You are on page 1of 3

Rasulullah pernah mengatakan bahawa 9/10 rezeki ada pada perniagaan.

Maka ramailah orang yang ingin mencuba nasib dengan berniaga. Ada yang kecil-kecilan, malah tak kurang juga yang melakukan secara besar-besaran. Menjadikan perniagaan sebagai sumber rezeki merupakan usaha yang sangat bagus. Ia menjadikan kita berfikir dengan lebih kreatif iaitu bagaimana untuk memula, menstabilkan, mengembangkan, seterusnya mengekalkan prestasi perniagaan. Tetapi hendak berniaga apa?? Saya yang duhulunya menuntut di UiTM dalam jurusan perniagaan pun kadang-kadang buntu bila kawan-kawan bertanya apakah jenis perniagaan yang sesuai untuk mereka mulakan. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sememangnya diperlukan oleh pengguna. Tanpa mengira sama ada perniagaan itu kecil atau besar, bakal peniaga haruslah membuat kajian tentang pasaran terlebih dahulu, apakah jenis produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna yang disasarkan. Sebagai contoh, saya pernah membuat kajian tentang perniagan apakah yang sesuai untuk saya mulakan di kampung saya. Ini harus mengambil kira aspek: 1. Kepakaran diri. 2. Keadaan masyarakat setempat termasuk cuaca semasa. 3. Besar atau kecil perniagaan. 4. Jumlah populasi. 5. Jumlah penawaran yang boleh disediakan. 6. Bekalan. 7. Faktor persaingan. 8. Harga dan kos. 9. Manpower (berapa pekerja). 10. Masa produktif. Anda semua hendak tahu apakah perniagaan yang saya pilih setelah menimbangkan perkara diatas? Saya telah memilih untuk berniaga jagung bakar . Ini kerana jagung bakar sesuai dimakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tambahan pula saya mempunyai kemahiran dalam hal ini, saya tidak mempunyai masalah berinteraksi dengan bakal pelanggan sama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, dewasa malah warga tua, semua saya boleh layan. Keadaan cuaca yang sesuai (cuaca boleh mempengaruhi selera), bekalan mencukupi dan yang paling istimewa, lebih kurang 8-9 buah kampung yang berhampiran masih belum ada orang yang menjual jagung bakar, orang jual burger dan pisang goreng memang banyak. Saya menjualkan dengan harga RM 1.50 setiap satu. Gerai jagung saya dengan cepatnya menjadi popular dikalangan penduduk kampung, tidak ketinggalan kampung-kampung yang berjiran. Mungkinkah kerana ciri-ciri jagung bakar yang harum menyelerakan sehingga orang-orang yang jauh pun tercium baunya? Alhamdulillah pendapatan boleh dikira lumayan juga dengan jualan setiap hari tidak kurang dari 100 biji (apakah penjodoh bilangan yang tepat bagi jagung?). Ramai orang kampung hairan lalu bertanya, kenapa jual jagung sedangkan engkau belajar tinggi? , maka saya menjawab, habis tu dah memang saya belajar jurusan perniagaan, berniagalah yang paling sesuai. Daripada bekerja untuk orang lain lebih baik saya praktikkan ilmu perniagaan itu untuk diri sendiri. Betul tak? Catatan: Sekarang Jagung sudah tidak lagi berniaga jagung bakar.

Sebenarnya tujuan saya menulis artikel ini ialah untuk berkongsi idea-idea perniagaan bagi sesiapa yang berminat. Saya memperihalkan gerai jagung saya itu hanyalah contoh sahaja. Idea perniagaan tidak terkira banyaknya, terpulanglah kepada minat dan kesesuaian diri kita masingmasing. Di sini saya kongsikan idea perniagaan yang bagus hasil dari pembacaan saya. Berikut saya senaraikan antara idea-idea perniagaan yang boleh anda kembangkan sendiri mengikut minat dan kepakaran anda: Perniagaan menjual barangan 1. Peruncitan 2. Kedai makan atau seafood 3. Kedai optometri 4. Barangan antik 5. Barangan kraftangan 6. Permainan kanak-kanak 7. Coklat, kek dan gula-gula 8. Pakaian 9. Pakaian dan barangan terpakai 10. Bunga 11. Barangan berasaskan games seperti catur, sahibba, carrom dan sebagainya 12. Barangan cenderamata 13. Herba perubatan dan kecantikan 14. Barangan perhiasan seperti cincin, gelang, rantai leher dan sebagainya 15. Pemborongan 16. Produk-produk wellness 17. MLM (multi-level marketing) Perniagaan berasaskan perkhidmatan 1. Kedai gunting rambut 2. Kedai jahit 3. Khidmat perakaunan 4. Pengasuhan bayi dan kanak-kanak (taska atau pusat asuhan) 5. Catering 6. Kedai dobi 7. Pertunjukan lawak jenaka dan silap mata 8. Servis dan baik pulih komputer 9. Cybercafe 10. Servis rekabentuk laman web 11. Kelas komputer 12. Kedai pengantin 13. Servis gardening 14. Memasang tali racket 15. Penyelenggaraan kolam renang 16. Cat dan hiasan rumah 17. Menganjurkan seminar

18. Jurugambar video 19. Tuisyen 20. Kelas memasak 21. Kelas untuk bakal-bakal ibu 22. Kelas jahitan Perniagaan berasaskan hobi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Manik dan sulaman Kaligrafi dan khat Membaikpulih perabot Ukiran dan lukisan Anak patung buatan tangan Fotografi Pemeliharaan ikan (akuarium) dan burung Alatan sukan dan senaman

Perniagaan berasaskan penulisan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Penulisan novel Cerpen Artikel majalah Puisi Kelas penulisan E-buku Penulisan weblog

Sebenarnya masih banyak bidang-bidang perniagaan yang masih belum diteroka terutama di Malaysia ini. Jika kita berpandangan bahawa sudah banyak bidang yang dipelopori orang lain dengan itu kita sudah tidak berpeluang mengembangkan perniagaan, itu tandanya kita dikurung oleh corak pemikiran yang sempit dan tidak tidak kreatif. Alam ini penuh dengan peluang dan kekayaan Tuhan. Jika kita berfikir dengan jelas dan kreatif maka kita akan menemukan apakah jenis perniagaan yang sesuai dan menguntungkan yang mampu kita usahakan. Perhatikan kehidupan kita seharian. Renungkan aktiviti yang dilakukan manusia setiap hari. Kembangkan imaginasi, keluarkan kreativiti dan daya cipta. Kenalpasti akan kerumitan dan keperluan yang dihajati manusia, cuba fikirkan bagaimana cara untuk memenuhi hajat keperluan orang ramai, maka dengan itu kita akan dapat idea perniagaan yang dicari-cari selama ini.

You might also like