You are on page 1of 20

Perbezaan dan Persamaan Politik Barat dan Islam i.

Definisi politik Istilah politik berasal daripada istilah Yunani „polis‟ yang membawa maksud negara kota. Aristotle merupakan orang yang pertama yang memperkenalkan istilah ini ke dunia ilmu menerusi bukunya „Politics‟ yang ditulis lebih kurang pada tahun 300 S.M. Justeru itu, kepada Aristotle tugas tugas ilmu politik ialah untuk menilai dan memeriksa „polis‟ ataupun negara kota. Lantaran itu adalah wajar jika dikatakan politik adalah berhubung dengan kehidupan di dalam negara kota. Di dalam konteks hari ini negara kota dapatlah diumpamakan sepertimana kedudukan sebuah negara moden.

Ramai sarjana politik barat mentakrifkan politik dari sudut perkaitannya dengan negara berdasarkan kepada premis Aristotle. Contohnya, Raphael, D,D, menyebut bahawa “apa sahaja mengenai negara adalah politik”. Manakala Karl W. Deutsch (1974) menyebut bahawa disebabkan politik adalah berhubung dengan aspek penentuan keputusan mengenai tatacara-tatacara awam, maka ianya adalah berkaitan

terutamanya denga kerajaan. Sementara Harold D. Lasswell, A Kaplan, W.A. Robson, dan Niccolo Machiavelli pula menyifatkan politik sebagai kuasa ( Sumber : Mustafa Ishak, Afifi Abdul Razak (2006), Politik dan Pemerintahan Negara: Thomson Learning) .

Dalam bahasa Arab, politik disebut Al-siasah yang bermaksud menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Al-siasah atau politik dari sudut istilah pula mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertiannya ialah mentadbir urusan negara. Politik merupakan satu ilmu atau kemahiran untuk memerintah negara. Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip

dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk “ilmu politik”. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan sebenar kekuasaan atau kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperoleh melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal yang tertentu.

Dari sudut pandangan Islam, politik ialah menjaga urusan umat di dalam dan di luar negara dengan cara yang tidak menyalahi syariat Islam. Siasah syar’iyyah tidak hanya terhad kepada apa yang disebut oleh syarak, tetapi disyaratkan agar tidak menyalahi teks al-Quran, sunah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak serta dasar-dasar amnya. Ini bermakna sesiapa yang menyatakan bahawa politik ialah apa yang disebut oleh syarak sahaja, maka ia adalah satu kesilapan dan bertentangan dengan pandangan Islam.

ii. Tujuan Politik

Politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa. Dengan kuasa mereka yakin dapat mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini. Kapitalis dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis tetapi Islam tidak menganggap kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa adalah penentu segala-galanya.

maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia. Tujuan yang pertama adalah untuk memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam. zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara' . Sistem politik dan pemerintahan Islam turut bertujuan melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih selain menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Politik dalam Islam juga menitikberatkan jagaan terhadap perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar.Tujuan politik boleh dilihat dari banyak sudut. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam turut terkandung dalam agenda politik Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia juga adalah salah satu tujuan yang digariskan. Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam. Bagi perspektif Islam.menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut. Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah. politik bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam. Politik dan sistem pemerintahan juga bertugas mengendalikan urusan pengutipan cukai.

iii. Ideologi juga dapat didefinisikan sebagai aqidah 'aqliyyah (akidah yang sampai melalui proses berpikir) yang melahirkan aturanaturan dalam kehidupan.selain dari mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir. di samping hubungannya dengan sebelum dan sesudah alam kehidupan. Penggunaan Al-Quran dan AsSunah sebagai pemacu umat islam dalam membina undang – undang dan menuju ke . Semestinya sistem politik Islam merupakan satu sistem politik yang berlandaskan sumber yang benar. sebagai cara memandang segala sesuatu atau sebagai serangkaian idea yang dikemukakan oleh kelas masyarakat yang dominan kepada seluruh anggota masyarakat (definisi ideologi Marxisme). manusia. Ideologi Politik Ideologi adalah idea atau gagasan. Di sini akidah ialah pemikiran menyeluruh tentang alam semesta. Politik dan pemerintahan dalam Islam sangat mengutamakan pemilihan pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara dan turut membuat pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal negara demi untuk memimpin negara dan melindungi al-Din. Ideologi yang diamalkan dalam politik Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan AsSunnah. dan hidup serta tentang apa yang ada sebelum dan setelah kehidupan. Ideologi dapat dianggap sebagai visi yang komprehensif. Sumber ini berasal daripada undang – undang Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunah.

homoseksual. riba‟ dan termasuk pengambilan anak angkat. ideologi politik merupakan satu himpunan idea dan prinsip yang menjelaskan bagaimana seharusnya masyarakat bekerja. Ideologi politik biasanya . Malahan sesetengah ideologi yang diamalkan tidak mengambil kira hak insan.landasan yang benar membuktikan bahawa politik dan islam (agama) tidak diasingkan. Dalam hal ini. Segala ideologi yang dipegang oleh pemerintah barat tidak menitik beratkan soal nilai dalam agama. Manakala sistem politik barat (sekular) pula mengasingkan agama daripada politik. dan yang dipatuhi masyarakat itu. Pengasingan agama dan politik yang diamalkan oleh barat inilah yang membezakannya dengan politik islam lantas kadangkala menyebabkan keputusan yang dibuat adalah secara membuta tuli dan mengikut kehendak majoriti tanpa sumber dan panduan serta membelakangi nilai – nilai moral. hampir kesemua prinsip dan nilai sesuatu masyarakat itu diatur. berjudi. segala keputusan yang dibuat adalah berlandaskan fikiran manusia yang dangkal dan cetek serta dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dalam ilmu sosial. Keputusan yang dibuat berdasarkan perkara – perkara inilah yang melanggar nilai – nilai agama antaranya penghalalan minuman-minuman memabukkan. Sesetengah pemerintah barat mempunyai fahaman bahawa manusia perlu ditadbir dengan menggunakan kekerasan bagi membangun dan memajukan negara dan matlamat akan menghalalkan apa jua cara asalkan mereka dapat mencapai hasrat yang dingini. Dalam hal ini. telah dinyatakan oleh undang-undang tertinggi yakni undang – undang yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunah.

Sesuatu . seseorang yang berfikiran konservatif berpegang kepada konsep. hak individu ke atas harta persendirian. Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan.dilihat dari sudut pemimpin itu sendiri dengan bagaimana beliau mengatur kekuasaan dan bagaimana seharusnya dilaksanakan ideologi tersebut. pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka. tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara. batasan kepada kuasa kerajaan. Seorang yang berfikiran konservatif suka supaya suatu amalan itu tidak berubah. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang. maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme. Friedrich Engels dan pengikut mereka sering dikenali dengan marxisme. Walau bagaimanapun. Konservatisme pula adalah ideologi yang cenderung kepada amalan tradisi atau turun temurun. Teori komunis Karl Marx. kedaulatan undangundang. Terdapat pelbagai contoh ideologi-ideologi lain yang diamalkan dalam politik barat. dianggap sebagai ideologi politik paling berpengaruh pada abad 20. Pada dasarnya. sekiranya sesuatu perkara itu masih elok. Liberalisme merupakan salah satu diantara idelogi yang diamalkan dalam sesebuah pemerintahan. ia tidak perlu ditukar.

masyarakat manusia adalah suatu masyarakat yang terdiri daripada golongan menindas dan golongan ditindas. Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia. yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. Marxsime merupakan aliran pemikiran yang turun daripada pemikiran Karl Marx.perkara itu hanya ditukar sekiranya perlu. Ketidakadilan ini menurut marxisme adalah berakar pada sistem sosial manusia sendiri secara obejektif. Marxisme adalah berhubung rapat dengan manifestasinya iaitu komunisme. Feminisme ialah himpunan teori sosial. feminisme . Dalam istilah yang mudah. tanpa kelas. Ini adalah berlawan dengan fikiran reformasi atau pembaharuan. Pada dasarnya. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas. tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi. Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian. sistem sosial dan sistem politik. dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. dan bukan disebabkan oleh faktor subjektif sperti moral dan budaya. golongan marxisme menganggap bahawa secara objektif. gerakan politik. dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong oleh atau berkenaan dengan pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh kaum lelaki. politik dan sosial.

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Dalam sistem demokrasi.merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial. Fasisme merupakan ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. politik. penetapan harga barang dan perkhidmatan. serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan bahawa jantina harus tidak merupakan faktor penentu yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang. dan ekonomi antara keduadua jantina. kos. . Fasisme mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama sahaja. pelaburan dan pendapatan. undangundang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Prinsip-prinsip Pemerintahan Terdapat beberapa prinsip utama yang mendukung konsep politik Islam iaitu al-siyadah atau al-hakimiah. Prinsip utama politik Islam ini meletakkan kekuasaan perundangan dan kedaulatan hukum yang tertinggi hanya milik mutlak Allah. Kebebasan dan Persamaan. Keberkesanan atau kejayaan pentadbiran politik dan kerajaan Islam adalah hasil dari musyawarah. Musyawarah atau syura membawa maksud mesyuarat. keadilan. Perlembagaan tersebut adalah abadi dan kekal hingga hari kiamat. Maka segala polisi dan keputusan yang dibuat hendaklah selaras dengan kehendak syarak. akan berlakulah perbincangan dan percambahan buah fikiran seterusnya pemerintah akan mendapatkan buah fikiran terbaik ke arah pencapaian sesuatu rumusan. kebebasan. Islam melarang sikap diktator atau kuku besi pemimpin yang suka memaksa. syura dan kesatuan. Masingmasing memainkan peranan penting dalam meneguhkan kedudukan politik Islam sehingga menjadi Istimewa jika dibandingkan dengan ideologi atau sistem politik lain. Musyawarah sangat penting dalam politik Islam. Diwajibkan bermesyuarat bagi menunjukkan pemimpin tidak berkuasa penuh dan . Diantara prinsip pemerintahan Islam ialah Musyawarah.iv. persamaan. Islam mewajibkan kaedah musyawarah ini. Keadilan. Melalui musyawarah. Musyawarah merupakan medan perbincangan untuk mendapatkan keputusan terbaik atau kebenaran. Sumber kedaulatan dan kekuasan politik Islam hanyalah Allah yang mencipta perlembagaan untuk umat Islam.

Perkara yang penting dalam menentukan ahli mesyuarat itu ialah mereka hendaklah terdiri daripada oprang Islam yang adil dan bukanlah daripada kalangan yang sebaliknya. mesyuarat telah dijalankan bagi mencari pengganti baginda untuk mengendalikan urusan politik negara.w. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan. iaitu suatu cara yang boleh menjamin dan . wafat.a. Melalui mesyuarat mereka akan menemukan seseorang yang boleh memahami dan menjelaskan tentang petikan umum dari al-Quran yang tidak jelas. Mesyuarat juga dapat mengelakkan pemimpin menggunakan kebijaksanaan untuk menipu serta mengawalnya kerana walaubagaimana bijak sekalipun serta tinggi ilmunya namun sebagai manusia seseorang itu tetap ada kelemahannya. Apabila nabi Muhammad s.w. Mereka akan bermesyuarat apabila timbul masalah yang tidak ada rujukan dalam al-Quran dan hadis. Tidak ada dalil samada dari al-Quran atau Hadis dalam menentukan anggota atau ahli mesyuarat. Nabi Muhammad s. dikelilingi oleh para sahabat yang berwibawa menjadi ahli mesyuarat dan menerima pandangan rakyat biasa yang bernas mengkritik atau memberi pandangan dalam perkara urusan kehidupan yang tidak ada petikan jelas di dalam al-Quran. Islam memberikan peluang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk menetapkan cara masing-masing dalam menjalankan dasar yang telah ditentukan itu.a. Kewajipan bermesyuarat ini diteruskan di zaman Khulafa Ar Rasyidin.konsep ini tidak mengongkong kebijaksanaan seseorang pemimpin.

tetapi hanya pada Allah sematamata. Perkara yang sudah jelas hukumnya haram dan dinyatakan di dalam al Quran dan hadis. masih mahu dibincangkan. Sesiapapun pemimpin itu ia memerlukan petunjuk daripada Allah dan tidak boleh memimpin tanpa hidayahNya.memelihara kepentingan mereka serta bersesuaian dengan keadaan mereka di samping tidak bertentangan dengan nas-nas syariah.w misalnya. Rasulullah s. iaitu . Keadilan juga merupakan prinsip penting dalam konteks politik Islam. Dalam konteks sebuah negara. sentiasa memerlukan petunjuk daripada Allah kerana baginda bergantung kepada wahyu-wahyu yang diturunkan kepadanya. Apabila pemimpin dilantik dari kalangan mereka yang tidak memenuhi syarat sebagai seorang pemimpin.a. Kerana kedangkalan ilmu mereka tidak tahu apakah perkara yang boleh dibincangkan dan apa pula perkara yang tidak boleh dibincangkan. sumber kedaulatan dalam politik Islam tidak terletak samada kepada pemerintahan (pemimpin) dan rakyat. Perkara yang sudah jelas hukumnya termaktub di dalam Al Quran dan hadis sewajarnya hanya perlu dibincangkan bagaimana cara pelaksaannya dan bukan bagaimana menghukumnya. Keadilan bermaksud tidak tersasar dari dasar yang telah ditetapkan dalam sistem politik. Keputusan dibuat tanpa ilmu dan hanya menggunakan logik akal. akibatnya berlakulah pembuatan keputusan yang tidak selaras dengan syariah Islam.

manusia disuruh berlaku adil tidak kira dengan bangsa mana sekalipun. Kebebasan dalam Islam ialah untuk menjamin hak individu dan memeliharanya daripada pelanggaran hak asasi manusia. Perinsip seterusnya ialah kebebasan. “Tiada paksaan dalam agama (Islam). kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). tetapi turut melibatkan orang bukan Islam.menunaikan tanggungjawab dan hak kepada mereka yang berhak dan tidak merampas hak orang lain. Kebebasan dalam politik Islam ini termasuklah hak kebebasan dalam beragama dan mengamalkan fahaman tertentu selagi tidak menjejaskan hak kebebasan individu lain. Keadilan bukan hanya untuk orang Islam semata-mata. Namun mereka perlu patuh kepada undang-undang kerajaan Islam. Andai para Khalifah Islam dahulu telah memilih cara tersebut nescaya akan lenyaplah agama Kristian seperti mana yang dilakukan oleh Ferdinand dan Isabella terhadap . dengan etnik mana sekalipun dan tidak kira apa warna kulit sekalipun. Islam telah mengistiharkan hak kebebasan beragama ini dalam satu ayat dengan terang dan jelas dalam surah Al-Baqarahyang bermaksud . Ini sejajar dengan perlindungan yang diberikan oleh umat Islam kepada kaum Yahudi dalam Piagam Madinah atau Declaration of Medina. atau ada apa-apa perancangan yang berniat untuk pembasmian ajaran-ajaran Kristian atau agama-agama lain di dunia. Kalimat keadilan disebut berulang kali di dalam al-Quran.” Dari dahulu hingga kini kita tidak pernah mendengar ada konspirasi untuk memaksa golongan-golongan bukan Islam memeluk Islam. Dalam surah al-Nisa‟ ayat 58.

Kedudukan orang bukan Islam tidak diabaikan. Dalam pentadbiran kerajaan Islam. Dalam kontek politik Islam. keturunan. tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Islam tidak membenarkan umatNya memperhambakan diri atau melakukan penindasan sesama manusia. prinsip persamaan bermaksud semua orang dalam kerajaan mempunyai tanggungjawab serta hak-hak atau layanan yang sama tanpa membezakan bangsa. Abdul Manaf bin Haji Ahmad dalam bukunya berjudul “Islam hadhari Dalam Negara Islam”.agama Islam di Sepanyol. mereka juga dikehendaki melaksanakan tugas dan samasama bertanggungjawab dalam mempertahan dan membangunkan negara Islam. Kebebasan beragama yang dianjurkan oleh Islam itulah yang termaktub di dalam perlembagaan kita di dalam perkara 3(1):”Agama Islam adalah agama bagi persekutuan. rakyat bukan Islam juga mempunyai hak yang sama sebagaimana mereka yang beragama Islam. Dalam Islam semua manusia sama di sisi Allah. Selain mendapat hak yang sama. telah menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu contoh negara Islam. Kewujudan gereja-gereja di negara-negara Islam sampai sekarang sudah cukup untuk membuktikan sikap toleransi yang menyeluruh dan bagaimana kebebasan beragama diamalkan oleh kerajaan-kerajaan Islam sejak dahulu lagi. bahasa dan sebagainya. Mereka diberi kebebasan . Mereka juga diberi kedudukan dalam politik dengan mewujudkan perwakilan dari kalangan mereka.

Ciri-ciri tersebut ialah sistem Rabbani. hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta Kedaulatan Raja-raja Melayu. Semua rakyat mendapat hak-hak mereka sebagai rakyat dan warganegara Malaysia. selain ia dipengaruhi oleh hawa nafsu dan naluri. agama atau keturunan telah mendapat hak yang sama kecuali dalam perkara unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan. sistem akidah. Ciri-ciri Pemerintahan Terdapat enam ciri asas atau sistem dalam pemerintahan Islam. Merujuk kepada pentadbiran kerajaan negara kita. peraturanperaturan dan hukum-hukumnya bukanlah ciptaan manusia yang dibelenggu oleh kelemahan dan kekurangan. sistem keadilan dan persamaan dan sistem global.” . sistem akhlak. v . menerima perkhidmatan kerajaan serta menceburkan diri dalam perniagaan dan bidang profesional. Agama Islam sebagai agama rasmi (penganut agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tetapi dilarang menyebarkan agama lain di kalangan penganut Islam). “Sistem politik Islam itu ialah sistem Rabbani yang mana asas-asas. sistem yang lengkap dan menyeluruh. Semua warganegara Malaysia tidak kira bangsa. perkara di atas jelas telah dilaksanakan. Unsur-unsur tersebut ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan (bangsa lain bebas mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing). mendapat pendidikan.untuk mengeluarkan pendapat.

w. Hukum Allah juga tidak memberat atau membebankan. Dialah yang Maha mengetahui segala apa yang memberi kebaikan atau keburukan kepada manusia. Sistem ini berusaha menghubungkan antara manusia dengan Allah s.t. Sistem politik Islam mempunyai keistimewaan dengan bersumberkan Rabbani.t. Manusia sewajarnya tidak mengambil hukum yang lain selain daripada hukum Allah. Sistem Akhlak Sistem politik Islam tegak di atas kemurnian akhlak serta menghormati hak-hak asasi manusia. Ia tidak memihak kepada mana-mana pihak atau golongan tertentu.Peraturan-peraturan dalam sistem Rabbani diatur oleh Tuhan Pencipta sekalian manusia. Para pemerintah dan rakyat yang diperintah di dalam negara Islam sewajarnya melaksanakan syariat Allah dan beramal dengan hukum-hukumNya. seterusnya bertakwa kepadaNya dengan sebenar-benar ketakwaan serta membebaskan diri daripada yang selain Allah s. Sistem ini menyeru ke arah pemeliharaan dan kesetiaan terhadap perjanjian dan piagam serta memelihara hak-hak asasi manusia dan melindunginya daripada . Hukum Allah bersifat adil sepenuhnya. supaya dapat mengenali Tuhannya dengan erti kata yang sebenarnya.w.

: Firman Allah s. Ini dijelaskan melalui firman Allah s.t. “Firman Allah s. yang mana ia telah menghormati pengikut-pengikut agama lain.t.t: . Maksudnya: “Mereka juga memberi makan makanan yang dihajati dan disukainya. Bantuan diberi kepada mereka yang memerlukan termasuklah tawanan perang.w. Islam tidak memerangi mereka kerana mereka itu manganut agama lain.w.sebarang fitnah dan keterlaluan.w.” (Surah al-Insan: ayat 8) Sistem politik Islam merupakan sistem yang unggul dalam sejarah manusia. kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. Islam telah melakukan kebaikan terhadap penganut agama lain dengan syarat mereka tidak memusuhi Islam.

Akidah Islam merupakan sumber ke arah penglihatan dunia dan kehidupan ini. Sistem Yang Lengkap dan Menyeluruh Sistem pemerintahan Islam merupakan sistem yang lengkap dan menyeluruh. Perbincangan tentang aqidah Islam ini telah dibincangkan sebelum ini dalam membincangkan tentang asas pemerintahan Islam.t.Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu: Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.w. yang bermaksud: . Ini dinyatakan melalui firman Allah s.” (Surah al-Mumtahanah: Ayat 8) Islam bukan hanya menggalakkan akhlak mulia terhadap sesama manusia bahkan juga terhadap haiwan. Aqidah Islam merupakan salah satu daripada asas bagi pemerintahan Islam. Sistem Akidah Sistem Islam tegak berasaskan akidah.

“Pada hari ini. peraturan kekeluargaan dan peraturan serta keperluan kemasyarakatan. Sesuatu peristiwa dan kejadian tidak akan terpisah daripada syariah. tidak kira bila. Ini menunjukkan kepada kesempurnaan syariah dengan segala yang diperlukan oleh manusia. Undang-undang syariah juga syumul atau meliputi segala perkara dan aspek yang berkaitan dengan kewajipan pihak pemerintah dalam menjalankan tugasnya terhadap rakyat yang dipimpin dan diperintah. di mana dan bagaimanakah ia berlaku dan terjadi. Selain itu ia juga meliputi peraturan hubungan antarabangsa yang perlu diikuti samada dalam peperangan mahupun perdamaian. Syariah Allah merupakan syariah yang syumul kepada individu. iaitu kerajaan dan rakyat.ms40 . Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu. Ia juga mengadakan satu peraturan yang menghubungkan antara kedua-dua belah pihak.” (Surah al-Ma‟idah: ayat 3) Kesempurnaan ini disertai oleh kesyumulan yang bermaksud meliputi segala segi dan aspek.1 Sistem Keadilan dan Persamaan 1 Ibid.

keadilan. Penerbit Universiti Malaya. tidak kira dengan bangsa mana sekalipun. Sumber kedaulatan dan kekuasan politik Islam hanyalah Allah yang mencipta perlembagaan untuk umat Islam. dengan etnik mana sekalipun dan tidak kira apa warna kulit sekalipun.Keadilan dan Persamaan merupakan salah satu ciri utama yang terkandung dalam sitem pemerintahan Islam. persamaan. syura dan kesatuan. Ciri Keadilan dan Persamaan dalam sitem pemerintahan Islam ini akan kita bincangkan dengan lebih lanjut dalam perbincangan tentang prinsip-prinsip pemerintahan Islam selepas ini nanti.ms 12 . PRINSIP-PRINSIP PEMERINTAHAN ISLAM Terdapat beberapa prinsip utama yang mendukung konsep politik Islam iaitu al-siyadah atau al-hakimiah. Allah menyuruh kita berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Islam dan Demokrasi.2007. kebebasan. Masingmasing memainkan peranan penting dalam meneguhkan kedudukan politik Islam sehingga menjadi Istimewa jika dibandingkan dengan ideologi atau sistem politik lain. 2 Mohd Izani Mohd Zain.2 Prinsip utama politik Islam ini meletakkan kekuasaan perundangan dan kedaulatan hukum yang tertinggi hanya milik mutlak Allah.

Keamanan dan Keselamatan. Kebebasan dan Persamaan. Maka segala polisi dan keputusan yang dibuat hendaklah selaras dengan kehendak syarak. Keadilan. Mesyuarat.Perlembagaan tersebut adalah abadi dan kekal hingga hari kiamat. Islam dan Demokrasi. Kepimpinan yang Berwibawa.2007. 3 Abdul Hadi Awang. Syariah yang Berkuasa. Prinsip-prinsip tersebut ialah Akidah Islam. Amanah. Keadilan.ms19-41 . Kebebasan. terdapat sepuluh prinsip dalam politik Islam. 3 Namun kali ini kita hanya akan membincangkan empat prinsip sahaja iaitu Musyawarah. Pts Publication Sdn Bhd. Menurut Abdul Hadi Awang di dalam bukunya berjudul Islam dan Demokrasi. Kepatuhan dan Kesamaan.