakukan pelbagai semakan dan penambahbaikan. Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa pegangan. beliau menghasilkan lima jenis atau golongan kata iaitu Nama. Za‟ba menerbitkan Pelita Bahasa Melayu 1. Bagi Golongan Minor terdapat enam sub-golongan iaitu Ganti nama. Farid M. kata kerja dan kata adjektif. Perkataan-perkataan tidak digolong berdasarkan semantik semata-mata tetapi melihat kepada fungsi tatatabahasa. Sendi dan Seruan. Satu golongan minor ialah kata tugas di mana terdapat satu penambahan kemasukan kata adverba sebagai keperluan pelabelan dalam Kamus Dewan. Malah golongan kata adjektif yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dikatakan dimanfaatkan daripada Nahu Melayu Mutakhir. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA yang sepakat menjadikan TD sebagai tatabahasa pegangan menggantikan Pelita Bahasa Melayu 1 yang sudah tidak relevan lagi dengan peredaran zaman. Perbuatan. Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik Safiah Karim. TD menggolongkan perkataan kepada empat golongan iaitu 3 golongan major yakni kata nama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . beliau membahagikan perkataan Penggolongan perkataan oleh Asmah ternyata lebih terperinci dan meluas berbanding usaha Marsden. Za‟ba cuba mendeskripsi tatabahasa Melayu menggunakan pola acuan tradisional yakni gabungan tatabahasa Inggeris dengan Tatabahasa Arab.Kerjaan. Di dalam buku Nahu Melayu Mutakhir (1993). Onn. Kata Keterangan. Dengan pendekatan demikian. kata Hubung serta Kata Seru. Edisi seterusnya mencantumkan kedua-dua bahagian menjadi Tatabahasa Dewan (2004) dan kemudian disemak pada tahun 2005 bagi menghasilkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Abdul Hamid Mahmood dan Hashim Musa yang menyusun Tatabahasa Dewan (Ayat) pada 1986 dan (Perkataan) pada 1987. Pada tahun 1947. Suatu perkara menarik tentang golongan perkataan yang dibuat oleh Za‟ba ialah keasliannya dalam mencuba menghasilkan sesuatu yang betul-betul bercirikan bahasa Melayu dengan berdasarkan nahu Inggeris dan Arab.

Rumusannya, kajian atau deskripsi penggolongan kata yang dibuat dalam TD tidak banyak berbeza daripada persepsi Marsden (1812), Winstedt (1927) dan Asmah Hj Omar (1968). Malah dapat dikatakan golongan perkataan ini tidak lari daripada penggolongan perkataan yang dibuat oleh sarjana Yunani-Romawi namun hanya pendekatan kriteria sahaja yang membezakan penggolongan perkataan tersebut diaplikasi ke dalam bahasa Melayu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Penggolongan Perkataan

Zaman Greek

Zaman Romawi Thrax Priscian & Donatus Nama

Zaman Pertengahan Modistae

Zaman Perbaharuan Lyly & Jonson

Abad ke-18 hingga 20

Plato

Aristotle

Stoics

Lowth, Murray dan lain-lain Nama Kata Sifat Kata Ganti

Nama Nama Nama

Nama Kata Ganti Kata Sandang Partisip

Nama

Nama

Kata Sandang

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Sandang

Kata Kerja

Kata Kerja

(Participle) Kata Kerja

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Kata Kerja

Tak dapat digolongkan ke dalam mana-mana golongan Kata Penghubung

Adverba Kata Depan Kata Penghubung

Sumber: Disesuaikan dari buku R.D. King, Historical Linguistics and Generative Grammar, Prentice Hall Inc. Englewood, 1969.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Penggolongan Perkataan di Malaysia Mengikut Aliran Linguistik

Tradisional R.O. Winstedt

Struktural

Transformasi Generatif Nik Safiah Karim et. al.

Raja Ali Haji

W. Marsden

Za‟ba

Asmah Omar

Asraf

Abdullah Hassan

Kata Nama

Namaan Golongan Major

Nama

Nama

Kata Nama

Kata Nama

Kata Nama

Harf (Kata Partikel)

Partikel

Sifat Sendi Golongan Minor Seruan

Kata Tugas

Kata Adjektif Kata Sendi Kata Hubung

Kata Adjektif Kata Tugas

Kata Adjektif

Kata Tugas Kata Partikel Kata Kerja Kata Adverba Kata Kerja Perbuatan Kerjaan Kerjaan Perbuatan

Kata Kerja Kata Keterangan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

pemajmukan dan pengakroniman. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998). Melalui proses ini.7. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu. morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan.4 Pembentukan Kata Bahasa Melayu Berdasarkan Abdullah Hassan (2006). pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Kata terbitan ini pula boleh terdiri daripada kata berimbuhan. sisipan dan apitan. akan terhasil kata terbitan. bentuk yang imbuhan digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. kata ganda. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.1 Proses Pengimbuhan Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unitunit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. membentuk Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006). sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) . Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. kata majmuk dan kata akronim. Dasar ini akan apabila mengalami proses pengimbuhan. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. penggandaan.4. ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan. 7. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan. akhiran.

me-. Kata Adjektif ter-.. -at. dan te-. Kata Kerja meN-. sub-. Rajah 7. ter. bel-. ke. -el. be-. -in. -er.1 : Pengimbuhan Sumber: Diubah suai daripada Ramli Md. tata-. Salleh (2007) dalam Linguistik Melayu. dan –ah.. pra-..-kan. maha-. dan –i.-an dan sebagainya. -man.dan dwi-.dan di-. dan –in. pel-. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Apitan Awal dan Akhir Kata Dasar pe-. isme. -wati. ke-.Pengimbuhan Awalan Kata Nama peN-. Akhiran Kata Nama -an. per-.-an. memper-.. ber-.. se-. -wan. Kata Kerja -kan. eka. -em. Sisipan Sisipan di Tengah Perkataan.

sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) . mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu.1. iaitu peN-. Bentuk imbuhan awalan hanya boleh digunakan untuk kata nama. sisipan dan apitan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar.1 Awalan Awalan juga dikenali sebagai prefiks. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan).+ lawak] awalan dasar kata ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Konklusinya. awalan adalah imbuhan yang hanya berlaku pada posisi awal kata dasar sahaja. morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. akhiran. kata kerja dan kata adjektif. pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. dan lain-lain lagi. Awalan digunakan di awal atau pada posisi kata dasar seperti per-baik. akan terhasil kata terbitan.4. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan. Melalui proses ini.1 Pengimbuhan Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Ada tiga imbuhan awalan nama. pe. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998). Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan.4. 7.dan ke-. ber-buah.1. me-lawan. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006).1. Contoh proses binaan awalan ialah: [ pe . Alwi (1998) menyatakan bahawa prefiks merupakan imbuhan yang ditempatkan di bahagian hadapan kata dasar. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. Istilah ini berasal dari bahasa Latin praefixus yang bererti melekat (fixus) sebelum sesuatu (prae).7.

pengebom. kh. kekanda juruterbang. pentafsir penggali.Contohnya adalah seperti berikut: Awalan Kata Nama Bentuk pe pem Maksud orang atau benda yang melakukan perbuatan dan kerja berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b. menunjukkan pekerjaan. ekafungsi dwibahasa. teragung peraturan atau susunan sebelum menjadi syarat satu dua Contoh pekebun. pentadbir. pesawah. prasejarah. mahaguru tatabahasa. pengkaji. berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal dan g. penghantar. pengasuh pengecat. peladang. prauniversiti ekabahasa. prasekolah. pelaut. maharaja. dwifungsi. juruwang. v. h. jurubahasa. pendengar. ekawarna. sifat. pembajak. tatasistem prakata. jururawat mahasiswa. kekecualian orang atau benda menjadi tumpuan maksud dalam kata dasar maksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud kata dasar paling besar. pembelot. prasyarat. pengetin ketua. tinggi. penjaja. ukuran dan sesuatu yang abstrak. alat. kekasih. p. pengurus. dwikelas pen - peng penge ke - juru maha tata pra eka dwi- ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . pembaca. f. tatacara. pekedai pembesar. pemburu pencuri.

p. mencuri. mencari. membilang mendaki. diperisteri. membesar. memperkotak-katik berlari. mengecat.4. r. mendayung menghijau. Menurut Alwi (1998) istilah ini berasal dari bahasa Latin suffixus yang memberi makna melekat (fixus) di bawah (sub). Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. senipis. melompat. ng. y. perbandingan keadaan yang sama Contoh terkecil. terkurus sehodoh. memperlebar. t. m. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . akhiran adalah imbuhan yang berada dibahagian belakang sesuatu kata dasar sahaja.mengkritik. tertinggi. melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan melakukan sesuatu melakukan sesuatu kekecualian melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan melakukan perbuatan dicantumkan dengan kata kerja transitif atau tak. k. membawa. merawat. berfikir termakan. Manakala Abdullah Hassan (2006) menyebut akhiran adalah imbuhan yang berlaku pada posisi akhir kata dasar. my. n. terbesar. terambil. Rumusannya. berbuah. melombong mem men meng mengememper ber ter diper - membaca. dijadikan lebih atau bertambah Contoh melihat. mengetuk mempersuami. w. melawat.Awalan Kata Kerja Bentuk me Maksud bermula dengan cantuman kata dasar l. diperlambat Awalan Kata Adjektif Bentuk terse Maksud keadaan paling. terminum diperoleh. mengkaji mengebom. secantik.2 Akhiran Sufiks atau akhiran merupakan imbuhan yang digunakan pada bahagian belakang kata dasar.1. sufiks merujuk kepada afiks yang dibubuhkan pada akhir sebuah kata contoh ialah “-nya”. Berdasarkan Wikipedia Indonesia. setebal 7.1. s.

cantuman. gunakan duduki. karyawan. mainan usahawan. Contoh kecilkan. banyak. budiman. ustazah Akhiran Kata Kerja Bentuk -kan -i Maksud menyebabkan jadi atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain memberi pengertian kausatif dan lokatif atau unsur tempat. buatkan. sakiti Bagi memudahkan pemahaman tentang akhiran. muslimin hadirat. pendidikan.Akhiran Kata Nama Bentuk -an -wan -man -wati -isme -in -at -ah Maksud menunjukkan hasil. jahitan. ukuran. kawasan. patriotisme hadirin. angkasawan. jutawan. pinjaman seniwati. di bawah merupakan rumus akhiran: [ buat + -an] dasar kata akhiran ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . nasionalisme. peragawati komunisme. muslimat sultanah. alat. olahragawati. seniman. hartawan. rahmati. sifat pelaku sesuatu perbuatan pemilik sesuatu benda atau sifat pemilik sesuatu benda atau sifat daripada kalangan wanita kepercayaan pegangan kata nama lelaki kata nama perempuan kata nama perempuan Contoh pakaian.

kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.. Apitan Kata Adjektif Bentuk ke-. Oleh yang demikian.. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 ..1.. Hashim Musa (1993) mengaitkan apitan dengan lingkungan yang didefinisi sebagai formatif daripada jenis morfem terikat yang hadir di bahagian hadapan dan belakang kata dasar secara serentak atau melingkungi dasar kata......7. Manakala Alwi (1998) menyatakan konfiks adalah gabungan prefiks dan sufiks yang membentuk kesatuan dan secara serentak diimbuhkan. Rumus bagi apitan ialah: [ ke .4.+ besar + -an] dasar kata lingkungan Contohnya. Apitan didapati wujud dalam kata nama terbitan.3 Apitan Abdullah Hassan (2006) menyatakan apitan adalah imbuhan yang berlaku serentak pada posisi awal dan akhir kata dasar...-an beR-. kecinaan menunjukkan sesuatu keadaan atau sifat kata nama berhampiran.1. pertanian Contoh kebesaran.. dapat dirumuskan bahawa apitan digunakan pada kedudukan awal dan akhir kata yang mana akan membentuk kesepaduan dalam kata yang diapit.an peR-.. berjiranan. berlebihan. kenamaan..an Maksud kekuningan. Apitan dapat disebut pula imbuhan kurungan yang diistilah sebagai konfiks. perindustrian. bersesuaian perjawatan..

. memayungkan........ menyertai menjauhi....... melakukan perbuatan mengkhususkan mengesyorkan. Contoh pelarian..... kementerian Apitan Kata Kerja Bentuk me-.-an pem-..-an di-.. penjadualan pengkhianatan.. pengepaman perjanjian.. mensiasiakan membelikan. penculikan. pengolahan pengeboman. tempat dan hasil proses berkaitan dengan kata dasar menunjukkan tempat..-kan me-.. menyalai....-kan diarahkan menaiki. berlandaskan.-i mem-.. menziarahi.. kediaman. mendampingi maksud asas sesuatu kata dasar memahami....-i Contoh menafikan..kan ber-. keadaan dan keserupaan.-i meng-....-kan mem-.. mengamati. menjadikan... perniagaan.... mengecamkan...kan menge-..-kan ber-.. memvariasikan.-i men-. mengikut maksud kata dasar berumahkan. penantian. transitif berkembangan disahkan.. kesatuan.-an penge-. menghairahkan. dicalonkan........ persetujuan. perjuangan pelajaran. menakluki..-an ke-. membasahi mengubati.-kan men-.-an peng-.-an Maksud tempat atau kawasan yang khusus dan menunjukkan hal keadaan proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar menunjukkan peristiwa. proses. menyebabkan jadi sesuatu memfatwakan dan menyebabkan orang lain mengusulkan.-an per-..-an pel-.-an pen-. dilaporkan. pelayaran keputusan. pemindahan pendapatan. mengekori ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Maksud ..-kan meng-. pewarisan pembunuhan.Apitan Kata Nama Bentuk pe-... pembalakan. bersulamkan menerbitkan kata kerja tak berguguran.. mengekhaskan menjadikan sesuatu bertopengkan.. berlanjutan. pengintipan. kebalikan me-... mempelopori.... merasakan..... sebab jadi meyakinkan mentakrifkan.. bertolakan.

1. ia dapat diperihalkan seperti: [k+ -el- +opak] sisipan kata dasar ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .-i memper-.kan memper-. sisipan merupakan satu imbuhan yang disisip ke dalam satu perkataan. dipersetujui. keislaman. diperhalusi mempersembahkan. mempersuami. diperlihatkan diperakui... Infiks berasal daripada infixus yang dirujuk sebagai melekat (fixus.4. memperhalusi kehilangan..4 Sisipan Alwi (1998) menyatakan infiks atau sisipan adalah imbuhan yang diselipkan di tengah kata dasar. dipertontonkan... Menurut Wikipedia Indonesia.. memperisterikan memperingati. memperhambakan. Berdasarkan penyataan Abdullah Hassan (2006) pula. figere) di dalam (in)...-i ke-. infiks terletak di tengah perkataan. kekeliruan 7.di-.. diekori. Bagi rumus sisipan..... keinggerisan. kata adjektif dan kata kerja..1.-an disebabkan atau dijadikan makna khusus bagi sesuatu perbuatan menjadi lebih atau bertambah dan mendukung makna berbeza makna khusus bagi sesuatu perbuatan subjek ayat mengalami perbuatan diwarisi. dijauhi..-i diper-. sisipan adalah imbuhan yang lazimnya disisipkan selepas huruf pangkal kata dasar.-kan diper-. disertai diperdengarkan. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama. Mengikut pemahaman saya. misalnya gilang yang mendapat sisipan akan membentuk perkataan gemilang...

selerak. semerbak. geletar Sisipan Kata Adjektif Bentuk -el-er-em-in- Maksud sisipan daripada kata dasar tertentu Contoh kelebak.Contoh sisipan bagi tugas kata utama: Sisipan Kata Nama Bentuk -el-er- Maksud maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar Contoh telunjuk. kelengkeng keruping. gelegak. jelujur. kerelip gemilang. gelembung gerodak. cemerkap sinambung ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . kelabut. seruling. serabut Sisipan Kata Kerja Bentuk -el- Maksud sisipan daripada kata nama dan kata sifat Contoh jelajah.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Asraf (2007) berpendapat bahawa dua atau lebih daripada dua patah kata dasar digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini menyatakan bahawa kata majmuk atau kata kompleks setara merupakan kata yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua morfem yang mempunyai taraf yang sama. Arbak Othman (1984) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan (bentuk bebas) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana pergabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal.2 Proses Pemajmukan Secara umumnya.7. Asmah Hj. istilah pemajmukan ialah proses penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa unsur yang menghasilkan kesatuan. Rumusannya. jika diteliti secara mendalam. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.4.

Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Pemajmukan Kelompok Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Istilah Khusus Maksud Kiasan Dengan Kata Ganda Unsur Pertama Sahaja Seluruh Kata Majmuk Dengan Kata Imbuhan Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja Menerima imbuhan apitan Rajah 7. Onn.2 : Pemajmukan Sumber: Diubah suai daripada Nik Safiah Karim. Farid M. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

2. bumiputera. sukarela.1. kakitangan. jawatankuasa. Misalnya apabila. setiausaha. kerjasama. beritahu. suruhanjaya. sukacita.2.2 Istilah Khusus Contohnya segi empat pembesar suara jirim organik roda tenaga 7.4. Namun demikian. Hal ini merujuk kepada bentuk yang telah mantap seperti antarabangsa. terdapat beberapa kata majmuk yang dieja bercantum sebagai satu perkataan.1. olahraga.1 Rangkai Kata Bebas Contohnya adat istiadat hijau tua Sahibul Samahah jam dinding darma siswa Profesor Emeritus 7. ada juga kata majmuk yang dieja bercantum tetapi ia bukan tergolong dalam kata majmuk bentuk mantap. peribadi. kenapa dan lain-lain lagi. warganegara.4.2. tanggungjawab.1.3 Mendukung Maksud Kiasan (Simpulan Bahasa) Contohnya kacang miang gatal mulut akal kancil intan baiduri nikah gantung hajat besar Di samping itu.1 Kelompok Kata Majmuk Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) terdapat tiga jenis kelompok kata majmuk iaitu: 7. tandatangan.2.4. pesuruhjaya dan matahari. daripada.7. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4.

terdapat dua kemungkinan yang berlaku iaitu: Penggandaan Unsur Pertama Sahaja Hal ini kerana ia bukan kata majmuk jati anak-anak tiri suku-suku kata surat-surat khabar kapal-kapal selam Penggandaan Seluruh Kata Majmuk Hal ini kerana ia kata majmuk jati setiausaha-setiausaha warganegara-warganegara jawatankuasa-jawatankuasa pesuruhjaya-pesuruhjaya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . kata majmuk terbahagi kepada: kata nama majmuk cita rasa kata kerja majmuk datang bulan kata hubung majmuk apabila kata bilangan majmuk tiga perempat kata keterangan majmuk lambat laun kata tanya majmuk bagaimana kata adjektif majmuk gagah perkasa kata sendi majmuk daripada kata pemeri majmuk ialah Kata Majmuk dengan Penggandaan Apabila dikenakan penggandaan kepada kata majmuk. yakni menetapkan kelas kata dasar air (kata nama) + mata (kata nama) ---->air mata (kata nama) mengubah kelas kata dasar alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) ---->alim ulama (kata nama) Oleh demikian.Sekarang kita melihat kepada tugas kata majmuk. berdasarkan kelas.

Perbezaan ini mungkin disebabkan Asmah dilihat beraliran Struktural dan Sistemik manakala Nik Safiah lebih menjurus aliran Transformasi Generatif. Omar (1993) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . terdapat dua keadaan yang berlaku iaitu: Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja ejaannya tetap terpisah cita rasa daya serap bercita rasa daya serapan Menerima imbuhan apitan ejaannya menjadi bercantum ke bumi ke tengah dikebumikan diketengahkan Menurut Asmah Hj. Hashim Hj. Farid M. Kata ini timbul setelah kebiasaan terhadap tulisan Jawi yang menimbulkan kata grafemis atau kata ejaan yang boleh berdiri dari dua kata nahuan atau lebih. Onn. Ini berbeza dengan Nik Safiah Karim. pada asalnya kategori kata majmuk bukanlah kategori yang asli Melayu.Kata Majmuk dengan Pengimbuhan Apabila dikenakan imbuhan kepada kata majmuk. Musa dan Abdul Hamid Mahmood yang menerima kategori kata majmuk. Hal ini tidak menjejaskan proses pemajmukan kerana perbezaan pendapat memberi kekuatan kepada ahli bahasa untuk memantapkan lagi hasilan nahu atau tatabahasa pada masa akan datang melalui perspektif preskriptif atau deskriptif.

Namun dalam buku berjudul Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Asraf (2007) jelas menunjukkan sedikit kelainan dengan penambahan kata ganda bersajak dan kata ganda berimbuhan. saya akan menggunakan proses penggandaan yang diambil daripada Asmah Hj.4. penggandaan suku kata akhir. penggandaan berima dan penggandaan menyaling. Omar (2008) berpendapat penggandaan dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis iaitu penggandaan seluruh kata.7.3 Proses Penggandaan Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) penggandaan merujuk kepada proses yang menggandakan kata dasar. kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh. Omar (2008) berdasarkan Nahu Kemas Kini kerana perinciannya lebih baik pada pandangan saya. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini. Asmah Hj. Proses Penggandaan Penggandaan Seluruh Kata Menyaling Suku Kata Pertama Kata Akar Suku Kata Akhir Berima Berimbuhan Rajah 7. penggandaan berentak atau penggandaan separa. penggandaan kata akar. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Di sini. Melalui proses demikian.3 : Penggandaan Sumber: Diubah suai daripada Asmah Hj. penggandaan suku kata pertama.

melambai-lambai.4.4. dapat disimpulkan bahawa tiap-tiap satunya terdiri daripada Penambah + Kata Akar.3. kata-kata demikian adalah kata kompleks.1 Penggandaan Seluruh Kata Kata-kata selapis atau satu fonem dari semua golongan kata boleh digandakan seluruhnya. 7. dibelek-belek dan seumpamanya. makan-makan. cantik-cantik.3. Ini bermakna bahawa <le-> setaraf dengan morfem terikat yang berfungsi sebagai awalan. Proses ini berlaku untuk perkataan dalam semua golongan seperti kata nama. Contohnya.1.7. satu-satu dan sebagainya. Ini berdasarkan struktur fonologi kata gandaan: S₁ S₁ S₂ X S₂ Laki + = = = + ―> S₂ + X (misalnya lelaki) suku kata pengulang suku kata yang diulang suku kata lainnya X = kata akar (A) lalaki ―> lelaki ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Bagi kata polimorfemik iaitu kata terdiri daripada dua morfem atau kata kompleks hanya boleh digandakan pada kata nama sahaja seperti kementerian-kementerian dan makanan-makanan.1. kata adjektif dan kata adverba. Misalnya: anak-anak.1.3.3. Oleh itu.2 Penggandaan Kata Akar Sebahagian besar kata gandaan jenis ini merupakan kata kerja.4. 7.1 Penggandaan Berdasarkan Nahu Kemas Kini (2008) Dalam Nahu Kemas Kini (2008). terdapat enam jenis penggandaan iaitu: 7.4.3 Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa Jika diperhatikan kata lelaki bandingkan dengan laki dan bentuk-bentuk yang serupa itu. kata kerja. bermain-main.

Ia berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan. bebawang. yakni e-pepet. bebenang dan pelbagai lagi. suku kata pertama bagi kedua-duanya bukanlah awalan tetapi merupakan bahagian keseluruhan kata. kata adverba dan kata adjektif.4. sudah tentu ramai yang beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan hasil penggandaan kata akar yang mendapat awalan {per-} dan {se-}. Penggandaan jenis ini hanya berlaku pada golongan kata nama misalnya tetamu. bebuahan.4 Penggandaan Suku Kata Akhir Hanya ada dua perkataan sahaja yang membuktikan adanya penggandaan jenis ini iaitu segala-gala dan pertama-tama. lelipan. Sebenarnya perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit dan ditegaskan di sini.1. Jika kita tidak mengetahui asal-usul perkataan ini.Rumusannya. Proses penggandaan dwipurwa yakni pengulangan suku kata pertama pada kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada kata pengulang.1.5 Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak Penggandaan jenis ini berlaku seluruhnya pada unsur dasar. 7. ada penggantian <a> dengan <e>. jejari. Perubahan pada kualiti vokal berlaku berasaskan peraturan fonotaktik bahasa Melayu yang tidak gemarkan adanya vokal selain e-pepet pada suku kata pertama pada kata-kata yang terdiri daripada tiga suku kata di samping mengutamakan keindahan bunyi yang dihasilkan. Penggantian bunyi-bunyi ini menghasilkan kesan gerincingan atau juga rima di mana memberi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4. sesiku. lelambat (kata adverba) dan memerah (kata adjektif). kekura. Namun menurut perspektif Abdullah Hassan (2007). ia boleh mendapat akhiran –an seperti dedaunan. lelabu. Justeru dapat dirumuskan bahawa penggandaan jenis ini terhasil apabila perkataan ini masuk ke dalam bahasa Melayu dan ia digunakan apabila sesuatu penegasan dalam ucapan diperlukan. Misalnya lelari (kata kerja). 7.3. penggandaan separa juga berlaku terhadap kata kerja. lelangit. pepijat. tetapi pada masa yang sama berlaku juga penggantian salah satu konsonan atau vokal atau keduaduanya dalam salah satu suku kata pada unsur yang menggandakan itu.3. Di samping itu.

makna yang timbul adalah „menyaling‟ atau „perbuatan menyaling‟.1. Kata Nama awan-gemawan sorak-sorai Kata Kerja bongkar-bangkir kumat-kamit Kata Adjektif serba-serbih compang-camping Kata Keterangan lintang-kedak serta-merta Di samping itu. kata kerja.3. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata kata nama. Menurut Asraf (2007). Ia boleh berlaku dalam tiga keadaan yakni mengalami persamaan bunyi di hujung seperti hinggarbinggar. unsur yang diulang (A) mendapat awalan {me-} atau {me-i} dan menghasilkan unsur pengulang (B). terdapat contoh yang sukar ditentukan mana satu unsur dasarnya dan mana satu merupakan hasil daripada penggandaan.6 Penggandaan Menyaling Dalam proses ini. porak-peranda dan huru-hara.4. 7. A karang sayang sebelah tutup kasih ―› B mengarang menyayangi menyebelah menutupi mengasihi Melalui penggandaan ini. gandaan ini lebih sesuai dikenal pasti sebagai gandaan dalam frasa disebabkan adanya {me-} pada unsur B membuktikan hakikat ini. seterusnya mengalami persamaan bunyi di pangkal misalnya suku-sakat dan keadaan ketiga ialah persesuaian bunyi di tengah seperti beras-petas. kata adjektif dan kata keterangan. Penggunaan tanda sempang tidak diperlukan kerana jika digunakan sempang ini menghasilkan kata yang sangat panjang. Misalnya dolakdalik.keindahan bunyi atau euni. Rumusannya.

3. Kata adjektif.3.8 Kata Ganda Bilangan Nor Hashimah (2002) dalam tulisannya mengenai Kata Ganda Bahasa Melayu: Analisis Semantik dan Pragmatik telah membuktikan bahawa kata ganda boleh bermaksud bukan sahaja jamak tetapi juga boleh memaparkan maksud khusus dan tidak khusus.4.1.7. setidak-tidaknya 7.7 Penggandaan Berimbuhan Berdasarkan Asraf (2007). Contohnya adalah seperti berikut: Kata Nama (Khusus) siapa apa mana Kata Kerja (Khusus) main gila makan Kata Adjektif (Khusus) gemuk sakit tinggi Kata Ganda (Tidak Khusus) siapa-siapa apa-apa mana-mana Kata Ganda (Tidak Khusus) main-main gila-gila makan-makan Kata Ganda (Tidak Khusus) gemuk-gemuk sakit-sakit tinggi-tinggi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . kata nama dan kata kerja apabila digandakan boleh memperlihatkan ketidakkhususan maknanya. apitan atau sisipan.1. akhiran. kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan baik berupa awalan. bertikam-tikaman keanak-anakan. kecil-kecilan buat-buatan.4. rumah-rumahan berura-ura. Antara contohnya: Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Keterangan jadi-jadian.

Rumusannya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pendekatan yang digunakan oleh Nor Hashimah adalah bersifat deskriptif yang menekankan aspek nahu praktis berdasarkan korpus bahasa Melayu. Begitu juga dengan gemuk-gemuk yang gambaran tidak khusus tergambar di sini. siapa-siapa tidak mempunyai rujukan yang khusus kerana tiada fokus yang spesifik.

4 Proses Pengakroniman Kamus Dewan Edisi Baharu (2008) mendefinisikan pengakroniman ialah perihal atau proses membentuk akronim. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pengakroniman Cantuman Suku Kata Cantuman Huruf Pangkal Perkataan Contohnya:  angkubah  tabika  kugiran  jalankah  sekjen Contohnya:  MARA  MRSM  UMNO  NATO  PBB Rajah 7. Kita lihat kepada maksud akronim pula. Berdasarkan Kamus Dewan juga.4 : Pengakroniman Sumber: Diubah suai daripada Abdullah Hassan (2006) dalam Morfologi.4. Raminah Hj. akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) secara umumnya menyatakan akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.7. Sabran (1986) dalam buku Kajian Bahasa telah menjelaskan bahawa akronim adalah perkataan yang dibentuk daripada penyingkatan beberapa perkataan.

rumus bagi akronim adalah seperti berikut: # Fon + X # K.4.4. pergabungan suku kata yang berlainan akan membentuk sebuah perkataan baru. Sebagai contoh. Akronim # Fon + X # # Sil + X # n + # Sil + X # # X + Sil # (kata) dengan Fon Sil X # n = = = = = fonem dalam perkataan silabel atau suku kata dalam perkataan bentuk apa pun yang berikutnya batasan perkataan 1 atau lebih Abdullah Hassan (2006) dalam buku Morfologi membahagikan akronim kepada dua bahagian mengikut proses pembentukannya yakni: 7.1 Mencantumkan Suku Kata Rumusnya boleh ditafsirkan seperti : # Sil + X # + Kata jentera tolak = jentolak # Sil + X # + # Sil + X # taman didikan kanak-kanak = tadika Bagi proses ini.Secara umumnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . novel + komik = nomik Suku kata pertama no dari kata novel digabungkan dengan suku kata kedua dalam kata komik iaitu mik dan ia akan membentuk satu konsep atau makna baru.

2 Mencantumkan Huruf Pangkal Perkataan Kaedah jenis ini adalah dengan mencantumkan huruf pangkal sebuah ungkapan panjang menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep. bangunan dan sebagainya. rumusnya ialah: # Sil + X # + # Fon + X # Federal Land Development Authority = FELDA Misalnya.4. Rumus akronim ini boleh diinterpretasikan seperti berikut: # Fon + X # + # Fon + X #  Universiti Pertanian Malaysia = UPM Bagi contoh yang menggunakan akronim daripada bahasa Inggeris. institusi. akronim membawa satu pengertian baru dari segi konsep dan makna manakala kependekan tidak. Dasar + Ekonomi + Baru = DEB Keadaan seperti ini menyukarkan pengguna bahasa untuk membezakan antara akronim dengan kependekan.Antara contoh-contoh lain ialah: cerita makan panggung jalan duta berdiri pendek daging wayang bawah besar di atas gambar tanah kaki sendiri cerpen maging pawagam jabanah dubes berdikari 7. Namun ditegaskan di sini. Antara contohnya ialah: Koperasi Urban Basic Angkatan Belia Development Input Tentera Nasional Authority Output Malaysia System KOBENA UDA BIOS ATMA ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4.

awas dan bah. contoh mudah dengan melihat implikasi penggunaan akronim yang berleluasa pada bahasa Indonesia. kata „awas‟ yang bermaksud „berhati-hati‟ juga merupakan akronim. Kita juga pernah menggunakan perkataan „bah‟ yang membawa erti „banjir‟. Misalnya. Penambahan akronim ketiga berkait dengan penggabungan kata dengan memendekkan unsur kedua pada bahagian awalnya. Kata „cikgu‟ dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan „Encik guru‟. akronim amat tidak digalakkan kerana kita akan melupakan ungkapan asal sehingga tidak mengetahui maknanya. Konklusinya. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan „Tolong Orang Nak Tipu Orang‟. Sebaiknya. beliau memberikan tiga jenis akronim. juru pulih jentera pelihara = = jurutera pulihara Rumusnya boleh ditafsirkan seperti : # Sil + X # + # X + Sil# pulih pelihara = pulihara Perkara menarik yang ingin diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim. maka lahirlah gelaran atau panggilan „cikgu‟. Kata tersebut ialah cikgu.Di samping itu. Demikianlah beberapa kata yang jarang ditemui oleh kita yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui proses pengakroniman. Sering kali kita mendengar perkataan „tonto‟ yang merujuk kepada sekumpulan gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Ini kerana dalam semantik. dari segi membentuk istilah. setiap kata akan membentuk gambaran makna yang jelas. Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu. Kata ini berasal daripada ungkapan „Anda Waspada Anda Selamat‟. Di samping itu. Perkataan ini berasal daripada ungkapan „ Bencana Air Hujan‟. kita perlu mengurangkan penggunaan akronim kerana dikhuatiri menghilangkan jati diri bahasa Melayu. Omar (1993) dalam Nahu Melayu Mutakhir. kita seharusnya dapat membezakan kata akronim dengan kata singkatan kerana dewasa ini banyak berlaku kesilapan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . merujuk kepada Asmah Hj. Selain itu.

Misalnya kata akronim seperti kugiran namun bagi kata singkatan seperti PLKN sukar diujarkan. Kata akronim adalah tergolong dalam kata tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Oleh itu. sudah jelas kata akronim dan kata singkatan sangat berbeza. apabila berlaku proses pengakroniman hasilnya perkataan tersebut mudah diujarkan manakala kata singkatan sangat sukar diujarkan. Oleh itu kita seharusnya teliti dalam menggunakan kata akronim dengan kata singkatan agar dapat menjadi pengguna yang bijaksana dalam berbahasa.melalui penggunaan dua kata ini. Selain itu.

5. Antara proses pengimbuhan itu ialah awalan.7. Bentuknya ialah kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal.1 Kata Tunggal Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. iaitu : rangkai kata bebas istilah khusus maksud kiasan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 7. Di bawah merupakan huraian sekilas pandang mengenai bentuk kata yang terhasil. kata terbitan. pensyarahpensyarah.5 Bentuk Kata Yang Terhasil Dalam bahasa Melayu. kekura dan pelbagai lagi. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. lelaki. dan mewujudkan makna tertentu.5.3 Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang disebut penggandaan penuh. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.4 Kata Majmuk Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih. 7. iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.5. Akronim juga tergolong dalam kata jenis ini juga. apitan dan sisipan. terdapat beberapa bentuk kata yang terhasil.5. 7. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok. buku-buku. jejari. akhiran. kata ganda dan kata majmuk. penggandaan separa seperti negeri-negeri. 7.

Konsep Morfem Bebas Terikat Bentuk Kata Akar Perkataan Dasar Tunggal Terbitan Majmuk Ganda Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Rajah Konsep Proses Morfologi Bahasa Melayu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Dalam menggolong kata. kriteria semantik dan kriteria fonologi.1 Penggolongan Kata Bahasa Melayu Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. 2006). kriteria sintaksis. Banyak lagi contoh-contoh seperti kata di atas. terdapat empat kriteria yang digunakan dalam linguistik iaitu kriteria morfologi. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata utama : Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif / Sifat Kata Tugas / Struktural ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti „chameleon‟ iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra tertentu dalam ayat. Misalnya perkataan rumah adalah kata nama tetapi berubah menjadi kata kerja dalam merumahkan mangsa kebakaran dan berubah kepada kata adjektif dalam orang rumah. kita seharusnya mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. (Abdullah Hassan. Justeru.BAB 8 PENGGOLONGAN KATA BAHASA MELAYU 8. Kriteria-kriteria ini dihuraikan secara ringkas untuk mendapat kefahaman asas bagaimana hendak menjeniskan perkataan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Sarjana tatabahasa bahasa Melayu khususnya menggunakan keempat-empat ciri ini dalam menentukan golongan perkataan dalam bahasa Melayu.Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif sifatan Kata Tugas kata nama am kata nama khas kata ganti nama kata kerja tak transitif kata kerja transitif warna ukuran kata penyambung ayat kata praklausa pancaindera bentuk waktu cara perasaan kata prafrasa & pascafrasa kata pascakata jarak 8.1. ciri morfologi dan ciri fonologi.1 Kriteria Penggolongan Kata Ada empat ciri yang digunakan dalam menggolongkan perkataan iaitu ciri semantik atau makna. ciri sintaksis.

Za‟ba (1965) menggolongkan kata nama mengikut kriteria semantik.1. kriteria ini mengkaji penyebaran kata-kata dan hubungan antara satu kata dengan kata lain dalam satu-satu frasa atau ayat. Beliau menggunakan ciri semantik sebagai asas bagi memasukkan perkataan ke dalam golongan masingmasing. Sebagai contoh. Fungsi perkataan dalam frasa dan ayat itulah dikenali ciri-ciri sintaksis.1. Ciri sintaksis ini dapat dianalisis dengan melihat fungsi sesuatu perkataan itu dalam struktur frasa dan ayat. ciri-ciri ini dapat diperhati secara sistematis. Oleh kerana itu ciri-ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan dalam binaan frasa dan ayat. kata adjektif pula menerangkan kata nama. Di samping itu. kriteria ini dilihat lebih bersifat saintifik. frasa kerja. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama.2 Kriteria Sintaksis atau Struktur Ayat Ciri sintaksis dikenali ciri formal. Justeru. Dengan tidak merujuk kepada maknanya kita dapat menentukan penggolongan perkataan itu menurut kedudukannya dalam struktur sintaksis. Berdasarkan kepada makna. Perihal begini perlulah digunakan pendekatan kriteria sintaksis dan kriteria morfologi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . secara tidak langsung setiap perkataan yang menduduki gatra tersebut digolongkan kepada kelas kata nama. Sebenarnya pendekatan sebegini sukar untuk menentukan golongan kata. frasa adjektif. 8. kata adverba berfungsi menerangkan kata kerja.1.1. subjek biasanya diduduki oleh gatra frasa nama. maka perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-masing. Peranan setiap frasa tersebut yang menepati kriteria fungsi dalam pembentukan ayat akan dimasukkan mengikut kelas kata yang sesuai. Dengan kata lain.1 Kriteria Semantik atau Makna Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat kepada makna perkataan berkenaan. Sebagai contoh. Istilah ini membawa maksud bentuk. Ini kerana ada kata nama yang berubah menjadi kata kerja atau kerja adjektif. Begitu juga kepada frasa predikat yang diduduki oleh frasa nama.8. Dengan demikian.

seperti menari.1. pengeluncuran. menulis dan sebagainya termasuk ke dalam golongan kata kerja kerana awalan meN. Kriteria ini jarang digunakan kerana banyak melibatkan perubahan-perubahan bunyi yang berlaku semasa proses pengimbuhan.adalah awalan kata kerja dan membentuk kata kerja.yang diwakili oleh morfofonem N kemudiannya menjadi .1.8. pengglotisan dan penduaan konsonan. penggetaran. Sebagai contoh. Terdapat lima perubahan bunyi dalam proses pengimbuhan iaitu penyegauan.4 Kriteria Fonologi atau Bunyi Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses morfofonologi. Misalnya awalan meN. ny. Begitu juga semua perkataan yang menerima awalan me. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . pemimpin dan lain-lain adalah termasuk ke dalam golongan nama sebab awalan pe. semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe-.3 Kriteria Morfologi atau Pembentukan Kata Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongannya. Ciri ini banyak membantu menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan sintaksis. 8. menyanyi. m. kriteria morfologi mengkaji struktur kata-kata.1. Oleh itu. iaitu penulis. umpamanya satu kata sempurna atau bermakna boleh terbentuk daripada satu morfem bebas iaitu akar atau morfem bebas dan morfem terikat. ng atau nge menurut konteks fonologinya. pelatih.1. Abdullah Hassan (2006) menyatakan morfofonologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi pada sempadan morfem apabila dua morfem dicantumkan bagi menerbitkan perkataan.menerbitkan kata nama. n.

Kata Kerja dan Kata Adjektif tergolong dalam kata major. Mengapa kata adverba yang menerangkan kata kerja. Itulah sebab kenapa Kata Nama. dia.1 Kata Nama Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam strukturstruktur tertentu ayat-ayat bahasa Melayu. Seterusnya kata-kata golongan major mempunyai makna. rumah. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Kata nama khas (Melayu. Ali. kita meneliti dahulu tiga golongan kata major barulah kita menghayati konsep golongan kata minor nanti pula. Dengan kata lain.2. Prof. 8. beta) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . golongan perkataan major dirujuk menggunakan kriteria sintaksis di mana semua perkataan yang dapat menjadi inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan perkataan major. awak. mereka. Sekarang. aku. kolej.8. kata adjektif dan kata adverba sendiri tidak tergolong dalam kata major? Walhal kata tersebut semacam fungsi dengan kata adjektif yang menerangkan kata nama. Terbuka menurut Quirk dan Greenbaum (1973) mengatakan perkataan yang menjadi anggotanya banyak iaitu tidak terhad bilangannya. anggota dalam golongan yang sama itu mempunyai ciri dan kemungkinan sintaksis yang sama dengan anggota yang lain dalam golongan berkenaan. senyuman) Kata ganti nama (itu.2 Golongan Kata Major (Kata Utama) Golongan perkataan major merujuk kepada kelas kata yang bersifat terbuka. Dato‟ Raja Sulaiman) Kata nama am (jururawat. ini. Kebiasaannya.

iaitu Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja pasif 8. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis.2 Kata Kerja Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-.2.1 Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. memper-…kan. me-…i.2.8. Dalam ayat transitif ini. memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.2. sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan. Pelajar itu menulis jawapan. Contoh: i) ii) Nurul membacakan ibunya surat.

Pemuda itu sedang berborak. kedinginan. duduk. ber-…an dan ter seperti perkataan menangis.. jatuh. berkereta.8. berlipat. (i) Kata kerja pasif berawalan ber.seperti terangkat.seperti berasah. terjatuh. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Aman kelmarin.2. datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-. Contoh : i) ii) iii) Pegawai polis itu berkereta ke pejabat.2 Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2. tercapai dan sebagainya.2. ber-. dan bersendirian.2. 8. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur. bertulis dan sebagainya. kehujanan dan sebagainya. terbunuh.3 Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. (ii) Kata kerja pasif berawalan ter. (iii) Kata kerja pasif ke-.-an seperti kecurian.

inilah maksud golongan perkataan yang terhad. Jadi. Sebagai contoh. Antara ciri lain ialah golongan kata minor sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa.8. kata tugas dikenali juga kata struktural yang tidak ada makna dan sekadar menjalankan fungsi struktur sintaksis sahaja. Disebabkan perkara begini.2. Bilangan perkataan ini tidak semudah itu untuk bertambah berbanding kata nama. Ini bermaksud bilangan perkataan dalam setiap golongan adalah terhad bilangannya dan pertambahannya tidak berlaku dengan mudah. Terdapat sembilan jenis kata adjektif iaitu: Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Jarak Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan Kata Adjektif Pancaindera 8. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Begitu juga kata adverba. kata sendi dalam tatabahasa bahasa Melayu dapat dikira jumlahnya. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat. sungguh dan sangat.3 Kata Adjektif atau Sifat Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.3 Golongan Kata Minor (Kata Sampingan) Golongan kata minor merupakan perkataan yang terhasil daripada golongan tertutup. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. perkataan yang mempunyai ciri tertutup dan hanya menjalan fungsi sintaksis merupakan golongan kata ini disebabkan ia tidak menjadi inti frasa predikat.

Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. kata tanya. pedepan. kata pembenar dan kata pangkal ayat) Kata Prafrasa (kata bantu. Ada 17 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam konstituen ayat.1 Kata Tugas atau Kata Struktural Kata tugas mempunyai tugas atau fungsi yang mustahak di dalam ayat. kata adverba dan kata bilangan) Kata Pascakata (kata penekan dan kata pembenda) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .kata seru . penanya dan penyeru.kata tanya . penentu.kata penguat . pembantu.kata perintah . kata arah. pemeri.kata hubung .kata pembenda Tujuh belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam empat kelompok iaitu : Kata Penyambung Ayat (kata hubung gabungan dan pancangan) Kata Praklausa (kata seru.kata sendi nama . penafi. kata sendi nama.kata bilangan . kata penegas. penguat. iaitu : . Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung.kata penegas .kata arah .3.kata pemeri . kata pemeri. pembenar.kata adverba .kata penekan .kata pangkal ayat .kata bantu . penegas.kata pembenar . kata penguat. kata nafi.kata nafi . Sebab itulah ia dikenali juga kata struktural.8. kata perintah.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

BAB 9 PENJENISAN DAN PENGKELASAN FRASA BAHASA MELAYU 9. Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa. menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan. Sebenarnya aliran tranformasi generatif tidak mengenal adanya kata atau morfem. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG). Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Frasa. Jadi kita akan menyelusuri definisi dan tafsiran frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya.1 Definisi dan Konsep Frasa Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai. kata kerja dan kata adjektif. 9. frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Jadi yang merupakan unsur ayat hanyalah frasa.1. Ini kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Za‟ba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata.1 Frasa Dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. frasa menduduki setingkat lebih tinggi daripada kata dan setingkat lebih rendah daripada klausa. Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Nahu dalam tranformasi generatif hanya mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat. frasa ialah satu unsur daripada ayat. Berdasarkan fungsinya. Tanpa pindaan definisi ini kelihatan kurang sempurna apabila digunakan untuk menganalisis frasa dengan kaedah transformasi.

Bagi Nik Safiah Karim et al (2008). Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah rangkai kata oleh Za‟ba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu rangkaian beberapa patah perkataan. fills slot on the clause level. struktural dan tranformasi generatif. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata. ada keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. tetapi sebagai suatu konstruksi yang berpotensi untuk menjadi dua atau lebih kata.Elson dan Pickett (1969) memberi definisi frasa yang berbunyi: A phrase is a unit composed. Selain itu. Perkara sebegini merujuk kepada jenis-jenis tagmem iaitu unit tatabahasa seperti subjek. but which does not have the characteristics of a clause and typically. Pertama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . potentially. of two or more words. Sekarang kita melihat definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu. Kedua. terdapat dua fitur lain yang diterangkan dalam definisi di atas. Dalam buku-buku tatabahasa lama. Definisi yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karim et al dilihat mengambil pendekatan aliran tradisional. predikat dan sebagainya yang dimanifestasikan oleh frasa berkenaan. maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa yang gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing. frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. frasa biasanya menduduki slot dalam klausa namun frasa juga boleh dipacangkan ke dalam frasa-frasa lain. but not always. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Elson dan Pickett tidak menyebut frasa sebagai suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih kata. Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. frasa mestilah satu konstruksi yang tidak mengandungi sifat-sifat sebuah klausa.

frasa adjektif dan frasa sendi nama.3 Jenis Frasa Dalam bahasa Melayu. Frasa nama misalnya mempunyai kata nama sebagai unsur inti. deretan partikel dan kata sempurna atau klausa.1. deretan kata sempurna. begitu juga halnya terhadap frasa kerja dan frasa adjektif. Jadi kesimpulannya. contohnya di sekolah dan di belakang sekolah. frasa kerja. terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama. FN biasanya terbentuk pada gatra subjek sahaja manakala pada gatra predikat ada empat frasa dibentuk iaitu frasa nama. frasa kerja. FSN mengandungi dua unsur wajib. dan FA ialah frasa-frasa endosentrik. Abdul Hamid Mahmood (2006) menyatakan frasa boleh terdiri daripada satu kata sempurna. frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu. tiap-tiap frasa boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa ini dikenali frasa eksosentrik yang bermaksud frasa yang tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. FK. Sebaliknya.Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yang lain bagi kata atau kata-kata yang membinanya. Tiga daripada frasa-frasa ini iaitu FN. Maksudnya. frasa adjektif dan frasa sendi nama. frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi taburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri 9. iaitu kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Frasa keempat dalam binaan ayat ialah frasa sendi nama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

9. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama. iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK). 5. iaitu subjek dan predikat. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini: Subjek Frasa Nama 1.1. guru sekolah agama. Ibu Ibu budak itu Ibu budak itu Kota Bharu Bandar Kota Bharu Predikat Frasa Nama guru. frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. terdiri daripada yang berikut: (i) FN + FN (ii) FN + FK (iii) FN + FA (iv) FN + FS Dalam semua pola ayat di atas. serambi mekah. guru. Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. frasa nama berfungsi sebagai subjek. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu. 3. serambi mekah.1 Frasa Nama (FN) Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. 4. seperti dalam contoh-contoh berikut ini: ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek.3. 2.

Predikat Frasa Kerja Bil Subjek Kata Kerja 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Orang itu Mereka semua Kanak-kanak itu Para siswazah Kedamaian Tanah air Cahaya matahari memanggil melambaikan menaiki memohon memerlukan meminta menyinari Objek saya. tangan. bas sekolah. jawatan itu. kekuatan pertahanan. pengorbanan anak watan. alam semesta.

Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS) seperti dalam contoh ayat 13-18.

Predikat Frasa Sendi Nama Bil 13. 14. 15. 16. 17. 18. Subjek Mereka Hadiah itu Lukisan tersebut Tabung simpanan itu Kereta itu Keluarnya Sendi Nama di daripada oleh untuk ke dari Frasa Nama Kuala Lumpur. Nasir Tuan Jamal. masjid. Kuala Perlis. pintu besar.

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Frasa Nama Pola-pola frasa nama

FN + FN FN + FN FN + FN

FN + FN

Binaan Frasa Nama

Binaan frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan

Binaan frasa nama yang terdiri daripada sederetan perkataan

inti + penerang

inti + inti

 inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

9.1.3.2

Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsurunsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat berikut:

Subjek 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 . Azima Kami Hujan Belukar itu Hang Jebat Mereka Budak itu Anaknya Pemburu Dia

Frasa Kerja menang. sedang tidur . turun dengan lebatnya. terbakar perlahan-lahan. bertikam dengan Hang Tuah. makan ayam goreng itu. sedang membaca buku. menghidangkan sedulang makanan. menembak harimau itu dengan senapangnya. menjalankan tugasnya dengan baik.

Binaan Frasa Kerja Dalam ayat-ayat di atas ternyata bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu: (i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa objek ialah: 1. Azima menang. 2. Kami sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

buku. Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja dengan objek ialah: Frasa Kerja Subjek Kata Kerja 6(a) Mereka 7(a) Budak itu 8(a) Anaknya 9(a) Pemburu makan membaca Objek ayam goreng itu. walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek. (ii) Frasa kerja yang mengandungi objek. unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek. menembak harimau itu dengan senapangnya. Keterangan mengbidangkan sedulang makanan. namun unsur-unsur yang lain. Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 10(a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik.Dalam ayat-ayat di atas. iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya. Dalam ayat-ayat di atas kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Sebagaimana dengan frasa kerja tanpa objek. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan. *Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Kerja. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.

Binaan frasa kerja Frasa kerja yang tidak mengandungi objek Frasa kerja yang mengandungi objek Mengandungi kata kerja tak transitif Mengandungi kata kerja transitif Kata kerja tak transitif yang dapat diberi unsur pelengkap sesudahnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Binaan frasa kerja yang tidak mengandungi objek Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

1. Perangainya 5. baik sungguh. gelap benar. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Suara penyanyi itu 9. kemerah-merahan. jauh dari sini. Malam ini 10. Contoh-contohnya: (i) frasa adjektif sebagai predikat: Subjek (FN) 1. masih kecil lagi. Sebagai unsur keterangan.9.3. kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang. paling besar sekali.3 Frasa Adjektif (FA) Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Anaknya 6. Markahnya 3. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Perusahaan itu 8. kata adjektif hadir sesudah kata nama. Warna bajunya 7. Pejabatnya Predikat (FA) sangat pandai. tentu baik. rendah. merdu. Kakaknya 2. Orang muda itu 4. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.

(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat: Predikat Subjek Frasa Kerja berjalan pulang tidur datang menurun Keterangan (Frasa Adjektif) sangat cepat. 11. 18. 14. Dia Harimau Pak Lufti Asam pedas Bas ekspres budak binatang orang masakan kenderaan Frasa Nama Penerang pandai. liar. amat curam. 12. sungguh nyenyak. 17. 15. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 13. kaya. terlalu kerap. 19. cepat. segera. 20. asli. Dia Mereka Kanak-kanak itu Jirannya Jalan itu (iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang: Predikat Subjek 16.

sama ada di hadapan atau di belakangnya. Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini: Kata Bantu sudah belum masih - Penguat sangat terlalu amat Kata Adjektif pandai nakal besar tua malas jahat baik kecil cantik ganas Penguat benar betul amat amat sekali - Seperti yang telah disebutkan. inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja. iaitu mengikut binaannya: (i) binaan satu perkataan (ii) binaan dua perkataan *Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Adjektif. atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat.

Dua kata adjektif yang menerangkan makna Berlawanan. Penguat hadapan Penguat belakang Penguat Penguat bebas ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Binaan frasa adjektif Binaan satu perkataan Binaan dua perkataan Binaan dua perkataan Kata adjektif + Kata adjektif Kata adjektif + kata nama Dua kata adjektif yang menerangkan keserasian makna. Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan.

tentang. Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . didahului oleh kata bantu.3. sampai. oleh. Kata sendi nama ialah.1. Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut: (i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama (ii) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama (iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan) *Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Sendi Nama.4 Frasa Sendi Nama (FSN) Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.bentuk mortem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. bagi. daripada. kepada. Frasa sendi nama boleh juga. dengan. dari. ke. sebagai pilihan.9. hingga. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di. akan. dan sebagainya. pada. untuk.

Bagaimana pula dengan klausa tak bebas? Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Nadia pandai. dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul. Kita sudah pun memahami klausa bebas. 3.2. klausa tersebut akan menjadi ayat yang gramatis. 9. saya yang hadir. mereka mogok. Inilah sebabnya Za‟ba memanggilnya sebagai ayat kecil. yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa tak bebas hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas. Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. 2. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam ayat.3 Jenis Klausa Klausa terbahagi kepada dua jenis. iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas).9. Dalam (1) klausa Nadia pandai mengandungi subjek Nadia dan predikat pandai.2 Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Sila teliti yang berikut: Nadia pandai klausa bebas klausa utama kerana Nadia rajin belajar klausa tak bebas klausa bawahan Kamu pandai kerana kamu rajin belajar klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas/klausa bawahan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Sila teliti contoh yang berikut: 1.

merupakan ayat dalam ayat dan dikenali sebagai ayat kecil. Frasa Persamaan Klausa Frasa dan Klausa kedua-duanya unsur dalam ayat. Oleh sebab itu frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Ayat mempunyai subjek dan predikat. Jika tidak ia adalah frasa ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Unsur dalam klausa dapat dipertukarkan tempatnya. Perbezaan Merupakan unit yang menjadi bahagian ayat (atau klausa) Boleh menjadi subjek atau predikat dalam ayat. Merupakan unsur pembentuk ayat. Mempunyai subjek dan predikat. Misalnya jika konstruksi memperlihatkan hubungan yang bersifat predikatif maka ia adalah klausa. Hanya ada inti frasa sahaja dan frasa sendi mengandungi kepala dan pelengkapnya.9.3 Perbezaan antara Frasa dan Klausa Sekarang kita akan meneliti persamaan dan perbezaan antara frasa dan klausa. Melihat hubungan antara konstituen-konstituen yang menjadi frasa atau klausa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Fries. Fries (1963). Aliran Tatabahasa Struktural pula menakrifkan ayat dengan berdasar pada “ujaran yang berdiri sendiri dan bebas daripada ujaran-ujaran lain”. Demikian juga definisi ayat yang diberikan oleh St. Ujaran tersebut terletak di antara dua kesenyapan yakni kesenyapan sebelum dan sesudahnya.. is not part of any larger construction. Leonard Bloomfield (1961): . 1963). dalam bab yang terakhir kita akan mempelajari mengenai ayat bahasa Melayu. (C. Fokker (1980). C. ada lebih daripada dua ratus takrif tentang ayat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa..e. misalnya. 1963) Kita perhatikan takrifan yang diberi oleh pengasas Linguistik Struktural. Melalui konsep ini. Oleh itu. dan pola.. (C. Fries.ucapan bahasa yang mempunyai erti dan batas keseluruhannya ditentukan oleh turunnya suara”. C. menakrifkan ayat sebagai “. bentuk. jenis.1 Definisi Ayat Sebenarnya takrif atau definisi ayat ada banyak.. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . of being uttered by itself. i. C. a construction (or form) which. 10. . Takdir Alisjahbana (1964) dan Za‟ba (1965) sebagai ahli Tatabahasa Melayu Tradisional. 1963).A.. kita meneliti definisi yang diberikan oleh aliran Tatabahasa Tradisional berpusat pada syarat “wujudnya fikiran yang lengkap”. terbitlah definisi yang dikemukakan oleh Otto Jesperson. C. semuanya bergantung kepada teoriteori linguistik yang dianuti oleh ahli-ahli bahasa.BAB 10 PENJENISAN DAN PENGKELASAN AYAT BAHASA MELAYU 10.. Dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasar pada rangka Tatabahasa Tradisional. ahli falsafah bahasa Denmark yang berbunyi: A sentence is a relatively complete and independent human utterance – the completeness and independence being shown by its standing alone or its capability of standing alone. in given utterance. sehingga timbullah takrif yang berbunyi “ A sentence ia a group of words expressing a complete thought ” (C. Menurut C.1 Ayat Ayat boleh dilihat daripada segi ragam. Pertama sekali. A.1. Fries.

Justeru. Asmah Hj. Antaranya ialah Lufti Abas (1972). Kenyataan ini menjadi lebih jelas apabila kedua-dua tokoh menyatakan bahawa: A sentence is a structured string whose words fall into natural groups. Konsep ayat merupakan “ satu urutan kata-kata yang berstruktur “ ini dapat diperjelas dengan menambah keterangan bahawa urutan tersebut dipecahkan kepada Subjek dan Predikat. S. Jika kita membandingkan pernyataan yang dibuat oleh Asmah Hj Omar dengan Asraf. Ini dapat diperhati pada definisi yang diberikan oleh Asraf (2007). 2007) Terdapat ramai lagi ahli TTG di Malaysia yang menakrifkan ayat sebegini. Raja Mukhtaruddin Dain (1977). ( Asraf. sarjana Melayu yang beraliran TTG memerihal ayat dengan memperlengkapkan adanya subjek dan predikat. Sekarang kita perhatikan takrif ayat aliran Tranformasi Generatif. Jacobs dan P. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Asmah membahagikan ayat kepada dua golongan iaitu ayat sistem (ayat dasar) dan ayat wacana (konteks). Omar. Noam Chomsky sebagai pengasas Tatabahasa Tranformasi Generatif (seterusnya TTG) tidak memberikan pengertian ayat. Omar (2008) dalam buku Nahu Kemas Kini mendefinisikan ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh intonasi yang lengkap. Perkara sedemikian berlaku kerana pegangan TTG. kita dapat melihat perbezaan yang ketara. Nik Safiah Karim (1978). but nor every string of words is a sentence. Namun begitu. A. Rosenbaum (1968) sebagai penganut TTG ada memberikan konsep ayat yang membayangkan fahaman aliran ini sebagai: A sentence is a string of words. Hashim Musa (1978) dan ramai lagi. yang bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan yang menandakan bahawa tutur itu selesai. takrif sebegini digunakan oleh sarjana Melayu yang beraliran Struktural iaitu Asmah Hj. Jumlah ayat tidak terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan ayat tranformasi. dan mengandungi proposisi yang lengkap. R. di sini saya tidak ingin mengulas lebih lanjut.Dalam huraian ayat bahasa Melayu. Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat.

frasa kerja. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat. Dari segi jenisnya pula. anak orang itu sedang makan sedang makan sedang makan Dalam apa-apa bahasa. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama.Konklusinya. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. ayat tergolong kepada dua bahagian. Dari segi ragam. setelah diklasifikasikan. ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Teliti dan lihat apakah perbezaan yang ditemui di antara ayat dengan klausa di samping frasa dengan perkataan. ayat tidak terhad banyaknya. penggantian. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. ayat merupakan inti asas sintaksis. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu predikat ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Jadual di bawah menunjukkan perbezaan unit-unit tatabahasa bagaimana perkataan dapat membina ayat. pengguguran atau penyusunan semua unsur-unsur atau konstituennya. Ayat terbitan yang juga dikenali sebagai ayat transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan ayat melalui proses peluasan. Ayat Klausa Frasa Perkataan anak orang itu anak orang itu Anak orang itu sedang makan. Namun. ayat tanya dan ayat seru. Ada juga pakar bahasa yang menyatakan bahawa binaan ayat mengandungi ayat inti atau dasar dan ayat majmuk. ayat terdiri daripada ayat penyata. ayat perintah. menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting.

Contoh: (i) Adik membaca buku.10. pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Contoh : Pola 1 : Encik Hafez + pegawai pemasaran. Ayat aktif ditandai oleh imbuhan „meN-„. Ayat i ialah ayat aktif.2 Pola Ayat Dasar Pola ayat terdiri daripada frasa nama dan frasa nama.1.3 Ragam Ayat Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Pola 3 : Baju itu + hijau. Pola 4 : Rumah Fatin + di Negeri Perak. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan. frasa nama dan frasa adjektif. Dalam bahasa Melayu. frasa nama dan frasa kerja. serta frasa nama dan frasa sendi. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul. Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur.1. Ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Ayat ii ialah ayat pasif. (ii) Buku dibaca oleh adik. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ayat pasif ditandai oleh imbuhan „di-„ dan diikuti oleh perkataan „oleh‟. 10.

3. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.‟ ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 10. ayat perintah.1 Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.10. Saya mempunyai sebuah komputer.2 Jenis Ayat Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata. 10.2. dan ayat seruan. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan Ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.1 Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.1. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja 10.1. ayat tanya. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ciri-cirinya ialah. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contohnya. ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Ia diakhiri dengan tanda noktah „.3. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.

kamu. engkau. siapa. dan sebagainya yang digugurkan. Misalnya: Siapakah emak awak? Mana satu pilihan awak? 10.3 Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. kamu. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:- (i) Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. berapa. mengapa. Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah.10. dan sebagainya. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak. ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. bila. Dalam tulisan nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?). bagaimana. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.2. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak.2. Misalnya: Awak sudah mandi? Dia atuk kamu? Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa. yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.2 Ayat Tanya Sekarang mari kita tinjau pula berkenaan dengan ayat tanya. engkau dan selainnya digugurkan.

(ii) Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan. Jangan ambil wang orang. besarnya rumah kau! ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tuhanku! Wah. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat.2. eh. Untuk memahami ayat seruan tersebut. Contoh Ayat Makanlah nasi ini dulu. syabas dan sebagainya. (iii) Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. takjub. cis. cantiknya perempuan itu! Amboi. Kata seru yang sering digunakan ialah oh.Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat. cuba perhatikan contoh-contoh yang di bawah: Contoh Ayat Abang! Oh. amboi. geram.4 Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut. Sila datang ke pejabat saya malam ini. wah. Tolong hantarkan tugasan esok. sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. (iv) Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. aduh. marah. Jenis Ayat Perintah Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan Ayat Permintaan 10. sakit dan sebagainya. usah atau tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

(Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain.1 Ayat Dasar (Ayat Inti) Menurut Arbak Othman (1985). Jadi daripada ayat dasarlah dibentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan. ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang menjadi dasar atau punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Kita akan meneliti setiap takrifan dan konsep ayat dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itulah ayat inti dikatakan Paul Roberts (1964) sebagai: . Dengan kata lain. ayat inti adalah ayat yang daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. Ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan ayat majmuk.. Lufti Abas (1975) yang menyebut ayat inti adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumusrumus struktur frasa dan transformasi wajib. ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti.3 Bentuk Ayat Bentuk ayat pula terdiri daripada ayat dasar. mengikut bahasa Melayu. the basic. negatif dan sebagainya. elementary sentences of the language.10. (Nik Safiah Karim et al.3. 1968) Rumusannya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . . Konstituen subjek dan predikat hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap. ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti pasif. 1993) Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. . Justeru. the stuff from which all else is made. ayat tunggal dan ayat terbitan. iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya. Lazimnya ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. 10.

1 Ayat Tunggal (Ayat Selapis / Ayat Mudah) Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis. frasa dan kata. Ayat tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unit-unit tatabahasa yang lain.3.Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar. 10. Oleh itu. Binaan ayat tunggal mengandungi unsur wajib atau mengandungi unsur pilihan. Arif sedang belajar. Namun bukan semua ayat tunggal adalah ayat dasar kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana menyalahi prinsip ayat dasar. ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja iaitu mempunyai konstituen subjek dan konstituen predikat. Abang pandai. Seterusnya. ayat perintah dan sebagainya. Urutan subjek dan predikat inilah yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar. Hal ini demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. bukan semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar. Kakak ke kedai.1. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata dan juga ayat jenis ayat lain seperti ayat soalan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Contoh: Dia jururawat. Widya Masri (2009) dalam buku Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menyatakan ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat di mana ayat ini berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa ayat ini boleh disongsangkan sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu klausa. Selain itu.

Koutsoudas dan Asraf jelas menyatakan yang ayat transformasi hanya mengubah bentuk atau strukturnya sahaja. Samsuri (1978) mengemukakan 3 jenis transformasi iaitu transformasi tunggal (daripada istilah singularly transformation) yang sama maksud dengan transformasi satu dasar. Lufti Abas dan Samsuri menghasilkan huraian yang lebih tuntas dan padat tentang ayat transformasi. Koutsoudas (1966) dan Paul Roberts (1964). ayat transformasi dua dasar dan ayat transformasi berdasar banyak. ayat terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran. atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman. Menurutnya lagi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3. 1975) Asraf. Ayat Transformasi atau ayat bukan inti ialah ayat yang dihasilkan oleh rumus – rumus struktur frasa (dengan atau tanpa tranformasi wajib) bersama-sama dengan tranformasi bebas (tranformasi pilihan). Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.10. transformasi gabungan dan transformasi rapatan.2 Ayat Terbitan (Ayat Transformasi / Ayat Bukan Inti) Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat tranformasi ialah ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat inti tetapi dengan bentuk yang berubah atau sekurang-kurangnya maknanya berubah. Koutsoudas (1966) menerangkan bahawa ayat transformasi yang sederhana disebut ayat single-base-transformation atau singularly transformation. Pembahagian ayat transformasi adalah berdasar pada huraian dan pemerian yang dilakukan oleh beberapa ahli linguistik bahasa Inggeris seperti A. Asraf (1974) membahagikan ayat tranformasi kepada ayat tranformasi satu dasar. Konsep yang diutarakan oleh A. transformasi tunggal didasari oleh hanya satu penanda frasa. Dalam bahasa Melayu. Ayat terbitan yang juga dikenali ayat transformasi ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis. iaitu ayat yang terbit daripada satu ayat lain (ayat inti –P) atau ayat yang dikatakan Asraf (1978) sebagai ayat selapis yang berubah struktur atau bentuknya daripada struktur atau bentuk inti tetapi tidak terjadi daripada dua ayat. penyusunan semula. A. (Lufti Abas.

Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif d.Pengguguran frasa nama sebagai subjek b.10. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana rajin belajar ii.Pengguguran frasa predikat c.3. Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. contoh: i. Awak semua pergi dari sini keluar! pergi dari sini! ll. Contohnya: i.2. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran: a. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi pemalu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1 Konsep Pengguguran Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek l. Kamu keluar ii.

Abang Ali sangat rajin.b) Pengguguran frasa predikat Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. l. d. Pengguguran seluruh frasa predikat Frasa Predikat Contoh ayat Arifah belajar di Pahang. Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin Abang saya dan abang Ali sangat rajin.Frasa nama yang serupa Encik Abu guru sekolah. Dia dan isterinya masih di kampung.Frasa sendi nama yang serupa Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. Dia masih di kampung. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . c.Frasa kerja yang serupa Arifah belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahang Arifah dan sepupunya belajar di Pahang b. Puan Milah guru sekolah Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.Frasa adjektif yang serupa Abang saya sangat rajin. Sepupunya belajar di Pahang a. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Isterinya masih di kampung.

Merokok membahayakan kesihatan. Bersenam boleh menyihatkan badan. Kereta yang hijau itu pilihan saya. Yang hijau itu pilihan saya. Contoh: i. Nani membeli yang cantik itu. ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. Nani membeli baju itu. Kereta itu pilihan saya. Nani membeli baju yang cantik itu. Contoh: i. Baju itu cantik. ii. Kereta itu hijau. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . d) Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya. frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.

c) Penyusunan semula melalui ayat songsang. cuba anda perhatikan Ayat Asal Adik membaling bola itu Penyusunan Semula Bola itu dibaling oleh adik. Namun demikian proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu.2.3. penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu: a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula contoh-contoh di bawah: tersebut.10. ( Ayat songsang ) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . (Frasa nama sebagai subjek) Allah mengurniai kita rahmat Allah mengurniakan rahmat kepada kita. B) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. (Frasa nama sebagai objek) Orang itu pergi ke Pasir Mas Ke Pasir Mas orang itu pergi.2 Proses Penyusunan Semula Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.

Osman mengusik budak yang menangis itu.3. Mereka melaporkan .( Kata hubung ) Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir. Budak itu menangis. Budak itu membaca buku Peluasan Budak yang membaca buku itu adik saya.Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu . ( Frasa predikat ) Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut.3 Proses Peluasan Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu. ( Proses komplementasi ) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . ( Frasa nama sebagai subjek ) Osman mengusik budak itu. Ayah sakit perut. Guru kelas tidak hadir.10. iaitu: a) Peluasan frasa nama sebagai subjek b) Peluasan frasa predikat c) Peluasan dengan kata hubung d) Peluasan melalui proses komplementasi Untuk memahami proses peluasan tersebut. cuba anda perhatikan contoh-contoh di bawah: Ayat Asal Budak itu adik saya. Ayah tidak pergi kerja.2.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Sintaksis Dialek Kelantan. Petaling Jaya: ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Sasbadi Sdn. Abdullah Hassan dan Seri Lanang Jaya Rohani (2006). Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asraf Wahab (1988). Bhd. Bhd. Arbak Othman (1980). Asmah Haji Omar (2008). Bhd. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. Abdullah Hassan (2008). Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Sintaksis. Asmah Haji Omar (1993). Arbak Othman (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alias Mohammad Yatim (2007). Pengantar Teori Sintaksis. Bhd.RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood (2006). HBML 3503 Pengantar Linguistik Am. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Nahu Melayu Mutakhir. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2004). Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). Asraf Abdul Wahab (2007). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan (2006). Bhd. Intonasi Dalam Hubungan Dengan Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Ali Mahmood. Bhd. Bhd. Teori Linguistik. Nahu Kemas Kini. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Awang Sariyan (2002). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.

London: Allen & Unwin. Nor Hashimah. Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Siti Hajar Abdul Aziz (1996).Azhar M. Farid M. Tinjauan Ringkas tentang Analisis Wacana dalam Sejarah Pemerian Tatabahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa. Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). BBM 3203 Tatabahasa Melayu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Kuala Lumpur: . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. Salleh dan Rahim Aman (2007). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Language. Sintaksis Bahasa Melayu. Bhd. Mohd Isa Hassan (1993). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Seni Karya Nahu dalam Jurnal Bahasa. Jakarta: Balai Pustaka. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia. Linguistik Melayu. Lufti Abas (1985). Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloomfield. Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Simin (1983). Dewan Bahasa dan Pustaka. Imran Ho Abdullah dan Idris Aman (2007). Bhd. Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Serdang: Penerbitan UPM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramli Md. Che Ibrahim Salleh (2008). Musa (1993). Hashim Hj. Hassan Alwi (2000). Sabran dan Rahim Syam (1986). Tatabahasa Pegangan. Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu. Kajian Bahasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harimurti Kridalaksana (1983). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Zulkifley Hamid. (1935). Linguistik: Teori dan Aplikasi. Nik Safiah Karim. Salleh (1995). Onn. L. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Salleh (1993). Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Ramli Hj.

-13.8.htm.wilta. Sufiks. -13. Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu.wikipedia.8. Malaysia) (Tajuk Artikel: “Cintailah Bahasa Kita”) Deny Arnos Kwary (Univerisitas Sumatera Utara. (Tajuk: „Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu‟) Sumber Jurnal: Zaharin Yusoff (Universiti Sains Malaysia.edu. Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris”) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2008.my/mascitah/pengaplikasian. (Tajuk: „Prefiks‟) Laman Sesawang: Http://staff.2008.org/wiki/Infiks (Tajuk : Infiks. Sumber Internet: Laman Sesawang: Http://id. Zaharani Ahmad (2008).org/ber_prefix. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Za‟ba (2000). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Indonesia) (Tajuk Artikel: “ Delapan Jenis Afiks : Analisis Afiks Bahasa Arab. Afiks) Laman Sesawang: Http://www.Zainal Abidin Ahmad.iiu.doc. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful