P. 1
Modul BMM3112 Topik 3 (Iankaka_)

Modul BMM3112 Topik 3 (Iankaka_)

|Views: 288|Likes:
Published by Aisyah Che Ismail

More info:

Published by: Aisyah Che Ismail on Sep 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/06/2014

pdf

text

original

Topik 3 Bahasa Melayu

Sebelum dan Selepas Merdeka

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menerangkan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka; Menghuraikan kemajuan bahasa Melayu selepas merdeka; dan Membincangkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

PENGENALAN
Kenalkah anda dengan O.T. Dusseck (lihat Rajah 3.1)? Pada tahun 1935, beliau memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,

„...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu.
Rajah 3.1 : O.T.Dusseck Sumber: Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya hlm. 123

38

TOPIK 3

BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu‰. (The Straits Times, 1935.)
Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

3.1

BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA

Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarangpengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil

Rajah 3.2: Usman Awang

Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang. selari dengan konsep perjuangannya. 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa ZaÊba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan ZaÊba dan Ejaan Kongres (1956-1957). iaitu selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan. Bentuk bahasa ini belum dipawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik. Berita Harian dan juga beberapa majalah. 2002). Pertemuan guru-guru Melayu . Malah dari segi tatabahasa. Oleh itu. Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan. sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Kewujudan bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera. tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya. petani dan nelayan. Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan. Asas 50 juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan berkhidmat di Utusan Melayu. Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. dan Mengadakan pembaharuan dalam sastera. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen. Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. banyak daripada cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh. keadilan sosial dan kemajuan fikiran. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk: (a) (b) (c) Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu. Asraf dan Hamzah. 2Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 39 Sarkam.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View. Singapura dan Borneo Utara. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang. Dari segi perkembangan bahasa Melayu. (iii) Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman. Antaranya ialah ‰Ilmu Mengarang Melayu‰ dan ‰Pelita Bahasa Melayu‰ tulisan ZaÊba. memperluas. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. memperkaya. buku. Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. (iv) Menerbitkan risalah. sasterawan dan ahli bahasa Melayu. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM. 1269): (i) (ii) Mengawal. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). . LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa bahasa Melayu. Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. 1260): Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. hlm. dan seumpamanya. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu. Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. memperbaiki. majalah. Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. hlm. Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. mempertinggi dan menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup. Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga. dan (v) Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga. kitab.40 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja. Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George. dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem. dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut. dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja. dan Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres. sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres. Dalam kongres ini telah diputuskan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah . pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu. segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak. Pada Mac 1954. menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi. Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat. menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954. Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak. Majlis Mesyuarat Negeri.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 41 Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu. mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Seremban mengusulkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia. ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. 1261). hlm. pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu.

iaitu mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. DBP hendaklah menyiasat. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling. Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama. Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan. 2008). membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kuala Lumpur. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut: Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.42 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. Jalan Young.com/images .google. Johor (Penubuhan Balai Pustaka. dan Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. Dewan Bahasa dan Pustaka (Rajah 3. Johor Bahru. Kongres tersebut juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.3: Dewan Bahasa dan Pustaka Sumber: http://images. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku. risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain. Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus.

4). sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3. iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia.3). Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819).4: Laporan Razak 1956 Sumber: http://hids. Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 43 Pada 31 Januari 1962. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama.arkib. Gagasan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah 3. Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.my/doc/ jilidi/mac/07_03_1957_1980. Sebelum tahun 1956 kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran.gov. Rajah 3.htm .

Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan. .1 Huraikan dengan perinci peranan yang dimainkan oleh ASAS 50 dalam memperjuangkan Bahasa Melayu.1 (a) (b) Terangkan peranan Lembaga Bahasa Melayu memperjuangkan bahasa Melayu era pramerdeka. Perbincangan tentang Laporan Razak akan diperkatakan dalam subtopik bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. (Penyata jawatankuasa Pelajaran 1956.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y. Menteri Pelajaran. Pada 14hb April. m. Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.B. Dato' Abdul Razak bin Hussein. AKTIVITI 3.s. dalam Huraikan peranan pendukung bahasa Melayu melalui tiga kongres bahasa yang telah diadakan.44 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Penyata Razak (lihat Rajah 3. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut: Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah. 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. 1 & 21). dan untuk Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan. SEMAK KENDIRI 3.

selain daripada maksud rasmi). dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri. jika mahkamah dan peguam bagi keduadua pihak bersetuju. dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen. bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen. Walau apa pun peruntukan Fasal (10).TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 45 3. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia 1.2 BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka. keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. hendaklah dalam bahasa Inggeris. naskhah yang sahih: (a) Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen. (b) 2. dan Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Walau apa pun peruntukan fasal (10). dan bagi segala maksud rasmi yang lain. dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen. selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka. segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. 3. Dengan syarat bahawa. dan Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. atau daripada mengajar atau belajar. apa-apa bahasa lain. . Dengan syarat bahawa: (a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud. (b) 4.

0 peratus (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. iaitu bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957.3). Pemberian autonomi ini membolehkannya menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. Laporan ini dinamakan Laporan Razak 1956. jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu. Akhirnya.1 peratus. manakala kaum Cina merupakan 37. Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor.78 peratus. Pada tahun 1959. DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). hlm. Sejak tahun 1957. bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Faktor ketiga ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Oleh itu. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. 2008.). DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus. Pada 7 Mac 1957. keempat ialah bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. dan kaum India 11. Faktor kedua. Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan. kumpulan ini membentuk 49. Pada waktu itu. ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta. Pada dasarnya. dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undangundang. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. (Kita akan bincangkan perkara ini dalam subtopik 3. menyusun rancangan . 1260).46 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Berdasarkan peruntukan yang diberikan. apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan.

Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966.5). DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Tuan Syed Nasir bin Ismail.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 47 pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri. Rajah 3.my/doc Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan.5: Pelancaran Pertama Minggu Bahasa Kebangsaan pada 30 Januari 1960 Sumber: Arkib Negara http://hids. dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari.arkib. menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan. dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa . 1961. (lihat Rajah 3. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP.gov. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum. satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Pada 30 Januari 1960. Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari. memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang.

48 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri. institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas. acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduanperaduan syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. kain-kain cogan kata. ialah melalui peraduanperaduan untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. peraduan mengarang rencana dan sebagainya. Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan jabatan-jabatan. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga sekarang. peraduan melukis poster. pertubuhan-pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancanganrancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun separuh kerajaan. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat. peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. dan yang kedua. pelekat-pelekat cogan kata. . syarikat-syarikat swasta. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri. Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk: „pertama. iklan-iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu.‰ (Mahfudz bin Abdul Hamid. iaitu peringkat daerah. 1960) Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti mengadakan poster-poster. akhbar-akhbar. dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.

Rajah 3. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini. 2008). Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan. Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3. 1963 (Pindaan 1967). Kuala Lumpur. perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan. Pada 11 April 1963.my/doc/jilidii/jun/27_06_~1. iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini mencakupi masalah sastera. iaitu pada tahun 1967.6) satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S.6: Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia Sumber: Arkib Negaravhttp://hids.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 49 Pada 15 April 1962. Selepas 10 tahun merdeka.arkib. Ruddjiati Muljadi. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967.gov. satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan. W. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah.htm .

Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen. baik pertuturan mahupun tulisan. dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia. . Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967. maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran. baginda mensifatkan pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat bahasa Inggeris. 2008). Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama. Sepuluh tahun selepas merdeka. Dalam rundingan itu tanggapan masing-masing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. serta melalui majalah-majalah.50 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta ramah tamah. radio dan televisyen. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967.

m. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960. Bahasa Kebangsaan.7) pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. pada hari yang sama.7: Pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.s. 1 September 1967. Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat Rajah 3. serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu. Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 10.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 51 Rajah 3. perjuangan politik bahasa. Sumber: Utusan Malaysia. Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan Bahasa Kebangsaan. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu. iaitu bahasa Melayu sahaja . Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu. YM Tunku Abdul Rahman.

3. bahasa sains dan teknologi.2 (a) (b) Bincangkan akta-akta yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan implikasinya terhadap kedudukan Bahasa Melayu selepas merdeka. Kerajaan-Kerajaan Negeri. SEMAK KENDIRI 3. Di sekolah menengah pula. Bincangkan peristiwa penting yang berlaku sepanjang era selepas merdeka yang berkaitan dengan perjuangan Bahasa Melayu. Siri buku tulisan ZaÊba dalam bentuk tiga jilid.2 Huraikan peranan DBP dalam hubungan kerjasama kebahasaan antara negara Indonesia-Malaysia dalam memperkukuhkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa pada zaman selepas merdeka. AKTIVITI 3. Jikalau Bahasa Kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900. terdapat dua bahasa yang digunakan. Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan korpus bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju. 4 Akta tersebut. bahasa kegiatan intelektual dan budaya. iaitu . iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Jabatan-Jabatan Kerajaan. bahasa ilmu pengetahuan. Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen.52 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran seharihari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian. Walau bagaimanapun. Perbincangan tentang perkara ini akan dilanjutkan dalam Topik 4 (Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu) dan Topik 5 (Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu).3 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 53 Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. dan Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut: 1. timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah: Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam bahasa Inggeris Meningkatkan kualiti guru. maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) Menjelang kemerdekaan. meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut. Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L. dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990). Laporan Barnes 1951 kaum Melayu menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama. zaman pascamerdeka (1957-1970). Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai pengantar. 3. iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957). Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan. 4. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan .J. 2. Barnes.

matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah: (i) (ii) Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan. Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu. Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan. iaitu: .54 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran. (iii) Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum. merangsang. menggalak. Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Laporan ini mencadang agar usaha merapatkan jurang perbezaan lakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Laporan Fenn-Wu 1951 Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan FennWu dikatakan memperkecil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu. Ordinan Pelajaran 1952 Pada 21 November 1952. Antara lain. dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Antara yang tercatat dalam penyata.

Datuk E. Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua. 2008): 1.E. Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis. Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah. sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195. Oleh . Pada masa akan datang. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing. Cina atau Tamil. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956. 2. Tamil dan Cina untuk terus maju. Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah.C. juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu. Jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guruguru dan nazir-nazir sekolah.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 55 1. 2. 2008). 3. Selain daripada itu. Sungguhpun begitu. Laporan Razak 1956 Pada hari 6 Mei 1956.

Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu. mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik. Oleh itu. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. 2006. Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. ms. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai. . dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu. 17). Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah. Zaman Pascamerdeka (1957-1970) Selepas mencapai kemerdekaan. jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu. banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan.56 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Tamil dan Inggeris. Menteri Pelajaran. 6) Penolong Menteri Pelajaran. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar . 2) Menteri Kehakiman. Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. 12) Ketua Menteri Pulau Pinang.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 57 Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib. Dahari Ali. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. 10) Senator Koh Kim Leong. 9) Encik V. sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina. dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu. Pada 18 Februari 1960. 4) Menteri Perdagangan dan Perusahaan. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Khir Johari. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Mereka ialah : 1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi. Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah : 1) untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei. 11) Encik Mohd. 7) Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan. 2) mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma. 1956. dan 3) mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. badan-badan pelajaran. 13) Datuk Wong Pow Nee dan 14) Encik Abdul Ghani bin Ishak. Manickavasagam. 3) Tun Leong Yew Koh. 5) Encik Mohd. 8) Penolong Menteri Buruh. Orang ramai. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.

dan aspek budaya. Pada tahun 1980. 2006. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992 (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Laporan ini telah: Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca. Pada tahun 1973. emosi. selaras dengan Akta 1961. akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. pendidikan menengah atas melalui dua jurusan. . Di institusi pengajian tinggi. manakala di Sarawak pada tahun 1990.58 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA penyertaan ke sekolah menengah. Bahasa Melayu sebagai mata kursus. ms. Falsafah ini pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmnai. menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia . Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama. analisis linguistik. semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. 17). rohani dan intelek. Pada tahun 1979. antaranya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982. sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. kedua. Walau bagaimanapun.

dalam sistem Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (ditubuhkan pada 6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan baik pada peringkat sekolah rendah. Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini diperjuangkan melalui saluran politik. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991. SEMAK KENDIRI 3. menengah. Huraikan perkembangan Bahasa Melayu pendidikan dalam era selepas tahun 1957. Kewujudan bahasa Melayu pada era . sistem Terangkan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Cina dan Tamil selepas merdeka. kursus aliran sastera mula diajar dalam bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. maktab dan universiti terlaksana dengan lancar.3 (a) (b) Bincangkan perkembangan Bahasa Melayu dalam pendidikan persekolahan Melayu sebelum merdeka. AKTIV ITI 3. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah di tubuhkan di Singapura. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980.3 (a) (b) Bincangkan kedudukan Bahasa Melayu sebelum merdeka.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 59 Penggunaan bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

dan kesusasteraan Melayu. sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum . Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja. Johor. Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri. Seremban. ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View. Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak. Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 diadakan di Sekolah King George. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara. Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa. Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Johor Bahru. Pada bulan Mac 1954. Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.60 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahliahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran.

satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan. kedua. Pada 30 Januari 1960.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 61 merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas 10 tahun merdeka. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan. 1961. Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada 15 April 1962. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. . ketiga. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. 1963 (Pindaan 1967). Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Kuala Lumpur. satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1959. ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah. praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Gerakan penggunaan bahasa bahasa dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. dan akhirnya. iaitu pada tahun 1967. bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Faktor pemilihan bahasa Melayu ialah: pertama. Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Pada 11 April 1963.

Tamil. semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. zaman pascamerdeka (1957-1970). Pada tahun 1980. Pada tahun 1973. menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran kebangsaan untuk semua. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan. sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Pada tahun 1979. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Laporan Barnes 1951 kaum Melayu. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990). Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah.62 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut. dan Inggeris sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. iaitu zaman pramerdeka (seblum 1957). Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina. . Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.

Kementerian Pelajaran 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penubuhan Balai Pustaka. Kuala Lumpur. Persekutuan Tanah Melayu).gov. Ensiklopedia Kebudayaan Melayu.s.htm dipetik pada 20 Januari 2008 Penyata jawatankuasa Pelajaran 1956. Mahfudz bin Abdul Hamid (Setiausaha Jawatankuasa Kerja Minggu Bahasa Kebangsaan. 1998.my/doc/2002/ogos/ 06_08_1950_2002." Dewan Bahasa Jilid IV Bil.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 63 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 ASAS 50 Dewan Bahasa dan Pustaka Kongres Bahasa dan Persuratan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia Laporan Barnes 1951 Laporan Fen-Wu 1951 Laporan Rahman Talib 1960 Laporan Razak 1956 Lembaga Bahasa Melayu Bahasa Melayu pramerdeka Bahasa Melayu pascamerdeka Bahasa Melayu selepas Zaman Dasar Ekonomi Baru ASAS 50 dipetik http://hids.my/doc/ 1998/ jun/22_06_1956_1998. Apa tujuannya dan bagaimana hendak menyertainya.Januari 1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 . Asmah Haji Omar. m. m. Muafakat bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina Bahasa. htm pada 20 Januari 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan Khas (30 April 1981). "Keteranganketerangan tentang MINGGU BAHASA KEBANGSAAN. 668-669. 1 & 21 Penubuhan Balai Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.arkib.arkib. Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010.gov.arkib.htm pada 20 Januari 2008 dipetik .s. Caxton Press Ltd.my/doc/ 1998/jun/22_06_1956_1998.gov. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. Arkib Negara http://hids. Arkib Negara http://hids.

gov.htm pada 20 Januari 2008.my/ doc/ 2001/april/15_04_1988_2001.htm pada 20 Januari 2008 Ucapan O.arkib.Ke arah meninggikan mutu bahasa dan kesusasteraan kebangsaan dipetik daripada http://hids. Dusseck.arkib.gov.arkib.htm pada 20 Januari 2008. (Terjemahan) dilaporkan dalam The Straits Times 23 November 1935.htm dipetik pada 20 Januari 2008.64 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Penyata Pelajaran 1952 Dipetik daripada http://hids.gov. Undang-Undang Pelajaran 1957 http://hids.htm pada 20 Januari 2008 Seminar Bahasa dan Sastera .my/doc/jilidi/ mac/ 07_03_1957_1980. .gov.T.arkib. Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia Dipetik daripada http://hids.my/doc/ 2000/mei/06_05_1956_2000.arkib.gov. Penyata Razak 1956 Dipetik daripada http://hids. my/ doc/jilidii/jun/27_06_~1.my/doc/2002/november/21_11_1952_2002.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->