P. 1
AZMISX015157AWD04D03TT4

AZMISX015157AWD04D03TT4

|Views: 19|Likes:
Published by Aisyah Pauzan

More info:

Published by: Aisyah Pauzan on Sep 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/20/2012

pdf

text

original

BAB 4

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DI TAPAK PEMBINAAN

4.0

Pengenalan

Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan seharusnya memainkan peranan mereka dengan lebih efektif di dalam melaksanakan aspek keselamatan. Pihak berkuasa seperti NIOSH dan CIDB, pihak pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan pekerja industri pembinaan mempunyai peranan masing-masing begi memastikan aspek keselamatan dijalankan mengikut akta dan undang-undang yang telah ada.

4.1

Pihak Berkuasa

Pihak berkuasa mempunyai peranan yang penting dengan memantau dan mengawal selia di semua tapak pembinaan supaya mereka mematuhi undang-undang

Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa. peraturan. pembekal. pengimpot sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sihat dan selamat serta mematuhi undang-undang. . tataamalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. pereka bentuk. pekerja. tataamalan dan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. undang-undang.19 dan akta yang digubal bagi memastikan tapak pembinaan menjadi satu persekitaran kerja yang selamat. penyebaran maklumat dan penyelidekan oleh agensi Kerajaan. maka tertubuhlah Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. organisasi bukan Kerajaan dan majikan supaya dapat meninggikan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.1 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department of Safety and Health (DOSH) Dengan berkuatkuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994. orang yang bekerja sendiri. Objektif ini dicapai melalui cara promosi dan penguatkuasaan. JKKP ditubuhkan dengan beberapa objektif: (1) Menggubal dan mengkaji dasar. 4. latihan. Tugas ini dijalankan oleh Unit Kajian Dasar dan Perundangan. galakan. JKKP ditubuhkan di peringkat Pusat iaitu beribu pejabat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri. (3) Membantu dan memberi khidmat kepakaran. peraturan. namun Jabatan Kilang dan Jentera telah ditukar namanya kepada JKKP. (2) Memastikan majikan.1.

(2) Mengkaji. (6) Menyemak dan memperaku rekabentuk penstoran. (3) Membuat analisa teknikal dan mengenal pasti langkah-langkah bagi mengawal bahaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. mengenal pasti. (4) Menyemak dan memperaku rekabentuk jentera seperti dandang stim. (5) Menyemak dan memperaku rekabentuk peralatan yang berkaitan dengan penggunaan bahan petroleum dan kelengkapan pelindung diri seperti penutup telinga dan mesin pengukur bunyi. tataamalan dan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. pengandung tekanan dan mesin angkut. penghantaran dan penggunaan bahan petroleum kimia. merangka dasar. (7) Menyediakan sukatan pemeriksaan dan penilaian serta mengendalikan peperiksaan tahap kecekapan firma dan organisasi berkebolehan. .20 Aktiviti Utama Jabatan adalah: (1) Menguruskan pentadbiran dan memberi maklumat kepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. peraturan.

(9) Membuat pemeriksaan berkala dan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke atas kilang. (14) Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaaan kepada agensi awam dan swasta serta persatuan-persatuan. (10) Membuat pemantauan bahaya-bahaya kesihatan di tempat kerja. (13) Menganjur dan memberi ceranah serta latihan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. penyakit dan keracunan pekerjaan dan kejadian bahaya yang berlaku di tempat kerja.21 (8) Mengenal pasti. menyemak laporan keselamatan dan pelan tindakan kecemasan serta membuat pemeriksaan dan audit ke atas instalasiinstalasi bahaya besar. Pemeriksaan dibuat setiap lima belas bulan sekali. . (11) Menyemak laporan pemantauan bahaya kesihatan (12) Menyiasat kemalangan. Perpustakaan ditubuhkan di Jabatan. (15) Mengumpul dan menyediakan bahan dan maklumat berhubung dengan keselamtan dan kesihatan pekerjaan. jentera dan tempat kerja.

Majlis Negara bagi Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah AKKP. (2) Mengubah perkara yang dianggap wajar erhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. (4) Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh tentang keselamtan dan kesihatan pekerjaan serta kebajikan orang yang sedang bekerja. kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita. orang-orang cacat dan golongan-golongan lain di dalam masyarakat.2 Melakukan kerja-kerja pendakwaan. Tugas-tugas Majlis ini adalah: (1) Menyiasat dan membuat laporan serta syor kepada Menteri dengan apa-apa perkara yang berhubung dengan tujuan akta ini.22 (16) 4.1. (5) Menangani masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan. (3) Memajukan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. . (6) Menubuhkan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi industri kimia di tempat kerja.

kesihatan dan kebajikan pekerjaan. Misi utama penubuhan NIOSH adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau Occupational Safety and Health (OSH) di Malaysia.3 Intitusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Institut ini ditubuhkan pada 1 hb. Disember 1992 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 untuk memacu budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.1. (9) Menggalakkan pembangunan dan penerimaam melalui undangundang akan tataamalan industri yang berkaitan dengan keselamatan. 4. Fungsi NIOSH adalah untuk: (1) Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf KKP melalui pembangunan kurikulum dan program latihan kepada pekerja dan majikan . (10) Membangunkan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja. (8) Mengadakan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja.23 (7) Mengaanalisa statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berkaitan dengan pekerjaan.

NIOSH mempunyai komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab di dalam memastikan semua pekerjanya bekerja di dalam persekitaran yang sihat dan selamat. peserta kursus.24 (2) Menolong industri. (2) Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan kepada pekerja . Objektif penubuhan NIOSH adalah untuk: (1) Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja. polisi NIOSH adalah mematuhi semua undang-undang dan peraturan keselamatan dan kesihatan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghindari pekerjaan yang bersangkutan dengan kecederaan dan penyakit. kontraktor dan pelawat. Selain itu. perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah yang bersankutan dengan KKP (3) Membantu mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP dengan informasi terkini di dalam KKP di luar negara (4) Menganjurkan kajian samada janka pendek atau jangka panjang ke atas KKP dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia (5) Dissem inate informasi tentang kajian dan penemuan KKP dan isu kesihatan di dalam aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi pihak Institut dan menjadi pusat rujukan.

Pihak Berkuasa Tempatan juga turut mempunyai peranan di dalam memastikan setiap projek pembinaan di bawah seliaan mereka mematuhi undangundang dan akta yang ada di dalam aspek keselamatan di tapak pembinaan. . Setiap pekerja adalah aspek utama program keselamatan dan kesihatan dan adalah dijangka mereka akan komited dengan objektif di atas. Sekiranya kemalangan berlaku. Selain itu. ini akan menyebabkan banyak masa terbuang bagi siasatan dan ini akan menyebabkan projek tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan Menurut Zairo Alias (1997)[9]. Ini bagi memastikan semua kerja yang dijalankan dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan dan siap mengikut jangka waktu yang telah dimeterai oleh semua pihak.2 Pemaju Pihak pemaju mestilah meminta setiap kontraktor yang melakukan projek mereka mengadakan satu pelan keselamatan yang lengkap dan mematuhi semua akta yang ada sebelum pihak kontraktor memulakan kerja mereka. 4. Pemilik tidak berhak untuk membuat arahan kerja yang dilakukan tetapi boleh diutarakan kepada pihak kontraktor untuk tindakan. Mereka semestinya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar atau enggan mematuhi aspek keselamatan sebagaimana termaktub di dalam undang-undang dan akta. pemilik diperlukan di dalam aspek pengawasan ke atas kontraktor.25 (3) Memastikan setiap pengurus dipertanggungjawabkan keatas keselamatan dan kesihatan yang didirikan.

Penekanan ke atas kontraktor oleh pemilik atau pemaju supaya menyediakan aspek keselamatan dan latihan kepada kakitangan di tapak pembinaan. di dalam kajian mereka. penggunaan permit jangka pendek di dalam pengendalian operasi yang berbahaya. Menyediakan orientasi keselamatan dan latihan kepada pekerja dan pengawasan ke atas operasi berbahaya serta menyediakan kakitangan keselamatan sendiri yang mempunyai kepakaran dan mahir di dalam bidang keselamatan dan kesihatan. telah mengenal pasti bahawa kaedah yang digunakan oleh pemilik di dalam memilih kontraktor yang selamat di mana pemilik yang terlibat secara langsung di dalam memilih dan mengawasi program keselamatan kontraktor akan memberi impak kepada penurunan kadar kemalangan di tapak projek. keperluan keselamatan secara terperinci di dalam spesifikasi dan pemeriksaan tapak. simpanan rekod keselamatan.3 Jurutera Perunding Jurutera seharusnya menjalankan tugas bagi pihak pemaju dengan memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam . penekanan keselamatan semasa lawatan awal tapak. melakukan pemeriksaan ke atas mensyuarat keselamatan di tapak dan kedua-dua belah pihak iaitu pemilik dan kontraktor melakukan penyiasatan bersama sekiranya berlaku kemalangan di tapak pembinaan.26 Samelson and Levitt (1982) [10]. menetapkan matlamat keselamatan ke atas kontraktor dan menjadikan aspek keselamatan sebagai syarat dan kriteria pemilihan kontraktor. Selain itu. 4.

Aspek-aspek penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi. tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak pembinaan) merangkumi: .27 kontrak. menurut seksyen 15(1) AKKP 1994. Secara khususnya. Abdul Aziz Hussin (2004) [3]. Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3]. 4. pihak jurutera perunding adalah antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung di tapak pembinaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja binaan.4 Kontraktor Pihak kontraktor adalah pihak yang paling utama di dalam memastikan aspek keselamatan dilaksanakan kerana merekalah yang menjalankan kerja di tapak pembinaan. di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat. Mereka seharusnya memastikan pihak kontraktor mengadakan dan mematuhi setiap pelan keselamatan yang telah dirangka bagi memastikan tapak pembinaan adalah selamat dan projek dapat dijalankan mengikut jadual. peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat serta suasana kerja yang selamat. dasar kerja yang proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan dan pengetahuan yang cukup amatlah diperlukan dan ianya perlu ada pada setiap jurutera perunding projek. keselamatan pekerjapekerjanya. di dalam seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP)1994. menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan tugas majikan mempastikan seberapa yang boleh.

20-25) . 2000.s. arahan. Ini termasuk menyediakan perkakas yang sesuai dan tidak mendatangkan risiko kepada pekerja”. (2) Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu adalah selamat. (5) Suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja. dan sistem kerja yang selamat. Ltd. m. Jika majikan gagal mengambil langkah berjaga-jaga (berhati-hati) yang munasabah dalam menjaga keselamatan pekerjanya. (3) Memberi maklumat. dan tidak memberi risiko kesihatan. (1967 ).28 (1) penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera dan alatan. latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja. (4) Penyelenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat. maka majikan itu (misalnya kontraktor) boleh didakwa cuai (Abdul Aziz Hussin. Di dalam kes Smith melawan Baker (Charles) & Sons (1981). Perkara-perkara mengenai tanggungjawab majikan (menyediakan peralatan keselamatan) dan tanggungjawab pekerja (memakai atau mengguna peralatan berkenaan) pernah menjadi isu perbincangan utama di dalam kes Wong Soon San melawan Malayan United Industrial Co. “Kontrak di antara majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan pihak majikan itu kewajipan untuk mengambil langkah-langkah berhati-hati yang munasabah… yang mana pada menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu terdedah kepada risiko yang tidak perlu.

& seorang lagi (1978). Sistem kerja yang selamat dan yang tidak mendedahkan risiko kecederaan/kematian kepada pekerja ditekankan di dalam kes Mohd. Mahkamah juaga memutuskan bahawa majikan berkewajipan untuk berjagajaga yang munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk kegunaan pekerja-pekerjanya dan menyelenggaranya supaya senantiasa dalam keadaan baik. Menurut Hinze and Raboud (1988) [11]. pihak kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keadaan dan perjalanan kerja di tapak pembinaan. Bhd. (1991).29 Di dalam kes Ng Kim Cheng Pte. (1978). Menurut Zairo Alias (1997) [9]. majikan telah didapaticuai kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan atas keselamatan plaintif (pekerja) dan menyediakan sistem kerja dan gagal untuk menjaga atau membaiki brek keselamatan jenangkut-susun itu dengan baik. Melawan Naigai Nitto Singapore Ltd. Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (misalnya tali pinggang keselamatan) kepada pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan penggunaannya boleh mengakibatkan majikan (kontraktor) didakwa cuai. Langkah-langkah tersebut adalah: (1) Mengambil atau melantik seorang pakar keselamatan sepenuh masa . kes Chong Fah Lin melawan United Engineers (M) Sd. Ahmad melawan Consolidated Hotels Ltd. Sainudin b. menganal pasti masalah yang mungkin timbul dan mengambil tindakan ke atas masalah yang timbul. Mereka bertanggungjawab mengawasi kerja pembinaan. telah mengenal pasti langkahlangkah yang sesuai untuk mencapai atau mengekalkan tahap keselamatan yang di terima di dalam sesebuah projek besar.

30 (2) Sokongan padu daripada pihak atasan pengurusan tentang aspek keselamatan (3) Perjumpaan atau mesyuarat keselamatan diwajibkan ke atas penyelia (4) Mengawasi pencapaian penyelia keselamatan (5) Melakukan lawatan tapak mengenai aspek keselamatan (6) Isu-isu keselamatan dimasukkan di dalam minit mesyuarat tapak (7) Penggunaan teknik-teknik terkini mengurangkan kadar kemalangan (8) Aspek keselamatan akan berjaya sekiranya wakil dari klien atau klien itu sendiri menghadiri mesyuarat koordinasi tapak (9) Tekanan kerja akan mempengaruhi keberkesanan aspek keselamatan Menurut Syed M. Ahmad et al (2000) [4]. pihak kontraktor sewajarnya diselia mengikut langkah-langkah di bawah di dalam menyediakan pelan keselamatan tapak yang jelas. dan mestilah mematuhi garis panduan dan undang-undang yang sedia ada mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja. terperinci dan praktik di tapak pembinaan: (1) Pelan keselamatan tapak seharusnya berdasarkan polisi keselamatan syarikat. .

.31 (2) Kontraktor seharusnya mengambil kira kehendak pembinaan dan keselamatan dan kesihatan di tapak (3) Kontraktor seharusnya memberitahu klien tentang aspek keselamatan dan kesihatan yang dikehendaki dari mereka (4) Kontraktor seharusnya dapat melihat bahaya yang mungkin ekoran dari isu keselamatan dan kesihatan (5) Kontraktor seharusnya memantau aktiviti-aktiviti yang berbahaya sekiranya perlu (6) Kontraktor wajar melakukan penyiasatan keadaan tapak dengan terperinci dan mengambil semua informasi yang bersangkutan keselamatan dan kesihatan (7) Pihak kontraktor mesti mengadakan rundingan dengan mereka yang mempunyai pengalaman berkaitan dan tahu dengan keadaan tapak (8) Kontraktor mesti menggunakan dengann sepenuhnya informasi yang ada dan meneruskan analisis yang teliti supaya dapat membuat pelan keselamatan tapak yang lengkap dan praktik. setiap majikan tempat kerja yang mempunyai sekurang-kurangmya 40 orang pekerja atau sekiranya diarahkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tersebut. Di dalam seksyen 30 AKKP 1994.

Menurut seksyen 29 AKKP 1994. akta mengkehendaki majikan menggaji seseorang yang berkelayakan iaitu seorang yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. klien. keselamatan dan kesihatan mereka di tapak pembinaan perlu menjadi perkara utama yang mesti diambil tindakan sewajarnya oleh semua pihak samada pihak penguatkuasa. dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Oleh yang demikian. .5 Pekerja Industri Pembinaan Pekerja di tapak pembinaan adalah salah satu komponen terpenting dalam hasil pengeluaran industri pembinaan. Maka. menilai dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Jawatankuasa ini adalah bertujuan melaksanakan dasar atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. konsultan dan kontraktor malah pekerja itu sendiri. pembanguynan. mereka adalah satu aset kepada industri ini. menggalakkan pihak pengurusan dan pekerja berunding dan bekerjasama dalam mengenal pasti. mengenai perlantikkan pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 4.32 Akta juga mengkehendaki majikan berunding dengan jawatankuasa dalam proses membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan membolehkan beliau dan pekerja-pekerjanya untuk bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakkan.

Mereka . Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3]. terutama pekerjaan di bahagian teknikal. Pihak pekerja hendaklah diingatkan tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan dirinya dan orang lain. misalnya berhak semasa kerja termasuk menggunakan keselamatan disediakan pinggang keselamatan) menggunakan tangga mudah alih dengan betul dan cermat. peraturan dan prosedur keselamatan supaya dapat memberi sumbangan besar di dalam menjamin keselamatan mereka sendiri. Justeru. Pekerja itu sendiri perlu ada kesedaran dan kesediaan mematuhi undangundang. Penglibatan pekerja amat bernilai kerana mereka dapat memberi maklumat dan maklum balas terhadap risiko yang dihadapi di tempat kerja. wakil pekerja seeloknya dipilih dari bahagian yang strategik atau paling tinggi risikonya untuk menganggotai jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. serta melaporkan segala keadaan yang berisiko dan sebarang kemalangan di tempat kerja kepada penyelia atau pegawai yang bertanggungjawab. memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan program keselamatan dan kesihatan termasuk menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan.33 Peruntukkan-peruntukkan Utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di dalam Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ada menyebut bahawa tanggungjawab dan peranan pekerja dalam mewujudkan tempat kerja yang selamat. di pihak pekerja itu sendiri juga perlulah peralatan insaf untuk menjaga yang keselamatannya (tali sendiri dari risiko atau kecederaan/kematian. Para pekerja industri pembinaan seharusnya mematuhi setiap aspek keselamatan yang telah diadakan oleh pihak majikan mereka supaya kemalangan dapat dielakkan dan menghindari mereka daripada tercedera semasa bekerja.

34 seharusnya peka dengan persekitaran bekerja dan sentiasa memakai peralatan keselamatan yang disediakan. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->