You are on page 1of 4

SULIT* 2 Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan. 1. (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada ekonomi negara. ` (b) Senaraikan enam elemen persekitaran tugas organisasi. (c) Jelaskan empat faktor dorongan yang dimaksudkan oleh Herzberg. (d) Nyatakan alat kawalan yang sering digunakan dalam organisasi. (e) Jelaskan tiga ciri perlakuan manusia mengikut Teori Y yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. (f) Nyatakan empat langkah dalam proses pemasaran. [2] [3] [3] [2] [2]

[3]

(g) Nyatakan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan polisi kredit. (h) Berikan empat contoh risiko yang boleh diinsuranskan . ( i ) Bezakan keputusan rutin dengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh.

[2] [2] [3]

( j ) Huraikan tiga tanda ketegangan yang boleh dikesan daripada seseorang individu . [3] 2. a) Lukiskan gambarajah model gelagat pengguna. b) Terangkan lima langkah dalam proses pembelian barangan pengguna. c) Nyatakan dan jelaskan jenis-jenis konflik yang timbul diantara saluran agihan d) Huraikan secara ringkas jenis-jenis pengedaran di bawah; i. Pengedaran intensif ii. Pengedaran selektif iii. Pengedaran eksklusif [5] [10] [4]

[6]

PERCUBAAN STPM 946/1 Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah SULIT*

SULIT*
3 BAHAGIAN B [50 markah] Jawab dua soalan sahaja. 3. Berdasarkan petikan dibawah jawab soalan berikut: Encik Abu mengusahakan perusahaan membuat kerepek ubi yang diproses di bengkel miliknya sendiri dengan bantuan 6 orang pekerja sambilan. Bahan mentah utamanya, ubi kayu diperoleh dari kebunnya sendiri seluas 3 ekar. Beliau pernah menjual ubi kayu secara borong kepada pengilang yang akan memprosesnya menjadi tepung ubi kayu. Bagi memenuhi permintaan yang tinggi, beliau turut membeli dari penanam kecilkecilan disekitar Pinang Tunggal yang turut sama mengusahakan tanaman ubi kayu. Disebabkan bekalan tidak mencukupi, Abu bercadang untuk membuka ladang ubi kayu di kawasan Padang Menora. Dibelenggu masalah modal dan pengurusan yang semakin bertambah, beliau bercadang mengembangkan perniagaan dalam industri ubi kayu ini dengan berkongsi ataupun menubuhkan syarikat. a) Jelaskan bagaimanakah ubi kayu boleh dianggap sebagai barang industri dan barang pengguna dalam perniagaan?

[4]

b) Nyatakan kelebihan dan kelemahan Encik Abu jika beliau menjalankan perkongsian? [10 ] c) Patutkah En Abu membuka sebuah syarikat bagi mendapatkan modal dan pengurusan yang lebih efisyen?. Beri cadangan anda beserta alasan-alasan yang konkrit. [11 ] 4. a) Perancangan tanpa pengawalan adalah tidak berguna, pengawalan tanpa perancangan adalah tidak perlu. Bincangkan penyataan ini. b)Perancangan sebagai suatu proses dan kitaran.Jelaskan

[ 15 ] [ 10 ]

5. a) Dengan melakar gambar rajah, huraikan struktur organisasi jangkauan kawalan sempit dan struktur organisasi jangkauan kawalan luas serta kesesuaian penggunaannya. [ 13 ] b) Encik Mustafa bercadang memulakan perniagaan mengilang roti di Pekan Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau sedang memikirkan bagaimana kerja-kerja proses pengeluaran hendak dilaksanakan. Jelaskan langkah-langkah dalam proses pengorganisasian yang perlu diambil oleh Encik Mustafa untuk mengurus perniagaan tersebut dengan berkesan. [ 12 ]

STPM 946/1 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT*
4

6. Berdasarkan iklan dibawah jawab soalan berikut:

HOTEL SERI MALAYSIA


Hotel butik bertaraf 3 bintang yang produktif dalam mengembangkan industri hotel di negeri Pulau Pinang amnya, menawarkan peluang pekerjaan kepada individu yang berkarisma dan berkelayakkan untuk mengisi jawatan seperti berikut: 1) MANAGEMENT Hotel Manager -Berpengalaman luas dalam bidang perhotelan -Berkebolehan memimpin organisasi, bekerja dalam satu pasukan dan berkomunikasi dalam semua lapisan. 2) DEPARTMENT Housekeeping # Housekeeping Excecutive * Housekeeping Supervisor * Room Attendent Sales # Assistant Sales Manager * Sales Excecutives * Sales Coordinator/ clark Kitchen # Sous Chef * Chef De Partie * Demi Chef

Room Division Security Food & Beverage # Front Office Excecutif # Security Officer # F&B Executive * Front Office Supervisor * Security Assistent * F&B Supervisor * Front Office Assistant * Captain TEMUDUGA TERBUKA Diadakan pada 09 September 2011 untuk jawatan yang bertanda * Untuk jawatan yang bertanda (#) pemohon mesti memiliki minima 2 tahun pengalaman dalam industri hotel. Pemohon boleh menghantar surat permohonan dan butir-butir peribadi berserta gambar berukuran pasport sebelum 15 September 2011 atau emel:-

PENGURUS SUMBER MANUSIA


JALAN AHMAD BADAWI, 13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA. Tel: 04-5754383 Fax: 04-5791888 E-mail: serimalaysia@yahoo.com

a) Jelaskan maksud temuduga terbuka, resume dan ganjaran kewangan

[ 6 ]

b) Huraikan proses yang mesti dilakukan oleh Pengurus Sumber Manusia organisasi di atas sebelum iklan di atas dapat dilakukan. [ 9] c) Jelaskan langkah-langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh Hotel Seri Malaysia bagi mengisi jawatan yang bertanda (#) di atas, sehingga selesai. [ 10 ]

STPM 946/1 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT*
5

7. a) En. Razif bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan jualan di Syarikat Gagah. Beliau bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pemasaran bagi mengetahui cita rasa pengguna dan meramalkan permintaan pasaran bagi produk. Beliau juga merancang strategi yang sesuai untuk mempromosikan produk. Encik Johan pula bekerja sebagai Pengarah Urusan di syarikat yang sama dan terlibat dalam membentuk strategi serta menetapkan arah tuju syarikat. Beliau juga bertanggungjawab menentukan jenis pelaburan yang perlu di buat, produk dan pasaran yang perlu diberi tumpuan. (i) Nyatakan di peringkat pengurusan yang manakah En. Razif dan En. Johan berada. [2] (ii) Jelaskan kemahiran yang mesti dimiliki oleh Encik Razif dan Encik Johan. [10]

b) Analisis alternatif penyelesaian merupakan satu langkah dalam proses membuat keputusan. (i) Terangkan maksud proses membuat keputusan. [3] (ii) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan. [10]

8. a) Encik Ameer, seorang graduan baru sahaja bertugas sebagai Pegawai Pemasaran. Dalam tempoh percubaan, beliau gagal mencapai sasaran jualan. Beliau telah diarahkan oleh Pengurusan Pemasaran untuk meningkatkan jualan seberapa banyak yang boleh. Di samping itu,Pengurus Besar telah mengarahkan beliau untuk memberi kursus asas perakaunan kepada Kerani Kewangan. Beliau menghadapi masalah kerana pasukan jurujualnya tiada pengalaman dalam melaksanakan jualan di samping beliau sendiri tiada pengalaman dalam memberikan kursus. Syarikat tidak menyediakan kenderaan kepada beliau dan pasukan jurujualnya untuk menjalankan tugas. Setiap kali beliau hendak keluar, beliau mesti mendapatkan kebenaran kepada Pengurus Pemasaran. Situasi ini menyebabkan beliau amat tertekan. (i) (ii) Kenal pasti punca ketegangan pegawai pemasaran tersebut. [8]

Berikan cadangan bagaimana pendekatan organisasi dan individu dapat mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh pegawai pemasaran itu. [7] b) Huraikan bagaimana organisasi yang cemerlang boleh membentuk pekerja yang berjaya. [10]

STPM 946/1 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

[ Lihat sebelah SULIT

You might also like