You are on page 1of 3

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.

Contoh: satu suku kata am, dan, roh, skru dua suku kata itu, ubi, aku Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau hurufhuruf tertentu. Contoh : berdikari berdiri di atas kaki sendiri komuter keretapi berkomputer kugiran kumpulan gitar rancak pawagam panggung wayang gambar

Kata Majmuk

Kata Majmuk Umum Kata majmuk umum terbahagi kepada:

i. Kata majmuk biasa - yang terdiri daripada rangkai kata bebas Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat ii. Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda Kata Majmuk Istilah Khusus i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.

Contoh:

Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara
Kata Majmuk Kiasan i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin , lipas kudung dan lain-lain.

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah) Lampiran 1 Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap Kata dasar 1 Kata dasar 2 Antara Bangsa Apa Bila Apa Kala Apa Lagi Bagai Mana Barang Kali Beri Tahu Bumi Putera Dari Hal Dari Pada Duka Cita Jawatan Kuasa Kaki Tangan Ke Pada Kerja Sama Mana Kala Mata Hari Olah Raga Pada Hal Pesuruh Jaya Setia Usaha Suka Rela Suruhan Jaya Tanda Tangan Tanggung Jawab Warga Negara Pengimbuhan Kata Majmuk Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah: Kata Majmuk Apitan Ejaan kuat kuasa peN...an penguatkuasaan kemas kini meN...kan Mengemaskinikan lipat ganda melipatgandakan anak tiri meN...kan menganaktirikan ibu bapa Ke...an keibubapaan kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan surat khabar peR...an persuratkhabaran Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah. Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan garis pusat ber garis pusat berRterima kasih berterima kasih meNambil alih meng ambil alih peNcari gali pen cari gali -an daya serap daya serapan -kan urus niaga urus niagakan Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan antarabangsa Apabila Apakala Apalagi Bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera Darihal Daripada Dukacita jawatankuasa Kakitangan Kepada Kerjasama Manakala Matahari Olahraga Padahal Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab warganegara

Penggandaan Kata Majmuk Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:alat-alat tulis gambar-gambar rajah balai-balai raya kapal-kapal terbang suku-suku kata garis-garis pusat Menteri-Menteri besar Penolong-Penolong Pendaftar

You might also like