You are on page 1of 15

Saya ingin mengucapkankan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberikan sokongan moral,,

kewangan dan dorongan semasa saya menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada guru geografi saya, Cikgu Masni binti Khamis atas segala bimbingan , nasihat dan tunjuk ajarnya. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Pengetua Sekolah Sultan Alam Shah, Encik Ahmad Rosidi bin Ramley yang kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada penduduk di kawasan tempat tinggal saya dan rakan-rakan yang banyak memberikan banyak maklumat dan pengumpulan bahan kajian ini.

Kerja Kursus Geografi 2011

Tajuk Kerja Kursus geografi yang saya telah pilihialah Pencemaran Alam Sekitar Di Bandar Sri Damansara. Saya memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Bandar Sri Damansara kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di kawasan ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu, pekerjaan pembinaan sedang dilakukan dan menyebabkan kesesakan jalan raya.

Kerja Kursus Geografi 2011

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Bandar Sri Damansara. 2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Sri Damansara. 3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Bandar Sri Damansara. 4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Sri Damansara.

Kerja Kursus Geografi 2011

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Bandar Sri Damansara dan kawasan sekitarnya. Bandar Sri Damansara terletak kira-kira 6 kilometer dari Bandar Utama. Peta 1.1 menunjukkan kedudukan kawasan kajian saya dan Bandar Utama. Kawasan kajian ini saya pilih kerana terletak di kawasan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya mendapatkan maklumat dan data.

Peta1.1

Kerja Kursus Geografi 2011

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:1) Kaedah pemerhatian Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Bandar Sri Damansara dengan melihat pembuangan sampah di merata tempat. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai 2) Kaedah soal selidik kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan. 3) Kaedah rujukan Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di internet.

Kerja Kursus Geografi 2011

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang menyebabkan kemusnahan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu alam sekitar. Di Malaysia, pencemaran yang berlaku ialah seperti pencemaran udara, air, bunyi dan tanah. JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR:1.Pencemaran Udara Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . Kebanyakan jalan-jalan utama di sekitar Bandar Sri Damansara dicemari oleh asap-asap kenderaan. Kilang-kilang terutama dari kawasan berhampiran seperti Bandar Sri Damansara juga menyumbangkan kepada pencemaran udara.

Kerja Kursus Geografi 2011

2.Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan yang dihasilkan oleh mesin sehingga menyakitkan telinga. Bunyi ini mengganggu aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Di kawasan ini, kebanyakan pencemaran bunyi berpunca daripada sistem pengangkutan seperti kenderaan dan kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan. PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1.Pembakaran terbuka Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun. Kegiatan seumpama ini juga berlaku di kawasan kilang-kilang dan tapak pembinaan berdekatan dengan kawasan ini. Asap yang dibebaskan oleh pembakaran terbuka menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar.

2.Sampah sarap Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan rumah pangsa. Bilangan penduduk yang semakin bertambah memburukkan lagi keadaan. Sampah dilonggokkan di tepi jalan dan kawasan lapang
Kerja Kursus Geografi 2011 7

yang terbiar. Sampah ini pula tidak diambil oleh pihak yang berkenaan dan dibiarkan bermingguminggu sehingga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk yang tinggal di sini.

3.Kenderaan Pembangunan yang pesat di kawasan Bandar Sri Damansara telah menyebabkan bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini semakin bertambah. Pertambahan bilangan kenderaan telah menyumbang kepada pelepasan asap. Hal ini telah menyebabkan keadaan udara di kawasan ini mengalami pencemaran dan memberi kesan terhadap penduduk di kawasan ini.Selain itu, bilangan kenderaan yang semakin bertambah juga menyumbang kepada berlakunya pencemaran bunyi. Kenderaan tersebut mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu kehidupan penduduk di kawasan ini.

Kerja Kursus Geografi 2011

4.Pembinaan Pembangunan yang pesat di kawasan Bandar Sri Damansara menyebabkan kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan banyak dijalankan di kawasan ini. Pembinaan yang dilakukan ini menghasilkan bunyi bising kesan daripada penggunaan peralatan dan mesin. Bunyi bising ini mengganggu ketenteraman penduduk di Bandar Sri Damansara. Di samping itu, pembinaan juga telah menyebabkan udara tercemar kerana habuk yang dikeluarkan semasa pembinaan dijalankan.

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1.Hujan asid Pencemaran udara yang berlaku di kawasan Bandar Sri Damansara telah menyebabkan berlakunya hujan asid di kawasan ini. Peningkatan bilangan kenderaan bermotor dan kilangkilang yang mengeluarkan asap dan habuk telah mencemarkan alam sekitar. Bahan-bahan tercemar yang terdapat di atmosfera ini akan bercampur dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid. Hujan asid akan menyebabkan tanih menjadi berasid dan tidak subur untuk pertanian. Hujan asid juga boleh merosakkan dinding bangunan.
Kerja Kursus Geografi 2011 9

2.Jerebu Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Kerja Kursus Geografi 2011

10

5.Penyakit Pencemaran alam yang berlaku di kawasan ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan penduduk di kawasan ini menghidap penyakit yang berkait dengan pernafasan akibat menghidu udara yang tercemar. Antara penyakit yang sering terjadi ialah asma dan gangguan pernafasan. Pencemaran bunyi pula boleh menyebabkan gangguan psikologi dan mempunyai kesan terhadap kesihatan terutama sekali pendengaran. Apabila kerap terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat, ada kemungkinan seseorang boleh menjadi pekak.

Kerja Kursus Geografi 2011

11

Kajian yang saya jalankan menunjukkan Bandar Sri Damansara adalah sebuah kawasan yang pesat membangun dan keadaan ini telah menyebabkan pencemaran berlaku kesan daripada peningkatan bilangan penduduk di kawasan ini. Antara jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini ialah pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Antara punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran ini ialah pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap, pembinaan dan bertambahnya bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini. Pencemaran yang berlaku di kawasan ini telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Antara kesan yang disebabkan oleh pencemaran di kawasan ini ialah kejadian hujan asid, jerebu, serangan penyakit, peningkatan suhu dan bau busuk. Keadaan ini mestilah dibendung dengan segera supaya alam sekitar kita dapat dijaga demi generasi yang akan datang. Antara langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ialah dengan menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen, menggunakan petrol tanpa plumbum dan kenderaan di kawasan ini digalakkan menggunakan alat catalyc converter untuk menapis asap kenderaan. Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sikap prihatin dan sayangkan alam sekitar perlu ditanam dalam diri masing-masing supaya masalah pencemaran yang berlaku di negara kita dapat diatasi.

Kerja Kursus Geografi 2011

12

Kerja Kursus Geografi 2011

13

Lampiran 1: Borang temu bual Bahagian A Nama: Umur: Jantina: Pekerjaan: Jenis perumahan (rumah teres, rumah pangsa dsb):

Bahagian B Arahan: Sila pilih dari no 1 hingga 4. (1-sangat tidak memuaskan, 2-kurang memuaskan, 3memuaskan, 4-sangat memuaskan) 1. Tahap kebersihan udara di sekitar kawasan rumah anda. 2. Pengurusan pembuangan sampah sarap di sekitar kawasan rumah anda. 3. Ketenteraman (bunyi daripada kenderaan dan kawasan pembinaan) di sekitar kawasan rumah anda. 4. Tahap kebersihan udara di seluruh kawasan Bandar Sri Damansara. 5. Pengurusan pembuangan sampah di seluruh kawasan Bandar Sri Damansara. 6. Ketenteraman di seluruh Bandar Sri Damansara.

Bahagian C Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak

bertanggungjawab bagi mempulihbaikkan kawasan Bandar Sri Damansara. Anda juga boleh memberikan pendapat tentang apa-apa perkara yang tidak memuaskan.

Kerja Kursus Geografi 2011

14

1. Google Maps - http://maps.google.com.my/maps/myplaces?hl=en&vpsrc=6&ctz=480&sll=3.194266,101.612933&sspn=0.022281,0.032015&ie=UTF8&ll=3.166569,101.607056 &spn=0.059647,0.10952&t=m&z=14&ei=Ep90TsqlL4ifkAWA78WXCQ&pw=2

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

Kerja Kursus Geografi 2011

15

You might also like