P. 1
Kajian BM

Kajian BM

|Views: 13|Likes:
Published by hung68

More info:

Published by: hung68 on Oct 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2012

pdf

text

original

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI GABUNGAN SUKU KATA KV + KVK DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN SK INANAM

LAUT DENGAN KAEDAH STESEN

HUNG TET CHUNG @ MOHD YUSSUF HUNG

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI 2011

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………. Nama Calon : HUNG TET CHUNG Nombor Matrik : 680830 12 5219002 Tarikh : 17 JULAI 2011

ii

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas khas kepada Puan Yuznaili Bt Saleh selaku penyelia kajian di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan dorongon sehingga kajian ini dapat disiapkan. Penghargaan juga kepada guru pemulihan Sekolah Kebangsaan Inanam Laut yang banyak memberikan kerjasama serta tunjuk ajar dan idea-idea dalam membantu menyiapkan kajian ini. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu untuk menyempurnakan kajian ini. Saya juga mendoakan rakanrakan agar dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak sekolah yang sentiasa memberikan sokongan sehinggakan dapat menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga

kepada murid-murid Tahun Tiga yang menjadi responden dalam kajian ini dan setrusnya penghargaan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Inanam Laut yang banyak membantukan dalam menjalankan kajian ini. Akhir sekali, penghargaan juga kepada sesiapa sahaja yang sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu dalam kajian ini.

iii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Kota Kinabalu Sabah dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf di kalangan murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid pemulihan Tahun Tiga. Sampel ini dipilih berdasarkan kepada cadangan guru pemulihan yang telah menjalankan ujian diagnostik ke atas murid tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian satu subjek dengan menggunakan ujian pra dan pos serta rawatan. Rawatan berbentuk kaedah pengajaran iaitu “Kaedah Stesen” bagi membantu

mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV+KVK. Kajian ini akan menunjukkan sejauh manakah kaedah stesen ini dapat mempertingkatkan kemahiran membaca perkataan yang mempunyai gabungan suku kata KV+KVK.

iv

ABSTRACT

This research was taken place at Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Kota Kinabalu Sabah. The purpose was to increase the reading skills of the students to fulfill the wishes of the school members on decreasing the rate of stundents who are unable to read, to zero. Because of that, one research was carried out on the primary three students who ae in the treatment prosess. Sample were choosen, based on the teacher’s suggution who was responsible in conducsing a diagnostic test on the stundents. This research, used research design on one subject by using Pra test and Pos test and also nursing. Nursing is a teaching method, which is “ station method “ to help overcome the problem in mastering the skill to read word that consist of the combination of syllable CV+CVC. This research will show how far this station method increases the skill at reading word that contain the combination of syllable CV+CVC.

v

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi ix x xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian

1 2 3 3 3 4

vi

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 2.2 2.3 2.4

Pengenalan Tinjauan Literatur yang Berkaitan Kemahiran Membaca Isu – Isu Dalam Pendidikan Kepentingan Kemahiran Membaca

5 5 9 12

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi Dan Persampelan Instrumen Kajian 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4 3.4.5 Perbincangan dengan guru pemulihan Pemerhatian Ujian Pra Rawatan Ujian Pos

14 14 15 16 16 16 16 16 17 17 18 19

3.5 3.6 3.7

Prosedur Pengumpulan Data Analisis Data Rumusan

vii

BAB 4

HURAIAN DAN ANALISIS DATA

4.1 4.2 4.3 4.4

Pengenalan Latar Belakang Responden Ujian Pra Rawatan 4.4.1 Aktiviti Rawatan

20 20 22 24 24 28

4.5

Ujian Pos

BAB 5

RUMUSAN DAN IMPLIKASI

5.1 5.2 5.3 5.3

Pengenalan Implikasi Data Kajian Kesimpulan Cadangan Kajian Seterusnya

32 33 33 34

RUJUKAN LAMPIRAN

35 37

viii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B Ujian Pra Ujian Pos

TAJUK

MUKA SURAT 77 87

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 2.1

TAJUK Gabungan Antara Beberapa Kaedah Membentuk KAGUMM

MUKA SURAT

11 17 24 26 27 27 31

3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Prosedur – prosedur Pengumpulan Data Carta Keputusan Ujian Pra Kad Suku Kata Kad Perkataan Kad Ayat Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

TAJUK Keputusan Diagnostik Hasil Pemerhatian Kekerapan Bacaan Yang Betul Ujian Pra Keputusan Ujian Pra

MUKA SURAT 21 22 22 23

Taburan Kekerapan dan Peratusan Pemerolehan Markah 23 29 29 30

4.6 4.7 4.8

Kekerapan Bacaan Yang Betul Ujian Pos Keputusan Ujian Pos Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

xi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara kita dan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran penting yang diajar di sekolah. Bahasa Melayu juga merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus bagi setiap murid untuk memperoleh sijil.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran lisan. Kemahirankemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Selain itu terdapat pelbagai aspek yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seperti nahu, sendi kata, sendi nama, menulis karangan dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru. Antara masalah yang dikenal pasti ialah masalah murid tidak dapat mengenal abjad, menulis dan membaca. Senario ini menyebabkan para guru berusaha menyediakan pelbagai strategi bagi menangani masalah ini demi memartabatkan Bahasa Melayu.

Kini, pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan.

Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga

membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

1.2

Pernyataan Masalah Kajian

Membaca adalah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahami kandungannya. Mengajar membaca bererti membimbing murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu (Kamarudin Husin, 1990).

Salah satu tujuan membaca adalah untuk mencari maklumat. Namun begitu membaca sebenarnya merupakan suatu disiplin kehidupan. Ini kerana dengan membaca seseorang individu itu bukan sahaja memperoleh maklumat, malah secara tidak disedari akan memberikan kesan kepada kehidupan. Contohnya seseorang yang menjadikan membaca sebagai amalan mempunyai keupayaan untuk memanifestasikan

percakapannya, pemikirannya, pembawaannya dan falsafah dalam kehidupannya. Inilah refleksi dalam diri seseorang yang gemar membaca (Shaharom TM Sulaiman, 2009).

Memandangkan peri pentingnya kemahiran membaca dan memahami dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu SK Inanam Laut Kota Kinabalu, telah membuat satu tinjauan awal. Ketika proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan, didapati ramai murid pemulihan Tahun Tiga tidak tahu membaca, malah ada sesetengahnya tidak pandai mengeja suku kata. Situasi ini

menyebabkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidak dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dan ini menimbulkan rasa bosan bagi murid yang sudah pandai dan tahu membaca ayat mudah.

1.3

Persoalan Kajian

1. Adakah murid-murid boleh membaca perkataan KVKVK hasil gabungan suku kata KV+KVK dengan lancar? 2. Adakah murid-murid dapat membaca ayat-ayat mudah yang mengandungi perkataan gabungan suku kata KV+KVK dengan lancar? 3. Sejauh manakah Kaedah Stesen dapat membantu mengatasi masalah membaca murid-murid?

1.4

Objektif Kajian

1.

Mengenalpasti murid-murid boleh membaca perkataan KVKVK hasil gabungan suku kata KV+KVK.

2.

Mengenalpasti murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya enam ke lapan patah perkataan gabungan suku kata KV+KVK dengan lancar.

3.

Merangka dan melaksanakan tindakan mengatasi kelemahan membaca murid melalui Kaedah Stesen.

1.5

Kepentingan Kajian

Pada 14 Oktober 2002, Utusan Malaysia melaporkan bahawa terdapat 100,000 murid Tahun Dua hingga Tahun Enam tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) pula melaporkan seramai 2400 murid Tingkatan Satu tidak boleh membaca.

Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, pada 22 November 2005 dan satu ketetapan telah dibuat supaya masalah kegagalan membaca dan menulis dalam kalangan murid tahun satu ditangani segera. Kemahiran atau konsep 3M membaca, menulis dan mengira dengan digiat dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia yang melibatkan penglibatan awal murid prasekolah.

Bertitik tolak dari situ, satu kesedaran mula timbul untuk menjalankan satu kajian dalam mencari kaedah terbaik untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran membaca dan menulis. Diharap dengan kajian ini dapat;

1. Membantu murid menguasai bacaan dan ejaan Bahasa Melayu mudah. 2. Membantu guru mengajar murid pemulihan Bahasa Melayu.

dengan

3. Dapat membantu guru-guru, ibu bapa yang menghadapi murid yang perlukan pemulihan. 4. Menambahbaikan kaedah pemulihan Bahasa Melayu yang sedia ada.

1.6

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid pemulihan

tahun tiga Sekolah

Kebangsaaan Inanam Laut, Kota Kinabalu. Seramai lapan orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Oleh kerana kajian ini spesifik kepada sebuah sekolah berstatus bandar sahaja maka hasil dapatan kajian tidak boleh digeneralisasi kepada seluruh negeri Sabah. Bagaimana pun dapatan kajian ini mungkin dapat memberikan gambaran umum tentang keperkesanan kaedah Stesen dalam mempertingkatkan kemahiran membaca gabunga perkataan suku kata KV KVK.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->