You are on page 1of 99

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Huraian Sukatan Pelajaran

SAINS
Tingkatan Empat

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002

2002 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Pesiaran Duta 50604 Kuala Lumpur Cetakan Pertama 2002 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum dapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia. Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia. Pusat Perkembangan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN 1. 2.

KANDUNGAN Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Sains Kata Pengantar Pendahuluan Matlamat dan Objektif Kemahiran Saintifik Kemahiran Berfikir Sikap Saintifik dan Nilai Murni Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Organisasi Kandungan Bidang Pembelajaran Penyiasatan Saintifik Jirim dan Bahan Koordinasi Badan Keturunan dan Variasi Tenaga Nuklear Tenaga dan Perubahan Kimia Cahaya, Warna dan Penglihatan Bahan Kimia dalam Industri Penyumbang v vii ix xi 1 5 7 10 19 21 28 41 44 51 59 65 68 75 83 87

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARA Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

KANDUNGAN
Kata Pengantar Pendahuluan Matlamat dan Objektif Kemahiran Saintifik Kemahiran Berfikir Sikap Saintifik dan Nilai Murni Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Organisasi Kandungan Bidang Pembelajaran Penyiasatan Saintifik Jirim dan Bahan Koordinasi Badan Keturunan dan Variasi Tenaga Nuklear Tenaga dan Perubahan Kimia Cahaya, Warna dan Penglihatan Bahan Kimia dalam Industri Penyumbang ix 1 5 7 10 19 21 28 41 44 51 59 65 68 75 83 87

vii

Kata Pengantar

ix

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDAHULUAN
Hasrat Pendidikan di Malaysia

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada

tamadun sains dan teknologi masa depan. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami
Sains sebagai bidang ilmu pengetahuan

Masyarakat berilmu, saintifik dan progresif

alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna kepada murid apabila mereka dibimbing untuk menghubungkaitkan fakta dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada serta mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan harian.
Sains sebagai proses inkuiri

Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains menggalakkan sikap saintifik dan nilai murni termasuk semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, tabah dan prihatin terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar.

Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains, iaitu mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah. Mata-mata pelajaran elektif ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan Sains untuk sekolah menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat

Kurikulum sains dari sekolah rendah ke sekolah menengah

Tujuan matamata pelajaran sains di sekolah rendah dan sekolah menengah

menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas pula di samping menghasilkan murid yang celik sains, inovatif, juga menyediakan murid untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi yang lebih umum. Manakala mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan untuk menyediakan murid yang cenderung, berminat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburkan diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
Fokus mata pelajaran sains sekolah menengah

Mata pelajaran Sains Sekolah Menengah merupakan program lima tahun bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Program ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains serta aplikasinya dalam kehidupan harian dan kemajuan teknologi berlandaskan nilai murni. Kemahiran saintifik diperlukan dalam usaha mencari, memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains.

Kurikulum diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk setiap mata pelajaran. SP menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan kurikulum secara umum. HSP memperincikan lagi kehendak kurikulum mengikut tingkatan. HSP mengandungi maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan memberi spesifikasi tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan berkesan juga disediakan.

Kandungan dokumen kurikulum

MATLAMAT
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat dinamik, progresif, prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekeliling, serta mengagumi penciptaan alam. 2. Memahami pengetahuan sains yang berkaitan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi, pengurusan alam semula jadi dan sumbernya. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. 4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. 5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi. 6. Menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi secara bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara hidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk keberterusan hidup manusia sejagat.

OBJEKTIF
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.

KEMAHIRAN SAINTIFIK
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Memerhatikan

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Mengelaskan

Kemahiran Proses Sains


Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti yang berikut:

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Memperihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

Mengawal pemboleh ubah

Berkomunikasi

Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsirkan data

Membuat hipotesis

Mendefinisikan secara operasi

Mengeksperimen

Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu.

Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang

berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis


Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritis adalah seperti yang berikut : Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek. Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Membandingkan dan membezakan

10

Mengumpulkan dan mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Mengesan kecondongan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu. Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Menilai

Membuat urutan

Membuat kesimpulan

Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis

11

Kemahiran Berfikir Kreatif


Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti yang berikut: Menjanakan idea Menghubungkait -kan Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Mengitlakkan

Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu. Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Menggabungkan unsur yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam bentuk seperti pernyataan, lukisan dan artifak. Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Membuat gambaran mental

Mensintesiskan

Membuat inferens

Membuat hipotesis

Meramalkan

12

Menganalogikan

Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau mujarad secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang mudah atau maujud yang mempunyai ciri yang serupa. Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancang.

Membuat keputusan

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak dijangkakan.

Mereka cipta

Menyelesaikan masalah

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif tersebut digunakan dalam strategi berfikir.

Strategi Berfikir
Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti yang berikut: Mengkonsepsi -kan Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut, kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

13

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut: 1. 2. 3. 4. KBSB diperkenalkan. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru. 5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir. Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains.

Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains Kemahiran Berfikir

Kritis
Mencirikan Menbandingkan & membezakan Mengumpulkan & mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan Kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

Kreatif
Menjanakan idea Menghubungkaitkan Membuat inferens Meramalkan Membuat hipotesis Mensintesiskan Mengitlakkan Membuat gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta

Menaakul

Strategi Berfikir
Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan

14

Perkaitan antara Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains


Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan. Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah seperti yang berikut: Kemahiran Proses Sains Memerhatikan Kemahiran Berfikir Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan

Kemahiran Proses Sains Mengelaskan

Kemahiran Berfikir Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferens Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

15

Kemahiran Proses Sains Mentafsirkan data

Kemahiran Berfikir Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisis Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Menganalisis

Kemahiran Proses Sains Membuat hipotesis

Kemahiran Berfikir Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjanakan idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan Semua kemahiran berfikir Semua kemahiran berfikir

Mendefinisi secara operasi

Mengeksperimen Berkomunikasi

Mengawal pemboleh ubah

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik
Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan

16

ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya. Contoh (i): Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan perubahan kimia dengan perubahan fizik. Membandingkan membezakan. dan

perubahan kimia dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan perbezaan antara perubahan fizik dengan perubahan kimia. Contoh (ii): Hasil Pembelajaran: Mengkonsepsikan sistem pengelasan mikroorganisma. Mengkonsepsikan.

Strategi Berfikir:

Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah mengelaskan mikroorganisma kepada pelbagai kumpulan. Untuk mencapai hasil pembelajaran ini, murid membuat refleksi tentang langkah yang telah dilalui semasa mengelaskan mikroorganisma. Seterusnya, murid membuat pengitlakan ke arah membina prinsip dalam sistem pengelasan mikroorganisma. Peluang perlu diberi kepada murid untuk membina pemahaman sendiri tentang sistem pengelasan melalui pelbagai aktiviti dan bukan secara menghafal sistem pengelasan mikroorganisma sahaja.

Kemahiran Berfikir:

Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang perbezaan perubahan fizik dan

17

Contoh (iii): Hasil Pembelajaran: Mengawal pemboleh ubah dalam penyiasatan berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma. Mengawal pemboleh ubah

Kemahiran Proses Sains: Penerangan:

Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat hipotesis tentang faktor yang mempengaruhi aktiviti mikroorganisma, contohnya faktor suhu. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang telah dibuat, mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat, seterusnya menentukan pemboleh ubah yang perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas. Contohnya pemboleh ubah yang perlu dimanipulasikan adalah suhu persekitaran manakala pemboleh ubah bergerak balas adalah jumlah koloni mikroorganisma.

18

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI


Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan nilai murni seperti yang berikut: Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat. Menghargai keseimbangan alam semula jadi. Berhemah tinggi dan hormat-menghormati. Menghargai sumbangan sains dan teknologi. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan. Berfikiran kritis dan analitis.

Luwes dan berfikiran terbuka. Baik hati dan penyayang. Bersifat objektif. Sistematik. Bekerjasama. Adil dan saksama. Berani mencuba. Berfikir secara rasional. Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut iaitu menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni, memberi perhatian serta respons, menghayati, mengamalkan, dan seterusnya menjadikan sikap saintifik dan nilai murni sebagai budaya kehidupan. Peringkat ini perlu diambil kira semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik dan nilai murni berlaku secara berkesan. Dalam kurikulum ini, hasil pembelajaran untuk domain afektif dieksplisitkan di akhir setiap bidang pembelajaran. Walau bagaimanapun, dalam pengajaran dan pembelajaran, penerapan sikap saintifik dan nilai murni harus berlaku secara

19

berterusan. Contohnya semasa pelajaran yang melibatkan kerja amali, guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang kepentingan menjalankan eksperimen secara teliti, cermat, bekerjasama, jujur dan tabah. Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains. Adalah digalakkan guru meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan pelajaran untuk sesuatu bidang pembelajaran. Berikut diberi contoh objektif pembelajaran yang berkaitan dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Contoh (i): Hasil Pembelajaran:

Sikap saintifik dan nilai murni: Contoh (ii): Hasil Pembelajaran:

Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Mengamalkan sikap bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta alam sekitar. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

Sikap saintifik dan nilai murni:

Penerapan Unsur Patriotisme


Mensyukuri nikmat makanan yang dikurniakan Tuhan untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup. Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme dan nilai kewarganegaraan di kalangan murid bagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Melalui tajuk yang berkaitan dengan sumber bumi, kekayaan dan kepelbagaian hidupan serta perkembangan sains dan teknologi di negara kita, semangat mencintai negara dapat dikukuhkan.

20

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi

dan masyarakat, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains


Pendekatan Inkuiri Penemuan Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai

21

didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing. Konstruktivisme Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka. Antara unsur penting dalam konstruktivisme adalah seperti berikut: Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.

harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.

Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka.

Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan

22

Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dalam sains. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini adalah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestetik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan Penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.

Berikut diberikan penerangan ringkas tentang kaedah ini.

23

Eksperimen Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti yang berikut: Mengenal pasti masalah. Membuat hipotesis. Merancang eksperimen: - Mengawal pemboleh ubah. - Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan. - Menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data. Melakukan eksperimen. Mengumpulkan data. Menganalisis data. Mentafsirkan data. Membuat kesimpulan. Membuat pelaporan.

Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang di bimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil. Perbincangan Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen, projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data, simulasi, penggunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.

24

Simulasi Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari. Projek Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

Lawatan Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

Kajian Masa Depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

25

Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti yang berikut: Kenal pasti dan faham masalah. Jelaskan masalah. Cari alternatif penyelesaian masalah. Lakukan operasi penyelesaian. Nilaikan penyelesaian.

lapangan, menggunakan spesimen yang sebenar dan mendapat maklumat daripada pakar dalam bidang yang berkaitan.

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains


Kemahiran memilih, mengumpul, mentafsir dan menilai data merupakan kemahiran yang dihasratkan dalam kurikulum sains ini. Data yang telah ditafsir dan diproses akan menjadi maklumat. Data tidak semestinya wujud dalam bentuk maklumat berangka. Proses pengumpulan data dan data yang diperoleh masing-masing akan membawa murid ke arah pencapaian hasil pembelajaran. Murid boleh mengumpul data daripada bahan cetak, bahan elektronik, pakar rujuk atau sumber lain. Dalam konteks ini, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai sumber data. Contoh teknologi maklumat dan komunikasi ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus, Internet dan kemudahan telesidang. Simulasi dan animasi berkomputer merupakan satu lagi kaedah untuk mengajar konsep sains yang mujarad dan sukar. Simulasi dan animasi berkomputer boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian atau melalui pembelajaran melalui laman

Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Selain daripada menggunakan strategi yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran, sumber luar bilik darjah yang sesuai boleh digunakan untuk menjadikan pelajaran sains lebih menarik dan kontekstual. Penggunaan sumber luar bilik darjah merangkumi aktiviti seperti menjalankan lawatan ke tempat yang berorientasikan sains dan teknologi, menjalankan kajian

26

web. Dalam konteks ini, teknologi maklumat berpotensi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan. Selain daripada ini, teknologi maklumat seperti komputer juga digunakan sebagai peralatan pemprosesan perkataan dan persembahan. Penggunaan teknologi lain seperti penggunaan antara muka berkomputer amat membantu dalam meningkatkan minat murid belajar sains dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Antara muka berkomputer boleh digunakan semasa menjalankan eksperimen untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi maklumat digunakan sebagai satu saluran untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Selain daripada itu, penggunaan teknologi secara umum memudahkan pembelajaran terarah kendiri dan pembelajaran mengikut kadar kendiri yang seterusnya membenarkan integrasi mengufuk dan integrasi menegak berlaku dalam sistem persekolahan kita.

Bahan yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran sains


Bersama dengan dokumen Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran ini, Pusat Perkembangan Kurikulum juga menerbitkan beberapa bahan untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Bahan ini adalah seperti yang berikut: 1. Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. 2. Buku Panduan Pembelajaran Masteri. 3. Buku Panduan Pengurusan Makmal. 4. Buku Panduan Kemahiran Proses Sains. 5. Sistem Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Selain daripada bahan ini, bahan seperti buku teks, perisian dan laman web yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan atau agensi lain yang berwibawa juga boleh dirujuk dalam membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sains.

27

ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap tema mengandungi beberapa Bidang Pembelajaran (BP). Setiap BP mempunyai beberapa Hasil Pembelajaran (HP). HP terdiri daripada HP umum dan HP khusus. HP umum ditulis mengikut peringkat dalam domain kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah mengetahui, memahami, mengaplikasikan, menganalisis, mensintesiskan dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari, menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri dan mengamalkan. Hasil pembelajaran dalam domain psikomotor adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan. Setiap HP umum seterusnya diperincikan kepada HP khusus yang ditulis dalam tiga aras, iaitu Aras 1 (A1), Aras 2 (A2) dan Aras 3 (A3). Hasil pembelajaran khusus dalam A1, A2 dan A3 ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Objektif perlakuan ini mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan objektif pembelajaran umum yang dinyatakan dalam HP. A1, A2 dan A3 merujuk kepada

kedalaman dan skop HP yang berkenaan. A1 adalah aras yang asas dan harus dikuasai oleh murid sebelum melanjut ke A2 dan seterusnya ke A3. Secara am, HP dalam sesuatu BP disusun secara berurutan daripada mudah ke kompleks. HP sebaik-baiknya dipelajari mengikut urutannya dalam setiap BP. Walau bagaimanapun, dalam pengajaran dan pembelajaran, urutan HP dan BP boleh diubahsuai mengikut keperluan atau konteks. Cadangan Aktiviti Pembelajaran memberi cadangan pengalaman pembelajaran yang akan dilalui oleh murid. Ia juga memberi maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu hasil pembelajaran. Cadangan Aktiviti Pembelajaran diberi untuk membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi mencapai HP yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran. Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan, tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru digalakkan mereka bentuk

28

aktiviti tambahan yang inovatif dan berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sains.

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Melabelkan Menyenaraikan Memadankan Menamakan Menyatakan Melukis Menulis Melakar Mengubah Menganggar Menerangkan Memberi contoh Mengukur Menyukat Menentukan Menukar Membandingkan dan membezakan

Penulisan Hasil Pembelajaran


Hasil pembelajaran umum dan hasil pembelajaran khusus dalam domain kognitif dan domain psikomotor ditulis menggunakan perkataan mengikut prinsip yang telah digubal bersesuaian dengan hierarki aras berfikir seperti dalam Jadual 1: Jadual 1: Perkataan atau Frasa yang Digunakan dalam Hasil Pembelajaran Domain Kognitif dan Domain Psikomotor. Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum Mengetahui - mengingat kembali Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Mentakrifkan Memerihalkan Mengenal pasti

Memahami - menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain; mentafsir bahan atau idea, menganggar trend masa depan

29

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Meramalkan Membuat inferens Menghubungkaitkan Mencirikan Mengelaskan Mengira Menghitung Menunjuk cara Mengubah suai Menjanakan idea Mengitlakkan Menjelaskan dengan contoh

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Mengasingkan Membuat andaian Menghuraikan Menyelesaikan masalah Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menggunakan perhubungan ruang dan masa Membuat kesimpulan Mengawal pemboleh ubah Menggabungkan Merancang Meringkaskan Membina Merangkakan

Mengaplikasikan - menggunakan bahan/ idea dalam situasi yang baru dan konkrit

Mensintesiskan Menganalisis - mengasingkan maklumat kepada komponenkomponennya untuk Mencerakinkan Menjelaskan melalui contoh Memilih - menggabungkan komponen-komponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau

30

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum struktur yang baru dan kreatif

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Mereka cipta Mereka bentuk Mengkonsepsikan Menganalogikan Mebuat gambaran mental Mendefinisikan secara operasi Berkomunikasi Mengeksperimen Membuat hipotesis

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Membuat keputusan

Hasil pembelajaran umum dan hasil pembelajaran khusus dalam domain afektif ditulis menggunakan perkataan mengikut satu prinsip yang telah digubal bersesuaian dengan peringkat penerapan sikap saintifik dan nilai murni seperti dalam Jadual 2: Jadual 2: Frasa yang Digunakan dalam Hasil Pembelajaran Domain Afektif. Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum Menyedari Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Memerihalkan Menjawab Melaporkan

Menilai - menilai idea/ bahan/ maklumat/ kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu

Menaksir Mengkritik Mentafsir Menyokong Mewajarkan Mengesan kecondongan

31

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Memberitahu Menyoal Menerangkan Mengenali Menyatakan Mengenal pasti Memilih Menunjukkan minat Mempertahankan Membandingkan dan membezakan Mencadangkan Mengitlakkan Menyepadukan Menghubungkaitkan Mewajarkan Menerima Meramalkan

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Umum Menyayangi Mensyukuri Mengamalkan

Perkataan atau Frasa yang digunakan dalam Hasil Pembelajaran Khusus Menolong Mengambil bahagian Menderma Memberi Mempraktikkan Melakukan Membina Mengerjakan Memulihara Mengendalikan Memelihara Menyertai Membantu Menggunakan Menyelesaikan Melaksanakan Menyediakan Mengucapkan Mengambil Menjaga Menghormati

Menghargai Menghayati Mengagumi

32

Tema dan Bidang Pembelajaran


Kandungan pengetahuan mata pelajaran Sains untuk sekolah menengah telah diolah dalam sembilan tema seperti yang berikut: A. Memperkenalkan Sains. B. Manusia dan Kepelbagaian Hidupan. C. Jirim dalam Alam. D. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup. E. Daya dan Gerakan. F. Tenaga dalam Kehidupan. G. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar. H. Perkembangan Teknologi Industri dalam Masyarakat. I. Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas. Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang sains. Tema ini merangkumi ilmu sains yang diperlukan dalam pendidikan sains di peringkat menengah. Di samping itu, pendekatan ini juga menyepadukan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Kesepaduan ini memberi kefahaman yang lebih bermakna dalam pembelajaran Sains.

Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema. A. Memperkenalkan Sains Tema ini memperkenalkan murid kepada pengertian sains dan teknologi di mana sains dilihat sebagai suatu susunan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang dan teknologi sebagai aplikasi pengetahuan sains. Murid juga diperkenalkan kepada kaedah pemerolehan pengetahuan sains secara saintifik melalui penyiasatan saintifik. Murid dilatih menjalankan penyiasatan yang sistematik untuk memahami fenomena alam dan menguji kebenaran dan kesahihannya. Di samping itu, tema ini juga membincangkan tentang kuantiti fizik dan pengukuran di mana murid didedahkan kepada prinsip penggunaan alat pengukur dan penggunaan unit Sistem Antarabangsa (SI) serta perlunya penggunaan unit piawai untuk memudahkan perhubungan antarabangsa. Bidang pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. 2. Pengenalan kepada Sains. Penyiasatan Saintifik.

33

B. Manusia dan Kepelbagaian Hidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai unit asas hidupan, kepelbagaian hidupan dan pengelasannya, mikroorganisma dan faedah serta kesannya terhadap kesihatan. Tema ini juga memberi tumpuan tentang manusia bagi membolehkan murid memahami dirinya untuk menghargai kesihatan dan juga tentang keistimewaan manusia mempunyai akal dan roh serta telah dicipta untuk mengurus alam ini. Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. Sel sebagai Unit Asas Hidupan. 2. Kepelbagaian Hidupan dan Pengelasannya. 3. Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Hidupan. C. Jirim dalam Alam Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kepelbagaian sumber di Bumi dan kepentingannya untuk menyokong hidupan. Tema ini juga merangkumi kajian tentang jirim serta struktur dan sifat pelbagai bahan. Ini adalah untuk membolehkan murid memahami bagaimana pelbagai jenis bahan dihasilkan daripada sumber Bumi untuk membuat pelbagai jenis barangan buatan manusia melalui teknologi.

Pendedahan kepada isu pencemaran dan kesusutan bahan api semula jadi adalah untuk memberi kesedaran bahawa manusia perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam usaha mengurus alam dengan bijaksana demi kesejahteraan hidup. Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jirim. Kepelbagaian Sumber di Bumi. Udara di Sekeliling Kita. Air dan Larutan. Tanah dan Sumbernya. Jirim dan Bahan. Sebatian Karbon.

D. Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses hidup yang dilalui oleh hidupan bagi meneruskan kehidupan dan kepentingan deria kepada manusia dan hidupan lain bagi mengesan alam sekelilingnya. Tema ini juga bertujuan untuk menunjukkan bagaimana badan kita mengkoordinasi melalui sistem saraf dan sistem endokrin di samping memberi kefahaman tentang keturunan dan variasi di kalangan manusia dan hidupan.

34

Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. 2. 3. 4. Dunia Melalui Deria Kita. Cahaya dan Penglihatan. Bunyi dan Pendengaran. Pengesanan Rangsangan dan Gerak Balas Tumbuhan. 5. Nutrisi. 6. Peredaran Darah dan Pengangkutan. 7. Respirasi. 8. Perkumuhan. 9. Pembiakan. 10. Pertumbuhan. 11. Koordinasi Badan. 12. Keturunan dan Variasi. 13. Nutrisi dan Pengeluaran Makanan. E. Daya dan Gerakan Tema ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada kajian tentang prinsip asas daya dan gerakan di darat, air dan udara. Tema ini juga bertujuan memberi kefahaman tentang sokongan pada manusia dan hidupan serta kebolehan anggota badan kita bergerak.

Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. Dinamik. 2. Sokongan dan Pergerakan. 3. Gerakan. F. Tenaga dalam Kehidupan Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang kewujudan pelbagai bentuk tenaga serta penjimatan dan kecekapan tenaga, dan kepentingan tenaga dalam kehidupan. Tema ini juga bertujuan memberi kefahaman tentang penyusutan tenaga dan tenaga alternatif. Di samping itu, tema ini memberi kefahaman tentang cahaya dan warna serta peranannya dalam kehidupan dan sumbangan teknologi optik dalam usaha meningkatkan keupayaan deria manusia. Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sumber dan Bentuk Tenaga. Haba dan Pemindahannya. Keelektrikan. Kemagnetan dan Keelektromagnetan. Penjanaan dan Bekalan Elektrik. Tenaga Nuklear.

35

7. Tenaga dan Perubahan Kimia. 8. Cahaya, Warna dan Penglihatan. G. Keseimbangan dan Pengurusan Alam Sekitar Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang keseimbangan alam dan saling bersandaran antara hidupan dengan alam sekitar, kitar semula jadi yang berlaku dalam alam serta kesan pengurusan alam sekitar yang tidak sistematik. Tema ini juga bertujuan memberi kesedaran bahawa manusia memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara keseimbangan alam dan perlu mengurus alam ini dengan bijaksana. Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. Saling Bersandaran Antara Hidupan dengan Persekitaran. 2. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

perkembangan teknologi industri dalam masyarakat. Tema ini meliputi pemahaman tentang mesin dan kestabilan objek, alat elektronik dan penghasilan pelbagai jenis bahan daripada sumber Bumi untuk membuat barangan melalui teknologi. Tumpuan diberikan kepada sumbangan teknologi dalam pengeluaran dan pemprosesan makanan serta sumbangan bidang elektronik dalam mempertingkatkan lagi keupayaan penghantaran maklumat. Tumpuan diberikan juga kepada masalah pembuangan sisa industri dan kesannya terhadap alam sekitar. Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kekuatan dan Kestabilan. Mesin. Elektronik. Bahan Kimia dalam Industri. Peningkatan Pengeluaran dan Teknologi Makanan. Bahan Buatan dalam Industri. Elektronik dan Teknologi Maklumat.

I. Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas H. Perkembangan Teknologi Industri dalam Masyarakat Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang alam semesta dan perkaitannya dengan Bumi dan Bulan meliputi fenomena seperti gerhana, dan kejadian siang dan malam.

36

Di samping itu, tema ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa suatu ketertiban wujud dalam alam dan perlunya manusia meneruskan usaha untuk meluaskan pengetahuan tentang alam ini. Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut: 1. Astronomi. 2. Sains Angkasa Lepas.

37

Objektif Pembelajaran Sains Tingkatan Empat


Objektif Pembelajaran untuk setiap tema dan Bidang Pembelajaran ditulis dalam bentuk Hasil Pembelajaran seperti yang berikut: MEMPERKENALKAN SAINS Penyiasatan Saintifik

5. Memahami sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat di dalamnya. 6. Memahami logam dan bukan logam. 7. Menganalisis kaedah penulenan bahan dalam kehidupan. 8. Menghargai kepelbagaian sifat dan keadaan bahan memberi manfaat kepada manusia. PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP Koordinasi Badan

1. Menganalisis kaedah penyiasatan saintifik. 2. Mensintesiskan kaedah saintifik. 3. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan kaedah penyiasatan saintifik. JIRIM DALAM ALAM Jirim dan Bahan 1. Menganalisis perubahan keadaan jirim. 2. Memahami struktur atom. 3. Mengaplikasikan idea tentang nombor proton dan nombor nukleon dalam unsur. 4. Memahami pengelasan unsur dalam jadual berkala.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Memahami wujudnya koordinasi badan. Memahami sistem saraf manusia. Menganalisis koordinasi saraf. Memahami otak manusia dan kerencamannya. Memahami koordinasi kimia dalam badan. Menganalisis koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin. 7. Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan. 8. Menilai kesan pengambilan minuman beralkohol terhadap koordinasi badan, kesihatan dan perlakuan. 9. Menghargai kepentingan sistem saraf dan sistem endokrin berfungsi dengan baik. 10. Menghargai keharmonian dalam koordinasi badan.

38

Keturunan dan Variasi 1. Memahami proses pembahagian sel. 2. Memahami prinsip dan mekanisme pewarisan sifat. 3. Memahami penentuan seks anak dan kejadian kembar pada manusia. 4. Memahami mutasi dalam kehidupan. 5. Menilai kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia. 6. Menganalisis variasi di kalangan hidupan. 7. Menyedari penyelidikan genetik perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia sejagat. TENAGA DALAM KEHIDUPAN

Tenaga dan Perubahan Kimia 1. 2. 3. 4. 5. 6. Memahami perubahan kimia dan perubahan fizik. Menganalisis perubahan haba dalam tindak balas kimia. Mensintesiskan siri kereaktifan logam. Mengaplikasikan siri kereaktifan logam. Memahami elektrolisis. Memahami penghasilan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia. 7. Memahami tindak balas kimia yang berlaku dengan adanya cahaya. 8. Menghargai kebijaksanaan manusia memanfaatkan tindak balas kima. Cahaya, Warna dan Penglihatan

Tenaga Nuklear 1. Memahami bahan radioaktif. 2. Mengetahui penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya. 3. Menilai kesan penggunaan bahan radioaktif dan tenaga nuklear terhadap hidupan. 4. Mengagumi keagungan Tuhan mencipta zarah unsur radioaktif yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga yang banyak. 1. Memahami pembentukan imej. 2. Mensintesiskan pembentukan imej oleh mata dan alatan optik. 3. Menganalisis penyebaran cahaya. 4. Menganalisis penyerakan cahaya. 5. Menganalisis penambahan dan penolakan cahaya berwarna. 6. Mengaplikasikan prinsip penolakan cahaya berwarna dalam penglihatan objek berwarna. 7. Menganalisis pencampuran pigmen.

39

8. Menilai kepentingan warna dalam kehidupan harian. 9. Menghargai penciptaan pelbagai alatan optik dalam memberi manfaat kepada manusia.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INDUSTRI DALAM MASYARAKAT Bahan Kimia dalam Industri 1. Memahami sifat aloi dan penggunaannya dalam industri. 2. Memahami penggunaan ammonia dalam industri. 3. Menganalisis kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap alam sekitar. 4. Menyedari keperluan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada dicemari bahan sisa industri demi kesejahteraan kehidupan manusia.

40

MEMPERKENALKAN SAINS
Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Penyiasatan saintifik

1. Menganalisis kaedah penyiasatan saintifik. Aras 1 Menerangkan kepentingan kaedah penyiasatan saintifik. Aras 2 Mengenal pasti langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik. Aras 3 Menghuraikan setiap langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik.

Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Kepentingan kaedah penyiasatan saintifik dalam pemerolehan pengetahuan sains. (b) Langkah yang diikuti semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti masalah ii. Membuat hipotesis. iii. Merancang penyiasatan iv. Mengawal pemboleh ubah. v. Mengumpulkan data. vi. Menganalisis data. vii. Mentafsirkan data. viii. Membuat kesimpulan. ix. Membuat pelaporan. Memerhatikan situasi seperti ketumpatan bahan dalam air atau tenggelam timbul bahan dalam air untuk menjalankan aktiviti berikut: (a) Membuat inferens. (b) Mengenal pasti pemboleh ubah. (c) Membuat hipotesis. (d) Menentukan pemboleh ubah yang dimalarkan,

2. Mensintesiskan kaedah saintifik. Aras 1 Membuat inferens. Mengenal pasti pemboleh ubah. Membuat hipotesis.

41

MEMPERKENALKAN SAINS
Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 2 Mengawal pemboleh ubah. Merancang kaedah penyiasatan. Mengumpulkan data. Mentafsirkan data. Membuat kesimpulan. Aras 3 Menyediakan laporan eksperimen.

pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas. (e) Merancangkan kaedah penyiasatan termasuk peralatan dan bahan yang diperlukan, langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpulkan data dan kaedah menganalisis data. Menjalankan eksperimen berkaitan dengan ketumpatan bahan dalam air atau tenggelam timbul bahan dalam air seperti yang telah dirancangkan untuk menjalankan tugasan seperti berikut: (a) Mengumpulkan data secara sistematik. (b) Mempersembahkan data dalam bentuk grafik seperti dalam jadual atau graf. (c) Mentafsirkan data. (d) Membuat kesimpulan. (e) Menyediakan laporan dan membentangkan hasil eksperimen.

42

MEMPERKENALKAN SAINS
Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan kaedah penyiasatan saintifik. Mengenal pasti sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh ahli sains. Mewajarkan keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan. Mempraktikkan sikap saintifik dan nilai murni semasa menjalankan kaedah penyiasatan saintifik.

Menjalankan aktiviti perbincangkan tentang perkara berikut: (a) Mengenal pasti sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh ahli sains. (b) Mewajarkan keperluan amalan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan.

Menjalankan penyiasatan secara saintifik dengan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

43

JIRIM DALAM ALAM


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Jirim dan Bahan

1. Menganalisis perubahan keadaan jirim. Aras 1 Menerangkan teori kinetik jirim. Aras 2 Menghubungkaitkan perubahan haba dengan perubahan tenaga kinetik zarah jirim. Aras 3 Menghuraikan perubahan keadaan jirim berdasarkan teori kinetik jirim.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Teori kinetik jirim. (b) Pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim. (c) Perubahan keadaan jirim berdasarkan teori kinetik jirim. Nota: Teori kinetik jirim ini hendaklah dijelaskan daripada segi pergerakan zarah. Membincangkan perkara berikut: (a) Perubahan keadaan jirim semasa penyerapan atau pembebasan haba. (b) Tenaga kinetik zarah jirim semasa perubahan haba. (c) Perubahan keadaan jirim yang berlaku semasa proses pembekuan, peleburan, pendidihan dan kondensasi berdasarkan teori kinetik jirim. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Struktur atom berdasarkan model atom Dalton, Thompson, Rutherford dan Chadwick secara ringkas.

2. Memahami struktur atom. Aras 1 Memerihalkan perkembangan idea tentang atom.

44

JIRIM DALAM ALAM


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 2 Mengenal pasti zarah subatom. Aras 3 Membandingkan dan membezakan zarah subatom. 3. Mengaplikasikan idea tentang nombor proton dan nombor nukleon dalam unsur. Aras 1 Menerangkan nombor proton. Menerangkan nombor nukleon. Aras 2 Menghubungkaitkan bilangan proton, neutron dan elektron dengan nombor proton dan nombor nukleon sebarang unsur. Mengitlakan bilangan proton dan elektron atom unsur yang berlainan. Aras 3 Menjelaskan dengan contoh maksud isotop.

(b) Zarah subatom iaitu proton, neutron dan elektron daripada segi kedudukan, cas dan jisim relatifnya. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan proton, neutron dan elektron. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Nombor proton. (b) Nombor nukleon. (c) Isotop. Membincangkan nombor proton dan nombor nukleon unsur. Membina jadual untuk menunjukkan perkaitan antara bilangan proton, elektron dan neutron dengan nombor proton dan nombor nukleon bagi unsur bernombor proton 1 hingga 10. Menjalankan aktiviti perbincangan mengitlakan atom unsur yang berlainan mempunyai bilangan proton dan elektron yang berbeza.

45

JIRIM DALAM ALAM


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Membincangkan isotop dan memberi contoh isotop seperti isotop hidrogen dan isotop karbon. 4. Memahami pengelasan unsur dalam jadual berkala. Aras 1 Menerangkan prinsip penyusunan unsur dalam jadual berkala. Menerangkan maksud kumpulan dan kala. Aras 2 Mengenal pasti kedudukan logam, bukan logam dan separuh logam. Aras 3 Menerangkan kepentingan jadual berkala. Membincangkan jadual berkala daripada aspek berikut: (a) Prinsip penyusunan unsur berdasarkan: (i) Susunan nombor proton yang menaik. (ii) Sifat kimia unsur. (b) Kumpulan sebagai turus menegak yang mengandungi unsur dengan sifat kimia yang sama. (c) Kala sebagai baris mendatar yang mengandungi unsur dengan sifat kimia dan sifat fizikal yang berubah secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam. (d) Kedudukan logam, bukan logam dan separuh logam. Membincangkan kepentingan jadual berkala, termasuk (a) Membantu dalam membuat kajian tentang unsur secara teratur dan sistematik. (b) Mengetahui sifat unsur. (c) Membuat ramalan sifat dan kegunaan sesuatu unsur.

46

JIRIM DALAM ALAM


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

5. Memahami sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat di dalamnya. Aras 1 Membandingkan dan membezakan atom, molekul dan ion. Menyatakan contoh bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion. Aras 2 Membandingkan dan membezakan bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion berdasarkan sifat fizikalnya. Menghubungkaitkan sifat fizikal bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion dengan daya tarikan antara zarah di dalamnya. Aras 3 Menghubungkaitkan sifat fizikal bahan dengan susunan dan tarikan zarah di dalamnya.

Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan atom, molekul dan ion. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion. (b) Sifat fizikal bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion seperti berikut: (i) Keadaan fizikal pada suhu bilik. (ii) Takat lebur. (iii) Takat didih. (iv) Kekonduksian elektrik. (c) Daya tarikan antara zarah dalam bahan yang terdiri daripada berikut: (i) Atom. (ii) Molekul. (iii) Ion. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji takat lebur dan kekonduksian elektrik bahan terdiri daripada atom seperti plumbum, molekul seperti sulfur dan ion seperti plumbum bromida.

47

JIRIM DALAM ALAM


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan sifat fizikal bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion dengan susunan serta daya tarikan antara zarah di dalamnya.

6. Memahami logam dan bukan logam. Aras 1 Mencirikan logam. Mencirikan bukan logam. Aras 2 Membandingkan dan membezakan logam dengan bukan logam berdasarkan sifat fizikalnya. Menyenaraikan kegunaan logam dalam kehidupan harian. Menyenaraikan kegunaan bukan logam dalam kehidupan harian.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Logam termasuk ferum, aluminium, zink, kuprum, plumbum, stanum, aurum serta argentum dan bukan logam termasuk karbon, sulfur dan klorin. (b) Sifat dan kegunaan logam. Memerhatikan dan mencirikan logam dan bukan logam. Menjalankan eksperimen mengkaji sifat fizikal logam dan bukan logam daripada segi berikut: (a) Kekilauan. (b) Kemuluran. (c) Kebolehtempaan. (d) Kekuatan regangan. (e) Kekonduksian elektrik dan haba.

48

JIRIM DALAM ALAM


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Menghubungkaitkan sifat logam dengan kegunaannya dalam kehidupan harian. Menghubungkaitkan sifat bukan logam dengan kegunaannya dalam kehidupan harian.

Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan logam dengan bukan logam berdasarkan sifat fizikalnya. Membincangkan kegunaan beberapa jenis logam dan bukan logam dalam kehidupan harian. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan sifat logam dan sifat bukan logam dengan kegunaannya dalam kehidupan harian.

7. Menganalisis kaedah penulenan bahan dalam kehidupan. Aras 1 Mencirikan bahan tulen. Menerangkan kaedah penulenan bahan. Aras 2 Menghubungkaitkan sifat bahan dengan kaedah penulenan.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Ciri bahan tulen. (b) Pelbagai kaedah penulenan bahan dan penggunaannya dalam kehidupan harian. Menjalankan eksperimen : (a) Mengkaji kesan bendasing terhadap takat didih cecair tulen seperti garam di dalam air suling. (b) Penulenan bahan melalui kaedah berikut:

49

JIRIM DALAM ALAM


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Menjelaskan melalui contoh penggunaan kaedah penulenan dalam penghasilan bahan keperluan harian.

(i) Penyulingan bagi campuran cecair seperti campuran air dan alkohol, atau cecair yang mengandungi bahan terlarut seperti air laut. (ii) Penghabluran daripada larutan tepu seperti larutan tepu garam biasa. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan sifat bahan dengan kaedah penulenan bahan. Membincangkan penggunaan kaedah penulenan dalam penghasilan bahan keperluan harian termasuk garam, gula, pecahan petroleum dan air suling.

8. Menghargai kepelbagaian sifat dan keadaan bahan memberi manfaat kepada manusia. Memerihalkan kehidupan manusia jika tiada kepelbagaian sifat dan keadaan bahan dalam alam. Mewajarkan kepentingan menggunakan akal fikiran dalam usaha memanfaatkan kepelbagaian sifat dan keadaan pelbagai bahan kurniaan Tuhan dalam alam.

Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Kesulitan yang akan dihadapi oleh manusia jika tiada kepelbagaian sifat dan keadaaan bahan dalam alam ini. (b) Peranan manusia dalam usaha memanfaatkan kepelbagaian sifat dan keadaan pelbagai bahan untuk kesejahteraan hidup.

50

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Koordinasi Badan

1. Memahami wujudnya koordinasi badan. Aras 1 Menerangkan maksud koordinasi badan. Aras 2 Mengenal pasti sistem dalam badan yang mengawal dan menyelaras koordinasi badan. Aras 3 Menerangkan kepentingan koordinasi badan. 2. Memahami sistem saraf manusia. Aras 1 Menerangkan bahagian dalam sistem saraf manusia. Aras 2 Menerangkan neuron.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang koordinasi badan manusia yang terdiri daripada berikut: (a) Koordinasi saraf, dikawal dan diselaraskan oleh sistem saraf. (b) Koordinasi kimia, dikawal dan diselaraskan oleh sistem endokrin. Membincangkan kepentingan koordinasi badan dalam kehidupan.

Membincangkan sistem saraf manusia yang terdiri daripada berikut: (a) Sistem saraf pusat. (b) Sistem saraf periferi iaitu sistem saraf soma dan sistem saraf autonomi. Melukis dan melabel gambar rajah neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan.

51

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Mengenal pasti setiap jenis neuron dan fungsinya. Menerangkan fungsi bahagian dalam neuron.

Aras 3 Membandingkan dan membezakan jenis neuron.

Membincangkan perkara berikut: (a) Neuron sebagai unit asas sistem saraf. (b) Jenis neuron iaitu neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan. (c) Bahagian yang membina neuron iaitu badan sel, akson, dendron dan salut mielin serta fungsinya. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Reseptor dan efektor. (b) Tindakan refleks dan arka refleks. (c) Reseptor regang dan kinestesis. Membincangkan tindakan refleks dalam kehidupan harian seperti menarik tangan apabila tangan terkena objek panas. Menjalankan aktiviti mengkaji: (a) Tindakan refleks dan melakarkan gambar rajah

3.

Menganalisis koordinasi saraf. Aras 1 Menerangkan reseptor. Menerangkan efektor. Aras 2 Menjelaskan dengan contoh tindakan refleks. Menerangkan arka refleks. Membuat urutan lintasan yang dilalui oleh impuls dalam tindakan refleks.

52

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Menerangkan reseptor regang. Menerangkan kinestesis. Menerangkan kepentingan kinestesis dalam koordinasi badan.

arka refleks untuk menunjukkan pengaliran impuls. (b) Kinestesis. Membincangkan kepentingan kinestesis dalam koordinasi badan.

4. Memahami otak manusia dan kerencamannya. Mengumpul dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: Aras 1 (a) Bahagian utama otak manusia iaitu serebrum, Mengenal pasti bahagian utama otak serebelum dan medula oblongata serta fungsinya. manusia. (b) Tindakan terkawal dan tindakan luar kawal. Menyatakan fungsi bahagian utama otak (c) Minda dan faktor yang mempengaruhinya. manusia. Menerangkan tindakan terkawal. Mengkaji struktur bahagian utama otak manusia. Menerangkan tindakan luar kawal. Melukis dan melabel bahagian utama otak manusia. Aras 2 Membandingkan dan membezakan Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan tindakan terkawal dengan tindakan luar tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal. kawal. Menerangkan maksud minda. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi minda.

53

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Meramalkan kesan daripada kecederaan bahagian tertentu otak manusia.

Membincangkan faktor yang mempengaruhi minda, termasuk ketidakseimbangan hormon, pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah. Menjalankan aktiviti perbincangan meramalkan kesan kecederaan bahagian tertentu otak manusia.

5. Memahami koordinasi kimia dalam badan. Aras 1 Menerangkan hormon dan kelenjar endokrin. Mengenal pasti kelenjar endokrin utama. Aras 2 Menerangkan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin utama. Aras 3 Meramalkan kesan ketidakseimbangan hormon terhadap kesihatan.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Hormon dan kelenjar endokrin utama iaitu kelenjar-kelenjar pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan testis. (b) Fungsi hormon yang dirembeskan oleh setiap kelenjar endokrin utama. Melukis dan melabel gambar rajah sistem endokrin manusia untuk menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin yang utama. Menjalankan aktiviti perbincangan meramalkan kesan ketidakseimbangan hormon dalam badan terhadap kesihatan.

54

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Nota: Nama hormon tidak perlu dinyatakan. 6. Menganalisis koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin. Aras 1 Membandingkan dan membezakan koordinasi kimia dengan koordinasi saraf. Aras 2 Menerangkan kepentingan koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin dalam penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Aras 3 Menjelaskan melalui contoh penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan oleh sistem saraf dan sistem endokrin. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan koordinasi kimia dengan koordinasi saraf. Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Kepentingan koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin dalam penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. (b) Penyelarasan yang dilakukan oleh sistem saraf dan sistem endokrin dalam menghasilkan gerak balas terhadap satu contoh rangsangan.

55

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

7. Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan. Aras 1 Menerangkan maksud dadah. Aras 2 Menerangkan penyalahgunaan dadah. Menyatakan kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan. Aras 3 Mewajarkan pentingnya mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala penyalahgunaan dadah. Mengenal pasti faktor yang mengakibatkan penyalahgunaan dadah. Menjanakan idea langkah mencegah penyalahgunaan dadah.

Membincangkan perkara berikut: (a) Maksud dadah dan contoh dadah termasuk heroin, morfina, ganja, amfetamin dan barbiturat. (b) Penyalahgunaan dadah. (c) Kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan daripada segi merangsangkan atau melambatkan gerak balas atau menyebabkan halusinasi. (d) Faktor yang mengakibatkan penyalahgunaan dadah. (e) Langkah mencegah penyalahgunaan dadah. Menjalankan aktiviti perbincangan mewajarkan pentingnya mengelakkan diri daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

56

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

8. Menilai kesan pengambilan minuman beralkohol terhadap koordinasi badan, kesihatan dan perlakuan. Aras 1 Menjelaskan dengan contoh minuman beralkohol. Aras 2 Menyatakan kesan pengambilan minuman beralkohol terhadap koordinasi badan, kesihatan dan perlakuan. Aras 3 Mewajarkan pentingnya mengelakkan diri daripada gejala ketagihan mengambil minuman beralkohol.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Minuman beralkohol serta contoh. (b) Kesan pengambilan minuman beralkohol terhadap koordinasi badan, kesihatan dan perlakuan. Menjalankan aktiviti perbincangan mewajarkan pentingnya mengelakkan diri daripada gejala ketagihan pengambilan minuman beralkohol.

57

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

9. Menghargai kepentingan sistem saraf dan sistem endokrin berfungsi dengan baik. Memerihalkan kehidupan manusia jika fungsi sistem saraf terjejas. Memerihalkan kehidupan manusia jika fungsi sistem endokrin terjejas. Meramalkan kehidupan manusia jika fungsi sistem saraf terjejas.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang kesulitan yang akan dihadapi oleh manusia jika fungsi sistem saraf dan sistem endokrin terjejas. Menjalankan aktiviti perbincangan meramalkan kehidupan manusia jika fungsi sistem saraf dan sistem endokrin terjejas.

10. Menghargai keharmonian dalam koordinasi badan. Memerihalkan kehidupan manusia jika tiada keharmonian dalam koordinasi badan. Mewajarkan pentingnya keharmonian dalam koordinasi badan.

Membincangkan kesulitan yang akan dihadapi oleh manusia jika tiada keharmonian dalam koordinasi badan. Menjalankan aktiviti perbincangan mewajarkan pentingnya menjaga keharmonian dalam koordinasi badan.

58

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Keturunan dan Variasi

1. Memahami proses pembahagian sel. Aras 1 Menerangkan maksud gen dan kromosom. Menyatakan jenis pembahagian sel. Aras 2 Menerangkan mitosis. Menerangkan meiosis. Menerangkan kepentingan mitosis dan meiosis. Aras 3 Membandingkan dan membezakan mitosis dengan meiosis.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Gen dan kromosom. (b) Jenis pembahagian sel. (c) Mitosis dan meiosis serta kepentingannya. Mengkaji mitosis dan meiosis dalam sel haiwan dan sel tumbuhan secara ringkas. Nota: Nama peringkat mitosis dan meiosis tidak diperlukan. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan mitosis dengan meiosis.

59

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2. Memahami prinsip dan mekanisme pewarisan sifat. Aras 1 Menerangkan maksud gen dominan dan gen resesif. Mengenal pasti sifat dominan dan sifat resesif pada manusia. Aras 2 Menerangkan penentuan sifat oleh gen. Aras 3 Menerangkan mekanisme pewarisan sifat. Menentukan nisbah hasil kacukan genetik.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Gen dominan dan gen resesif. (b) Sifat dominan dan sifat resesif pada manusia. (c) Mekanisme pewarisan sifat. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang sifat dominan dan sifat resesif di kalangan pelajar dalam kelas dan juga di kalangan keluarga pelajar. Melakarkan gambar rajah skema untuk menunjukkan pewarisan sifat yang ditentukan oleh gen dan menentukan nisbah hasil kacukan genetik. Membincangkan pertalian rapat antara ibu bapa dan anak daripada segi kandungan genetik. Nota: Istilah genotip, fenotip, heterozigot dan homozigot tidak perlu diperkenalkan.

60

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Memahami penentuan seks anak dan kejadian kembar pada manusia. Aras 1 Menerangkan maksud kromosom seks. Aras 2 Menerangkan mekanisme penentuan seks anak. Menerangkan kejadian kembar seiras dan kembar tak seiras. Aras 3 Membandingkan dan membezakan kembar seiras dengan kembar tak seiras. 4. Memahami mutasi dalam kehidupan. Aras 1 Menerangkan maksud mutasi.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Kromosom seks. (b) Mekanisme penentuan seks anak. (c) Kejadian kembar. Melakarkan gambar rajah skema untuk menunjukkan perkara berikut: (a) Mekanisme penentuan seks anak. (b) Kejadian kembar seiras dan kembar tak seiras. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan kembar seiras dengan kembar tak seiras.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Mutasi serta jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom. (b) Kesan mutasi kepada kehidupan.

61

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 2 Mengenal pasti jenis mutasi. Menyenaraikan contoh kesan mutasi. Mengenal pasti faktor yang menyebabkan mutasi. Aras 3 Menerangkan kebaikan dan keburukan mutasi dalam kehidupan.

(c) Contoh penyakit baka yang dikaitkan dengan mutasi termasuk hemofilia, buta warna dan sindrom Down. (d) Faktor yang menyebabkan mutasi. Membincangkan kebaikan dan keburukan mutasi dalam kehidupan. Nota: Perubahan gen dan kromosom pada peringkat molekul tidak perlukan. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Penyelidikan genetik dalam bidang perubatan dan pertanian seperti penemuan pelbagai jenis penyakit baka dan penghasilan teknik terkini untuk mengubati penyakit tertentu. (b) Pembiakbakaan melalui kacukan seperti berikut: (i) Tanaman termasuk padi, kelapa sawit, betik dan cili. (ii) Ternakan seperti lembu tenusu dan ayam.

5. Menilai kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia. Aras 1 Menyenaraikan sumbangan penyelidikan genetik dalam pelbagai bidang. Aras 2 Menerangkan pembiakbakaan ke atas tanaman dan ternakan.

62

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Menaksir kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia.

Membuat lawatan ke institusi atau agensi yang menjalankan penyelidikan genetik. Membahaskan tentang kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia serta isu makanan yang diubahsuai secara genetik.

6. Menganalisis variasi di kalangan hidupan. Aras 1 Menerangkan maksud variasi. Menyenaraikan variasi pada hidupan. Menjelaskan dengan contoh jenis variasi. Aras 2 Membandingkan dan membezakan variasi selanjar dengan variasi tak selanjar. Mengelaskan variasi suatu populasi kepada variasi selanjar dan variasi tak selanjar.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Variasi pada manusia, haiwan dan tumbuhan. (b) Jenis variasi iaitu variasi selanjar dan variasi tak selanjar. (c) Faktor yang menyebabkan variasi. (d) Kepentingan variasi. Mengkaji variasi di kalangan pelajar dalam kelas. Mengkaji variasi di kalangan tumbuhan dan haiwan. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan variasi selanjar dengan variasi tak selanjar.

63

PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Mengenal pasti faktor yang menyebabkan variasi. Menghuraikan kepentingan variasi.

Menjalankan aktiviti pengelasan variasi pada manusia kepada variasi selanjar dan variasi tak selanjar. Menjalankan projek membina salasilah keluarga berdasarkan variasi di kalangan ahli keluarga seperti kebolehan menggulung lidah dan lekapan cuping telinga. Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Faktor yang menyebabkan variasi. (b) Kepentingan variasi di kalangan hidupan.

7. Menyedari penyelidikan genetik perlu dimanfaatkan untuk kebaikan manusia sejagat. Menerangkan penyalahgunaan ilmu pengetahuan dalam bidang genetik akan memudaratkan kehidupan manusia sejagat. Menerangkan kepentingan mewujudkan dan mematuhi etika dalam penyelidikan saintifik untuk kebaikan manusia sejagat.

Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Penyalahgunaan ilmu pengetahuan dalam bidang genetik akan memudaratkan kehidupan manusia sejagat. (b) Kepentingan mewujudkan dan mematuhi etika dalam penyelidikan saintifik untuk kebaikan manusia sejagat.

64

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Tenaga Nuklear

1. Memahami bahan radioaktif. Aras 1 Menerangkan bahan radioaktif. Menerangkan proses pereputan radioaktif. Aras 2 Menerangkan sinaran radioaktif. Aras 3 Membandingkan dan membezakan sinaran radioaktif.

Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Bahan radioaktif serta contoh termasuk radioisotop karbon, radioisotop kobalt, radioisotop iodin, dan uranium. (b) Proses pereputan radioaktif. (c) Sinaran radioaktif iaitu sinaran alfa, sinaran beta dan sinaran gama. Nota: Untuk nukleon unsur radioaktif tidak diperlukan. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan sinaran alfa, sinaran beta dan sinaran gama dari segi jenis zarah, cas dan daya penembusannya. Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Tenaga nuklear dihasilkan apabila nukleus atom unsur radioaktif dibelah. (b) Penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif dalam penghasilan tenaga elektrik.

2. Mengetahui penghasilan tenaga nuklear dan kegunaannya. Aras 1 Memerihalkan penghasilan tenaga nuklear.

65

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 2 Menyatakan penggunaan tenaga nuklear. Aras 3 Memerihalkan proses penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear.

(c ) Penggunaan tenaga nuklear dalam kehidupan harian. Nota: Tindak balas pembelahan nukleus tidak diperlukan.

3. Menilai kesan penggunaan bahan radioaktif dan tenaga nuklear terhadap hidupan. Aras 1 Menerangkan kegunaan bahan radioaktif dalam kehidupan harian. Aras 2 Menaksir kesan penggunaan bahan radioaktif dan tenaga nuklear terhadap hidupan.

Membincangkan kegunaan bahan radioaktif dalam bidang seperti berikut: (a) Pertanian. (b) Perubatan. (c) Arkeologi. (d) Industri. (e) Pengawetan makanan. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Kebaikan dan keburukan penggunaan bahan radioaktif dan kesannya terhadap hidupan. (b) Langkah keselamatan dalam pengendalian bahan radioaktif dan sisa bahan radioaktif.

66

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Mewajarkan kepentingan mengendalikan bahan radioaktif dan sisa bahan radioaktif dengan sempurna.

Membahaskan keperluan negara membina stesen janakuasa nuklear. Membincangkan isu penggunaan bahan radioaktif daripada segi implikasinya kepada masyarakat. Menjalankan aktiviti perbincangan mewajarkan kepentingan bahan radioaktif dan sisa bahan radioaktif dikendalikan dengan sempurna.

4.

Mengagumi keagungan Tuhan mencipta zarah unsur radioaktif yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga yang banyak. Memerihalkan keupayaan manusia meneroka dan menyelidik tenaga yang tersimpan dalam nukleus bahan radioaktif. Mewajarkan kepentingan menggunakan akal fikiran dalam usaha memanfaatkan penggunaan unsur radioaktif untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup manusia.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang penerokaan dan penyelidikan unsur radioaktif yang telah menemukan kaedah menukarkan zarah unsur radioaktif yang sebegitu kecil kepada penghasilan tenaga yang sangat besar. Menjalankan aktiviti perbincangan mewajarkan pentingnya manusia memanfaatkan secara bijaksana penggunaan unsur radioaktif untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup.

67

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Tenaga dan Perubahan Kimia

1. Memahami perubahan kimia dan perubahan fizik. Aras 1 Menerangkan maksud perubahan kimia. Menerangkan maksud perubahan fizik. Aras 2 Membandingkan dan membezakan perubahan kimia dengan perubahan fizik. Aras 3 Memberi contoh perubahan kimia dalam kehidupan harian. Memberi contoh perubahan fizik dalam kehidupan harian.

Menjalankan aktiviti berikut untuk mengkaji perubahan kimia dan perubahan fizik. (a) Tindak balas ferum dengan sulfur. (b) Pembakaran pita magnesium dalam udara. (c) Tindak balas zink dengan larutan kuprum sulfat. (d) Pengaratan besi. (e) Pemanasan garam kuprum karbonat. (f) Tindak balas kalium iodida dengan plumbum nitrat. (g) Penghabluran daripada larutan kuprum sulfat tepu. (h) Pemanasan hablur iodin dalam bekas bertutup. (i) Peleburan ais. (j) Pemanasan lilin secara perlahan-lahan. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan perubahan kimia dengan perubahan fizik. Membincangkan contoh perubahan kimia dan perubahan fizik dalam kehidupan harian.

68

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2. Menganalisis perubahan haba dalam tindak balas kimia. Aras 1 Menerangkan perubahan haba dalam tidak balas kimia. Mengenal pasti tindak balas eksotermik. Mengenal pasti tindak balas endotermik. Aras 2 Menghubungkaitkan perubahan suhu sekeliling bahan tindak balas dengan tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik. Aras 3 Menjelaskan melalui contoh perubahan haba yang berlaku semasa tindak balas kimia dalam industri.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan perubahan suhu sekeliling bahan tindak balas dengan tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik. Membincangkan perubahan haba yang berlaku semasa tindak balas kimia dalam industri seperti tindak balas penghasilan gas ammonia dan tindak balas penghasilan asid sulfurik.

69

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Mensintesiskan siri kereaktifan logam. Aras 1 Memerihalkan kecergasan tindak balas logam dengan air. Memerihalkan kecergasan tindak balas logam dengan asid. Memerihalkan kecergasan tindak balas logam dengan oksigen. Aras 2 Membandingkan dan membezakan kecergasan tindak balas logam. Membuat urutan kecergasan tindak balas logam. Aras 3 Membina siri kereaktifan logam berdasarkan kecergasan tindak balas logam terhadap oksigen. Mengenal pasti kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kecergasan tindak balas berikut: (a) Cebisan kecil natrium, kalsium, magnesium dan kuprum dengan air. (b) Magnesium, ferum, plumbum dan kuprum dengan asid cair. (c) Magnesium, ferum, zink dan kuprum dengan oksigen. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang kecergasan tindak balas logam untuk membina siri kereaktifan logam. Menjalankan eksperimen untuk menentukan kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam.

70

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4. Mengaplikasikan siri kereaktifan logam. Aras 1 Menerangkan kepentingan siri kereaktifan logam. Aras 2 Menghubungkaitkan kedudukan logam dalam siri kereaktifan logam dengan kaedah pengekstrakan logam daripada bijihnya. Aras 3 Menjelaskan dengan contoh proses pengekstrakan logam daripada bijihnya dengan menggunakan karbon.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Kepentingan siri kereaktifan logam. (b) Proses pengekstrakan timah dan besi. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan kedudukan logam dalam siri kereaktifan logam dengan kaedah yang boleh digunakan untuk mengekstrak logam tersebut daripada bijihnya seperti menggunakan karbon dan proses elektrolisis.

71

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

5. Memahami elektrolisis. Aras 1 Menyatakan maksud elektrolisis. Aras 2 Menerangkan proses elektrolisis suatu elektrolit menggunakan elektrod karbon. Aras 3 Menerangkan penggunaan elektrolisis dalam industri.

Menjalankan eksperimen berikut: (a) Elektrolisis leburan plumbum bromida dengan menggunakan elektrod karbon. (b) Penyaduran objek yang diperbuat daripada ferum dengan kuprum. Membincangkan penggunaan elektrolisis dalam industri termasuk pengekstrakan logam, penulenan logam dan penyaduran logam. Nota : Persamaan tindak balas kimia di elektrod tidak diperlukan. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji penghasilan tenaga elektrik oleh sel ringkas. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang pelbagai jenis sel dan kegunaannya, termasuk sel kering, akumulator asid-plumbum, bateri alkali, bateri argentum oksida-merkuri dan bateri nikel kadmium.

6. Memahami penghasilan tenaga elektrik daripada tindak balas kimia. Aras 1 Menerangkan penghasilan tenaga elektrik oleh sel ringkas.

72

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 2 Menyatakan pelbagai jenis sel dan kegunaannya. Aras 3 Menerangkan kelebihan dan kekurangan pelbagai jenis sel.

Membincangkan kelebihan dan kekurangan pelbagai jenis sel daripada aspek penggunaannya dalam kehidupan harian. Nota : Persamaan tindak balas di terminal positif dan di terminal negatif sel ringkas tidak diperlukan.

7. Memahami tindak balas kimia yang berlaku dengan adanya cahaya. Aras 1 Mengenal pasti tindak balas kimia yang memerlukan tenaga cahaya. Aras 2 Menerangkan peranan cahaya dalam menghasilkan tindak balas kimia.

Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Tindak balas kimia yang memerlukan tenaga cahaya contohnya proses fotosintesis oleh tumbuhan hijau. (b) Peranan cahaya bagi menghasilkan tindak balas kimia. Menjalankan eksperimen mengkaji kesan cahaya terhadap kertas fotografi dan argentum klorida.

73

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Menghubungkaitkan kesan cahaya ke atas bahan kimia dengan cara penyimpanan bahan kimia berkenaan.

Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan kesan cahaya ke atas bahan kimia dengan cara penyimpanan bahan kimia berkenaan.

8. Menghargai kebijaksanaan manusia memanfaatkan tindak balas kimia. Memerihalkan penggunaan sumber tenaga secara berhemat. Memerihalkan penggunaan sumber tenaga tanpa mencemarkan alam sekitar. Mewajarkan kepentingan memanfaatkan tindak balas kimia dalam penghasilan tenaga.

Membincangkan penggunaan pelbagai jenis bateri sebagai sumber tenaga mudah alih yang digunakan dalam alat elektrik dan alat elektronik bagi meningkatkan kesejahteraan hidup manusia. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang cara pelupusan pelbagai jenis sel elektrik dan kesannya terhadap alam sekitar. Membincangkan penggunaan sumber tenaga elektrik secara berhemat seperti menggunakan bateri yang boleh dicas semula. Menjalankan aktiviti perbincangan mewajarkan kepentingan memanfaatkan sumber tenaga elektrik yang dihasilkan daripada tindak balas kimia bagi meningkatkan taraf hidup manusia.

74

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Cahaya, Warna dan Penglihatan

1. Mensintesis pembentukan imej. Aras 1 Mencirikan imej yang dibentuk oleh cermin satah. Mencirikan imej yang dibentuk oleh kanta cembung. Mencirikan imej yang dibentuk oleh kanta cekung. Aras 2 Membandingkan dan membezakan imej yang dibentuk oleh kanta cembung dengan imej yang dibentuk oleh kanta cekung bagi objek jauh. Melukis gambar rajah sinar bagi sinar cahaya yang melalui kanta cembung. Melukis gambar rajah sinar bagi sinar cahaya yang melalui kanta cekung. Mengenal pasti bahagian dalam gambar rajah sinar bagi cahaya yang melalui kanta cembung dan sinar cahaya yang melalui kanta cekung.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji tentang perkara berikut: (a) Imej yang dibentuk oleh cermin satah. (b) Imej yang dibentuk oleh kanta cembung dan kanta cekung. Menjalankan aktiviti perbincangan membandingkan imej yang dibentuk oleh kanta cembung dengan imej yang dibentuk oleh kanta cekung bagi objek jauh. Melukis dan melabel paksi utama, pusat optik, titik fokus, panjang fokus, jarak objek dan jarak imej pada gambar rajah sinar bagi cahaya yang melalui kanta berikut: (a) Kanta cembung bagi jarak objek yang berbeza. (b) Kanta cekung.

75

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Mereka bentuk eksperimen untuk menentukan panjang fokus kanta cembung. Mengawal pemboleh ubah dalam kajian menentukan panjang fokus kanta cembung.

Merancang dan menjalankan eksperimen untuk menentukan panjang fokus kanta cembung.

2.

Mensintesiskan pembentukan imej oleh mata dan alatan optik. Aras 1 Mengenal pasti bahagian alatan optik yang terlibat dalam pembentukan imej. Menerangkan fungsi bahagian alatan optik yang terlibat dalam pembentukan imej. Aras 2 Membandingkan dan membezakan mata dengan alatan optik yang sesuai daripada segi pemfokusan dan pengawalan amaun cahaya.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang struktur dan fungsi bahagian dalam alatan optik termasuk periskop, kanta pembesar, kamera, mikroskop dan teleskop dalam pembentukan imej. Melukis dan melabel gambar rajah sinar untuk menunjukkan pembentukan imej dalam alatan optik berikut: (a) Periskop. (b) Kanta pembesar. (c) Kamera. (d) Mikroskop. (e) Teleskop.

76

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Menganalogikan struktur dan fungsi bahagian mata dengan alatan optik yang sesuai dalam pembentukan imej.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji pembentukan imej dalam kamera menggunakan kamera lubang jarum tanpa kanta dan dengan kanta. Melukis dan melabel gambar rajah keratan rentas mata dan kamera untuk menunjukkan pembentukan imej. Menjalankan aktiviti perbincangan tentang perkara berikut: (a) Membandingkan kamera dengan mata daripada segi pemfokusan dan pengawalan cahaya. (b) Menganalogikan struktur dan fungsi mata dengan kamera.

3. Menganalisis penyebaran cahaya. Aras 1 Menyatakan maksud penyebaran cahaya. Aras 2 Menghuraikan proses penyebaran cahaya.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang penyebaran cahaya dan fenomena alam yang berkaitan dengan penyebaran cahaya.

77

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Menjelaskan melalui contoh penyebaran cahaya dalam fenomena alam.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji tentang perkara berikut: (a) Penyebaran cahaya dengan menggunakan prisma. (b) Pembentukan pelangi. Membincangkan penyebaran cahaya dalam fenomena alam seperti pembentukan pelangi.

4. Menganalisis penyerakan cahaya. Aras 1 Menyatakan maksud penyerakan cahaya. Aras 2 Menghuraikan proses penyerakan cahaya. Aras 3 Menjelaskan melalui contoh penyerakan cahaya dalam fenomena alam.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Penyerakan cahaya. (b) Fenomena alam seperti kebiruan langit dan kemerahan matahari terbenam. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji kesan penyerakan cahaya. Membincangkan penyerakan cahaya dalam fenomena alam seperti kebiruan langit dan kemerahan matahari terbenam.

78

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

5. Menganalisis penambahan dan penolakan cahaya berwarna. Aras 1 Mengenal pasti warna primer dan warna sekunder. Aras 2 Menerangkan penghasilan warna sekunder. Aras 3 Menghuraikan penolakan cahaya berwarna oleh penapis warna.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Warna primer dan warna sekunder. (b) Penambahan dan penolakan cahaya berwarna. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji penambahan warna primer dalam menghasilkan warna sekunder. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindakan penapis warna primer dan penapis warna sekunder terhadap cahaya putih dan cahaya berwarna. Membincangkan tentang perkara berikut: (a) Penghasilan warna sekunder daripada penambahan warna primer. (b) Penolakan cahaya berwarna oleh penapis warna. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Penglihatan objek berwarna. (b) Sel rod dan sel kon serta fungsinya. Membuat pemerhatian dan mengkaji warna objek dalam cahaya putih dan cahaya berwarna.

6. Mengaplikasikan prinsip penolakan cahaya berwarna dalam penglihatan objek berwarna. Aras 1 Menerangkan prinsip penolakan cahaya berwarna oleh objek.

79

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 2 Menghubungkaitkan prinsip penolakan cahaya berwarna dengan penglihatan objek berwarna. Menerangkan fungsi sel rod dan sel kon pada mata dalam penglihatan objek berwarna. Aras 3 Menjelaskan dengan contoh penglihatan objek berwarna dalam cahaya putih. Menjelaskan dengan contoh penglihatan objek berwarna dalam cahaya berwarna.

Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan prinsip penolakan cahaya berwarna dengan penglihatan objek berwarna. Membincangkan penglihatan objek berwarna dalam cahaya putih dan dalam cahaya berwarna.

7. Menganalisis pencampuran pigmen. Aras 1 Menerangkan maksud pigmen. Menyenaraikan penggunaan pigmen.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang pigmen dan penggunaannya dalam kehidupan harian. Membuat pemerhatian kesan pencampuran pigmen.

80

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 2 Membandingkan dan membezakan pencampuran pigmen dengan pencampuran cahaya berwarna. Menjelaskan melalui contoh kesan pigmen terhadap cahaya. Aras 3 Membuat kesimpulan pencampuran pigmen.

tentang

Menjalankan aktiviti perbincangan tentang perkara berikut: (a) Membandingkan pencampuran pigmen dengan pencampuran cahaya berwarna. (b) Membuat inferens pencampuran pigmen menghasilkan warna yang berlainan dengan pencampuran cahaya berwarna. (c) Membuat kesimpulan pencampuran pigmen merupakan proses penolakan warna. Membincangkan kesan pigmen terhadap cahaya.

8. Menilai kepentingan warna dalam kehidupan harian. Aras 1 Menerangkan penggunaan warna dalam kehidupan harian. Aras 2 Menjelaskan dengan contoh kepentingan warna kepada hidupan.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Penggunaan warna dalam kehidupan harian termasuk dalam percetakan, pendawaian elektrik, lampu isyarat serta sebagai simbol dan isyarat. (b) Kepentingan warna kepada manusia, haiwan dan tumbuhan. Menjalankan aktiviti perbincangan mewajarkan kepentingan warna dalam kehidupan.

81

TENAGA DALAM KEHIDUPAN


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3 Mewajarkan kepentingan warna dalam kehidupan harian.

9. Menghargai penciptaan pelbagai alatan optik dalam memberi manfaat kepada manusia. Menghubungkaitkan penciptaan pelbagai alatan optik dengan manfaat yang diperoleh manusia untuk kesejahteraan hidup.

Membincangkan kesejahteraan hidup manusia dengan adanya pelbagai alatan optik yang dapat meningkatkan keupayaan deria penglihatan. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan penciptaan pelbagai alatan optik dengan penambahan pengetahuan serta pemahaman manusia tentang alam ini.

82

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INDUSTRI DALAM MASYARAKAT


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Bahan Kimia dalam Industri

1. Memahami sifat aloi dan penggunaannya. Aras 1 Menyatakan maksud aloi. Memberikan contoh aloi. Menerangkan pengaloian boleh mengubah sifat logam. Menghubungkaitkan perubahan sifat logam yang dijadikan aloi dengan susunan zarahnya. Aras 2 Menghubungkaitkan sifat aloi dengan kegunaannya dalam kehidupan harian. Memerihalkan kepentingan aloi dalam industri. Aras 3 Menerangkan aloi superkonduktor.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Aloi serta contoh. (b) Kandungan, sifat dan kegunaan pelbagai jenis aloi termasuk keluli, piuter, gangsa, loyang dan duralumin. (c) Pengaloian dalam mengubah sifat logam untuk tujuan menambahkan kekerasan, mencegah kakisan dan membaikkan rupa. (d) Penghasilan aloi secara industri. (e) Aloi superkonduktor, contoh dan kegunaan yang mungkin di masa hadapan. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan sifat aloi dengan kegunaannya dalam kehidupan harian. Membincangkan perubahan sifat logam melalui pengaloian daripada aspek susunan zarah.

83

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INDUSTRI DALAM MASYARAKAT


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2. Memahami penggunaan ammonia dalam industri. Aras 1 Menyenaraikan kegunaan ammonia dalam kehidupan harian. Aras 2 Menerangkan penghasilan ammonia secara industri. Mengenal pasti faktor yang memberi kesan terhadap penghasilan ammonia. Aras 3 Menerangkan proses penghasilan baja ammonia. Menghubungkaitkan ammonia dengan pembuatan baja urea dalam industri.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Kepelbagaian bahan yang diperbuat daripada ammonia termasuk baja, asid nitrik, pewarna, agen pencuci dan bahan letupan. (b) Proses penyediaan ammonia secara industri. (c) Faktor yang memberi kesan kepada penghasilan ammonia seperti suhu, tekanan dan mangkin. (d) Pembuatan bahan urea dalam industri di Malaysia. Membincangkan faktor yang memberi kesan kepada penghasilan ammonia seperti suhu, tekanan dan mangkin. Menjalankan eksperimen penyediaan baja ammonia iaitu garam ammonium seperti ammonium sulfat. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan ammonia dengan pembuatan baja urea dalam industri.

84

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INDUSTRI DALAM MASYARAKAT


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Menganalisis kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap alam sekitar. Aras 1 Mengenal pasti aktiviti perkilangan yang menjadi punca pencemaran. Menerangkan kesan pembuangan bahan sisa industri. Aras 2 Menghubungkaitkan kesan pembuangan bahan sisa industri dengan kemandirian hidupan. Aras 3 Menjelaskan melalui contoh kaedah pengawalan pembuangan sisa industri untuk menghindar pencemaran.

Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang perkara berikut: (a) Pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti perkilangan berikut: (i) Pembakaran bahan api fosil. (ii) Pembuangan bahan sisa industri termasuk bahan toksik daripada industri kimia, sisa daripada bahan radioaktif, sisa kelapa sawit dan getah daripada industri pertanian. (iii) Kesan pembuangan bahan sisa industri terhadap kemandirian hidupan dalam alam sekitar. (iv) Kaedah pengawalan pembuangan bahan sisa industri untuk menghindar pencemaran alam sekitar. Menjalankan aktiviti perbincangan menghubungkaitkan kesan pembuangan bahan sisa industri dengan kemandirian hidupan.

85

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INDUSTRI DALAM MASYARAKAT


Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran

SAINS TINGKATAN 4
Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4. Menyedari keperluan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada dicemari bahan sisa industri demi kesejahteraan kehidupan manusia. Memerihalkan kehidupan manusia dalam alam sekitar yang telah dicemari oleh bahan sisa industri. Memerihalkan pentingnya manusia mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam mengawal pembuangan bahan sisa industri.

Menjanakan idea tentang kehidupan manusia dalam alam sekitar yang telah dicemari oleh pembuangan bahan sisa industri secara tidak terkawal dan tidak teratur. Membincangkan keperluan dan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada dicemari bahan sisa industri. Membincangkan keperluan dan kepentingan manusia sejagat mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam mengawal pembuangan bahan sisa industri.

86

PENYUMBANG
Penasihat Sharifah Maimunah Syed Zin (Ph.D) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ketua Penolong Pengarah (Sains dan Matematik) Pusat Perkembangan Kurikulum Penolong Pengarah (Ketua Unit Sains) Pusat Perkembangan Kurikulum Penolong Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Penulis Ahmad Hozi H.A. Rahman Cheah Eng Joo Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Rusilawati Othman Zaidah Mohd. Yusof Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum

Rohani Abd. Hamid (Ph.D)

Penasihat

Ahmad Hozi H.A. Rahman

Editorial

Cheah Eng Joo

Editor

Rusilawati Othman

87

Johari Shamsudin Ng Soo Boon

Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum Lembaga Peperiksaan

Azian T. S. Abdullah (Ph.D) Chan Ah Jun

Bahagian Sekolah

SMK Durian Tunggal, Melaka SMJK Chung Hwa, Klang, Selangor SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor Lembaga Peperiksaan

Nooraini Kamaruddin

Emily Ng Joo Lee

Roslena Zakaria

Faridah Abu Bakar

Rosli Suleiman

Fauziah Talib

Salbiah Mohd. Som

Habsah Abd. Kadir

Bahagian Pendidikan Guru

Salina Hanum Osman Mohamed Zainon Abdul Majid

Haris Wagiman

SMK Datuk Mustaffa, Sekinchan, Selangor SMK Manjalara, Kuala Lumpur SMK Victoria, Kuala Lumpur

Ho Heng Leng

Amran Mohd Ihsan

Jalilah Jaafar

88

Jamalulail Abdul Wahab

Jayasothy a/p Ratnasingam

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia SMK Maxwell, Kuala Lumpur SMK Assunta, Selangor

Norliza Zainal

Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur SMK Dato Harun, Tanjong Karang, Selangor Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan SMK Kepong, Kuala Lumpur Bahagian Buku Teks SMK Bandar Baru Bangi, Selangor Pejabat Pendidikan Daerah Ulu Selangor Lembaga Peperiksaan

Nurul Uyun Abdullah

Lam Moong Lan

Rohaida Mohd. Saat

Lee Bao Ling

Bahagian Buku Teks

Rosita Wati Abd. Aziz

Lilian Tan Lee Lin

SMK Damansara Jaya, Selangor Jemaah Nazir Sekolah

Roziah Abdullah

Mohd. Tah Talib

Salmiah CheLah

Nabihah Badar

SMK Raja Zarina, Klang, Selangor MRSM Kulim, Kedah

Shahrizan Abdul Kadir Shariah Jamaluddin

Norhapizah Hadis

Suhaimi Rashid Norhayati Ismail MRSM Melaka Yusoff Ismail

89

Pereka Bentuk dan Penyusun Atur

Rusilawati Othman Mohd Razif Hashim

Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum

Pereka Bentuk Kulit

Mohd. Lufti Mahfudz

Pusat Perkembangan Kurikulum

90

You might also like