You are on page 1of 6

Dasar pendidikan merupakan dasar yang penting ke arah pemupukan integrasi dan perpaduan kaum.

Sejauh manakah dasar ini berjaya dalam misinya. Bincangkan.

SUMBANGAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA 1.0 PENGENALAN (Perenggan 12 Penyata Razak)men ya ta kan: Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Jelas di sini menunjukkan bahawa dasar Laporan Razak 1956 ini juga mengutamakan perpaduan negara dan unsur serta nilai perpaduan menjadi teras bagi menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Penyata Razak jelas telah menggariskan aspirasi ini di dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan Kebangsaan adalah saluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang kukuh bersatu padu. Akta pelajaran 1961 telah memandatkan perwujudan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid atau pelajar. Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkara tersebut dengan tujuan untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan dan justeru itu dapat menyumbang kepada perpaduan rakyat di negara ini. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan BahasaInggeris telah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bagi semua sekolah dan turut mengekalkan penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan (SJK), dan juga penggalakkan bahasa ketiga seperti Bahasa Arab, Jepun dan Perancis. Sebenarnya tragedi 13 Mei 1969 juga merupakan salah satu penyumbang ke arah pembentukan pendidikan kebangsaan yang diharapkan dapat mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

DEFINISI Sumbangan pendidikan kebangsaan ke arah perpaduan negara dapat kita definisikan melalui beberapa buah buku rujukan. Kamus Besar Bahasa Melayu, Edisi Ekonomi, 2002 : 1813 mendefinisikan sumbangan sebagai derma, donasi, pemberian, bantuan, sokongan, sumbangsih dan pertolongan yang diberikan. Manakala,Kamu s Dewan, Edisi Ketiga,1997 :1318 menyatakan sumbangan sebagai sesuatu yang diberikan sebagai bantuan atau pertolongan yang diberikan. Oxford Advanced Learners Dictionary: 6th Edition :250 mendefinisikan contribution sebagai an action or a service thats helps to cause or increase. Menurut Abd. Rahman bin Daub: 1999:15 menyatakan bahawa pendidikan atau education dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh anak. Dalam buku yang sama turut memuatkan beberapa pendapat tokoh tentang pendidikan. Pendidikan bukanlah merupakan satu ojek atau benda fizikal tetapi sebagai satu idea (Abdul Rahman dan Zakaria:1987).

0 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA Sebelum Malaysia dibentuk, ia terlebih dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan pendidikan agama di masjid, surau dan pondok dengan bimbingan tok guru seperti Sharif Muhammad, Syeikh Daud bin Abdullah, Syeikh Abdul Kadir, Tuk Kecil, Hj Muhammad, Salleh Penaga dan Hj Muhamad Tamiri. Selain itu, mereka juga mendapat pendidikan tidak formal daripada ibubapa dan keluarga seperti bertani, menangkap ikan , menjahit, melakukan kerja-kerja rumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka dapat meneruskannya apabila dewasa. Kedatangan British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman:2003:56

Walaupun sekolah vernakular melayu ditubuhkan, tetapi pihak British kurang mengambil berat kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika rakyat tempatan mendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini diwujudkan hanya untuk memenuhi keperluan politik penjajah di samping mengambil hati pembesar melayu. Pendidikan bagi masyarakat melayu hanya sekadar untuk menjadi tenaga buruh atau petani. Antara matapelajaran yang di ajar ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Pemilihan bahan kurikulum adalah tidak penting terutamanya buku. Kebanyakannya buku dongeng yang melalaikan dan melekakan orang melayu. Orang melayu hanya bersekolah setakat Darjah 4 sahaja pada ketika itu. Pada mulanya, penerimaan orang melayu terhadap sekolah vernakular adalah dingin. Tetapi, pihak British telah mengambil langkah memberi arahan memaksa anak-anak melayu ke sekolah berdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat bumiputera bagi kepentingan kemajuan sekolah melayu, mengenakan denda kepada ibubapa yang tidak menghantar anak ke sekolah, mendapatkan bantuan ketua-ketuaorang cina di Tanah Melayu mulai tahun 1901. Kerajaan China mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar. Pada tahun 1919, telah berlaku reformasi kebudayaan yang dikenali dengan pergerakkan 4 Mei. Reformasi tersebut telah memberi pengaruh terhadap pentadbiran sekolah-sekolah vernakular Cina. Pelajarnya telah di ajar matapelajaran etika, lukisan, geografi, sejarah, sains, matematik, nyanyian masyarakat dan memberi hadiah kepada murid yang rajin ke sekolah. (Sharil @ Charil Marzuki, Habib Mat Som:1999:1) Sekolah vernakular cina pula dibuka oleh mubaligh, individu cina, persatuan cina ataupun persatuan suku kaum. Biasanya, sekolah vernakular cina mengimport guru-guru mereka dari negara China. Kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular cina ialah hafalan klasik lama, bahasa, ilmu hisab, lukisan, nyanyian, latihan jasmani, sejarah, ilmu alam dan moral. Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan dan pendidikan jasmani. Manakala, tahap persekolahan dibahagikan kepada 3 iaitu sekolah rendah (6 tahun) junior middle (3 tahun) senior middle (3 tahun) dan sekolah ini juga menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar. Pihak British bimbang dan membendungnya dengan meluluskan Enakmen Pendaftaran sekolah pada 1920. Tujuannya adalah untuk memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat. Pada 1924, British mula memberi bantuan kewangan. Sekolah vernakular Tamil mula dibina di estet-estet dan setiap estet yang mempunyai sekurangkurangnya 10 orang kanak-kanak yang berusia di antara 7 hingga 10 tahun diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru ( Kod Buruh 1925). Sekolah- sekolah ini juga dibina oleh mubaligh dan orang perseorangan. Seperti sekolah vernakular Cina, sekolah venakular Tamil juga mendapat

kurikulum dan guru dari India. Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa tamil, gurjesat, hindi dan malayalam. Pihak British telah mengarahkan seorang nazir sekolah tamil yang berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930 untuk mengendalikan pengurusan sekolah-sekolah

.0 MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA Seperti kebanyakan dasar yang lain, Pendidikan Malaysia juga mempunyai matlamat yang tersendiri. Antara 3 matlamat utama Pendidikan Malaysia ialah melahirkan individu dan masyarakat yang berilmu, beramal, dan berakhlak murni berasaskan kepercayaan kepada tuhan. Yang kedua ialah memupuk ciri-ciri patriotisme dan mengeratkan perpaduan ke arah membina bangsa Malaysia yang kukuh d5.0 ISI 5.1 BAHASA KEBANGSAAN Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Negara. Rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu telah diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa bahasa. Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kitaalam segala bidang. Yang ketiga ialah untuk melahirkan sumber manusia yang bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan negara ke arah mencapai taraf negara maju. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia. Kenyataan ini dapat dilihat melalui pernyataan ini: Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language, the national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution (Education Act 1996, Sec.17). Dalam akta 1996 telah menjelaskan bahawa kedudukan Bahasa KebangsaNamun, sehingga kini masih wujud masalah yang berkaitan dengan penggunaan bahasa meskipun sudah hampir 49 tahun negara kita merdeka. Jelas, negara kita masih goyah semangat Malaysianya. Setiap etnik utama melayu, cina dan india di negara kita masih mahu mempertahankan penggunaan bahasa ibunda sendiri dengan menubuhkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Misalnya, sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT). Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa ibunda seperti mandarin dan tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Walaupun, sekolahsekolah ini diberi pengecualian oleh akta namun ini sebenarnya menambahkan jurang antara kaum kerana pelajar akan kurang interaksi dengan kaum yang lain. Pengecualian ini dibuktikan melalui kenyataan ini: The national language shall be the main medium an sebagai bahasa pengantar utama hanya untuk sekolah kebangsaan of instruction in all educational institution in the national education system except an national type school established under section 28 or any other educational initution exempted by minister from this section (Education Act 1996, Sec.17). Akan tetapi ,

sekolah jenis kebangsaan ini tetap diwajib untuk mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai subjek utama kerana ia merupakan bahasa perhubungan dan perpaduan bagi negara kita. Sebenarnya, melalui bahasa kita dapat meningkatkan perpaduan kerana komunikasi yang berjalan dengan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak satu pihak yang lain. Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu menghilangkan perasaan prasangka kerana setiap golongan masyarakat menggunakan bahasa yang difahami malah ia akan banyak membantu menangani masalah salah faham konteks maksud ayat yang ingin disampaikan.

.2 KURIKULUM KEBANGSAAN The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National Education system (Education Act 1996, Sec. 18). Melalui penyataan ini, jelas bahawa kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara. Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukkan perpaduan negara. Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah rendah, kurikulumnya digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin mampu mewujudkan jenis rakyat yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak awal lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan negara. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat pendedahan yang sama kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa dapat ditingkatkan untuk menjaga negara kita daripada dijajah semula baik dari segi pemikiran atau penaklukan negara. Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: Dengan tujuan untuk mewujudkan

keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya pendidikan yang diberi kepada semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah swasta hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama (Perakuan 33).

5.3 PEPERIKSAAN AWAM Every school shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this act (Educated Act 1996, Sec.19). Kenyataan ini menunjukkan bahawa Pendidikan Kebangsaan juga menetapkan bahawa peperiksaan awam yang diduduki oleh pelajar- pelajar haruslah sama atau seragam. Jelas, semua institusi pendidikan harus menyediakan peperiksaan yang sama agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk memasuki tahap yang lebih tinggi. Namun, mungkin di luar sedar kita, masih terdapat beberapa buah sekolah swasta yang tidak menyediakan murid-murid atau pelajar-pelajar mereka bagi mengikuti peperiksaan awam yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini lebih menggalakkan murid-murid atau pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan di luar kerajaan. Kewujudan peperiksaan ini sebenarnya akan membawa padah kerana kelayakan peperiksaan itu dikhuatiri akan diragui oleh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) negara kita. Situasi ini tidak bermaksud sekolah-sekolah swasta tidak boleh menyediakan pelajar-pelajar mereka untuk mengambil peperiksaan jenis lain, tetapi mereka perlulah mendaftar dan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan sebelum peperiksaan itu diduduki oleh caloncalon yang berkenaan. Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan setiap murid atau pelajar wajib mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil TinggiPeperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan peperiksaan ini digunakan untuk tujuan pensijilan dan penentuan kerjaya di samping melanjutkan pelajaran. Selain itu, keputusan peperiksaan juga dijadikan asas mendapatkan biasiswa dan dermasiswa. PMR adalah untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat(4), SPM untuk melanjutkan pelajaran tinggi, maktab perguruan, kursus matrikulasi, kursus bertaraf diploma dan tingkatan 6, STPM pula untuk pemilihan kemasukan ke universiti tempatan atau luar. 6.0 KESIMPULAN Oleh kerana, Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami dengan jelas. Satu prinsip Rukun Negara telah menyatakan bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, seperti semangat perkauman yang menebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Salah satu cara yang digunakan agar rakyat Malaysia sentiasa bersama adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara. Malah, cara ini di anggap paling berkesan kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan bahasa melayu dan sistem peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam dalam diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran.

You might also like