Muliati Abdul

Bab 1
AH rasa tindakan kita ni betul ke? Abang takut Hakim tu makin susah difahami saja,” ujar Mokhtar sebaik sahaja berada di hadapan pintu bilik anaknya. Pandangannya tertumpu pada isterinya sebelum beralih pada wajah kecil di sisinya. “Inilah yang terbaik untuk Hakim, bang. Mah dah tak sanggup lagi tengok kesedihan Hakim. Biarpun dah empat bulan arwah Nisha tinggalkan kita, Hakim masih jugak begitu. Tak banyak cakap, makan pun sikit. Mah takut berlaku sesuatu yang buruk nanti.” Mokhtar membelai rambut anak kecil yang sedang didukung oleh isterinya sebelum tersenyum panjang. “Sekejap lagi abah nak bawak Nurul jumpa Abang Hakim.” “Abang Hakim tu sape? Kawan abah ye? Mesti kawan abah pun macam abah, kan?” Mokhtar tersenyum panjang mendengar pertanyaan si kecil itu. Sekali lagi dia mengusap rambut halus itu. Tidak

“M

1

Kirimkan Aku Malaikatmu

sia-sia usahanya selama seminggu ini. Ternyata anak kecil ini sudah cukup rapat dengannya. “Bukan. Abang Hakim tu abang Nurul.” “Abang? Tapi Nurul tak suka ada abang. Nurul suka abah dengan umi aje. Kalau kita buang Abang Hakim boleh tak, abah?” rengek Nurul manja. “Tak baik macam tu, Nurul. Abang Hakim tu baik. Nanti boleh main dengan Nurul. Nurul pun ada kawan. Nanti kalau ada kawan-kawan yang buli Nurul, Abang Hakim boleh tolong.” Nurul menjuihkan bibir comelnya sebelum menggeleng beberapa kali. “Abang Hakim lelaki. Nanti Abang Hakim pukul Nurul. Nurul tak suka ada abang.” Mohktar mengeluh mendengarnya. Sekarang dia mulai ragu-ragu dengan keputusannya mengambil anak angkat. “Macam mana sekarang ni, Mah? Nurul tak mahu jumpa Hakim. Apa kita nak buat?” “Abang ni bercakap macam orang putus asa. Nurul ni belum lagi jumpa Hakim.” “Kalau jumpa pun tak ada bezanya, Mah,” balas Mokhtar. “Nurul sayang abah tak?” “Sayang sangat.” “Umi?” “Nurul lagi sayang.” “Kalau Nurul sayang umi dengan abah, Nurul mesti jumpa Abang Hakim. Sebab Abang Hakim pun sayang umi dengan abah jugak. Kalau Nurul tak nak jumpa, kesian Abang Hakim. Nanti Abang Hakim nangis kuat-kuat. Ha... nanti Nurul tak boleh tidur malam.”

2

Muliati Abdul

Diam-diam Mokhtar tersenyum melihat pendekatan yang diambil oleh isterinya untuk memujuk Nurul. “Eee… Nurul takutlah, umi. Abang Hakim tu mesti garang macam rimau.” “Macam nilah. Nurul jumpa Abang Hakim dulu. Kemudian kalau Abang Hakim marah Nurul, umi janji akan marah Abang Hakim semula.” “Umi marah Abang Hakim kuat-kuat tau!” “Umi janji. Umi akan marah Abang Hakim kuatkuat.” Barulah Nurul mengangguk-angguk tanda setuju. Nurul menyorok di belakang umi sewaktu pintu dibuka. Hanya sesekali kepalanya terjengul memerhatikan keadaan bilik tersebut. “Hakim buat apa ni? Dah makan ubat?” Hanya gelengan kepala yang membalas pertanyaan Mokhtar. “Hakim nak jumpa Adik Nisha, abah. Jomlah kita pergi kubur adik. Hakim rindu sangat dengan Adik Nisha.” “Semalamkan dah pergi. Esok-esoklah pulak kita pergi. Hari ni umi nak kenalkan Hakim dengan Nurul.” Salmah tersenyum lalu memeluk tubuh kecil Hakim seeratnya. “Nurul, mari sini, sayang.” “Tak mahu. Nanti Abang Hakim pukul Nurul. Nurul takutlah.” “Siapa tu, umi?” soal Hakim. Dia ikut mencari-cari arah datangnya suara tersebut. “Nurul. Adik baru Hakim.”

3

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Adik? Macam Adik Nisha ya, umi?” “Hmmm... Hakim nak jumpa Nurul tak?” “Nak. Tapi Adik Nurul tu baik ke macam Adik Nisha?” “Baik. Adik Nurul tu baik macam Adik Nisha jugak.” Hakim mengangguk-anggukkan kepala mendengar penjelasan uminya. “Nurul, Abang Hakim nak jumpa ni. Mari sini, sayang.” “Tak nak!” “Nurul sayang umi, tak?” Perlahan-lahan tubuh kecil itu mula menampakkan wajahnya. Wajahnya masam. “Abang Hakim janji dulu, Abang Hakim takkan marah.” Hakim tercengang seketika. Wajah comel itu ditatap dengan sepuas hati. Ada kedamaian yang singgah sewaktu renungan mata mereka bertamu. “Tengok tu, Abang Hakim diam aje. Mesti Abang Hakim nak marah,” selar Nurul setelah melihat Hakim membisu seribu bahasa. Tanpa sedar, Hakim mengulum senyum lebar mendengar rungutan Nurul. “Abang janji takkan marah. Marilah sini. Katil abang ni best tau. Boleh enjut-enjut.” “Alah, katil Nurul pun macam tu jugak. Boleh enjut-enjut jugak.” “Tapi abang ada ni.... Dekat rumah Nurul mesti tak ada!”

4

Muliati Abdul

“Eh, eh... besarnya patung beruang tu. Abang Hakim beli kat mana? Comelnya….” “Patung ni Adik Nisha punya....” “Nurul nak pinjam.” “Tak boleh. Yang ini Adik Nisya punya. Orang lain tak boleh ambil.” “Abang ni kedekutlah. Nurul tak nak kawan Abang Hakim.” Hakim memandang Nurul yang sudah memalingkan wajahnya ke arah lain. “Abang bagi Nurul pinjam tapi Nurul mesti kawan dengan abang.” “Nurul nak anak patung tu dulu. Lepas tu barulah kita kawan abang, ye?” “Nah. Tapi jaga elok-elok tau.” “Horey! Nurul ada anak patung besar. Abang ni baik la.” “Mestilah. Sebab tu abang jadi abang. Nurul jadi adik.” Nurul menampakkan barisan gigi susunya sebelum menarik tangan Hakim keluar. “Nurul nak naik basikal. Tapi Nurul tak pandai. Abang ajar Nurul, ya?” “Nak belajar sekarang ke?” “Haah.” “Hakim?” panggil Mokhtar pada anaknya. “Ada apa abah?” “Jaga adik kamu tu baik-baik. Jangan main kat tempat panas. Sebelum main tu, pergi makan ubat dulu. Abah dah sediakan atas meja.”

5

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Alah abah ni... tak syoklah.” Mokhtar dan Salmah saling berpandangan. Keduaduanya melemparkan senyum kepuasan. “Mah harap Hakim akan bertambah baik selepas ni. Nasib baik kita ikut saranan Doktor Fadilah, bang,” ujar Salmah, lega. “Hmmm... abang pun harap begitu. Bila abang tengok senyuman Hakim tadi, abang dah tahu rancangan kita berjaya,” balas Mokhtar. “Abang Hakim main ngelat. Mana aci! Kita lat talilat laili tamplong dulu.” “Okey. Lat talilat laili tamplong. Mak Minah balik kampung. Beranak dalam tong. Keluar anak patung. Namanya Zaiton. Ha… tengok, Nurul kalah lagi. Abang menang. Jadi abang naik basikal dulu.” “Abang jahat. Abang main ngelat! Kita one two juz pulak.” “Tak naklah. Nanti pun abang menang lagi.” “Abang memang jahat. Abang suka main ngelat. Kita tak nak kawan abang. Abang pergi!” “Okeylah, Nurul naik basikal dulu.” “Pergi! Kita tak nak kawan abang.” “Abang nyanyi satu lagu nak tak? Lagu ni abang selalu nyanyi dengan Adik Nisha. Best tau.” “Ye ke? Cuba Abang Hakim nyanyi?” “Air pasang dalam surut pukul lima. Nyonya bangun…” “Alah, lagu tu kita tahulah. Kita pun selalu nyanyi. Air pasang dalam surut pukul lima. Nyonya bangun pagi,

6

Muliati Abdul

siram pokok bunga. Pokok bunga melur, tanam tepi pantai. Ayam bertelur, itik menetas.” “Ha... Nurul nyanyi salah! Mana ada itik menetas. Ayamlah yang menetas.” “Abang Pergilah!” ni jahatlah. Ketawakan kita pulak.

Salmah ketawa mendengarnya. Suara Nurul dapat didengar sehingga ke tingkat dua ini. Mungkin Nurul sedang marahkan Hakim. Sebenarnya suara-suara itu menghadirkan rasa bahagia di dalam hidupnya. Hakim sudah kembali riang, cukuplah dengan petanda itu. Hatinya sudah merasa puas.

7

Kirimkan Aku Malaikatmu

Bab 2
APANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR dipenuhi lautan manusia. Masing-masing punya agenda tersendiri. Nurul yang menjadi pemerhati sedari tadi cukup berbangga. Empat tahun di perantauan, ternyata terlalu banyak perubahan yang berlaku di sini. Hati kecilnya bergemuruh dengan sejuta keriangan. Dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke rumah. Dia rindukan masakan Mak Limah. Rindu pada abah dan umi. Rindu pada Abang Hakim dan semua yang ditinggalkan empat tahun dahulu demi segulung ijazah. Nurul memang sengaja pulang sehari lebih awal. Sengaja mahu memberi kejutan pada keluarganya. Abang Hakim terutamanya. Semalam Abang Hakim baru menghubunginya menyatakan mahu menjemputnya esok. Hmmm... pasti Abang Hakim terkejut nanti. Sudah terbayang di ruang mata wajah terkejut Abang Hakim.

L

8

Muliati Abdul

Sebaik sahaja kakinya memasuki balai ketibaan, telinganya dijamu dengan suara garau seorang lelaki. Belum melihat wajah, Nurul sudah dapat menduga lelaki itu tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan di situ. Kini dia sudah berada di sisi lelaki itu. Sekilas dia menatap lelaki itu. “Confirmed! Saya memang bawa dua buah bagasi. Sekarang saya cuma dapat satu. Could you please find my another luggage?” getus lelaki itu tanpa sabar. Sebelah tangannya meletakkan beg sederhana besar di atas meja pegawai di situ. “Biar kami periksa sekali lagi, encik. Encik boleh duduk di sana dulu. Sebaik sahaja kami dapat maklumat, kami akan maklumkan pada pihak encik secepat mungkin.” Pegawai di situ cuba berdiplomasi. “Apa? Tunggu lagi? Ini dah masuk tiga kali saya berulang-alik. Sejak sejam tadi saya cuba tanyakan, tapi kamu semua hanya cakap tunggu dan tunggu. Berapa lama lagi saya kena tunggu? Saya pun ada urusan lain. Bukan nak jadi tunggul di sini! Please find my luggage. Banyak dokumen penting di dalam tu!” Tersentak Nurul mendengar suara yang kian meninggi itu. Tanpa dapat ditahan-tahan, matanya melekat lagi pada seraut wajah yang tegang itu. “Encik Firdaus, sila tunggu sebentar. Kami sedang trace bagasi encik sekarang. Mungkin sekejap lagi bagasi encik akan ditemui.” Seorang pegawai yang baru muncul mengambil alih. “Abang, kita tunggu sekejap lagi.” Firdaus… jadi nama lelaki itu Firdaus. Nama yang indah, cukup sepadan dengan pemiliknya. Hatinya berkatakata. Kemudian tersenyum sendiri.

9

Kirimkan Aku Malaikatmu

Lalu sekali lagi Nurul mencuri-curi pandang merenung lelaki itu. Namun kali ini renungannya lebih hebat. Matanya seakan-akan tidak mahu dikalihkan lagi. Tibatiba sahaja dia berubah canggung saat lelaki itu sempat mengerlingnya sepintas lalu. Kenapa suara hatiku seolah-olah terdengar gemeresik nada yang indah? Kenapa nada indah itu seolaholah menggamit hatiku untuk terus mengagumi lelaki di sisiku ini? Ada getar di hatinya melihat lelaki itu meraup rambutnya. Kemudian memicit-micit dahi sebelum kembali meraup rambutnya semula. Perasaan halusnya terusik hanya dengan melihat perlakuan spontan lelaki itu. Aneh sungguh perasaan yang bertandang saat ini. Cukup mengusik perasaan. Hinggakan dia keliru dengan segala macam perbalahan di jiwanya. Sambil menggeleng, Nurul mengeluh kecil. Dia tidak pernah mengalami perasaan begini. Dan sungguh, dia tidak ingin perasaan ini terus menggugah sekujur tubuhnya. Pandangannya melurut pula pada gadis di sisi lelaki itu. Kelihatan gusar. Mereka berdua cukup sepadan. Entah kenapa jauh di dasar hati, dia merasa kecewa dengan kenyataan tersebut. Satu beban berat seperti sengaja dihempaskan ke bahunya. “No, Erin. Abang dah tak sanggup lagi menunggu. Malam ni kita ada function di rumah Uncle Hamzah. Kalau kita terus bertenggek di sini, abang tak yakin kita akan sampai on time. Abang tak nak ambil risiko tu. Abang tak suka lewat, itu prinsip abang.” Seperti baru terkejut dari mimpi yang indah saat suara garau itu menerjah suasana. Segera dia memandang

10

Muliati Abdul

lelaki itu semula. Sesaat pandangan mereka bertemu. Hening seketika. Menggelabah jadinya bila diri tidak dapat mengelak lagi. Ya Allah, lelaki itu sudah tahu aku kerap merenung curi padanya, hatinya disapa segan. Terasa panas pipinya. Merah wajahnya menahan malu. “Mereka tak sepatutnya hilangkan bagasi kita. They must have responsibility to take care of our luggage,” luah lelaki bernama Firdaus itu, masih enggan melepaskan pandangannya terhadap Nurul. Sengaja membuat Nurul terkapai-kapai melawan rasa malu yang menjerut diri. Kali ini Nurul tidak dapat mengundurkan diri. Lelaki itu sudah mengikatnya melalui renungan yang memukau pandangan. Tipulah kalau dia menidakkan hatinya tidak gundah, kerana pada saat ini hatinya sedang membadai. Gelora hatinya sungguh-sungguh sukar dikawal. Pipinya dirasakan cukup membahang. “Abang marah-marah atau mengamuk sekalipun, tak guna. Let they do their work. Erin rasa kalau abang terus berdiri di sini, ianya hanya akan melambatkan kerja mereka,” balas Erina serius. Kemudian melangkah pergi biarpun berkali-kali Firdaus memanggil. Mungkin dia tidak sanggup lagi bertelagah. Nurul dapat mendengar keluhan berat lelaki itu. Pada wajah itu terpamer sejuta kesalan. Pun begitu, masih good looking! Bertambah menarik saat lelaki itu kembali menyorotnya. Di luar kesedaran, bibir Nurul menguntum senyum. Entah untuk apa dia tersenyum. Dia sendiri masih ragu-ragu. Mungkinkah hatinya sedang mencuba peluang untuk mengenali lelaki itu?

11

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Saya rasa awak patut pujuk dia sebelum rajuknya berlarutan. Nanti kalau dah terlewat, awak yang susah.” Lancar sahaja bibirnya menuturkan kata-kata. Seenaknya sahaja memberi nasihat tanpa memikirkan perasaan lelaki itu. Sedetik kemudian kesalnya datang bertalu-talu bila menyedari riak wajah lelaki itu kelihatan sungguh kelat. Paparan wajahnya sungguh-sungguh meresahkan jiwa Nurul. Marahkah lelaki itu? Oh! Kenapa aku cari bala ni? Kenapa aku nak jaga tepi kain lelaki ni? Nurul memarahi dirinya sendiri. Sejuta kerutan mula terlukis, diiringi keluhan panjang. Sungguh-sungguh kesal dengan apa yang baru sahaja terlahir dari bibirnya. Perasaannya padat dengan tekanan hanya dengan menyaksikan betapa dalamnya renungan lelaki itu padanya. Mungkin begitu juga dalamnya rasa marah lelaki itu padanya kerana mencelah di tengah-tengah kekusutan. Tetapi apa lagi yang mampu dia lakukan? Terlajak perahu tentu sahaja masih boleh diundur, tetapi kalau sudah terlajak kata? Nurul meneguk liur yang dirasakan pahit tiba-tiba. Dia boleh sahaja berlalu pergi tanpa memikirkan apa yang bermain di minda lelaki itu, tetapi mampukah ditepis rasa tidak selesa kelak? “Ada saya minta pandangan awak?” soal lelaki itu. Dengan wajah kelat begitu, buat Nurul gerun sendiri membayangkan nasibnya selepas ini. Bukankah lebih bagus kalau dia berlalu sahaja tadi? “Ada saya minta pandangan awak tentang apa yang terjadi?” soal lelaki itu semula. Soalan yang membuat Nurul kian terkedu. Pipi tebal seinci dan merasakan diri terlalu kerdil! Bersahaja

12

Muliati Abdul

ekspresi wajah lelaki dengan kedua-dua belah tangan bercekak di pinggang. Malunya Nurul tatkala ini bila beberapa pasang mata mula memberikan perhatian padanya. Kenapa kesudahannya perlu berakhir begini? Niatku baik, kenapa disalahertikan pulak hingga mengundang malu pada diriku? Dengan perasaan yang berbaur, dia cuba mengutip kekuatan yang telah luruh. “Minta maaf, saya tak sepatutnya cakap macam tu,” gumam Nurul gugup. Lekas-lekas Nurul mengambil bagasinya. Mahu segera jauh daripada Firdaus. Lalu tanpa menoleh ke belakang lagi, langkahnya diayun panjang-panjang menuju ke tempat pemeriksaan kastam. Selesai menjalani pemeriksaan, dia melangkah gontai pula menuju ke pintu keluar. “Oh!” jerit Nurul saat tubuhnya terdorong ke hadapan. Troli yang ditolaknya terlepas lalu bergerak sendiri. Dalam keadaan kelam-kabut itu dia terpaksa berlari-lari anak mengejar trolinya. Perasaannya Tuhan sahaja yang tahu. Bercupak mata terlalu sudi memandang tanpa niat mahu menolong. Dalam diam dia mendongkol geram. Matanya melilau mencari gerangan manusia yang telah melanggarnya. Jarak seratus meter memisahkan mereka berdua. Berderau darahnya tatkala pandangan mereka bertaut semula. Masya-Allah, lelaki tadi! Terhenti nafasnya sesaat dua bila lelaki itu ikut merenungnya.

13

Kirimkan Aku Malaikatmu

Dia dah berjaya mendapatkan bagasinya, tapi kenapa masih bermasam muka? Apa lagi yang tak kena? Lantas kenapa diriku pula yang dijadikan tempat melepaskan geram? hati Nurul tertanya-tanya sendiri dalam kekalutan itu. Bibirnya diketap kuat-kuat dengan harapan mampu mengawal keadaan. Nyata sekali keadaan dirinya sudah tidak terkawal. Getaran-getaran halus tanpa diundang sengaja mengambil alih sebahagian dari jiwanya. Sepuluh saat berlalu, dia masih direnung tajam. Penuh minat sehingga Nurul mula ralat dengan reaksi lelaki itu. Aduh! Kenapa dengan lelaki tu? Fikirannya waras atau tidak? Hati Nurul kian galak berteka-teki. Ternyata seraut wajah serius itu tidak berkalih lagi memandangnya. Sorotan matanya cukup tajam merenungi setiap gerak-gerinya. Kenapa dia perlu merasa gusar bila direnung tajam? Sedangkan dia bukan tidak pernah menjadi renungan lelaki! Tetapi kali ini terlalu berlainan. Ada rasa ‘aneh’ yang meresap jauh ke dalam hati perempuannya. Sesuatu yang tidak pernah dipinta untuk menjengah daerah hatinya. Lebih mengejutkan bila degupan jantungnya ikut berlagu cemas, seiring dengan langkah lelaki itu yang mendekatinya. Kenapa jadi begini? Kenapa aku perlu cemas? Ya Allah, jangan datang ke sini! Tolonglah jangan ke sini! Nurul menjerit, tetapi suaranya tersekat di kerongkong. Kelu lidahnya. Saat ini Nurul merasakan dia bukan lagi dirinya. Tetapi telah berubah menjadi Nurul yang lain. Nurul yang

14

Muliati Abdul

tiba-tiba sahaja mempunyai penyakit segan dan malu yang menebal. Kalau boleh Nurul ingin lari bersembunyi agar jauh dari bayang-bayang lelaki tersebut. Hingar-bingar suasana bertukar hening saat lelaki itu betul-betul berada di hadapannya. Merenungnya dengan penuh minat. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dengan berhati-hati dia membetulkan blausnya. Kemudian memeriksa sama ada butang bajunya tersemat kemas. Semuanya okey, lantas kenapa dia masih menjadi objek renungan? Apa lagi yang tak kena ni? hatinya merintih. Sekali lagi dia cuba mengumpul kekuatan. “Errr... errr... kenapa awak pandang saya macam ni? No! Maksud saya kenapa awak tolak saya?” tanya Nurul kelam-kabut. Tiba-tiba sahaja sinar mata lelaki itu kian lembut pula menerjah matanya. Melumpuhkan semua kekuatan yang dibina. Lelaki itu sekadar tersenyum tipis. “Minta maaf, saya tak sengaja.” Nurul rasa terpukul. Dia menantikan kata-kata yang lebih tersusun bunyinya. Bukan sekadar ‘minta maaf, saya tak sengaja’, kerana dia baru sahaja memalukan diri sendiri. Sebentar tadi dia terbabit dalam drama kejar-mengejar. Mungkin tajuk paling sesuai adalah ‘Bila Troli Melarikan Diri!’ Sakitnya hati tiada terhitung lagi. Menjadi kudis yang menyakitkan. Memang dia seorang lelaki yang tidak pandai mengambil hati wanita.

15

Kirimkan Aku Malaikatmu

Tapi kenapa pula aku mendambakan ucapan yang lebih bagus lahir dari bibir lelaki tu? Gila! Benar-benar gila! Aku tak kenal lelaki tu, kenapa perlu sibuk-sibuk pula hingga berkecil hati? Tanpa penyedap bahasa, lelaki itu kembali mengayun langkah. Melangkah pergi meninggalkan dia terpaku seorang diri. Seolah-olah tiada apa yang serius telah berlaku. Sedetik Nurul mengharapkan lelaki itu kembali berpaling, ternyata harapannya berakhir dengan rasa kecewa. Memang dia seorang lelaki yang tak pandai mengambil hati perempuan! gerutu hati kecil Nurul. Penuh kesal. Dia masih terus memandang sehinggalah kelibat lelaki itu hilang di sebalik pintu keluar. Sambil menggelengkan kepala, Nurul mengorak langkah deras. Tidak mahu lagi lelaki itu muncul di mindanya. Sesungguhnya saat-saat tadi cukup mencemaskan sekujur tubuhnya. Dia tidak mahu melalui saat-saat teruja lagi. Cukuplah! Mungkin sudah takdir, di pintu keluar mereka bertemu lagi. Dari ekor matanya, Nurul tahu lelaki itu kerap mencuri pandang ke arahnya. Debaran di dadanya sudah tidak keruan. Ternyata cuba berlagak selamba tidak semudah yang disangka. Buktinya cukup nyata. Hendak mengukir senyum pun payah, apatah lagi untuk berpaling lantas bertentangan mata sekali lagi. Kini Nurul menyesal kerana tidak memberitahu Abang Hakim tentang kepulangannya hari ini. Semuanya pasti dapat dielakkan kalau Abang Hakim berada di sisinya. Dan dia juga tidak perlu berlama-lama menunggu giliran menaiki teksi.

16

Muliati Abdul

Sebuah teksi akhirnya berhenti di hadapannya. Tidak menunggu lama Nurul sudah berada di dalam perut teksi. Ngeri untuk terus menjadi objek renungan lelaki bernama Firdaus itu. “Petaling Jaya,” getus Nurul. Sepasang matanya masih sempat mencuri pandang melalui cermin sisi. Biarpun figura lelaki itu kelihatan mengecil, namun gerak hatinya mengatakan lelaki itu sedang memandang teksi yang dinaikinya. Firdaus, jangan kita dipertemukan lagi... pinta hatinya. Setelah separuh perjalanan, barulah Nurul mampu menghela nafas lega. Segala macam beban di bahunya perlahan-lahan menjauh. Tetapi tidak seraut wajah lelaki itu. Terus mengiringinya sepanjang perjalanan. Lebih pelik lagi bila nama lelaki itu sudah terpahat kukuh di dalam jiwanya. Menjadi sebahagian daripada dirinya. Perasaan apakah ini? Kenapa rasa ‘indah’ ini membaluti jiwa ragaku? Dalam benci dan geram, kenapa aku masih menyimpan hasrat untuk bertemu lagi biarpun aku cuba menafikannya? Nurul pening sendiri memikirkan penyakit baru yang melanda hati perempuannya. Kalau boleh, dia ingin penyakit baru ini lekas-lekas hilang supaya perasaan halusnya mampu tenang semula.

17

Kirimkan Aku Malaikatmu

Bab 3
AM tiga petang, Nurul sudah berada di laman rumahnya. Matanya meninjau keadaan sekeliling. Di sini tidak banyak perubahan kecuali taman mini umi. Semuanya masih sama. Udara masih segar. Hamparan rumput permaidani cukup menyejukkan mata yang memandang. Memang Nurul merindukan suasana rumahnya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri, hati kecilnya sempat berbisik. Bibirnya melebar senyum saat terpandang Mak Limah yang sedang asyik menyiram bunga. Dengan berhatihati dia menghampiri wanita separuh umur itu. Mahu mengusik. “Mak Limah buat apa tu?” sergah Nurul. Mak Limah terkejut bukan kepalang. Bulat matanya memandang Nurul yang tersengih-sengih. Berulang kali jarijemari tuanya menguliti tangan Nurul. Menilik Nurul dengan rupa seratus peratus meragui kehadirannya di situ.

J

18

Muliati Abdul

“Mak Limah mimpi ke?” tanya Mak Limah akhirnya. Kemudian mengucap panjang. Serta-merta Nurul ketawa lucu melihat rupa terkejut Mak Limah. “Mak Limah, ini Nurul, la! Nurul ni...! Mak Limah tak kenal Nurul lagi?” “Nurul? Tapi Nurulkan nak balik esok. Betul ke Nurul ni?” Ternyata Mak Limah masih sukar mempercayai kata-katanya. Semakin bertambah kerutan yang terlukis pada dahi Mak Limah. Mata tua Mak Limah terus mengamati wajahnya. “Iyalah, Mak Limah. Nurul ni. Nurul baru tinggalkan Mak Limah empat tahun, Mak Limah pulak dah buat tak kenal. Terasa hati Nurul, Mak Limah. Agaknya Mak Limah tak pernah rindukan Nurul. Cuma Nurul saja yang selalu teringatkan Mak Limah. Selalu fikirkan Mak Limah. Yalah, Nurul ni siapa.... Balik satu hari lebih awal pun tak boleh. Kalau Nurul tak balik terus, agaknya Mak Limah lagi suka.” “Eh! Budak bertuah ni, dah pandai merajuk pulak. Mai sini, biar Mak Limah piat telinga tu.” “Nurul nak Mak Limah peluk Nurul, bukan piat. Nurul…” Ucapannya terhenti bila tubuhnya sudah berada dalam dakapan kemas Mak Limah. Terasa ada air hangat yang membasahi bahunya. Nurul tahu Mak Limah menitiskan air mata. Ah! Mak Limah memang terlalu rapat dengannya. Dulu semasa dia mahu berangkat ke London, Mak Limahlah yang paling sedih. Nurul tidak akan lupa pada malam terakhir sebelum dia berlepas ke London, Mak Limah tidak tidur semalaman.

19

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Mak Limah seronok sangat Nurul dah balik. Siapa cakap Mak Limah tak rindu dengan Nurul? Dalam hati Mak Limah ni, ada nama Nurul saja. Siang malam Mak Limah berdoa semoga Nurul lekas-lekas pulang ke sini.” Dalam esakan yang tertahan-tahan, Mak Limah meluahkan rasa hati. Sayu perasaannya mendengar luahan itu. Luluh sebentar jiwanya hanya dengan melihat titisan air jernih menderu deras membasahi pipi Mak Limah. “Biar Mak Limah tengok Nurul puas-puas. Empat tahun Mak Limah dah ketinggalan nak tengok setiap perubahan Nurul,” pinta Mak Limah lantas merenggangkan pelukan. Nurul cuba menahan sendu yang tiba-tiba sahaja mengusik-usik jiwa. Namun dia tidak berdaya. Menitis juga air mata yang cuba ditahan. Lama-lama dia terdengar suara Mak Limah ketawa kecil. Sedih dan pelik, Nurul mengangkat wajah. Lambatlambat dia menyeka pipi. “Sudahlah tu. Mak Limah bukan nak tengok Nurul menangis. Mak Limah nak tengok senyuman Nurul. Mak Limah menangis tak mengapa, tapi Nurul tak boleh. Hati Mak Limah ni sakit betul tengok Nurul menangis. Kalau Nurul nak Mak Limah gembira, jangan menangis lagi. Tersenyumlah kerana masa depan yang cerah sedang menanti di depan.” Semakin tersentuh hatinya. Segera dia menyeka air mata sambil berusaha tersenyum semanis mungkin. “Mak Limah tak tahu nak cakap apa. Nurul dah banyak berubah. Makin nampak dewasa. Kalau Hakim nampak Nurul, tak tahulah apa dia cakap. Agaknya terus ajak Nurul kahwin.”

20

Muliati Abdul

“Ada pulak macam tu,” rungut Nurul. Berkerutkerut dahinya, sedangkan hati di dalam berkecamuk hebat. Rasanya itulah gurauan paling melampau lahir dari bibir Mak Limah. Gurauan yang dia sendiri tidak menduga akan terdetik di minda Mak Limah. Mak Limah ketawa kecil. Bahu Nurul ditampar lembut. Lucu melihat wajah segan Nurul. “Nurul nampak lain sangat. Tengok ni, dah pandai simpan rambut panjang. Dulu kalau Mak Limah suruh simpan rambut panjang, muncung tu sedepa ke depan. Macam nilah baru Mak Limah suka. Taklah sakit saja mata memandang. Tak tahulah apa pandangan Hakim nanti.” Berderau darahnya bila Mak Limah terus menduga. Selama ini Mak Limah tidak pernah pandai-pandai memadankannya dengan Abang Hakim. Tetapi kenapa sekarang Mak Limah begitu berani menjadi telangkai? Yang lebih pelik, kenapa dia perlu merasa tergugat? Tanpa dipinta, hatinya disaluti rasa ragu dan takut. “Tentu Hakim terkejut tengok Nurul.” Sekali lagi Mak Limah menyebut nama Abang Hakim. Biarpun kedengaran biasa sahaja, tetapi hati perempuannya tetap mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi takkanlah Mak Limah bersungguh-sungguh? “Hakim pun dah masuk tiga puluh tahun bulan depan. Sesuai sangat dah kalau nak berumah tangga. Kalau Hakim ajak kahwin, Nurul setuju tak?” soal Mak Limah bersahaja. Seperti menduga hatinya pula. Sudahnya dia menjadi kalut. Kahwin? Abang Hakim ajak kahwin??? Siapalah Nurul nak digandingkan dengan Abang Hakim. Diri ni cuma

21

Kirimkan Aku Malaikatmu

anak angkat, Mak Limah. Kasih sayang mereka semua dah memadai buat bekalan hidup Nurul. Nurul dah anggap Abang Hakim seperti abang Nurul sendiri, hatinya berkata-kata. Matanya ikut berkata-kata. Tetapi mengertikah Mak Limah akan bahasa yang dilontar? “Mak Limah ni, buat malu Nurul aje. Kalau Abang Hakim dengar tu, mesti tak sudah-sudah gelakkan Nurul. Nanti Abang Hakim cakap girlfriendnya seribu kali lebih okey daripada Nurul. Mana Nurul nak sorokkan muka? Mak Limah jangan cakap perkara ni lagi, ya?” “Siapa berani gelakkan, Nurul? Biar Mak Limah cilikan mulutnya.” “Hesy! Mak Limah ni, Nurul gurau ajalah!” bantah Nurul. Tubuh tua Mak Limah sekali lagi dipeluknya dengan erat. Namun rasa ‘kurang enak’ itu terus menyelubungi jiwanya. Terus mengusik-usik hati yang bergejolak. “Abah dengan umi ke mana, Mak Limah? Sunyi aja rumah ni? Selalunya petang-petang macam ni umi dengan abah tengah minum petang,” tanya Nurul setelah emosinya tenang semula. “Umi dengan abah Nurul pergi Kuala Kangsar. Katanya nak bincang pasal majlis perkahwinan Siti.” “Eh, kan ke Siti nak kahwin bulan Mac ni, Mak Limah?” “Tak jadi. Mak dan ayah Siti nak naik haji. Sebelum mereka berangkat, mereka nak tengok Siti kahwin dulu.” “Macam tu ke?” keluh Nurul. Mak Limah mengangguk. “Siti tak beritahu pada Nurul ke?” Nurul menggeleng.

22

Muliati Abdul

“Sampai hati Siti tak ajak Nurul, Mak Limah,” rungut Nurul kemudian. “Habis, Nurul tu tak cakap nak balik hari ni. Kalau tak, boleh jugak ikut sama.” “Abang Hakim ikut sekali?” tanya Nurul dengan penuh debar. Kalau Abang Hakim pergi, bermakna rosaklah segala rancangannya. “Abang Hakim kamu mestilah pergi. Orang pentinglah katakan. Kalau Hakim tak pergi, mengamuklah Siti nanti.” Nurul cuba menyembunyikan hampa hatinya dengan tersenyum. Namun terasa hambar. Kenapa Abang Hakim mesti pergi? Kenapa Abang Hakim tak duduk saja di rumah? Hatinya menyuarakan rasa tidak puas hati. Gelodak perasaannya kian merudum memikirkan Abang Hakim terlalu sudi ke Kuala Kangsar daripada menunggunya di rumah. “Nurul kecewa Hakim ke sana?” Soalan Mak Limah mengejutkan Nurul. Tatkala melihat senyuman aneh Mak Limah, Nurul sudah merasa seram sejuk. Perasaan halusnya mengatakan Mak Limah pasti cuba menjadi telangkai lagi. “Tak adalah, Mak Limah.” Nurul menafikan, sedangkan hatinya cukup terkilan. Pemergian Abang Hakim ke Kuala Kangsar sungguh-sungguh membuat separuh jiwanya layu. Namun betapa layu atau hampa sekalipun, Abang Hakim tetap tidak akan muncul di hadapan matanya. Lainlah kalau dia sendiri menyusul ke Kuala Kangsar. “Jawapan macam tu belum mampu menipu Mak Limah, Nurul. Mak Limah tahu Nurul kecewa.”

23

Kirimkan Aku Malaikatmu

Hanya senyuman yang terukir untuk menutupi rasa yang terpendam. “Sebenarnya Mak Limah usik aje tadi. Hakim tak ikut abah dengan uminya. Hakim ada di pejabat sekarang. Banyak kerja, jadi tak dapat cuti. Lagipun esok dia nak jemput Nurul, kan?” Nurul mengerling Mak Limah, meminta kepastian. Sukar sekali untuk menyembunyikan perasaan gembiranya tatkala melihat Mak Limah mengiakan. Mak Limah hanya mengusik rupa-rupanya. Abang Hakim ada di sini, syukurlah! “Mak Limah bahagia tengok Nurul gembira. Tapi Mak Limah tahu, Hakim lagi bahagia kalau dapat tahu Nurul dah balik. Macam ada apa-apa saja, ya tak?” usik Mak Limah dengan lirikan mata misteri. Terus terang Nurul merasa terpukul menerima lirikan begitu. Lain macam sahaja bunyi pertanyaan Mak Limah…. Terhenti sejenak hatinya yang melonjak riang. Berkerut-kerut wajahnya memandang Mak Limah. Telahannya tadi benar lagi. Jangan Mak Limah bangkitkan soal jodoh antara dia dengan Abang Hakim sudahlah. Nanti dia pula yang tidak senang duduk. Mana mungkin antara dia dan Abang Hakim terikat dengan akad. Abang Hakim adalah abangnya. Biarpun bukan abang kandung, tetapi dia akan tetap menganggap Abang Hakim seperti abang kandungnya sendiri. “Nurul nak surprisekan Abang Hakim, Mak Limah. Sengaja Nurul nak kenakan Abang Hakim. Bila Abang Hakim balik nanti, Mak Limah jangan cakap Nurul dah balik.” “Kalau Mak Limah nak cakap jugak?”

24

Muliati Abdul

“Please Mak Limah, kali ni saja. Boleh ya? Kali ni saja…” rayu Nurul. “Suka hati Nurullah. Janji jangan buat Abang Hakim kau tu merajuk. Susah pulak Nurul nak pujuk nanti. Orang lelaki ni kalau merajuk, susah nak pujuk Cik Nurul oiii...!” “Abang Hakim nak merajuk? Eh, biar betul, Mak Limah! Sejak bila pulak Abang Hakim pandai merajuk ni? Nurul rasa luculah. Macam nak tergelak. Abang Hakim selalu nampak tenang, takkanlah....” “Setenang-tenang air, jangan disangka tak ada buaya, Nurul. Hakim tu memang nampak tenang selalu, tapi dalam hati... kita tak tahu, kan? Jangan tak tahu, Hakim tu perahsia orangnya. Pandai simpan perasaan.” “Mak Limah ni buat Nurul takutlah,” getus Nurul dengan wajah yang dipalit sejuta ragu. “Dah... dah... pergi mandi. Ada kuih lapis di dapur tu. Ni, sebelum tu Mak Limah nak tanya, dah sembahyang ke belum ni?” “Errr... errr... belum.” Serta-merta Mak Limah menjegilkan mata. “Nurul masuk dululah. Lama-lama kat sini, nanti Mak Limah telan Nurul pulak.” Baru beberapa langkah, Nurul berpaling semula. “Mak Limah, bilik Nurul masih sama, kan?” “Hmmm... tak berubah pun. Umi Nurul ada fikir nak ubah kertas dinding, tapi Hakim tak benarkan. Katanya Nurul tak suka. Macam-macam Hakim beri alasan. Sampaikan abah dengan umi Nurul pun terpaksa mengalah. Hakim tu, sayang sangat dengan Nurul.”

25

Kirimkan Aku Malaikatmu

Terima kasih Abang Hakim! Hatinya menjerit riang. Abang Hakim memang sentiasa menjadi penyelamat keadaan. Boleh dikatakan Abang Hakim seperti pengawal peribadinya. Saat dia memerlukan pertolongan, Abang Hakim pasti muncul lantas menyelesaikan segala masalahnya. Rasanya tidak sia-sia dia menjadi anak angkat dalam keluarga ini kerana dia dianugerahi abang angkat yang paling memahami. Dialah Luqman Hakim. Lelaki paling baik pernah Nurul temui. Bertuahlah mana-mana wanita yang berjaya mencuri hati Abang Hakim. Bagi Nurul, Abang Hakim terlalu sempurna di matanya. Dan dia percaya semua orang pasti bersetuju dengan pandangannya. Tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam kamar tidur, bibirnya terus tersenyum. Segera jendela dibuka. Angin petang begitu lembut menyapa wajah. Ada ketenangan yang wujud di dalam dirinya saat ini. Begitu membuai perasaan. Tetapi entah di mana silapnya, wajah lelaki bernama Firdaus itu menjelma semula di layar mata. Tersentak Nurul. Menggeleng kesal! Mati senyuman yang sedang berbunga. Sejuta kerutan terlukis jelas pada dahinya. Masih terdengar-dengar suara garau lelaki itu menerjah telinga. Masih terasa kehangatan renungan memukau lelaki itu. Firdaus, kenapa kau terus mengekoriku? Kenapa kau terus menjadi lelaki yang cukup pandai mengocak resah jiwaku? Kenapa kau menyeksaku dalam diam? Kita bukan saling mengenali, dan mungkin juga pertemuan tadi adalah pertemuan terakhir, jadi kenapa menjadi bayang-bayang dalam diriku? hatinya bersuara. Sesungguhnya dia tidak sudi terjun ke dalam ruang mengelirukan seperti ini.

26

Muliati Abdul

Tetapi kenapa dia dipaksa juga? Apakah ada cara untuk mengelak dari terperangkap dalam ruang masa ciptaan lelaki bernama Firdaus itu? Ternyata lelaki itu sudah membawa lari separuh dari jiwanya lalu meninggalkan kerinduan yang indah. Alangkah anehnya hidup ini! Apakah keistimewaan lelaki tu hingga aku jadi begini? Resah dan jadi tak menentu dalam sekelip mata saja? Betapa Nurul lelah bermain dengan perasaan hatinya. Namun dia tidak berdaya menolak kehadiran bayangbayang lelaki bernama Firdaus itu. Hanya kenal nama, tetapi hatinya merindu dengan hebat sekali. Ah! Tiada gunanya dia terus mengenang lelaki itu. Mungkin sehari dua lagi, rasa ‘aneh’ itu akan hilang sendiri. Nurul melunakkan hati sendiri sebelum bergegas meraih tuala yang tersedia. Sehingga lewat malam, Abang Hakim masih belum pulang. Sudah berulang kali Nurul menjeling jam tangannya. Matanya merenung lesu pada hadiah yang sudah siap berbalut cantik, teristimewa untuk Abang Hakim yang telah menjadi ‘bodyguard’nya selama ni. Penat menunggu Nurul bingkas bangun. Dentingan jam sebanyak sembilan kali membuat hatinya terus berirama dengan rasa kecewa yang teramat. Segera dia mencapai hadiah tersebut lalu keluar dari kamar tidurnya. Perlahan sahaja langkahnya saat melewati kamar tidur Abang Hakim. Hatinya bagai dijentik-jentik untuk menjenguk kamar bujang Abang Hakim. Tentu sahaja lebih maskulin berbanding empat tahun yang lalu. “Hmmm... boleh tahan,” bisik Nurul sebaik matanya dijamu dengan pemandangan yang ringkas tetapi menarik.

27

Kirimkan Aku Malaikatmu

Dekorasi kamar tidur Abang Hakim banyak menggunakan warna pastel kecuali sofa yang terletak di sudut bilik yang berwarna merah menyala. Kata Abang Hakim dulu, warna pastel nampak romantis dan menyejukkan mata memandang. Mungkin kerana itu Abang Hakim memilih warna krim lemak ketam sebagai cat dinding. Itulah Abang Hakim. Selalu menyukai warna-warna yang mampu menyejukkan minda dan jiwa. Kakinya melangkah mendekati bingkai gambar yang tersusun di atas meja kerja Abang Hakim. Bibirnya tersenyum. Rupa-rupanya Abang Hakim mengabadikan gambar ketika dia menyambut ulang tahunnya yang kedua puluh di sini. Sedetik berlalu dan senyumnya mulai menghilang tatkala terpandang bingkai gambar lain yang turut berada di situ. Tajam renungannya menatap wanita yang sedang tersenyum bahagia di sisi Abang Hakim. Hatinya diasak gelisah. Siapa perempuan ni? Teman wanita Abang Hakim ke? Hatinya menduga. Meresap satu perasaan kurang senang melihat kemesraan Abang Hakim dengan wanita itu biarpun hanya di dalam foto yang dirakam. Tetapi bukankah dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan sebegini? Kerana itu hak Abang Hakim. Lagipun dengan status seorang adik, dia perlu mendoakan kebahagiaan Abang Hakim, dan tentu sahaja bukan diserang rasa tidak puas hati seperti apa yang berlaku sekarang. Nurul bergegas meninggalkan meja kerja tersebut dengan sejuta kekalutan. Tubuhnya dihempaskan pada sofa yang menanti sambil tangannya menguliti hadiah untuk Abang Hakim. Fikirannya melayang jauh.

28

Muliati Abdul

Kalau Abang Hakim sudah berumah tangga nanti, bagaimana dengan kehidupannya? Pasti sunyi tanpa gelak tawa dan gurauan Abang Hakim. Selama empat tahun dia melalui semuanya tanpa suara Abang Hakim, ternyata seperti ada sesuatu yang hilang dalam dirinya. Hanya Abang Hakim yang dapat mengembalikan ‘sesuatu’ tersebut. Dalam erti kata lain dia takut kehilangan kasih sayang Abang Hakim. Fikirannya terus berserabut dengan bermacammacam andaian. Yang pasti semuanya menakutkan sekujur tubuhnya. Dalam sejuta kekeliruan itu, Nurul terlelap jua. Tubuhnya sudah terlalu letih untuk menunggu Abang Hakim pulang.

29

Kirimkan Aku Malaikatmu

Bab 4
ENGAN langkah gontai Hakim memasuki ruang tamu. Sepi. Namun hatinya lebih sepi lagi. Dengan satu keluhan berat, dia menjatuhkan tubuhnya di sofa. Terasa segala tekanan kerja mulai menghindar sedikit demi sedikit. Saat ini dia membayangkan akan ada jari-jemari halus menguliti bahunya supaya hilang segala keletihan yang meraja tatkala ini. Tetapi semua itu adalah tidak mungkin selagi hasrat hatinya belum bersambut. Matanya dipejamkan. Namun kembali dibuka bila suara Mak Limah menyapa. “Kenapa lambat hari ni, Hakim? Ada meeting lagi dengan client?” Hakim berpaling lantas tersenyum. Kemudian terdengar keluhan berat lahir dari bibirnya. “Boleh tahan. Banyak paperwork nak buat, Mak Limah. Lagipun Hakim ambil cuti esok. Suka atau tak, Hakim kena cover kerja hari esok. Kesian dengan Ain dan Joseph kalau Hakim main tinggal macam tu aja. Itu yang

D

30

Muliati Abdul

lambat,” jelas Hakim. Kemudian menggeliat kecil. Melepaskan segala tekanan kerja yang mengikutnya pulang. “Penatnya... rasa macam nak ambil cuti sebulan. Kemudian pergi melancong ke Sipadan. Kalau tak pun ke Pantai Kuta,” cadangnya. Mak Limah tersenyum. “Mak Limah setuju dengan rancangan Hakim tu.” Hakim bangkit lantas menghampiri Mak Limah yang sedang menyusun akhbar lama. “Tapi Hakim tak boleh. Kerja banyak sangat yang belum beres,” keluh Hakim perlahan. Matanya kembali terpejam rapat. Tengkuknya mula berdenyut-denyut. Hakim membayangkan pasti sebentar lagi kepalanya ikut berdenyut. “Kerja, kerja jugak Hakim. Tapi kalau dah tension macam ni, Mak Limah rasa tak salah kalau sekali-sekala Hakim pergi bercuti. Mungkin lepas bercuti semangat Hakim akan lebih tinggi nak buat kerja. Prestasi kerja pun meningkat.” Hakim tersenyum tipis. Matanya kembali dibuka. Lantas jari-jemarinya memicit dahinya. Terasa cukup perit kepalanya tika ini. Sekali lagi tubuhnya dijatuhkan ke sofa. Semua itu tak berguna Mak Limah, kalau Hakim bersendirian ke sana tanpa Nurul. Hakim ambil cuti setahun pun belum tentu semuanya seperti yang Mak Limah jangkakan, keluh hatinya. Redup sahaja pandangannya membalas sorotan Mak Limah. Tanpa Nurul, pasti percutiannya malap. Langsung tidak seperti yang dibayangkan oleh Mak Limah. “Sakit kepala lagi?” Hakim mengangguk.

31

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Berdenyut-denyut. Macam nak pecah kepala ni,” adunya. “Sini, biar Mak Limah tengok.” “Tak apalah, Mak Limah. Hakim dah biasa dengan semua ni. Lepas mandi nanti, hilanglah...” balas Hakim antara dengar dengan tidak. Matanya dipejamkan semula. “Hakim belum makan lagi, kan?” tanya Mak Limah bila Hakim seolah-olah berada di awang-awangan. Dalam diam Mak Limah mengeluh kasihan melihat wajah lesu Hakim. “Anak muda ni terlalu gila kerja,” desis Mak Limah sendiri. Terpinga-pinga Hakim dibuatnya bila Mak Limah merenung tajam. Entah apa yang bertandang di minda Mak Limah hingga dia ditenung sedemikian rupa. “Apa dia Mak Limah? Hakim tak dengar tadi....” Giliran Mak Limah pula tersenyum, penuh makna tersirat. Sehingga Hakim pula yang menggelabah. Hati yang tenang tadi sudah menjadi gundah dan gelisah dengan reaksi Mak Limah. “Mak Limah tengok Hakim banyak melamun. Tengah bercakap dengan Mak Limah pun Hakim sempat lagi ya? Ingatkan si dia ke? Sabar, Hakim. Sehari saja lagi. Jangan gelojoh sangat.” “Eh! Mana ada, Mak Limah. Perasaan Mak Limah saja tu.” Hakim menafikan biarpun ketara fikirannya melayang tadi memikirkan ‘si dia’. Yang jelas dia malu bila Mak Limah menggambarkan perasaannya sekarang sebagai ‘gelojoh’!

32

Muliati Abdul

Tatkala dia mendengar suara tawa Mak Limah, Hakim sedar Mak Limah sudah tahu apa yang tersirat dalam hatinya ketika ini. Untuk kesekian kalinya, Mak Limah berjaya membaca isi hatinya. “Sekilas ikan di air, Mak Limah dah tahu yang mana jantan yang mana betina, Hakim. Tak payah nak sembunyisembunyi dengan Mak Limah, la. Mak Limah ni lebih dulu makan garam daripada kamu. Tengok sekarang ni, muka Hakim merah mengalahkan anak dara yang baru dipinang.” Hakim tersipu-sipu. “Pasal Nurul, kan?” Ternyata Mak Limah inginkan kepastian. Sedangkan Hakim masih menebal malunya untuk mengaku. Puas dia berikhtiar supaya Mak Limah tidak mengusik lagi. Akhirnya dia tertewas jua. “Sikit aje. Selebihnya pasal kerja.” “Iyalah tu, pasal kerja. Mak Limah dah jaga Hakim lama, pun nak tipu Mak Limah lagi? Sejak bila Hakim pandai bawak balik kerja pejabat ke rumah ni? Sejak bila prinsip Hakim berubah? Cuba cakap sikit dengan Mak Limah. Mak Limah nak tahu!” Hakim hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum. Menyedari diri tidak dapat mengelak lagi. Mak Limah ternyata cukup pandai membaca air mukanya. “Mak Limah tanya apa tadi?” Akhirnya Hakim memilih untuk melarikan diri dari desakan Mak Limah. sekali lagi

“Mak Limah tanya, Hakim dah makan ke belum?” “Dah, Mak Limah. Dengan Ain. Tapi makan fast food aje. Tak cukup. Perut ni masih berbunyi.”

33

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Mak Limah ada sediakan sayur goreng dengan ikan patin masak tempoyak. Kalau Hakim nak makan sekarang, Mak Limah pergi panaskan.” “Nantilah Mak Limah. Mak Limah rehatlah. Biar Hakim mandi dulu. Setengah jam lagi Hakim turun semula. Rasa tak selesa pulak kalau tak mandi. Badan ni melekit betul. Nanti Hakim datang dekat-dekat, Mak Limah pengsan pulak. Habislah Hakim masa tu. Umi dengan abah mesti hentam Hakim cukup-cukup. Betul tak, Mak Limah?” Mak Limah hanya ketawa besar mendengar celoteh Hakim. Jari-jemarinya sudah singgah pada lengan Hakim. “Aduh! Mak Limah kalau cubit macam nak tanggal kulit Hakim ni...” gerutu Hakim dengan sisa tawa yang panjang. “Suka sangat nak mengusik Mak Limah. Kalau tak buat Mak Limah ketawa satu hari tak boleh ke?” “Tak bolehlah. Sebab Mak Limah makin ayu kalau ketawa. Sekali pandang, mengalahkan Ratu Elizabeth. Dua kali pandang, mengalahkan Datin Sarimah! Patutlah uncle sebelah rumah ni selalu hantarkan makanan. Hari ni puding. Esok lusa kek. Hairan Hakim dibuatnya. Mak Limah agakagak apa maksudnya ya? Hakim dah mula pelik ni,” usik Hakim, siap dengan gaya sekali. Mimik wajahnya sengaja dikerutkan tanda benar-benar pelik dengan perangai Uncle Samad. Berderai tawa Mak Limah melihat wajah Hakim. “Ha... tu nak mulakan lagilah tu. Tak ada kerja lain. Pergi mandi cepat. Lepas tu turun makan. Dah kenyang nanti baru sambung semula. Mak Limah tak nak Hakim dapat gastrik.” “Bertuahnya diri! Sayang sungguh Mak Limah pada Hakim, ya? Kebajikan Hakim Mak Limah jaga. Makan pakai

34

Muliati Abdul

Hakim pun Mak Limah jaga. Kalau macam ni, tak payah kahwin pun Hakim rasa berbaloi. Ada Mak Limah, semuanya ditanggung beres.” “Ooo... macam tu ya. Lepas ni Mak Limah tak naklah jaga makan pakai Hakim. Biar Hakim kahwin cepat sikit. Senang hati Mak Limah ni.” “Ke situ pulak Mak Limah ni. Alah, Hakim muda lagi. Tunggulah setahun dua lagi. Tunggu Hakim benar-benar bersedia dulu. Bila tiba waktu tu, Mak Limah tak payah suruh, Hakim sendiri pujuk Mak Limah supaya kahwinkan Hakim.” Tawa Hakim meledak di hujung kata-katanya. Seronok melihat Mak Limah menjegilkan mata. “Ewah... ewah... makin banyak cakap pulak dia. Nantilah, Mak Limah pujuk Nurul supaya setuju kahwin dengan Hakim. Lepas Hakim kahwin, barulah Mak Limah boleh berehat sikit.” Sekali lagi Hakim tersipu-sipu. Tanpa banyak soal dia berlalu dengan satu senyuman yang sukar dimengertikan. “Setengah jam lagi Hakim turun semula.” Janji Hakim sambil mendaki anak tangga. Mak Limah menggelengkan kepala melihat telatah Hakim. Tubuh tegap itu diekori sehingga hilang di sebalik daun pintu. Apa hendak dikatakan lagi bila anak bujang Mokhtar dan Salmah bijak mengambil hatinya.

KAMAR tidurnya hanya diterangi lampu jalan. Sengaja dia tidak memetik suis lampu. Kemudian Hakim melangkah ke katil. Mahu

35

Kirimkan Aku Malaikatmu

merehatkan tubuh barang seminit dua. Saat tubuhnya selamat mendarat di atas tilam, segala macam kelelahan yang bersisa berterbangan mencari jalan keluar. Namun fikirannya masih resah. Masih memikirkan perkara yang sama. Masih melekat pada orang yang sama sejak subuh tadi sehingga kini. Ternyata mindanya belum jemu melayangkan ingatan pada Nurul. Hatinya cukup terusik setiap kali membayangkan Nurul pulang bersama teman lelaki. Lalu ke mana hendak dicampakkan kasih sayang umpama samudera luas ini? Tegakah dia menjadi saksi kebahagiaan Nurul? Rasanya dia tidak berdaya. Akan dia bawa lara hatinya jauh dari renungan mata Nurul. Berkelana mungkin jalan terbaik. “Hakim… dah siap ke belum?” Suara Mak Limah sekali lagi menyedarkan Hakim daripada layangan mindanya. Mendadak dia bingkas bangun. Dalam remang-remang cahaya itu dia memandang pintu yang sedang diketuk dari luar. “Belum, Mak Limah. Sekejap lagi,” balas Hakim, menghalau bunyi ketukan pintu yang mengganggu. Tanpa berfikir panjang lagi tuala terus diraih. Lima belas minit kemudian Hakim keluar dari bilik mandi dengan tubuh yang lebih segar. Tangannya memetik suis lampu. Saat dia berpaling, hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam hati lelakinya tatkala sorotan matanya singgah pada sekujur tubuh yang sedang enak dibuai mimpi. Langkah kakinya cukup gontai menghampiri tubuh itu. Merenung dengan sejuta hairan. Masih meragui pandangan matanya sendiri.

36

Muliati Abdul

Bukankah Nurul akan pulang esok? Lantas siapa pula yang sedang terlena ini kalau bukan Nurul sendiri? Hatinya berbolak-balik. Hakim bagaikan tidak percaya dengan apa yang ada di hadapan mata. Dicubit pipi kanannya, terasa sakit. Dicubit pula pipi kirinya, pun terasa sakit. “Nurul,” gumam Hakim hampir tidak kedengaran. Rindu yang menggebu dalam dadanya seperti mahu pecah saat ini. Kalau tidak mengenangkan reaksi Nurul, ingin sahaja dia meraih tubuh Nurul ke dalam pelukannya. Rindunya terlalu sarat untuk terus dikendong ke sana sini. “Nurul,” bisik Hakim biarpun sudah mengambil tempat di sisi Nurul. Pandangannya melurut pada bungkusan hadiah di tangan Nurul. Bibirnya melebar senyum. Kemudian makin nakal pula renungannya menguliti seraut wajah tenang itu. Kian lebar senyumnya menyaksikan rambut yang beralun begitu panjang melepasi bahu. Terlalu banyak perubahan yang dilakukan oleh Nurul terhadap penampilannya. Namun semua itu kian menjerumuskan dia ke alam cinta yang maha hebat. Di luar sedarnya, dia mencium ubun-ubun Nurul. Begitu lama dan hangat. Matanya terpejam rapat saat aroma wangi tubuh Nurul menyapa hidung. Betapa empat tahun ini dia cukup merindukan aroma ‘Beautiful’ itu. Biarpun berjuta wanita di luar sana yang memilih haruman yang sama, namun tetap berbeza. Kerana si pemakainya ialah Nurul Shuhaida. Hanya Nurul yang mampu meredakan rindunya terhadap minyak wangi ‘Beautiful’ tersebut. “Abang Hakim! Errr... errr... bila abang sampai?” tanya Nurul dengan rupa terkejut. Masih terpisat-pisat. Bila segalanya menjadi jelas, spontan dia menolak

37

Kirimkan Aku Malaikatmu

tubuh Abang Hakim. Sesaat dua dia merasa cemas. Hanya Tuhan sahaja yang tahu gelora yang membadai biarpun hanya sekejap. Namun dia tetap mengukir senyum. Kasihan melihat wajah bersalah Abang Hakim. Andainya dia terus berwajah terkejut, pasti Abang Hakim akan terus dibasahi dengan rasa kurang enak. Hakim tidak memberikan sebarang jawapan, sebaliknya hanya merenung Nurul lama. Sehingga Nurul menjadi gelisah. Duduknya sudah terasa lain macam. Matanya mengerling Abang Hakim. Hatinya bergolak. Berderau darahnya bila sinar mata Abang Hakim jauh menikam ke lubuk hati. Kenapa dengan Abang Hakim ni? Lain macam aja renungannya? “Abang, Nurul tanya ni? Bila abang sampai?” soal Nurul untuk kali kedua. Kali ini dia sengaja menggawangkan jari-jemarinya di hadapan Abang Hakim dengan harapan lelaki itu sedar semula. Renungannya tidak lepas-lepas dari memandang wajah Abang Hakim. Empat tahun ini dia cukup merindukan Abang Hakim. Namun siapalah dirinya untuk menyimpan perasaan sebegitu pada abang sendiri. “Abang mintak maaf. Abang tak sengaja tadi. Abang terlalu rindukan Nurul. Abang rasa selesa dan… Oh! Bukan macam tu maksud abang. Abang sebenarnya tak sedar tadi,” ujar Hakim gugup sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hatinya resah melihat wajah panar Nurul. Ternyata bukan senang memujuk hatinya yang bergelora. Sikap Abang Hakim membuatnya ikut menggelabah. Harus dia akui dia tidak pernah mengalami rasa menggelabah hanya setelah dicium dan direnung penuh

38

Muliati Abdul

asyik oleh Abang Hakim. Hendak menggerakkan tubuh pun begitu payah dirasakan. “Abang buat Nurul terkejut ke?” Melihat Nurul hanya membisu, Hakim kian diajak bermain rasa bersalah yang besar. Riak wajahnya jelas memperlihatkan jiwa lelakinya sedang diamuk gundah. “Abang buat Nurul terkejut?” Hakim menyoal sekali lagi. Sinar matanya menyorot tajam. Anggukan Nurul membuat Hakim bingkas bangun. Mundar-mandir di hadapan Nurul. Malu sendiri dengan apa yang telah dilakukannya terhadap Nurul sebentar tadi. Getaran cintanya sesungguhnya sukar untuk dikawal oleh mindanya yang terlalu merindui Nurul! Nurul seakan mahu tergelak besar melihat keadaan Abang Hakim biarpun sebentar tadi dia hampir tersungkur dalam perangkap jiwa. Wajah Abang Hakim yang dipalit rasa bersalah itu direnung tanpa jemu. “Abang ni memang teruk. Abang janji itu kali terakhir abang buat macam tadi.” Hakim masih terus menyalahkan diri sendiri. “Abang tak sepatutnya buat macam tadi,” keluh Hakim berkali-kali. “Abang buat apa tadi?” Mendadak langkah Hakim terhenti. Silau matanya cukup tajam membalas sorotan Nurul. Pada sinar mata redup itu Nurul dapat menilai sejauh mana kegundahan hati Abang Hakim yang sebenarnya. Kasihan Abang Hakim. “Abang cium Nurul tadi. Abang mintak maaf. Abang tak dapat kawal diri. Segala-galanya berlaku dengan pantas.

39

Kirimkan Aku Malaikatmu

Abang terlalu rindukan Nurul...” akui Hakim dengan wajah yang sengaja ditundukkan. Nurul tersenyum panjang lantas menggelengkan kepalanya. Tangan Abang Hakim diraih. Memujuk dalam diam supaya Abang Hakim tenang semula. Lalu tubuh lelaki tegap itu didorong sebelum dipaksa untuk duduk di birai katil. “Pandang mata Nurul. Abang Hakim yang Nurul kenal bukan begini tingkahnya. Abang Hakim Nurul selalu tenang dan jarang sekali tersasul kata. Kalau ada pun, Abang Hakim Nurul akan segera memohon maaf dengan cara yang berani dan bersopan. Bukan melarikan pandangan macam ni...!” “Nurul tak salahkan abang? Biarpun abang cium Nurul tadi?” Kini Abang Hakim bertanya seperti anak kecil pula. Bagaimana lagi caranya supaya Abang Hakim mengerti dia sedia maklum dengan kerinduan itu? Sedia maklum apa yang Abang Hakim lakukan tadi kerana desakan hati seorang abang yang merindui adiknya! “Kenapa Nurul nak salahkan abang pulak? Abangkan abang Nurul. Takkanlah cium Nurul pun tak boleh. Lainlah kalau Abang Hakim lebih-lebih.... Tapi Nurul tahu abang bukan lelaki macam tu, kan? Abang adalah abang paling baik yang dianugerahkan Tuhan pada Nurul. Nurul bersyukur sangat Abang Hakim sudi mencurahkan kasih sayang pada Nurul. Lagipun Nurul dah letakkan sepenuh kepercayaan pada abang.” Dalam hati Hakim mengeluh berat. Merintih perit tatkala Nurul terus-terusan mengingatkan hubungan adikberadik mereka. Hakim seperti ingin menjerit melepaskan

40

Muliati Abdul

segala yang terpendam di hati. Namun dia tidak berdaya. Longlai seluruh urat sendinya bila Nurul menganggapnya seperti abang kandung. Lalu bagaimana lagi dia mahu menyuarakan hasrat hatinya? Nurul sudah menutupi seluruh pintu untuknya, kemudian mematahkan kunci yang ada. Ke mana lagi dia hendak mencari kunci hati itu bila Nurul sendiri nekad memusnahkan satu-satunya kunci yang wujud? Nurul, kenapa seksa perasaan abang? Kenapa hubungan adik dan abang yang Nurul bangkitkan tanpa jemu? Hati lelaki Hakim bersuara getir. Mulai sedar diri perjalanan untuk meraih cinta itu masih terlalu jauh. Punya ranjau yang kadangkala dia sendiri seperti ingin mengalah sahaja.

41

Kirimkan Aku Malaikatmu

Bab 5
KHIRNYA ulas bibir Abang Hakim sudah mampu mengorak senyum. Tiada lagi wajah bersalah dan gundah yang terpamer. Abang Hakim sudah kembali pada sifat asalnya. Ceria. Tidak seperti lima minit yang lalu. Wajah Abang Hakim muram. Lebih banyak mengeluh daripada berkata-kata. “Kenapa tak inform abang yang Nurul nak balik hari ni? Balik mengejut dan buat abang terpinga-pinga. Abang ingat abang bermimpi bila nampak Nurul tadi. Semalam abang call, Nurul beritahu abang nak balik esok. Apa dah jadi? Dah rindu sangat dengan abang sampai tak boleh tunggu sehari lagi? Abang tahu, Nurul memang tak boleh lupakan abang. Tengok muka Nurul pun abang dah tahu.” Nurul membesarkan mata. Dalam hatinya dia seperti mahu tergelak besar. Namun hanya seketika bila menyedari betapa seriusnya wajah Abang Hakim saat menuturkan kata-kata tersebut.

A

42

Muliati Abdul

“Abang ni suka sangat membebel tentang perkara yang bukan-bukan. Siapa cakap Nurul rindukan abang? Nurul dapat rasa abang yang sebenarnya terlalu rindukan Nurul. Abang sendiri dah mengaku tadi. Lagipun di London sana lebih ramai jejaka yang jauh lebih handsome, jauh lebih baik hati daripada abang yang boleh buat Nurul merindu. Nurul…” Belum sempat Nurul menyudahkan kata-kata, jari telunjuk Abang Hakim singgah menyentuh hangat ulas bibirnya. Terpegun Nurul. Darahnya terasa menyirap ke muka. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia malu untuk menatap bebola mata Abang Hakim. Sesungguhnya dia tidak mahu Abang Hakim menangkap gundah hatinya tatkala ini. “Tapi tetap tak sama dengan Abang Hakim, kan? Sebab tu Nurul lekas-lekas balik ke sisi abang,” gumam Abang Hakim, cukup perlahan dan cukup rapat pada wajahnya. Sekali lagi pipinya membahang dek rasa malu yang menebal. Kenapa hatiku berdebar-debar? Kenapa helaan nafasku tiba-tiba saja terasa sempit? Adakah kerana sikap Abang Hakim padaku? Tapi Abang Hakim adalah abangku, kenapa perlu resah pula? “Nurul memang rindukan abang,” ucap Abang Hakim. Cukup yakin dengan telahannya. Nurul tidak berani bernafas. Takut hembusan nafasnya mengenai wajah Abang Hakim. Debaran di dada tiada terkira lagi mendengar ucapan Abang Hakim sebentar tadi. Semua itu membuat Nurul tertanya-tanya, garuda mana yang telah melanggar tunggak hatinya? “I knew you missed me so bad for the past four years. Your eyes told me, Nurul. Your body language also

43

Kirimkan Aku Malaikatmu

told me the same feeling. You’re truly, deeply missed me so much. Jadi cik adik sayang, jangan nak main tarik tali dengan abang. Abang tak sudi nak tarik tali tu.” Hakim mengingatkan. Tersemat senyuman lebar pada ulas bibirnya tika ini. Kemudian jarinya begitu nakal mencuit hidung Nurul. Seperti tadi, Nurul kian terpegun melawan gejolak rasa yang membahang. “Nonsense! Nurul sikit pun tak rindu pada abang. Nurul balik awal pun sebab nak kenakan abang. Abang ni cepat perasanlah! Patutlah selalu putus cinta.” Itu sahaja yang terdaya Nurul lafazkan. Tidak punya keberanian untuk membalas secara berlebih-lebih. Lain pula jadinya nanti. Siapa lagi yang susah kalau bukan dirinya sendiri? Mengingati perkara tersebut, hati perempuan Nurul mula berlagu panik! Hakim ketawa besar lantas merebahkan tubuhnya. Dia masih lagi ketawa dengan mata yang terpejam rapat. Tangannya memangku kepala. Hanya helaan nafasnya yang sekali-sekala menerjah pendengaran Nurul. Sesungguhnya Nurul tidak menyukai sikap Abang Hakim sekarang. Kerana sikap seperti itu ternyata memerangkap dirinya. Dia malu dengan apa yang dirasakannya kini. Sungguh-sungguh malu. Lalu Nurul bangkit dengan perasaan yang berbaur. Sungguh berkecamuk mindanya setiap kali mengingati rasa segan yang tiba-tiba wujud tatkala bersama Abang Hakim. Kenapa perasaan ni perlu hadir? Dia adalah abangku, aku tak boleh mencintainya. Ya Allah, aku tak boleh membiarkan perasaan ni mengusai hati dan fikiranku.

44

Muliati Abdul

“Nurul nak ke mana tu? Abang belum dapat jawapan pada soalan abang tadi. Sudi Nurul berikan jawapan tu? Abang tak mendesak, tapi abang tetap mahukan jawapan.” Langkah deras Nurul terhenti. Segera dia berpaling, dan senyuman Abang Hakim meresahkan dirinya. “Nurul memang rindu pada abang, kan?” desak Abang Hakim sambil mengenyitkan mata. Sengaja menekankan perkataan rindu. Biar Nurul mengerti dia juga merindui Nurul dengan sepenuh jiwa meskipun cukup sedar keinginannya seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Abang Hakim masih nakal mengusik. Tuhan sahaja yang tahu apa yang bergolak dalam hati perempuan Nurul melihat reaksi ‘nakal’ Abang Hakim mengenakannya. “Tak,” balas Nurul. Hakim ketawa lucu mendengarnya. “Dah kena ‘tangkap basah’ pun, masih tak nak mengaku lagi. Hmmm... tapi abang tak sangka, Mak Limah pun boleh terbabit sama dalam komplot nak mengenakan abang. Tapi tak sangka pulak, akhirnya Nurul jugak yang terkena sendiri.” Nurul tidak berani membuka mulut biarpun Abang Hakim sudah mengubah topik perbualan. Soal kerinduan tidak lagi dibangkitkan. Tidak semena-mena Abang Hakim melutut di hadapannya. Terperanjat Nurul. Semakin kalut bila Abang Hakim meraih jari-jemarinya, kemudian dielus dengan berhati-hati. Cukup hangat. Cukup lembut sehingga Nurul seperti bermimpi menerima layanan sebegitu ‘baik’ daripada Abang Hakim. Nurul mula menanam impian. Alangkah indahnya

45

Kirimkan Aku Malaikatmu

dunia ini seandainya dirinya dibenarkan mencintai Abang Hakim…. “Cakap dengan abang, berapa Nurul rasuah Mak Limah sampai Mak Limah setuju jadi tali barut Nurul?” pinta Abang Hakim dengan mimik muka merayu. Nurul tergelak kecil. Ucapan Abang Hakim tentang rasuah yang diberinya pada Mak Limah sungguh-sungguh mencuit hati. Hilang segala resah hatinya. Dia segera membalas tatapan Abang Hakim. Dengan bibir yang mengukir senyum lebar, Nurul memberikan jawapan. “Pelukan plus ciuman dan air mata. Nurul rasuah Mak Limah dengan semua tu.” “Oh, tiga ramuan rahsia. Abang ada idea yang baik. How about we try the barter system. Nurul peluk plus berikan ciuman pada abang and then sebagai tukaran abang janji takkan paksa Nurul mengaku tentang rasa rindu Nurul pada abang.” “Mengada-ada!” desis Nurul. Mengerling Abang Hakim yang tersengih-sengih. “Kalau abang cakap lagi tentang barter system tu, siaplah abang! Peluk plus ciuman? Abang ni demam ke? Abang mimpi apa semalam? Ini mesti ada sesuatu ni! Nurul tahu, abang sembunyikan sesuatu dari Nurul. Abang jangan fikir Nurul tak tahu… Nurul tahu segala rahsia hati abang.” “Nurul tahu?” tanya Hakim mendadak dengan rupa terkejut. Seolah-olah baru terkena kejutan arus elektrik. Sorotan matanya kian tajam. Tanpa disedari, dia mencengkam kukuh lengan Nurul. Seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Nurul menjadi kalut. Keliru dengan segala tindakan Abang Hakim padanya. Dia menyeringai kesakitan.

46

Muliati Abdul

“Apa yang Nurul tahu?” Hakim berusaha menahan debaran cintanya yang tidak menentu kala ini. “Apa yang Nurul tahu?” tanya Nurul, bertambahtambah keliru meskipun dialah penyebab perubahan sikap Abang Hakim. “Rahsia hati abang.” “Rahsia hati abang? Abang cakap pasal apa ni?” “Tentang perasaan abang pada Nurul? Nurul tahu?” “Tentu saja Nurul tahu. Abang Hakim abang Nurul. Dan Nurul jugak tahu, abang dah ada special girlfriend. Kerana tu abang berubah sikap malam ni. Abang bergaduh dengan si dia?” Hakim terkedu. Rasa kecewa berlumba-lumba memenuhi segenap rongga dada. Kecewanya kian melarat saat menyedari Nurul baru sahaja mengingatkan dirinya sekali lagi tentang hubungan adik dan abang. “Abang ingat Nurul tahu,” keluh Hakim berkalikali. Cengkaman tangannya mulai longgar lalu terlepas. Dia melangkah longlai menuju ke sofa lantas merehatkan fikiran di situ. Sejuta rasa perit terasa menggamit perasaan yang terluka. Hanya Nurul pengubatnya, sayangnya Nurul tidak sudi memberikan rawatan. Sesungguhnya Hakim sudah tersungkur dengan hakikat yang terbentang di hadapan mata. “Abang ada masalah?” Suara itu antara dengar dengan tidak pada pendengaran Hakim. Jiwanya sudah melayang jauh meninggalkan jasadnya. “Abang tak suka Nurul balik awal?” Sepantas kilat Hakim berpaling. Jiwanya yang

47

Kirimkan Aku Malaikatmu

melayang sudah meresap kembali ke dalam jasad. Hakim kurang senang dengan pertanyaan Nurul. Rindunya sungguh mendalam terhadap Nurul, sehingga dia tidak sanggup lagi berpisah. Tetapi bagaimana kalau Nurul sendiri yang ingin pergi jauh darinya? Persoalan itu timbul. Monyok sahaja mukanya membayangkan kemungkinan tersebut. “Kenapa Nurul cakap macam tu? Abang suka Nurul balik awal. Abang sungguh gembira. Cukup gembira hingga susah abang nak jelaskan dengan kata-kata. Abang harap Nurul jangan cakap begitu lagi.” “Abang boleh tipu Nurul sebanyak mana yang abang suka. Tapi mata abang tak boleh tipu Nurul. Something is wrong with you, Abang Hakim. Kalau Abang Hakim sudi, Nurul sedia mendengar masalah Abang Hakim.” Memang masalah abang berat, Nurul. Cukup berat hingga abang berulang kali dihinggapi penyakit putus asa. Abang kecewa, sakit hati. Biarpun Nurul dah berada di depan mata abang, ternyata abang belum mampu meluahkan apa yang sepatutnya. Lidah abang kelu, hati Hakim berkata-kata. “Abang melamun. Boleh Nurul tahu sebabnya? Atau sebab abang tak suka Nurul…” “Nurul, tolong jangan cakap lagi perkara tu. Abang suka Nurul balik awal. Terlalu suka. Having you right beside me is the greatest moment in my life.” Hakim berhenti seketika untuk mengumpul kekuatan kerana kelembutan sinar mata Nurul menggoyahkan kekuatan dirinya. Nurul tersenyum panjang mendengar luahan itu. Hati nuraninya ikut bahagia. “Abang memang tak jangka langsung Nurul balik awal satu hari. Abang ingat Nurul yang tertidur di sofa tadi

48

Muliati Abdul

hanya ilusi. Tapi alhamdulillah, hasrat abang dimakbulkan. Allah dengar doa abang.” “Kalau abang tak kisah, boleh beritahu Nurul apa yang abang doakan?” Hakim merenung tajam sebelum perlahan-lahan berubah lembut. Agak lama Hakim mengambil masa untuk membuka rahsia hatinya. “Abang buat tiga hajat malam semalam. Pertama, abang berdoa supaya Nurul pulang awal. Kedua, abang berdoa semoga Nurul selalu sihat dan tak melupakan keluarga. Dan yang ketiga, abang berdoa semoga Nurul dapat menerima…” Hakim tidak menyudahkan kata-katanya. Sengaja menduga reaksi Nurul. Hakim tidak mahu kerana terburu-buru mahu memiliki Nurul, dia terlepas peluang tersebut. Tersilap langkah mungkin boleh membuatkan hubungan mereka berdua renggang. “Kenapa berhenti? Beritahulah Nurul apa doa abang yang ketiga tu. Cara abang ni buat Nurul rasa berdebar. Rasa lain macam.” Hakim menggeleng. “Belum sampai waktunya.” “Tengok tu. Abang ni memang! Beritahulah Nurul... Nurul bukannya nak jaja rahsia abang. Abang tak percayakan Nurul ke? Abang pandang muka Nurul, muka Nurul ni ada macam muka si mulut tempayan ke?” “Jangan salah faham, Nurul. Abang memang percayakan Nurul. Nantilah, bila tiba waktu yang sesuai, Nurul akan tahu jugak akhirnya. Tapi abang berharap, bila tiba waktu tu, Nurul dapat menerimanya dengan seikhlas hati. Jangan meragui abang. Jangan sesekali biarkan rasa ragu tu menjejaskan keputusan Nurul.”

49

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Abang ni cakap berbelit-belit. Macam ada perkara besar. Abang buat Nurul keliru dengan berkias-kias begitu. Just straight to the point. Nurul faham, abang pun senang,” luah Nurul dengan jiwa yang tidak keruan. Reaksi Abang Hakim sungguh-sungguh meresahkan jiwa. Jari-jemarinya digenggam erat. Sekujur tubuhnya dirasakan membahang biarpun penghawa dingin di kamar itu sudah dipasang. “Sudah abang katakan tadi, bila tiba masanya Nurul akan tahu juga. Sekarang abang belum bersedia nak beritahu Nurul. Abang belum punya cukup keyakinan. Abang tak sanggup diketawakan dan dikecewakan. Abang tak sanggup!” “Tentu perkara peribadi. Kalau tak, abang takkan berperangai begini? Abang nak kahwin? Dengan siapa? Nurul kenal tak calon isteri abang tu? Berapa umurnya?” tanya Nurul dengan hati yang berbaur. Resah yang sudah reda kembali berkocak. Perasaan halusnya cukup takut andainya jawapan Abang Hakim adalah ‘ya’. Dia tidak sanggup melihat Abang Hakim pergi bersama wanita di dalam gambar tadi. Hakim tersenyum panjang. Matanya mengamati wajah tidak sabar Nurul. Lama renungannya terpaku pada ulas bibir yang memerah itu. “Nantilah.” Nurul mendengus. Wajahnya dipalingkan. Sengaja dia tidak mahu memandang wajah Abang Hakim. Kalau Abang Hakim tidak sudi berkongsi rahsia, Nurul faham dan cukup mengerti. Malah dia pun tidak akan terus mendesak. Dengan syarat jangan dibangkitkan perkara yang menjadi pokok pangkal cerita. Tetapi Abang Hakim seperti menduga. Sesudah menghulurkan kunci pintu rahsia, Abang Hakim kembali

50

Muliati Abdul

merampas kunci itu. Tentu sahaja dia tertanya-tanya apa rahsia tersebut. Sesungguhnya hatinya terlalu sakit bila Abang Hakim terus menduganya. “Nurul marah?” “Abang rasa?” “Abang rasa Nurul tengah marah sekarang.” “Kalau abang dah tahu Nurul tengah marah, kenapa abang tanya lagi? Abang memang sengaja nak sakitkan hati Nurul.” Abang Hakim hanya tergelak kecil. Nurul kian jengkel mendengar tawa itu. Seolaholah mengejeknya. “Merajuk?” Terasa terhenti nafasnya, bila sekali lagi Abang Hakim dengan sengaja mengajukan soalan. Pada perkiraannya soalan itu sungguh-sungguh menguji kesabaran yang cuba dipupuk dengan usaha yang bukan sedikit. Kurang mengertikah Abang Hakim apa yang aku rasai kini? Bebal sangatkah Abang Hakim untuk mengerti aku benar-benar menjeruk rasa? “Terpulang. Kalau abang rasa Nurul merajuk.” “Abang rasa Nurul tengah merajuk.” Betapa Nurul sudah tidak sanggup lagi menahan sabar dengan segala pertanyaan dan andaian Abang Hakim. Bagi Nurul, Abang Hakim terlalu sengaja menduga. Bagi Nurul, empat tahun ini telah banyak mengubah sikap Abang Hakim. Sesungguhnya dia cukup benci dengan situasinya sekarang. Sesungguhnya dia tidak mampu lagi mengawal rasa sakit hatinya….

51

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Nurul, nanti dulu! Okey, abang minta maaf. Sekarang abang beritahu doa ketiga tu.” Tidak jadi Nurul membuka daun pintu. Langkahnya diayun menghampiri Abang Hakim semula. “Cakaplah. Sebelum Nurul ubah fikiran.” “Tak sangka, Nurul makin garang. Sejak bila Nurul pandai nak marah-marah ni? Dengan abang pulak tu!” Nurul merengus lalu sekali lagi bangkit dari tempat duduknya. Perasaan geramnya sudah mencuit-cuit tangkai hati. “Tengok, abang usik sikit aja Nurul dah naik angin. Macam mana abang nak kongsi rahsia ni? Nurul langsung tak berikan abang kekuatan untuk berterus terang.” “Abang ni kenapa? Dari tadi asyik kritik attitude Nurul? Dari dulu pun Nurul macam ni. Abang Hakim tu yang banyak berubah, bukan Nurul!” “Baiklah. Abang yang salah. Tapi Nurul masih nak tahu doa yang ketiga itu, kan?” Biarpun masih geram, Nurul tetap mengangguk. Hakim menghela nafas panjang. Kedua-dua belah tangannya hinggap pada bahu Nurul lalu dia menyorot Nurul dalam-dalam. Ada rasa kalut yang tidak diundang sedang menjengah hati tika ini. “Nurul dah sedia?” “Nurul dah lama sedia. Abang aja yang banyak main-main dengan perasaan Nurul.” “Sebenarnya abang tak harapkan apa-apa dari Nurul. Cuma sejuta pengertian. Kerana doa abang yang ketiga ni berupa satu hajat yang sangat besar.”

52

Muliati Abdul

Berdebar-debar hati Nurul bila Abang Hakim berkata begitu. ‘Hajat yang sangat besar?’ Hajat apa yang cuba disembunyikan oleh Abang Hakim? Rasa menyesal pula kerana terus mendesak Abang Hakim. Bukankah bagus kalau dia menunggu sahaja masa itu tiba sendiri? Sayangnya sudah terlewat untuk melangkah ke belakang semula. “Abang menyayangi Nurul. Kasih sayang abang pada Nurul bukan sekadar kasih sayang antara adik dan abang, tapi lebih daripada tu. Abang mengharapkan hubungan yang lebih bermakna. Dalam erti kata lain, abang mahu Nurul menjadi isteri abang. Abang tahu permintaan abang mengejutkan Nurul. Tapi abang tetap berharap Nurul sudi memberi pertimbangan.” Sesaat dua pandangannya terasa gelap. Nurul sungguh terkejut. Sungguh-sungguh terkejut sehingga bibirnya terkunci rapat. Seperti halilintar menerjah ke muka mendengar luahan hati Abang Hakim. Sungguhkah Abang Hakim menyayangiku lebih daripada seorang adik? Sungguhkah Abang Hakim mencintaiku? Sungguhkah Abang Hakim mahu menjadikanku isteri? Sungguhkah… ah, kacau! Kenapa jadi begini pula? Abang Hakim menyimpan perasaan? Bermimpikah aku??? Semua persoalan yang berlegar di mindanya lenyap sekelip mata bila suara tawa Abang Hakim memecah suasana. Barulah Nurul menyedari sesuatu. Tidak dapat menahan perasaan, penumbuknya berulang kali mendarat pada dada Abang Hakim. Memukul tanpa henti. “Abang tipu Nurul! Nurul percayakan abang tadi!

53

Kirimkan Aku Malaikatmu

Abang!” ucap Nurul tanpa henti, seiringan dengan tangannya yang terus mendarat keras pada dada Abang Hakim. Dalam ketawa itu Hakim merintih sayu. Rupa terkejut dan cemas Nurul tadi memaksa dirinya untuk berbohong tentang rasa hatinya. Hakim sudah kalah, sudah tewas. Dia tidak berdaya memaksa. Nurul sudah memberikan jawapan pada hasratnya. Biarpun belum diluahkan secara rasmi, namun sinar mata Nurul sudah memberikan jawapan yang cukup jelas. Hakim cukup yakin harapannya sudah terhempas saat dia berlari mengejar bayang-bayang mimpi. Dalam kesayuan itu, hati lelakinya sempat berbisik. Masih adakah secebis harapan supaya Nurul mengenali isi hatiku?

54

Muliati Abdul

Bab 6
AGI yang indah belum mampu membahagiakan hati Nurul. Dia termenung ke arah hamparan rumput yang menghijau di laman rumah. Sebenarnya mindanya tidak di situ, sebaliknya melayang pada Abang Hakim. Pandangannya terpaku pada susuk tubuh yang sedang menghampiri pagar rumah. Sesusuk tubuh itu tidak lain tidak bukan milik Abang Hakim. Mungkin lelaki itu baru selesai berjoging. Namun Nurul dihimpit rasa kecewa. Cukup kecewa sehingga untuk menghela nafas pun tersekat-sekat. Jauh di sudut hati dia merasa seolah-olah empat tahun ini telah memisahkan dirinya dengan Abang Hakim. Kalau dulu, setiap kali Abang Hakim keluar berjoging, pasti tidak lupa mengajaknya untuk turut serta. Hakikatnya keadaan telah jauh berubah. Mungkin sekali pada saat ini wanita di dalam gambar itu yang telah mencuri waktu-waktu Abang Hakim.

P

55

Kirimkan Aku Malaikatmu

Kenapa wanita itu perlu muncul dalam hidup Abang Hakim? Kenapa Abang Hakim menerima kehadiran wanita itu di hatinya? Nurul mengucap panjang bila menyedari fikirannya sudah jauh tersasar. Ya Tuhan, sampai bila aku mesti membawa rasa cintaku pada Abang Hakim? Aku tahu diriku sungguh tak layak untuk Abang Hakim, jadi aku mohon hapuskanlah rasa cintaku padanya. Sebaliknya suburkan rasa sayang seorang adik terhadap abangnya. Sesungguhnya aku tidak mahu menyukarkan hubungan Abang Hakim dengan teman wanitanya. Aku hanyalah seorang adik. Sebagai insan yang memegang gelaran tu, aku perlu menjaga keharmonian hubungan mereka berdua. Namun itu sekadar kata-kata untuk menyenangkan hati. Realitinya dia tidak punya keyakinan untuk membuang rasa sayang di hatinya. Kasih sayang ini sudah lama tersemai. Sudah menjadi karang di dalam hatinya. Dengan fikiran yang masih runsing, Nurul mengekori langkah Abang Hakim. Padanan kemeja-T dan celana serba putih semakin menyerlahkan karisma Abang Hakim. Nurul tidak hairan ramai wanita yang cuba mencuri perhatian Abang Hakim. Tetapi Nurul percaya, Abang Hakim bukan lelaki yang mudah digoda. Abang Hakim jenis lelaki setia, cinta dan sayangnya hanya untuk kekasih hati. Entah kenapa rasa cemburunya pada wanita di dalam gambar itu datang lagi. Keluhan berat mula lahir dari bibirnya. Dengan malas dia meninggalkan balkoni rumah saat melihat Abang Hakim sudah melepasi pagar. Terburu-buru dia mengemaskan

56

Muliati Abdul

baju namun masih sempat menatap figuranya buat kali terakhir di hadapan cermin. Dia mahu selalu kelihatan anggun di hadapan Abang Hakim. Sesaat kemudian Nurul kembali menyandar lesu pada kerusi lantas memejamkan matanya rapat-rapat. Dalam diam dia mengutuk dirinya sendiri. Mengakui kebodohan yang terlalu sengaja dilakukan. Yang terlalu sukar untuk dihalang oleh kata hatinya. Dia tidak seharusnya bersikap begini. Sikap yang begini hanya akan menakutkan Abang Hakim. Tatkala mendengar suara umi dan abah saling bertingkah, Nurul memanggung kepala. Hilang segala wajah Abang Hakim yang menyerkup benaknya tadi. Langkahnya cukup panjang melewati daun pintu. Sudah tidak sabar-sabar untuk berada di dalam dakapan kemas umi. Rindu yang menggebu membuat dia lupa seketika jiwanya yang hangat berperang dengan bayangan Abang Hakim. Namun sekali lagi dia terpaku bila Abang Hakim sudah menantinya di hadapan pintu kamar. Hilang cerianya. Hilang rindunya pada umi dan abah. Abang Hakim telah sekali lagi mencuri segala rasa itu lalu meninggalkan rasa gelisah dalam dirinya. “Errr... errr... Abang Hakim,” bisiknya. Senyumannya juga terlalu keras. Tiba-tiba ketenangan dirinya luruh dek panahan sinar mata Abang Hakim. “Abah dengan umi ada di bawah tu. Pergilah jumpa mereka. Abang dah beritahu pada abah dan umi tentang kepulangan Nurul malam tadi.” Terdiam Nurul. Abang Hakim memang sudah berubah seratus peratus. Abang Hakim telah menjadi Mr. Serious di hadapannya.

57

Kirimkan Aku Malaikatmu

Sungguh, Nurul tidak mahu Abang Hakim berubah sikap. Kerana perubahan itu ternyata menjerat rasa dan mindanya sebagai seorang perempuan. Nurul mahu Abang Hakim kembali pada sikap asalnya. Supaya dia sedar batasbatas dirinya di sisi Abang Hakim. “Nurul turun dulu.” Cepat-cepat dia melangkah pergi. Dalam hati dia mengutuk dirinya. Sejak bila dia menjadi terlalu bersopan di hadapan Abang Hakim? ‘Nurul turun dulu....’ Aduh! Apa dah jadi ni? Kenapa aku tak boleh bersikap biasa saja? Kenapa aku tak dapat lagi menjadi seperti Nurul empat tahun yang lalu? Nurul yang mampu bergurau senda dan bergelak tawa tanpa sebarang rasa segan dan malu? “Nurul! Ya Allah, Nurul ke ni? Umi sampai tak kenal Nurul. Tengok ni, rambut panjang. Dah pandai touch-up. Amboi...! Makin lawa anak umi sekarang ni ya? Kenapa tak cakap Nurul nak balik semalam? Nurul balik senyap-senyap saja, ya?” Nurul merangkul kemas tubuh uminya. Abah sekadar memerhati dengan senyuman lebar. “Nurul rindukan umi. Tersangat rindu pada umi. Empat tahun ni Nurul cuba tahan rindu tu.” “Umi tahu. Umi tahu, Nurul...” keluh umi berkalikali. Berulang kali pipi dan dahinya menjadi sasaran ciuman umi. Kemudian sekali lagi tubuhnya didakap kemas. “Sudahlah tu, Mah. Lemas Nurul tu nanti. Kalau iya pun rindu, janganlah melampau sangat. Kamu tu macam tak pernah jumpa Nurul.” Abah mengingatkan. Di hujung katakatanya terselit dehaman panjang.

58

Muliati Abdul

Umi hanya menjeling geram pada abah. Namun umi tetap menuruti nasihat abah. Rangkulan pada tubuhnya beransur longgar. Kemudian tubuhnya didudukkan di sofa. “Bila Hakim telefon umi semalam dan cakap Nurul dah balik, umi rasa macam mimpi. Umi ingat Hakim bergurau. Mana tahu Nurul betul-betul dah balik!” “Nurul sengaja balik awal, umi. Nak buat kejutan pada umi dan abah.” “Pandai pulak dia nak mengenakan orang...” gumam umi. Jarinya sempat singgah mencubit lengan Nurul. Terjerit Nurul dibuatnya. Hanya beberapa saat kerana selepas itu umi mendakapnya seperti tidak mahu dileraikan lagi. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa dia sungguh bersyukur kerana dikurniakan keluarga angkat yang cukup menyayanginya seperti anak sendiri. Merekalah yang telah memberinya rumah dan keluarga. Jika tidak kerana budi umi dan abah, pasti Nurul masih berada di Cheras. Di rumah kebajikan anak-anak yatim! Mengenangkan semua itu, air matanya hampir menitis. Tanpa umi dan abah, pasti kehidupannya tidak bersinar seterang ini. “Apa perancangan Nurul lepas ni? Degree dah ada dalam genggaman.” Abah mula menyoal setelah umi kembali tenang. Sorotan mata abah tepat terarah pada wajahnya. Nurul tersenyum panjang. Namun senyumannya mati tatkala matanya terpandang tubuh tegap Abang Hakim sedang menuruni anak tangga. Haruman sabun mandi bercampur baur dengan cologne. Cukup menyegarkan. Matanya cukup mengagumi penampilan Abang Hakim sehinggakan sepasang matanya tanpa segan-segan lagi mengekori langkah tegap Abang Hakim.

59

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Assalamualaikum abah, umi,” sapa Abang Hakim sambil mengerling ke arah Nurul. Seperti kilat hati perempuan Nurul berkocak resah. Biarpun sekadar kerlingan biasa, namun dia sudah terkaparkapar menahan perasaan yang bergelora. Begitu sekalikah penangan pesona Abang Hakim? Sehinggakan jiwaku sudah dihinggapi angau yang menjerat minda? Ya Allah, aku tidak ingin digelar anak angkat yang melangkaui batas-batas dirinya! “Waalaikumussalam... hai, Hakim. Umi tak mimpi ke ni? Dari mana kamu dapat seluar jean tu? Bila kamu beli? Umi tak tahu pun. Hmmm... macam mana pun umi suka tengok Hakim pakai macam ni. Barulah nampak muda sikit.” “Nurul yang hadiahkan umi,” jelas Abang Hakim sambil menyorot ke arah Nurul. Cukup lembut. Cukup hangat. Hinggakan sekali lagi Nurul hampir terbabas daripada kawalan kuasa fikirannya. Dari ekor matanya Nurul dapat menangkap senyuman meleret umi. Namun semua itu bukan perkara pokok. Aroma segar dari tubuh Abang Hakim sudah menjadi aura yang menyenangkan. Sekali terjerat, angaunya setengah jiwa. Tersentak Nurul saat Abang Hakim dengan selamba mengambil tempat di sisinya. Pada bibir Abang Hakim tersemat senyuman. Nurul meneguk liur. Apakah drama risau jiwaku akan kembali bermula? Apakah jantungku akan terus berdegup laju? Apakah akan ada ‘tersasul’ kata nanti seandainya renungan Abang Hakim menembusi rantau hatiku? Nurul, lekas bangun. Jangan terus

60

Muliati Abdul

menyimpan impian karut itu, desis hati kecilnya. Riak wajahnya sudah mula berlainan. “Abah dengan umi tengah bincang apa dengan Nurul? Hakim tengok bukan main serius lagi muka cik adik ni. Bincang pasal kahwin ke? Iyalah, Nurulkan dah dewasa. Dah boleh urus rumah tangga.” Terasa ingin dicili mulut Abang Hakim kerana telahan melulu itu. Merah pipinya. Geram dan risau bersatu menjadi satu rasa yang tidak menyenangkan pada sekujur tubuhnya tika ini. Sekelip mata tubuhnya terasa hangat. Mungkin sebentar lagi dia akan pengsan kalau Abang Hakim terus membangkitkan isu tersebut. Umi ketawa kecil lantas memukul lengan Abang Hakim. Abah ikut tersenyum. Kepalanya digelengkan. Hanya Abang Hakim yang masih selamba menuntut jawapan. “Kamu ni, Hakim. Belum apa-apa dah cakap pasal kahwin. Abah tanya Nurul tentang perancangannya lepas ni. Bukan pasal menamatkan zaman bujang. Lain kali cuba dengar dulu, kemudian baru menyampuk. Ini tak, main redah aja....” Abah sempat mengingatkan Abang Hakim. Nurul seakan mahu bersorak riang menerima pembelaan daripada abah. “Sorry, abang tersasul,” bisik Abang Hakim. Nurul mengulum bibirnya dengan sejuta rasa. “Kalau Nurul nak bekerja, abah setuju sangat. Kebetulan syarikat kita ada kerja kosong. Abah memang sengaja suruh Hakim reservekan satu post penting untuk

61

Kirimkan Aku Malaikatmu

Nurul. Nurul boleh cuba. Sambil tu Hakim boleh tengoktengokkan Nurul. Apa-apa Nurul tak faham, boleh terus tanya pada Hakim.” Mendadak Nurul mengangkat muka. Silih berganti pandangannya antara Abang Hakim dan abah. Sama sekali tidak menduga abah sudah merancang segalanya. Pada pandangan Nurul, dia lebih sudi memulakan karier di syarikat lain berbanding syarikat abah. Dia tidak mahu segala tingkah lakunya menjadi perhatian hanya kerana dia mempunyai ‘kabel kerja’ yang cukup hebat. Tetapi bagaimana hendak disuarakan rasa hatinya ini? Apakah ada jaminan abah akan tetap bersikap biasa? Tidak marah-marah seperti yang dibayangkan? “Kalau boleh Nurul nak cuba di syarikat lain dulu, abah, Abang Hakim. Nurul nak mula dari bawah. Nurul tak mahu ada staf yang meragui kebolehan Nurul. Memang Nurul dah tanam niat ni sejak dulu lagi. Bila Nurul rasa Nurul dah cukup pengalaman, Nurul akan mula bekerja di Bumi Architectural.” Lambat-lambat dia menyusun kata. “Abah nak tanya, macam mana Nurul nak ukur Nurul dah cukup pengalaman, hmmm?” “Bila Nurul rasa mampu berdiri sendiri, abah.” “Itu bukan satu keputusan yang bijak. Abah faham dan mengerti kenapa Nurul pilih keputusan tu. Tapi abah tetap tak setuju. Kenapa Nurul nak membuang masa menimba pengalaman di syarikat orang lain? Sedangkan bermacam-macam pengalaman Nurul boleh kutip dari Bumi Architectural. Ada baiknya Nurul kerja saja dengan Hakim. Hakim will teach you, guide you whenever you need his help. Fikirkan sekali lagi keputusan Nurul tu. Abah percaya Hakim pun setuju dengan pendapat abah.”

62

Muliati Abdul

Nurul merenung Abang Hakim yang kelihatan tenang di sisinya. Kemudian wajah tegas abah. “Abah bukan nak dera Nurul. Jauh sekali nak mematahkan semangat Nurul. Nurul kena ingat apa yang abah lakukan semata-mata untuk kebaikan anak-anak abah. Abah harap Nurul nampak abah sedang cuba tolong Nurul memilih jalan yang betul. Sebab abah tak suka anak-anak abah memilih lorong gelap semasa memulakan kerjaya. Nurul faham maksud abah, kan?” lanjut abah. Nurul meneguk liur. Tidak menduga sesukar ini laluan untuk memulakan kariernya tanpa perlu bergantung pada keluarga angkatnya lagi. Abah nampaknya jelas-jelas menentang keras hasratnya yang satu ini. “Apa salahnya Nurul berdikari, abah. Cuma setahun. Lepas tu Nurul janji akan mula berkhidmat di Bumi Architectural. Nurul cuma…” “Dalam perkara lain abah memang takkan memaksa, tapi kalau soal kerjaya, abah bantah keras kalau Nurul nak kerja di syarikat lain. Setahun atau satu bulan sekalipun, jawapan abah tetap sama. Apa gunanya abah bersusah payah tubuhkan syarikat kalau anak-anak tak mahu membangunkan syarikat yang dibina? Abah hanya ada Hakim dengan Nurul. Abah hanya ada kamu berdua untuk teruskan perniagaan keluarga kita. Sikap Nurul ni buat abah rasa kecil hati. Susah payah abah bina empayar perniagaan keluarga, tapi Nurul senang-senang nak ranapkan semuanya....” Abah memintas dengan kata-kata yang cukup merusuhkan minda Nurul. Nafasnya dihela dalam-dalam. Mencari ikhtiar terbaik supaya abah memahami hasratnya untuk berdikari. “Nurul tak bermaksud macam tu, abah. Please,

63

Kirimkan Aku Malaikatmu

don’t get me wrong. Bukan tu maksud Nurul. Nurul tak pernah terfikir nak mengecilkan hati abah dan umi. Cuma Nurul rasa Nurul belum layak berkhidmat di Bumi Architectural. Nurul belum cukup berpengalaman untuk menjawat jawatan penting tu. Nurul cuma mohon diberikan masa. Cuma setahun sebagai persediaan sebelum Nurul memasuki Bumi Architectural. Nurul tak nak satu-satu projek kecundang di tangan Nurul. Gagal merupakan satu tamparan hebat, abah. Lebih-lebih lagi orang baru seperti Nurul.” Terjegil biji mata abah mendengar alasannya. Semuanya membuatkan Nurul tidak senang duduk. Berdetap-detup jantungnya. Sesaat pandangannya tertumpu pada Abang Hakim yang seolah-olah sedang berfikir panjang. Dalam hati dia melolong merayu ihsan Abang Hakim. “Kegagalan juga yang mengajar manusia supaya terus berusaha untuk berjaya, Nurul. Abah harap lepas ni jangan jadikan isu gagal sebagai alasan. Abah tak suka. Abah tak suka Nurul cakap tentang kegagalan lagi.” Nurul memicit dahi. Menghalau sejuta kalut yang singgah di minda. “Nurul tak yakin mampu memikul tugas berat di Bumi tanpa asas yang kukuh, abah. Berilah Nurul peluang tu.” “Itulah sebabnya abah mahu Nurul bekerja di bawah Hakim. Hakim boleh guide Nurul. Ajar mana-mana yang Nurul tak faham. Abah jamin dalam masa satu bulan Nurul boleh berbangga dengan kejayaan yang Nurul capai.” “Cubalah abang pertimbangkan dulu rancangan Nurul. Mungkin Nurul lebih selesa kalau begitu. Abang juga yang selalu cakap tak mahu memaksa anak-anak.”

64

Muliati Abdul

“Abang memang tak kisah kalau perkara lain, tapi jangan soal kerjaya. Memang pantang datuk nenek abang anak-anak membantah.” “Habis tu, takkanlah abang nak biarkan Nurul bersedih. Berilah Nurul peluang, bang. Lagipun Nurul dah janji cuma setahun. Apa salahnya kita biarkan Nurul cari pengalaman dulu, kemudian baru bekerja di syarikat.” Abah tetap menggelengkan kepala. “Kalau abang dah kata hitam, maknanya hitamlah jawapannya. Abang takkan berganjak.” Terdengar keluhan panjang umi. Nurul menundukkan wajah. Tiada daya lagi untuk membalas renungan abah. Terbayang di ruang mata impian untuk berdikari melambaikan tangan tanda ucapan selamat tinggal. Hatinya merintih di dalam. Tercarik dengan sikap abah. “Abah, Hakim rasa ada baiknya kita berikan Nurul peluang untuk mengutip pengalamannya sendiri. Biarlah jatuh bangun Nurul, Nurul tanggung sendiri. Cari sendiri jalan penyelesaian.” Abang Hakim… hatinya berbisik. Matanya tidak lepas-lepas memandang wajah Abang Hakim. Sungguhsungguh Abang Hakim telah menjadi seorang abang yang cukup memahami hasrat hatinya. Abah kelihatan panar. Dengan wajah terpinga-pinga dia memandang tajam wajah Hakim. “Maksud Hakim?” soal abah. “Hakim setuju dengan rancangan Nurul, abah. Nurul...” “Abah tetap tak setuju. Esok Nurul akan ke Bumi.

65

Kirimkan Aku Malaikatmu

Mula kerja di sana. Lupakan niat nak kerja di syarikat lain. Keputusan abah muktamad.” “Abah, jangan macam ni. Abah dah bunuh semangat Nurul. Berilah Nurul peluang merasa kesusahan di luar. Hakim mahu Nurul berdikari.” Abah merengus kasar. “Hakim merayu, abah. Berilah Nurul peluang tu.” “Keputusan abah tak berubah.” “Abah, Hakim cuma...” “Abah, Abang Hakim... tak apalah, esok Nurul akan ke Bumi,” pintas Nurul secekal mungkin. Tidak sampai hati dia melihat Abang Hakim pula melawan cakap abah. “No, abang tak setuju. Itu kerja gila. Selagi Nurul belum bersedia, abang tak benarkan Nurul bekerja di Bumi.” “Biarlah, Abang Hakim. Nurul tak nak pasal Nurul, abah dengan Abang Hakim bergaduh. Abah jangan risau, Nurul akan ikut cakap abah.” Hening. Abah memandang ke laman luar. Abang Hakim tidak senang duduk. Wajahnya berbaur resah. Dia memandang wajah sendu Nurul. Nurul hanya mampu tersenyum pahit. Kerana hatinya telah lebih dulu menangis. “Hakim merayu, abah. Demi kebaikan Nurul, benarkanlah Nurul membuat pilihannya sendiri.” Lambat-lambat barulah abah membalas tatapan Abang Hakim. “Okey, sekarang abah nak dengar apa kebaikan kalau Nurul bekerja di syarikat lain?” Rasa-rasanya, kata-kata abah itu meminjamkan

66

Muliati Abdul

sedikit sinar pada wajah Nurul. Dia ingin bersuara, namun segera dihalang oleh Abang Hakim melalui isyarat mata. “Pertama, sudah semestinya Nurul akan lebih bertanggungjawab pada tugasnya. Kerana Nurul tak ada tempat untuk bergantung harap. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Kedua, Nurul berpeluang membina keyakinan diri. Dalam erti kata yang lain, Nurul berupaya mengembangkan bakatnya tanpa perlu merasa bimbang kalau-kalau Hakim tak bersetuju dengan cara kerjanya. Dan yang terakhir, Hakim percaya Nurul mampu membawa business besar hasil daripada pengalaman bekerja dengan syarikat luar. Setiap pengalaman yang Nurul kutip pasti memberikan batu loncatan kepada Bumi Architectural seandainya berdepan masalah yang sama.” Abah sekadar memandang. Tidak bersetuju mahupun membangkang. Tetapi yang jelas, sinar mata abah masih sukar untuk menyetujui hasratnya. “Betul Nurul akan mula bekerja di Bumi selepas satu tahun?” tanya abah setelah lama mendiamkan diri. Tersenyum Nurul mendengar pertanyaan abah. Dia mengerling ke arah Abang Hakim. Terima kasih, Abang Hakim! Hati yang berduka sudah bersorak gembira. “Ya, abah. Lepas setahun, Nurul akan mula berkhidmat di Bumi Architectural.” “Janji dengan abah hanya satu tahun. Tak boleh lebih walau satu hari sekalipun. Mesti tepat.” “Nurul janji, abah.” “Baiklah. Abah pegang pada kata-kata Nurul. Hanya satu tahun.”

67

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Terima kasih, abah,” tingkah Nurul kemudian memberikan senyuman paling manis buat abah dan umi. Syukurlah, abah sudah menyetujui keputusannya untuk memulakan karier di syarikat lain. Rasa-rasanya dia sudah tidak sabar untuk menatap ruangan kerja kosong di dada akhbar. Mujurlah abah memahami niatnya. Dan hati perempuannya kian tersentuh saat abah mengunjukkan akhbar The New Straits Times padanya. “Mulakan mencari dengan niat yang ikhlas,” nasihat abah sebelum beredar ke ruang dapur. Sepuluh saat kemudian, umi mengikut jejak langkah abah. Kini hanya tinggal dirinya dengan Abang Hakim. Sedaya upaya cuba dibuang rasa ‘aneh’ itu dari terus bermain di sudut kalbunya. Biarkan Abang Hakim dengan urusannya. Tetapi Nurul tahu, Abang Hakim selalu merenung padanya, kemudian tersenyum hangat. Sesungguhnya tingkah Abang Hakim membuat lamunannya terbang jauh. Sehingga dia mula lupa siapa dirinya di sisi Abang Hakim.

68

Muliati Abdul

Bab 7
URUL betul-betul dah nekad nak kerja? Langsung tak nak berehat seminggu dua lagi? Selalunya fresh graduate macam Nurul ni lebih suka tenangkan fikiran dulu, lepaskan semua beban kemudian baru cari kerja,” gumam Hakim lalu mengambil akhbar The New Straits Times dari tangan Nurul. Matanya terpaku pada Nurul. Pandangannya menjalar perlahan dari hujung rambut ke seraut wajah yang kemerah-merahan. Kemudian menyusur sehingga ke hujung kaki. Hatinya mengagumi segala yang dimiliki oleh Nurul. “Abang rasa Nurul ni macam fresh graduate yang lain tu ke?” tanya Nurul, langsung membuahkan senyum pada ulas bibir Abang Hakim. Sengaja lelaki itu menyandarkan tubuhnya. Sengaja juga dia membiarkan Nurul ternanti-nanti jawapan. “Abang tahu Nurul tak sama dengan fresh graduate di luar sana. Abang saja nak duga Nurul. Nurul lebih profesional dan selalu memandang ke depan. Nurul tak suka

“N

69

Kirimkan Aku Malaikatmu

bergantung dengan orang lain. Practical, hardworking and idealistic. Dan yang paling penting, Nurul ni keras kepala.” “Nurul ingatkan abang tak tahu,” ujar Nurul seraya mengambil kembali akhbar yang sudah berada di tangan Abang Hakim. Matanya meneliti satu per satu tawaran kerja kosong yang diiklankan. Bagi Nurul, tiada guna dia bergoyang kaki di rumah dan membuang masa begitu sahaja. Lebih baik dia bekerja. Kalau boleh, Nurul mahu membalas budi abah dan umi yang telah memberikan segala-galanya. “Kalau Nurul dah nekad, abang ada kerja untuk Nurul. Kebetulan ada kekosongan di tempat kerja adik colleague abang. Adik colleague abang tu tengah buat praktikal kat sana,” bisik Hakim di hujung telinganya. Serta-merta Nurul berpaling. Malangnya wajah Abang Hakim terlalu dekat. Hilang sejenak pertimbangannya. Biarpun hanya sentuhan yang tidak disengajakan, nafasnya sudah tersekat-sekat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang dialaminya tadi. Kehangatan bibir Abang Hakim menampar-nampar kulit wajahnya. Mendadak Nurul bingkas bangun. Seperti biasa, sekali lagi jantungnya melantun cemas. Dia terkedu. Anak matanya segera dilarikan sebelum berpura-pura kelihatan tenang. “Macam mana? Kalau Nurul berminat, abang boleh telefon colleague abang sekarang...” getus Hakim selamba lalu berpaling mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail. Hati Nurul gawat, mula berbelah bahagi sama ada mahu menerima budi Abang Hakim atau sebaliknya. Kerana kalau boleh, Nurul mahu berusaha sendiri tanpa bantuan orang lain. Lebih-lebih lagi daripada Abang Hakim sendiri.

70

Muliati Abdul

Nurul tidak mahu dipandang serong oleh bakal rakan sekerjanya kerana mempunyai ‘kabel kerja’ yang gah. Tetapi sudikah Abang Hakim mengerti perasaannya? Nurul percaya Abang Hakim pasti berkecil hati andainya dia menolak tawaran itu. Ah! Bercelaru mindanya. Hanya matanya yang memerhatikan gerak-geri Abang Hakim yang sekali-sekala itu melemparkan senyum. Untuk kesekian kalinya, hatinya kian teruja melihat segaris senyum hangat itu. “Hai, Ain! Awak kat mana sekarang? Hmmm... saya ada kat rumah, melepak! In a minute, I might be going out. Could you do me a favour? Tolong SMS address company yang awak cakap semalam. Saya nak adik saya cuba nasib di sana. Tolong ya…. Thank you so much. Bye!” Ain? Berkerut-kerut wajahnya. Tiba-tiba sahaja Nurul merasakan dirinya tidak ubah seperti burung camar yang kepatahan sayap. Tiada kudrat lagi untuk mengibaskan sayap yang sebelum ini begitu gagah melayang. Perasaan sebegitu tidak sepatutnya wujud, tetapi itulah yang dialaminya sekarang. “Colleague abang. She’s wonderful, pretty young lady. Nurul boleh belajar banyak dengannya. Ain tu bersemangat tinggi, selalu memberikan komitmen seratus peratus bila deadline menuntut masa. Further more, she’s very ambitious.” Cara Abang Hakim bercerita seperti Ain itu terlalu sempurna. Mungkin Abang Hakim lupa pada satu hakikat. Pada satu kenyataan. Pada satu ketetapan hidup. “Nurul tak percaya. Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Abang saja yang buta hati nak lihat cacat celanya pada Ain.”

71

Kirimkan Aku Malaikatmu

Nurul tidak pernah menduga itu yang terlahir dari bibirnya. Bagai angin lalu saja kata-kata itu tercetus. Merah pipinya buat sesaat dua. Sejak bila pula dia pandai mempertikaikan kebolehan orang lain? Abang Hakim menatapnya dengan wajah terpingapinga. Wajah yang dibaluti kalut. Sesaat kemudian Abang Hakim ketawa kecil. Sehingga Nurul kian tergugat melawan perasaan. Bibirnya diketap kuat-kuat. Akhbar yang sedari tadi berada di tangannya sudah dicampakkan ke tepi. Bosan bila Abang Hakim terus bermain dengan perasaannya. “Abang takkan memuji tak bertempat, Nurul. Abah pun setuju dengan pendapat abang. She’s capable! Nurul boleh tanyakan abah kalau tak percaya. Ain memang talented!” Nurul mencebikkan bibir. Hatinya menggulung dengan rasa sakit hati. Hatinya cukup cuak setiap kali Abang Hakim memuji Ain. Menatap wajah Abang Hakim yang ceria saat bercerita, rupa-rupanya hanya membangkitkan rasa kurang senang yang panjang. “Kalau dah begitu sempurna orangnya, apa kata abang kahwin saja dengan Ain tu. Sekurang-kurangnya abah dan umi dapat menantu yang wonderful, capable of doing many things dan Nurul pun boleh belajar banyak perkara dari Ain. At least, Nurul pun boleh jadi talented seperti Ain. Senang. End of story!” Hakim terdiam. Niatnya untuk bercerita lebih panjang ikut terbantut. Hanya matanya yang merenungi Nurul. Hilang ceria pada wajahnya sebentar tadi. Berganti ekspresi yang sukar digambarkan. Nurul mula menyalahkan diri kerana melenting

72

Muliati Abdul

secara tiba-tiba. Dia bimbang kalau-kalau Abang Hakim dapat menangkap apa yang tersembunyi di lubuk hatinya saat ini. Sesungguhnya dia enggan perhatian Abang Hakim hilang hanya disebabkan dia gagal mengawal emosi jiwa. Adakah Abang Hakim akan marah selepas ini? Adakah Abang Hakim akan menjauhkan diri selepas ini? Nurul terus menunggu reaksi Abang Hakim dengan debaran yang tidak menentu. Berdetap-detup jantungnya. Tubuhnya melonglai. “Ke situ pulak,” rungut Hakim setelah lama membisu. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Nurul mintak maaf. Entahlah... Nurul pun tak tahu apa yang tak kena hari ni.” “Abang tak maksudkan begitu. Nurul jangan salah mentafsir kata-kata abang. Abang hanya menyatakan perkara yang benar.” Ucapan Hakim terhenti saat telefon bimbitnya berbunyi. Sugul pada wajah Abang Hakim begitu terserlah kini. Namun belum cukup kuat untuk membuang rasa tidak enak di hati Nurul. “Pergilah bersiap. Abang hantar Nurul ke sana.” “Siapa kata Nurul nak pergi temu duga?” Bulat mata Abang Hakim tatkala menyorotnya. “Jangan main-main Nurul. Dah, pergi bersiap cepat. Abang tunggu dalam kereta.” “Nurul tak nak pergi.” “Abang akan tetap tunggu Nurul dalam kereta. Jangan nak mengada-ada pulak.”

73

Kirimkan Aku Malaikatmu

SEPANJANG jalan Nurul memilih untuk membisu. Mindanya asyik melayang memikirkan Ain. Mindanya cukup sibuk merangka karakter milik Ain. Biar betapa sukar sekalipun, mindanya tidak ingin mengalah pada Ain. Pelik dengan apa yang dialaminya, membuat Nurul terdampar keperitan. Kenapa Abang Hakim bersungguh-sungguh memuji Ain? Kenapa nama tu sentiasa meniti di bibir Abang Hakim? Mungkinkah disebabkan Abang Hakim menyimpan perasaan pada Ain? Ternyata Ain telah mencuri ceria di hatinya lalu meninggalkan perit yang menghiris perasaan. “Kenapa diam aje ni? Nurul takut? Tapi bukankah ini yang Nurul perjuangkan? Tak takut kehilangan peluang tu?” Mendesah suara Abang Hakim menegurnya. “Nurul membisu bukan sebab takut, Abang Hakim. Nurul tengah berfikir.” Pantas sahaja Nurul menafikan apa yang dialaminya. Malu untuk berterus terang. Nanti apa pula kata Abang Hakim andainya dia bertanya tentang siapa Ain. Kalau Abang Hakim malu sekalipun untuk bertanya lebih lanjut, pasti berlegar-legar juga tanda tanya kenapa nama Ain dibangkitkan. “Berfikir? Abang rasa macam Nurul baru aje tipu abang bulat-bulat.” Terkesima Nurul. Bibirnya diketap kuat. Kelu. Bila ternyata ‘tertangkap basah’. “Okeylah, abang tak mahu kacau emosi Nurul. Bawa bertenang. Relaks. Sekejap lagi kita sampai. Abang nak

74

Muliati Abdul

Nurul betul-betul bertenang dan pamerkan sifat keyakinan diri yang tinggi. Jangan tergagap-gagap. Paling penting jangan tersasul kata dengan penemu duga tu nanti. Nanti markah Nurul kena potong.” “Kalau abang terus bercakap lagi, jantung Nurul ni makin kuat berdegup.” Hakim tergelak-gelak sebelum berhenti di hadapan lampu isyarat. Sepasang matanya merenung nakal pada wajah cemberut di sisinya. Memandang wajah itu sahaja sudah memadai buatnya sebagai penenang jiwa. “Abang, Nurul nak tanya sikit,” tingkah Nurul tibatiba. Tidak mampu lagi menahan gejolak rasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang siapa Ain. “Apa dia?” “Ain tu macam mana orangnya?” “Kenapa tiba-tiba tanya tentang Ain ni?” Nurul menghela nafas dalam-dalam. Terasa dadanya sesak seketika. “Saja Nurul nak kenal bakal kakak ipar Nurul tu macam mana orangnya.” Mendadak Abang Hakim ketawa kuat. Sehinggakan Nurul terperanjat bukan kepalang. Beberapa kali dia mengerling tajam. Perasaannya kembali berbaur dengan sejuta rasa kalut. “Nurul serius ni. Abang jangan main-main!” marah Nurul tatkala tawa Abang Hakim kian panjang. “Habis, Nurul tu. Tanya soalan yang abang susah nak jawab.” “Ain tu macam Cina, kan?” Nurul menduga lagi. Mahu memastikan wanita yang bergambar mesra dengan Abang Hakim ialah Ain.

75

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Hmmm... ibunya Cina. Mana Nurul tahu? Eh, Nurul pasang spy ke?” Nurul menjeling Abang Hakim yang masih menyambung tawanya. Jadi ‘wanita’ tu memang Ain, bisik hati Nurul sayu. “Nurul nampak gambar dia dengan abang dalam bilik abang semalam.” “Ooo... semalam Nurul spot check bilik abang ya? Tapi tak apalah, abang tak marah. Cuma lain kali jangan buat begitu lagi. Okey, lagi? Nurul nak tahu apa lagi tentang bakal kakak ipar Nurul tu?” Nurul menjeling. Geram saat Abang Hakim sengaja menekankan perkataan bakal. “Cukuplah. Abang dengan Ain memang sepadan.” “Bunyi macam marah aje.” Sekali lagi Abang Hakim menerima jelingannya. “Nurul tak marah. Kalau abang bahagia, Nurul seribu kali bahagia.” “Baiknya adik abang ni. Ini yang buat abang tak sabar-sabar nak kahwin.” Sepi bila Nurul membisu. Memendam rasa. Hakim menyembunyikan senyum yang hampir meletus melihat riak wajah Nurul. Sesungguhnya wajah masam yang dihiasi cemburu itu sungguh-sungguh menggembirakan hati lelakinya.. “Abang nak cakap sesuatu tentang Ain. Abang rasa tentu Nurul terkejut.” “Abang ni, cakap sajalah. Tak payahlah berkiaskias,” gerutu Nurul.

76

Muliati Abdul

Sesungguhnya apa sahaja perkara yang menyentuh tentang Ain, dia tidak ingin mendengarnya. “Nurul ingat lagi masa kita sekolah rendah dulu?” Sepi. “Takkan Nurul dah lupa siapa yang duduk sebelah abang. Kemudian pertengahan tahun dia pindah ke Sabah,” lanjut Hakim, sedikit geram melihat Nurul masih belum dapat menangkap ceritanya. “Ooo… yang tu. Nurul dah ingat,” bisik Nurul lambat-lambat. Sudah cukup sedar dengan apa yang ingin disampaikan oleh Abang Hakim. “Abang cuba nak beritahu Nurul, Ain yang duduk sebelah abang dulu adalah Ain yang bekerja satu bumbung dengan abang sekarang, begitu?” “Hmmm… abang pun tak sangka boleh jumpa Ain semula.” Nurul tersenyum pahit saat memandang wajah bahagia Abang Hakim. Nurul masih ingat segala-galanya. Nurul masih ingat lagi betapa Abang Hakim cukup susah hati dengan perpindahan Ain Najwa ke Sabah. Nurul juga masih ingat kerana terlalu sedih dengan perpisahan itu, Abang Hakim sering menjadikan dirinya tempat melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keluarga Ain. “Nurul nampak bangunan warna silver tu? Itulah tempat yang kita nak pergi.” bisik Abang Hakim lantas terus mematikan segala ingatan Nurul terhadap Ain. Nurul hanya menganggukkan kepala. “Wish you best of luck, my dearest sister. Jangan kecewakan abang.”

77

Kirimkan Aku Malaikatmu

Sekali lagi Nurul mengangguk. Dan rasanya dia sudah tidak mampu untuk bersuara. Bunyi telefon bimbit Abang Hakim semakin menghambat Nurul dengan rasa gelisah. Matanya mengerling Abang Hakim yang kelihatan cukup gembira menerima panggilan tersebut. Dia hanya mampu menggigit bibir apabila Abang Hakim menyebut nama Ain. Tahulah Nurul siapa yang menghubungi Abang Hakim. Dia juga cukup sedar kehadirannya tidak lagi diperlukan. Ingin sekali dia mengambil telefon bimbit Abang Hakim lantas membuangnya jauh-jauh. Biar Abang Hakim tidak mendengar suara Ain lagi. Tetapi bukankah perlakuan sebegitu hanya merendahkan martabatnya sebagai seorang perempuan? Lagipun seorang adik tidak akan melakukan perkara memalukan seperti itu. “Okey, kalau begitu, awak beri saya masa setengah jam untuk ke sana.” Serentak Abang Hakim mematikan talian. Bibirnya sempat mengukir senyum. “Sorry, abang tak dapat tunggu, Nurul. Abang ada hal sikit di Sunway Pyramid.” “Dengan Ain, kan?” Tidak diduga bibirnya begitu berani mempersoalkan urusan Abang Hakim. Percayalah, bukan itu niat sebenarnya. Merah pipinya menahan malu yang menebal. Tidak percaya dia sanggup mempersoalkan urusan Abang Hakim sematamata meladeni hatinya yang cemburu. “Jangan salah faham, Nurul. Abang jumpa Ain atas urusan kerja. Ada client complaint, dan Ain tak mampu nak

78

Muliati Abdul

handle sorang. She needs my help. Abang sebagai ketua kenalah turun padang.” Biarpun sebentar tadi dia baru sahaja memalukan diri, nampaknya hatinya belum puas. Kerana sekali lagi dia mempersoalkan alasan Abang Hakim. “As far as I’m concerned, abang cakap Ain tu capabale of doing many things. Takkanlah perkara kecil tu dia tak mampu nak uruskan?” “Abang tak tahu kenapa Nurul bersikap macam ni. Frankly speaking, abang tak suka Nurul tanya abang soalan macam tadi. Nurul meragui abang, sekali gus meragui segala kelakuan abang di luar.” “Ada Nurul cakap Nurul ragukan abang?” soal Nurul berani. Sengaja dia memberanikan diri membalas tatapan Abang Hakim. “Nurul boleh nafikan. Tapi sinar mata Nurul tu tak mampu nak menafikan apa yang Nurul rasa sekarang. Abang boleh baca.” “Sudahlah. Abang tak payah jemput Nurul nanti. Pandailah Nurul balik sendiri. Nurul dah besar panjang, pandai cari teksi.” Tidak semena-mena Abang Hakim tersenyum lebar. Jari-jemarinya cukup nakal mencubit pipi Nurul. “Memang Nurul dah besar panjang, dah boleh cari teksi sendiri. Sebab tu khidmat abang tak diperlukan lagi. Tapi abang harap, jangan pernah buang abang dari hati Nurul.” Abang Hakim meninggalkan dirinya dengan katakata yang cukup meninggalkan kesan pada perasaan halusnya. Mindanya terasa berselirat. Tidak mampu

79

Kirimkan Aku Malaikatmu

dirungkaikan. Keruh sahaja wajahnya saat menghampiri pintu lif. Hanya seorang lelaki yang menunggu di luar pintu lif tersebut. Saat lelaki itu berpaling, hampir sahaja Nurul terjerit kerana terlalu terkejut. Tidak percaya dengan apa yang berada di hadapan mata. Mungkinkah dia bermimpi? Tidak, dia berada di dunia realiti. Firdaus… desis hatinya perlahan. Tubuhnya melonglai. Lututnya dirasakan tidak berdaya lagi menampung beban tubuhnya. Buru-buru dia menyandarkan tubuh. Sesak nafasnya tika ini. Tatkala lelaki itu tersenyum lantas menganggukkan kepala, jiwanya kian kosong. Masih tidak percaya dengan takdir yang menemukan mereka berdua sekali lagi. Sungguh, kalau tidak mengenangkan dia datang ke sini kerana urusan temu duga, sekarang juga dia akan berpaling meninggalkan bangunan ini. Tidak ingin dia berdua dengan lelaki itu nanti. Masih terbayang-bayang di ruang mata bagaimana sengajanya lelaki itu merempuhnya. “Minta maaf, saya tak sengaja.” Ucapan lelaki itu kembali terngiang. Nurul mengetap bibir. Geram dan sakit hati bercampur baur menjadi satu rasa yang membentuk kebencian yang aneh. Kerana dalam kebencian itu, terselit jua rasa gembira. Rasa gembira yang terlahir kesan pertemuan kedua. Alangkah peliknya hati yang dimiliki olehnya…. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Nurul tidak berlengah-lengah memintas lelaki itu. Apalagi bila menyedari lif tersebut sarat dengan penumpang.

80

Muliati Abdul

Dari ekor matanya Nurul dapat mengesan riak terkejut dari wajah itu. Hatinya tersenyum lebar, cukup lebar. Malah Nurul dengan sengaja memilih sikap berdiam diri bila salah seorang penumpang di dalam lif tersebut memberitahu lif sudah melebihi had penumpang. Hatinya berbunga riang bila melihat Firdaus yang melangkah keluar. Entah keberanian dari mana, dia melemparkan senyum sinis pada lelaki itu. Makin seronok pula hatinya melihat Firdaus mengetapkan bibir. Lalu tanpa suara, Nurul melambaikan tangan tanda ‘bye-bye’ pada Firdaus. Namun sorotan tajam Firdaus menggoyahkan perasaannya. Bagaikan baru disimbah air, dia tersedar. Seiring susuk tubuh Firdaus hilang dari pandangan, seiring jugalah hatinya diburu rasa bersalah. Mungkin dia tidak seharusnya bersikap begitu terhadap Firdaus. Umi tidak pernah mengajarnya bersikap begitu. Tetapi... semuanya telah berlaku. Seandainya ada pertemuan kali ketiga, akan Nurul gunakan peluang itu untuk memohon maaf. Kakinya memasuki ruang pejabat Chessire Dream. Cukup memukau pandangan. Biarpun ruang pejabat itu tidak sebesar Bumi Architectural. Malah mungkin berkali-kali ganda besarnya Bumi Architectural, tetapi hiasan dalamannya mengagumkan. Sejuk hatinya melihat lukisan pemandangan sebuah desa. Cukup menyentuh perasaan tatkala menyedari lukisan itu dihiasi sepasang kanak-kanak sedang merenung bukit yang berbalam-balam dari kejauhan. Pelukis itu tentu seorang yang hebat kerana dapat menarik hati pemerhati untuk masuk ke dalam lukisan tersebut. “Boleh saya bantu?”

81

Kirimkan Aku Malaikatmu

Seorang perempuan muda menegurnya. Pasti sahaja penyambut tetamu di situ. Orangnya cukup bergaya dalam padanan sut biru tua. “Sebenarnya saya datang untuk sesi temu duga.” “Temu duga? Tapi sesi temu duga tak lagi dijalankan. Semalam adalah hari terakhir.” Berkerut dahi Nurul menerima penjelasan penyambut tetamu itu. Hatinya membeku. Ainnn…! Hatinya menjerit kuat. Adakah Ain sengaja mengenakannya? Adakah ketika ini Ain dan Abang Hakim sedang bersorak kerana dapat mempersendakannya? Hatinya sakit bukan kepalang. Berbaur dengan rasa malu pada gadis penyambut tetamu itu. “Kalau begitu tak mengapalah. Mungkin bukan tuah saya....” “It’s okay, Mas. Saya boleh terima satu temu duga lagi.” Mendengar suara itu, Nurul ingin segera mengucapkan terima kasih. Namun saat mata bertentangan, hatinya jadi layu, kuyu dan terus lemah melihat Firdaus yang bersuara. Mendadak sahaja egonya meninggi. “It’s okay, Encik Firdaus. Saya tak kisah. Memang bukan luck saya.” Nurul berusaha memaniskan wajah. Firdaus tercengang. Sungguh-sungguh terkejut mendengar gadis di hadapannya mengenali namanya. “Awak tahu nama saya?” soalnya dengan mata yang dikecilkan. Pada dahi itu terlukis sejuta kerutan tanda pelik. “Saya terpaksa pergi sekarang. Terima kasih banyakbanyak, Encik Firdaus. Saya fikir saya tak sesuai bekerja di sini.”

82

Muliati Abdul

“Setelah bersusah payah ke sini, awak nak berlalu macam tu saja? I’m begging you, please stay. Saya akan jalankan temu duga sebentar lagi. Saya tak mahu pengorbanan saya memberikan awak tempat dalam lif tadi disia-siakan.” Langkah deras Nurul terhenti. Segan bila Firdaus mengungkit insiden di hadapan pintu lif tadi. Tetapi sebenarnya dia lebih tersentak saat Firdaus menuturkan katakata berupa pujukan. Aneh! Mimpikah aku mendengar Firdaus merayu supaya aku menunggu? Mimpikah aku melihat lelaki ini bertolak ansur denganku? Mimpikah aku tatkala mendengar suara garau itu tidak meninggikan suara lagi seperti di lapangan terbang semalam? “I don’t think it would be necessary now. I’ll go, dan saya fikir saya memang tak layak untuk bekerja di sini.” “What a foolish thinking. You let your pride leading your thought. Sekarang saya pun rasa awak memang tak layak bekerja di sini.” Langkah Nurul sekali lagi terhenti. Firdaus mencabarku pula? Apakah Firdaus sudah gila sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata cabaran seperti itu? Entah kuasa dari mana yang mendorong, dia melangkah mendekati Firdaus. Berdiri betul-betul di hadapan Firdaus. “I never let my pride to do the choice.” “Kalau begitu buktikan!” Firdaus berlalu pergi. Nurul hanya berdiri seperti patung menyaksikan

83

Kirimkan Aku Malaikatmu

lelaki itu berlalu meninggalkannya. Sesungguhnya hati perempuannya goyah bila dicabar begitu. “Silakan, cik. Bilik Encik Firdaus di hujung sana.” “Boleh saya tanya...? Encik Firdaus tu siapa?” “Encik Firdaus tu branch manager di sini.” Terhenyak perasaannya. Branch manager di sini? Lantas kenapa langkahku masih diteruskan untuk menjalani sesi temu duga itu? Sengaja mencari balakah? Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan? Firdaus itu branch manager di Chessire Dream ini. Lelaki yang baru saja aku kenakan di hadapan pintu lif tadi. Mungkinkah lelaki itu ingin membalas perbuatanku? Hatinya sudah berantakan dengan persoalan yang sungguh-sungguh memenatkan jiwa. Berebut-rebut untuk mempengaruhi mindanya. Yang jelas, langkahnya semakin goyah.

84

Muliati Abdul

Bab 8
AWA dingin menyapa lembut, namun tidak berhasil memberi nyaman pada hatinya yang tergugah. Hanya matanya yang tidak berganjak memandang Firdaus. Kemudian pandangannya singgah pada meja lelaki itu. Kemas. Traynya tidak dipenuhi kertas bertimbun yang berselerak. Hanya beberapa fail kelihatan tersusun di bahagian ‘out’ tray tersebut. Sementara di bahagian ‘in’, masih tidak menyakitkan mata yang memandang. Segala dokumen di situ pun disusun dengan rapi. Kelihatan binderbinder kecil memisahkan setiap urusan. Ternyata lelaki bernama Firdaus itu bijak sekali mengurus kerjanya. Tumpuannya beralih pula pada Firdaus. Lelaki itu kelihatan cukup berkarisma. Nurul cuba mencari perbezaan antara Firdaus sekarang dan Firdaus semalam. Ternyata dia menyukai Firdaus sekarang. Pada wajah lelaki itu, tiada lagi riak tegang yang memenatkan mata untuk memandang.

H

85

Kirimkan Aku Malaikatmu

Hampir satu minit dia berdiri seperti patung lilin. Langsung tidak diendahkan. Segala rasa kagumnya mula menjauh. Perasaannya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia menyorot wajah Firdaus dengan hati yang dipenuhi kata-kata rungutan. Fail yang terisi resume digenggam kemas dengan emosi yang tidak menentu. Terasa seperti sekarang juga dia ingin berpaling lalu melangkah keluar. Dia sudah silap bila menurut arahan Firdaus tadi. Sungguh dia kesal. Sungguhsungguh kesal! Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Marlena melemparkan senyum. Seketika dia memandang Firdaus dengan wajah pelik saat terpandang wanita lain turut berada di dalam bilik tersebut. “Interview session?” soal Marlena dengan kerutan di dahinya. Pandangannya tidak lepas merenungi wanita itu. Hati kecilnya mula dipenuhi rasa ragu dan curiga. Firdaus mengangguk. Kemudian Nurul lalu mengulum senyuman tipis. “Tapi kita dah pilih…” “Kalau ada calon yang lebih berkelayakan, apa salahnya kita mencuba, Lena,” potong Firdaus. Kali ini dia memandang Marlena tajam. Terdiam Marlena. Hanya matanya silih berganti merenungi Firdaus dan wanita tersebut. Rasa curiga semakin kuat melekat pada hatinya. Entahlah, hatinya mula terasa lain macam melihat cara Firdaus memandang wanita tersebut. “Okey, asalkan jangan tersalah pilih, Firdaus,” ujarnya lambat-lambat biarpun kurang merestui tindakan memandang

86

Muliati Abdul

Firdaus. Matanya masih lagi merenung wanita itu dengan tajam. “Boleh awak keluar sekarang, Lena? Saya nak mulakan interview.” Firdaus menggeleng apabila menyedari jiwa Marlena seolah-olah bukan lagi berada di hadapannya, tetapi sudah melayang entah ke mana. “Lena,” panggil Firdaus. “Lena!” panggilnya lebih keras. “Ya?” balas Marlena kelam-kabut. Namun tatapannya masih belum berkalih dari memandang wanita tersebut. Ada ‘sesuatu’ yang membuat hatinya terus dipalit rasa curiga, sukar untuk ditepis. “Boleh awak tinggalkan kami berdua?” Marlena memandang Firdaus. Ada rasa sayu yang menyapanya saat ini. Firdaus seolah-olah sedang mengusir dirinya jauh. “Saya tahu awak tak setuju, Lena. But please, trust me. Kalau naluri saya tak kuat, saya pun tak mahu adakan interview session lagi.” Marlena mengeluh pendek. Tanpa sepatah kata dia terus berpaling membelakangi Firdaus. Biarpun hatinya tidak rela meninggalkan Firdaus dan wanita itu di sini, namun dia tiada pilihan lain setelah Firdaus sendiri menyuruhnya keluar. Pintu kembali ditutup. Sama seperti hati Nurul yang tertutup. Sudahlah dirinya diabaikan, kemudian menerima pula renungan seolah-olah dirinya adalah seorang penjahat yang paling dikehendaki polis. Apa salahnya? Nafas yang dihembus tidak lagi setenang tadi.

87

Kirimkan Aku Malaikatmu

Setelah hampir sepuluh minit diabaikan, rasanya dia sudah hilang kesabaran diri. Nafasnya turun naik bagaikan ombak ganas yang siap untuk menenggelamkan Firdaus di hadapannya. Sorotan matanya kian tajam menjeling pada Firdaus. Bertambah geram jiwanya bila Firdaus makin leka menyiapkan tugas. Nurul hampir-hampir menjerit bila melihat Firdaus menekan suis power notebooknya. Kemudian Firdaus menyambung kabel kamera digitalnya pada USB notebook tersebut. Barangkali Firdaus sudah lupa pada kewujudannya di sini. Atau mungkin sahaja Firdaus sedang membalas perbuatannya di lif tadi. Terlalu banyak andaian yang berlegar-legar di mindanya. Pelbagai rasa yang menghantui hatinya saat ini. Yang pasti, semua itu membangkitkan seguni rasa cuak. “Nama?” tanya Firdaus tiba-tiba. “Nama?” soal Nurul semula. Sedikit hairan. Namun sebaik sahaja melihat air muka Firdaus, segera Nurul memahami maksud pertanyaan tadi. “Nurul Shuhaida.” Firdaus mengangkat wajahnya. “You look familiar, Cik Nurul. Awak pernah datang interview di sini ke sebelum ni?” Pertanyaan Firdaus menambahkan rasa cuak yang bermukim. Lantas Nurul membalas tatapan lelaki itu. Apakah Firdaus ini sudah lupa pada pertemuan semalam? Apakah Firdaus ini sudah melupakan pertemuan penuh kelam-kabut itu? Nurul teragak-agak untuk memberikan jawapan. Hatinya sedang dilanda kegalauan.

88

Muliati Abdul

“Sebenarnya saya rasa pelik, macam mana awak boleh tahu nama saya, sedangkan cerita tentang saya tak pernah keluar paper lagi.” Nurul yang mendengar luahan Firdaus mengeluh dalam diam. Cukup geram. Hatinya kuat mengatakan Firdaus sedang berpura-pura tidak mengenalinya. Sebenarnya, apa motif Encik Firdaus dengan bersikap begini? Tidakkah Firdaus tahu tembok kesabaran setiap insan itu ada batasnya? “Saya sedang bertanya, jadi saya perlukan jawapan.” Awak dah lupa Encik Firdaus? Awak dah lupa pada insiden mengejar troli semalam? Awak dah lupa siapa yang awak tegur dengan kata-kata egois itu? Awak dah lupa semuanya??? rungut hati kecilnya. Hanya mata yang bersuara. Tetapi mengertikah lelaki itu dengan bahasa matanya? Nurul ragu-ragu. Sudah mati akal mencari kaedah paling mudah untuk meluahkan apa yang terbuku supaya Firdaus kembali mengingati insiden semalam. Firdaus mengangkat wajah. Memandang Nurul dengan rupa tanda tanya. “Baiklah. Kalau awak tak selesa dengan soalan saya tadi, abaikan saja. Anggap macam saya tak pernah tanya soalan tu.” Nurul hampa. Resah gelisah telah bersatu dalam jiwanya melihat reaksi acuh tak acuh Encik Firdaus. Lagak Encik Firdaus sekarang seperti sedang bermain tarik tali. Ketika dia sudah bersedia dengan jawapan paling rasional, Encik Firdaus pula bertindak menutup peluang. Soalnya sekarang, adakah Encik Firdaus ini serius ingin menjalankan sesi temu duga? Ataupun sekadar untuk berjenaka? Lebih menghiris perasaan, saat Encik Firdaus

89

Kirimkan Aku Malaikatmu

kembali menyibukkan diri. Dirinya diabaikan lagi. Dirinya kembali dilayan seperti patung. “Encik Firdaus, saya berdiri di sini untuk ditemu duga, bukan menjadi hiasan di sini.” Meletus jua kata-kata berbaur rasa hatinya yang sedang gelisah. Sayangnya Encik Firdaus tetap pasif. Encik Firdaus tetap leka menghadap notebooknya. Ya Allah, berapa lama lagi aku nak tunggu ni? bisik hati Nurul. Resahnya kian panjang. Penghawa dingin sudah dirasakan berubah menjadi penghawa panas. “Encik Firdaus...” “Ya, saya tahu Nurul. Sebagai seorang penemu duga, saya berhak untuk menguji tahap kesabaran awak.” Firdaus masih belum mengangkat wajah. Sekadar bibir sahaja yang berbicara tanpa melihat wajah dan emosi Nurul yang hangat terbakar dek rasa geram. Tipis kulit telinganya. Sesungguhnya Nurul merasa terpukul. Kalut. Bibir diketap kuat. Entah apalah yang dimahukan lelaki ini? Kenapa tidak sudah-sudah menduganya? Saat Encik Firdaus ikut tersenyum tipis, hatinya kian membara pula. Seolah-olah Encik Firdaus sedang menjadikannya bahan momokan! “Silakan duduk, Cik Nurul. Kita mulakan interviu sekarang.” Pelik sungguh lelaki ini. Kenapa tidak sedari tadi sahaja interviu ini dijalankan? Sekurang-kurangnya hati yang panas pasti sahaja sejuk. “Tak mengapa, saya tak kisah berdiri lama, asalkan saya tak dipermainkan.”

90

Muliati Abdul

Mendadak Firdaus mengangkat wajah. Tubuh disandarkan lalu dia mengeluh pendek. “Dipermainkan? Jadi Cik Nurul fikir saya sedang permainkan Cik Nurul, la?” “Iya. Saya tak pernah rasa teruk seperti sekarang.” Nurul mengiakan. Firdaus mengulum senyum panjang. Kali ini dia bangun lantas menatap Nurul tajam. Melihat wajah kalut Nurul, sedikit sebanyak mencetuskan rasa lucu di hati lelakinya. “Beginilah, saya tak mahu cakap panjang. Tapi saya nak Cik Nurul tahu yang saya tak perlukan resume ketika menjalankan sesi temu duga. Kerana pada pendapat saya, resume tu tak penting. Yang penting ini dan bakat. Bukan teori semata-mata yang sengaja direka,” ujar Firdaus, lebih tegas sambil menyentuh kepalanya sendiri. “Silakan duduk, Cik Nurul. Lebih senang saya nak interviu awak kalau awak duduk.” Firdaus memandang sepintas lalu. Mencari-cari setiap perubahan pada wajah itu. Berkerut dahi menyorotnya lama. Nurul saat Encik Firdaus

Akhirnya Firdaus tersenyum panjang. Dan terus tersenyum panjang. Mindanya mula mentafsir wanita di hadapannya ini sedikit serius. “Saya nak dengar tentang pengalaman kerja awak, Cik Nurul.” Barulah Firdaus kelihatan seperti sudah bersedia untuk menjalankan sesi temu duga. Tubuhnya disandarkan. Hanya anak matanya berterusan merenungi Nurul. “Sebenarnya saya baru saja tamat pengajian, Encik

91

Kirimkan Aku Malaikatmu

Firdaus. Saya belum pernah bekerja di mana-mana organisasi.” “Fresh graduate? Tapi syarat utama kami setiap calon perlulah mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman.” “Kalau semua organisasi menetapkan syarat seperti syarikat ini, susahlah orang macam saya ni. Jangankan pengalaman satu tahun, pengalaman satu hari pun rasanya tak mungkin tercapai. Kalau Encik Firdaus menolak permohonan saya, bermakna saya gagal untuk menjadi sebahagian daripada calon yang mempunyai pengalaman bekerja. Encik Firdaus pun pernah menjadi fresh graduate, tentu encik faham situasi saya.” “Awak ada darah gemuruh?” “Tak ada. Kenapa Encik Firdaus tanya begitu?” Pelik Nurul bila diajukan soalan sedemikian rupa. Mungkinkah riak wajahnya terlalu teruk sehingga Encik Firdaus sendiri diserang rasa pelik? “Cara awak bercakap macam bullet train di Jepun.” Berkerut-kerut dahi Nurul mendengar kata-kata Encik Firdaus. Terbayang di mindanya figura bullet train di Jepun yang pernah ditulis sebagai kereta api terpantas di negara itu. Akhirnya Firdaus mengulum senyum lucu melihat riak wajah Nurul. “Saya bergurau tadi tu. Sebenarnya begini, Cik Nurul nampak macam… stres. Gabra semacam. Cara saya adakan temu duga ni beri awak tekanan ke?” Nurul tersenyum panjang. Mencuba untuk mentafsir makna tersirat di sebalik pertanyaan lelaki itu.

92

Muliati Abdul

Namun dia gagal tatkala sorotan mata Encik Firdaus kian tajam menilik wajahnya. Sememangnya dia ‘gabra’. Sememangnya Encik Firdaus berjaya membuka rahsia dirinya saat ini. “Saya ingatkan tadi Cik Nurul tak pandai nak senyum. Okeylah, saya assume senyuman tu sebagai tanda saya tak berikan stres.” “Sebelum kita mulakan, saya akan kenalkan diri walaupun Cik Nurul sendiri dah tahu nama saya. Nama saya Ahmad Firdaus. Sekarang saya nak Cik Nurul perkenalkan diri sekali lagi.” “Saya Nurul Shuhaida binti Abdullah dan...” “Okey, cukup. Saya cuma nak Cik Nurul beritahu nama saja. Yang lain, Cik Nurul akan berpeluang beritahu bila Cik Nurul dah diterima bekerja,” pintas Firdaus. Nurul menghela nafas dalam-dalam. Perasaannya berkecamuk bila merasakan sekali lagi dirinya dipermainkan. Apalagi bila melihat bibir Encik Firdaus kian melebar. “Saya suka dengan ekspresi yang awak tunjukkan sekarang, Cik Nurul. Jarang sangat saya jumpa candidate macam awak.” Kelu lidahnya mendengar luahan Encik Firdaus. Mencuba untuk membalas tatapan lelaki itu ternyata tidak semudah yang disangka. Kerana dia tewas jua pada kuasa renungan yang dimiliki oleh Encik Firdaus. Sayup-sayup dia mendengar degupan jantungnya sendiri. “Katakanlah sebuah tender baru dibuka. Kebetulan ahli keluarga Cik Nurul turut sama dalam persaingan merebut tender tu. Cik Nurul akan berpihak pada siapa? Keluarga atau syarikat?”

93

Kirimkan Aku Malaikatmu

Tidak pernah termimpi dia akan diajukan soalan begini. Belum reda goyah sukmanya, kini Encik Firdaus mengelirukan pula pendiriannya. Berbolak-balik perasaannya berhadapan dengan suasana ‘aneh’ sesi temu duga yang dijalankan Encik Firdaus. “Saya tengah tunggu jawapan dari awak, Cik Nurul!” tekan Firdaus seraya menaip sesuatu. Nurul menghela nafas panjang. Berfikir sejenak. Menerima soalan tidak terduga memerlukan masa untuk mencari jawapan paling jujur dan ikhlas. Bukan direka-reka. “Bagi saya, soal kerja dan kepentingan keluarga tidak sepatutnya dicampur aduk. Saya tak nafikan keduaduanya penting. Tapi tepuklah dada, tanya selera. Jawapannya pasti ada dalam hati kita. Kalau saya berada dalam situasi tu, saya tak teragak-agak untuk mendahulukan soal kerja. Saya yakin keluarga saya akan faham dengan keputusan yang saya ambil.” “Maknanya awak berada dalam kategori anak derhaka?” pintas Firdaus. Pen di tangannya dipusing-pusing. “Hanya mereka yang pendek akal saja yang akan beranggapan begitu.” “Kenapa pulak? Saya salah cakap ke? Saya fikir tidak. Awak dah bantah, awak dah ingkar permintaan parents awak. Kalau itu bukan definisi anak derhaka, jadi apa definisi anak derhaka yang sebenarnya?” Ternyata soalan Encik Firdaus kian berbelit. Sehingga Nurul ikut berbelit mencari jawapan yang dirasakan paling bernas. “Pada saya, definisi paling tepat menggambarkan sikap derhaka adalah cerita Si Tenggang. I believe you know the whole story.”

94

Muliati Abdul

“I do. Tapi dengan membelakangkan keluarga pun dianggap anak derhaka juga, kan?” “Beginilah. Semuanya terpulang pada penerimaan individu. Dalam konteks yang Encik Firdaus nyatakan tadi, saya rasa isu tu takkan timbul kalau parents mereka fikirkan masa depan anak-anak mereka. Besides, the best will win. Apa salahnya kita bersaing secara sihat. Masing-masing boleh up gradekan cara kerja dan idea. Tak begitu, Encik Firdaus?” Firdaus mengangguk-anggukkan kepala. Namun secara tiba-tiba kembali bertanya. “Bagaimana pula kalau keluarga awak tetap berkeras nak awak tarik diri. Tetap memujuk, tetap merayu? Awak akan tetap hampakan harapan mereka? Kebetulan pula itulah satu-satunya peluang untuk mereka meningkat naik. Lebih malang lagi, parents awak lebih mementingkan perniagaannya daripada masa depan awak.” “Such a tough question,” balas Nurul spontan. Tidak pernah terlayang di mindanya yang Encik Firdaus akan bertanya sejauh ini. “Kerana itu saya nak dengar jawapan ikhlas awak, Cik Nurul.” “Encik Firdaus, saya dah tegaskan tadi. Soal kerja dan kepentingan peribadi sepatutnya diasingkan. Itu prinsip kerja saya. Tak kiralah apa halangan yang datang, saya tetap pilih loyalty pada syarikat. Ditakdirkan keluarga saya tetap mendesak, the last thing in my mind adalah meletak jawatan. Apa gunanya saya berjaya kalau parents saya tak merestui kejayaan tu. Kejayaan akan lebih bahagia, akan lebih bermakna dengan adanya restu keluarga. But don’t get me wrong. Saya tahu dua-dua tu penting, tapi dalam soal kerja, kerja harus diutamakan. Saya percaya Encik Firdaus pun

95

Kirimkan Aku Malaikatmu

tidak suka mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerja!” “Awak pasti itu jawapan yang paling jujur?” “Terpulanglah sama ada Encik Firdaus berani mempercayai saya atau tidak. Kalau saya bersumpah atau melutut sekalipun, tak ada gunanya kalau dalam hati Encik Firdaus ada prasangka. Betul, kan?” “Saya tak salahkan awak, Cik Nurul. Saya tak nafikan memang saya akan fikir begitu. Saya tak mudah percayakan orang. Saya lebih suka buat kerja sendiri. Tak banyak tangan.” “Tentu susah kalau Encik Firdaus berfikiran begitu. Ada pepatah mengatakan, bersatu teguh, bercerai roboh. Kerja beramai-ramai lebih banyak manfaat. Buah fikiran lebih meluas. Setiap keburukan atau kebaikan sesuatu perkara dapat dibangkitkan dengan jayanya. At least, idea yang bakal dipertaruhkan lain daripada yang lain. Tapi tak tahulah kalau Encik Firdaus mempunyai pandangan yang lain. Tetapi percayalah Encik Firdaus, tanpa perasaan saling mempercayai, sesebuah organisasi tu susah nak berjaya. Saya boleh jamin tentang perkara tu.” Firdaus ketawa senang. Tidak semena-mena dia bangkit dari tempat duduknya. Langkahnya gontai sahaja mendekati birai. Dia merenungi bangunan yang mencakar langit. Seketika fikirannya melayang. “Awak macam ugut saya, Cik Nurul.” “Saya tak fikir dengan berkata-kata begitu boleh dikategorikan sebagai mengugut. Saya mengatakan apa yang benar. Apa yang saya lihat di luar sana, itulah yang saya luah. Cuma Encik Firdaus saja yang beranggapan kata-kata itu sebagai ugutan.”

96

Muliati Abdul

Firdaus berpaling lantas tersenyum panjang. “Awak perli saya ke, Cik Nurul? Awak tak takut saya reject awak awal-awal? Selalunya bila orang datang interviu, mulut mereka semua manis macam gula-gula...” ujar Firdaus setelah lama mendiamkan diri. Nurul mengeluh panjang. Rasanya sudah sampai waktu dia beredar dari sini. Di sini, di Chessire Dream ini tiada lagi sinar kerja untuknya. Biarlah. Lagipun dia sendiri tidak sudi bekerja di bawah Encik Firdaus. “Kalau Encik Firdaus fikir saya nak bermulut manis seperti calon-calon yang lain, maaf, Encik Firdaus dah salah orang. Saya tak suka bermuka-muka untuk dapatkan kerja. Kejujuran dan keikhlasan lebih penting dari bermuka-muka. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Terima kasih kerana berikan saya peluang.” Firdaus hanya membiarkan Nurul berlalu. Bibirnya masih menguntum senyum. Ketika dia berpaling, satu keluhan maha berat terlahir dari bibirnya. Dasinya dilonggarkan sedikit sebelum melangkah menghampiri mejanya semula. “Laila, saya nak awak bawa semua resume mereka yang telah datang interview. Call Lena dan Marzuki sekali and let them know saya nak jumpa mereka sekarang.” Firdaus mematikan talian. Seperti tadi, dia kembali menebarkan pandangan pada panorama bandar raya Kuala Lumpur. Nafasnya dihela dalam-dalam. “Kalau Encik Firdaus fikir saya nak bermulut manis seperti calon-calon yang lain, maaf, Encik Firdaus dah salah pilih orang. Saya tak suka bermuka-muka untuk dapatkan kerja. Kejujuran dan keikhlasan lebih penting dari bermukamuka.”

97

Kirimkan Aku Malaikatmu

Kata-kata itu terngiang-ngiang lagi di telinganya. Sesungguhnya Firdaus tidak mampu menipu hatinya. Sememangnya dia terkejut dengan ketelusan Nurul Syuhaida meluahkan pandangan....

98

Muliati Abdul

Bab 9
O how was your interview? Did you impress them?” tanya Hakim dari belakang. Sengaja mahu mengejutkan Nurul dengan kehadirannya. Sungguh-sungguh hati lelakinya pasti bahagia andainya Nurul berpaling lantas memberikan senyuman. Suara yang tiba-tiba sahaja menyapa membuat Nurul terpempan. Langkah terhenti. Hati yang bermukim rasa kesal ikut lenyap dibawa sang bayu yang berpuput. Di dalam suasana hiruk-pikuk kereta yang bertali arus, suara itu masih jelas kedengaran. Nurul enggan percaya dengan apa yang berada di hadapan matanya kini. Tidak mungkin Abang Hakim. Bukankah Abang Hakim ada date dengan Ain? Rasa ragu memaksa Nurul merenung wajah sawo matang itu puas-puas. Hati kecilnya bersorak. Siapa kata hatinya tidak gembira sekarang? Abang Hakim telah kembali ke sisinya semula. Senyum yang bermain-main di pinggir bibir cuba disembunyikan.

“S

99

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Abang buat apa di sini? Abangkan, nak pergi Sunway Pyramid. Apa dah jadi? Ain halau abang ke?” Nurul cuba menyembunyikan rasa gembiranya dengan bersikap acuh tak acuh terhadap kehadiran Abang Hakim di situ. Malu untuk memaparkan perasaan sebenarnya. Hakim mengeluh dalam diam. Kecewa. Harapan yang dianyam terkulai layu. Hanya wajah terperanjat Nurul yang menjadi tatapan. Tiada senyum untuknya. “Hmmm... bila abang sampai sana, Ain dah berjaya selesaikan masalah tu. Jadi abang patah balik. Abang nak temankan adik kesayangan abang.” “She’s capable, Abang Hakim. Apa lagi yang Ain tak boleh buat? Abang sendiri pun puji melangit,” ujar Nurul. Jauh hati. Sekarang dia kembali merasa terpinggir hanya dengan mendengar nama Ain meniti dalam nada paling indah dari bibir Abang Hakim. Sungguh Nurul menyesali diri kerana membangkitkan nama Ain. “Lupakan tentang Ain. Abang nak tahu macam mana dengan interviu tadi. Abang harap semuanya berjalan lancar.” Sepasang matanya cukup indah tatkala ini. Tidak dapat tidak Nurul harus mengaku Abang Hakim memiliki sepasang mata yang mampu menghunjam hati setiap wanita. “Tak selancar yang abang bayangkan. Nurul rasa Nurul tak dapat kerja tu.” “Hesy! Jangan fikir begitu, Nurul. Abang yakin Nurul yang dapat kerja tu. Sepanjang jalan tadi abang tak henti-henti berdoa untuk Nurul.” Nurul mengeluh dalam diam. Di mindanya terlukis seraut wajah milik Encik Firdaus. Getaran dalam kalbunya datang lagi. Sesungguhnya Nurul benci dengan perasaan

100

Muliati Abdul

yang berbalah di dalam jiwanya saat ini. Geram dengan apa yang dialaminya, sekali lagi Nurul mengeluh panjang. “Sudahlah. Nurul tak nak cakap tentang perkara ni lagi. Tengoklah, kalau ada rezeki. Frankly speaking, Nurul memang tak yakin dapat kerja tu. Lagipun bos di situ macam tak suka Nurul.” Terbayang-bayang lagi figura Encik Firdaus di mindanya. Terngiang-ngiang lagi suara garau itu tatkala mengajukan soalan yang tidak tersangka. Menggelabah juga dia dibuatnya. “Abang tahu adik abang boleh. Kalau mereka tak terima Nurul, sebenarnya mereka dah lepaskan peluang untuk dapat pekerja yang berdedikasi.” “Abang ni kalau soal memuji, pandai sangat. Dengan Ain pun Abang Hakim macam ni juga ke?” Entah untuk apa dia membangkitkan nama gadis itu lagi. Entah untuk apa dia menyakiti hati sendiri…. “Abang rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Sejak dari rumah pagi tadi sampailah sekarang, Nurul macam…” “Macam apa?” pintas Nurul. Berubah riak wajahnya. Mindanya gelisah memikirkan Abang Hakim sudah dapat menangkap rasa cemburu dalam dirinya setiap kali nama Ain ditimbulkan. “Nurul cemburukan Ain?” Lekas-lekas Nurul memalingkan wajah. Merah pipinya. Ah! Kenapa Abang Hakim membuat telahan begitu? Terlalu ketarakah rasa cemburuku sehingga Abang Hakim mampu merasainya?

101

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Nurul bukan cemburu pada Ain. Nurul cuma risaukan abang. Nurul takut abang dikecewakan. Itu saja. Kalau abang rasa Nurul ni menyibuk dalam urusan peribadi abang, Nurul minta maaf banyak-banyak. Nurul tak akan busybody lagi pasal hal peribadi abang,” ujar Nurul. Namun dia tidak berani memandang wajah Abang Hakim. Rasa segan masih menebal. Dia tidak seharusnya cemburu terhadap hubungan Abang Hakim dengan Ain. Ain adalah teman wanita Abang Hakim. Pastilah Abang Hakim mendahulukan Ain daripada dirinya. Tetapi aneh, hanya dengan memikirkan perkara tersebut, hati Nurul kian dirundung duka. Dia lebih banyak mendiamkan diri dari membalas pertanyaan Abang Hakim. Terlalu banyak yang berlegar-legar di mindanya. “Kita nak ke mana ni? Kita bukan nak balik rumah ke, Abang Hakim?” Terpinga-pinga Nurul dibuatnya bila kereta Abang Hakim meluncur laju menuju ke pusat bandar raya Kuala Lumpur. “Cik adik sayang, sekarang dah pukul satu setengah. Dah sampai waktu makan. Abang ni dahlah ada penyakit gastrik. Nurul nak bunuh abang ke?” “Sorry, Nurul tak sedar dah pukul satu setengah.” “Mana nak sedar kalau asyik mengelamun. Sampaikan abang di sisi pun Nurul abaikan. Sakit hati abang ni tau. Kalau ikutkan hati tadi, abang nak cekik-cekik Nurul.” “Kalau dengan mencekik Nurul dapat meredakan sakit hati abang, abang cekiklah Nurul. Nurul sanggup asalkan abang bahagia semula.” Mendengar suara yang kedengaran cukup ikhlas

102

Muliati Abdul

itu, Hakim tidak jadi membuka pintu kereta. Anak mata Nurul direnung tepat. Jari-jemarinya menyeka anak rambut yang menutupi sebahagian wajah Nurul. Hati lelakinya sungguh damai tatkala ini. “Baiknya hati Nurul. Tapi percayalah Nurul, abang tak tergamak nak mencekik Nurul. Apalagi nak menjentik Nurul. Kalau boleh, seekor nyamuk pun abang tak benarkan gigit Nurul. Macam mana Nurul boleh percaya abang nak cekik Nurul? Abang main-main saja, Nurul. Apa selama ni Nurul tak nampak kasih sayang abang pada Nurul?” “Tak. Nurul tak nampak,” balas Nurul. Jari-jemari Abang Hakim ditepis dengan lembut. Sesungguhnya perlakuan Abang Hakim membuat hatinya tertanya-tanya. Kadang-kadang dia terfikir, layanan Abang Hakim terlalu istimewa untuknya. Apakah Ain menerima layanan yang lebih istimewa? “Abang akan cuba buat Nurul nampak.” Gumam Hakim. Renungan mata berubah lembut. Sesaat kemudian tanpa sebarang kata, Hakim membuka pintu kereta. Nurul termangu. Kehilangan kata.

SELEPAS makan tengah hari, Abang Hakim membawanya memasuki Mior’s Apparel pula. Dengan minda yang dipenuhi tanda tanya, dia membuntuti langkah Abang Hakim. “Welcome, Hakim. Aku memang tengah tunggu kedatangan kau.” Kedatangan mereka berdua disambut seorang lelaki bertubuh sederhana. Orangnya cukup bergaya. “Meet old friend abang, Mior Hashim. Mior, this is

103

Kirimkan Aku Malaikatmu

Nurul. My lovely sweetheart. Yang selalu aku ceritakan dulu.” Nurul sempat menyiku perut Abang Hakim. “Nice meeting you, Nurul. Saya dah dengar banyak cerita tentang awak. Hari ni baru kita dapat bertemu. Nampaknya cerita-cerita Hakim selama ni betul.” “Iya?” Nurul mengerling Abang Hakim yang tersengih-sengih di sisinya. “Kau datang sebab special dress tu, kan?” “Kau ni Mior, dah tahu, tapi nak tanya lagi. Macam mana, dah siap ke belum? Kalau belum, siaplah kau nanti.” “Come on, man. Takkanlah small matter macam tu pun kau dah naik angin. Lagipun takkan kau tak percayakan aku.” Mior masih ketawa kecil semasa mengiringi Hakim dan Nurul ke bilik khasnya. Saat pembantu Mior mengeluarkan sehelai dress labuh berwarna merah hati, Nurul seperti bermimpi. Mimpinya kian panjang bila Abang Hakim berbisik. Tubuhnya dirasakan terlalu ringan. “Pergilah cuba. Dress ni abang memang tempah khas. Abang nak Nurul pakai malam esok. Temankan abang pergi function.” Nurul mengamati dress itu. Dia meneguk liur. Dress yang mengikut bentuk tubuh itu memang menarik. Cuma Nurul merasakan warnanya terlalu garang. Demi tidak mengecilkan hati Abang Hakim, diturutkan jua permintaan lelaki itu. Saat dia keluar semula, pipinya merah tatkala menyedari sorotan mata Abang Hakim tidak berkalih

104

Muliati Abdul

merenungnya. Langkahnya goyah. Berderau darahnya. Sungguh-sungguh dia tidak selesa bila Abang Hakim merenungnya dengan cukup mendalam. “You are so beautiful, Nurul,” ucap Hakim antara dengar dengan tidak. Kian membahang pipi Nurul. Seperti berada di awang-awangan! Segala-galanya menjadi serba tak kena. Apalagi bila melihat Mior menepuk-nepuk bahu Abang Hakim lantas membisikkan sesuatu. Hatinya meronta-ronta ingin tahu apa yang baru dibisikkan oleh Mior. Kerana pada renungan Nurul, Abang Hakim terlalu suka mendengar bisikan itu. Ketawa Abang Hakim begitu ceria. “Well done, Mior. Aku sukakan dress ni.” “Tengok dulu siapa perekanya....” Ketawa Abang Hakim dan Mior saling bertingkah. Hanya Nurul hanyut memendam rasa di bilik persalinan. Keluar dari butik Mior’s Apparel, Nurul tidak melepaskan peluang bertanya. “Abang tak perlu bazirkan duit beli dress ni. Nurul sendiri dah ada banyak dress.” Abang Hakim mengerling. Dari riak wajah lelaki itu, Nurul sedar Abang Hakim tidak senang dengan katakatanya. “Abang suka dengan design dress tu, Nurul. Abang tak rasa sikit pun pembaziran. Abang ikhlas hadiahkan dress tu, sebagaimana Nurul ikhlas hadiahkan abang jean.” Jawapan Abang Hakim masih belum memuaskan hati Nurul. “Abang jangan salah faham.”

105

Kirimkan Aku Malaikatmu

Langkah Hakim terhenti. Bahu Nurul dipaut kemas lantas anak matanya direnung dengan sorotan yang sukar dimengertikan. Yang jelas Nurul seperti dapat mendengar degupan jantungnya sendiri. Debaran di dadanya berkocak. Membahang pipinya dengan perlakuan spontan Abang Hakim. “Listen, Nurul. Lepas ni abang tak mahu dengar lagi kata-kata protes lahir dari bibir Nurul. Terus terang abang katakan, abang tak suka bila abang beri hadiah, Nurul pula pertikaikan. It hurts my feeling a lot. Pandai-pandailah Nurul jaga hati abang. Kerana abang memiliki sekeping hati yang mudah tergores. Tolong abang, Nurul….” Dengan kata-kata itu secara tidak langsung memaksa Nurul menerima pemberian Abang Hakim seikhlas hati. “Temankan abang beli sweater. Dua minggu lagi abang nak ke Jepun.” Seperti baru disimbah dengan air, Nurul tergamam. Abang Hakim nak ke Jepun? Berapa lama? Dengan siapa? Urusan apa? Bertubi-tubi soalan mengasak minda Nurul. Bingung sendiri dengan sikap cemburunya yang keterlaluan. Nurul mengayun langkah gontai membuntuti Abang Hakim. Fikirannya asyik menerawang mencari jawapan yang hanya ada pada Abang Hakim. Tetapi mampukah dirinya menuntut jawapan itu daripada Abang Hakim? Nurul ragu-ragu memikirkan jawapannya. Kerana rasa ragu-ragu itu dia mengabaikan Abang Hakim. Nurul sudah lupa untuk menemani Abang Hakim.

106

Muliati Abdul

Langkah kakinya entah ke mana-mana. Bila tersedar, melingas anak matanya mencari kelibat Abang Hakim. Pencariannya terhenti saat anak matanya tersua sehelai sweater yang cukup membuat hatinya tertawan. Di mindanya terbayang figura Abang Hakim saat memakai sweater tersebut. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyum. Sweater itu cukup padan dengan Abang Hakim. Baru sahaja jari-jemarinya ingin mencapai sweater tersebut, satu tangan gagah mendahuluinya. Nurul menggigit bibir. Geram. Namun saat Nurul berpaling, rasa geram sudah bertukar rasa tidak percaya. Lelaki itu seperti dirinya, ikut panar. “Encik Firdaus....” Nama itu meniti perlahan. “Nurul Syuhaida, kan?” Ternyata Firdaus lebih terkejut. Sesaat kemudian dia tersenyum panjang. Tidak percaya dengan takdir yang menemukan mereka berdua di sini. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Awak mengekori saya ke?” tanya Firdaus bersahaja. Keningnya diangkat sebelah. Lucu melihat paparan wajah Nurul. Nurul meneguk liur. Sungguh-sungguh tidak suka dengan telahan melulu Encik Firdaus. “Excuse me?” ujarnya separuh menjerit kemudian. “Manalah tahu awak marah pada saya semasa sesi temu duga tadi. Kemudian awak mengekori saya. Mungkin dengan cara ni awak fikir boleh pengaruhi saya supaya awak diterima bekerja.”

107

Kirimkan Aku Malaikatmu

Nurul menggigit bibir. Tanpa sepatah kata tubuhnya dipusing dan mula melangkah. Langkahnya terhenti saat tubuh Encik Firdaus menghalang laluannya. “Boleh ke tepi sikit? Saya tak nak nanti dianggap sengaja nak pikat Encik Firdaus pulak.” Ternyata ucapannya mengundang tawa lucu Encik Firdaus. Lelaki itu memicit leher. Kemudian menghela nafas panjang sebelum menyorot Nurul dalam-dalam. “Saya minta maaf. Cuma bergurau, tapi tak sangka awak ambil serius. Sorry again,” ujar Firdaus biarpun menyedari jelingan Nurul padanya kian tajam. “Encik Firdaus buat apa di sini?” aju Nurul setelah lama mendiamkan diri. Sesaat berlalu, Nurul mula mengutuk diri sendiri kerana bertanya soalan bodoh begitu. Tentulah Encik Firdaus ke sini untuk membeli-belah. “Awak fikir?” Firdaus menduga. Bibirnya kian melebar senyum melihat wajah kalut Nurul. Nurul tersenyum pahit. Encik Firdaus ini seperti menyindirnya. Sukar sekali dibayangkan rasa kecewanya saat telefon bimbit Nurul berbunyi. Hati lelakinya memberitahu telefon bimbit itu memberi petanda sebentar lagi Nurul akan berlalu pergi. Dan Firdaus tidak mampu lagi mengawal rasa kecewa yang singgah di hati. “Errr... errr… awak suka pada sweater ni?” aju Nurul setelah mematikan talian. Firdaus mengangguk. “Kalau awak suka, tak apalah. Saya boleh pilih yang lain.”

108

Muliati Abdul

Firdaus mengeluh tanpa sedar. Tidak mampu untuk menghalang Nurul dari berlalu. Lama dia mengikuti langkah Nurul. Dia melihat Nurul bertanya sesuatu pada jurujual di situ sambil mengunjukkan sweater yang berada di tangannya kini. Melihat gelengan jurujual di situ, Firdaus ikut kecewa. Hati lelakinya berbolak-balik. Di matanya dia melihat wajah hampa Nurul lebih daripada melihat keinginannya untuk memiliki sweater tersebut. Lambat-lambat dia menghampiri kaunter pembayaran. Nurul mendekati Abang Hakim yang sudah selesai membuat pembayaran. Dia diburu rasa bersalah tatkala melihat ada riak gusar pada wajah Abang Hakim. “Abang ingat Nurul dah lupakan abang,” gumam Hakim sebaik sahaja terpandang figura Nurul. “Abang ingat Nurul dah lupakan abang.” Kata-kata Abang Hakim terulang-ulang di minda. Sedarkah Abang Hakim ucapan sebegitu menghumban jiwanya ke alam serba tak keruan? Mengertikah Abang Hakim pada satu frasa ‘tak sengaja’? Mungkin Abang Hakim tidak menyedari betapa hati kecilnya dihimpit rasa kurang enak saat ini. “Abang minta maaf. Abang terlalu risaukan Nurul tadi. Abang ingat Nurul dah tinggalkan abang sendirian di sini.” Terus terbang rasa kurang enak di hatinya mendengar ucapan tulus Abang Hakim. Nurul sedar memang dia yang bersalah kali ini. “Nurul faham, Abang Hakim. Nurul pun minta maaf. Lain kali Nurul tak tinggalkan abang lagi macam tadi.”

109

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Jadi Nurul betul-betul tinggalkan abanglah tadi?” Senyum yang baru hendak bermula mati. Berkerut dahi Nurul. Tidak menyangka Abang Hakim masih meraguinya. “Abang bergurau saja, Nurul. Janganlah buat muka serius macam tu. Abang takutlah!” Abang Hakim tergelak kecil di hujung kata-katanya. Mengada-ada! bisik hati Nurul. “Cik Nurul!” Langkah Nurul dan Hakim terhenti. Kedua-duanya berpaling serentak pada jurujual berbaju seragam merah dan putih itu. “Cik Nurul tertinggal ini tadi.” “Tapi saya tak beli apa-apa. Awak silap orang agaknya.” “Macam mana pun ini memang kepunyaan Cik Nurul.” “Apa tu?” tanya Hakim. Matanya ikut terjengahjengah ke arah beg kertas tersebut. Nurul tidak memberikan jawapan. Sebaliknya membuka isi kandungan beg kertas tersebut. Terbuka luas matanya. Tidak mahu percaya dengan apa yang sedang dilihat. Sudah gilakah lelaki bernama Firdaus itu? Matanya melingas ke seluruh pelosok pusat membeli-belah tersebut. Dan pencariannya berakhir pada tubuh yang sedang menaiki eskalator. Bibirnya diketap kuat. “Apa tu, Nurul?” “T-shirt. Nurul tertinggal tadi.”

110

Muliati Abdul

Dengan jawapan itu Nurul berharap Abang Hakim tidak bersoal jawab lagi. Mujurlah Abang Hakim dilahirkan sebagai seorang lelaki yang penuh pengertian. Kerana selepas itu Abang Hakim sendiri menukar topik perbualan.

111

Kirimkan Aku Malaikatmu

Bab 10
CAPAN selamat pagi yang cukup membingitkan telinga membuat Nurul hampir terjerit. Terpempan Nurul melihat wajah ceria Siti tersua di hadapan pintu kamar tidurnya. Perlahan-lahan dia memberikan ruang masuk untuk gadis tinggi lampai itu. Matanya merenungi Siti yang menyembunyikan senyum. Entah apalah mimpi Siti malam tadi sehingga sanggup memandu jauh-jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur. “Sudahlah tu. Jangan buat muka terkejut. Pandangan kau tu buat aku rasa macam orang asing kat sini,” rungut Siti. Tanpa dijemput, dia melabuhkan punggung di birai katil. Jari-jemarinya digawang-gawangkan di hadapan wajah Nurul dengan harapan Nurul kembali ke alam nyata. “Cik kak! Dahlah kau datang macam ribut, nak salahkan aku pulak? Lagipun aku ni tuan rumah, sampai hati kau tengking aku pagi-pagi buta ni. Melampau tu!” Nurul membalas lantas membaling sebiji bantal ke arah Siti yang sedang ketawa besar. Siti masih kekal nakal biarpun bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi.

U

112

Muliati Abdul

Siti menyambut bantal yang dilempar, kemudian memeluknya erat-erat. Sedetik berlalu, Siti mengeluh panjang. Entah apalah yang dirunsingkan. “Aku datang salah... aku tak datang pun salah...! Jadi aku nak buat macam mana tu? Pening kepala aku ni. Lain kali aku tak mahu datanglah! Senang. Tak perlu sakitkan kepala.” Siti masih merungut. Pura-pura merajuk. Makin manis pula wajahnya dalam ekspresi begitu. “Hmmm... kau datang sorang aje, Siti? Tak bawa tunang kau sekali? Takkanlah kau tak ajak dia ke sini. Tak takut cik abang tu merajuk?” Nurul menduga. Hanya itu sahaja caranya kalau mahu memujuk Siti. Wajah monyok Siti segera berubah riak. Bersinarsinar bola matanya. Nurul percaya Siti sedang melalui hidup yang cukup menggembirakan. Cahaya kebahagiaan itu jelas terpancar pada wajahnya. Bagaimana pula dengan dirinya? Masih kabur. Masih malap. Segala-galanya masih meragukan. Apa yang jelas, tiada apa-apa yang boleh dibanggakannya kalau hendak dibandingkan dengan Siti. Nurul masih mengingati segalanya. Biar setegar mana pun pendiriannya, terusik jua dengan rasa cemburu terhadap apa yang dimiliki oleh Siti. Siti punya ibu dan ayah yang cukup mengasihi, sedangkan ibu dan ayah kandungnya sendiri lebih rela membuangnya. Rela meninggalkan dirinya di rumah kebajikan. Mengingati semua itu, Nurul berasa sedikit terpinggir. “Memanglah aku nak bawa dia, tapi Zamri sibuk. Kerjanya sebagai doktor banyak menuntut masa. Kadangkadang aku pun diabaikan. Tapi nak buat macam mana.

113

Kirimkan Aku Malaikatmu

Takkanlah aku nak pentingkan diri sendiri. Lagipun aku dah pilih dia, meaning aku dah accept semua kerjanya. Sekarang ni pun aku sedang menyiapkan diri untuk menjadi isteri mithali buat Zamri.” “Mak oi…! Hangatnya percintaan korang berdua. Meremang bulu roma aku dengar. Jadi juga kau dengan Si Zamri tu. Dulu bukan main jual mahal. Apa dah jadi dengan pendirian kau tu? Empat tahun aku tinggalkan kamu berdua, makin menjadi-jadi pulak hubungan cinta rahsia tu. Bila ingat-ingat balik, rasa macam mimpi. Agaknya kau ni dah terkena minyak senyonyong kut?” Siti tersenyum lebar. Matanya dipejamkan rapatrapat, seolah-olah detik-detik manis pertemuannya dengan Zamri terulang kembali di mindanya. Zamri yang pendiam, tetapi cukup pandai mengambil hatinya sungguh-sungguh membuat hidupnya bahagia. “Aku akui memang dulu aku jual mahal. Tapi Zamri tu tak pernah putus asa. Makin aku tolak, makin liat pulak dia nak lepaskan aku. Macam-macam dia buat. Kemuncaknya pada sambutan Valentine tahun lepas. Hampir-hampir aku menangis dek rasa terharu dengan keikhlasannya menyayangi aku. Aku tak sangka Zamri tu romantik orangnya. Sekuntum mawar merah dan dua ratus kuntum mawar kuning yang sengaja dihias menjadi perkataan ‘LUV YOU’. Hati aku yang keras ni terus cair. Lagipun dia terlalu baik untuk dikecewakan.” “Nanti kalau aku turun Kuantan, aku nak usik Zamri tu. Bukan main lagi dia. Eh, Zamri kerja di KMC (Kuantan Medical Centre) lagi ke?” “Hmmm… tapi Zamri beritahu nak buka klinik sendiri.”

114

Muliati Abdul

“Baguslah begitu. Nanti kalau aku jatuh sakit, aku harap dapat rawatan percuma.” “Asyik cakap pasal aku aje, kau macam mana pulak? Takkan tak sangkut dengan mamat kat sana?” “Tak ada yang sudi pandang aku ni, Siti. Kau lainlah!” “Dah, aku tak nak dengar alasan lapuk tu. Enough! Kau selalu mengelak ya? Entah-entah kau masih….” Siti tersenyum panjang. “Entah-entah….” Siti masih sengaja menduga reaksi Nurul. Melihat perubahan wajah Nurul senyumannya kian meleret-leret. “Entah-entah apa?” “Entah-entah kau masih jatuh sayang pada Abang Hakim tak? Manalah tahu kau belum lupakan Abang Hakim. Lagipun rasa sayang tu bukannya boleh dikawal-kawal. Cinta itu, kan misteri?” Lirikan penuh telahan itu membuat Nurul cemas. Seram sejuk tubuhnya bila kisah cinta rahsianya pada Abang Hakim diungkit semula. Kisah yang cuba dilupakan selama empat tahun ini. Awalnya memang dia berjaya, tetapi setelah bertentang mata, segala benteng yang dibina luruh seperti daun-daun kering. Saat melihat wajah segan Nurul, Siti kian galak mengusik. Memang dia seronok menggendengkan Nurul dengan Abang Hakim. Empat tahun ini dia cukup merindui wajah penuh segan Nurul saat diusik. “Bukan aku tak tahu. Dulu dalam buku rujukan add maths kau, penuh dengan nama Abang Hakim. Sekarang ni, dalam hati kau ada nama Abang Hakim lagi tak?” cetus Siti dengan ketawa yang cuba ditahan.

115

Kirimkan Aku Malaikatmu

Ketawanya meletus juga melihat wajah terkejut Nurul. Nurul masih tidak berubah. Masih lagi Nurul empat tahun dahulu. Masih lagi menyimpan kasihnya pada Abang Hakim nun jauh di lubuk hati. “Aku dah pun tutup buku lama tu. Semuanya sekadar main-main. Jadi aku harap, kau jangan nak melalut! Jangan sebut-sebut perkara tadi depan Abang Hakim. Aku serius ni. Jangan ungkit lagi perkara tadi.” Nurul menepis tangan Siti. Sengaja dia memaparkan wajah marah. Mencuba menutupi rahsia hati di hadapan mata Siti ternyata sukar sekali. Siti terlalu bijak mengenakannya. “Kiranya boleh dianggap macam first crush jugaklah, kan?” Kalaulah dia mampu menepis setiap bicara Siti, akan dia tepis. Hakikatnya dia tewas lagi. Kerana segala katakata Siti ada benarnya. Kerana kata-kata Siti sentiasa membuatnya menjadi tidak menentu. Lalu apakah yang perlu dilakukannya sekarang? Apakah ada cara untuk menghindar dari kegalauan hati ini? “Alah, mengaku sajalah Nurul. Bukannya aku nak gelakkan kau. Memang lumrah pun kau sayangkan Abang Hakim. Abang Hakim tu caring orangnya. Punya kerjaya yang terjamin. Pokoknya Abang Hakim ada pakej yang mencukupi. Lagipun kalau kau dengan Abang Hakim berdiri berdekatan, nampak sepadan sangat. Sikit pun tak ada cacat cela. Tapi kalau Abang Hakim berdiri sebelah Julia, memang banyak yang kurang.” Suara Siti berkumandang lagi. Suara yang terkandung puji-pujian terhadap Abang Hakim. Yang jelas Nurul yang merasa sesak nafas dengan setiap asakan Siti.

116

Muliati Abdul

“Kalau tak kenangkan Zamri, dah lama aku pikat Abang Hakim tu.” Siti menambah. Lengkap dengan gaya teaternya sekali. Nurul mengerling Siti. “Amboi...! Tamaknya dia. Tak cukup dengan Zamri, Abang Hakim pun…” “Aik... bunyi macam jealous aje?” pintas Siti dengan senyuman yang ditahan-tahan. “Siti... Siti,” keluh Nurul. Dia menghampiri Siti lantas melabuhkan punggung di sisi gadis itu. “Sebelum aku jawab soalan kau tu, aku nak tanya sesuatu. Kau yakin ke Abang Hakim masih single?” Pertanyaan Nurul membuat Siti terdiam. Hanya matanya yang tidak berkelip merenungi Nurul. Lidahnya kelu. “Itulah kau. Nama saja saudara pada Abang Hakim.” “Abang Hakim dah ada special girlfriend? Siapa? Aku tak tahu pun.” “Kau tak tanya?” “Kau dah jumpa orangnya?” “Hmmm... hanya gambar. Orangnya cantik. Kulit putih bersih. Rambut panjang. Tinggi lampai. Memang sepadan dengan Abang Hakim. Jadi aku harap kau janganlah usik aku dengan Abang Hakim lagi...” pinta Nurul bersungguh-sungguh. Satu keluhan pendek lahir dari bibirnya. Perasaannya terasa lain macam. Nurul memejamkan mata. Terlalu pahit kenyataan yang terlahir dari bibirnya sendiri. Sungguh-sungguh meremukkan hati perempuan yang dimilikinya.

117

Kirimkan Aku Malaikatmu

“Habis tu, kau macam mana?” Nurul bingkas bangun. Tersenyum. Sesungguhnya sukar sekali untuk tersenyum lebar setelah hati menjadi remuk. “Macam mana apa pulak ni? Abang Hakim adalah abang aku. Dan aku adiknya. Aku rasa kau dah cukup jelas tentang hubungan kami berdua. Kau tahu Siti, aku amatamat menghormati Abang Hakim, dan of course, aku inginkan teman lelaki seperti Abang Hakim. Kau doakan ajalah impian aku ni menjadi kenyataan.” “Susah-susah sangat, kau rebut sajalah Abang Hakim tu daripada special girlfriend dia. Bukannya berdosa pun. Lainlah kalau Abang Hakim tu dah beristeri.” “Gila! Kau upah aku seguni emas pun aku tak mahu. Lagipun aku rasa Abang Hakim bahagia dengan pilihannya. Alah, kalau soal jodoh, kau jangan risaulah Siti. Esok-esok kalau dah sampai seru, kahwinlah aku ni.” “Macam mana kalau esok-esok jodoh kau memang ditakdirkan dengan Abang Hakim?” Hening. Hanya deruan nafas Siti yang kedengaran. Nurul sudah kehilangan kata untuk membalas. Dia membuang pandang pada langsir yang terbuai-buai ditiup bayu pagi. Menerobos mengenai wajah lalu meninggalkan kesegaran. Pintu dikuak dan Nurul bingkas bangun. Sepasang matanya terbuka lebar. Tidak menduga kelibat Abang Hakim akan muncul di hadapan mata. Sedetik pandangan tubuhnya melonglai. mereka bertaut. Sekujur

“Bincang pasal apa ni? Bukan main riuh lagi abang

118

Muliati Abdul

dengar kat luar ni. Abang boleh dengar dengan jelas nama abang disebut-sebut. Mengumpat abang ye?” “Abang curi dengar perbualan kami?” desak Nurul dengan wajah cemas. “Abang tak sengaja terdengar. Both of you are talking loudly. Nenek tua pun boleh dengar,” usik Hakim lantas menutup daun pintu. Nurul mengetap bibirnya kuat-kuat. Dia menjeling Siti yang tersengih-sengih. “Kami bukan mengumpat abang, tapi tengah memuji abang. Iyakan, Siti.” “Iyalah tu. Abang dengar lain tadi. Abang dengar pasal special girlfriend abang disebut-sebut,” balas Hakim. Kemudian menghampiri Nurul yang masih tergamam lantas mencapai jari-jemari gadis itu. Senaskhah akhbar diserahkan. “Abang dah baca tadi. Dalam tu ada banyak vacancies. Kalau Nurul perlukan apa-apa pertolongan abang, Nurul tahu macam mana nak hubungi abang, kan?” Lekas-lekas Nurul mengangguk. Berharap agar Abang Hakim segera beredar. Dia sudah lelah melihat lirikan semacam Siti. Juga sungguh panik menerima renungan hangat Abang Hakim. Terasa kehangatan Abang Hakim berada di mana-mana. “Okey, Siti. Kirim salam pada Zamri nanti.” Selepas menyampaikan pesan, Hakim berlalu. Nurul mengurut-urut dadanya. Nafasnya yang sesak tadi sudah beransur-ansur tenang. “Macam tu kau kata dah tutup buku? Cik kak! Mata aku ni belum rabun lagi tau. Aku boleh nampak kau cukup menyayangi Abang Hakim. Patutlah tak ada satu mat salih

119

Kirimkan Aku Malaikatmu

pun yang sangkut. Rupa-rupanya hati kau tu yang dah tersangkut!” “Jangan nak mengarutlah!” Siti ketawa lagi melihat wajah tidak keruan Nurul. “Look at you. You are blushing. Aku tak percaya kau masih nak nafikan perasaan kau pada Abang Hakim. Kan senang kalau kau dengan Abang Hakim bersemuka. Kemudian berterus terang tentang chemistry yang mengikat kamu berdua. Kamu berdua kena jujur terhadap perasaan masing-masing. Jangan disebabkan ego dan malu nak mengaku rasa cinta, kecewa pula yang menjemput kamu berdua. Bila tiba masa tu, aku rasa aku pun tak dapat nak tolong lagi. Hanya boleh cakap banyakkan bersabar, Nurul.” “Sudahlah tu. Kalau dah melalut, tak boleh nak berhenti. Boleh tak kita cakap pasal hal lain pulak?” “Selagi kau tak admit rasa cinta kau pada Abang Hakim, aku takkan berhenti. Aku pun nak makan nasi minyak kau dengan Abang Hakim, Nurul. Kau berilah aku peluang merasa, ya?” “Suka hati kaulah, Siti. Yang penting aku nak turun sarapan sekarang. Malas aku layan kau ni. Makin dekat nak kahwin, makin gatal!” “Nantilah dulu, Nurul. Aku belum habis cakap lagi ni.” “Malas!” balas Nurul cuak. “Okey! Aku berhenti bercakap pasal Abang Hakim. Puas?” “Good. Nanti aku belanja kau makan.” Barulah Nurul berpaling lantas menarik tangan Siti keluar dari kamar tidurnya.

120

Muliati Abdul

“Next week boleh? Aku singgah sekejap aje ni. Nanti aku nak balik kampung, kemudian baru balik Kuantan semula.” “No problem. Nanti bila aku turun ke Kuantan, aku belanja kau.” “Bila kau nak turun Kuantan?” “Soon. Kalau aku nak datang, aku akan telefon kau dulu.” “Okey. Tapi Nurul, sayanglah kalau kau lepaskan Abang Hakim begitu aje. Hati aku ni tetap yakin antara kau dengan Abang Hakim, semacam ada chemistry yang cukup kuat. Langsung tak boleh dipisahkan. The way Abang Hakim looks at you, the way he talks to you, semuanya memancarkan rasa cinta. Macam mana kau boleh cakap Abang Hakim tu dah ada special girlfriend bila matanya tak lepas merenung kau? Percayalah Nurul. Despite I’m not a love doctor, but I do believe the chemistry between you and Abang Hakim. Love is in the air and it is so strong, I could feel it, Nurul.” Nurul menggeleng lantas meninggalkan Siti sendirian. Malas mahu mendengar segala macam pandangan Siti. Sesungguhnya jiwa perempuannya bergelora.

121

ISBN:- 978-967-5067-59-4 Jumlah muka surat :- 520 Harga Runcit :- S/M: RM19, S/S: RM22 Harga Ahli KKN :- S/M: RM15, S/S: RM18 Sinopsis: Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa. Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas

bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya. Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri. Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus. Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat. Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus? “Cinta itu aneh. Dalam aneh ada indahnya. Dalam indah ada dukanya.” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KIRIMKAN AKU MALAIKATMU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang

ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful