You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN JALAN PJS 10/11 46150 PETALING JAYA , SELANGOR.

BBA 8281 TEL : 03-56316826 FAX: 03-56316843 Ruj. Kami Tarikh : SKKL 02/07/002 (04) : 2 APRIL 2010

Yang Berbahagia, Kapten (B) Halim b. Hashim Baba Yang Dipertua PIBG SK Kampung Lindungan Yang Berhormat, JEMPUTAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-3 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan akan menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-3 2010 mengikut ketetapan berikut : Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 24 April 2010 Sabtu 7.30 pagi - 1.00 petang Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan

3. Dengan besar hati dan penuh harapan kami menjemput Yang Dipertua untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-3 2010 yang akan diadakan seperti di atas. 4. Mudah-mudahan dengan kehadiran Yang Dipertua akan dapat memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Olahraga tersebut. Semoga jemputan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan tugas, …………………………………. ( EN. ZULKIFLI BIN MOHD TAHIR) Guru Besar SK Kampung Lindungan