P. 1
Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

Percubaan STPM Pahang 2011 - Skema Sejarah Kertas 2

|Views: 4,099|Likes:
Published by Asmawi Bin Abdullah

More info:

Published by: Asmawi Bin Abdullah on Sep 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/25/2013

pdf

text

original

SKEMA 2011 JPN PAHANG : SEJARAH 940/2

GRED PEMARKAHAN GRED F GRED E GRED D GRED C GRED B GRED A 00 - 09 10 - 12 13 - 15 16 - 19 20 - 22 23 - 25 GAGAL LULUS KEPUJIAN RENDAH KEPUJIAN TINGGI BAIK CEMERLANG

PENILAIAN JAWAPAN IMPRESSION : persembahan, kebolehan menganalisis, kedalaman menghujah,perspektif, konteks sejarah dan bahasa/gaya B) ANALATIKAL : releven, fakta tepat, pengetahuan fakta luas, kedalaman menganalisis, rujukan atau sumber. C. Pengagihan markah bagi setiap soalan ialah 1. Markah untuk pendahuluan atau pengenalan jawapan……. 2/3/4 markah. 2. Markah untuk penutup atau rumusan ………………………2/3/1 markah. (Markah maksimum untuk pendahuluan atau pengenalan dan penutup atau rumusan ialah 5 markah). 3. Markah maksimum bagi perbincangan isi …………………20 markah. 4. Pembahagian markah boleh dibuat mengikut kadar 10 10 , 12 ½ / 12 ½ atau 15/10 atau 10/15 bagi soalan-soalan yang melibatkan dua buah negeri yang dijawab secara berasingan. 5. Peruntukan markah bagi setiap isi hendaklah dibuat berasaskan kepentingan isi. A. Keterangan Tambahan. 1. Skema jawapan yang disediakan tidak seharusnya dianggap sebagai model jawapan. Ia bertujuan membantu pemeriksa memberi fokus kepada aspek-aspek penting tentang sesuatu tajuk. Sekiranya terdapat fakta-fakta dalam skrip jawapan calon yang diragukan oleh pemeriksa, perkara ini seharusnya dirujuk kepada buku-buku yang berautoriti. 2. Pemeriksa hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut semasa memeriksa skrip jawapan calon; a. Adakah calon memahami soalan b. Adakah calon menjawab soalan. c. Keberkaitan dan ketepatan fakta-fakta dan huraian. d. Tertib jawapan iaitu mempunyai pendahuluan/pengenalan, bahagian perbincangan isi dan penutup/rumusan. A)

BAHAGIAN A 1. Jelaskan peranan raja di Negeri-Negeri Melayu dari tahun 1800 – 1896.
PENDAHULUAN (3M) Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. ISI JAWAPAN A. Peranan Raja sebelum penjajahan British KEDUDUKAN TERTINGGI DAN BERKUASA MUTLAK Kuasa tertinggi dalam politik di NNM terletak di tangan Sultan/Raja /Yang Di Pertuan Besar. Contohnya Sultan Perak,Selangor,Johor,Pahang,Kedah,Kelantan, Perlis,Terengganu dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin dan Wakil Allah Di Bumi. Melanggar perintah sultan dianggap sebagai melanggar perintah Allah. “ Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Taatilah Allah dan RasulNYA dan Ulil Amri”. Ulil Amri dirujuk kepada Sultan. Ketinggian sultan sebelum kedatangan kuasa British juga ditunjukkan “…. All power is centered in Sultan/Raja and the powerfull chiefs….”. Selaras dengan ketinggiannya sultan dikaitkan dengan daulat. Barang siapa yang engkar arahan atau perintah sultan akan tekena tulah. Daulat sultan diperolehi semasa istiadat pertabalannya. Diri sultan juga suci dan mempunyai darah putih dan kesucian ini dikaitkan dengan alat-alat,bahasa dan sebagainya yang berbeza-beza mengikut negeri. a) Alat muzik seperti nobat hanya dimainkan semasa upacara rasmi seperti pertabalan dan kemangkatan sultan/raja. b) Alat-alat kebesaran seperti kayu gamit,puan naga taru,kamala,surat ciri,cap halilintar dan ubarubar,mahkota kebesaran,lambang negeri,bantal,langsir yang digunakan atau dipamer semasa pertabalan. c) Alat senjata seperti pedang,tombak,keris panjang. Alat-alat ini dipercayai menjelma sendiri dan mempunyai kuasa sakti sehingga dapat memusnahkan sesiapa yang memegang tanpa keizinan. d) Penggunaan bahasa istana/dalam seperti beta,beradu,santap,gering e) Binatang dan buah-buahan tertentu contohnya gading gajah di Pahang, telur penyu Terengganu,buah ketiar,gajah,kerbau balar dan anak –anak gampang. Seorang sultan dikurniakan kuasa sakti dan layak mengendalikan makhluk-makhluk ini. f) Warna/pakaian: warna kuning hanya boleh digunakan oleh sultan dan kerabatnya. Di Johornya contohnya semasa Majlis Raja bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok baldu hitam,baju hitam. Bagi wanita dikehendaki memakai baju kurung Teluk Belanga dengan lengan baju diketatkan sedikit dengan cara dijahit atau disemat dengan jarum. Leher baju pula dijahit dengan tulang belut. Leher cekak musang hanya boleh dipakai oleh anak-anak raja dan ahli orang besar-besar. KETUA PENTADBIR /PEMERINTAH Sultan atau YDPB adalah ketua negeri masing-masing. Mereka mengetuai pentadbiran atau pemerintahan negeri. Secara umumnya sultan mengetuai agama,undang-undang,hubungan luar,ketua angkatan tentera dan lain-lain yang bersangkutan dengan pentadbiran. Contohnya Sultan Johor berperanan melindungi adat Melayu,hakim utama,mengetuai angkatan perang,mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara yang lain,mempertahankan agama Islam,mengawal ekonomi kerajaan dan melantik pembesar-pembesar untuk menjalankan pentadbiran. Sesuai dengan ketinggian kedudukannya , untuk mentadbir negeri sultan dibantu oleh menteri dan pegawaipegawai yang dikenali dengan berbagai gelaran mengikut negeri. Contohnya di Perak antara golongan pembesar utama ialah Orang Kaya Dato Bendahara Paduka Raja, Orang Kaya Laksamana, Tun Pikrama Temenggung, Sri Nara Diraja dan sebagainya. Di Johor pula contohnya Bendahara amat berkuasa antara tugasnya ialah menjadi ketua menteri, panglima tertinggi angkatan tentera dan ketua adat istiadat diraja. Sementara di Pahang pula sultan dibantu oleh Dato Bendahara, Dato Temenggung, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Maharaja Perba, Orang Kaya Indera Syahbandar dan pembesar-pembesar lain. Apabila sultan mangkat bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota, Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali di Perak putera sulung sultan yang bergelar bakal sultan akan dilantik sebagai pengganti. Di Perak system penggantian mengikut system giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengistiharkan Undang-Undang Tubuh pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911 yang menyentuh di antara lain tentang penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran.

KETUA EKONOMI Sultan berkuasa penuh ke atas ekonomi seperti pertanian, tanah, cukai, perdagangan, serta perlombongan. Dalam bidang perdagangan pada teorinya sultan adalah pemilik semua hasil dalam negeri. Pungutan hasil dijalankan oleh pegawainya. Antara monopoli raja ialah garam, tembakau dan candu. Di Kelantan contohnya pada penghujung abad ke-19 setiap kapal yang berlabuh di pelabuhan dikenakan bayaran $25 dan kemudian dinaikkan mengikut saiz kapal. Cukai kepala juga dikenakan. Cukainya $1.00 bagi orang lelaki dewasa yang bebas dan 50 sen bagi hamba. Cukai ini dikenakan tiap-tiap tiga tahun. Di kawasan perlombongan orang Melayu dikenakan $3.00 dan $13.00 bagi orang Cina. Manakala kerabat dan hamba raja dikecualikan dari membayar cukai. Bagi percukaian ke atas tanah pertanian pula, sebagai contoh di Kedah dan Kelantan disebut tanah dan hasilnya adalah milik raja. Rakyat wajib menyerahkan hasil pertanian kepada sultan sebgai cukai. Contohnya seperti kelapa, padi atau wang tunai yang sama nilai dengan harga barang-barang tersebut. Sistem serah dan kerah juga merupakan satu sistem cukai. Rakyat dikehendaki menyerahkan hasil kepada pemimpin. Sebagai contoh di Terengganu rakyat akan diwajibkan membeli barang-barang yang merupakan monopoli raja seperti garam dan pemerintah seperti ketua kampung akan menetapkan bayaran yang perlu dibayar seperti yang diperlukan oleh pemerintah. Sistem ini dijalankan juga di Kelantan seperti yang terdapat dalam catatan Abdullah Munsyi dalam Pelayaran Abdullah yang mengatakan apa sahaja barangan seperti perahu, tanaman, harta ,anak perempuan jika dikehendaki oleh raja boleh diambil dan tidak boleh ditegah. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat. MENGURNIAKAN DARJAH DAN KEBESARAN Tradisi kerajaan mengurniakan gelaran -gelaran bagi pembesar-pembesar. Gelaran ini sentiasa dipelihara untuk mengukuhkan susun lapis masyarakat. Sultan mempunyai kuasa untuk memberi kurnia kepada rakyat yang berjasa. Ganjaran adalah dalam pelbagai bentuk material simbol sosial. Contohnya Ngah Ibrahim dan Long Jaafar yang dikurniakan gelaran Orang Kaya Larut apabila dapat membantu sultan menyelesaikan hutang.Sultan juga mengurniakan daerah atau jajahan untuk pembesar-pembesar yang berjasa seperti Raja Jumaat, Selangor dikurniakan Daerah Lukut hingga ke Kuala Sg Linggi dan Wan Daud Ibni Wan Pahang dikurniakan gelaran Maharaja Setia Raja dan dikurniakan Daerah Lipis. SOSIAL Sultan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Dalam hiraki masyarakat Melayu sultan menduduki tempat teratas. Sultan juga berperanan menjaga keamanan dan kesejahteraan. Oleh itu sultan perlu kuat untuk menjaga keselamatan negeri. Tradisi Sejarah Orang Melayu mengandungi cerita-cerita akhlak untuk menguatkan kedudukan raja. Penyembahan secara rasmi oleh pembesar-pembesar terhadap raja/sultan dilambangkan dan dilahirkan dalam upacara mengadap. Sultan akan berhadapan dengan pembesar contohnya apabila Hari Raya Haji dan Puasa di mana pembesar akan menyembah sultan seperti di Negeri Kedah. Sultan juga bertanggungjawab terhadap perpaduan dengan kuasa-kuasa luar untuk menjaga keamanan negeri. Contohnya menandatangani perjanjian dengan kuasa luar seperti British dan Siam. Contohnya Perjanjian Pangkor oleh Raja Abdullah Perak, Perjanjian yang menyerahkan Seberang Perai oleh Sultan Kedah kepada British dan perjanjian perlindungan Kedah-British. Untuk menjaga keamanan dan keselamatan sultan juga berkuasa untuk menjatuhkan undang-undang terutama yang berkaitan dengan hukum bunuh. Kata-Kata sultan adalah hukum. Di Kelantan misalnya jika raja tidak dapat membuat keputusan cara pengadilannya ialah melalui ujian menyelam dan mengulur tangan ke dalam minyak panas. Cara menghukum dan mengadili berbeza di antara negeri mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. MENENTUKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar. Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.

KETUA PERTAHANAN Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja. Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesarpembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut. B: PERUBAHAN-PERUBAHAN SELEPAS CAMPURTANGAN BRITISH Sistem Residen telah diperkenalkan pada tahun 1874 di Perak dan seterusnya berkembang ke Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan Residen merupakan pentadbir sebenar walaupun beliau sepatutnya bertindak sebagai

penasihat sultan. Semua urusan negeri ditentukan oleh Residen. Sultan hanya berkuasa dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu. Pentadbiran negeri dijalankan atas nasihat Residen Sistem pentadbiran baru berbentuk birokrasi. Pentadbiran negeri ditadbir oleh Pegwai British. Pejabat-pejabat dibuka untuk melicinkan pentadbiran,memungut cukai, menetapkan undang-undang dan mengawal keamanan Badan Perundangan berdasarkan kehakiman British. Hakim-hakim dilantik untuk melaksanakan sistem kehakiman ini. Sultan kehilangan kuasa untuk menjatuhkan hukuman Majlis Mesyuarat Negeri menggantikan Majlis Sultan. Residen menjadi pengerusi Majlis Negeri, segala keputusan Majlis dibuat oleh Residen. Sultan kehilangan kuasa pentadbiran termasuk tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Bidang keselamatan teretak di bawah kekuasaan Residen Pentadbiran British telah mempengaruhi perlantikan sultan baru. Sebelum kedatangan British, seorang Sultan dilantik mengikut keturunan dan mendapat persetujuan daripada pembesar. Dengan kedatangan British, Sultan yang dilantik daripada golongan yang tidak menentang pentadbiran British, misalnya Sultan Yusuf Dengan penubuhan Persekutuan 1896, semua urusan pentadbiran dipindahkan daripada Sultan dan Residen kepada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Pesuruhjaya Tinggi yang berada di Singapura tidak berupaya langsung mengawal dan mengawasi Residen Jeneral Sultan-sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran. Residen Jeneral mempunyai hak penuh ke atas keempat-empat buah negeri itu. Persekutuan 1896 menyebabkan kuasa sultan semakin merosot Sultan-sultan mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. Mereka menggesa dasar pengagihan kuasa dan mengesa bilangan pegawai Melayu ditambah dalam perkhidmatan kerajaan Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 bertujuan untuk menambah kuasa sultan tetapi malangnya sultan hanya menjadi ahli biasa dan tidak mempunyai undi pemutus.Majlis ini boleh menjalankan urusan tanpa kehadiran sultan. Semua perundangan yang diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukan oleh sultan KESIMPULAN Peranan raja / sultan telah berubah setelah campur tangan British . Pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu seperti Perak, Selangor telah menyebabkan Raja-Raja Melayu kekurangan kuasa.

Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri, Persekutuan 1896 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 turut gagal mengembalikan kuasa sultan dan ini menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan sultan dan menuntut pengagihan kuasa

Skema panduan sahaja. Jika calon berjaya menjawab dan boleh memberi jawapan lebih baik beri cemerlang Cara pemeriksaan : impression 20 m Beri cemerlang jika calon berjaya menunjukkan perkembangan sehingga 1896

2. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada penghujung abad ke-19
PENDAHULUAN (3m) - Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888 dengan perlantikan J.P Rodger - Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan dan perkara yang paling penting ianya telah menimbulkan perasaan tidak puas golongan pemerintah di kedua-dua negeri. FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK (10m) PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH - Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkor ditandatangani dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara - Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Perak tanpa gantirugi yang memuaskan. - Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu konsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilai RM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberi gantirugi yang setimpal - Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan kepada Raja Abdullah - Penghapusan system perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga menimbulkan kemarahan pembesar - Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut kerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy - Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar enggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya KELEMAHAN PEMERINTAHAN RAJA ABDULLAH - Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa menjual daerah Krian untuk membayar hutang. Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala Sg Perak kepada Lee Cheng Tee - Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas dengan perlantikan baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing KELEMAHAN KEPERIBADIAN BIRCH - Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dn adat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana budaya yang berbeza - Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan masyarakat tempatan - Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin membuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikan perasaan sultan dan pembesar Melayu - Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut cukai PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN BIRCH - Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai British dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari. - Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia. - Birch juga telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi perlindungan kepada hambahamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultan yang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi. PERASAAN TIDAK PUAS RAKYAT Berapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat. Beliau memperkenalkan cukai bot dan padi. Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah. Beliau juga memperkenalkan unng-undang awam dan jenayah bagi mempastikan peraturan baru dipatuhi

KESILAPAN SIR WILLIAM JERVOIS - Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama sultan - Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran - Pada 11 September,1875 beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak. - Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf PERISTIWA PENENTANGAN Kekecewaan atas tindakan dan juga kesilapan Sir William Jervois menyebabkan Raja Abdullah menjemput semua pembesar Peraak ke satu persidangan bagi membincangkan hal campur tangan British Persidangan tersebut diadakan di Durian Sebatang pada 20 Julai 1875 yang dihadiri oleh hampir semua pembesar Perak kecuali Raja Ismail dan Raja Yusof. Tetapi Raja Ismail telah mengutus surat kepada Raja Abdullah menyatakan persetujuan baginda dgn keputusan persidangan. Mesyuarat memutuskan untuk membunuh Birch dan ianya diserahkan kepada Dato Maharajalela untuk melaksanakannya. Pengisytiharan Penyerahan Kuasa Pentadbiran Raja Abdullah telah ditandatangani pada 2 Oktober 1875 dan Birch telah diarahkan untuk mengumumkan perubahan tersebut. Pada 27 Oktober 1875 Birch telah menampal surat tersebut(proklamasi) di kediamannya dan belayar ke Pasir Salak untuk menampal proklamasi tersebut Pada 1 November1875 Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak dan telah mendapat tentangan. Pada 2 November 1875 Birch ditikam ketika sedang mandi di Sg Pasir Salak oleh Seputum dan Pandak Induk dan beliau mati di tempat kejadian Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Perak antara British dan pembesar Melayu. British telah mendapat bantuan dari tentera India, Hong Kong dan London dan akhirnya pembesar Melayu kalah dengan penawanan Kota Lama pada 4 Jan 1876. Menjelang pertengahan 1876 semua pejuang dapat ditawan. Dato Maharajalela, Seputum, Pandak Induk serta Dato Sagor dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Jan 1877. Sultan Abdullah, Menteri Larut Ngah Ibrahim, Dato Laksamana dan Dato Syahbandar telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Raja Ismail telah diperintah meninggalkan negeri dan tinggal di Johor sementara Raja Muda Yusof telah dilantik menjadi Pemangku Sutan danditabalkan pada 1886 PENENTANGAN DI PAHANG (10m) PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH - Pengenalan Sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistemewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat perintah sahaja - Sultan juga tidak berpuas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yang dianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala Sultan Ahmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun - Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulungnya iaitu Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untuk mengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah - Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889 - Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah - Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai Penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri - Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanya menawarkan elaun tahunan sebanyak RM840 sebagai ganti rugi atas kehilangan kuasa di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000 setahun tetapi tidak dilhiraukan oleh British - Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai ini menyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksa mematuhi undang-undang British - Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elaun tambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabila permintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak.

-

PERASAAN TIDAK PUAS HATI RAKYAT - Undang-undang baru telah diperkenalkan iaitu cukai tanah sebanyak 40sen seeker dikenakan ke atas tanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah - Sistem lessen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang hendak memungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebih dahulu - Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua bulan dalm setahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris kemana sahaja mereka pergi - Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadat masyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi - Kehadiran pelombong Eropah dan Cina juga menyebabkan kebenciaan masyarakat tempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombong terhadap masyarakat Melayu - Dato Bahaman dan Mat Kilau sering menyerang pedagang Cina di Pahang KELEMAHAN PERIBADI J.P RODGER - Beliau tidak pandai menggunkan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang - Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidak menghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan B: PERISTIWA PENENTANGAN Pada bulan Disember 1891 orang Melayu Pahang dipimpin oleh Dato Bahaman telah menentang pentadbiran baru dan beliau mendapat sokongan daripada Tok gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada bulan Disember 1891 serangan Dato Bahaman bermula ke atas rombongan C.E.B Desborough yang menawan dan enggan menyerahkan 3 orang pengikut Dato Bahaman yang dituduh memungut hasil hutan secara haram.Dato Bahaman dan pengikutnya datang ke Bentong untuk berjumpa dengan Penghulu di situ untuk menlancarkan serangan ke atas Balai Polis Bentong Pada awal tahun 1892 Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar Pahang mengadakan perjumpaan sulit di Pulau Tawar dan berjanji akan mengekalkan kedudukan tradisi pembesar. Pada Mac 1892, Dato Bahaman melancarkan serangan ke atas Lubuk Trua dan berjaya menawan Temerloh. Pasukan British di bawah Hugh Clifford dan E.A Wise bersama angkatan Tengku Ali membuat serangan balas ke atas Dato Bahaman di Temerloh dan pertahanannya dimusnahkan. Beliau dan pengikutnya sempat mengundurkan diri ke dalam hutan Pada April 1892 Panglima Muda Jempul menyerang Pekan dan membunuh dua orang pegawai British iaitu Harris dan Steward dan pada 8 Mei 1892 telah berlaku pertempuran di Batu Hampar. Dato Bahaman dikalahkan dan anknya Awang Hamat terbunuh manakala Mat Lela tercedera. Beberapa siri penentangan lain telah dilakukan pada Mei 1892, Ogos 1892 dan September 1892 para pejuang telah melarikan diri ke Kelantan dan Terengganu dan melancarkan beberapa serangan bersama Tokku Paloh. Pada Jun 1894, Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya melancarkan serangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling dan 5 orang polis terbunuh. Seterusnya mereka menyerang dan menawan kubu Jeram Ampai dan berlaku pertempuran dengan British dan British berjaya Pejuang Pahang sekali lagi terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Hugh Clifford mengetuai sepasukan askar untuk memberkas mereka di Terengganu tetapi tidak berjaya kerana Sultan Kelantan dan Terengganu tidak memberi kerjasama Pada November 1895 beberapa pembesar, Dato Bahaman berundur ke Siam dan menetap di situ. Pembesar lain seperti Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau diwartakan meninggal dunia.Keseluruhnnya perjuangan orang Melayu Pahang mengalami kegagalan KESIMPULAN (2m) Perasaan tidak puas hati rakyat telah membawa kepada penentangan di Perak dan Pahang dan menyebabkan pertempuran antara kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun penentangan tersebut dapat diatasi oleh British dan telah menemui kegagalan. CARA PEMERIKSAAN Periksa dengan liberal : jika calon berjaya mengemukakan rekasi yang yang menyebabkan penentangan dan peristiwa penentangan beri calon cemerlang.

3. Usaha yang dilakukan oleh H.N Ridley telah menjadi pemangkin kepada peningkatan perkembangan perusahaan getah di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bincangkan pernyataan tersebut.
PENDAHULUAN Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Henry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu antaranya ialah peranan yang dilakukan oleh H.N Ridley yang menjadi pemangkin kepada perkembangan perusahaan ini di samping faktor-faktor lain Usaha H. N. Ridley a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar “Ridley Getah atau Ridley Gila”. b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu. Kemerosotan harga kopi. Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu. Permintaan terhadap getah yang meningkat. a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917. b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali “Vulcanization”. Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain. c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

Tenaga buruh yang murah a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar. Penyelidikan getah secara saintifik Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan caracara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah. Galakan daripada Kerajaan a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan. b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah. Penglibatan pelabur Eropah Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya Contohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu. Kesimpulan Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Usaha-usaha yang dilakukan oleh H.N Ridley telah menjadi pemangkin kepada perkembangan perusahaan getah. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang turut memberi sumbangan besar terhadap perkembangan ini Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya dan ianya diburukkan lagi dengan Dasar Bumi Hangus yang dijalankan oleh British semasa Perang Dunia Kedua serta sistem ekonomi saradiri yang dijalankan oleh Jepun Panduan: Calon mesti membincang soalan ini dengan menumpu kepada usaha H.N Ridley tetapi calon mesti juga membincang faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi perkembangan ini. Jika calon tidak mengulas markah maksimum isi ialah gagal tinggi sahaja

4. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 – 1945
PENDAHULUAN Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di rantau Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Kehadiran Jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu mendapatkan bahan-bahan mentah untuk ekonomi negara Jepun.Berbekalkan slogan “Asia untuk Asia” dan “ Menghapuskan Imperialisme Kuasa- kuasa Barat” perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh masyarakat setempat kerana melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang Melayu dan India mengalu-alukan kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai penyelamat dan penghalau penjajah British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan pada 8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang 15 febuari 1942, pentadbiran British di Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah diri. Maka, secara rasminya bermulalah zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar pemerintahan negara di berubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar pemerintahan dan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan negatif dan positif kepada masyarakat Tanah Melayu KESAN PENDUDUKAN JEPUN a) POLITIK Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai „kempetei‟ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis. Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk membicarakan kes politik. Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat sokongan. Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September 1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan juga telah diharamkan. Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Kerajaan Siam. Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun. Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat (CentralisedMilitary Administration) yang diketuai oleh Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada Pemerintah Tertinggi Tentera (Commander in Chief) bagi angkatan tentera kawasan ketujuh di Singapura. Pentadbiran awam berjalan dengan penyeliaan tentera. Tanah Melayu telah dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan diketuai oleh seorang Gabenor. b) EKONOMI - Semasa pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap kemelesetan ekonomi Tanah Melayu. Kekurangan makanan dan keperluan kehidupan sehari-hari telah berada pada satu tahap yang sangat meruncing. Perang dunia ke dua yang membabitkan Jepun di pihak Axis menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan melumpuhkan ekonomi. Pada masa peperangan ekonomi seperti perlombongan, pertanian dan perdagangan tidak dapat berjalan lancer Pada masa peperangan juga, perkapalan telah dihalang oleh kapal selam tentera British dan ini menyebabkan barangan makanan dan kain tidak dapat diimport kerana sebelum perang, Tanah Melayu telah bergantung kepada pasaran luar iaitu mengimport beras dan kain dari Thai, Burma dan India. Dengan itu tidak hairanlah harga barangan makanan seperti beras, tepung, gula, kain baju, minyak petrol, minyak masak dan sebagainya telah meningkat. Akibat bekalan yang berkurangan, Jepun telah mengamalkan pemerintahan bersifat „Self Sufficient‟. Dasar ini telah menyebabkan rakyat bergantung kepada kegiatan dalam negara bagi tujuan memenuhi keperluan masing- masing. Pihak Jepun telah menggalakkan rakyat menanam makanan sara diri seperti beras, ubi kayu, keledek, sayuran dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan zaman pemerintahan British yang menjalankan dasar buka pintu untuk perkembangan ekonomi Tanah melayu. Malahan Jepun telah mengamalkan dasar „secukup makan‟ ini dan perusahaan getah diberhentikan untuk

mengantikan tanaman getah dengan bercucuk tanam terutamanya ubi kayu dan bersawah padi. Dengan ini diharap dapat mengurangkan masalah makanan tetapi malangnya masalah kekurangan makanan semakin meruncing. Malahan untuk mengatasi masalah ketiadaan pakaian masyarakat terpaksa memakai baju yang diperbuat dari guni pada zaman tersebut. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat contohnya di Pulau Pinang akibat kesukaran mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas dan Alor Setar, Kedah. Pentadbiran Jepun juga telah menggalakkan pertumbuhan industri tempatan bagi tujuan menghasilkan tali melalui sabut kelapa sawit, menggantikan minyak pelincir dan minyak gris dengan minyak kelapa sawit dan sebagainya. Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik penduduk tempatan menyimpan wang di Bank. Contohnya Jepun menubuhkan Yokohama Speci & Ltd, „Perak People Park‟ yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Johor, Singapura dan Pulau Pinang. Tetapi matlamatnya tidak berjaya. Malahan semasa pendudukan Jepun, tiada perusahaan berat dimonopoli Jepun dan kebanyakan syarikat Jepun mengambil alih contohnya perusahaan besi di kawasan estet Gunung Panjang, Ipoh iaitu The Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The Tojo Kabuski di Perak. Hal ini menyebabkan memberikan kesan negative terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Inflasi berlaku dengan sangat buruk semasa pemerintahan Jepun. Pengeluaran wang pokok pisang yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan barang- barang melambung harganya. Pengeluaran barang utama dikawal dan permit telah dikenakan bagi semua pengangkutan dan perdagangan. Setiap keluarga dihadkan 2 gantang beras sebulan dan pembelian menggunakann kupon dari pejabat kawalan makanan dibandar. Malahan kegiatan eksport dan import hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara sahaja. Contohnya, Pulau Pinang mengeksport getah dan bijih ke negara Jepun. Manakala Jepun membekalkan tentera, perubatan, anak patung, rokok dan sebagainya tetapi separuh darinya dihantar ke pasaran gelap. Hal ini membantutkan dan melumpuhkan perjalanan ekonomi di Tanah Melayu. Situasi kemelesetan ini, inflasi dan peningkatan harga serta kesukaran mendapatkan makanan telah menyebabkan berlakunya penyeludupan, pasaran gelap, boker lintah darat dan eksploitasi kegiatan haram yang berleluasa. Barang makanan hanya dapat dibeli di Pasaran Gelap. Barang-barang yang diseludup di pasaran gelap adalah seperti gula, tepung, babi, rokok, arak, beras, minuman keras, candu, ikan, petrol dan sebagainya.Penyeludupan ini berkembang pesat akibat sikap pihak Jepun yang tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah, ketidakcekapan, pilih kasih dan orang Jepun sendiri terlibat dengan penyeludupan menjadikan pasaran gelap dan penyeludupan bertambah.Selain itu orang Jepun telah merampas barang makanan peniaga tanpa memberikan bayaran. Maka, tidak hairanlah masyarakat telah bertindak menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelap dengan harga yang lebih mahal dan berbaloi. Contohnya di Kelantan pada awal 1942, para petani telah menyorok beras mereka untuk diseludup ke negeri Terengganu dan Pahang dengan harga yang sangat tinggi iaitu antara $10 hingga $13 bagi satu gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 50 sen bagi beras kelas pertama. Selain itu, penyeludupan petrol berlaku contohnya di Batu Pahat yang telah menyeludupkan petrol untuk dijual kepada orang Indonesia untuk mengerakkan mesin mereka seperti mesin tepung sagu dengan harga yang mahal. Kemelesetan ekonomi yang teruk ini telah memberikan kesan buruk terhadap masyarakat tanah Melayu. Tetapi jika kita melihat semula segala pengalaman dalam pemerintahan Jepun ini telah menyedarkan masyarakat terutamanya orang Melayu yang selama ini hidup dalam bersenang-lenang kepada berfikir dan berjuang untuk meneruskan kehidupan. Mereka diajar makna keberanian, kepercayaan diri, untuk terus hidup dan semangat spiritual dan mental yang kuat. Mereka memanfaatkan setiap benda untuk dijadikan sumber ekonomi dan mengajar agar berdiri di kaki sendiri, membuat baju, mencari alatan gantian untuk enjin dan tidak menyerah kepada takdir. Orang Melayu telah mencipta sesuatu yang baru,contohnya senapang patah, tayar basikal dari getah kasar atau segerap, abu menggantikan sabun, gobek untuk mendapatkan api, gula dari nira dan sebagainya. Semua ini seolah-olah membentuk jiwa masyarakat dan pengalaman berharga yang mengajar masyarakat untuk berfikir dan berfikir dalam memperjuangkan kehidupan mereka. Oleh itu, walaupun kehadiran Jepun melumpuhkan ekonomi masyarakat Tanah Melayu tetapi dalam masa yang sama telah menerbitkan satu pemikiran baru bahawa ekonomi boleh dijana dengan pelbagai cara dan mengajar masyarakat agar berjimat cermat dan tidak sentiasa bersenang-lenang kerana musibah mungkin muncul secara tiba-tiba. Malahan, memupuk sikap agar lebih berhati-hati dengan setiap pertolongan kerana bayaran yang perlu kita bayar mungkin tinggi. C) KESAN SOSIAL Jepun telah mengamalkan dasar yang berbeza-beza mengikut kaum di Tanah Melayu. Kaum cina dikatakan sebagai kaum anti-Jepun akibat peperangan Jepun dengan China dan kaum India dilihat lebih fokus terhadap perjuangan di negara India. Kaum melayu pula dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri.Oleh itu, Jepun telah menjalankan dasar berlembut dengan orang Melayu untuk mendapatkan sokongan dan bantuan menentang kerajaan British tetapi sebaliknya pada kaum Cina Jepun telah bertindak kejam dan kasar. Hal ini ditambah dengan keyakinan Jepun bahawa orang Cina di Tanah Melayu telah memberi bantuan kerajaan China semasa perang Jepun-China. Sikap Jepun yang kejam terhadap orang cina ini telah menyebabkan orang Cina terpaksa lari ke hutan dan menubuhkan MPAJA. Kekejaman pihak Jepun terhadap orang Cina terbukti dengan pengenalan dasar Sook Ching iaitu „dasar pembersihan‟ yang telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati yang diperkenalkan secara sistematik pada 21 Febuari oleh Kawamura-Oishi. Malahan Jepun telah membuat penindasan yang kejam dengan merompak, membakar rumah dan

kampung, mengambil barang-barang orang Cina,memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis Cina dan sebagainya. Contoh kekejaman Jepun yang ketara pada masyarakat Cina ialah apabila Jepun telah menjalankan operasi Sok Ching ke atas orang Cina di Bakar Kapur, Sungai Petani pada Febuari 1942. Mangsa telah disuruh mengorek lubang kubur terlebih dahulu sebelum dibunuh. Sehingga May 1940, seramai 40000 orang cina termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh MPAJA telah ditubuhkan oleh orang cina untuk menentang Jepun dan melindungi kepentingan orang Cina. Ini memandangkan tentera jepun bersikap kejam dan tidak berperikamusiaan terhadap orang cina yang dianggap Jepun bersalah kerana membantu orang Cina di China menentang Jepun. Menjelang akhir perang Dunia Kedua MPAJA telah pun mempunyai cawangan di seluruh pelusuk Tanah Melayu dan kemudiannya menentang British dengan tujuan menguasai Tanah Melayu. menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun dan Orang Melayu kerana menganggap orang Melayu sebagai penyokong Jepun terutama PETA. Oleh itu, selepas pemerintahan Jepun berakhir, telah wujud permusuhan kaum antara kedua-dua kaum yang sangat hebat selama tempoh 14 hari sebelum kedatangan British kerana tidak ada pemerintahan Sah. Gerila Bintang Tiga telah bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor), Sungai Manik (Perak), Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan Selangor. Pergaduhan kaum berlaku maha hebat apabila orang Melayu bangkit menentang Bintang Tiga . Hal ini membuktikan pendudukan Jepun telah membawa kesan negatif terhadap perhubungan kaum antara masyarakat dan menjejaskan perpaduan tetapi positifnya ialah perpaduan dan kesatuan yang wujud dalam masyarakat melayu yang mula bangun mempertahankan kedudukan mereka. Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana sepanjang pemerintahan Jepun keadaan kesihatan di Tanah Melayu sangat teruk. Ubatan-ubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, buncit perut, beri- beri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat. Pihak Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas 1 dan kelas 2 untuk orang Jepun dan orang kenamaan yang mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam yang perlu membayar $1/2 sehari tetapi kurang diberi perhatian.Pada saat ini bayaran swasta sangat mahal dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap. Kebanyakan penyakit ini disebabkan oleh kekurangan makanan Di Melaka misalnya, tidak banyak perkhidmatan kesihatan di sediakan, terdapat hospital di daerah Jasin tetapi tidak ada ubat untuk menampung penyakit yang merebak. Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296 kes pada 1942, 17895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi kepada 23,134 kespada 1944. Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman sebelum pemerintahan British. Malahan sumber bekalan ubatan kebanyakannya adalah disalurkan terlebih dahul kepada tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa penjajahan Jepun telah menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan masyarakat di Tanah Melayu. Masyarakat di Tanah Melayu juga sepanjang penjajahan Jepun telah kehilangan sikap bekerjasama dan bersatu padu. Kaum Melayu sememangnya kuat perpaduan dan persaudaraan. Mereka sentiasa bergotor-royong, bekerjasama dan bantu membantu. Tetapi pemerintahan Jepun telah merubah semua ini apabila mereka mula mementingkan diri akibat kesempitan hidup dan melupakan nilai-nilai yang baik. Sifat ingin tahu masalah dan cuba menyelesaikan masalah jga tidak diperdulikan. Kesatuan yang wujud ini hancur dan masing-masing membawa diri dan yang lemah pasti mati. Masyarakat tidak lagi mempunyai banyak masa berbual dengan kawan kerana pada waktu pagi mereka perlu turun ke sawah dan pada waktu petang ke kebun untuk menanam ubi kayu. Di Pulau Pinang, Penduduk akan ditangkap dan dijadikan buruh paksa membuat jalan dan jalan kereta api sekiranya ditangkap bersembang dikedai kopi tanpa membuat kerja dan mereka yang balik awal dari bekerja akan ditampar oleh tentera Jepun. Situasi ini menyebabkan nilai sosial masyarakat kian meruncing. Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap semua agama di Tanah Melayu. Orang Cina misalnya yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu juga orang Buddha dan orang Thoist ke to‟kong. Begitu juga kepada masyarakat India bebas meraikan agama mereka tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara besarbesaran seperti sebelum perang. Bagi masyarakat Melayu juga sama , Jepun membenarkan agama Islam diamalkan tetapi tanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah Melayu. Masjid tempat beribadat orang Islam telah terpinggir akibat orang Jepun menggunakannya untuk makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Masyarakat juga tidak dapat menyambut hari kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan. Malahan, hubungan yang terputus dengan ibu negeri dan kemelesetan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka yang berkeinginan untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan. Jepun juuga telah memaksa semua penduduk Tanah Melayu sujud kepada matahari terbit melambangkan sujud kepada maharaja Jepun. Hal in bertentangan dengan akidah Islam yang hanya sujud kepada Allah SWT. Paling menyedihkan, masyarakat Melayu yang pulang dari sawah untuk bersembahyang Zohor dan menunaikan kewajipan agama telah ditampar Jepun kerana menyangkakan mereka malas bekerja. Situasi ini mendorong kesan negatif terhadap pengukuhan keagamaan masyarakat. Sedangkan nilai-nilai agamalah yang membentuk moral masyarakat. Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan untuk mengalihkan mereka daripada rasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan keruntuhan moral masyarakat. Kerajaan Jepun telah menggalakkan perjudian besar-besaran seperti Dice,pakau, berlaga ayam, daun terup, Mahjong, Lumba kereta. Malahan Jepun juga telah menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, tempat berseronok, dewan tari contohnya di wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di Pulau Pinang. Kesemua ini merupakan perkara yang tidak baik kerana gejala Judi dan hiburan ini telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan

kepada pihak Jepun yang bertindak membuka dan mengutip cukai. Sedangkan, masyarakat yang sedia mengalami masalah ekonomi semakin parah apabila menyertai Judi dan kalah. Dalam masa pemerintahan Jepun untuk melaksanakan dasar yang dirancangkan bagi kawasan-kawasan yang diduduki di mana pihak berkuasa Jepun akan mengawal sistem perhubungan dan pengangkutan serta bekalan makanan. Oleh itu, banyak usaha dilakukan untuk mencari kuli yang dikehendaki bahagian Pejabat Kerja Raya dan tugas mencarinya diberikan kepada penghulu.Penghulu bertindak sebagai pencari kuli seperti pembinaan jalan Keretapi, jalanraya , lapangan terbang. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada setiap buah rumah dimestikan salah seorang akan dipilih menjadi kuli. Penduduk lari kehutan elak jadi kuli kerana orang yang telah pergi tak kembali, berpisah dengan keluarga dan menjadi kuli pembinaan bererti menempah maut. Selain itu, perkembangan dalam sistem pengangkutan melalui pembinaan jalan kereta api yang akan menghubungkan Tanah Melayu dengan negara Thailand. Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orangorang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme. Ramai golongan guru yang pandai berbahasa Jepun dan guru sejak pemerintahan Jepun telah pandai memperjuangkan sekolah kebangsaan, bahasa kebangsaan dan keistimewaan orang Melayu dan memberi kesedaran nasionalisme. Malahan Jepun telah menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar kursus kejuruteraan mekanik, Jurutera Major dan pembinaan kapal. Matapelajaran teknik sebelum ini tidak pernah diutamakan oleh pemerintah Inggeris. Melalui pelajaran ini telah menambah kemahiran masyarakat di Tanah Melayu. Selain itu, pada zaman pendudukan Jepun ini, sesuatu yang amat menarik ialah jenayah pada zaman ini dikatakan berkurangan kerana hukuman berat yang telah diperkenalkan oleh pihak Jepun. Contohnya di Johor, bagi kesalahan mencuri, individu akan diberikan minum air yang banyak kemudian sekeping papan diletakkan diatas perut dan dipijak beramai-ramai oleh tentera Jepun. Hukuman yang paling berat ialah hukuman pancung.Pendudukan Jepun juga telah melatih individu yang terlibat dengan sistem pentadbiran Jepun dan tentera sukarela Jepun telah dilatih dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan Tanah Air yang tinggi . Paksaan Jepun dan disiplin ini menjadikan semua kerja lancar dan licin. Penerapan disiplin ini membantu membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik. KESIMPULAN. Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang Gelap dan tidak disukai oleh hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Sesungguhpun begitu tidak dapat juga dinafikan bahawa zaman ini membawa beberapa segi. Namun begitu, kesan negatif merupakan kesan yang terbesar dimana kekejaman Jepun semasa penjajahan mereka masih diingati dan disebut hingga ke hari ini. CARA PEMERIKSAAN; 6 x3 = 18m dan 2 markah ditambah untuk mana-mana isi atau huraian yang detail : periksa secara liberal

5. Huraikan kesan-kesan sosial, politik dan ekonomi perlaksanaan Undang-Undang Darurat di Tanah Melayu dri tahun 1948-1960
PENGENALAN Darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent pada 19 Jun 1948 untuk menghapuskan ataupun mengawal pergerakan PKM di Tanah Melayu. PKM telah berusaha mendirikan Republik Komunis Malaya secara sah malangnya ia tidak diiktiraf British. Penubuhan PTM 1948 telah membantutkan niat komunis untuk berjuang secara sah oleh itu mereka telah melancarkan Revolusi Bersenjata di Tanah Melayu untuk mempastikan hasrat mereka tercapai. Pembunuhan oleh PKM terhadap tiga orang pemimpin KMT di Johor pada 12 Jun 1948 dan 3 orang pengurus Eropah di Perak pada 15 Jun 1948 telah menyebabkan Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi PTM mengisytiharkan darurat. Pengisytiharan ini memberi peluang kepada untuk membenteras komunis. Perlaksanaan Darurat selama 12 tahun telah mendatangkan kesan ekonomi.social dan politik ke atas Tanah Melayu. KESAN SOSIAL PENDERITAAN RAKYAT Rakyat menderita akibat penyeksaan, penindasan dan serangan mengejut oleh pengganas komunis. UndangUndang Darurat juga menyebabkan penderitaan rakyat kerana ramai penduduk yang disyaki ditangkap dan ditahan tanpa perbicaraan keadaan ini menyebabkan penderitaan bagi orang yang tidak bersalah. Kekurangan makanan, catuan bekalan makanan dan sekatan kebebasan amat menyusahkan rakyat. Orang ramai telah kehilangan kebebasan untuk bergerak kerana diadakan perintah berkurung di merata tempat. Akibatnya orang rami tidak bebas keluar untuk mencari nafkah, untuk bergerak kerana diadakan perintah berkurung di merata tempat. MASALAH PERKAUMAN Pemberontakan komunis telah membangkitkan masalah perkauman di Tanah Melayu. Keadaan ini memberi kesan penting kepada politik khususnya kerana ramai ahli PKM adalah orang Cina dan ramai orang Melayu berperang dengan orang Cina dalam zaman darurat dan masalah ini berlanjutan sehingga masalah ini mengoncang kedudukan sosiopolitik Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin pelbagai kaum seperti dato Onn, EEC Thuraisingham dan tan Cheng Lock telah berusaha untuk meredakan ketegangan dengan penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara kaum pada tahun 1919 yang merupakan satu percubaan untuk mewujudkan perasaan muhibah di kalangan penduduk di Tanah Melayu Sebagai usaha untuk mengurangkan lagi sokongan orang Cina lepada PKM Sir Henry Gurney telah menggalakkan orang Cina menubuhkan parti politik contohnya ahli-ahli Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan seperti Tan Cheng Lock telah mengasaskan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA). Pertubuhan politik berhaluan kanan dapat mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunis MELONGGARKAN SYARAT-SYARAT KEWARGANEGARAAN Pada tahun 1950an pihak British sedar akan rancangan untuk menghapuskan pengaruh komunis yang seharusnya melibatkan kebajikan dan kepentingan ramai. Sebagai langkah pertama pihak kerajaan British cuba menyelesaikan soal kewarganegaraan. Pada tahun 1952 syarat kewarganegaraan dipinda yang membolehkan kira-kira 120 000 orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu PENGUBAHSUAIAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan penjajah telah menegangkan hubungan antara kaum oleh itu kandungan semua sukatan pelajaran bagi semua jenis sekolah di Tanah Melayu telah digubal dan ianya hendaklah berkaitan dengan hal ehwal negara ini. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah. Diharapkan penggunaan Bahasa Melayu dapat memupuk semangat persefahaman di kalangan mayarakat. Selain itu skim latihan guru yang membolehkan guru-guru mendapat latihan permulaan di Kirby (Liverpool) dan selanjutnya Brinsford (Birmingham) diharap dapat menhapuskan semangat kenegeriaan KESAN EKONOMI KEMEROSOTAN KEGIATAN EKONOMI Perlaksanaan darurat telah meninggalkan kesan ekonomi terhadap rakyat dan negara. Di bawah Rancangan Briggs pihak British telah memindahkan penduduk-penduduk Cina yang tingla berhampiran dengan hutan ke kampung-kampung baru. Kumpulan ini disyaki membantu PKM dengan memberi bekalan makanan dan ubat-ubatan. Oleh itu kumpulan ini telah dipindahkan ke Kampung-Kampung Baru yang dilengkapi dengan semua kemudahan dan dipagari dengan kawalan rapi Didapati di bawah Rancangan Briggs seramai 573 000 orang dipindahkan dan perbelanjaan yang diperuntukkan ialah $7 juta pada tahun 1950. Jumlah ini meningkat lagi menjadi $133 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini merupakan satu beban lepada British kerana Tanah Melayu berada dalam keadaa muflis selepas Perang Dunia Kedua Serangan gorila dan dasar bumi hangus yang dijalankan oleh PKM melumpuhkan ekonomi negara. Pengangkutan darat tergendala kerana jalan raya disekat di kawasan-kawasan yang dianggap di bawah pengaruh komunis atau di mana komunis pernah melakukan sabotaj. Keganasan nkomunis mengendalikan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi.

Komunis memusnahkan sumber-sumber hasil negara ini sebagai strategi utama untuk menewaskan Ingerís dan menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu PERDAGANGAN TERJEJAS Pengisytiharan perintah berkurung mengganggu pengurusan perdagangan dengan licin kerana ia menghadkan sistem perhubungan dan pengangkutan. Keadaan Tanah Melayu tidak aman ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak lagi berminat untuk melabur dalam urusan perdagangan. Keadaan ini menyebabkan ekonomi Tanah melayu merosot. Kerajaan terpaksa menjalankan rancangan pembangunan untuk memperbaiki semula kawasan yang dimusnahkan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kerajaan terpksa membelanjakan sebanyak $15 ribu ingá $1 juta setiap hari untuk pembangunan rakyat dan negara. Oleh itu rancangan pembangunan tidak dapat dijalankan kerana keadaan kewangan yang tidak stabil KESAN POLITIK MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN Darurat menyebabkan Inggeris membuat persediaan kea rah berkerjaan sendiri bagi rakyat Tanah Melayu. British menyedari akan perasaan rakyat yang semakin tidak puas hati dengan pentadbirannya. Oelh itu langkah-langkah diambil supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. Langkah tersebut termasuklah pengenalan pilihanraya perbandaran yang diadakan di George Town Pulau Pinang pada Disember 1951 dan seterusnya di Kuala Lumpur pada tahun 1951. TOLAK ANSUR TERHADAP PARTI-PARTI Pada peringkat awal darurat pihak British berkeras pada parti-parti berhaluan kiri yang dianggap bersimpati dengan PKM seperti PKMM, AWAS dan API dengan memberkas dan memenjarakan pemimpinnya. Menjelang tahun 1950-an kawalan ke atas kegiatan politik dilonggarkan dan banyak pari politik ditubuhkan. Malah golongan kiri seperti anggota bekas PKMM pun membuat persediaan untuk berpolitik semula. Akhirnya pilihanraya kebangsaan telah diadakan pada tahun 1955 yang seterusnya membawa kepada kemerdekaan Tanah melayu apabila Perikatan menang 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan KESIMPULAN Apabila Tanah Melayu mencapai taraf kemerdekaa pada tahun 1955, Ketua Menteri Tunku Abdul rahman telah menawarkan rundingan dengan PKM. Rundingan yang diadakan di Baling iru walau bagaimanapun gagal dan PKM meneruskan rancangan perang gerilanya sementara kerajaan memperhebatkan rancangan membenteras komunis. Keganasan komunis begitu merosot dari masa ke semasa sehingga pada tahun 1960 kerajaan mampu mengisytiharkan darurat tamat di seluruh negara PERIKSA SECARA LIBERAL : ANALATIKAL & IMPRESSION: 6 X3 = 18 : 2m ditambah pada huraian yang detail

6.

Bincangkan faktor-faktor penubuhan Gagasan Malaysia 1963.

PENGENALAN - Idea penubuhan telah dicadangkan oleh Turku Abdul Rahman. Turku mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkan dengan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah persekutuan yang dinamakan Malaysia - Factor-faktor penubuhan Persekutuan Malaysia ialah ancaman komunis, keseimbangan kaum, kemajuan ekonomi bersama, perkembangan politik Sarawak dan kemerdekaan segera bagi Singapura, Borneo Utara dan Sarawak serta sokongan kerajaan British - Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, penubuhan Suruhanjaya Cobbold, mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura dan Jawatankuasa Antara Kerajaan ANCAMAN KOMUNIS Pengaruh komunis di Singapura. a. Krisis politik Singapura antara PAP dan parti berhaluan kiri semakin memuncak apabila PAP kalah dalam dua pilihanraya kecil kawasan Hong Lim pada 21 April 1961 dan Kawasan Anson. Politik Singpura akan dikuasai pemimpin yang radikal dan berhaluan kiri daripada Parti Barisan Sosialis sekiranya tidak dibendung. British bimbang kumpulan ini akan menuntut kemerdekaan sendiri dan dipengaruhi oleh komunis. b. Bagi menyelamatkan kuasanya, Lee Kuan Yew sanggup berbincang dengan Tunku Abdul Rahman dan mencadangkan Singapura bergabung dalam gagasan Malaysia. c. Kedua-dua mereka juga berpendapat sekiranya Singapura diberi kemerdekaan secara bersendirian, ia akan dikuasai oleh komunis dan akan menggugat gagasan Malaysia yang dicadangkan. d. Pada bulan Ogos 1961, Lee Kuan Yew telah bertemu dengan Tunku untuk merangka perjanjian sementara percantuman Singapura – Tanah Melayu dengan beberapa syarat tertentu. e. Tunku Abdul Rahman turut bimbang dengan perkembangan politik di Singapura, khususnya selepas tamat Perlembagaan Persekutuan. Tunku bimbang Singapura yang merdeka akan diperintah oleh komunis yang kemudiannya akan mengugat Parti PAP yang pro-Tanah Melayu dan menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu. Pengaruh komunis di Sarawak a. Pengaruh komunis turut merebak dan mengamcam kestabilan politik di Sarawak. Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Pertubuhan Komunis Sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA) ditubuhkan. Mereka menghasut orang Cina yang terdiri daripada pelajar dan kesatuan – kesatuan sekerja supaya menentang dasar pendidikan British yang dianggap boleh mengancam dan menghapuskan identiti dan kebudayaan Cina. b. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang berpengaruh juga diresapi oleh ideologi komunis. c. Wilayah yang berdekatan dengan Sarawak iaitu Kalimantan dan Brunei turut dipengaruhi oleh gerakan komunis Indonesia. d. Kerajaan British telah melancarkan “operasi pisang” tetapi tidak berjaya menghalang pengaruh komunis. Keadaan ini amat membimbangkan Tunku. Beliau berpendapat Sarawak perlu bergabung dalam gagasan Malaysia bagi mengekang pengaruh komunis. KESIMBANGAN KAUM - Dengan wujudnya penggabungan Tanah Melyu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah diharapkan akan wujud keseimbangan antara bumiputera denga bukan bumiputera - Sekiranya penggabungan hanya melibatkan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja kemungkinan besar penduduk bukan bumiputera akan melebihi golongan bumiputera - Kemasukan Singapura dalam Malaysia akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan komposisi kaum kerana 75% penduduk Singapura adalah orang Cina. Komposisi kaum di Tanah Melayu ialah 49% Melayu dan 37% Cina. Kemasukan Singapura tanpa Sabah, Sarawak dan Brunei akan menyebabkan bilangan orang Cina mengatasi bilangan orang Melayu keseluruhannya. -Tunku bimbang keadaan ini akan mengancam kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan supaya negeri-negeri di Pulau Borneo menyertai Malaysia kerana 70% penduduk di wilayah tersebut adalah Bumiputera. MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN - Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei masih belum merdeka semasa gagasan Malaysia dicadangkan. Sabah dan Sarawak diletakkan di bawah status negeri jajahan, sementara Brunei dan Singapura bertaraf negari naungan. -British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan awal sekiranya negeri- negeri tersebut bercantum dengan Tanah Melayu membentuk gagasan Malaysia. Penggabungan wilayah- wilayah ini akan menamatkan penjajahan British dan menjamin keselamatan dari ancaman luar seperti Filipina dan Indonesia. - Penggabungan ini dapat memastikan keseragaman pentadbiran dalam usaha untuk mengawal ancaman komunis -Dari segi latar belakang sejarah, semua negeri tersebut pernah berada di bawah sistem pentadbiran yang sama iaitu di

bawah Kerajaan Inggeris. Sarawak dan Sabah juga telah mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa di bawah penjajahan Inggeris. -Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan sebagainya. - Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak dapat dipercepatkan. KEMAJUAN EKONOMI BERSAMA - Sebelum penubuhan Malaysia, kemajuan ekonomi tidak seimbang antara negara. Sabah dan Sarawak agak ketinggalan - Diharapkan penubuhan Malaysia akan dapat mewujudkan kerjasama ekonomi - Kemajuan ekonomi di Sabah, Sarawak , Brunei, Tanah Melayu dan Singapura adalah tidak seimbang. Misalnya Tanah Melayu kaya dengan hasil pertanian komersil dan perlombongan, Singapura berkembang kerana kemajuan pelabuhan entreport dan perusahaan, manakala Sarawak dan Sabah lebih banyak bergantung kepada pengeluaran hasil hutan.Oleh itu, pembentukan Malaysia diharap dapat mewujudkan kerjasama ekonomi dengan negeri-negeri mundur seperti Sabah dan Sarawak. - Negeri-negeri Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula lebih maju dan diharap dapat memberikan sumbangan kepada pembentukan negara Persekutuan kelak. MEMAJUKAN PENDUDUK BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK - Semasa pemerintahan British penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak mendapat kedudukan yang istemewa dan ketinggalan dalam bidang pendidikan. Kaum pendatang membolot kekayaan dan menguasai jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran dan pendidikan - Diharapkan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia kedudukan bumiputera akan mendapat layanan yang lebih istimewa KESIMPULAN - Malaysia telah menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun penubuhannya telah mendapat tentangan dari negara-negara jiran yang lain seperti dari Indonesia, Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir kerana timbulnya penentangan daripada pemimpin Parti Rakyat Brunei A. M. Azahari dan perubahan pendirian Sultan Omar Ali Saifuddin. Namun Singapura telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 setelah memainkan isu perkauman dalam kempen pilihanraya dan kemudiannya mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun tersebut. - Gagasan Malaysia diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963. Dengan pembentukan ini hasrat komunis untuk menguasai wilayah- wilayah tersebut telah gagal sama sekali.

BAHAGIAN B

7. Bandingkan sistem sosial yang diamalkan di Jepun dan Vietnam pada awal abad ke-19
PENGENALAN: Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia pada abad ke-19 kebanyakan negara Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan merupakan kerajaan berbentuk sistem feudal. Feudalisme bermaksud satu masyarakat yang bersusun lapis mengikut heiraki dan ianya merupakan cara hidup yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Ianya juga merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang diperintah oleh individu-individu tertentu yang tidak terikat dengan kerajaan pusat. Di Asia sistem feudal dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan memerintah terdiri daripada raja dan pembesar sementara golongan yang diperintah pula ialah rakyat. Tujuan sistem feudal ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan status golongan tertentu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian masyarakat SISTEM FEUDAL DI JEPUN GOLONGAN PEMERINTAH MAHARAJA Di Jepun, Maharaja tidak berkuasa langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan. Kehidupan Maharaja di Kyoto dikawal ketat oleh Shogun dengan pelbagai undang-undang dan peraturan. Di Jepun, Maharaja dibonekakan dan terbelenggu di istana. Rakyat tidak boleh mngadap maharaja kecuali dengan kebenaran Shogun SHOGUN Shogun Tokugawa adalah panglima tertinggi tentera di Jepun dan merupakan pemerintah diktator yang menampilkan dirinya sebagai pemimpin di lapisan teratas, memiliki autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja. Shogun sangat dihormati, ditakuti dan digeruni. Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada keluaran hasil pertanian negara. Shogun memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan Jepun kerana maharajá sebagai boneka dan corak pemerintahan Jepun menjurus lepada konsep ketenteraan (bakufu) - Ibu negerinya di Yedo(Tokyo) juga merupakan pusat pentadbiran. Shogun memerintah atas nama Maharajá dan mereka sentiasa meminta penghargaan dari baginda - Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa instituís pembesarnya mengandungi: a) Tairo(Majlis Penasihat Agung) : bertanggungjawab menasihati Shogun mengenai dasar-dasar negara yang penting dan menjdi pemangku maharajá sekiranya shogun yang dilantik belum cukup dewasa b) Roju (Majlis Tertua) : bertanggungjawab membentuk Majlis Negara yang menguruskan segala perkara yang berkaitan dan berhubungan dengan istana c) Kuge (Golongan bangsawan) : menyelia hal ehwal dalam negeri dan mengawasi biara-biara d) Hyojosho (Majlis Kehakiman) : mengendalikan dan mengawasi peraturan-peraturan dan undang-undang Jepun Daimyo/Tuan Tanah/Land lord Daimyo terletak dilapisan selepas Shogun. Mereka diklasifikasikan mengikut hubungan dan pertalian darah dengan Shogun iaitu Daimyo Sanke yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Tokugawa dan dibahagi kepada Kii, Owari danMito. Sunkyo bermaksud tiga pembesar yang mempunyai pertalian dengan Tokugawa. Mereka memakai nama keluarga mereka iaitu Toyasu, Hitotsubashu dan Shimizan. Koman bermaksud rumpun keluarga berkait. Bilangan mereka lebih ramai dan memakai nama keluarga mereka iaitu Matsudaimo. Fudai merupakan penyokong kuat Tokugawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak istimewa seperti boleh menjadi anggota dua Majlis Negeri. Tozama terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal dan terpaksa tunduk kepada Tokugawa. Mereka dilarang memegang jawatan di peringkat pusat kerana dicurigai sebagai golongan penentang. Di Zaman Tokugawa peranan daimyo dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Fudai (warisan), Shimpan (ahli kepada berbagai cawangan keluarga Tokugawa) dan Tozama (pembesar luar yang tidak mempunyai pertalian dengan shogun). Daimyo Fudai memegang tanah seluas hampir 50 000 koku. Daimyo Fudai ditempatkan di kawasan strategik terutama sepanjang Jalan Tokaido yang merupakan salur nadi perhubungan di Jepun. Golongan ini akan mengawasi gerak geri golongan Tozama

- Daimyo Shimpan atau Rumah-Rumah Bersaudara terdiri daripada golongan daimyo dari berbagai cabang keluarga Tokugawa yang terdiri dari Go-Sanke atau Tiga Rumah, kepunyaan anak Ieyasu yang terletak di daerah Owari, Kii dan Miito - Daimyo Tozama atau Tuan-Tuan Tanah Di Luar ádalah golongan Daimyo yang samada bersifat neutral atau bermusuhan dengan Ieyasu. Kedudukan tanah atau ladang-ladang mereka jauh dari Edo (pusat bakufu) atau kawasan yang kurang penting atau strategik. Untuk melemahkan kekuasaan ekonomi daimyo Tozama mereka dipaksa menyumbang tenaga manusia, bahan-bahan dan wang untuk berbagai-bagai verja awam dan pembinaan istana-istana bagi keluarga Tokugawa. Mereka juga diarah untuk memusnahkan semua kapal-kapal perang mereka yang melebihi 50 tan - Sistem Sankin Kotai atau Sistem Kehadiran Bergilir dikenakan ke atas setiap Daimyo yang memaksa mereka menukar tempat kediamannya setahun selang di antara Edo dan tanahnya sendiri. Apabila pulang ke tanah sendiri, beliau harus meninggalkan isteri dan anak-anak di Edo sebagai penjamin. Ketika di Edo seorang daimyo berkewajipan melaksanakan berbagai upacara dan tugas pentadbiran untuk Bakufu dan apabila beliau tingla di tanahnya sendiri, beliau tidak dibenarkan melawat tanah lain tanpa pengetahuan Bakufu. Sistem ini menimbulkan beban kewangan yang serius ke atas ramai tuantuan tanah feudal yang dipaksa mengendalikan dua tempat kediaman : satu di Edo dan satu satu lagi di tanah mereka sendiri Golongan Diperintah Samurai Menduduki hierarki tertinggi dalam golongan diperintah. Hanya segelintir samurai dibenarkan memiliki tanah sendiri. Samurai biasanya tidak mempunyai tanah dan upah mereka dibayar dalam bentuk beras. Di zaman keamanan, peranan samurai mula berubah dan menjadi pentadbir ladang, wilayah, mengurus kewangan, mengawal dusun dan utusan. Samurai dibahagi kepada tiga kelas iaitu kelas teratas di mana bilangan mereka tidak ramai, kelas sederhana adalah taraf samurai sebenarnya dan kelas bawahan merupakan tentera berjalan kaki. - Samurai íalah golongan pahlawan yang menjunjung kuasa pemerintahan pembesar-pembesar mereka terutamanya Shogun iaitu mengawal kedudukan dan kepentingan shogun. - Samurai mulai lemah apabila mereka mengamalkan sifat suka kepada kemewahan an boros. Dalam keadaan ini mereka bergantung kepada orang lain dan menyebabkan pendapatan mereka juga terjejas kerana pendapatan shogun dan daimyo terjejas - Keadaan miskin samurai menyebabkan mereka hilang kesetiaan lepada Shogun dan Daimyo sehingga mereka memutuskan hubungan dengan tuan-tuannya dan menjadi samurai tanpa tuan - Melalui Pemulihan Meiji golongan samurai turut mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1876, golongan samurai mengalami nasib yang sama seperti daimyo dan gaji yang dibayar kepada mereka dalam bentuk beras ditukar kepada bentuk wang tunai di samping elaun tahunan yang juga diberi dalam bentuk wang tunai - Golongan samurai pula diserap dalam sistem pentadbiran kerajaan sebagai pegawai kerajaan yang terlibat dalam perushaan, kakitangan dan sebagainya. Mereka dibayar pencen dan ganti rugi yang kecil dan jumlahnya tidak mencukupi - Ketegangan memuncak apabila samurai dilarang membawa pedang dan diarah untuk menjalani kerahan tenaga yang pada anggapannya satu paksaan dan tidak layak menjalani kerahan tenaga - Pada tahun 1877 golongan samurai telah bangkit melakukan penentangan seperti Pemberontakan Saigo Takamori di Kyusu tetapi pemberontakan gagal dan samurai kehilangan kuasa dan kedudukan tradisi mereka Petani Golongan ini sangat dihormati dan dianggap sebagai asas pembinaan negara kerana petani terikat dengan tanah. Mereka menghasilkan beras dan membayar cukai feudal. Di zaman Tokugawa, golongan ini terikat dengan tanah dan tidak boleh menukar pekerjaan. Setelah berlaku perubahan ekonomi, golongan petani mula terlibat dalam kegiatan lain yang berkaitan dengan pertanian seperti menghasilkan sutera, kertas, lilin, menekap kain dan lain-lain. Ada juga yang terlibat dalam pertanian konglomerat, menjadi pekedai runcit, peminjam wang disamping kekal sebagai tuan tanah. Walaupun golongan ini mengecap kekayaan tetapi taraf sosial mereka masih tidak berubah. Di kalangan rakyat biasa petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal demikian kerana Jepun adalah sebuah negara pertanian yang tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar berikutan amalan dasar tutup pintunya. Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk masyarakat Jepun dan membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan mereka Cuma diberi secukup makan sahaja kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk negara Masyarakat petani juga dikenakan sistem kerah. Berdasarkan sistem ini, petani akan mengangkut barang-barang pertanian dan melalui sepanjang Jalan Tokaido dan melalui beberapa sekatan bagi membolehkan pegawai dan pengintip bakufu menjalankan pemeriksaan ke atas setiap petani yang melalui jalan tersebut. Petani yang menggunakan jalan lain akan dikenakan hukuman bunuh Golongan petani juga dibebankan dengan kerja-kerja buruh terutama untuk kerja-kerja awam dan membekalkan kuda bagi perkhidmatan utusan dan pos. Setiap kampong telah dipaksa menyediakan pekerja dan kuda yang akan digunakan selama tiga bulan pada musim bunga dan tiga bulan pada musim buah. Kerja paksa juga ini adalah satu beban dan menyusahkan petani-petani malahan mereka sering tertekan dan dikenakan cukai berlebihan

Masyarakat petani juga mendapat pendidikan kerana bakufu dan tuan-tuan tanah amat mementingkan pendidikan. Mereka menyediakan sekolah-sekolah kampong (terakoya) di kampong-kampung. Terdapat hampir 60 000 terakoya telah didirikan untuk keperluan anak petani dan mereka diberi kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira Artisan Masyarakat seterusnya ialah golongan tukang-tukang mahir (artisan). Mereka mahir membuat pedang dan alat-alat lain yang serbaguna. Diberi gaji, penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat. Di beri gaji yang baik dan rumah. Tukang kayu juga diberi layanan yang sama iaitu gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang. Tukang-tukang yang tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk daimyo - Golongan ini memainkan peranan yang penting tetapi status sosial mereka lebih rendah daripada petani. Mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang jahit dan lain-lain. Walaupun berpendapatan lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial mereka lebih rendah. Saudagar/ Pedagang - Kelas terakhir ialah pedagang (chonin). Mereka dipandang rendah oleh masyarakat Jepun kerana pedagang dianggap tidak mendatangkan hasil kepada Jepun. Namun begitu keadaan aman mengakibatkan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang telah Berjaya mengumpul wang dan harta yang banyak. Mereka kemudiannya berjaya memperbaiki status diri dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang. Antara golongan saudagar yang terkenal ialah Mitsui, Konoike dan Sumitomo Menduduki lapisan paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Jepun. Saudagar menguasai perdagangan tempatan yang kompleks merangkumi pelbagai jenis pekerjaan seperti jualan barangan, gudang, pengangkutan, broker beras, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka juga merupakan golongan yang memanipulasi pelbagai perniagaan. Golongan saudagar juga menubuhkan persatuan dan melindungi diri mereka melalui tindakan berkumpulan. Mereka adalah golongan yang kaya tetapi status mereka kekal di lapisan paling bawah. VIETNAM Dalam struktur feudal di Vietnam Maharaja menduduki hierarki tertinggi,ia kemudian diikuti oleh golongan Cendekiawan-pentadbir dan di bawah rakyat jelata atau petani. Maharaja berada di puncak kekuasaan. Sistem Maharaja Vietnam menerima pengaruh China dengan mengamalkan konsep “mandat dari syurga”. Melalui konsep mandat dari syurga maharaja harus dihormati kecuali maharaja kehilangan mandat dari syurga. Seseorang Maharaja harus mempastikan kesejahteraan negara dan rakyatnya dengan memberi contoh yang baik terhadap rakyatnya. Ini bertepatan dengan falsafah Confucius, “seseorang pemerintah samalah seperti angin dan sifat rakyatnya pula seperti rumput, rumput akan tunduk mengikut arahan angin bertiup.”. Walaupun pada prinsipnya Maharaja mempunyai kuasa mutlak tetapi Quan/Mandarin telah dilantik untuk membantu tugas-tugas pentadbiran Maharaja. Tugas maharaja tertumpu kepada upacara adat resam tradisional sahaja. Mengabaikan upacara- upacara tersebut menyebabkan negara mengalami kecelakaan. Maharaja yang bertindak tidak adil akan kehilangan mandat dari syurga dan ketika itu penentangan daripada rakyat adalah wajar . Setiap Maharaja Vietnam ditabalkan oleh wakil maharaja China sebelum dianggap sebagai maharaja yang sah dan berwibawa Quan atau Mandarin Golongan cendekiawan-pentadbir menduduki hierarki kedua selepas maharaja. golongan ini digelar Quan atau Mandarin. Golongan ini terdiri daripada mereka yang berpendidikan. Kedudukan mereka penting kerana masyarakat Vietnam menekankan taraf pendidikan dan ijazah dalam perlantikan ke perkhidmatan awam. Tahap pendidikan yang menentukan seseorang itu menjadi pegawai atau pekerja bawahan. Seseorang hanya boleh dilantik menjadi pegawai kerajaan setelah lulus peperiksaan Confucius Quan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh. Mereka akan menentukan beberapa aspek kehidupan rakyat termasuk keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian yang mesti dipakai serta upacara kagamaan yang berkaitan dengan pengkebumian. Kelompok Quan bukanlah bersifat warisan. Ia bersifat terbuka kepada sesiapa sahaja dengan syarat memiliki tahap pendidikan yang berasaskan pendidikan Confucius. Walaupun Quan bersifat terbuka tetapi sebilangan kecil sahaja rakyat biasa yang berpeluang menjadi Quan. Ini pencapaian akademik di peringkat daerah atau pusat hanya terbatas kepada rakyat yang mempunyai harta dan masa untuk belajar. Quan bertindak sebagai pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas maharaja. mereka bertanggungjawab kepada maharaja yang melantik dan boleh memecat mereka. Golongan Quan mendapat sokongan dansanjungan daripada rakyat serta sangat dihormati . Dalam masyarakat Vietnam tidak ada golongan bangsawan, ini kerana maharaja Gia Long telah menghapuskan keistimewaan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja. Mereka tidak dibenarkan memiliki ladang yang besar dan memungut cukai. Menurut Buttinger, masyarakat Vietnam tidak mempunyai bangsawan yang menjadi tuantuan tanah serta kapitalis perusahaan. Golongan Mandarin yang benar-benar memegang kuasa.

Rakyat jelata-petani Mereka menjalankan kegiatan ekonomi saradiri seperti menanam padi sawah. Setiap unit kampung mampu mengeluarkan segala yang dikehendaki .Tiap-tiap kampung terlibat dalam pengkhususan sesuatu perusahaan kampung seperti menenun atau membuat pertukangan tangan. Sumbangan petani sangat penting dalam menyediakan makanan kepada rakyat memandangkan Vietnam mengamalkan dasar tutup pintu. Seorang petani juga dimestikan membayar cukai dan terpaksa menyumbang tenaga dalamm urusan-urusan kerajaan seperti membina empangan dan tali air bagi tempoh 20 hingga 60 hari dalam setahun. Golongan hamba Merupakan golongan penjenayah dan dihantar ke kem-kem tentera di sempadan dan membuka tanah baru untuk dikerjakan. Setelah hukuman sebagai hamba tamat, mereka boleh menjadi petani di tanah yang mereka usahakan. KESIMPULAN: Sebagai kesimpulannya kita dapati, susun lapis masyarakat atau sistem feudal yang diamalkan di negara Jepun dan Vietnam mula berubah setelah campur tangan kuasa-kuasa Barat. Di Jepun, perubahan turut berlaku apabila Shogun Tokugawa telah dijatuhkan dan digantikan dengan Maharaja Meiji. Baginda telah mengadakan pembaharuan-pembaharuan di Jepun meliputi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial. Sistem ekonomi wang telah menyebabkan golongan saudagar menjadi golongan penting semasa zaman Maharaja Meiji. Struktur sosial masyarakat feudal di Vietnam mempunyai mobiliti sosial melalui peperiksaan. Anak-anak petani yang lulus peperiksaaan mempunyai peluang dilantik sebagai pegawai perkhidmatan awam. JAWAPAN CALON MESTI MENUNJUKKAN PERBADINGAN JIKA TIDAK GAGAL TINGGI JIKA HURAIAN DETAIL

8. Bincangkan sistem adat yang diamalkan oleh masyarakat Indonesia dan India sebelum campurtangan Barat
PENGENALAN Adat bermaksud peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuh. Ia disampaikan secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak dilahirkan hinggalah pada hari kematian mereka. Mereka dipengaruhi oleh ajaran Confucius manakala masyarakat India mengamalkan hukum adat yang berkaitan dengan pengaruh agama Hindu. Semua adat ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat. ADAT DI INDIA (10m) Adat pembunuhan bayi perempuan Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil iaitu semasa bayi tersebut masih menyusu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak itu berkahwin kelak. Ia biasanya dilakukan oleh golongan miskin. Adat Suttee Adat yang melibatkan pembakaran balu dalam upacara pembakaran mayat suami mereka. Adat ini diamalkan oleh masyarakat India sebagai bukti kesetiaan isteri terhadap suami dengan alasan suami isteri tersebut dapat hidup bersama di syurga. Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal. Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829. Adat Thuggee Merupakan amalan merompak dan pembunuhan di jalan. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan agama yang bersenjata menyamar lalu mencekik pengembara jalanan sehingga mati atas nama Dewi Kali. Adat bertindik hidung Amalan ini dilakukan oleh kaum wanita India dengan memakai barang kemas di hidung dikenali sebagai muukkuti. Adat ini menjadikan seseorang wanita itu lembut, mengimbangkan suhu badan dan dianggap membawa kebaikan. Adat Pottu Adat meletakkan tanda di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai taligam. Pottu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita India. Terdapat juga kaum lelaki yang memakai pottu merah atau cendana. Amalan sistem kasta Masyarakat di India dibahagikan mengikut golongan tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Sistem kasta dibahagikan mengikut empat kelas masyarakat iaitu Kysatria (perwira,aristokrat), Brahmin (sami) , Vaisya (pedagang) dan Sundra ( rakyat biasa). Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu Balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya memakai sari putih sahaja. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. Adat khas bagi wanita hamil Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Wanita hamil tidak boleh mengumpat, bergaduh dan sebagainya untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat. Adat dalam sistem perhambaan Masyarakat India merupakan antara masyarakat yang mengamalkan sistem perhambaan. Dalam sistem ini hambahamba akan dikorbankan untuk sesuatu upacara pengorbanan yang dijalankan bagi meningkatkan kesuburan dan kemakmuran tanah dalam usaha mereka untuk mengukuhkan ekonomi masyarakatnya. Adat ini banyak mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Namun dalam tahun 1843 Lord Ellen borough telah meluluskan Akta Penghapusan Sistem Perhambaan dan melalui akta ini berjuta-juta hamba di India telah dibebaskan tanpa sebarang ganjaran yang diberikan kepada tuan atau pemilik-pemilik hamba

Adat Membunuh Kanak-Kanak Masyarakat India juga mengamalkan adat membunuh kanak-kanak yang akan dibuang ke dalam Sungai Ganges bagi melengkapkan upacara keagamaan. Adat ini dilakukan apabila ahli keluarganya mempunyai niat atau nazar tertentu buat dirinya atau keluarganya. Adat ini juga ditentang dan pada tahun 1802 British menubuhkan Undang-Undang Bengal ke-21 dan mengistiharkan bahawa amalan membunuh kanak-kanak dianggap satu jenayah. Amalan adat ini berakhir perlahanlahan setelah masyarakat India menerima pengaruh pendidikan British dan timur ADAT MASYARAKAT DI INDONESIA (10M) ADAT WANITA HAMIL Mengikut adat apabila wanita hamil memasuki bulan ke 7 mereka akan mengadakan upacara mandi hamil untuknya. Dalam upacara ini, wanita berkenaan akan menyediakan rojak dan menjualnya kepada para tetamu. Harga rojak akan dibayar dengan atap genting. Dipercayai adat ini mengajar sifat berjimat cermat kepada bayi yang berada dalam kandungan. Rasa rojak juga akan menentukan jantina bayi yang berada dalam kandungan iaitu masam untuk Anak lelaki dan manis untuk anak perempuan. Wanita hamil juga diberi makanan khusus dan tidak dibenarkan menyentuh benda tajam seperti pisau dan gunting yang mungkin akan memudaratkan bayi. Tetamu juga tidak dibenarkan memberi hadiah kepada bayi berkenaan kerana perbuatan tersebut dianggap akan member keburukan kepada bayi ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK Upacara menyambut bayi diadakan dengan upacara meramal nasib bayi tersebut iaitu dengan meletakkan pelbagai bahan di hadapannya untuk melihat apa yang disukainya. Bayi juga dibekalkan dengan azimat atau tangkal berupa benang yang dililit di lengan atau di leher untuk melindungi mereka dari dirasuk oleh unsure-unsur jahat. Di samping itu bayi tersebut akan disapu dengan sejenis jamu khas pada setiap hari supaya terhindar dari makhluk halus ADAT MEMULIAKAN TETAMU Menerusi adat ini mereka akan menjemput tetamu makan bersama sebelum ahli keluarga mula menjamah makanan. Mereka yang memakan makanan bersendirian dianggap biadab. Tetamu dimuliakan dengan diberi layanan istemewa dan makanan yang dihidangkan mengikut kemampuan tuan rumah. Makanan akan dihidangkan di atas tikar anyaman yang dibentangkan di tengah-tengah dapur. Setiap orang akan duduk bersila sambil menikmati makanan KESIMPULAN Adat memainkan peranan penting sebelum campurtangan barat. Namun ianya semakin terhakis akibat pertembungan dengan budaya barat yang akhirnya menimbulkan penentangan masyarakat tempatan + UNTUK INDONESIA SEMUA ADAT YANG BERKAITAN SEPERTI PERKAHWINAN, ADAT MEMILIH KETUA DLL YANG RELEVEN BOLEH DITERIMA

9.

Bincangkan kesan-kesan sosial akibat pentadbiran British di Myanmar (Burma) dan Belanda di Indonesia sebelum Perang Dunia Kedua

PENDAHULUAN Abad ke 19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa2 British berlumba2 untuk menguasai tanah jajahan di AT. Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa2 British akan mengancam keselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma. Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh negara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa2 British malah menyebabkan kuasa British menggunakan kekerasan. Ini mendorong Raja Mongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegah pencerobohan kuasa2 British dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama ke arah pembukaan Thailand kepada kuasa2 British, beliau telah menandatangani Perjanjian Bowring pada 18 April 1855. Pada awal abad ke 19 kuasa British spt Rusia,British dan USA(Amerika) ingin meluaskan kuasa dan mewujudkan hubungan diplomatic dan perdagangan di Jepun tetapi gagal. Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluaan bekalan bahan mentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yang bertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jpn diberi layanan yang buruk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika oada 1854 iaitu Perjanjian Kanagawa Kesan Perjanjian Bowring 1855 Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden. Mongkut memberi peluang yang sama kepada kuasa2 British apabila menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis 1855, USA 1856, Denmark 1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden 1868. Membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati. Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang maju dan menjadi system ekonomi perdagangan / komersial. Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di dunia. Pada tahun 1850 jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada tahun 1905 menjadi 50 % daripada daripada jumlah beras dunia. Gula eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali ganda menjelang 1865. Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun 1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan dalam jangka masa yang singkat meningkat 10 kali ganda. Britain muncul sebagai pelabur utama di siam. Singapura dan Hong Kong mula berdagang dengan Siam. Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan mereka hanya memajakkan monopoli2 eksais yang baru seperti judi, ganja, loteri dan minuman keras sahaja kepada orang Cina. Pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam-tidak ada sebarang alasan yang membolehkan kuasa British campur tangan secara kekerasan-keadaan ini menyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam kekal. Pembukaan pintu Siam kepada British dan galakan ke arah proses pemBritishan telah mengakibatkan kemasukan golongan mubaligh,professional dan orang Eropah sebagai tukang, tutor, pegawai-pegawai polis,penterjemah dan penasihat tentera. Kesan-kesan Perjanjian Perjanjian Kanagawa 1854 Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa. Kuasa British seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun. Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya mendatangani perjanjian perdagangan yanglebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasa British yang lain.Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa British dan empat pelabuhan di buka iaitu Kanagawa, Nagasaki, Niigate dan Hyogo (Kobe) Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah dipersetujui Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf telah diadakan dengan Amerika. Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di Jepun. Pembukaan Jepun kepada kuasa British telah mengakibatkan pertambahan orang Eropah di Jepun. Kehadiran orang British mula menimbulkan kebencian. Wujud gerakan anti asing seperti pembunuhan orang-orang British dan kedutaan British di serang. Shogun terpaksa membayar ganti rugi. Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan politik yang akhirnya merintis jalan pada kejatuhan Keshogunan Tokugawa.

Bermulanya era permodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar baru dalam bidang perindustrian dan ketenteraan. KESIMPULAN British-Amerika dan kuasa British yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di Jepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsur kekerasan digunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk mengugat kedaulatan Thailand dan Jepun. Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand and Jepun daripada dijajah. Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telah bangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian da ketenteraan. -

9. Huraikan peranan golongan agama dalam kebangkitan gerakan kesedaran di Indonesia dan Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua
PENGENALAN 1. Kebangkitan gerakan kesedaran di negara-negara Asia Tenggara digerakkan oleh beberapa golongan seperti golongan intelektual dan golongan agama. 2. Di Indonesia dan Burma golongan agama memainkan peranan yang sangat penting. Hampir 90% daripada penduduk di Indonesia adalah beragama Islam manakala Agama Buddha adalah agama rasmi bagi Burma. 3. Kebangkitan golongan ini berpunca daripada ancaman Agama Kristian yang disebarkan oleh kuasa-kuasa barat. Kegiatan mubaligh Kristian di Burma menyebabkan sistem pendidikan agama Buddha terancam. 4. Perpaduan di kalangan golongan agama dilebih ketara apabila kuasa-kuasa barat seolah-olah tidak menghormati agama Buddha di Burma dan agama Islam di Indonesia. Peranan golongan agama di Indonesia.(10m) 1. Golongan agama telah menubuhkan persatuan-persatuan berunsurkan Islam seperti Sarekat Islam(SI) Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama dan berusaha untuk menyatupadu masyarakat Islam untuk menentang Belanda. 2. Muhammadiyyah telah berusaha membangunkan institusi pendidikan Islam dengan menubuhkan 1774 buah sekolah di seluruh Indonesia pada tahun 1938. 3. Sarekat Islam yang didokong oleh pedagang-pedagang batik Jawa menggunakan agama Islam bagi menyatukan saudagar-saudagar Indonesia menentang saudagar-saudagar Cina dan Eropah. 4. Sarekat Islam telah menjadi parti politik massa yang pertama di Indonesia yang bersifat Indonsiacentric. 5. Sarekat Islam mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Indonesia kerana menggunakan agama sebagai alat penyatuan di samping kelantangannya menyuarakan suara rakyat dan mengkritik dasardasar kerajan Belanda. 6. Pada tahun 1916 Sarekat Islam mempunyai ahli seramai 360.000 orang dan meningkat kepada 3 juta orang pada tahun 1919. 7. Sarekat Islam juga telah bergabung dengan Kelab Sosial Demokratik Indies(ISDV). Melalui gabungan ini SI telah berjaya mempengaruhi golongan pekerja untuk menuntut kerajaan sendiri. 8. Pengaruh Sarekat Islam merosot apabila diresapi oleh pangaruh komunis. Peranan golongan agama di Burma. 1. Ancaman terhadap agama Buddha menyebabkan masyarakat Burma menubuhkan persatuan-persatuan agama. Pada tahun 1897 Persatuan Sasanadara ditubuhkan yang dipimpin oleh U Shway Thwin. Persatuan ini telah menubuhkan sekolah agama Buddha dan Persatuan Agama Maktab Ranggon pada tahun 1904 1. Golongan sami Buddha dikatakan golongan yang pertama membangkitkan gerakan kesedaran di kalangan masyarakat Burma. 2. Golongan intelektual barat telah menubuhkan Persatuan Belia Agama Buddha (YMBA) pada tahun 1906 bertujuan untuk menjaga unsur-unsur kebudayaan agama Buddha. Mulai tahun 1916 YMBA lebih bersifat parti politik. 3. YMBA mempunyai peranan dalam masalah pemakaian kasut oleh orang barat di kuil-kuil dan pagoda yang mencetuskan pertikaian antara Burma dengan British. Mereka juga menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British pada tahun 1920an dan turut terlibat dalam pemogokan pelajar pada tanun 1920. 4. Golongan Pongyi pula memberi kesedaran kepada golongan petani di luar bandar dan menyemarakkan semangat penentangan mereka terhadap dasar cukai, mengutuk sistem pemerintahan Dyarchy dan menuntut pemerintahan sendiri. 5. Golongan Pongyi juga menyokong pemberontakan Saya San di daerah Tharawady Burma Hilir pada tahun 1930 kerana dasar-dasar British berkaitan cukai,penindasan oleh pemiutang,perhutanan dan penentangan terhadap agama Kristian KESIMPULAN Selepas pertengahan tahun 1930an peranan dan pengaruh golongan agama mengalami kemerosotan. Gerakan kesedaran di Indonesia diteruskan oleh golongan inteletual yang berpendidikan barat.Kemunculan pertubuhan-pertubuhan dan parti politik yang bersifat sekular seperti Parti Nasional Indonesia(1927) Gerindo (1937) dan GAPI (1939) telah mengurangkan pengaruh golongan agama. Di Burma juga muncul pertubuhan dan parti politik yang dipimpin oleh golongan intelektual seperti Thakin. Golongan ini meneruskan gerakan kesedaran dan menuntut kemerdekaan daripada kuasa-kuasa barat. Bagaimanapun peranan golongan agama dapatlah dianggap sebagai pemangkin kepada gerakan kesedaran di Indonesia dan Burma.

10..Bincangkan kesan-kesan sosial akibat pentadbiran British di Indonesia dan Myanmar (Burma)
PENGENALAN Pentadbiran Barat iaiatu British di Burma dan Belanda di Indonesia telah membawa beberapa perubahan bukan sahaja dalam bidang pentadbiran dan ekonomi tetapi juga dalam bidang social. Antara perubahan yang ketara ialah perubahan dalam cara hidup masyarakat tempatan, kesihatan dan pendidikan KESAN-KESAN SOSIAL DI BURMA Kehilangan hak tanah Perkembangan ekonomi Burma yang pesat juga turut mendatangkan kesan negatif. Masalah pemindahan pemilikan tanah menyebabkan kaum tani menjadi miskin. Keadaan ini berlaku kerana, untuk memajukan penanaman padi, kaum tani yang kekurangan modal meminjam wang dari ceti-ceti dengan kadar bunga yang tinggi. Mereka terpaksa menyerahkan hak pegangan tanah mereka sebagai cagaran. Kebiasaannnya tanah mereka tergadai dan menjadi milik golongan ceti jika mereka tidak dapat membayar hutang. Kesannya kaum tani menjadi penyewa tanah atau pekerja di tanah sendiri. Mereka tidak mampu menggunakan kaedah penanaman moden bagi meningkatkan hasil tanaman dan tanah menjadi kurang subur, mereka semakin miskin. Pada tahun 1930, 50% tanah pertanian di Burma dimiliki oleh golongan ceti. Di antara tahun 1915-1930 lebih kurang 1 300 000 ekar tanah delta terlepas kepada golongan ceti kerana petani-petani tidak mampu membayar hutang yang berjumlah 40juta dolar. Pendidikan Kerajaan British berusaha mengatasi masalah pelajaran tempatan. British membentuk satu sistem pelajaran dengan berdasarkan sekolah rahib(monastic). Phayre membawa masuk banyak buku teks dan guru. Pada tahun 1866 Pengarah Jabatan Pelajaran Awam telah dilantik untuk menyelia rancangan sistem pelajaran ini. Selepas kematiannya rancangan ini tidak diteruskan. Kerajaan Inggeris kemudian cuba menggantikan sekolah-sekolah rahib dengan sekolah-sekolah moden. Tambahan pula permintaan terhadap Pendidikan Inggeris amat menggalakkan dan ia telah membawa perkembangan pesat sekolah-sekolah vernacular Inggeris. Pada tahun 1880an, sistem pelajaran keseluruhannya dikaji semula. Sunggupun terdapat sekolah-sekolah yan gdibiayai oleh kerajaan seperti Regional Government Anglo-Vernacular School yang diasaskan pada 1873, memang menjadi dasar Inggeris untuk membina sekolah-sekolah mubaligh. Pada tahun 1900 terdapat 16 buah sekolah menengah mubaligh dan 5 buah maktab perguruan. Pelajar-pelajar yang cemerlang dihantar mengikuti kursus matrikulasi di Universiti Calcutta. Kurun ke-20 menyaksikan satu kenaikan permintaan terhadap pendidikan Inggeris. Pendidikan di sekolah rahib merosot. Bahasa Inggeris semakin dipentingkan malah orang-orang Burma terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris untuk menjadi pegawai kerajaan. Kemerosotan Cara Hidup Tradisonal Penghapusan pemerintahan beraja juga mendatangkan kesan kepada agama Buddha yang kehilangan pelindungnya. British meletakkan golongan sami Buddha di bawah penguasaan dan pengawasan undang-undang dan polis. Mereka kehilangan taraf social yang tinggi sebelumnya. Selain itu adat resam dan kebudayaan Burma serta agama Buddha semakin merosot dan terjejas. Sangha Buddha berpecah, kebanyakan sami Buddha berkecimpung dalam politik untuk menyelamatkan nilai-nilai agama Buddha dan kebudayaannya. Mereka menubuhkan Persatuan Pemuda Buddha dan Sangha Samatgi untuk mempertahankan nilainilai agama Buddha. Pemerintahan dan pentadbiran Inggeris serta perkembangan ekonomi moden memerlukan tenaga kerja dan kakitangan pentadbiran yang berpendidikan Inggeris. Keadaan ini menyebabkan semakin ramai orang Burma menerima sistem Pendidikan Inggeris dan secara tidak langsung mengamalkan nilai-nilai social barat. Di samping itu ideologi-ideologi barat seperti liberalisme, domokrasi, sosialisme dan komunisme mula meresapi fikiran pelajar Burma. Masyarakat berbilang Kaum Pemerintahan Inggeris dan pertumbuhan ekonomi di Burma menarik kemasukan ramai orang India. Pada awal tahun 1900 kira-kira 250 000 orang India masuk ke Burma setiap tahun. Angka ini meningkat setiap tahun sehingga menjadi 480 000 orang setahun pada 1927. Selain itu terdapat juga kemasukan orang Cina secara kecil-kecilan. Kebanyakan mereka menceburi bidang perniagaan dan perlombongan. Kewujudan kedua-dua kaum ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Burma.

KESAN-KESAN SOSIAL DI INDONESIA (10m0 Pertambahan Penduduk Dan Rancangan Perpindahan Pertambahan penduduk Indonesia terutama di Pulau Jawa dan Madura meningkat dengan kadar yang tinggi. Antara tahun 1831 dan 1840 pertambahan penduduk ialah 3.5 juta. Berlakunya pertambahan ini adalah disebabkan oleh adanya perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, keadaan aman dan kemudahan perhubungan. Keseluruhan pertambahan penduduk pada zaman ini ialah dari 6 juta kepada 9.5 juta. Pada 1900 bilangan penduduk Jawa dan Madura berjumlah 28 300 000 tetapi pada tahun 1905, bertambah kepada 29 700 000 dan pada tahun 1920 terus meningkat kepada 34 400 000. Pertambahan penduduk yan gramai menyebabkan timbulnya masalah sosial seperti masalah tanah pertanian, penempatan dan makanan yang mencukupi. Bagi mengatasi masalah pendudukan Jawa yang terlalu ramai, dijalankan rancangan memindahkan orang-orang Jawa ke pulau-pulau luar terutama ke Sumatera. Dengan rancangan itu juga dapat menampung kekurangan tenaga kerja yang dihadapi di pulau-pulau luar. Tetapi rancangan perpindahan ke pulau-pulau luar itu hanya mendapat sambutan pada tahun-tahun 1930an. KEMASUKAN ORANG CINA Perkembangan pertanian dan perusahaan, ia telah mempengaruhi berlakunya penghijrahan orang-orang asing seperti Cina ke Indonesia. Pada tahun 1900 jumlah penduduk Cina ialah 277 000 orang di Pulau Jawa dan 250 000 orang di pulau-pulau luar. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti kesihatan dan perhubungan menyebabkan kadar penambahan penduduk tempatan semakin tinggi. Menjelang 1900 sikap orang-orang Cina telah berubah dan semakin ramai orang Cina menetap di Indonesia terutama orang-orang Cina dari Canton. Mereka berjaya menjalankan pengaruh ekonomi dengan menguasai perniagaan runcit yang dikembangkan oleh Belanda. Pada tahun 1900 bilangan orang Cina di Jawa kira-kira 280 000 orang dan jumlah itu terus meningkat. Di Sumatera bilangan penduduk Cina berjumlah 260 000 pada tahun 1900 tetapi meningkat kepada 1 250 000 orang pada tahun 1920. Orang-orang Cina telah mendirikan sekolah, pertubuhan dan persatuan seperti Pergerakan Cina Muda. Selain orang Cina terdapat juga orang Jepun. Pemerintah Belanda telah memberi kebenaran kepada mereka tinggal di Indonesia sejak 1899. Pada tahun 1923 bilangan mereka kira-kira 4 200 orang. Dengan kemasukan orang-orang Cina muncul masyarakat majmuk di Indonesia. Pada tahun 1815 jumlah penduduk Indonesia kira-kira 6 juta orang tetapi menjelang awal ke-20 jumlah itu meningkat kira-kira 50 juta orang. Dalam masa yang sama penduduk Jawa dan Madura menunjukkan pertambahan daripada 4.5 juta orang kepada 40 juta orang. Pertambahan penduduk yang besar telah menimbulkan masalah makanan kerana pengeluaran beras tidak dapat menampung permintaan penduduknya. Perubahan dalam sistem masyarakat tempatan Sistem ini memperkuatkan kedudukan golongan bangsawan dan ningrat kerana mereka telah dilantik menjadi pegawai-pegawai kerajaan. Mereka membantu Residen dan Penolong Residen mengawasi perlaksanaan sistem ini. Mereka diberi kuasa penuh dan ganjaran gaji yan glumayan. Walau bagaimanapun hubungan ketua kampung dengan penduduk kampung semakin renggang. Ia terjadi disebabkan ketua-ketua kampung telah menjadi orang upahan Belanda dan golongan atasan. Orang kampung hanya menghormati ketua-ketua yang mereka pilih, sebaliknya membenci ketua yan gdipilih oleh Belanda terutama ketua yang menyalah gunakan kuasa. Selain itu orang kampung juga telah meninggalkan pekerjaan tradisi iaitu meninggalkan kampung dan mencari pekerjaan seperti membina jalan raya, tali air dan sebagainya. Pekerjaan di sawah padi ditinggalkan kerana dianggap tidak menguntungkan. Wujud masyarakat Indo Belanda Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Belanda juga telah menarik ramai orang Eropah terutama Belanda datang ke Indonesia. Menjelang pertengahan kurun ke-19, bilangan mereka yang ada di negeri itu melebihi 20 000 orang. Dari bilangan tersebut 50% terdiri dari golongan peranakan Indo Belanda. Perempuan-perempuan Indonesia yang bersuamikan lelaki Belanda dipanggil Nyai dan mereka bergaul sesama mereka sahaja. Dalam kehidupan seharian mereka mengikut kehidupan Belanda dan diterima oleh masyarakat Belanda. Dalam kedudukan masyarakat mereka tergolong sebagai golongan pertengahan dan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada orang-orang Indonesia sendiri. Kejayaan Dasar Liberal pada peringkat awal mendorong penghijrahan orang Belanda ke Indonesia. Kebanyakan dari mereka yang datang terdiri dari golongan peniaga, penguasaha persendirian dan profesional terutama selepas 1870. Sehingga tahun 1900 bilangan orang Belanda dan Eropah di Indonesia kira-kira 62 477 orang di Pulau Jawa dan 13 356 orang di pulau-pulau luar Usaha-usaha telah dibuat oleh Belanda untuk memajukan bidang pelajaran di Indonesia. Pada tahun 1882 pemerintah Belanda menyediakan peruntukan sebanyak 1.2 juta guilders untuk pelajaran. Ketika ini terdapat kira-kira 300 buah sekolah bumiputera di Pulau Jawa dan 400 buah di pulau-pulau luar. Jumlah pelajar dianggarkan seramai 40 000 orang.

Selain sekolah-sekolah bumiputera terutama sekolah rendah, sekolah-sekolah Belanda juga didirikan tetapi hanya anak-anak golongan bangsawan yang dibenarkan memasuki sekolah Belanda. Bilangan pelajar bumiputera yang memasuki sekolah-sekolah Belanda telah bertambah. Pada tahun 1870 bilangan pelajar bumiputera yan gbelajar di sekolah Belanda hanya 266 orang tetapi pada tahun 1900 meningkat kepada 2 000 orang. Pada awal abad ke-20, pemerintah Belanda mengadakan peruntukan yan gbesar untuk membina lebih banyak sekolah di Indonesia. Menjelang 1900 Belanda telah mendirikan institusi pengajian tinggi seperti Sekolah Perubatan Stovia. Pada tahun 1901 didirikan pula sekolah teknik yang pertama iaitu Sekolah Queen Wilhelmina. Sejak 1907 lebih banyak sekolah menengah dibina termasuk Sekolah Haiwan 1907, Sekolah Undang-Undang 1908, Sekolah Perdagangan dan Kelautan Prince Henry 1911 serta Sekolah Pertanian 1913. Pada tahun 1913 terdapat 7 000 buah sekolah kebanyakan sekolah rendah dengan 227 000 murid. Kesan dari system pendidikan ini kemunculan satu golongan elit baru. Walaupun mereka berpendidikan barat golongan ini tidak mesra dengan Belanda kerana mereka mengalami diskriminasi. Mereka mengkritik Belanda. KESIHATAN Pihak Belanda telah memberi sumbangan besar dalam bidang kesihatan kerana telah berusaha untuk membanteras penyakit. Pada tahun 1900 penyakit disebabkan kuman tikus dapat dikesan dan merupakan penyakit yang ditakuti. Pada tahun 1911 kira-kira 2 000 orang telah mati dan meningkat pada tahun 1913 kepada 12 000 orang. Kerajaan telah meruntuhkan rumah-rumah yang penghuninya terkena penyakit itu jumlahnya lebih setengah juta rumah dan kerajaan membelanjakan kira-kira 30 juta guilders untuk menggantikan rumah yang diruntuhkan. Selain kuman tikus berlaku juga taun mangga dan beri-beri yang berpunca daripada nasi. Taun mangga telah menyerang kira-kira 14 000 orang pada tahun 1911 tetapi jumlah itu dapat dikurangkan kepada hanya 50 orang pada tahun 1935. Kerajaan juga berjaya mengurangkan kadar kematian dengan adanya pembinaan hospital, suntikan beramai-ramai, menyediakan tempat tinggal yang lebih baik dan memberi penerangan mengenai kesihatan. Kejayaan Belanda membenteras penyakit dan mengadakan perkhidmatan kesihatan yang besar disebabkan adanya peruntukan disediakan. Pada tahun 1900 kira-kira 2.2 juta guilders telah digunakan tetapi pada tahun 1915 jumlahnya meningkat 11.1juta. Kerajaan juga berjaya menyediakan perkhidmatan doctor. Pada tahun 1900 terdapat 38 doktor bangsa Eropah di Jawa dan pulau-pulau luar. Tetapi pada tahun 1910 terdapat 217 doktor bangsa Eropah dan 148 bumiputera. KESIMPULAN Pentadbiran Brtish di Burma menyebabkan beberapa perubahan berlaku. Perubahan-perubahan ini mendatangkan kesan baik dan negatif ke atas Burma. Secara umumnya berlaku kemerosotan taraf hidup, social dan politik di Burma kerana persaingan dengan British dan kaum-kaum lain terutama India dan Cina. Keadaan tidak puas hati dan kebangkitan golongan berpendidikan barat telah menyebabkan mereka bangkit menentang British. Perubahan-perubahan social yang berlaku juga menyebabkan kehidupan social masyarakat berubah dan akhirnya perkembangan pesat dalam system pendidikan turut menyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan

12: Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Thailand PENGENALAN Revolusi ini meletus kerana wujudnya satu golongan pelajar yang ingin menamatkan sistem autokrasi bersama kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Golongan ini ingin menggantikan sistem autokrasi dengan sistem demokrasi berperlembagaan yang membuka peluang pentadbiran kepada orang Siam yang berkelayakan. Revolusi ini amat istemewa kerana ia tidak menumpahkan darah dan berlaku secara aman. Revolusi ini berlaku pada 24 Jun 1932 di bawah pimpinan Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol. Semenjak Dinasti Manchu memerintah China pada 1644, orang-orang Cina dari puak Han tidak mahu tunduk dengan Manchu yang dianggap sebagai orang asing. Banyak percubaan untuk menggulingkannya tetapi gagal. Namun kegagalan itu tidak melemahkan mereka dan terus bergerak melalui pertubuhan sulit seperti Triad Society, White Lotus Society. Pertubuhan atau pakatan ini telah membibitkan benih-benih revolusi ditambah oleh bebrapa faktor lain. FAKTOR-FAKTOR REVOLUSI SIAM 1932 a) Kemunculan gol. intelek berpendidikan barat Ramai pelajar dihantar ke luar negeri semasa pemerintahan Mongkut dan Chulalongkorn. Di luar negara pelajarpelajar ini telah mendapat pendedahan ide-ide politik baru seperti sosialisme,demokrasi dan liberalisme. Setelah tamat belajar mereka kembali ke Siam dengan ide-ide baru. Pendidikan moden telah mendedahkan mereka kepada segala kepincangan sistem autokrasi. Mereka terkejut kerana Siam masih dibelenggu oleh sistem pemerintahan beraja yang dianggap sudah ketinggalan zaman dan ingin membawa pembaharuan dalam pentadbiran. Di samping itu mereka juga merasa terhina apabila mengetahui Siam masih dikenakan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditanda tangani oleh Mongkut dan Chulalongkorn dahulu. Pembentukan kerajaan Republik China yang telah menamatkan kerajaan autokrasi Manchu dan perjuangan Kongres Kebangsaan India mengilhamkan dan menguatkan lagi nasionalisme mereka tentang mustahaknya untuk membebaskan Siam. Golongan ini terdiri dari lebih kurang 70 orang pelajar termasuk Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol. Pridi telah memainkan peranan yang utama dalam menyatupadukan golongan revolusioner. b) Pemerintahan Vajiravudh Vajiravudh menaiki tahta dengan gelaran Rama VI pada tahun 1910. Baginda berusaha mengukuhkan kuasa autokrasinya yang mutlak. Baginda seorang yang boros, rasuah, pilih kasih dan tidak cekap dalam menjalankan pemerintahan. Baginda juga banyal memberi tumpuan kepada kesenian. Baginda banyak membazirkan wang dengan menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti membuat majlis keramaian dan membesarkan istana. Selain itu beliau juga membentuk Pasukan Harimau Liar iaitu askar peribadi yang diberi banyak keistemewaan seperti kemudahan-kemudahan kelab, dewan latihan dan pakaian lengkap. Keistemewaan ini menimbulkan perasaan cemburudan telah menimbulkan penentangan golongan tentera. Baginda juga menentang keras ide demokrasi walaupun mendapat pendidikan barat. Baginda jarang mengadakan mseyuarat kabinet, malah perjumpaan baginda dengan menteri dijalankan secara perseorangan bukan secara berkumpulan. Kabinet Istana tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Baginda cuba mengurangkan pengaruh keluarga diraja dan fungsi kabinet dengan melantik sahabatnya tanpa mengiara kelayakan. Lapan dari 12 kementerian telah dikuasai oleh kelas Khun Nang (Kelas Orang Awam). Perlantikan ini dijalankan berdasarkan sikap pilih kasih dan keadaan ini mengakibatkan ketidak cekapan pentadbiran dan rasuah. Pada tahun 1917, Raja Vajiravud memihak kuasa Berikat. Pada tahun 1918 baginda telah menghantar seramai 1 200 tentera Siam yang terdiri daripada pasukan pengangkutan, unit juruterbang dan unit pembaikan kapal ke Perancis. Baginda berharap melalui dasar pro Berikat, Siam akan dapat menamatkan hak wilayah asingan yang dinikmati oleh kuasa Eropah dan syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah. Dasar ini telah mengukuhkan kedudukan Siam di Persidangan Keamanan Paris dan Liga bangsa-Bangsa. Siam memperolehi semula autonominya pada 1939. Namun dasar ini telah ditentang hebat oleh para pegawai tentera Siam yang kebanyakkannya menerima pendidikan dan latihan dar Jerman. Pada tahun 1910-an perasaan anti Perancis dan British berterusan. Beberapa percubaan membunuh baginda cuba dilakukan pada tahun 1912 dan 1917, dua percubaan ini dibuat oleh golongan tentera tetapi gagal. c) Pemerintahan Pradjahipok Pada tahun 1925, Vajiravudh mangkat dan digantikan oleh Pradjahipok, anak bongsu Chulalongkorn. Raja Pradjahipok menghidupkan semula fungsi kabinet dan sentiasa berunding dengan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh lima orang putera dalam menjalankan pemerintahannya.

Pada 1927 baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Walau bagaimanapun kerana pengaruh kaum kerabatnya beliau tidak berniat untuk menubuhkan satu kerajaan demokratik. Keadaan ini menyebabkan beliau ditentang oleh golongan terpelajar. Semasa pemerintahan baginda telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan Siam turut merai bahang tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut baginda banyak melakukan perubahan-perubahan yang drastik seperti memecat ramai pegawai pentadbiran ,memotong gaji pegawai awam dan tentera, menyekat peluang kenaikan pangkat dan gaji, membubarkan Pasukan Harimau Liar dan mengurangkan bilangan pekerja istana dari 3000 kepada 300 orang. Walaupun langkah penjimatan telah dilakukan ekonomi Siam terus merosot. Pada tahun 1931 Siam mengalami kekurangan belanjawan sebanyak 11 juta tikal. Bagi mengatasi masalah ekonomi, sekali lagi baginda telah memecat pegawai-pegawai awam dan tentera yang berlebihan, menyekat dan membeku peluang kenaikan pangkat, memotong gaji pegawai awam dan tentera serta mengenakan cukai baru ke atas gaji selain dari cukai pendapatan. Langkah-langkah penjimatan ini telah mewujudkan satu golongan terpelajar yang menganggur. Di samping itu cukai ke atas gaji membebankan mereka yang sebelumnya mengalami pemotongan gaji dan pembekuan kenaikan pangkat. Golongan menganggur merasa marah dan yang masih berkhidmat tidak puas hati dengan tindakan baginda. Baginda juga mengutamakan kaum kerabat dalam pentadbiran dan mengenepikan golongan pelajar yang layak. Baginda memecat kelas Khun Nang dari memegang jawatan tinggi dan ini menyebabkan lapan dari dua belas kementerian dalam kerajaannya dikuasai oleh pihak istana. Perubahan ini menyebabkan kelas Khun Nang bersungut kerana tidak mempunyai cukup perwakilan dalam kerajaan. Kemarahan kelas ini semakin meningkat pabila mengetahui golongan istana Siam saling lindung melindungi dari dijatuhi hukuman tidak seperti pegawai dari kelas biasa yang terikat pada undang-undang. Di samping itu pentadbiran dijalankan secara sulit dan tidak diketahui oleh orang ramai. Semua amalan ini dianggap oleh golongan Khun Nang sebagai satu kepincangan yang hanya wujud dalam sistem autokrasi atau monarki mutlak dan ia patut ditamatkan. Kelemahan-kelemahan Pradjahipok menyebabkan ramai tidak berpuas hati terutama golongan tentera dan golongan berpendidikan barat. d) Krisis politik Pada Oktober 1931 telah berlaku berlaku krisis politik antara dua menteri iaitu Menteri Perang iaitu Putera Bovaradej dengan Menteri Perdagangan, Putera Purachatra mengenai masalah ekonomi. Menteri perang menuntut perbelanjaan yang lebih untuk golongan tentera dan mempersoalkan pemotongan belanjawan. Krisis ini menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada Kerabat Diraja REVOLUSI 1911 DI CHINA a) Peranan Golongan Pelajar Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 kerajaan Manchu telah menghantar ramai pelajar ke luar negeri. Pelajar-pelajar ini dihantar belajar ke luar negara seperti Amerika dan Eropah dan mempunyai pengetahuan tentang demokrasi,kebebasan,hak asasi manusia dan kemajuan negara-negara barat. Mereka menjadi lebih peka dan sedar tentang nasib China. Di samping itu Revolusi Perusahaan, Revolusi Perancis dan Britain, kemajuan-kemajuan Pemodenan Meiji dan Rusia telah mendorong mereka untuk menyertai revolusi dan membaiki keadaan negara. Mereka telah menyebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar-akhbar seperti Kuo Ming Pao, China Kurun Ke-20 di luar negara. Pelajar-pelajar yang telah balik pula telah menerbitkan surat khabar Su Pao (Kiangsu Tribune). Mereka berpendapat kegagalan gerakan pembaharuan yang dibuat di China menunjukkan tidak ada keberkesanan pembaharuan yang dilaksanakan secara sederhana. Oleh itu China hanya boleh diselamatkan melalui satu revolusi yang radikal. b) Peranan Dr. Sun Yat Sen Bagi Dr Sun Yat Sen institusi monarki China bertanggung jawab menyebabkan kemerostan dan hura -hura yang berlaku di China. Ia juga mengatakan pemerintahan beraja sudah ketinggalan dan mesti digantikan dengan pengasasan sebuah kerajaan republik melalui revolusi iaitu: a)Revolusi Kebangsaan untuk menggulingkan kerajaan Manchu dan menghapuskan penjajahan asing di China a) Revolusi Demokratik untuk menubuhkan sebuah republik yang memberikan 4 jenis hak kepada rakyat iaitu inisiatif, referendum, pilihanraya dan penarikan sokongan terhadap kerajaan yang tidak memenuhi hasrat rakyat b) Revolusi Sosial untuk menyamakan hak-hak tanah, memastikan pembahagian kekayaan nasional yang adil serta mencegah penyelewengan. Beliau telah menubuhkan Tung Meng Hui dan menubuhkan juga cawangannya di Jepun, Singapura, Tanah Melayu,Honolulu, Brussels dan San Francisco untuk melancarkan pergerakannya. Pergerakan ini berdasarkan Tiga Prinsip Rakyat iaitu demokrasi: ia mesti diamalkan oleh rakyat dan untuk rakyat. Kuasa politik tertinggi terletak pada rakyat.

Sosialisme : Pemilikan tanah dan pembahagian kekayaan negara secara adil mesti diusahakan supaya segala penyelewengan kapitalisme dapat dihapuskan. Sementara liberalisme pula: Rakyat mesti mengikis semangat kedaerahan dan digantikan dengan semangat kebangsaan. Tung Meng Hui bergerak sebagai sebuah organisasi pusat dan merupakan sebuah parti politik kebangsaan. Ramai yang terpengaruh dengan ajarannya. c) Pemerintahan Manchu yang lemah Sepanjang kurun ke-19 dan awal abad ke-20 Manchu lemah dalam melaksanakan mandatnya. Kuasa Manchu merosot kerana korupsi,rasuah dan penyelewengan. Ia juga gagal membaiki taraf hidup rakyat serta mengenakan cukai yang tinggi. Dari segi pentadbiran urusan kewangan tidak dijalankan dengan berekesan. Contohnya pada 1890, mengikut catatan, kerajaan Peking seharusnya menerima hasil pendapatan dari wilayah-wilayah tetapi mereka hanya memperolehi sebahagian kecil sahaja. Rasuah semakin berleluasa. Pegawai-pegawai mengenakan cukai tiga kali ganda lebih tinggi daripada cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Li Hung Chang sendiri mengumpul hartanya sebanyak 40 juta tael. Pada tahun 1809 pula sebuah Mahkamah daerah telah melenyapkan lebih kurang 30 000 tael wang yang sepatutnya digunakan membantu mangsa kebuluran. Amalan rasuah juga berlaku dalam Suruhanjaya Kewangan Chihli, Jabatan Yellow River Conservancy dan Grand Canal Adiministration. Bantuan kewangan yang diperuntukkan untuk memperbaiki beban kewangan mangsa malapetaka dan membaiki jambatan, empangan dan tali air telah digunakan oleh pegawai Manchu sendiri. Kekalahan tentera Manchu dalam perang juga menunjukkan kelemahan Manchu yang amat ketara sehingga terpaksa menanda tangani perjanjian dengan kuasa asing serta merugikan China. d) Tindakan kuasa asing Pencerobohan kuasa asing telah menjatuhkan Manchu. Akibat dari kekalahan China terpaksa menanda datangi perjanjian-perjanjian yang berat sebelah terutama selepas Protokol Boxer. China terpaksa membayar ganti rugi. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas Perang China-Jepun dan tambahan 30 juta tael sebagai ganjaran mengugurkan haknya ke atas Semenanjung Liaotung. China juga terpaksa membayar sebanyak 450 juta tael kepada kuasa-kuasa barat selepas pembenrontakan Boxer. Ini menambah burukkan ekonomi China yang memang merosot. Untuk membayar ganti rugi China terpaksa meminjam dari kuasa-kuasa asing contohnya 400 juta franc dari Russia dan Perancis. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai akibat langkah-langkah kerajaan meningkatkan hasilnya. Apa yang lebih merugikan China ialah setengah-setengah kuasa asing menggunakan pemberian pinjaman sebagai tekanan untuk membolehkan mereka memajak kawasan-kawasan China. Rusia misalnya secara paksa memajak Semenanjung Liaotung dari kerajaan Manchu. e) Masalah Sosial - Penduduk bertambah dan tidak seimbang dengan makanan. Pada tahun 1885 penduduk China berjumlah 377 juta orang tetapi pada tahun 1911 jumlah itu meningkat menjadi 430 juta. Keadaan diburukkan lagi dengan bencana alam yang sering berlaku contohnya kemarau dan banjir. Di antara tahun 1882 hingga 1898 banjir telah berlaku di Shantung mengakibatkan kira-kira 100 buah kampung dibanjiri. Pada tahun 1900 sebanyak tiga buah wilayah mengalami musim kemarau dan tujuh buah diserang belalang. Pada tahun 1910 dan 1911 banjir dan kemarau telah berlaku di wilayah-wilayah Anhui, Kiangsu, Shantung, Chekiang dan Hupei. Banyak kebuluran berlaku. Dalam tahun 1910 dan 1911 kebuluran paling dahsyat semenjak 40 tahun yang lepas telah berlaku dan mengakibatkan seramai 3 juta orang menjadi mangsa. Rakyat semakin tertekan apabila kerajaan mengenakan cukai yang tinggi semata-mata untuk membiayai jalan keretapi dan gantirugi perang. Masalah pengangguran menjadi semakin buruk apabila pengangkutan moden diperkenalkan Seperti keretapi dan kapal wap telah menyebabkan mereka yang bergantung kepada system pengangkutan tradisonal di pelabuhan dan di Grand Canal menganggur. Kemasukan barang-barang asing yang membanjiri pasaran China mengakibatkan perusahaan tempatan muflis. Kaum tani yang tidak sanggup membayar hutang terpaksa menggadaikan tanah mereka kepada orangorang kaya. Ini menyebabkan ramai petani terusir dari tanahnya pada akhir kurun ke-19. f) Pengaruh Gerakan-Gerakan Pembaharuan Sejak tahun 1860 hingga akhir kurun ke-19, China telah melakukan beberapa siri pembaharuan untuk menguatkan dan memajukan negeri China. Seperti Gerakan Menguatkan Diri dan Pembaharuan Seratus Hari. Penyebaran idea-idea pembaharuan oleh reformis-reformis seperti Ho Kai, Wang Tao dan Kang Yu Wei telah meninggalkan kesan di kalangan masyarakat China. Sungguhpun gerakan tersebut gagal kesannya telah menyedarkan rakyat China tentang perlunya suatu pembaharuan yang bercorak revolusi untuk menyelamatkan China dan telah merintis jalan ke arah meletusnya Revolusi 1911. g) Pemilik Negara Jalan Keretapi Pada tahun 1911 kerajaan Manchu ingin menjadikan landasan keretapi Canton-Hankow dan

Hankow-Szechwan sebagai milik negara. Untuk menjayakan program ini kerajaan telah meminjam wang darri Britain, Perancis dan Amerika Syarikat sebanyak 6 juta paun. Orang tempatan di wilayah-wilayah yang terlibat menyedari kesan buruk yang akan menimpa mereka. Landasan keretapi Manchuria yang dibina dengan pinjaman wang dari Rusia sebenarnya Dikuasai oleh Rusia kerana Rusia telah menempatkan tenteranya di sepanjang landasan itu dengan alasan melindungi keselamatan penumpang-penumpang dan kelancaran perkhidmatan keretapi. Setelah Rusia kalah dalam perang RusiaJepun, ia telah memindahkan milik ke atas lanmdasan keretapi di kawasan Manchuria selatan kepada Jepun. Keadaan ini menyedarkan orang China, jika pinjaman asing diambil untuk membina landasan keretapi tersebut negeri China akhirnya akan kehilangan hak ke atas system pengangkutan dan kedaulatan politik di tanah sendiri. Di samping itu kerajaan wilayah terpaksa menanggung beban hutang itu. Apabila kerajaan berkeras meneruskan rancangan, satu rusuhan telah berlaku. Pada Ogos 1911 perjumpaan besar diadakan di Chnegtu dan kerajaan bertindak menghalang serta mengakibatkan 32 terbunuh. Pada 9 Oktober 1911 satu letupan berlaku di kawasan pajakan Rusia di Ghankow. Peristiwa ini merupakan factor yang mempercepatkan revolusi. Kesimpulan Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan mutlak raja dan telah menjatuhkan Manchu. Republik China ditubuhkan. Pada 12 Februari 1912 Maharaja Hsuan Tung (Pu I) telah turun tahta dan pada 10 Mac 1912 Yuan Shih Kai menjadi presiden kerajaan sementara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->