You are on page 1of 2

mengingati mati perkukuhkan iman

kematian akan datang tidak mengira siapa atau di mana kita berada. allah berfirman
dalam surah an-nisa ayat 78 yang bermaksud: "di mana jua kamu berada, maut akan
mendatangi kamu walaupun kamu berada di dalam kota-kota yang tinggi dan kukuh".
dan dalam firman-nya yang lain dalam surah al-a'raf ayat 34 bermaksud: "apabila
datang ajal mereka, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat".

apabila ajal telah datang maka ketika itu barulah seseorang itu akan merasakan
bahawa dia tidak lain hanyalah seorang hamba yang terpaksa akur kepada sunnah alam
dan terpaksa bersiap sedia untuk menemui tuhannya. di kala itu, barulah manusia
merasakan segunung penyesalan dan sedar untung nasibnya yang sebenar.

oleh sebab itulah, telah menjadi amalan kepada salafussoleh dan ulama terdahulu
menjadikan tazkiratul maut atau mengingati mati ini sebagai suatu zikir harian.
rasulullah saw sendiri pernah mengingatkan sahabatnya agar banyak mengingati mati
melalui sabdanya yang bermaksud: "perbanyakkanlah mengingati perkara yang
memusnahkan kelazatan dunia (mati)".

sahabat dan ulama adalah contoh dan teladan terbaik sebagai peribadi muslim.
mereka hidup dalam kehidupan yang murni dan sejahtera. mereka maju dalam bidang
keduniaan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak lupa untuk mengingati bahawa
mati pasti datang. ibnu muthi pada suatu hari memandang ke rumahnya yang tersergam
indah dan berasa kagum tetapi kemudian ia menangis. beliau berkata: "andai kata
kematian itu tidak wujud pasti aku akan lebih mencintaimu dan gembira memilikimu.
andai kata kita tidak akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sempit itu sudah
tentu mata kita akan terpesona melihat harta dunia ini". lalu beliau terus
menangis.

mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan
dihadapkan ke hadapan allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita.
mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan
di akhirat. saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak.
sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran
yang baik di akhirat kelak. dan demikianlah jika sebaliknya.

dengan kesedaran ini, manusia pasti akan berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal
soleh di muka bumi ini. mengingati mati iaitu dengan membayangkan nikmat dan
ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak akan menyebabkan seseorang itu tidak
mahu terlepas peluang melainkan dengan membanyakkan amal ibadat. bukan setakat itu
saja bahkan mengingati mati akan mendorong mereka menjauhi segala macam
kemaksiatan dan kemungkaran. hasilnya kehidupan manusia akan sentiasa di dalam
kesejahteraan dan keharmonian.

oleh kerana itu, adalah selayaknya umat islam menjadi umat yang hidup dalam aman
dan harmoni disebabkan sikap berlumba-lumba melakukan kebajikan dan bebas daripada
gejala kemaksiatan dan kemungkaran.

antara faktor kekuatan yang membuahkan hasil sedemikian adalah adanya sifat
mengingati mati di dalam diri setiap individu islam di dalamnya. sering memikirkan
mengenai untung nasib selepas mati akan menyebabkan seseorang itu amat takut untuk
melakukan kemungkaran seperti menerima rasuah, pecah amanah, menabur fitnah,
mencuri, berzina dan sebagainya. mengingatkan akan saat-saat kematian dan
seterusnya azab seksa yang bakal diterima nanti, bukan saja dapat menjauhkan
seseorang itu daripada melakukan maksiat bahkan ianya tidak akan terlintas
langsung di kotak pemikiran mereka.

oleh kerana itulah, tazkiratul maut atau mengingati mati ini menjadi salah satu
cara dalam pendidikan islam dan manhaj pembentukan peribadi. tidak dinafikan juga
bahawa mengingati mati atau inginkan syahid menjadi rahsia kekuatan umat islam
dalam meluaskan empayar islam sehingga menguasai lebih sepertiga daripada muka
bumi ini.

oleh yang demikian, mengingati mati bukanlah alasan membawa kepada kemunduran dan
ketinggalan di dalam segenap bidang di dunia ini bahkan ianya menjadi pendorong
dan titik tolak kepada kemajuan dan kecemerlangan umat islam di muka bumi.
sekiranya manusia tidak pernah memikirkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya
sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi nescaya mereka akan terus
memburu dunia dengan apa cara sekalipun tanpa mempedulikan sebarang batasan dan
undang-undang. akhirnya kehidupan manusia itu sendiri akan hancur dan porak
peranda.

bagi mengetakkan perkara ini daripada berlaku maka islam telah datang dengan
mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut ini sebagai sumber
kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang
bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan.