P. 1
ciri-ciri video pembelajaran yang berkesan dan peranannya dalam pendidikan

ciri-ciri video pembelajaran yang berkesan dan peranannya dalam pendidikan

4.46

|Views: 7,514|Likes:
Published by nurulfatiachejamin

More info:

Published by: nurulfatiachejamin on Oct 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SERTA PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN

Nurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Artikel ini mengupas mengenai peranan video dalam pendidikan. Selain daripada itu, artikel ini juga mengupas mengenai isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah yang dihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, artikel ini menekankan kepentingan aplikasi video dalam pendidikan disamping beberapa kaedah yang boleh digunakan supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.

PENGENALAN Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa

kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar.

PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.

ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalam pendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan dan pendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukan melaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapat dibawa masuk ke dalam kelas. Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satu isu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadi salah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu isu aplikasi media ini.

Isu seterusnya ialah kaedah penggunaan video secara efektif untuk memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Sesebuah video perlulah dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mengadakan aktiviti sebelaum, semasa dan selepas tayangan. Sebelum tayangan bermula, guru boleh berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan rancangan. Semasa tayangan ianya perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika perlu. Guru juga harus menonton bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan. Selepas tayangan, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas. Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang penting.

CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan iaitu:

i.

Matlamat/ Objektif Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis. Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

ii.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses

pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.

iii.

Kandungan Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan

seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar. Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai. Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran dapat menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep-konsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendakkehendak isi dan objektif pelajar.

iv.

Penggunaan Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan tidak

membebankan. Pengendalian bahan media pengajaran memerlukan latihan penggunaan yang minimum dan lebih mudah diubah suai dari segi penggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Ee Ah Meng (1999), sesuatu media memudahkan pengajaran dan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mestilah bersesuaian kerana memudahkan kefahaman pelajar.Pemilihan alat bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu, media tersebut dapat menjimatkan masa pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap suatu konsep dengan lebih mudah dan cepat. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video dokumentari pembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM atau komputer. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan video juga dapat disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke pringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Diantara kebaikannya ialah video senang dirakam dan dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuk tayangan.

v. Persembahan Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan pergerakkan. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah

dapat diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai. Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna. Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.

vi. Penformatan Skrin Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen.

vii.

Kreativiti Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian,

integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusup dan Alwiah (1999), penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.

viii. Nilai Pendidikan Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar

berupaya mencerna fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik beratkan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang berkesan dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan jelas dan dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal. Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan rasa dan sikap positif. Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil dari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. Misalnya menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut.

ix.

Aspek Motivasi Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti

sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan mestilah bersesuaian. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai.

x.

Menarik Perhatian Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik

dan penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), video menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks menarik yang digunakan, warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang sesuai.

xi.

Kognitif Video boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan, pencapaian

terutamanya dalam situasi yang memerlukan interaksi manusia, dan menyediakan tindak balas serta merta untuk pelajar mengenai pencapaian mereka. Selain daripada itu, video boleh digunakan untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yang berkaitan, misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakan penyimpangan, dan interaksi antara objek dan dunia sebenar

xii.

Psikomotor Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta merta terhadap

pelajar mengenai kebolehan mereka. Guru atau koordinator boleh menyelaraskan gerakan untuk mengajar pelajar tentang sesuatu perkara dan pelajar dapat memahami apabila dapat melihat dengan jelas setiap peringkat yang ditayangkan. Video boleh digunakan untuk menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkan atau diperlahankan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau keadaan dengan lebih jelas.

KESIMPULAN Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, penggunaan video dalam pendidikan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka. Selain daripada itu, penggunaan video juga dapat membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran. Para guru haruslah peka terhadap perkembangan teknologi agar pendidikan di Malaysia bukan sekadar penyampaian isi kandungan silibus semata-mata malah memperkayakan pelajar dengan pengalaman kehidupan sebenar.

RUJUKAN

Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000). “Siri Modul Pembelajaran Teknologi Pendidikan”. Skudai: Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Ee, Ah Meng (1999). Siri Diploma Perguruan, Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru Dan Sekolah. 2nd . ed. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Norhaziana Ajib (2005). Penghasilan VCD Pembelajaran Untuk Subjek BTA 4223 (Teknologi Konkrit) Bagi Topik Konkrit Ringan di KUiTTHO. KUiTTHO:Tesis Projek Sarjana Muda Norliza Mohamed Piah (2001). Siri Modul Pembelajaran, Modul Asas Rakaman Video. Batu Pahat: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Digital Video In Education, http://www.zardec.net.au/keith/digvideo.htm#Curriculum, 25 September 2008

Using Video in Education, http://www.lhup.edu/phossain/Assignment/Video.htm, 25 september 2008 Five Ways YOU Could Use Video in EDUCATION, http://www.edutechie.com/2007/01/five-ways-you-could-use-video-in-education/, 2 October 2008 Digital Video in Education, http://ist.psu.edu/faculty_pages/jjansen/academic/pubs/sigcse98.html, 2 October 2008 Why Use Video in Education? http://teachertube.blogspot.com/2007/03/why-use-videos-in-education.html, 2 October 2008

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->