You are on page 1of 5

PENUBUHAN BARISAN NASIONAL Menurut Sejarah, Barisan Nasioanal mempunyai perbezaan yang jelas dengan Perikatan.

Parti Perikatan lahir Hasil daripada keperluan untuk bekerjasama antara tiga kaum utama (Melayu, Cina dan India) sebagai syarat yang diletakkan oleh pihak British dalam perundingan untuk kemerdekaan Melayu. Manakala Barisan Nasional wujud bagi menyelamatkan Negara yang berada dalam situasi bahaya akibat perpecahan kaum. (Paridah Abd. Samad, 2009). Pada awal pemerintahan Kerajaan Perikatan yang telah memenangi pilihanraya pada tahun 1955 dan telah diberi mandat oleh British untuk berkuasa memerintah setelah Negara merdeka, Tanah Melayu berada di dalam keadaan yang aman. Namun, keadaan itu tidak lama dengan tercetusnya tregadi 13 Mei 1969 yang telah menjadi titik hitam isu perkauman di Negara ini. Berlatar belakang tragedi hitam tersebut kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1973 telah ditubuhkan untuk menggantikan Perikatan bertujuan untuk menyatukan kembali rakyat pada masa itu. Barisan Nasional telah menggantikan Kerajaan Perikatan pada tahun 1974 yang mana idea penubuhan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abd. Razak Hussein. Tujuannya ialah untuk mengurangkan permainan politik dan politik perkauman yang begitu meruncing pada waktu itu. Barisan Nasional sebenarnya telah mendapat mandat daripada rakyat Malaysia untuk menjalankan sistem pemerintahan yang adil dan saksama bagi memenuhi tuntutan kemajuan setiap etnik di Negara ini. Ini kerana pada awal penubuhan, Barisan Nasional telah di sertai oleh beberapa parti yang mewakili kaum-kaum seperti UMNO, MCA, MIC, PAS, PPP, GERAKAN, SUPP, Parti Pesaka Bumiputera dan USNO(Fadilah, 2008). Kerjasama daripada parti-parti komponen Barisan Nasional amat penting bagi melancarkan pentadbiran di Malaysia. Oleh kerana Malaysia pada ketika itu baru mencapai kemerdekaan, banyak isu-isu yang dibangkitkan, selain isu politik dan perlu diselesaikan seperti isu penggangguran mahasiswa, kenaikan harga minyak, jenayah, keruntuhan moral, kemiskinan, projek terbengkalai dan sebagainya. Selain itu, isu luar seperti hubungan Malaysia-Singapura juga antara yang mendapat perhatian rakyat pada ketika itu. Singapura yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew pada waktu itu telah mewakili PAP telah memainkan isu perkauman dengan slogan Malaysian Malaysia yang telah

menyebabkan kemarahan orang Melayu kerana ia tidak menghormati perlembagaan Negara yang telah termaktub. Ini menyebabkan beberapa siri rusuhan kaum di Singapura tercetus dan tiga orang wakil dari Kuala Lumpur telah dihantar untuk meredakan keadaan iaitu Syed Jaafar Albar, Haji Hassan Adli dan Ali Haji Ahmad. Akhirnya, kepimpinan Tun Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965. PILIHANRAYA PERSEKUTUAN 1969 Menurut Paridah Abd Samad dalam buku beliau yang bertajuk Tun Abdul Razak Fenomena Politik Malaysia (2009), Antara tahun 1964 hingga 1969, landskap politik Negara dipenuhi banyak perubahan dan konflik yang terjadi dalam masa serentak. Paling menonjol adalah kemunculan parti pembangkang bukan Melayu yang lebih besar dan teratur. Pada pilihanraya umum 1964 telah menunjukkan kelemahan parti-parti pembangkang. Ini berikutan kekalahan parti pembangkang yang menyebabkan lemahnya suara pembangkang dalam parlimen. Pilihanraya umum 1964 telah memberi kemenangan besar kepada Parti Perikatan dengan majoriti yang bertambah. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, PAP meneruskan perjuangan politiknya di bawah panji baru iaitu DAP, dan terus mendapat sokongan orang Cina dan India. Menerusi GERAKAN, sebuah parti politik berbilang kaum, beberapa parti-parti pembangkang telah bergabung di bawah satu bumbung. Persaingan antara GERAKAN, DAP dan MCA menjadi sengit apabila masing-masing ingin memperjungkan nasib orang Cina bagi memdapatkan undi kaum Cina menyebabkan isu perkauman telah dimanipulasikan secara melampau dan berlebihan. Pelbagai isu seperti kewarganegaraan bukan Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu telah disentuh dan dengan sengaja melupakan sejarah dan perjanjian yang telah dibuat sebelum mencapai kemerdekaan. Manakala orang Melayu pula mempersoalkan kedudukan ekonomi yang telah dikuasai oleh orang bukan Melayu di Negara yang majoritinya orang Melayu. Selain itu, slogan Malaysian Malaysia yang digunakan oleh DAP dan isu perkaumana juga dibangkitkan oleh parti PPP. Tempoh berkempen yang terlalu lama iaitu lima minggu menyebabkan banyaknya isu-isu perkauman yang ditimbulkan yang menjadikan semua rakyat menjadi marah dan bangkit untuk menentang antara satu sama lain. Prestasi

lemah. Kesimpulannya piliharaya pada tahun 1969 ini menggambarkan secara jelas bahawa perjuangan parti lebih kepada perjuangan kaum. Dalam pilihanraya tersebut, parti Perikatan berjaya mengekalkan kuasa dengan majoriti undi yang kecil. Jumlah kawasan parlimen dan negeri dalam pilihanraya Umum 1969 adalah seperti berikut: Parti Parti Perikatan Parti Islam Se-Malaysia Parti Tindakan Demokratik Parti Gerakan Rakyat Malaysia Parti Progresif Rakyat Parti Rakyat Bebas Jumlah 113 .... Parlimen 76 12 13 8 4 Negeri 167 40 31 26 12 3 3 .. 282 ..

Kemerosotan Parti Perikatan telah menimbulkan rasa kurang selamat dikalangan orang Melayu di tanah air mereka kerana ketegangan kaum ini. Kelemahan ini menyebabkan politik menjadi semakin sukar. Beberapa pemimpin parti Perikatan telah mengkritik MCA dan menyebabkan parti itu menarik diri daripada parti Perikatan. Api perkauman yang makin membara selepas pilihanraya menyebabkan tragedi berdarah pada petang 13 Mei 1969. Selain faktor politik faktor lain juga menyebabkan tercetusnya rusuhan ini seperti faktor ekonomi dan juga sosial. Pada waktu itu, setiap kaum hanya duduk di dalam kelompok mereka sendiri menyebabkan mereka mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap kaum lain. Ini ditambah lagi dengan hasutan dari pihak komunis yang inginkan kehancuran pemerintahan supaya mereka dapat berkuasa.

Gambar 1: Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalan raya turut berlaku.

Gambar 2: Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

KESIMPULAN Perkembangan politik di Malaysia mempunyai asal-usul dan sejarah tersendiri yang mana ia pernah menyebabkan peristiwa berdarah yang mana ia bermula daripada ketidaksefahaman antara kaum. Fenomena ini telah wujud sejak kedatangan British bagi menjajah Tanah Melayu yang mana kemasukan buruh Cina dan India menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk yang mana Malaysia kini didiami oleh pelbagai kaum. Selepas tregedi berdarah tersebut, banyak usaha yang dilakukan bagi menyatupadukan kaum seperti penubuhan Barisan Nasional. Sebaik sahaja darurat diisytiharkan ekoran peristiwa 13 Mei 1969, parlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) telah ditubuhkan. Penubuhan MAGERAN telah diketuai oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, yang mana tujuan penubuhan MAGERAN adalah untuk mencari punca rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei tersebut. Ini supaya jalan penyelesaian dapat dicari dan dilaksanakan supaya peristiwa tersebut tidak berulang. Pada masa kini, politik Malaysia dilihat lebih demokratik dengan wujudnya partiparti baru seperti keADILan yang mana pada hari ini telah bergabung dengan parti pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Apabila ditinjau, kebanyakan parti politik yang wujud tidak kira dipihak kerajaan atau pembangkang lebih bersifat kepada perpaduan walaupun kadangkala ada menyentuh perkauman tetapi mereka masih berhati-hati kerana tidak mahu peristiwa lampau kembali menjadi titik hitam sekali lagi. Ini menjadikan semua rakyat di Malaysia ini merasa selamat dan aman walaupun wujud masyarakat majmuk di Negara ini. Bibliografi Paridah Abd. Samad, (2009). Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia, (terjemahan oleh Asri Salleh dan Che Hamdan Che Mohd Razali, Kuala Lumpur, Partisan Publication & Distribution Yusuf Ismail dan Khayati Ibrahim, (1996). Politik Melayu dan Demokrasi, Kuala Lumpur, A.S. Noordeen http://kgdodoi.blogspot.com/2011/03/sejarah-penubuhan-barisan-nasional.html (29/6/2011) http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Nasional (29/6/2011) http://1malaysia1suara.blogspot.com/2011/02/sejarah-penubuhan-barisan-nasional.html (29/6/2011)

You might also like